Suzuki XL7 – ‘SUV Ertiga’ bakal dilancar di Indonesia

Suzuki XL7 – ‘SUV Ertiga’ bakal dilancar di Indonesia

Suzuki XL7, MPV Suzuki Ertiga versi SUV, bakal dilancarkan di Indonesia pada hujung bulan ini, menurut laporan penerbitan tempatan. XL7 pada dasarnya adalah XL6 yang diperkenalkan di India pada Ogos 2019, tetapi tanpa pilihan tempat duduk ‘kapten’ pada bahagian barisan kedua – sesuai dengan namanya XL7.

Menurut Autonetmagz, XL7 akan dipasang di kilang Suzuki yang terletak di Cikarang, Indonesia, dan bukannya model CBU dari India seperti Baleno, Ignis dan SX4 S-Cross. XL7 akan bersaing dengan model MPV yang dengan gaya-SUV harga rendah termasuk Honda BR-V, Toyota Rush/Daihatsu Terios dan Mitsubishi Xpander Cross.

Walau pun wajah XL7 agak berbeza daripada Ertiga, dan ia turut menerima elemen inspirasi SUV termasuk lapisan plastik hitam pada sudut bawah, “skid plate” perak hadapan dan belakang, rel bumbung dan kemasan kecil pada tiang-A.

Dengar khabar XL7 bakal dilancarkan dengan tiga varian – Alpha, Beta dan Zeta – dikuasakan dengan penjana kuasa yang sama iaitu K158 1.5 liter NA petrol sama seperti Ertiga. Antara ciri yang ditampilkan termasuklah lampu utama LED dengan lampu nyalaan siang, lampu belakang LED signatur, dan Smart e-Mirror.

Varian tertinggi akan menerima pilihan dalaman dua-tona, sementara senarai kit keselamatan termasuk ABS, EBD, ESP, Hill Hold Control dan kamera undur.

GALERI: Suzuki Ertiga generasi kedua di Indonesia

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required