VIDEO: Lori pula lawan arus!

Sentra sudah, Gen2 sudah, Myvi sudah, Hilux pun sudah, kini muncul pula video lori dipandu melawan arus. Video ini dipaparkan oleh pembaca kami Tan Wei Shen di laman Facebook miliknya.

Insiden berkenaan berlaku di Jalan Kewajipan, USJ Subang dan sebenarnya sudah pun dimuat naik pada 4 Mac lalu. Walau bagaimanapun, nasib baik tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Dan satu lagi perkara yang berbeza dari insiden-insiden lain, sebuah kereta peronda polis turut dilihat lalu di kawasan tersebut.

Nampaknya kini, tahap defensif pemandu di Malaysia perlu ditingkatkan pada satu tahap lagi ketika memandu di lorong kanan – selain dari perlu bersedia untuk mengelak mereka yang menukar lorong secara tiba-tiba tanpa menggunakan lampu signal, kita juga perlu bersedia dengan kehadiran pemandu yang memandu bertentangan arah, pada bila-bila masa.

Looking to sell your car? Sell it with Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • andrw on Mar 18, 2017 at 11:15 am

    ada lagi satu peugeot 208 jugak , seriously apasal dgn bodoh bodoh semua ni , mmg sengaja nak cederakan org lain

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • gilos on Mar 18, 2017 at 6:36 pm

    What? Polis tu biarkan jer?
    Please tell me dia ambil tindakan lepas tu…

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required