Bayang Fairlady 400Z sudah kelihatan – Nissan siar video teaser tunjuk model-model generasi seterusnya

Selepas Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi mengumumkan strategi baharu mereka untuk bangkit dari kejatuhan teruk yang sedang dialami sekarang, Nissan nampaknya sudah memulakan kempen mereka untuk kembali menggegar industri automotif dengan menyiarkan video teaser model-model baharu untuk masa hadapan. Untuk kereta sport, tiada GT-R kelihatan, namun bayang sebenar model generasi seterusnya untuk Fairlady Z sudahpun muncul pada teaser kali ini!

Sehingga sekarang, tiada sebarang unit prototaip sebenar muncul di mana Nissan dilihat hanya menguji model tersebut disebalik badan Fairlady 370Z generasi Z34 sedia ada. Tetapi menurut berberapa laporan media sebelum ini, Z generasi baharu berkenaan akan menerima ciri-ciri dari model klasik, dimana mukanya diilhamkan dari model generasi pertama ‘Devil-Z’ Datsun Fairlady S30Z 240Z, manakala lampu belakangnya pula akan menyerupai model 300ZX.

Namun dalam video teaser ini, nampaknya lebih elemen 240Z akan diterapkan pada Fairlady Z generasi baharu ini, terutamanya pada bayang badan keseluruhan termasuk bentuk bumbung dan cermin-cermin tingkap, serta logo ‘Z’ pada tiang-C.

Bayang Fairlady 400Z sudah kelihatan – Nissan siar video <em>teaser</em> tunjuk model-model generasi seterusnya

Juga dalam berberapa laporan media sebelum ini, model generasi baharu ini akan digelar sebagai Nissan Fairlady 400Z, dan ia bakal kembali menerima pengecas turbo seperti pada model 300ZX. Enjin yang dimaksudkan adalah enjin 3.0 liter V6 turbo yang buat masa ini menjana model Infiniti Q50 dan Q60 Red Sport. Untuk talaan kuasa, versi tertinggi dengan lencana Nismo mungkin akan ditala sehingga 500 hp.

Kuasa masih eksklusif dihantar ke roda belakang seperti kelaziman model-model Z sebelum ini. Tidak seperti model Infiniti dengan enjin sama hanya ditawarkan dengan kotak gear automatik sembilan kelajuan, 400Z akan turut menerima pilihan kotak gear manual.

Selain dari model Z tersebut, video berkenaan turut menayangkan bayang untuk model-model baharu Nissan selepas ini, termasuk versi produksi sebenar SUV Nissan Ariya, versi kemaskini Navara versi SUV iaitu Nissan Terra, serta model-model generasi baharu untuk Nissan X-Trail, Nissan Qashqai, Nissan Note, Nissan Pathfinder dan Nissan Frontier (pasaran Amerika Syarikat).

Turut menyertai ‘Armada’ Nissan untuk terus berada dalam saingan industri automotif yang semakin mencabar ini termasuk model-model baharu yang telah pun diperkenalkan baru-baru ini seperti Nissan Patrol dan Nissan Kicks facelift.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required