Proton X70 bakal tampil di Indonesia tahun hadapan

Proton X70 bakal tampil di Indonesia tahun hadapan

Seperti yang anda sudah tahu, Proton X70 akan dilancarkan di Malaysia pada 12 Disember, dan kemudiannya, menurut laporan Kompas, ia akan membuat penampilan pula di Indonesia pada tahun 2019. Dalam laporan tersebut, ketua bahagian pemasaran Proton Edar Indonesia (PEI), Rully Septiadi telah mengesahkan perkara ini.

Buat masa sekarang, masih belum ada tarikh serta harga rasmi yang ditetapkan untuk X70 di pasaran Indonesia, tetapi Rully memberitahu, Proton akan menyertai acara Indonesia International Motor Show (IIMS) pada bulan April dan Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) pada bulan Julai 2019.

Kehadiran Proton dalam pasaran Indonesia semakin pudar dalam beberapa tahun kebelakangan ini, di mana model seperti Exora dan Iriz kurang mendapat sambutan daripada pembeli di sana. Dengan X70, PEI berharap dapat membina semula tapak dan kembali menjual kenderaan di Indonesia.

Proton X70 bakal tampil di Indonesia tahun hadapan

X70 juga bukanlah satu-satunya model yang dirancang untuk penjualan di sana. Dalam satu laporan lain, Rully ada memberitahu beberapa model lain telah dikenal pasti untuk pasaran Indonesia. Berkemungkinan, ia adalah dua lagi model Geely lain yang telah dibenarkan untuk dikilangkan dan dijual oleh Proton iaitu Binyue (atau SX11) dan Jiaji (atau VF11).

Proton juga telah mendapat hak penggunaan pemilikan intelek (IP) untuk tiga model ini (termasuk Boyue atau X70), dan dalam perjanjian itu ia ada menyatakan Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand sebagai negara yang boleh menerima model tersebut daripada Proton.

GALERI: Proton X70 spesifikasi Malaysia

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required