Yamaha MT-15 tiba di Indonesia – murah daripada R15

Yamaha MT-15 tiba di Indonesia – murah daripada R15

Selepas Thailand, kini Indonesia pula menerima model naked terbaru daripada Yamaha iaitu MT-15. Walaupun sudah mempunyai beberapa model naked 150 cc yang lain seperti Xabre (dipanggil sebagai M-Slaz di Thailand) dan Vixion, MT-15 ini masih mempunyai gayanya yang tersendiri.

Penampilannya membawa kesinambungan gaya daripada keluarga MT seperti MT-07, MT-09 dan MT-10, dengan kedudukan yang tegak, tempat duduk bersambung depan dan belakang (M-Slaz terpisah) dan tangki yang tinggi. Selain daripada itu, MT-15 juga datang dengan senarai kelengkapan yang lebih tinggi.

Enjinnya adalah sama seperti yang digunakan pada R15, iaitu unit satu silinder suntikan bahan api 155 cc SOHC dengan teknologi VVA dan penyejukan cecair, dan ia dipadankan bersama transmisi enam kelajuan, mampu menghasilkan kuasa 19 hp pada 10,000 rpm dan 14.7 Nm tork pada 8,500 rpm. Penukaran gear juga dijadikan lebih lancar dan berkesan dengan penggunaan klac jenis assist & slipper.

Pada bahagian depan, MT-15 menggunakan fork jenis USD manakala di belakang pula adalah monoshock. Kedua-dua brek hadapan dan belakang adalah jenis cakera manakala rim pula adalah 17 inci dengan tayar saiz 110/70 di hadapan dan 140/70 di belakang. Perincian lain MT-15 adalah termasuk tangki 10.4 liter, meter digital, berat 133 kg dan lampu depan dan belakang LED.

Melihat kepada harga, MT-15 di Indonesia di jual pada harga 34.95 juta Rupiah (RM10,162) dan sebagai perbandingan, harga ini lebih tinggi berbanding Xabre (30.7 juta Rupiah) dan Vixion R (29.5 juta Rupiah). Dalam barisan model lain Yamaha di Indonesia, harga MT-15 adalah lebih hampir kepada R15 (35.9 juta Rupiah), sekaligus memberikan kita gambaran bagaimana harganya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 

Comments

  • mt-15 ni kira fz150 baru la.
    sebab mt09 -> fz9 (improvement over fz08) di sesetengah negara.
    mt-07 -> fz07 (improvement over fz6 cuma bkn 4inline)
    bergitu juga siri2 lain

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • Shahri on Apr 30, 2019 at 10:55 am

    Trend kini pembeli beralih kepada pulsar n200 kerana terlalu bosan untuk menunggu mt15. Satu pengajaran kepada yamaha utk bergerak. r15 dan r25 yg menjadi tumpuan yamaha hanya akan semantara. Bayang kan pembeli lbh memilih pulsar n200 kerana tiada pilihan

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • Saipul on Jul 20, 2019 at 11:26 am

    Bila mau masuk malaysia a? Letih dah tggu ni. Honda xdak ka jenis naked 150 macam ni?

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • Waiting for so long not yet reach Malaysia

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required