Mazda CX-30, CX-5 “dinaik taraf” bakal tiba di M’sia

Mazda CX-30, CX-5 “dinaik taraf” bakal tiba di M’sia

Dalam majlis sidang media selepas pelancaran Mazda 3 serba baharu petang tadi, pengerusi eksekutif Bermaz Datuk Seri Ben Yeoh mendedahkan, Mazda CX-30 bakal dibawa masuk ke pasaran Malaysia, begitu juga dengan model CX-5 yang “dinaik taraf”.

CX-30 pertama kali ditampilkan di persada antarabangsa pada awal tahun ini menerusi pentas Geneva Motor Show, dan ia merupakan model kedua dalam barisan produk generasi akan datang selepas Mazda 3. Model SUV baharu ini juga diposisikan antara CX-3 dengan CX-5, dan ia dibina dengan SkyActiv-Vehicle Architecture ciptaan Mazda sendiri.

Pilihan penjana kuasanya termasuk enjin petrol dan diesel SkyActiv, dan disertakan dengan teknologi Spark Controlled Compression Ignition (SPCCI), yang dirujuk sebagai SkyActiv-X. Sama seperti enjin yang ditawarkan untuk Mazda generasi baharu untuk pasaran global, cuma negara kita sahaja yang masih mengekalkan enjin biasa SkyActiv-G.

Mazda CX-30, CX-5 “dinaik taraf” bakal tiba di M’sia

Walau bagaimana pun, ia tidak akan tiba di Malaysia dalam masa terdekat ini, malah Yeoh juga tidak mendedahkan perincian lanjut termasuk harga, atau adakah model tersebut import sepenuhnya (CBU) mahupun pemasangan tempatan (CKD). Jadi, kenalah sama-sama menantikan perkembangan selanjutnya.

Bagi CX-5 pula, SUV tersebut telah mula dijual bagi unit CKD sejak 2017, dan telah diberikan sedikit peningkatan pada Oktober 2018 dengan menambah beberapa ciri termasuk tailgate bukaan elektrik untuk varian terpilih.

Yeoh turut mengesahkan model SUV tersebut akan “dinaik taraf”, dan kami boleh menjangkakan ia mungkin melibatkan penambahbaikan untuk sokongan Apple CarPlay dan Android Auto bagi sistem infotainmen MZD Connect, fungsi pengesan pejalan kaki pada waktu malam untuk sistem Sokongan Brek Bandar Pintar (SCBS), GVC Plus dan kamera 360-darjah, seperti mana CX-5 spesifikasi Jepun.

Mazda CX-30, CX-5 “dinaik taraf” bakal tiba di M’sia

Lain-lain peningkatan yang lebih signifikan mungkin melibatkan versi pengecas turbo untuk enjin petrol 2.5 liter SkyActiv-G empat-silinder, yang jika benar, pastinya akan membuatkan peminatnya lebih gembira dengan perkhabaran ini. Bagi pasaran Jepun, penjana kuasa terbabit mampu menghamburkan 230 PS pada 4,250 rpm dan tork 420 Nm pada 2,000 rpm, dengan transmisi automatik enam-kelajuan dan pilihan pacuan -hadapan atau pun semua-roda.

Buat masa ini, itu sajalah kebarangkalian teori yang dapat kami kongsikan bersama, dan kita akan dapat mengetahui lebih banyak mengenainya apabila Bermaz sedia menyalurkan lebih banyak informasi. Apa pun, menurut Bermaz, memandangkan pasaran SUV kian meledak di Malaysia, justeru syarikat ini agak teruja untuk memberikan lebih banyak pilihan kenderaan sebegini untuk kita.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required