Home / Bahasa Malaysia / Berita Antarabangsa (Page 191)
Search in Berita Antarabangsa:
-
Disebabkan masalah kekurangan bekalan cip di seluruh dunia yang terus memberikan kesan terhadap pengeluaran automotif, Toyota terpaksa membuat keputusan untuk mengantung operasi di dua buah kilangnya di Jepun. Pengantungan operasi kilang terbabit bakal dilaksanakan pada […]
-
Volkswagen Golf Mk8 dilancarkan di Singapura – 1.5 eTSI mild hybrid dan GTI, dari RM390k hingga RM639k
Volkswagen Golf generasi kelapan telah pun dilancarkan di Singapura. Kereta paling laris di Eropah untuk tahun 2020, ditawarkan dengan varian 1.5 eTSI mild hybrid, dan juga hot hatch GTI. Model biasa Golf Mk8 dijanakan oleh […]
-
Yamaha YZF-R7 didedah – enjin dua silinder 689 cc daripada MT-07, kuasa 73.4 hp, suspensi boleh laras
Selepas beberapa siri teaser, Yamaha Europe akhirnya mendedahkan secara rasmi YZF-R7 kepada dunia buat pertama kali. Seperti yang boleh dilihat daripada nama dan rupanya, ini adalah sebuah model fairing penuh yang menyertai sportsbike lain Yamaha […]
-
Proton Motorsport sahkan penyertaan dalam Kejohanan Rali British (BRC) 2021 dengan Iriz R5
Mellors Elliot Motorsport (MEM) yang mewakili Proton Motorsport telahpun mengesahkan penyertaan mereka dalam Kejohanan Rali British (BRC) untuk musim 2021. Mereka bakal bertanding dalam kategori tertinggi kejohanan berkenaan dengan jentera Proton Iriz R5 yang dipandu […]
-
Lexus jual 2 juta kereta elektrifikasi peringkat global
Lexus telah mencapai penanda aras baru pada penghujung April 2021 — syarikat itu mencecah angka jualan dua juta kenderaan dengan teknologi elektrifikasi di seluruh dunia, 16 tahun selepas RX400h diperkenalkan pada tahun 2005. Ini bersamaan […]
-
Hyundai i20 N WRC Rally1 Hybrid 2022 – video dan imej teaser didedahkan, bunyi masih kekal agresif!
Seperti yang telah diputuskan oleh FIA pada penghujung 2019, bermula musim 2022, kategori tertinggi Kejohanan Rali Dunia (WRC) akan beralih kepada undang-undang Rally1 bagi menggantikan undang-undang WRCar sedia ada. Selain dari kebenaran menggunakan casis dengan […]
-
Geely SS11 – sedan Emgrand generasi ke-4 akan dilancarkan di China tahun ini; 1.5L NA dengan 114 PS
Foto dan sedikit perincian mengenai model Geely SS11 telah pun dimuat naik di laman web Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China, malahan media negara berkenaan juga telah melaporkan model terbabit akan muncul sebagai sedan […]
-
Toyota Land Cruiser 2022 akan ada varian GR, SUV J300 serba baru akan diperkenalkan hujung bulan ini
Dalam perkembangan terbaru, Toyota Land Cruiser 2022 dijangka akan diperkenalkan hujung bulan ini atau awal Jun nanti. Lebih menarik, akan ada juga versi GR Sport bagi J300. Merujuk akaun Instagram landcruiserupdates, yang dikongsikan oleh Motor1, […]
-
Thailand dedah rancangan masa depan untuk kenderaan elektrik – pelan tiga fasa sehingga 2030
Minggu lepas, Thailand telah mendedahkan rancangan masa depan negara tersebut berkenaan kenderaan elektrik (EV). Menurut laporan The Nation, Thailand meletakkan sasaran 30% daripada pengeluaran automotif mereka menjelang 2030 adalah datang daripada EV. Perinciannya dibentangkan oleh […]
-
Kereta elektrik mungkin akan sebabkan 100k orang hilang kerja, “debat jujur” diperlukan – CEO Daimler
Peralihan dari kereta dengan kuasa bahan api fosil kepada kuasa elektrik bukan semudah yang disangka. Ia bukan hanya berkisar berapa cepat sesebuah bateri itu dapat dicaj semula serta jaringan sistem pengecaj yang luas sahaja – […]
-
Honda Civic generasi ke-11 akan dilancarkan di Singapura tidak lama lagi, pendaftaran minat dibuka
Honda Civic generasi ke-11 baru sahaja membuat pendedahan sulungnya di Amerika Syarikat akhir bulan lalu, dan ini satu berita yang agak mengejutkan – Singapura bakal menjadi antara negara terawal di dunia untuk menerima model berkenaan […]
-
BMW X3 dan iX3 2021 dibocor perinciannya – G01 dan G08 LCI dapat gril besar, lampu dan bampar baharu
BMW X3 G01 telah pun diperkenalkan sejak 2017, dan baru-baru ini dikhabarkan model facelift bakal tiba tidak lama lagi. Perkara ini boleh disahkan menerusi penyebaran imejnya yang bocor baru-baru ini. Foto berkenaan telah dimuatnaik menerusi […]
-
Mahle hasilkan motor elektrik tanpa magnet, tanpa elemen nadir bumi serta bebas penyelenggaraan
Pembuat komponen automotif dari Jerman, Mahle mengumumkan mereka kini sedang membangunkan motor elektrik untuk kegunaan kereta elektrik yang didakwa tidak menggunakan magnet dan juga sebarang elemen bahan nadir bumi. Menurut syarikat tersebut, ini bukan sahaja […]
-
Yamaha XSR125 masuk pasaran Eropah – kuasa 15 hp
Yamaha telah menambah satu lagi produk berkapasiti rendah di pasaran Eropah, melalui pelancaran XSR125. Model yang mempunyai gaya naked retro ini dijual pada harga 4,450 pound sterling (RM25,926) di United Kingdom dan menjadikannya sedikit tinggi […]
-
Kia K9 2021 – gambar didedah sebelum pelancaran
Hyundai Motor Group telah mendedahkan gambar awal sedan K9 (juga dikenali sebagai K900 di pasaran luar Korea) yang diperbaharui bagi tahun 2021. Model yang berada di pasaran sekarang diperkenalkan tiga tahun lepas, sementara model yang […]