Kotak gear D-CVT Perodua Ativa diproduksi di M’sia, akan di eksport ke Indonesia; untuk Daihatsu Rocky?

Kotak gear D-CVT Perodua Ativa diproduksi di M’sia, akan di eksport ke Indonesia; untuk Daihatsu Rocky?

Mesti ramai yang menyangka bahawa Perodua Ativa hanya sekadar projek rebadge sahaja bukan? Namun hakikatnya Perodua telah melakukan lebih daripada itu. Menurut Perodua, SUV kompak ini sememangnya projek yang dihasilkan oleh tiga entiti iaitu Daihatsu, Toyota dan Perodua, di mana 50 orang jurutera Perodua telah pun dihantar ke Jepun bagi menghasilkan asas untuk Daihatsu Rocky, Toyota Raize dan juga Perodua Ativa ini.

Sebab itulah ketika Daihatsu Rocky muncul di Jepun pada 2019, rekaan bahagian belakang model JDM berkenaan kelihatan hampir sama dengan Perodua Myvi, terutamanya pada bahagian bampar. Malah, walaupun Ativa diasaskan dari platform global yang pembangunan awalnya dibuat di Jepun, kandungan komponen tempatannya berada pada kadar 95%, lebih tinggi dari Myvi dengan kadar 90% walaupun hatchback berkenaan diasaskan dari kerangka yang dibangunkan oleh Perodua sendiri di Malaysia.

Ini bermaksud, kebanyakkan komponen yang ada dalam Ativa adalah dihasilkan oleh Perodua bersama vendor-vendor mereka di Malaysia, dan hanya 5% komponen yang diimport dari luar negara.

Kotak gear D-CVT Perodua Ativa diproduksi di M’sia, akan di eksport ke Indonesia; untuk Daihatsu Rocky?

Antara komponen penting Ativa yang dihasilkan secara tempatan adalah enjin 1KR-VET 1.0 liter turbo tiga-silinder yang diproduksi oleh Perodua Engine Manufacturing Sdn Bhd (PEMSB) di Rawang, dan juga kotak gear Dual Mode CVT atau D-CVT yang lebih canggih dari kotak gear CVT biasa, diproduksi oleh Akashi Kikai Industry Malaysia dengan kilang yang terletak di Sendayan, Negeri Sembilan.

Apa yang menarik, kotak gear D-CVT berkenaan bukan hanya dibuat untuk Ativa bagi pasaran Malaysia, ia juga akan dieksport ke Indonesia untuk kegunaan model Daihatsu pada pasaran berkenaan. Kotak gear D-CVT ini adalah kotak gear paling canggih bukan sahaja untuk Perodua, malah untuk Daihatsu buat masa sekarang, dihasilkan khas untuk model-model yang dibangunkan berasaskan platform DNGA.

Kotak gear ini bukan hanya menampilkan mekanisma pulley dan tali sawat biasa seperti transmisi CVT konvensional, ia juga dipadankan gear helix bersama mekanisma planetary gear, bagi mengurangkan kehilangan kuasa dan juga nisbah overdrive lebih baik, membolehkan ia memberikan nisbah gear seakan transmisi automatik lapan-kelajuan. Untuk perincian mendalam berkenaan kotak gear berkenaan, anda boleh baca satu lagi artikel khas pada PAUTAN INI.

Kotak gear D-CVT Perodua Ativa diproduksi di M’sia, akan di eksport ke Indonesia; untuk Daihatsu Rocky?

Daihatsu Rocky yang dilihat sedang diuji di Indonesia

Perodua tidak mengumumkan model Daihatsu mana yang akan dipadankan dengan kotak gear D-CVT tersebut di Indonesia kelak. Namun buat masa sekarang, pasaran Indonesia masih belum menerima mana-mana model yang diasaskan dari platform DNGA. Yang paling hampir adalah kembar Ativa, iaitu Daihatsu Rocky yang bakal dilancarkan di sana tidak lama lagi.

Jadi, walaupun Malaysia tidak membekalkan satu unit lengkap model Perodua yang direbadge sebagai Daihatsu di Indonesia seperti Sirion (Myvi) yang dipasang di Rawang, usaha yang dibuat oleh Perodua ini bukan sahaja dapat memanfaatkan tenaga tempatan untuk pasaran dalam negara, ia juga sebenarnya memperkasakan lagi industri automotif Malaysia sebagai salah sebuah negara pengeksport produk-produk automotif. Sekarang, siapa cakap Perodua sekadar buat “kejuruteraan bampar”?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

 

Add a comment

required

required