5 varian Perodua yang tak patut dibeli – ini sebabnya

Tempoh hari, kami sudah menyenaraikan 5 varian Proton yang kami rasa tak patut anda beli. Kali ini, kami senaraikan pula 5 lagi varian untuk jenama paling laris di Malaysia iaitu Perodua. Seperti tajuk yang anda baca, itu lah yang kami maksudkan – ia bukan clickbait yang dibuat dengan plot twist, tapi ini memang artikel yang kami tulis untuk anda buat keputusan varian mana yang perlu anda pilih jika mahu membeli sebuah Perodua.

Dalam artikel ini, lima varian Perodua yang kami senaraikan ini bukan bermaksud ia tidak bagus, tetapi ada varian lain untuk model yang sama yang memberikan nilai yang setimpal untuk jumlah wang yang anda bayar. Panduan yang kami sediakan ini adalah berdasarkan harga, nilai, kelengkapan dan yang paling kami tekankan adalah dari segi aspek keselamatan.

Bercakap tentang keselamatan, walaupun Perodua adalah antara jenama yang menjual kereta baharu pada harga paling mampu milik, aspek ini dilihat masih diambil sangat berat. Kadang kala, sistem keselamatan yang diberikan pada model-model mereka membuatkan jenama lain seakan sangat kedekut, dan ini akan ‘memaksa’ pemain lain dalam industri untuk memberikan sistem yang sama.

Myvi generasi ketiga misalnya, ketika diperkenalkan pada 2017 sudah pun dilengkapi dengan Advanced Safety Assist (ASA) yang terdiri dari sistem Amaran Pra-Pelanggaran (PCW), Brek Pra-Pelanggaran (brek kecemasan automatik/AEB/PCB), Amaran Mula Bergerak Hadapan (FDA) dan juga Kawalan Salah-operasi Pedal (PMC).

Terkini, sistem tersebut sudah pun dikemaskini dengan ASA 2.0 di mana parameter operasinya telah ditingkat taraf – PCW dan PCB kini masing-masing berfungsi sehingga 100 km/j dan 80 km/j berbanding 30 km/j sebelum ini – serta ditambah dengan pengesan pejalan kaki (sehingga 50 km/j).

Buat masa sekarang, semua model Perodua (kecuali Alza yang telah berada 10-tahun dalam pasaran) telah pun dilengkapi dengan ASA 2.0 dan juga sistem kestabilan elektronik (VSC). Selain dari sistem keselamatan, kelengkapan yang diberikan juga agak ‘mewah’ seperti lampu hadapan LED dan sistem kunci pintar/butang penghidup enjin walaupun harga yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah dari pesaing-pesaingnya yang lain.

Malah Perodua juga dilihat sangat bijak dengan menghasilkan kelengkapan-kelengkapan yang khas untuk kegunaan situasi di Malaysia, antaranya cangkuk beg bimbit untuk wanita, sistem memori pendingin hawa, pembaca SmartTag bersepadu, dan pelbagai lagi.

Namun bukan semua varian untuk model-model tersebut menerima sistem-sistem yang disebutkan secara standard, malah ada juga sistem paling asas tidak dilengkap mengikut standard keselamatan tahun 2020 ini. Jadi di bawah adalah senarai lima varian Perodua yang kami rasa tak patut anda beli.

Perodua Axia E

Ini adalah Axia yang paling “kosong”, dan biasanya ia adalah pilihan sekolah-sekolah memandu. Sesuai dengan harganya sebagai kereta baharu paling murah dalam pasaran semasa – RM23,367 dengan pengecualian cukai jualan 2020 – Axia E hadir tanpa radio dan pembesar suara, dan juga hanya diberikan rim besi.

Mungkin ada yang mahu membeli kereta ini sekadar boleh bergerak dari titik A ke titik B, dan menganggap radio dan sebagainya boleh ditambah kemudian di kedai aksesori. Namun anda perlu ingat, model ini langsung tiada fungsi keselamatan, hatta sistem asas brek ABS dan EBD sekalipun.

Jika Axia E ini sahaja boleh anda beli mengikut kemampuan dan anda memang memerlukan kereta untuk kelangsungan hidup, tak boleh nak cakap apalah. Tapi jika anda lebih berkemampuan, adakah anda rasa model ini berbaloi untuk digunakan sebagai pengangkutan harian semata-mata kerana sebab anda sendiri terlalu kedekut?

Perodua Axia G

Axia G berada satu tangga di atas Axia E, dan ia dilengkapi pelbagai aksesori asas sesuai untuk kegunaan harian seperti pilihan kotak gear automatik empat-kelajuan (E hanya ada manual), rim aloi, cermin sisi berkuasa dengan kemasan warna badan, pengelap cermin belakang, komputer trip, kunci kawalan jauh dan penggera serta sistem audio dengan pemain utama 2-DIN.

Malah varian G ini juga turut hadir dengan sistem brek ABS dan EBD. Dijual pada harga RM32,485 (dengan pengecualian cukai jualan 2020), Axia G ini nampak macam alternatif paling baik berbanding Axia E bukan? Tapi, dengan bayaran lebih RM1,500 (jika dibahagi pada bayaran bulanan selama 9 tahun, bezanya hanya RM19 sebulan) anda boleh mendapatkan Axia G Xtra.

Varian sedikit lebih tinggi ini, anda bukan sahaja diberikan penderia parkir belakang, malah ia turut dilengkapi dengan sistem keselamatan yang sangat penting iaitu VSC. Sistem VSC ini mula ditawarkan pada Axia bermula pada model facelift 2019, dan Axia GXtra ini adalah kereta baharu paling murah di Malaysia yang menawarkan sistem VSC berkenaan.

Walau bagaimanapun, kami faham bahawa setiap varian itu diwujudkan ada sebabnya. Kadang kala walaupun harganya hanya berbeza sedikit, ia memainkan peranan penting untuk menentukan seseorang itu layak atau tidak untuk membuat pembiayaan kenderaan berdasarkan tangga gaji.

Perodua Bezza 1.0 G

5 varian Perodua yang tak patut dibeli – ini sebabnya

Jika anda perlukan lebih ruang, sudah tentu kembar Axia dalam bentuk sedan iaitu Bezza perlu dipilih. Model ini telah masuk ke fasa facelift pertama, diperkenalkan pada awal tahun ini. Tidak seperti Axia, Bezza hadir dengan pilihan dua jenis enjin.

Model paling murah untuk Bezza ada versi 1.0 G MT dan AT dengan enjin 1.0 liter, dijual pada harga masing-masing RM33,456 dan RM35,391 (termasuk potongan cukai SST). Satu lagi enjin adalah versi lebih berkuasa 1.3L, dan varian paling murah untuk enjin ini adalah 1.3 X AT dijual pada harga RM42,551.

Beza harga antara 1.0 G AT dan 1.3 X AT adalah sekitar RM7k, namun apa yang anda dapat untuk harga yang lebih ini bukan sekadar kelengkapan dan aksesori, malah pengalaman memandu juga adalah jauh berbeza.

Atas kertas, model 1.3L ini menghasilkan 27 hp/30 Nm lebih berkuasa dari model 1.0L, yang tentunya amat berguna sekiranya ia membawa penumpang penuh dalam kabin, lebih-lebih lagi jika anda gunakan kereta ini untuk tujuan e-Hailing. Enjin lebih besar ini juga hadir dengan empat silinder berbanding hanya tiga pada versi 1.0L, dan sudah tentu memberikan lebih keselesaan.

5 varian Perodua yang tak patut dibeli – ini sebabnya

Selain dari enjin, varian 1.3X ini diberikan kelengkapan tambahan berbanding Bezza G antaranya penderia parkir hadapan, lampu kabus hadapan, rim aloi 15-inci, bantuan mula mendaki dan yang paling penting model ini juga dilengkapi dengan VSC.

RM7k mungkin dengar agak besar dalam bentuk tunai ‘selepuk’. Tapi kalau anda bahagikan pada bayaran bulanan sepanjang tujuh-tahun, beza antara Bezza 1.0 G AT dengan 1.5 X AT hanyalah RM97 sebulan.

Dan jika anda tidak kisah dengan kuasa yang diberikan oleh enjin 1.0L dan seronok untuk membayar cukai jalan RM20 setahun, serta tidak memerlukan ruang but yang besar, kami sarankan anda beli sahaja Axia GXtra, kerana dengan harga yang lebih kurang sama (RM33,940), ia turut dilengkapi dengan VSC.

Atau, anda juga boleh memilih Axia pada varian lebih tinggi iaitu SE dan Style (kedua-duanya berharga RM37,515) yang didatangkan dengan lebih banyak kelengkapan dari Bezza G. Axia Style juga hadir dengan rupa luaran agak funky dengan penggayaan seperti SUV.

Perodua Myvi 1.5 H

5 varian Perodua yang tak patut dibeli – ini sebabnya

Untuk tahun 2020, Perodua memberikan Myvi berberapa tingkat taraf ringan terdiri pilihan warna Electric Blue baharu dan juga sistem ASA dipertingkat kepada ASA 2.0, serta ia diberikan pada varian lebih luas (sebelum ini hanya pada Myvi AV). Penyegaran yang dibuat ini juga menyaksikan harga Myvi turut menerima rombakan.

Kini varian 1.5 H dijual pada harga RM50,530, atau RM2k lebih mahal dari sebelum ini kerana ia diberikan sistem ASA secara standard. Model tertinggi 1.5 AV juga naik tapi hanya meningkat RM500 kepada RM52,697. Jadi perbezaan harga antara H dan AV sebelum ini berjumlah lebih dari RM3,600, sekarang hanya sekitar RM2k.

Kami berpendapat dengan beza RM2k tersebut wajar untuk melupakan model 1.5 H kerana model AV diberikan tambahan kelengkapan yang agak berbaloi terdiri dari filem penapis haba, tempat duduk balutan kulit, sistem audio dengan skrin sesentuh sebagai pemain utama dan juga kamera undur.

Penyegaran yang dilakukan untuk Myvi kali ini juga menyaksikan Perodua turut menawarkan sistem ASA kepada model 1.3 X secara opsyen dengan tambahan harga RM2k. Pada kami, ini adalah langkah yang bijak diambil oleh Perodua kerana menawarkan sistem keselamatan yang agak maju ini kepada model 1.3, dan tidak hanya eksklusif pada model 1.5 sahaja.

Perodua Alza AV

5 varian Perodua yang tak patut dibeli – ini sebabnya

Sedar tak sedar, bulan hadapan akan genap Perodua Alza berada 11-tahun dalam pasaran, selepas dirasmikan pada 11 November 2009. Sepanjang hayat produksinya, Alza telah masuk pada dua fasa facelift iaitu pada 2014 dan 2016.

Walaupun sudah berada agak lama dalam bilik pameran, permintaan Alza masih lagi ada. Ini kerana ia bukan sahaja boleh diharap, malah dengan harga yang hampir sama dengan Myvi (bermula RM50k untuk S MT hingga RM55k untuk SE AT), Alza hadir dengan satu lagi baris tempat duduk, membuatkan ia begitu ideal untuk pasangan suami isteri yang mempunyai lebih tiga orang anak.

Namun pada kami, pembelian untuk Alza varian tertinggi iaitu AV pada harga RM60,525 adalah tidak berbaloi. Ini kerana, dengan bayaran berberapa ribu ringgit lagi, anda boleh mendapatkan Perodua Aruz 1.5 X yang dijual pada harga RM68,526.

Aruz adalah antara model terbaharu dari Perodua/Daihatsu (Terios)/Toyota (Rush), dan ia diberikan ruang dalaman yang lebih luas, enjin 2NR-VE dengan sistem Dual VVT-i yang lebih moden, rupa seakan SUV yang lebih sesuai dengan trend baharu, kelengkapan-kelengkapan terkini lain seperti lampu hadapan LED, sistem kunci pintar/butang penghidup enjin, pembaca SmartTag bina dalam dan pelbagai lagi.

5 varian Perodua yang tak patut dibeli – ini sebabnya

Dari segi keselamatan juga Alza dan Aruz mempunyai satu jarak yang agak jauh. Perodua Alza hanya dibekalkan dengan dua beg udara dan sistem brek ABS. Manakala Aruz adalah model yang telah pun menerima penarafan ASEAN NCAP lima-bintang, dilengkapi enam-beg udara dan VSC. Jika anda memilih Aruz AV, ia turut diberikan sistem ASA 2.0.

Lagi sekali kami nyatakan, dalam tunai RM7-8k mungkin nampak besar. Tapi jika dibahagikan kepada bayaran bulanan, beza bayaran antara Alza AV dan juga Aruz X hanyalah RM90 sebulan. Biasanya memang ada harga yang bertindan antara dua model berlainan segmen varian paling atas dan paling bawah, tetapi untuk kes ini, terlalu banyak kelebihan yang ada pada varian asas Aruz berbanding varian tertinggi Alza.

Jadi, inilah dia senarai lima varian Perodua yang kami rasa tak patut anda beli. Tetapi seperti yang kami sebutkan tadi, kami tetap akui setiap varian dihasilkan ada sebabnya, antaranya bagi memudahkan kelulusan pembiayaan bank kepada lebih ramai pembeli di mana faktor ini kadang kala memainkan peranan walaupun beza RM100.

Namun jika anda mampu, kami sarankan anda pilihlah varian dengan sistem keselamatan penuh kerana ia antara ciri penting untuk lebih selamat berada di atas jalan raya, dan ia juga tidak boleh ditambah di kemudian hari.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • Waaa sedap je ckp org beli axia E kedekut ingat semue org gaji besar berduit ke. Jnji ada kenderaan wat prg balik kerja sudah.

    Like or Dislike: Thumb up 37 Thumb down 12
    • dia memberikan pendapat..betul dia ckap..klau yg mampu..x perlu membeli..klau kita dah x mampu..mmg axia E yg sangat berbaloi..membantu pengangkutan..

      Like or Dislike: Thumb up 23 Thumb down 6
      • Hamlee Erwan Bin Romli on Feb 05, 2022 at 1:33 pm

        Betul tu pendapat memang penting untuk pengetahuan

        Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 2
    • Syahira salim on Mar 05, 2023 at 2:44 pm

      Lain kali baca ambik dsudut positif bro..jangan nak nmpk semua sudut negetive bro…ahhh sudah

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • We ye

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 1
  • Betul tu

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 1
  • Semlm beli proton xpatut dbeli.. Hari ni perodua xpatut dbeli..

    Beli alza 60k,xptut sbb aruz 68k..
    Tp tu aruz basic.. Nnt kalau beli aruz basic pn xpatut beli, sbb tmbh ckit leh beli aruz av spec..
    Nnt beli aruz av spec pn xpatut, sbb tmbh ckit leh dpt wish recond
    Nnt beli wish recond pn xpatut beli sbb tmbh ckit leh beli estima recond
    Nnt beli estima recond pn xptut sbb tmbh ckit leh beli vellfire..

    Cmtu la smpi bile2..

    Beli ikut kemampuan.. Xyh compare2 ape yg org patut beli.. Honda jazz yg kcik cmtu hrga 60k++ utk varian standard ok sgt ke?.. Klu bezza @ persona dh dpt full spec taw..

    Like or Dislike: Thumb up 36 Thumb down 3
    • Sardin on Oct 09, 2020 at 11:51 pm

      Konsep perbandingan mcm ni la yg paultan berjaya terapkan dlm ulasan anda…

      Like or Dislike: Thumb up 14 Thumb down 0
  • NORAZLAN on Oct 09, 2020 at 3:23 pm

    Produa tak beli pon tak apa. Pusat servis masyaallah….. Demand ala2 Kereta super mewah. Lambat 5 minit tolak terus dari nak pi servis. Aku pi servis kereta toyota pon tak spt mcm ala2 syarikat diva. Ini Kereta buatan Malaysia kot ala2 super Diva.

    Like or Dislike: Thumb up 12 Thumb down 2
    • Bakhtiar on May 10, 2022 at 10:33 am

      Boleh share lg tak psl perangai pusat servis perodua ni? Sy tgh plan nak beli kereta perodua x lama lg ni

      Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  • Rashidan on Oct 10, 2020 at 8:31 am

    Artikel sampah… Jgn nk jatuh produk tempatan…. Kau ingat perodua keluarkan kereta sendiri ke… Bukan kolaborasi dgn toyota dan daihatsu ke… Semua yg ko komen tu ada kaitan juga dgn kereta import tu…. Lebih baik ko pakai kereta sorong ja…. Beli lahbarang buatan tempatan…

    Like or Dislike: Thumb up 13 Thumb down 6
  • Aruz tu kalau gear dia auto 5@6 kelajuan, aku minat jugak nk beli. Body besar tpi hnya ada 4 kelajuan mcm Alza. Hrp pd VVT-i jelah kelebihan dia. Laju pun tk sberapa

    Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 5
  • Alza AV dgn Aruz X…

    Dua jenis kenderaan berbeza

    MPV dgn SUV

    Maintenance pun dah beza, tak payah tgok lain dah saiz tayar pun dah beza. Benda wajib tukar pun kos dah tinggi

    Like or Dislike: Thumb up 17 Thumb down 4
  • Nak tanya brapa Lama tgu axia e keluar…Saya book bln 10.2021 smpai sekarang blum dpt lagi..

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Samrul on Feb 11, 2022 at 8:45 am

    Anda sebut ada varian lain untuk model yang sama yang memberikan nilai yang setimpal untuk jumlah wang yang anda bayar. Tetapi anda tidak menyebut nama varian tersebut. Contoh Axia G, kereta apa yang sama harga dengan Axia G dan lebih baik? Saya pun tak tahu ada kereta lain yg sama harha tetapi lebih baik. Saya gaji kecil. Hanya Axia yg saya nampak paling murah dan selesa. Kalau ada tetapi bayaran bulanan mahal RM50 dari Axia G, itu tidak sama. Beza RM10 ok la. Orang gaji kecil beli kereta sbb bajet dan untuk bergerak dari A ke B serta mahu jimat sahaja. Tak kena panas dan hujan tu sudah dikira sangat selesa.

    Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 2
  • meh ar duit, belanje aku kereta berbaloi sebijik

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1
  • bebal on Sep 05, 2023 at 4:01 pm

    artikel sampah, tambah sikit dapat itu, tak terangkan dengan betul

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • bebal on Sep 05, 2023 at 4:02 pm

    artikel sampah

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required