Mercedes-Benz Malaysia jual 2,944 unit kereta baharu pada suku pertama 2019, Mac catat jualan tertinggi

Mercedes-Benz Malaysia jual 2,944 unit kereta baharu pada suku pertama 2019, Mac catat jualan tertinggi

Serentak dengan pelancran Mercedes-Benz A-Class Sedan V177 hari ini, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) turut mendedahkan prestasi jualan mereka untuk suku pertama tahun 2019. Menurut syarikat tersebut, sejumlah 2,944 unit kenderaan telah diserahkan kepada pelanggan untuk tempoh tiga bulan pertama tahun ini, atau merosot 11.7% berbanding tempoh sama tahun lalu.

Walau bagaimanapun, Mercedes-Benz masih lagi menjadi peneraju dalam segmen premium di Malaysia dengan pegangan bahagian pasaran sebanyak 2.4%. Sepanjang tempoh berkenaan juga, bulan Mac mencatatkan angka jualan paling tinggi dengan 1,334 unit kenderaan berjaya diserahkan kepada pemilik baharu.

Dari angka keseluruhan tiga bulan berkenaan, sejumlah 427 unit adalah dari kelas kompak – turun 28% berbanding tempoh sama 2018. Manakala model sedan mewah yang terdiri dari C-, E- dan S-Class pula mencatatkan jualan sebanyak 1,714 unit, jatuh 13% berbanding suku pertama tahun lalu.

Namun Mercedes-Benz berjaya mencatatkan jualan lebih baik untuk kelas SUV di mana 695 unit berjaya dijual, atau tiga peratus lebih banyak dari Januari hingga Mac 2018. Manakala untuk barisan model-model Dream Cars, sebanyak 108 unit telah menemui pemilik baharu mereka, jatuh 15% berbanding tempoh sama tahun lalu.

Untuk suku pertama tahun ini juga, MBM telah memperkenalkan lima varian baharu dalam barisan produk mereka iaitu E 200 SportsStyle Avantgarde dan E 300 Exclusive dan E 350 AMG Line untuk model W219, GLC 300 Coupe C253 serta GLE 450 V167 AMG Line.

Manakala untuk divisi pembiayaan mereka iaitu Mercedes-Benz Services Malaysia (MBSM), sedikit peningkatan telah direkodkan. Sepanjang suku pertama 2019, MBSM berjaya memperolehi portfolio pembiayaan lebih dari RM2.7 bilion atau peningkatan sebanyak 0.3 bilion berbanding suku pertama tahun lalu. Empat dari lima orang pelanggan memilih untuk menggunakan khidmat pembiayaan untuk kereta Mercedes-Benz mereka, di mana 50% darinya memilih servis ditawarkan oleh MBSM.

Bagi khidmat servis selepas jualan pula, lebih 40,000 kenderaan telah diservis menerusi saluran rasmi MBM seluruh negara untuk tiga bulan pertama tahun ini, atau 13% meningkat berbanding tempoh sama 2018.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required