Proton 2.0 – adakah kita benar-benar perlukan sebuah lagi jenama kereta nasional yang baru ketika ini?

Proton 2.0 – adakah kita benar-benar perlukan sebuah lagi jenama kereta nasional yang baru ketika ini?

Jadi, pagi tadi dalam satu acara yang berlangsung di Tokyo, Jepun, Tun Mahathir telah umumkan secara terbuka bahawa Malaysia berhasrat untuk mewujudkan satu lagi jenama atau syarikat kereta nasional yang baru. Ini bagi menggantikan Proton, yang menurut beliau bukan lagi sebuah syarikat kereta nasional selepas sebahagian pegangan kepentingan (49.9%) dalam syarikat itu telah menjadi milik Geely dari China.

Berdasarkan perkembangan ini, ada persoalan lain yang lebih penting untuk ditanyakan; adakah kita memerlukan sebuah jenama atau syarikat kereta nasional yang baru ketika ini? Kita faham tentang minat Tun Mahathir terhadap kereta, dan menghargai setiap sumbangannya dalam membangunkan Proton dari kosong sejak 1985 sehinggalah jenama itu mampu berdiri sebagaimana sekarang.

Tetapi, dalam masa kerajaan hari ini bercakap tentang masalah hutang negara yang menimbun, kedudukan kewangan negara yang tenat serta membawa kepada adanya Tabung Harapan Malaysia yang bertujuan untuk mengumpul sumbangan sesiapa sahaja yang ingin menyumbang untuk meringankan beban negara, saya fikir soal untuk mewujudkan satu lagi jenama kereta nasional sama sekali bukan satu keperluan kolektif kita sebagai rakyat Malaysia ketika ini.

Sebelum kita meninjau lebih lanjut tentang perkara berkenaan, eloklah kita berlaku adil terhadap beberapa perkara terlebih dahulu. Pertama, secara teknikalnya, Proton masih lagi merupakan sebuah syarikat yang kepentingan majoritinya dimiliki oleh DRB-Hicom, sebuah syarikat tempatan.

Proton 2.0 – adakah kita benar-benar perlukan sebuah lagi jenama kereta nasional yang baru ketika ini?

Bagaimanapun kita faham, ketika Tun M menyebut Proton bukan lagi jenama kereta nasional, beliau sedang merujuk kepada dua perkara; bahawa pengurusan dan keputusan dalam Proton kini dibuat oleh Geely dan kedua, tiada lagi pengaruh kerajaan di dalam syarikat itu – kerana antara tujuan usahasama rakan strategik dengan Geely itu adalah untuk menjadikan Proton lebih berdaya saing secara komersial sepenuhnya (dan bukan lagi bergantung kepada dana kerajaan).

Kedua, Tun M di dalam ucapannya pagi ini juga hanya menyebut sekali lalu tentang hasrat itu, tanpa menggariskan sebarang perincian yang kukuh tentang maksud sebenar disebalik pernyataan tersebut. Jadi, serba-serbi yang diketahui ketika ini hanyalah hal-hal yang dipermukaan sahaja.

Adakah cadangan beliau untuk menggabungkan usaha sama peringkat serantau itu bermaksud ingin menarik lebih banyak perhatian pelabur-pelabur luar bagi sektor automotif untuk melabur di Malaysia? Semuanya masih belum dihuraikan dengan terperinci.

Menarik juga untuk melihat lebih dekat sisi ini. Jika rentang waktu 10-15 tahun lalu Malaysia pernah menjadi tumpuan sebagai hab bagi banyak pengeluar kenderaan untuk operasi serantau di sini, suasana itu telah berubah. Negara-negara jiran seperti Thailand dan Indonesia telah mengambil peranan itu daripada Malaysia.

Proton 2.0 – adakah kita benar-benar perlukan sebuah lagi jenama kereta nasional yang baru ketika ini?

Sekadar contoh kecil, model-model yang dijual di sini seperti Toyota Sienta juga sebenarnya dipasang dan dibawa masuk dari Indonesia. Ada pengeluar-pengeluar motosikal pula – misalnya Triumph – menjadikan Thailand sebagai kilang pemasangan utamanya untuk pasaran global ketika ini.

Bukan tak ada pengeluar yang menjadikan Malaysia sebagai tapak operasi serantau mereka – Mazda dan Volvo antara contoh yang memasang dan mengeksport keluar kenderaan mereka dari Malaysia – tetapi di mata banyak pengeluar, negara-negara jiran kita memberikan lebih banyak tarikan untuk itu.

Tetapi, jika memang ini menjadi antara tujuannya, apakah kita perlu untuk mewujudkan satu lagi jenama kereta nasional ini? Saya fikir tidak. Apa yang diperlukan ialah sebuah dasar sektor automotif yang lebih menyeluruh dan mesra pelabur, serta paling penting dapat menandingi keterbukaan penawaran dasar-dasar yang dibuat oleh negara-negara serantau. Dasar automotif negara yang lebih kompetetif, itu yang kita perlukan sekarang.

Menyentuh tentang jenama kereta nasional pula, sekarang ini kita sudah ada dua – Proton dan Perodua. Dan, kedua-duanya sedang berada dalam landasan yang nampak meyakinkan, terutamanya Perodua. Dari permulaan hanya melakukan rebadge kereta-kereta Daihatsu, Perodua kini sudah jauh meninggalkan pendekatan itu dan berdiri dengan yakin dan berani dengan mengetengahkan rekaan hasil anak Malaysia serta penggunaan kandungan tempatan dalam peratusan yang sangat tinggi kini, seperti yang dapat kita lihat pada model Myvi ketika ini.

Proton 2.0 – adakah kita benar-benar perlukan sebuah lagi jenama kereta nasional yang baru ketika ini?

Tidak hanya itu, enjinnya juga dipasang di sini, dan turut dieskport semula untuk pasaran Indonesia menggunakan nama Daihatsu Sirion. Kelebihan kepada pengguna tempatan pula, harga kereta menjadi relatif lebih murah, dengan kualiti yang semakin hari semakin boleh dibanggakan.

Begitu juga dengan Proton. Keputusan untuk Geely menjadi rakan strategik sudah pun dibuat. Walaupun ada sisi-sisi yang mungkin membuatkan kita kurang senang, tetapi pencapaian Geely bersama jenama-jenama lain yang dimilikinya juga memang tidak dapat disangkal. Volvo mungkin menjadi contoh terbaik untuk menilai perkara ini.

Dengan peredaran dunia automotif global yang sudah berubah, dengan semakin banyak syarikat-syarikat terpaksa bergabung untuk kekal relevan dari segi idea, teknologi dan kewangan, adakah jenama kereta nasional baru ini nanti – sekiranya ada – akan dibangun menggunakan kerangka pemikiran yang sama ketika Proton diperkenalkan hampir 30 tahun dulu? Adakah jenama baru itu nanti akan bermula dari sifar dan mengambil langkah sama untuk terlebih dahulu melakukan rebadge kepada model sedia ada?

Syarikat-syarikat pengeluar di Jepun sendiri hanya tinggal Honda sahaja yang masih mampu menongkah arus perubahan secara bersendirian ketika ini – mungkin saja kerana kecekapan pengurusannya dan kekukuhan pasarannya di luar Jepun. Sang gergasi, Toyota sahaja terpaksa berganding usaha dengan Subaru. Terkini, syarikat itu juga menjalin kerjasama dengan Mazda untuk pembangunan teknologi kereta elektrik.

Proton 2.0 – adakah kita benar-benar perlukan sebuah lagi jenama kereta nasional yang baru ketika ini?

Nissan bergabung dengan Renault, yang kemudiannya disertai pula oleh Mitsubishi untuk membentuk satu pakatan baru, hanya untuk kekal melawan badai dunia automotif yang semakin mencabar ketika ini. Jadi, bagaimana sebenarnya idea jenama kereta nasional baru ini nanti akan dilaksanakan?

Itu kita belum lagi mengambil kira kepesatan dan kecepatan peredaran teknologi automotif yang sedang berlangsung kini. Global sudah bercakap untuk menggugurkan pembangunan dan ingin mengharamkan enjin diesel. Banyak pengeluar tidak ghairah lagi bercakap tentang enjin pembakaran dalaman konvensional, tetapi lebih mengarahkan kajian dan pembangunan mereka terhadap teknologi elektrifikasi kenderaan – hibrid, kenderaan elektrik, teknologi bateri dan sebagainya.

Di mana kita dalam peta besar automotif dunia ketika ini? Kalau betul kerajaan hari ini ingin membantu sektor automotif nasional, ada eloknya memikirkan kaedah terbaik misalnya bagaimana untuk meningkatkan keperdayaan dua jenama yang kita ada kini untuk membolehkan kedua-duanya meluaskan pasaran di luar Malaysia. Sekali lagi, keperluan mendesak paling masuk akal ketika ini adalah dengan mewujudkan satu kerangka dasar automotif nasional yang lebih baik dan inklusif berbanding negara-negara jiran. Tak perlu ragu-ragu tentang ini.

Proton 2.0 – adakah kita benar-benar perlukan sebuah lagi jenama kereta nasional yang baru ketika ini?

Seperkara lagi, berbanding kereta nasional baru, saya fikir adalah lebih masuk akal untuk memperkemas dan memperluas rangkaian perkhidmatan awam, terutamanya di kawasan bandar yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Lebih banyak kenderaan di atas jalan, kita sebenarnya akan berdepan dengan masalah lain pula; kesesakan melampau yang akan menjurus pula kepada kualiti hidup yang semakin rendah dan akibat tahap tekanan atau stress dalam urusan seharian warga yang tinggal di kota.

Lebih baik juga memikirkan bagaimana caranya untuk menyepadukan dan meningkatkan tahap perkhidmatan e-hailing dan teksi sekaligus. Ini sangat baik untuk pengguna; sekiranya tambang lebih murah dan perkhidmatan menjadi lebih baik, kita akan dapat menyelesaikan beberapa masalah sekaligus.

Kurangkan jumlah kenderaan persendirian di atas jalan sudah tentu dapat menyumbang kepada pengurangan kadar kemalangan, misalnya. Dan, oleh kerana kerajaan merasakan projek-projek jaringan pengangkutan awam seperti MRT3 perlu dibatalkan – dan kita boleh faham serta menghormati keputusan itu – idea untuk sebuah lagi jenama kereta nasional bunyinya sedikit aneh atau absurd ketika ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • kalau fokus kat kereta elektrik mungkin boleh. tapi kalau masih guna petrol, lebih baik tak payah. bazir duit jer.

    ramai marah kat proton sebab mintak duit, nanti kalau buat jenama ketiga pun mintak duit, macam mana pula?

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 1
  • Alson P on Jun 12, 2018 at 5:23 am

    Sangat setuju dengan cadangan menubuhkan satu lagi syarikat automaker national.. Automaker nasianal ke3 perlu menceburkan diri dalam segment baru yang belum diceburi pembuatan kenderaan nasional Lain (p1 & p2)..

    Seperti kereta bersaiz penuh (sedan/hatchback/estate), MPV saiz penuh, SUV saiz Penuh, VAN 12 hingga 18 tempat duduk, pickup saiz penuh bawah 5 tan, Lori 1 tan dan 3 tan, mini bus 20 hingga 26 tempat duduk..

    Segment tersebut tidak akan mengganggu pasaran automaker tempatan Proton Dan Perodua.. Permintaan untuk segment ini juga semakin meningkat serata dunia..

    Teruskan usaha..!!

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 1
    • Abdul Hakim on Jun 12, 2018 at 10:31 pm

      Saya setuju. Tapi kalau boleh kereta nasional baru ni dicipta seperti ala ala american car yang mana kenderaannya besar dan gah diatas jalan seperti Ford Raptor, Dodge RAM, Hummer dan lain lain. Kalau kereta sedan pandang pada eropah, especially Germany. Teknologi yang dicipta begitu canggih dan lebih maju.

      Saya hanya bagi pandangan sahaja

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 2
 

Add a comment

required

required