Search in Bahasa Malaysia:

Proton S70 - Sedan segmen C tapi harga Vios?



Artikel Terkini

  • Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup sebahagian laluannya pada 23-25 April 2024, 9 pagi-5 petang

    Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup sebahagian laluannya pada 23-25 April 2024, 9 pagi-5 petang

    Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) mengumumkan bahawa sebahagian laluan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS), a.k.a. Jambatan Kedua Pulau Pinang akan ditutup pada 23 hingga 25 April 2024, dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

    Ia melibatkan laluan dari KM12.5 hingga KM18.5 dan penutupan kawasan tersebut bagi kelancaran kerja-kerja pemeriksaan kabel di bahagian rentang utama dan akan beroperasi seperti biasa apabila pemeriksaan selesai.

    Justeru, JKSB berkata, laluan kontra akan diaktifkan sepanjang penutupan kawasan berkenaan. Dalam masa yang sama, JKSB turut menasihati orang ramai agar mematuhi semua papan tanda serta arahan petugas di lokasi terbabit. Sila berhati-hati dan berhemah dalam pemanduan.

     
     
  • Toyota Land Cruiser 250 Series dilancar di Jepun – pilihan enjin 2.7L petrol atau 2.8L diesel turbo

    Toyota Land Cruiser 250 Series dilancar di Jepun – pilihan enjin 2.7L petrol atau 2.8L diesel turbo

    Toyota secara rasminya melancarkan Land Cruiser 250 Series di Jepun, dengan ia akan ditawarkan dalam beberapa varian termasuk First Edition. Juga dikenali sebagai Land Cruiser Prado, model 250 Series ini akan menyertai barisan 300 Series dan 70 Series yang diperkenalkan sebelum ini di negara itu.

    Jika dibandingkan dengan Prado sebelumnya, model baru ini adalah lebih besar, dengan ukuran panjang 4,925 mm (+100 mm), lebar 1,980 mm (+95 mm), tinggi 1,870 mm (+20 mm) dan jarak roda 2,850 mm (+60 mm).

    Penting untuk diketahui bahawa model 250 Series ini bukan lagi boleh dipanggil sebagai “adik Land Cruiser”, seperti Prado sebelum ini kerana ia juga dibina atas platform GA-F TNGA, yang turut digunakan pada Lexus GX dan LX.

    Melihat kepada dimensi luar, 250 Series ini mempunyai jarak roda yang sama dengan 300 Series tetapi badannya lebih kecil, termasuk panjang keseluruhan (antara 25 ke 90 mm), lebar (antara kosong ke 10 mm) dan tinggi (75 mm).

    Seperti yang dijelaskan oleh Toyota dalam salah gambar di bawah, 300 Series menjadi wakil kenderaan “kelas atasan dan mewah” dalam dunia Land Cruiser, sementara 250 Series pula terletak dalam zon “praktikal manakala 70 Series pula lebih kepada “tegap dan tahan lasak.”

    Di Jepun, dua enjin ditawarkan untuk Land Cruiser 250 Series ini, bermula dengan unit diesel empat silinder 2.8 liter turbo 1GD-FTV berkuasa 204 PS (201 hp atau 150 kW) dari 3,000 ke 3,400 rpm dan tork 500 Nm dari 1,600 ke 2,800 rpm.

    Kemudiannya, terdapat pula enjin petrol empat silinder 2.7 liter NA 2TR-FE dengan kuasa 163 PS (161 hp atau 120 kW) pada 5,200 rpm dan tork 246 Nm pada 3,900 rpm. Enjin petrol ini dipadankan bersama transmisi automatik enam kelajuan Super ECT manakala enjin diesel turbo digabungkan besama transmisi automatik lapan kelajuan Direct Shift.

    Kedua-dua pakej penggerak ini datang secara standard dengan sistem pacuan empat roda dengan limited-slip differential Torsen tengah serta pengunci differential belakang elektronik. Stabiliser hadapan juga boleh dilaras daripada bebas kepada dikunci pada kelajuan atas 30 km/j menggunakan butang dalam kabin. Pemandu disediakan dengan enam mod Multi-Terrain Select, bersama Multi-Terrain Monitor yang menggunakan kamera untuk memberi penglihatan yang jelas apabila melalui jalan offroad.

    Toyota Land Cruiser 250 Series dilancar di Jepun – pilihan enjin 2.7L petrol atau 2.8L diesel turbo

    Ada tiga gred yang ditawarkan pada 250 Series ini iaitu GX, VX dan ZX. Gred VX boleh didapati dengan enjin petrol atau diesel, sementara GX dan ZX pula cuma datang pada model diesel. Harga bermula dari 5.2 juta yen (sekitar RM161k), iaitu untuk GX diesel, manakala VX petrol dijual pada harga 5.45 juta yen (RM169k). Harga untuk VX dan ZX diesel masing-masing adalah 6.3 juta yen (RM195k) dan 7.35 juta yen (RM228k).

    Pelanggan di Jepun juga boleh mendapatkan varian ZX dan VX sebagai model First Edition, yang ditawarkan dalam jumlah terhad 8,000 unit. Model First Edition ini menampilkan rekaan yang berbeza termasuk menggunakan lampu bulat di hadapan, dan mengambil inspirasi daripada Land Cruiser sebelum ini.

    Kedua-dua 250 Series gred VX dan ZX boleh datang dengan sehingga tujuh tempat duduk (2-3-2), manakala GX pula hanya menyediakan lima tempat duduk. Semua gred 250 Series ini datang dengan sistem bantuan pemandu Toyota Safety Sense, yang memberikan antaranya Autonomous Emergency Braking, Adaptive Cruise Control dan pelbagai lagi. Sebagai tambahan kepada aksesori asli Toyota dan Modellista, pelanggan juga boleh mendapatkan pelbagai barangan daripada JAOS dan Toy-Factory.

    GALERI: Toyota Land Cruiser 250 Series 2024

    GALERI: Toyota Land Cruiser 250 Series First Edition 2024

     
     
  • Petrol RON95 perlu diapung ikut harga pasaran secara berperingkat bagi elak rakyat panik – penganalisis

    Petrol RON95 perlu diapung ikut harga pasaran secara berperingkat bagi elak rakyat panik – penganalisis

    Buat setakat ini Kerajaan Madani masih belum mendedahkan lagi mekanisme yang bakal dilaksanakan dalam penentuan subsidi bersasar bagi petrol RON 95 dan diesel. Sementara menantikan keputusan dimuktamad dan diumumkan secara rasmi, ramai rakyat marhaen telah menyuarakan kebimbangan berkaitan dengan kos sara hidup yang kebarangkalian akan meningkat disebabkan pelaksanaan subsidi bersasar ini.

    Menerusi laporan Berita Harian, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpendapat, pengapungan harga bahan api RON95 mengikut harga pasaran secara beransur-ansur adalah kaedah terbaik bagi mengelakkan kejutan yang boleh menyebabkan situasi panik dalam kalangan rakyat dan peniaga.

    Katanya, dalam masa sama, aktiviti penguatkuasaan juga perlu diperhebatkan bagi memastikan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebabkan kenaikan harga secara mendadak diambil tindakan sewajarnya.

    Jelas beliau, harga RON97 adalah RM3.47 satu liter pada masa ini adalah mengikut harga pasaran, manakala harga runcit di pam RON95 adalah RM2.05 satu liter selepas mendapat subsidi kerajaan, menjadikan perbezaan antara kedua-dua jenis petrol itu sekarang agak besar iaitu RM1.42 satu liter. Di mana harga siling RON95 ditetapkan pada paras RM2.05 satu liter bermula 27 Februari 2021 dan pada ketika itu, perbezaan antara RON97 dan RON95 adalah kira-kira 30 sen satu liter.

    Petrol RON95 perlu diapung ikut harga pasaran secara berperingkat bagi elak rakyat panik – penganalisis

    “Sekiranya kita mengambil angka ini sebagai penanda aras bagi melaraskan harga RON95, maka perbezaan yang besar dengan harga RON97 iaitu RM1.42 satu liter perlu dirapatkan. Namun, ia perlu dilakukan secara beransur-ansur agar tidak menyebabkan kenaikan inflasi yang mendadak,” katanya kepada akhbar terbabit.

    Mohd Afzanizam turut berkata pengapungan mendadak harga bahan api pernah berlaku di negara ini apabila harga RON97 dinaikkan sebanyak 78 sen satu liter pada 5 Jun 2008 menyebabkan kadar inflasi melonjak ke paras 7.7% pada bulan itu berbanding 3.8% pada bulan sebelumnya.

    “Ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan dalam isu pengurangan subsidi minyak ini dengan yang pertama adalah isu kuantum kenaikan harga minyak yang diperlukan bagi mengurangkan perbelanjaan subsidi. Sebaiknya kuantum kenaikan perlu dalam keadaan yang tidak mendadak.

    “Isu kedua pula dari segi kekerapan untuk menaikkan harga minyak petrol bagi mengurangkan subsidi. Justeru, penggunaan kaedah ‘Automatic Pricing Mechanism’ (APM) mungkin cara yang dilihat sesuai yang mana setiap minggu harga minyak petrol yang baharu akan diumumkan. Dengan kaedah ini, rakyat boleh merancang kewangan mereka dengan lebih teratur,” katanya.

    Petrol RON95 perlu diapung ikut harga pasaran secara berperingkat bagi elak rakyat panik – penganalisis

    Namun berlainan pula pendapat yang dikemukakan oleh Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid yang berkata pengapungan harga bahan api sekiranya dilaksanakan secara beransur-ansur tidak membantu menyelesaikan kenaikan kadar inflasi.

    Katanya, hal ini kerana pasti ada peniaga dalam rantaian nilai perniagaan yang akan mengambil kesempatan menaikkan harga barangan berkali-kali atas alasan kenaikan harga bahan api, selain masalah penguatkuasaan memandangkan kekurangan anggota agensi kerajaan untuk memantau semua stesen minyak di seluruh negara terutama sekali dengan kawalan pembelian dan mekanisme di stesen.

    Justeru, beliau berpendapat bahawa pengapungan itu perlu dibuat terus mengikut harga semasa, bukan dilaksana secara berperingkat.

    “Kenaikan yang mendadak pasti membimbangkan kerana harga minyak mentah semasa dalam trend meningkat kesan daripada krisis di Asia Barat, namun penangguhan beransur juga tidak memadai untuk mencapai usaha kerajaan menurunkan defisit perbelanjaan negara dan hutang semasa,” katanya.

    Sama ada rakyat sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan atau pun tidak berkaitan dengan kenaikan kos sara hidup, apabila subsidi ini dilaksanakan, ‘tiada pusingan-U dari kerajaan’, bak kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

     
     
  • K’jaan Jepun bagi lampu hijau Daihatsu Rocky Hybrid, Canbus & Toyota Raize Hybrid untuk dijual semula

    K’jaan Jepun bagi lampu hijau Daihatsu Rocky Hybrid, Canbus & Toyota Raize Hybrid untuk dijual semula

    ProEXR File Description
    =Attributes=
    cameraAperture (float): 35.9994
    cameraFNumber (float): 8
    cameraFarClip (float): 1e+030
    cameraFarRange (float): 1e+018
    cameraFocalLength (float): 95
    cameraFov (float): 20.7935
    cameraNearClip (float): 0
    cameraNearRange (float): 0
    cameraProjection (int): 0
    cameraTargetDistance (float): 1e+018
    cameraTransform (m44f): [{0.597345, -0.800399, -0.0503996, -868.554}, {-3.46945e-018, 0.0628436, -0.998023, 131.175}, {0.801984, 0.596165, 0.0375393, 627.938}, {0, 0, 0, 1}]
    channels (chlist)
    compression (compression): Zip
    dataWindow (box2i): [0, 0, 4676, 3219]
    displayWindow (box2i): [0, 0, 4676, 3219]
    lineOrder (lineOrder): Increasing Y
    name (string): “”
    pixelAspectRatio (float): 1
    screenWindowCenter (v2f): [0, 0]
    screenWindowWidth (float): 1
    type (string): “scanlineimage”
    vrayChannelInfo (string): “{“Z”:{“alias”:117,”index”:9,”flags”:84},”oID04 TireR”:{“alias”:1000,”index”:16,”flags”:8212},”worldPositions”:{“alias”:143,”index”:32,”flags”:8292},”mID07 WindowGlass”:{“alias”:1000,”index”:13,”flags”:8212},”oID34 FrParts2″:{“alias”:1000,”index”:26,”flags”:8212},”refractionFilter”:{“alias”:120,”index”:36,”flags”:8228},”oID31 FrParts1″:{“alias”:1000,”index”:25,”flags”:8212},”lighting”:{“alias”:107,”index”:3,”flags”:10248},”oID28 etc1″:{“alias”:1000,”index”:24,”flags”:8212},”Alpha”:{“alias”:125,”index”:1,”flags”:16389},”RGB color”:{“alias”:126,”index”:0,”flags”:16385},”oID25 Sensor_etc”:{“alias”:1000,”index”:23,”flags”:8212},”mID04 TireWheel”:{“alias”:1000,”index”:12,”flags”:8212},”mID01 BodyColor”:{“alias”:1000,”index”:11,”flags”:8212},”oID40 SiderParts”:{“alias”:1000,”index”:28,”flags”:8212},”oID37 RrParts”:{“alias”:1000,”index”:27,”flags”:8212},”rawShadow”:{“alias”:112,”index”:7,”flags”:10248},”mID10 NumberMekki”:{“alias”:1000,”index”:14,”flags”:8212},”reflect”:{“alias”:102,”index”:5,”flags”:10248},”selfIllum”:{“alias”:104,”index”:10,”flags”:8200},”oID16 SideMirror”:{“alias”:1000,”index”:20,”flags”:8212},”ET_Car”:{“alias”:1000,”index”:29,”flags”:

    Daihatsu mengumumkan bahawa penghantaran kepada pelanggan untuk Daihatsu Move Canbus, Rocky Hybrid dan Toyota Raize di Jepun sudah boleh diteruskan semula, di mana ketiga-tiga model tersebut sebelum ini dihentikan pengeluarannya dengan arahan oleh kementerian tanah, infrastruktur, pengangkutan dan pelancongan (MLIT) negara itu selepas terlibat dengan skandal penyelewengan prosedur ujian keselamatan.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Daihatsu, MLIT telah mengesahkan bahawa ketiga-tiga model tersebut kini sudahpun menepati piawaian Akta Kenderaan Pengangkutan Jalan Jepun selepas menyaksikan ujian semula yang dijalankan.

    Ketika penyelewengan prosedur ujian bagi kedua-dua model ini dikesan tahun lalu, penyiasatan menyeluruh yang dibuat selepas itu membongkar bahawa kesalahan yang sama telah dibuat oleh Daihatsu selama 30 tahun membabitkan 64 model, di mana sebahagiannya sudah tidak lagi dijual dalam pasaran.

    Dalam kenyataan yang sama, Daihatsu mengesahkan empat dari model yang sudah tidak dijual tersebut iaitu Daihatsu Move Conte dan Applause serta Toyota Pixis Space dan iQ telah disahkan semula bahawa semuanya menepati standard piawaian yang ditetapkan.

     
     
  • YDPA Sultan Ibrahim kurniakan TUDM Toyota Vellfire

    YDPA Sultan Ibrahim kurniakan TUDM Toyota Vellfire

    Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenaan mengurniakan sebuah MPV Toyota Vellfire untuk kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Kurniaan tersebut diserahkan sendiri oleh Seri Paduka Baginda hari ini di Pangkalan Udara Subang, dan ia diterima oleh Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan, iaitu Panglima Tentera Udara di pangkalan udara tersebut.

    Seri Paduka Baginda sebelum ini memang terkenal dengan sifat permurah untuk mengurniakan pelbagai kenderaan kepada pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Johor, pegawai daerah, doktor perubatan serta jururawat yang berjasa serta dedikasi dalam menjalankan tugas.

    Antara kurniaan yang pernah dibuat sebelum ini termasuk 11 kereta dan lapan motosikal berkuasa besar dikurniakan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2010, Proton Suprima dikurniakan kepada semua Pegawai Daerah di Johor pada 2018, 10 Perodua Myvi dikurniakan kepada jururawat yang bertugas di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru pada September 2020, dan juga Proton X70 dikurniakan kepada tiga doktor sebagai penghargaan di atas khidmat mereka dalam pasukan perubatan Istana Johor pada 2021.

    Malah pada bulan lalu, baginda telah berkenaan mengurniakan lima buah SUV Segmen-D Proton X90 kepada lima pegawai kerajaan sebagai mengiktiraf sumbangan serta khidmat cemerlang mereka. Penyerahan tersebut telah dibuat pada 8 Mac lalu dan ia disampaikan oleh YBhg Dato’ Zailani Hashim, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara.

    Lima penerima Proton X90 tersebut adalah Tan Sri Razarudin Husain, Ketua Polis Negara; Dato’ Azuan Effendy Zairakithnaini, Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara dan Dato’ Munir Md Salleh, Pegawai Agama Istana Negara; Mejar Jeneral Dato’ Indera Zahari Mohd Ariffin, Mantan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara dan Kolonel (B) Dato’ Nazim Mohd Alim.

     
     
  • MG lantik 10 wakil pengedar baharu di Lembah Klang, Seremban, Melaka, Johor – M’sia Timur hujung 2024

    MG lantik 10 wakil pengedar baharu di Lembah Klang, Seremban, Melaka, Johor –  M’sia Timur hujung 2024

    Selepas melancarkan jenama MG di pasaran Malaysia, SAIC Motor Malaysia mengumumkan telah membuka 10 rangkaian wakil pengedaran di Semenanjung Malaysia, meliputi kawasan sentral (Lembah Klang) dan selatan tanahair. Cawangan baharu ini akan menjual model kenderaan elektrik MG4 dan MG ZS EV, yang mengembalikan jenama Morris Garages di Malaysia selepas ketiadaannya hampir dua dekad.

    10 cawangan terbabit ialah:

    • Mega Galeri Motor Sdn. Bhd. (MG Motor Petaling Jaya) – jualan dan servis
      Wisma GAM, Tingkat bawah, Lot 8241,
      Jalan 225, Seksyen 51A, 46100 Petaling Jaya, Selangor
      Waktu operasi: Isnin hingga Sabtu (9 pagi hingga 5.30 petang), Ahad dan cuti umum (10 pagi hingga 4.30 petang)
    • Mega Galeri Sdn. Bhd. (MG Motor Glenmarie) – jualan sahaja
      15 Jalan Pelukis U1/46, Temasya Industrial Park,
      40150 Shah Alam, Selangor
      Waktu operasi: Isnin hingga Sabtu (9 pagi hingga 5.30 petang), Ahad dan cuti umum (10 pagi hingga 4.30 petang)
    • Mega Appeal Sdn. Bhd. (MG Motor Cheras) – jualan dan servis
      Jalan Midah 1, Taman Midah, 56000 Cheras, Kuala Lumpur
      Waktu operasi: Isnin hingga Sabtu (9 pagi hingga 6 petang), Ahad dan cuti umum (9 pagi hingga 6 petang)
    • Sing Huat Premium Sdn. Bhd. (MG Motor Chan Sow Lin) – jualan sahaja
      A-1-2, Tingkat 1, Blok A, Pusat Komersil Southgate 2,
      Jalan Dua, Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur
      Waktu operasi: Isnin hingga Sabtu (9 pagi hingga 7 malam), Ahad dan cuti umum (10 pagi hingga 6 petang)
    • MN Automart Sdn. Bhd. (MG Motor Setia Alam) – jualan dan servis
      3 Jalan Astaka 4/KU2, Bandar Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor
      Waktu operasi: Isnin hingga Sabtu (9 pagi hingga 5 petang), Ahad dan cuti umum (9 pagi hingga 5 petang)
    • SV Auto Haus Sdn. Bhd. (MG Motor Seremban) – jualan dan servis
      125, Persiaran S2B1, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
      Waktu operasi: Isnin hingga Sabtu (9 pagi hingga 6 petang), Ahad dan cuti umum (10 pagi hingga 5 petang)

    • Seong Hoe Motors Sdn. Bhd. (MG Motor Melaka) – jualan dan servis
      C-5137 Jalan Penghulu Abas, Bukit Baru, 75150 Melaka
      Waktu operasi: Isnin hingga Sabtu (8.30 pagi hingga 5.30 petang), Ahad dan cuti umum (10 pagi hingga 3 petang)
    • Ang Trading & Motor Credit Sdn. Bhd. (MG Motor Muar) – jualan dan servis
      33-35 Jalan Sulaiman, 84000 Muar, Johor
      Waktu operasi: Isnin hingga Sabtu (9 pagi hingga 5.30 petang), Ahad dan cuti umum (10 pagi hingga 4 petang)
    • Ang Trading & Motor Credit Sdn. Bhd. (MG Motor Plentong) – jualan dan servis
      2 Jalan Mutiara 6, Taman Perindustrian Plentong, 81750 Masai, Johor
      Waktu operasi: Isnin hingga Sabtu (9 pagi hingga 5.30 petang), Ahad dan cuti umum (10 pagi hingga 4 petang)
    • SV Auto Haus Sdn. Bhd. (MG Motor Puchong) – jualan sahaja, lengkap sepenuhnya pada Mei 2024
      GF-4, Tower 2 @ PFCC, Jalan Puteri 1/2,
      Bandar Puteri Puchong, 47100 Puchong, Selangor
      Waktu operasi: Isnin hingga Sabtu (9 pagi hingga 6 petang), 10 pagi hingga 5 petang)

    MG lantik 10 wakil pengedar baharu di Lembah Klang, Seremban, Melaka, Johor –  M’sia Timur hujung 2024

    Menurut Pengarah Urusan Steven Du, jenama itu akan berkembang ke wilayah utara dan pantai timur “tidak lama lagi” dan memasuki Malaysia Timur menjelang akhir tahun ini. “Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan wakil pengedaran ke keluarga MG. Keterujuaan dan komitmen mereka selaras dengan misi kami untuk memberikan pengalaman MG yang tiada tandingan kepada pelanggan yang dihargai di seluruh negara,” katanya.

    Mereka yang membeli kenderaan mana-mana model MG sebelum 30 April 2024, masih berpeluang menerima pelbagai hadiah, termasuk pengecas Wallbox 7 kW percuma (termasuk pemasangan) bernilai RM4,600 untuk MG ZS EV dan MG4 Standard, atau pengecas Wallbox 11 kW percuma (termasuk pemasangan) bernilai RM5,200 untuk MG4 Lux. Pembeli MG4 Lux Extended Range dan XPower akan menerima 1,000 kredit pengecasan DC Handal dan JomCharge percuma.

    Selain itu, MG Insurance Program (MIP) yang ditawarkan menerusi Berjaya Sompo Insurance, Allianz Malaysia dan Generali Malaysia, memberikan beberapa kelebihan termasuk liputan jarak tunda kenderaan tanpa had, liputan pengecas wallbox di rumah (hingga RM10,000 tuntutan semula sekiranya wallbox berkenaan rosak atau dicuri oleh faktor luaran).

     
     
  • Pemandu F1 risau dengan permukaan Litar GP China minggu ini yang hanya ‘dicat’, bukan ditar semula

    Pemandu F1 risau dengan permukaan Litar GP China minggu ini yang hanya ‘dicat’, bukan ditar semula

    Perlumbaan Formula 1 akan kembali semula ke Litar Antarabangsa Shanghai untuk GP China tahun ini, selepas ia ‘direhatkan’ selama lima tahun akibat pandemik Covid-19. Namun belum lagi perlumbaan bermula, rata-rata pelumba F1 yang akan bertanding hujung minggu ini menyatakan kembimbangan mereka setelah melihat permukaan jalan litar berkenaan yang hanya ‘dicat semula’, dan bukannya menerima lapisan tar baharu.

    “Dengan kereta baharu, kami pun tidak tahu apa yang boleh diagak. Dari sudut litar, ia nampaknya telah dicat semula, bukannya diberikan lapisan tar baharu,” kata jura dunia tiga kali, Max Verstappen yang memandu untuk pasukan RedBull Racing dalam laporan SkySport.

    “Saya tidak tahu apa kesannya kepada cengkaman trek, jadi itu adalah sesuatu yang perlu kami selesaikan. Ia sama untuk semua orang tetapi kami perlu mencapai keputusan FP1 yang baik dan diharapkan kami tidak perlu membuat talaan yang terlalu banyak terhadap kereta. Itu akan membantu kami berlumba sepanjang hujung minggu,” tambahnya lagi.

    “Saya nampak litar itu dicat atau ada benda pelik yang dibuat, jadi kami perlu lihat bagaimana sifat kereta kami terhadap perkara itu, dan apa had utama pada perlumbaan tetapi atas kertas saya rasa kami sepatutnya semakin hampir dengan mereka (RedBull),” kata pemandu Ferrari, Charles LecLerc.

    Dalam laporan Motorsport.com pula menyatakan bahawa ‘cat’ yang dimaksudkan itu berkemungkinan adalah rawatan permukaan bitumen yang lazimnya dibuat pada jalan-jalan raya awam di Amerika Syarikat dan Asia. Bitumen dalam bentuk cecair tersebut disapu pada permukaan litar bagi menguatkan lapisan litar sedia ada.

    Kaedah ini akan membantu menyisihkan habuk, meningkatkan kebolehan kalis air dan juga mengelakkan rekahan berlaku pada permukaan litar, kata portal itu lagi. Namun proses tersebut mungkin akan menyebabkan kadar cengkaman pada permukaan litar adalah berbeza-beza pada bahagian-bahagian tertentu.

     
     
  • Suzuki Avenis dan Burgman Street EX dilancar untuk pasaran Malaysia – skuter 125 cc berkuasa 8.7 PS

    Suzuki Avenis dan Burgman Street EX dilancar untuk pasaran Malaysia – skuter 125 cc berkuasa 8.7 PS

    Selepas dipamerkan semasa Kuala lumpur Bike Show tahun lepas, Suzuki Avenis dan Burgman Street EX kini dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia. Bagi Avenis, ia ditawarkan dalam dua versi iaitu biasa dan GP, dengan harga masing-masing RM6,980 dan RM7,200, manakala Burgman Street EX pula dijual pada harga RM7,500. Semua harga ini tidak termasuk insurans.

    Dua skuter ini menggunakan enjin yang sama, iaitu unit satu silinder SOHC penyejukan udara 124 cc dengan sistem suntikan bahan api elektronik serta padanan transmisi CVT untuk menyampaikan kuasa sehingga 8.7 PS pada 6,750 rpm dan tork 10 Nm pada 5,500 rpm kepada roda belakang.

    Walaupun begitu, Burgman Street EX mempunyai sedikit kelebihan, di mana ia datang dengan fungsi Engine Auto Stop-Start (EASS) bersama Suzuki Silent Starter System. Kapasiti tangki bahan api masing-masing adalah 5.2 liter untuk Avenis dan 5.5 liter untuk Burgman Street EX.

    Bagi yang tertanya kenapa dua skuter ini nampak sedikit pelik, ia sebenarnya adalah disebabkan saiz rim yang kecil. Rim hadapan kedua-dua model mendapat unit bersaiz 12 inci dengan tayar 90/90, sementara di belakang Avenis menggunakan rim 10 inci dengan tayar 90/100 manakala Burgman Street EX mendapat rim 12 inci dengan tayar 100/80.

    Sistem brek pula hanya bahagian hadapan menggunakan unit cakera sementara di belakang masih dram dan tiada ABS pada dua skuter ini. Di bawah tempat duduk, kedua-duanya menyediakan ruang simpanan 21.5 liter, dan di dalam poket barangan hadapan terdapat soket pengecas USB untuk memberi kemudahan kepada pengguna.

    Tiga warna ditawarkan untuk Avenis 125, iaitu Metallic Matte Fibroin Grey/Metallic Lush Green, Metallic Matte Black/Glass Sparkle Black dan Metallic Sonic Silver/Triton Blue (GP Edition), manakala Burgman Street 125 EX disediakan dalam warna Pearl Moon Stone Gray dan Metallic Mat Black. Jaminan yang diberi adalah selama dua tahun atau 20,000 km.

    GALERI: Suzuki Burgman Street EX 125

    GALERI: Suzuki Avenis 125

     
     
  • Kastam Kelantan rampas enam kenderaan klon bernilai RM579,418 yang diseludup dari negara jiran

    Kastam Kelantan rampas enam kenderaan klon bernilai RM579,418 yang diseludup dari negara jiran

    Baru-baru ini, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya merampas enam kenderaan klon termasuk dua motosikal berkuasa tinggi serta tiga motosikal Yamaha RX-Z terpakai yang diseludup dari negara jiran dianggarkan, yang kesemuanya bernilai RM579,418.

    Menurut Pengarah JKDM Kelantan Wan Jamal Abdul Salam Wan Long, kesemua kenderaan itu dirampas hasil aduan awam serta risikan yang dijalankan selama dua bulan sejak 15 Februari lalu, laporan Harian Metro.

    “Antara kenderaan yang dirampas ialah Nissan Teana, BMW Z4 2.5I, Nissan Serena, Honda Jaz Fit, Toyota Vellfire, Honda Odyssey. Turut dirampas adalah motosikal Honda CB400, Yamaha TDC selain daripada RX-Z.

    “Modus operandi yang digunakan adalah membawa masuk kenderaan itu sama ada secara persendirian atau melalui sindiket yang beroperasi di sempadan. Bagi tiga RX-Z terpakai pula, ia diseludup melalui pangkalan haram di Sungai Golok menggunakan sampan dan dijual kepada pembeli tempatan dengan harga sekitar RM7,000 hingga RM8,000 seunit,” katanya.

    Menurut beliau lagi, enam kenderaan klon dan dua motosikal berkuasa tinggi yang dirampas dibawa masuk dari Singapura dan dijual pada harga yang rendah sehingga 30% berbanding harga semasa.

    Menurutnya lagi, pihaknya percaya terdapat rangkaian sindiket yang menjalankan kegiatan itu di negara asal iaitu Thailand serta Singapura dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu.

    “Kenderaan (motokar) diklasifikasikan sebagai barangan import yang tertakluk di bawah Jadual Kedua, Bahagian I, Butiran 3(2), Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023. Manakala motosikal diklasifikasikan sebagai barangan import yang tertakluk di bawah Jadual Kedua, Bahagian II, Butiran 7, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023,” katanya sambil menambah kedua-dua kes tersebut sedang disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1957.

     
     
  • KTM umum perkhidmatan tren elektrik ETS bakal diperluas hingga ke Segamat, Johor bermula 1 Julai ini

    KTM umum perkhidmatan tren elektrik ETS bakal diperluas hingga ke Segamat, Johor bermula 1 Julai ini

    Keretapi Tanah Melayu (KTM) telah mengumumkan bahawa Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) syarikat itu akan diperluas hingga ke Segamat, Johor bermula 1 Julai ini. Buat masa sekarang, perkhidmatan ETS ini tersedia dari Padang Besar, Perlis sehingga ke Gemas, Negeri Sembilan. Jadi dengan pembukaan laluan tersebut kelak menjadi detik di mana ETS mula masuk ke Johor buat pertama kali.

    Namun Segamat bukan titik penamat buat ETS kerana laporan pada September tahun lalu menyebut bahawa projek trek berkembar elektrik dari Gemas ke Johor Bahru akan siap sepenuhnya pada 2025.

    “Keseluruhan projek ini memerlukan masa untuk disiapkan kerana ia telah tertangguh berkali-kali, terutamanya disebabkan oleh Covid 19, tetapi kini ia berada di landasan yang betul. Kami berharap projek ini dapat disiapkan secepat mungkin supaya ia dapat menghubungkan Johor Bahru ke Kuala Lumpur dan sehingga ke Padang Besar,” kata menteri pengangkutan Anthony Loke pada September 2023, ketika itu projek ini berada pada tahap 92% siap.

    KTM umum perkhidmatan tren elektrik ETS bakal diperluas hingga ke Segamat, Johor bermula 1 Julai ini

    Dalam rancangannya, projek trek berkembar elektrik Gemas-Johor Bahru ini membabitkan laluan sejauh 192 km dan mempunyai 11 hentian merentasi empat daerah utama di Johor iaitu Segamat, Kluang, Kulai dan berakhir di stesen JB Sentral Johor Bahru.

    Selepas ia lengkap kelak, perjalanan dari stesen KL Sentral hingga JB Sentral hanya akan memakan masa selama tiga jam dan 30 minit. Anda juga boleh merentasi semenanjung Malaysia sepenuhnya dari Johor Bahru ke Padang Besar untuk ke sempadan Thailand menggunakan ETS ketika itu.

     
     
  • Projek KVDT2 bermula di Port Klang – 2 laluan KTM Komuter terlibat, jadual baharu mulai 20 April disiar

    Projek KVDT2 bermula di Port Klang – 2 laluan KTM Komuter terlibat, jadual baharu mulai 20 April disiar

    Projek Landasan Berkembar Elektrik Lembah Klang Fasa 1 (KVDT1) antara stesen Rawang dan KL Sentral telah pun selesai, di mana turut membantu meningkatkan kekerapan perjalanan tren KTM Komuter. Kini, perkembangan terbaharu dari KTM Berhad yang memaklumkan bahawa Fasa 2 (KVDT2) pula akan bermula pada 22 April ini.

    Untuk fasa kedua ini projek pemulihan rel ini pula akan melibatkan laluan antara Simpang Port Klang dan Port Klang. Di mana ia melibatkan dua laluan KTM Komuter iaitu laluan Batu Caves – Pulau Sebang – Batu Caves, dan Tanjung Malim – Pelabuhan Klang – Tanjung Malim.

    Walau bagaimana pun, kedua-dua laluan yang terjejas itu akan menerima perubahan jadual waktu mulai 20 April 2024 (hari minggu dan kelepasan am) dan 22 April (hari bekerja). Mungkin rutin perjalanan anda juga akan berubah tetapi haruslah membiasakan diri dengan ‘norma baharu’ yang bersifat sementara ini. Untuk mengetahui jadual baharu berkenaan, SILA KLIK DI SINI.

    Manakala bagi pengguna dari Kuang, Rawang, Serendah dan arah utara yang lain, perjalanan bagi KTM Komuter kembali seperti sedia kala. Menurut KTMB, bermula 22 April ini, kekerapan tren KTM Komuter akan ditambahbaik kepada setiap 15 minit pada waktu puncak hari bekerja.

     
     
  • GAC GS3 Emzoom 2024 dilancar di M’sia — dua varian, 1.5T 177 PS/270 Nm, 7DCT, ADAS; dari RM119k

    GAC GS3 Emzoom 2024 dilancar di M’sia — dua varian, 1.5T 177 PS/270 Nm, 7DCT, ADAS; dari RM119k

    Selepas dipertontonkan dan dibuka untuk tempahan hujung Januari lalu, Warisan Tan Chong Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA) yang juga merupakan anak syarikat milik penuh Warisan TC Holdings Bhd hari ini melancarkan secara rasmi model SUV kompak dari China, GAC GS3 Emzoom. Ini merupakan sebuah usaha sama dengan syarikat dari China, GAC Motor International Co., Ltd. (GAC Motor International).

    Ditawarkan dalam dua varian iaitu Exclusive dan Premium-R, dengan masing-masing dijual pada harga RM118,900 dan RM128,900 — harga atas jalan dan belum termasuk insurans. Terdapat empat pilihan warna untuk pelanggan — Ivory White, Starlight Silver, Lake Blue dan Graphene Grey.

    GAC GS3 Emzoom 2024 dilancar di M’sia — dua varian, 1.5T 177 PS/270 Nm, 7DCT, ADAS; dari RM119k

    Sempena pelancarannya, WTCA menawarkan pakej istimewa bagi 2,000 pelanggan terawal yang meliputi servis penyelenggaraan percuma sebanyak tiga kali termasuk kos pekerja, alat ganti dan minyak; jaminan 7-Tahun/180,000 km untuk enjin dan sistem janaan kuasa untuk pemilik pertama kenderaan sebagai tambahan kepada jaminan lima-tahun/150,000 km biasa; dan hadiah berupa Smart Watch Key percuma, yang berfungsi seperti kunci aslinya dengan tambahan sambungan kepada jam pintar.

    Menggunakan platform GPMA yang dibangunkan sendiri oleh pengeluarnya, GS3 Emzoom mempunyai ukuran dimensi 4,410 mm panjang, 1,850 mm lebar, 1,600 mm tinggi dan jarak roda 2,650 mm. Model ini akan bersaing dalam segmen B SUV, berdepan dengan model lain seperti Proton X50 dan Honda HR-V. Dari segi saiz, GS3 Emzoom adalah sedikit lebih besar berbanding pesaingnya yang dinyatakan ini. Untuk ruang simpanan barang, 341 liter kapasiti tersedia, dan boleh dilanjutkan menjadi 1,271 liter dengan kerusi belakang direbahkan.

    GAC GS3 Emzoom 2024 dilancar di M’sia — dua varian, 1.5T 177 PS/270 Nm, 7DCT, ADAS; dari RM119k

    SUV kompak ini menggunakan enjin petrol 1.5T GDI generasi ketiga yang didakwa lebih berkuasa dan cekap tenaga. Janaan kuasanya ialah 177 PS @ 5,500 rpm dan 270 Nm @ 1,400 rpm-4,500 rpm. Kuasa ini disalurkan ke roda depan melalui transmisi automatik tujuh-kelajuan (7DCT) klac basah. Ia mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 8.0 saat, dan memberikan kadar penggunaan minyak 5.9l/100 km (kitaran NEDC). Enjin ini boleh dihidupkan dahulu dari jarak jauh untuk menyejukan kabin.

    GAC GS3 Emzoom menampilkan rekaan menyerlah, diwakili oleh rekaan gril Mecha Wing, lampu utama LED Laser Eye Split serta lampu belakang Light Dart yang membantu memberikan penampilan yang menawan futuristik bagi SUV ini. Ini ditambah dengan spoiler belakang untuk menjadikannya lebih garang, serta pemegang pintu elektrik yang tersorok. Pemegang pintunya juga datang dengan rekaan tersembunyi, serta rim 18-inci aloi melengkapi imej kedua-dua varian.

    Di dalam, kemasan dua-tona biru-hitam menyerikan suasananya — semua dengan permukaan dan balutan kulit buatan. Stereng multi-fungsi balutan kulit serta tombol gear kristal. Turut disertakan ialah sistem infotainmen dengan skrin sentuh 10.25-inci dengan sokongan Apple CarPlay tanpa wayar dan Android Auto, begitu juga dengan sistem kamera sekeliling, brek parkir elektrik adalah ciri standard untuk semua varian.

    Khas untuk Premium R ialah kawalan pendingin automatik, kerusi larasan enam-arah untuk pemandu, lampu ambient, pengecas telefon tanpa wayar, pintu ruang kargo tanpa kendalian tangan, Fusion Automatic Parking Assist (FAPA) dan bumbung panoramik.

    Untuk aspek keselamatan pula, GAC GS3 Emzoom disertakan antaranya dengan Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) yang membolehkan pemanduan autonomous Tahap 2. Semua varian dilengkapi dengan empat beg udara di bahagian depan dan sisi, brek cakera untuk semua roda, Hill Hold Control, ESP dan peninjau titik buta sebagai ciri standard.

    Untuk ADAS, antara ciri yang disertakan adalah seperti Adaptive Cruise Control (ACC), Automatic Emergency Braking (AEB), Front Collision Warning (FCW), Traffic Sign Recognition System (TSR), Lane Departure Warning (LDW) and Intelligent Speed Limit Control (ISLC). High Beam Assist (HMA) dan Fusion Automatic Parking Assist disediakan untuk varian GS3 Emzoom Premium R.

    Unit yang dilancarkan ini adalah versi CBU dari China. WTCA bagaimanapun sudah memulakan pemasangan tempatan (CKD) untuk model ini di kilang mereka di Segambut, Kuala Lumpur dan serahan bagi model CKD ini jangka akan dimulakan pada Jun tahun ini.

    GAC GS3 Emzoom 2024 Exclusive

    GAC GS3 Emzoom 2024 Premium-R

     
     
  • Bas alami masalah brek rempuh 11 kenderaan di persimpangan lampu isyarat di Batu Pahat

    Bas alami masalah brek rempuh 11 kenderaan di persimpangan lampu isyarat di Batu Pahat

    Sebuah bas milik Kolej Vokasional Batu Pahat telah merempuh 11 kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Tan Swee Hoe, Jalan Kluang, Batu Pahat, pagi tadi. Difahamkan bas berkenaan mengalami masalah brek, lalu hilang kawalan dan terus merempuh kenderaan yang sedang menunggu lampu isyarat.

    Kemalangan itu juga menyebabkan sebahagian besar kenderaan termasuk kereta mewah Mercedes Benz mengalami kerosakan teruk, laporan Berita Harian.

    Pemandu bas yang enggan dikenali berkata, dia sudah habis menekan brek bas sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat terbabit. Malangnya, disebabkan brek bas mengalami kerosakan, kenderaan dipandu lelaki berusia 50-an itu meluncur dan merempuh beberapa kenderaan lain.

    “Bas ini sudah berusia 26 tahun, ada kalanya dihantar untuk selenggara. Sebelum ini, bas ini kerap alami kerosakan walaupun diselenggara,” katanya.

    Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan itu pada jam 10.30 pagi.

    “Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku disebabkan sebuah bas dari arah bandar Batu Pahat menghala ke Jalan Kluang, hilang kawalan dipercayai kegagalan brek. Bas itu melanggar 11 kenderaan lain yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat, namun kemalangan itu hanya membabitkan kerosakan semua kenderaan dan kecederaan ringan.

    “Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya.” katanya.

     
     
  • Michelin Malaysia perkenal tiga tayar motosikal baharu; Michelin Power 6, Power GP 2, Anakee Road

    Michelin Malaysia perkenal tiga tayar motosikal baharu; Michelin Power 6, Power GP 2, Anakee Road

    Michelin Malaysia hari ini melancarkan tiga siri tayar baharu untuk kegunaan motosikal pada pasaran tempatan, iaitu Michelin Power 6, Michelin Power GP 2, dan Michelin Anakee Road. Ketiga-tiga siri tayar ini direka khas untuk kegunaan tertentu dan untuk spesifikasi motosikal tertentu, namun yang pasti kesemuanya memfokuskan aspek prestasi sebagai antara kerekter utama.

    Bagi Michelin Power 6, ia adalah tayar prestasi yang direka untuk kegunaan harian di atas jalan raya “dengan keterujaan tunggangan ibarat di atas litar lumba”, dakwa Michelin dan menambah tayar ini memberikan “cengkaman optimum dalam keadaan basah dan kering, pengendalian serba sporty, serta kelincahan yang diilhamkan oleh kepakaran Michelin dalam sukan permotoran”

    Michelin menyatakan bahawa Power 6 ini sesuai digunakan untuk motosikal 300cc ke atas, disediakan dalam pelbagai saiz, tetapi hanya untuk rim 17. Ia dijual pada harga bermula RM1,020 hingga RM2,000 setiap set.

    Beralih ke Michelin GP2, jenama itu menyatakan bahawa tayar ini pada asalnya dicipta untuk kegunaan litar lumba, namun kini ia diperakui untuk digunakan di jalan raya. Tayar ini sesuai digunakan untuk motosikal super sport, termasuk jentera 600cc ke atas dan ia “menawarkan daya cengkaman yang cemerlang di atas permukaan basah dan juga kering, satu anjakan yang besar dalam aspek pengendalian bagi kondisi jalan raya Malaysia,” dakwa Michelin.

    Michelin GP2 ini juga hanya tersedia untuk rim 17-inci dalam pelbagai saiz, dijual pada harga bermula RM1,300 hingga RM1,700 setiap set.

    Manakala yang terakhir iaitu Michelin Anakee Road merupakan tayar yang direka untuk motosikal denai (trail motorcycle) dengan corak bunga berunsur kembara, di mana 90% kemampuannya adalah bagi kegunaan jalan raya dan 10% untuk permukaan off-road.

    Tayar Michelin Anakee Road ini ditawarkan untuk rim 17, 18 dan 19-inci dalam pelbagai saiz, dijual pada harga bermula RM1,300 hingga RM1,700 setiap set.

    “Kami berasa teruja untuk mendemonstrasikan dedikasi Michelin untuk mengadaptasi mengikut keperluan pengguna yang kian berubah, melalui perluasan barisan produk motosikal kami yang serba inovatif. Menerusi semangat inovasi yang menunjangi pendekatan strategik Michelin, kami bertekad untuk memajukan produk-produk tayar motosikal kami bagi mengekalkan kedudukan Michelin sebagai penanda aras dalam industri ini buat para penunggang dan juga pihak OEM, serta berbesar hati untuk menunaikan keperluan pengguna motosikal di seluruh Malaysia yang gemar menunggang di atas jalan raya ataupun di litar lumba,” kata Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura, dan Brunei, Prichapakorn Dangrojana.

     
     
  • Op Selamat 22 catat penurunan kes kemalangan, kadar kematian juga turun 10% sepanjang musim Aidilfitri ini

    Op Selamat 22 catat penurunan kes kemalangan, kadar kematian juga turun 10% sepanjang musim Aidilfitri ini

    Op Selamat 22 sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 telah pun berakhir dengan merekodkan penurunan sebanyak 1.41% berbanding tahun lalu. Menurut Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain, menerusi Op Selamat 22, sebanyak 8,862 kes kemalangan jalan raya direkodkan berbanding 8,989 kes pada tahun lalu.

    Selain itu, kes kemalangan maut mencatatkan penurunan sebanyak 10% dengan 105 kes direkodkan berbanding 117 kes pada tahun sebelumnya. Manakala jumlah kematian akibat kemalangan pula merekodkan 119 kes iaitu pengurangan sebanyak tujuh kes berbanding 126 kes pada 2023.

    “Penunggang dan pembonceng motosikal masih mencatatkan kematian tertinggi iaitu 79 kematian dalam Op Selamat pada kali ini berbanding 80 kematian yang direkodkan pada tahun 2023,” katanya dalam satu kenyataan. Tambahnya, antara punca utama kemalangan adalah kerana kegagalan mengawal kenderaan sehingga terbabas akibat keletihan dan mengantuk serta tidak menjaga jarak pemanduan yang selamat antara kenderaan.

    Walau bagaimana pun, untuk musim Aidilfitri kali ini, difahamkan PDRM telah mengeluarkan jumlah saman yang tinggi iaitu meningkat sehingga 292%, iaitu 29,216 saman pada tahun sebelumnya, naik ke 114,467 saman tahun ini. KPN berkata jumlah saman yang tinggi dikeluarkan adalah sebagai peringatan kepada pemandu supaya mematuhi peraturan jalan raya. Sementara itu, bilangan pecah rumah menurun 31% daripada 272 kes kepada 189 kes tahun ini.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.47 (0.00)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.20
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.15 (0.00)
EURO 5 B7 RM2.35 (0.00)
Last Updated Apr 18, 2024