Renault Megane RS Trophy didedahkan – lebih kuasa dengan 295 hp/420 Nm, kelengkapan casis Cup

Renault Megane RS Trophy didedahkan – lebih kuasa dengan 295 hp/420 Nm, kelengkapan casis Cup

2018 – Nouvelle Renault MÉGANE R.S. TROPHY

Tahun lalu Renault Megane RS generasi baharu telah pun membuat kemunculannya dengan enjin 1.8 liter turbo berkuasa 280 hp/390 Nm. Angka kuasa tersebut macam tidak cukup untuk mengancam lawannya – Honda Civic Type R FK8 bukan? Ya, kerana model tersebut hanyalah versi asas, dan kini versi lebih hardcore Renault Megane RS Trophy telah pun diperkenalkan.

Menurut Renault, model Trophy ini dibangunkan dengan kepakaran yang mereka perolehi dari penyertaan dalam Formula 1, dan kebanyakkannya disalurkan pada enjin. Oleh itu, RS istimewa ini diberikan sistem galas bebola (ball bearing) seramik pada pengecas turbonya bagi mengurangkan geseran, membolehkan respon kuasa dicapai lebih cepat.

Renault juga memadankan satu injap mekanikal khas pada pada sistem ekzos, diletakkan pada peredam bunyi belakang bagi memberikan aliran gas yang lebih baik serta bunyi deruman yang lebih garang, bergantung pada mod Multi-Sense yang dipilih sendiri oleh pemandu.

Renault Megane RS Trophy didedahkan – lebih kuasa dengan 295 hp/420 Nm, kelengkapan casis Cup

2018 – Nouvelle Renault MÉGANE R.S. TROPHY

Ubahsuai ini membolehkan enjin empat silinder 1.8 liter petrol turbo berkenaan mengekstrak 295 hp. Untuk tork pula, talaannya berbeza mengikut kotak gear yang dipilih – 420 Nm untuk kotak gear sama ada klac berkembar automatik Efficient Dual Clutch (EDC) enam-kelajuan, manakala versi enam-kelajuan manual di tala pada 400 Nm.

Dengan kuasa lebih besar ini membolehkan versi manual memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 5.7 saat (0.1 saat lebih laju dari versi standard) sebelum mencapai kelajuan maksima 260 km/j (5 km/j lebih laju). Menurut Renault, walaupun menghasilkan kuasa lebih besar, enjin berkenaan masih lagi mematuhi undang-undang kawalan emisi baharu, Euro6d-Temp, dengan penambahan particulate filter yang diletakkan dalam sistem ekzos.

Megane RS Trophy ini turut menerima kelengkapan casis Cup untuk pengendaliannya yang terdiri dari LSD jenis Torsen, penyerap hentak dengan talaan 25% lebih keras, spring 30% lebih keras, dan juga bar anti-oleng 10% lebih keras – kesemua ini tidak dipadankan pada casis Sport. Sistem kawalan stereng untuk kesemua roda 4Control masih diberikan sebagai standard pada model ini.

Versi Trophy juga diberikan cakera brek hadapan yang diperbuat dari dua jenis material membolehkan 1.8 kg berat dikurangkan pada setiap roda, serta digabungkan dengan angkup brek Brembo berwarna merah. Ia juga hadir standard dengan rim 19-inci ‘Jerez’ bersama tayar Bridgestone Potenza S001, manakala pelanggan turut boleh memilih rim 19-inci ‘Fuji Light’ yang 2 kg lebih ringan, disaluti tayar Potenza S007 yang lebih mencengkam.

Untuk kabin pula, pembeli turut diberikan opsyen bagi menukar tempat duduk asal kepada tempat duduk dari Recaro yang 20 mm lebih rendah, dibaluti Alcantara membolehkan badan anda dipegang dengan lebih kemas. Untuk bahagian luar pula, Megane Trophy RS ini diberikan warna badan ikonik Liquid Yellow bersama jalur Trophy serta bilah yang diinsiraskan dari Formula 1.

Dalam pasaran, bukan Civic Type R sahaja yang menjadi seteru Megane RS buat masa sekarang. Segmen Hot-hatch ini dilihat begitu meriah dengan pilihan lain seperti Ford Focus RS, Volkswagen Golf R, Peugeot 308 GTI, malah pencabar dari Korea, Hyundai i30 N juga dilihat sangat menyerlah. Hah, anda pula kalau diberi pilihan, mana yang berkenan?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required