Toyota Yaris WRC 2021 didedah, tampil grafik badan baharu, tapi kenapa tak guna GR Yaris sebagai asas?

Toyota Yaris WRC 2021 didedah, tampil grafik badan baharu, tapi kenapa tak guna GR Yaris sebagai asas?

Toyota Gazoo Racing World Rally Team (TGR WRT) telah pun mendedahkan jentera perlumbaan rali dunia pasukan berkenaan untuk musim 2021, serentak dengan pendedahannya di Tokyo Auto Salon 2021 yang dilangsung hanya secara maya, kerana Jepun berada dalam situasi darurat akibat pandemik Covid-19 sekarang.

Namun Toyota tidak mengumumkan sebarang perubahan pada jentera berkenaan, dan perbezaan ketara yang boleh dilihat berbanding jentera musim lalu hanyalah pada livery perlumbaan pada badan; ia tampil dengan grafik putih-merah-hitam GR dalam rekaan baharu, dan tiada lagi tajaan utama dari Microsoft.

Jentera ini bakal memulakan cabaran WRC 2021 di Rally Monte Carlo yang akan berlangsung pada minggu hadapan, bermula 21 hingga 24 Januari. Tahun lalu, Toyota berjaya menggondol satu lagi gelaran juara dunia kategori pemandu dalam WRC menerusi pelumba utamanya Sebastien Ogier, selepas Ott Tanak mencapai keputusan yang sama juga dengan Yaris pada musim 2019.

Toyota Yaris WRC 2021 didedah, tampil grafik badan baharu, tapi kenapa tak guna GR Yaris sebagai asas?

Tahun ini juga menyaksikan TGR WRT akan dikendalikan oleh bekas pemandu utamanya iaitu Jari-Matti Latvala sebagai Prinsipal pasukan, bagi menggantikan Tommi Makinen yang dinaikkan pangkat sebagai penasihat keseluruhan sukan permotoran untuk Toyota.

Tapi, kenapa jentera WRC baharu berasaskan Toyota GR Yaris masih belum digunakan? Sebenarnya jentera GR Yaris WRC 2021 sudahpun nampak sedang diuji tahun lalu. Namun pembangunannya dihentikan kerana undang-undang WRC baharu yang akan digunakan pada musim 2022.

Bermula musim hadapan, jentera-jentera Rally1 (kategori tertinggi dalam WRC) diberikan pilihan sama ada pengeluar mahu menggunakan kerangka model-model produksi atau pun struktur tubular (space frame) seakan kereta DTM atau Australia Supercar, tetapi masih lagi mengekalkan saiz seperti sedia ada, dengan sistem berskala bagi membolehkan pengeluar mengadaptasikan kereta rali mereka dari pelbagai model berbeza.

Kereta-kereta kelas Rally1 ini juga perlu dijana enjin petrol berdasarkan spesifikasi sedia ada (1.6 liter Turbo), tetapi kos untuk membinanya akan dikawal oleh FIA. Enjin tersebut juga wajib dipadankan dengan motor elektrik hibrid 100 kw.

Setiap pasukan perlu untuk menggunakan motor elektrik hibrid, hardware dan software yang sama – tiap-tiap komponen dikeluarkan hanya oleh satu pembekal. Sistem tersebut akan membolehkan kereta-kereta rali ini menggunakan hanya kuasa elektrik ketika berjalan di dalam kawasan bandar, dan juga fungsi power boost untuk digunakan dalam laluan SS.

Peraturan baharu yang diumumkan oleh FIA ini jelas jauh berbeza dengan regulasi sedia ada, jadi agak tidak berbaloi untuk Toyota membangunkan sebuah jentara yang hanya boleh digunakan pada satu musim sahaja. Kita mungkin akan dapat melihat jentera WRC Toyota baharu berasaskan GR Yaris berkenaan pada musim hadapan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required