Toyota GR Yaris bakal muncul Tokyo Auto Salon 2020 bulan depan dengan sistem pacuan semua roda

Toyota telah menyiarkan teaser ketiga untuk Yaris versi berprestasi tinggi iaitu GR Yaris dengan video yang lebih panjang dari sebelum ini, bersama pengumuman tarikh kemunculan sulungnya untuk peringkat dunia iaitu pada 10 Januari 2020 di Makuhari Messe, Jepun ketika berlangsungnya Tokyo Auto Salon 2019.

Sebelum rupa penuhnya didedahkan pada tarikh berkenaan, unit prototaip yang dibalut dengan pelekat penyamaran GR putih-merah-hitam akan muncul di Toyota Gazoo Racing Festival (TGRF) pada 15 Disember ini, di litar Fuji Speedway Jepun – ia sepatutnya sebelum ini muncul ketika Rali Australia bulan lalu, tetapi pusingan terakhir WRC 2019 tersebut terpaksa dibatalkan kerana kebakaran hutan yang berlaku di New South Wales.

Menurut Toyota, ini adalah model penuh Gazoo Racing kedua selepas Supra A90 yang akan dipasarkan secara global, di mana model Yaris GRMN sebelum ini adalah hot-hatch edisi terhad hanya untuk pasaran Eropah, serta pelbagai lagi model GRMN lain adalah khas untuk pasaran Jepun.

Toyota masih belum mengumumkan spesifikasi teknikal model yang diasaskan dari Toyota Yaris generasi baharu berkenaan, tetapi menjelaskan bahawa ia dihasilkan dari teknologi, pengetahuan dan pengalaman pasukan rali dunia Toyota Gazoo Racing – model baharu ini sememangnya diinspirasikan dari Yaris WRC kerana diberikan sistem pacuan semua roda, dan bukan hanya pacuan roda hadapan seperti Yaris GRMN.

Toyota GR Yaris bakal muncul Tokyo Auto Salon 2020 bulan depan dengan sistem pacuan semua roda

ProEXR File Description
=Attributes=
channels (chlist)
compression (compression): Zip16
dataWindow (box2i): [0, 0, 8819, 4960]
displayWindow (box2i): [0, 0, 8819, 4960]
lineOrder (lineOrder): Increasing Y
pixelAspectRatio (float): 1
screenWindowCenter (v2f): [0, 0]
screenWindowWidth (float): 1
type (string): “scanlineimage”
=Channels=
A (half)
B (half)
Bodywork Plastic Shiny.blue (half)
Bodywork Plastic Shiny.green (half)
Bodywork Plastic Shiny.red (half)
Bodywork.blue (half)
Bodywork.green (half)
Bodywork.red (half)
Cables.blue (half)
Cables.green (half)
Cables.red (half)
Chrome.blue (half)
Chrome.green (half)
Chrome.red (half)
G (half)
GI.blue (half)
GI.green (half)
GI.red (half)
GR-4 Yaris.blue (half)
GR-4 Yaris.green (half)
GR-4 Yaris.red (half)
Glass.blue (half)
Glass.green (half)
Glass.red (half)
Light Box.blue (half)
Light Box.green (half)
Light Box.red (half)
Lighting.blue (half)
Lighting.green (half)
Lighting.red (half)
R (half)
Reflection.blue (half)
Reflection.green (half)
Reflection.red (half)
Refraction.blue (half)
Refraction.green (half)
Refraction.red (half)
Rims.blue (half)
Rims.green (half)
Rims.red (half)
Specular.blue (half)
Specular.green (half)
Specular.red (half)
Type Frame.blue (half)
Type Frame.green (half)
Type Frame.red (half)
Tyres.blue (half)
Tyres.green (half)
Tyres.red (half)

GR Yaris ini juga bukan kelihatan lebih lebar dari standard, malah ia nampaknya hadir dengan bentuk badan tiga-pintu berbanding lima pintu pada model biasa dan juga versi prototaip yang dilihat diuji di Nürburgring sebelum ini.

Jenama Jepun berkenaan menyinar dalam WRC pada era 90’an tetapi menarik diri pada tahun 1999. Pasukan tersebut kemudian bertanding semula dalam WRC bermula pada musim 2017 dengan Yaris WRC, dan hanya memerlukan tiga musim bagi melahirkan seorang juara dunia baharu iaitu Ott Tanak yang telah berjaya dinobatkan sebagai juara untuk musim tahun ini, merampasnya dari juara dunia enam-kali Sebastien Ogier.

Kejayaan Tänak tersebut adalah juara kategori pemandu kelima yang dirangkul Toyota dalam sejarah WRC, setelah kali terakhir dilakukan oleh Didier Auriol pada tahun 1994 dengan memandu Toyota Celica GT-4 Group A. Selain Auriol, nama Tänak kini sebaris dengan lagenda Toyota yang lain seperti Carlos Sainz dan Juha Kankkunen.

Toyota Yaris GR-4 ini nampaknya bakal mengambil semula tugas Celica GT-4, iaitu jentera rali jalan raya yang lahir dari WRC. Ia kini dalam pembangunan peringkat terakhir, dan dalam video teaser yang disiarkan, ia dilihat dipandu secara liar oleh presiden Toyota sendiri iaitu Akio Toyoda atau nama pena/samarannya ketika berlumba – Morizo.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required