Bermaz akan serap SST untuk pelanggan yang tempah Mazda tetapi hanya menerimanya selepas 1 September

Bermaz akan serap SST untuk pelanggan yang tempah Mazda tetapi hanya menerimanya selepas 1 September

Selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikadarkan sifar peratus 1 Jun lalu, seolah-olah berlaku ‘tsunami’ pembelian kereta oleh rakyat Malaysia. Situasi ini bukan sahaja kerana harga kereta lebih murah dari sebelumnya, malah orang ramai berpusu-pusu untuk membeli kereta baharu mereka untuk mengelakkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan mula diimplementasi semula pada 1 September nanti, dijangka pada kadar 10% atau 4% lebih tinggi dari GST.

Perkara ini telah menimbulkan lagi satu masalah dimana stok dari pengeluar mula berkurang dan dijangka akan ada pelanggan yang menempah kereta baharu mereka sebelum 1 September tetapi hanya akan menerimanya selepas tarikh tersebut, menyebabkan mereka terpaksa membayar cukai SST. Namun bagi pengedar rasmi kenderaan jenama Mazda di Malaysia, Bermaz Auto, mereka menyatakan cukai SST bagi pelanggan yang menghadapi situasi berkenaan akan diserap oleh syarikat, menurut laporan The Star.

Bermaz akan serap SST untuk pelanggan yang tempah Mazda tetapi hanya menerimanya selepas 1 September

Bermaz menyatakan sehingga sekarang ada model mereka seperti CX-9 mempunyai senarai menunggu sehingga Disember tahun ini. “Ini tidak adil kepada pelanggan kami jika kami mengalihkan cukai kepada mereka, kerana mereka telahpun membuat tempahan sebelum SST diperkenalkan,” kata pegawai dari Bermaz yang tidak diinyatakan namanya kepada The Star.

Sumber berkenaan turut memberitahu bahawa langkah untuk menyerap cukai SST berkenaan adalah salah satu langkah Bermaz untuk membina kesetiaan pelanggannya. Untuk model-model dari Mazda, pelanggan dapat berjimat serendah RM4,221 untuk model Mazda 2 mid spec hingga RM16,784.29 untuk CX-9 AWD dalam tempoh ‘cuti cukai’ berkenaan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required