Search in Bahasa Malaysia:

Proton S70 - Sedan segmen C tapi harga Vios?



Artikel Terkini

  • Nissan X-Trail kini dengan warna merah sempena CNY

    Nissan_Xtrail_red_BM

    Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah mengumumkan warna baharu bagi model Nissan X-Trail sempena dengan kedatangan Tahun Bahru Cina (CNY) iaitu merah yang dikenali sebagai Flaming Red yang membuatnya nampak lebih menyerlah.

    Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng berkata, “Dengan memperkenalkan pilihan warna ini, kami percaya ia menambah kemeriahan untuk Nissan X-Trail sempena sambutan CNY. Apabila memandu sebuah X-Trail berwarna merah, digabungkan pula dengan penggayaan premium, kemampuan off-road dan teknologi tercanggih, ia memberi kenyataan bagi mempamerkan personaliti yang bertenaga, tidak takut menyahut cabaran dan dinamik.”

    X-Trail boleh didapati di pasaran tempatan dalam dua varian iaitu 2.5L 4WD dan 2.0L 2WD. Model tertingginya, 2.5L 4WD dikusakan oleh enjin QR25DE-k2 dengan Twin CVTC yang mampu menawarkan kuasa maksimum 171PS pada 6,000rpm dan tork 233Nm pada 4,000rpm. Varian 2.0L 2WD pula menggunakan enjin MR20DD dengan sistem pancitan terus dan Twin CVTC, ia berupaya menjana kuasa sehingga 144PS pada 6,000rpm dan tork 200Nm pada 4,400rpm.

    Ditawarkan dalam unit terhad, Nissan X-Trail dengan warna Flaming Red ini ditawarkan pada harga RM159,164.06 untuk 2.5L 4WD dan RM136,976.96 bagi varian 2.0L 2WD (harga di atas jalan termasuk GST tanpa insurans di Semenanjung Malaysia). Nissan X-Trail ini hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

     
     
  • Puspakom lanjut waktu operasi sempena CNY

    puspakom-1

    Demi memenuhi permintaan yang dijangka tinggi menjelang perayaan Tahun Baru Cina (CNY) tidak lama lagi, Puspakom bersedia melanjutkan waktu operasi di cawangan-cawangannya.

    Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mohammed Shukor Ismail berkata, “Kami telah membuat persediaan awal dan rapi bagi menghadapi kemungkinan peningkatan jumlah kenderaan yang datang untuk pemeriksaan di Puspakom.”

    Waktu operasi akan dilanjutkan pada hari Sabtu, 23 dan 30 Januari 2016, dari jam 8 pagi hingga 5 petang di cawangan-cawangan yang berikut:

    Puspakom_CNY_PTBM

    Sambungnya lagi, “Para pelanggan yang mempunyai tarikh luput pemeriksaan yang jatuh pada tarikh tersebut atau cuti umum CNY boleh mengambil kesempatan ini untuk membuat perancangan awal untuk pemeriksaan kenderaan mereka.”

    Malah sempena CNY ini juga, Puspakom turut menawarkan perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Sukarela (Voluntary Vehicle Inspection-VVI) Percuma mulai 17 sehingga 29 Januari 2016. Ia meliputi 25 peringkat pemeriksaan untuk semua pemilik kenderaan persendirian.

    Pemilik kenderaan boleh menghantar kenderaan masing-masing untuk diperiksa di semua cawangan Puspakom di seluruh negara kecuali di cawangan Shah Alam, Mak Mandin dan Kota Bharu.

     
     
  • JPJ Selangor sita 65 kenderaan klon sejak 2015

    JPJ_Roadblock1

    Sindiket kenderaan klon nampak gayanya makin berleluasa di negeri Selangor. Malah semalam, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor telah mengeluarkan kenyataan telah menyita 65 buah kenderaan klon di negeri ini sejak 2015.

    Menurut Pengarah JPJ Selangor Nazli Md Taib kenderaan klon yang disita termasuklah kereta jenis BMW, Volkswagen, Toyota dan Subaru.

    Kenderaan ini diseludup masuk (ke Malaysia) dari Singapura oleh sindiket tertentu yang turut beroperasi di laman sosial terutama Facebook berikutan terdapat permintaan oleh pembeli di negara ini, laporan Bernama.

    “Kenderaan klon ini ditawarkan semurah RM4,000 ke RM5,000 bagi kereta jenis Toyota dan setiap harga yang ditawarkan itu adalah berbeza mengikut jenama serta jenis kenderaan berkenaan,” katanya.

    Nazli berkata kenderaan tersebut tidak mempunyai dokumen sah selain menggunakan nombor pendaftaran kenderaan yang didaftarkan di Malaysia.

    “Nombor pendaftaran yang digunakan oleh kenderaan klon ini ada yang masih aktif dan sah di jalan raya. Ada juga nombor pendaftaran yang digunakan tidak aktif atau telah dilupuskan pendaftaran oleh pemiliknya,” katanya.

    Beliau berkata JPJ bekerjasama dengan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengenalpasti individu yang terlibat dalam sindiket kereta klon tersebut untuk tindakan selanjutnya.

    Nazli meminta kerjasama orang ramai yang memiliki kenderaan klon untuk menyerahkannya kepada JPJ kerana katanya memiliki kenderaan klon merupakan kesalahan di bawah Akta JPJ 1987.

     
     
  • Perodua belum ada perancangan untuk menaikkan harga Axia, Myvi dan Alza buat masa ini – Aminar

    Perodua_Axia_Standard_vs_Advance_-001_BM

    Awal tahun ini menyaksikan kenaikan harga bagi model-model di bawah jenama Honda, Toyota, Lexus, Kia, Peugeot, Citroen dan Audi. Malah Proton juga telah mengumumkan kemungkinan bakal mengambil langkah yang sama selepas Tahun Baru Cina ini. Namun, bagi Perodua, buat masa ini mereka masih belum ada perancangan untuk mengikuti jejak langkah yang sama.

    Menurut Presiden dan CEO Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh, syarikatnya akan cuba bertahan untuk mengekalkan harga sedia ada selama yang termampu. Walau bagaimana pun, beliau turut berkata, kenaikan harga mungkin tidak dapat dielakkan sekiranya situasi pertukaran mata wang asing semakin parah.

    “Kami akan terus memantau sehingga ia memberikan kesan yang tidak dapat dielakkan, selepas itu, kami akan mengkaji semula (kenaikan harga). Setakat ini, belum ada perancangan mengenainya,” ujarnya ketika ditemui dalam sesi reviu prestasi tahunan syarikat semalam.

    2015_Perodua_Myvi_Facelift_Premium_X_vs_Advance_-01_BM

    Selain harga dan kos, beliau terus menyebut sebab apa Perodua wujud. “Kami sentiasa kembali ke dasar, bahawa objektif penubuhan Perodua adalah untuk menyediakan kenderaan-kenderaan berkualiti dan mampu milik. Sama ada kami menaikkan harga atau tidak, ia bergantung kepada banyak faktor. Kami sangat sensitif mengenainya,” beliau menambah.

    Aminar juga mendedahkan bahawa pengguna sekarang semakin memilih untuk memiliki kelainan bagi model Perodua. Meskipun begitu, Perodua menjangka permintaan untuk kereta-keretanya menjadi lebih kukuh pada tahun ini dan telah mensasarkan sebanyak 216,000 unit pada tahun ini.

    Perodua telah mencatatkan rekod jualan sebanyak 213,300 unit pada tahun lalu dengan penguasaan pasaran sebanyak 32%, menjadikannya sebagai pendahulu pasaran automotif Malaysia sejak sedekad yang lalu.

     
     
  • Peranti Penerimaan Kad Mudah Alih (MCAD) bakal digunakan oleh polis trafik bagi ganti saman bertulis

    12063872_1066973716646268_1287372599107648427_n

    Saman bertulis tangan tidak lama lagi hanya sekadar tinggal ‘kenangan’ sahaja kerana bahagian trafik Bukit Aman akan memperkenalkan penggunaan Peranti Penerimaan Kad Mudah Alih (MCAD), laporan The Star. Peranti ini akan menggunakan MyKad pemandu dan akan disambungkan secara terus kepada bank data dalam talian.

    “Peranti ini akan membaca MyKad pemandu berkenaan dan polis trafik akan memasukkan input jenis kesalahan dan mencetak saman serta terus menghantar data kepada bank data dalam talian,” ujar Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman SAC Mahamad Akhir Darus.

    Buat masa ini, bahagian trafik hanya mempunya 600 buah alat yang boleh mengimbas MyKad tetapi dengan adanya MCAD sebanyak 3,700 unit yang bakal diterima, saman akan dapat dicetak secara serta merta.

    Dalam masa yang sama, menjelang Jun ini, polis trafik juga akan menggunakan sistem Pengesan Nombor Pendaftaran Automatik (ANPR) bertujuan memudahkan pihak polis mengesan kenderaan yang melakukan jenayah atau memiliki saman trafik.

     
     
  • 10 jalan utama di ibu negara ditutup secara berperingkat mulai 22 Jan sempena Thaipusam

    bkk-ratchaprasong-dt-1

    Sebanyak 10 jalan utama sekitar ibu negara akan ditutup secara berperingkat mulai 10 malam, Jumaat ini bagi memberi laluan perarakan “Pedati Perak” bersempena sambutan Thaipusam, menurut Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP S. Markandan.

    Antara laluan terlibat ialah Jalan Sultan, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Lebuh Ampang, Jalan Ampang, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Sogo, Jalan Raja Laut dan Jalan Sri Amar.

    Menurut Markandan, “Perarakan pergi pada Jumaat akan bergerak dari Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H.S. Lee dan melalui sepuluh jalan utama tersebut, kemudian ke Jalan Tun Razak (pusingan-U depan Bomba), Jalan Ipoh (Jalan Salleh), Jalan Kovil Hilir, Lorong Konvil Hulu, Jalan Perhentian, Jalan Ipoh, Jalan Ipoh Batu 5 dan Batu Caves.”

    Dalam masa yang sama, pihak Bukit Aman turut mengeluarkan kenyataan berhubung kawalan lalu lintas perarakan bersempena Thaipusam yang disambut pada Ahad ini (24 Jan), memetik laporan Bernama.

    Katanya perarakan pulang pula bermula 4 petang Isnin (25 Jan) dan dijangka berakhir pagi esoknya (26 Jan). Kumpulan perarakan akan bergerak dari Kuil Sri Subramaniar di Batu Caves, seterusnya melalui Jalan Ipoh, Batu 5, Jalan Perhentian, Lorong Konvil Hulu, Jalan Kovil Hilir, Jalan Tun Razak dan Jalan Ipoh.

    Markandan berkata laluan yang ditutup turut melibatkan Jalan Raja Laut, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Ampang, Jalan Lebuh Ampang, Jalan Tun Perak, Jalan Sultan, Jalan Hang Kasturi, Jalan Hang Lekir dan Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H.S Lee.

    “Penutupan jalan yang berakhir Selasa depan akan dilakukan mengikut pergerakan kumpulan perarakan dan dibuka semula kepada pengguna jalan raya setelah mereka selesai melalui jalan tersebut,” katanya.

    Oleh itu, orang ramai yang ingin melalui kawasan tersebut dinasihatkan supaya menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas pada hari berkenaan.

     
     
  • RON 100 di Malaysia – ketahui fungsinya

    Petron-Blaze-100-Euro-4M-launch-4_BM

    Pelancaran Petron Blaze 100 Euro 4M di Malaysia Jumaat lalu, telah menimbulkan sikap ingin tahu di kalangan pemandu. Selain daripada harga, ramai yang ingin mengetahui kelebihan dan kelemahan bahan api RON 100 ini.

    Antara soalan yang paling banyak diterima ialah adakah jumlah octane yang bertambah akan merosakkan enjin atau enjin perlu ditala semula.

    Mari memahami kejuruteraan kimia 101 untuk seketika. RON membawa maksud ‘Research Octane Number’. Nombor ini mewakili ‘knock-resistance’ bahan api. ‘Knocking’ di dalam istilah dunia automotif ialah pencucuhan pramatang atau peledakan.

    Di mana apabila bahan api di dalam kebuk pembakaran ‘meletup’ sebelum sepatutnya, ia akan memberikan ‘knocking’ atau ‘pinging’. Ia bukanlah petanda yang baik bagi enjin pembakaran, terutamanya yang menggunakan bahan api petrol. Jika ia terjadi, ia akan menyebabkan kos yang tinggi untuk membaiki (overhaul) enjin tersebut.

    Bagi enjin prestasi tinggi, nisbah mampatan tinggi yang berfunsi lebih cenderung kepada ledakan apabila menggunakan bahan api dengan RON yang rendah. Ia mungkin akan ‘menyentakkan’ enjin terbabitkan kerana mampatan yang rendah mungkin boleh menjejaskan enjin berkenaan.

    Bagi kebanyakan enjin moden, dengan Programmable Fuel Injection (PGM-FI), ia boleh menggunakan bahan api dengan RON yang paling rendah termasuk 88 dan yang paling tinggi iaitu 103. Tetapi, jika pengeluar enjin terbabit mengklasifikasikan enjin tersebut sebagai prestasi tinggi, dengan omboh mampatan tinggi atau pengecas turbo, RON yang minimum akan ditetapkan bagi mengelakkan ledakan dan kerosakan pada enjin.

    Petron-Blaze-100-Euro4M-launch-4_BM

    Bagi enjin lama yang dihidupkan oleh karburetor, ledakan sering terjadi dengan RON yang lebih rendah kerana peningkatan karbon di kebuk pembakaran membenarkan ‘hot-sport’ untuk membangun dan menciptakan keadaan di mana ledakan boleh terjadi, terutamanya jika di bawah panas terik matahari atau di bawah bebanan.

    ECU akan merekodkan bacaan dari pengesan knocking (ketukan) jika ledakan terjadi, dan melambat atau mempercepatkan pemasaan pencucuhan sewajarnya. Ada satu had bagi tahap pelarasan yang ditentukan oleh pengeluar dengan meletakkan pelekat pada penutup tangki minyak dengan menyatakan minimum bahan api RON yang boleh digunakan.

    Perkara lain yang bersangkut-paut dengan kapasiti tenaga yang terkandung di dalam bahan api dan yang dilepaskan ialah apabila ia menjalani proses pembakaran. Maka, jumlah kuasa boleh didapati daripada nyalaan bahan api dengan bilangan nombor yang tidak terhingga dan biasanya RON tidak mempengaruhi keadaan sedemikian.

    Apa yang dimaksudkan dengan nombor-nombor RON yang tinggi ialah keupayaan menjana enjin tersebut dengan nisbah-nisbah mampatan tinggi dan menjalankan pemasaan pencucuhan. Bagaimana pun, nisbah mampatan tinggi biasanya bermaksud jumlah kebuk pembakaran sangat kecil, yang membawa kepada peledakan.

    Jadi, adalah suatu yang normal apabila enjin empat-silinder aspirasi-normal memerlukan petrol RON 100? Kemungkinan tidak, kerana kos bahan api akan menjadi lebih berat disebabkan penambahan kuasa. Bukan semua enjin turbo moden akan memerlukan bahan api dengan RON yang tinggi kerana peningkatan tekanan dan saiz kecekapan daripada prestasi tidak diperlukan.

    Adakan ECU perlu ‘dibaca’ semula atau enjin perlu ditala semula hanya kerana menggunakan RON 100? Sekali lagi, mungkin tidak kerana ECU akan mempercepatkan pencucuhan bagi mengelakkan ledakan.

    Mercedes-Benz-A-45-AMG-59

    Manfaat menggunakan RON 100 terutamanya bagi enjin yang sangat berprestasi tinggi, berat bebannya akan membenarkan enjin berhadapan dengan mampatan tinggi yang menghasilkan jumlah kuasa (output) yang sangat besar.

    Sebaliknya, jika menggunakan bahan api RON yang lebih rendah pada enjin prestasi tinggi, ia boleh menyebabkan kebolehpercayaan mengeluarkan output yang kurang memberangsangkan, walau pun ia mungkin tidak akan merosakkan enjin. Namun adalah diperlukan untuk talaan enjin, melainkan ia disarankan oleh pengeluar kenderaan terbabit iaitu perlu menggunakan bahan api RON yang tinggi.

    Apa yang penting, enjin-enjin prestasi tinggi sebenarnya mempunyai manfaat apabila menggunakan bahan api dengan RON yang lebih tinggi.

     
     
  • Hilang kawalan kenderaan dikenal pasti sebagai punca utama kemalangan maut pada 2015 – Bukit Aman

    Crash-accident-collision

    Hilang kawalan kenderaan atau terbabas merupakan antara punca utama kemalangan maut pada tahun lalu, menurut Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman SAC Mahamad Akhir Darus.

    Beliau berkata, faktor berkenaan menjadi penyumbang tertinggi kemalangan maut dengan 1,713 kes diikuti dengan kes makan jalan iaitu 764 kes, memetik laporan Bernama.

    Ini diikuti dengan faktor cuba atau sedang memotong kenderaan di hadapan iaitu 689 kes. Manakala faktor lain ialah memandu dengan had laju berlebihan, memecut sesuka hati dan lain-lain.

    “Sepanjang tahun lepas, sebanyak 6,706 kes kemalangan maut direkodkan dengan penunggang dan pembonceng motosikal merupakan penyumbang utama dengan 4,203 kes. Ini diikuti kereta dengan 1,358 kes, pejalan kaki 482 kes, lori 223 kes dan lain-lain seperti bas 440 kes,” katanya.

    Selain itu, pertambahan jumlah penduduk, kenderaan berdaftar dan pemandu berdaftar baharu juga antara faktor peningkatan jumlah kemalangan maut di jalan raya.

    Bagi pecahan mengikut negeri pula, Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang merupakan antara negeri yang merekodkan jumlah kes kemalangan jalan raya tertinggi.

    Sambungnya lagi, “Perlis, Kelantan, Terengganu dan Melaka pula mencatatkan kes kemalangan terendah.”

    Berkenaan dengan Ops Warta, Mahamad Akhir berkata lebih 1.8 juta waran tangkap telah dikeluarkan sejak 2010.

    “Daripada jumlah itu, 419,406 waran tangkap masih tertunggak. Polis tidak akan berhenti mengesan pesalah trafik ini sehingga mereka menyelesaikan waran tangkap mereka,” katanya.

    Beliau berkata sepanjang tahun lepas, sebanyak 162,958 operasi telah dilakukan di seluruh negara dan lebih enam juta saman telah dikeluarkan.

     
     
  • Subaru XV 2016 dilancarkan – bermula RM133k

    Subaru-XV-facelift-launch-2-1

    Setelah diperkenalkan di Thailand pada Disember lalu, kini tiba pula giliran Malaysia untuk menerima kehadiran Subaru XV 2016. Model facelift ini diberi penambahan beberapa elemen serta peningkatan estetika yang lebih optimum tanpa ‘mengusik’ atau mengubah sudut mekanikalnya. Malah Subaru XV 2016 versi Malaysia ini juga sama spesifikasi dengan unit yang diperkenalkan di Thailand dan merupakan model pemasangan tempatan (CKD).

    Ditawarkan dengan dua varian iaitu 2.0i dan 2.0i Premium (2.0i-P), ia dijanakan oleh enjin boxer 2.0 liter DOHC empat-silinder yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 150 PS pada 6,200 rpm dan tork 196 Nm pada 4,200 rpm.

    Subaru XV facelift-39

    Ia turut dipadankan dengan transmisi Lineartronic CVT enam-kelajuan, di mana kuasanya disalurkan ke-empat-empat roda menerusi sistem Symmetrical All-Wheel Drive (SAWD). Di mana sistem ini akan menyalurkan kuasa dengan nisbah 60:40 iaitu roda hadapan dan belakang. Subaru XV 2016 ini dikatakan mampu memberikan penjimatan bahan api sekitar 7.9 liter bagi setiap 100 km.

    Subaru XV 2016 ini telah disuntik sedikit perubahan gaya yang lebih segar. Pada bahagian hadapan, gril haksagon diberi rekaan baharu, disambung pada lampu hadapan halogen baharu dengan lampu nyalaan siang LED berbentuk-C. Ia juga dilengkapi dengan lampu kabus.

    Ia juga dipadankan dengan rim aloi dua-tona bersaiz 17-inci yang tampil dengan rekaan semula, spoiler bumbung dan rel bumbung kekemasan aluminium. Namun tambahan bagi varian Subaru XV 2.0i-P yang memiliki lampu indikator LED dan lampu nyalaan siang (DRL).

    Pada bahagian kabinnya pula, ia tidak banyak berubah berbanding model terdahulu. Melainkan dengan jahitan kontras berwarna oren pada roda stereng, tombol gear dan beberapa kekemasan lain. Selain itu, ia dipadankan dengan unit Kenwood double-DIN, roda stereng pelbagai fungsi dengan kawalan kelajuan, sistem penghawa dingin automatik, pedal penukar gear, perehat tangan bagi tempat duduk belakang dan tempat duduk balutan kulit.

    Subaru XV facelift-3

    Namun bagi varian 2.0i-P, ia ditampilkan dengan elemen tambahan termasuk unit multimedia dengan skrin sesentuh bersaiz 6.2-inci dengan sambungan Bluetooth, AUX, kemasukan pintar bersama butang penghidup enjin, pedal aluminium, meter paparan info gred tinggi, skrin sesentuh untuk paparan pelbagai fungsi, USB, Premium Audio dengan speaker, sistem bebas tangan, tempat duduk pemandu yang boleh dilaras secara elektronik dan, kamera undur, dan arahan pengecaman suara.

    Walau bagaimana pun, elemen yang disebut untuk 2.0i-P tiada pada varian 2.0i. Untuk pengetahuan, varian 2.0i ini juga merupakan spesifikasi yang lebih rendah berbanding model Subaru XV yang terdahulu, termasuk tidak didatangkan dengan skrin sesentuh.

    Subaru XV facelift-40

    Bagi keselamatan pula, Subaru XV ini ditampilkan dengan tiga beg udara, sistem Kawalan Dinamik kenderaan (VDC), ABS, EBD, BA, sistem keselamatan pedal dan cagak Isofix.

    Subaru XV 2016 ini hadir dengan enam pilihan warna iaitu Pure White, Ice Silver Metallic, Desert Khaki, Tangerine Orange Pearl, Dark Grey Metallic dan Obsidian Black Pearl.

    Bagi harga atas jalan termasuk GST dan insurans, 2.0i ditawarkan pada RM132,724.65, manakala 2.0i Premium (2.0i-P) pula RM137,074.89. Ia turut didatangkan dengan waranti tiga tahun penyelenggaran percuma.

     
     
  • Polis trafik bakal guna sistem ANPR Jun ini

    PDRM-4

    Mulai Jun ini, polis trafik akan menggunakan sistem Pengesan Nombor Pendaftaran Automatik (ANPR) bertujuan memudahkan pihak polis mengesan kenderaan yang melakukan jenayah atau memiliki saman trafik.

    Menurut Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mahamad Akhir Darus, sistem tersebut dapat merakam nombor plat kenderaan, seterusnya menyalurkan maklumat kenderaan terbabit kepada pihak berkuasa, laporan Kosmo.

    “Setakat ini kita hanya memiliki satu unit sistem tersebut dan menjelang Jun sebanyak 20 unit lagi bakal beroperasi. Sistem ANPR ini diletakkan pada kereta peronda polis. Jika nombor plat berkenaan dikesan dalam data polis, pesalah terbabit boleh ditahan,” ujarnya.

    Katanya lagi, dalam masa yang sama sistem tersebut juga dapat membantu mengesan kes-kes jenayah.

     
     
  • Prasarana terima 14 unit set pertama tren Innovia Metro 300 untuk LRT Kelana Jaya – dilancarkan Jun ini

    Bombardier-Innovia-Metro-300

    Laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya telah menerima set pertama daripada 14 kereta api metro Innovia tanpa pemandu yang akan memulakan operasi pada pertengahan tahun ini.

    Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd., Datuk Azmi Abdul Aziz,
    kereta api baharu Bombardier Innovia Metro 300 itu dijangka meningkatkan kapasiti dan menambah baik kualiti pengangkutan awam di Kuala Lumpur.

    Katanya, tren baharu ini akan menyediakan kekerapan yang lebih baik dan mengurangkan tempoh menunggu di stesen, di samping memendekkan perjalanan tidak lebih daripada 2.8 minit, memetik laporan Bernama.

    Kereta api generasi terkini ini dilengkapi dengan 16 televisyen litar tertutup itu mempunyai ‘Peta Laluan Dinamik’ yang menyediakan maklumat kepada penumpang mengenai arah destinasi selain ‘Sistem Pelincir Roda’ yang boleh mengurangkan gangguan bunyi tren.

    Azmi berkata, kereta api baharu itu akan mampu memuatkan tambahan 20 penumpang bagi setiap gerabak, daripada kapasiti sedia ada sebanyak 200 penumpang.

    Mengenai baki 13 lagi set Innovia Metro 300 baharu, Azmi berkata, konsortium Bombardier-Hartasuma akan menyerahkan satu set bagi setiap bulan kepada Prasarana sehingga Jun 2017.

    Beliau berkata, kesemua set akan dihantar dari Kilang Kingston Bombardier di Kanada, yang menjadi tempat pemasangan.

    Sebaik sahaja tiba di Malaysia, kereta api itu akan dihantar pula ke Kilang Hartasuma di sini untuk melengkapkan bahagian dalaman dan pengujian sebelum diserah ke Depot LRT Subang untuk pengujian lanjut dan pensijilan.

    Penambahan laluan LRT Kelana Jaya akan menyaksikan 12 stesen lagi dibina antara Kelana Jaya ke Putra Height dan dijangka siap pada 30 Jun.

     
     
  • SPRM cekup tiga pegawai JPJ kerana lesen ‘terbang’

    malaysian-driving-license-001

    Ekoran berleluasanya kes menjual lesen memandu atau ‘lesen terbang’ di Sarawak, terbaru, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 14 individu termasuk tiga pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) vagi membantu siasatan, memetik laporan Bernama.

    Pengarah SPRM Sarawak Datuk Badrul Shah Norman berkata, kesemua suspek berumur 19 hingga 50 tahun ditahan di Limbang, Miri, Bintulu dan Sibu dalam satu operasi khas dilakukan sejak 11 Januari lepas.

    “Mereka yang ditahan ialah tiga pegawai JPJ, sembilan orang awam yang ingin mendapatkan lesen memandu serta dua orang yang bertindak sebagai orang tengah,” katanya.

    Badrul berkata, tiga pegawai JPJ serta seorang individu bertindak sebagai orang tengah kini ditahan reman selama tujuh hari.

    “Siasatan awal SPRM menunjukkan suapan diberikan bagi mendapatkan lesen memandu kenderaan pelbagai kelas tanpa perlu menduduki ujian memandu,” katanya.

    Beliau berkata pihak terbabit didapati cuba memperoleh lesen dengan mengemukakan dokumen palsu permohonan pertukaran lesen Brunei ke lesen Malaysia. Ia membabitkan nilai suapan dianggarkan antara RM2,500 dan RM2,800 bagi satu lesen mengikut kelas kenderaan yang dipohon.

    Beliau berkata operasi khas itu masih dijalankan dengan ramai lagi individu akan ditangkap dipercayai terlibat dalam sindiket penjualan lesen terbang.

     
     
  • Tun Mahathir beri bayangan Proton tidak akan membina enjin diesel pada masa akan datang

    Proton-GDI-TGDI-Press-Conference-1

    Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberi bayangan bahawa pengeluar kenderaan nasional ini tidak akan membina penjana kuasa diesel pada masa akan datang, seperti Eropah, yang turut sedang mempertimbangkan teknologi ini selepas berlakunya skandal “dieselgate” oleh Volkswagen.

    Ketika ditanya berhubung perkara ini, bekas Perdana Menteri ini menjawab, “Diesel merupakan enjin yang digemari di Eropah, tetapi kini mereka mempunyao pendapat yang berbeza. Anda tahu apa yang telah terjadi dengan rekod prestasi enjin diesel baru-baru ini. Jadi sekarang, mereka perlu berfikir kembali adakah baik mempunyai enjin diesel atau pun petrol.”

    exhaust-smoke-a1

    Kenyataan itu mungkin merujuk pada kontroversi Volkswagen, di mana Wolfsburg dikatakan ‘menipu’ penggubal undang-undang bukan setakat sekali, tetapi dua kali. Di Amerika Syarikat, terdapat pendedahan bahawa syarikat terbabit telah memasang ‘satu peranti khas’ di dalam kereta dieselnya, untuk memanipulasi sistem kawalan emisi yang dikendalikan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA).

    Walau pun model diesel memiliki prestasi enjin dan penjimatan bahan api yang lebih baik untuk pemanduan setiap hari tetapi ia turut mampu menghasilkan 40 kali ganda gas pencemaran oksida nitrogen (NOx).

    Walau pun Volkswagen mengakui kontroversi tersebut, di mana sekumpulan jurutera telah menjalankan ujian dalaman terdapat penggunaan bahan api dan emisi karbon dioksida, namun ia menemui kesalahan tersebut sememangnya berada pada tahap serius. Mungkin disebabkan hal sebeginilah Proton enggan membina enjin diesel.

    Proton-Iriz-EV-2

    Walau bagaimana pun, Proton turut sedang membangunkan kenderaan elektrik (EV) dengan model prototaipnya menggunakan Iriz.

    Sebelum ini iaitu pada tahun 2014, Ketua Pegawai Teknikal Proton, Abdul Rashid Musa, berkata, Proton sedang mencari sumber enjin diesel daripada syarikat luar, namun sehingga kini tiada sebarang perkhabaran mengenainya.

    “Percaya pada saya, enjin petrol akan mampu digunakan untuk tempoh yang lama, cukup lama. Walau pun bukan di Eropah, tapi sekurang-kurangnya di Asia,” ujar Tun Mahathir.

     
     
  • Perodua catat rekod jualan tertinggi pada 2015 – 213,300 unit dengan 46.7% adalah daripada Axia

    Aminar-2015-Review

    Perodua telah merekodkan jualan tahunan tertinggi pada tahun 2015, dengan 213,300 unit terjual pada tahun lalu. Kejayaan ini telah diumumkan oleh Presiden dan CEO Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh dalam sesi reviu prestasi tahunan syarikat ini di Perodua Sentral, pagi tadi.

    “Berdasarkan anggaran dalam Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) kami pada tahun 2015 iaitu 667,000 unit, kami percaya kami telah berjaya menguasai pasaran sebanyak 32%, dan kami berazam untuk mengekalkannya pada tahun ini dengan sasaran jualan sebanyak 216,000,” ujar Aminar. Menguasai 32% daripada pasaran bererti Perodua berada pada kedudukan utama yang selesa sejak 10 tahun yang lalu.

    Rekod ini juga menunjukkan bahawa Peroda telah mencapai sasaran pada tahun 2015 iaitu sebanyak 208,000 unit, yang telah diumumkan pada tahun 2015 lalu dan mengekalkannya walau pun selepas GST diperkenalkan, termasuk ketika ekonomi negara agak lembap. Pada tahun 2014, Perodua telah mencatatkan jualan sebanyak 195,600 unit dan 196,100 unit pula pada tahun sebelumnya.

    Tidak perlu lagi untuk berteka-teki mengenai penyumbang utama dalam kejayaan rekod jualan Perodua ini, kerana yang pasti ia adalah dari model Axia iaitu mencatatkan sebanyak 99,700 unit pada tahun pertama jualannya, iaitu 46.7% daripada jumlah keseluruhan jualan. Aminar berkata, disebabkan keadaan ekonomi yang mencabar, ramai pengguna telah mengambil keputusan untuk membeli kenderaan kompak yang lebih murah termasuk penggunaan bahan api yang lebih efisien.

    Seterusnya, Aminar berkata, pada tahun ini merupakan tahun yang cukup mencabar buat industri automotif, tetapi Perodua tetap optimis dengan menganggarkan TIV bagi 2016 ini meningkat ke 670,000 dari 667,000 pada tahun 2015 selepas pelancaran beberapa produk baharu. Perodua turut mensasarkan jualan sebanyak 216,000 unit pada tahun ini akan tercapai sedikit masa lagi.

    Selain jualan kenderaan pula, bahagian perkhidmatan selepas jualan Perodua juga telah memecahkan rekod dengan pengambilan 1.96 juta pada tahun lalu, berbanding 1.92 juta pada 2014. Lonjakan angka ini didorong oleh penambah baikan dan menaik taraf kemudahan servis. Sehingga Disember 2015, Perodua mempunyai 181 buah pusat jualan dan 190 buah pusat servis di seluruh negara.

    Perodua-Sentral-PJ

    Perniagaan aksesori dan alat ganti juga telah merekodkan pendapatan tertinggi dengan RM248 juta pada tahun 2015, iaitu peningkatan sebanyak 2%. Tahun lalu, Perodua telah memperkenalkan aksesori tambahan Gear Up untuk model Axia and Myvi. Sasaran perkhidmatan selepas jualan dan alat ganti/aksesori bagi tahun ini ialah masing-masing dua juta dan 5% dengan pertumbuhan hasil sebanyak RM260.2 juta.

    Dalam sesi ini juga, Aminar turut memberitahu shif kedua telah ditambah bagi produksi di kilang baharu Perodua Global Manufacturing (PGM), di mana shif tunggal sebelum ini bagi memproduksi Axia telah mencapai kapasiti maksimum 100,000. Manakala kilang enjin di Sendayan TechValley berdekatan Seremban pula bakal beroperasi pada separuh pertama tahun ini.

     
     
  • Yamaha NMax 2016 kini di Malaysia – jangkaan RM10k

    2016-Yamaha-G125YM-EU-Power-Red-Studio-002-e1453098567409

    Kelmarin Hong Leong Yamaha telah melancarkan model skuter NMax 2016 untuk pasaran Malaysia. Dengan enjin 155 cc silinder-tunggal, NMax ini mampu memberikan kuasa sehingga 14.8 hp dan tork pula 14.4 Nm pada 6,000 rpm.

    Bagi NMax pemasangan tempatan (CKD) ini, ia tidak disertakan dengan sistem brek anti-kekunci (ABS) tetapi cakera hadapan dan belakang dengan diameter 230 mm masih boleh memberikan daya brek yang optimum.

    2016 NMAX

    Manakala suntikan bahan apinya mampu memberikan penjimatan bahan api yang lebih ekonomi serta kuasa yang optimum. Kotak gear bagi motosikal ini ialah dry-clutch CVT yang turut membantu menyalurkan prestasi yang berpadanan.

    Buat setakat ini, harganya masih belum ditetapkan namun dijangka sekitar RM10,000, iaitu lebih murah berbanding pencabar terdekatnya, Honda PCX150 yang berharga RM11,990.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.47 (0.00)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.30
DIESEL
EURO 5 B10 RM3.35 (+1.20)
EURO 5 B7 RM3.55 (+1.20)
Last Updated Jun 06, 2024