TAS2019: Toyota sedang bangunkan Corolla TCR?

TAS2019: Toyota sedang bangunkan Corolla TCR?

Tahun ini, Corolla Hatchback sah kembali ke Kejohanan Touring Car British (BTCC) dengan Corolla Hatchback generasi baharu. Dan ketika kunjungan kami ke Tokyo Auto Salon 2019, booth Yokohama mempamerkan sebuah lagi kereta lumba Touring yang diasaskan dari Corolla – dari segi penampilannya nampak seperti sebuah jentera dengan spesifikasi TCR.

Kami syak kereta ini adalah sekadar konsep semata-mata bagi membayangkan jentera TCR yang akan di bina kelak kerana bahagian dalamannya masih lagi standard serta tiada sebarang rollcage dipasang. Pada bahagian luarannya pula, kereta ini diberikan kit aero agresif seperti jentera-jentera TCR yang lain seperti Honda Civic Type R TCR, Hyundai i30 N TCR dan juga Peugeot 308 TCR.

Kit badan tersebut termasuk bampar hadapan dengan spoiler yang sangat lebar, keempat-empat fender dilebarkan semahunya dan juga sayap GT bersaiz gergasi dicagakkan pada cermin belakang. Ia kemudiannya diberikan livery ikonik ‘belang tarung’ merah-hitam Yokohama Advan pada keseluruhan badan.

TAS2019: Toyota sedang bangunkan Corolla TCR?

Set rim perlumbaan Advan Racing GT dilengkapkan pada jentera ini, dibaluti tayar perlumbaan sebenar Yokohama Advan. Disebalik rim dengan lima jejari tersebut dapat dilihat dengan jelas pemadanan sistem brek perlumbaan bersaiz gergasi dari Endless pada bahagian hadapan, dan cakera berliang yang dilarik pada sebelah belakang.

Tiada sebarang perincian didedahkan pada kereta ini berhubung bila jentera perlumbaan sebenar akan didedahkan, bila ia akan berlumba pada mana-mana kejohanan TCR atau adakah ia akan menyertai peringkat tertinggi WTCR. Tapi apa pun, Corolla Hatchback ini memang garang bila dijelmakan dalam versi TCR!

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required