Honda Civic e:HEV akan dilancarkan di Thailand tak lama lagi, guna sistem sama seperti Accord Hybrid

Honda Civic e:HEV akan dilancarkan di Thailand tak lama lagi, guna sistem sama seperti Accord Hybrid

Sebelum ini Honda telah mengumumkan bahawa Honda Civic generasi ke-11 turut akan menerima varian hibrid e:HEV menerusi Civic Hatchback untuk pasaran Jepun, dan ia dijangka akan diperkenalkan tahun ini. Namun perkara ini mungkin terdapat sedikit plot twist – Civic dengan unit rangkaian kuasa hibrid e:HEV tersebut mungkin akan diperkenalkan terlebih dahulu di Thailand dalam badan Civic sedan.

Portal automotif Thai Headlight Magazine melaporkan bahawa model berkenaan bakal dilancarkan di negara berkenaan tidak lama lagi, dengan memetik sumber yang tidak dinyatakan nama. Laporan tersebut turut memetik bahawa Civic bakal menggunakan sistem Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) yang lebih berkuasa sama seperti Accord Hybrid.

Sistem berkenaan menggunakan enjin petrol 2.0 liter yang lebih besar, berbanding sistem i-MMD dengan enjin petrol 1.5 liter NA yang dibekalkan pada Honda City RS e:HEV (termasuk model pasaran Malaysia) dan juga Honda HR-V RS e:HEV. Apa yang dilaporkan oleh Headlight Mag ini sebenarnya selari dengan laporan portal Best Car dari Jepun yang menyatakan bahawa Civic Hybrid bakal menerima sistem i-MMD dengan enjin petrol 2.0 liter.

Honda Civic e:HEV akan dilancarkan di Thailand tak lama lagi, guna sistem sama seperti Accord Hybrid

Buat masa sekarang, tiada sebarang angka kuasa diketahui yang bakal dihasilkan oleh sistem i-MMD untuk Civic berkenaan. Namun bagi sistem yang sama pada Accord, enjin 2.0 liter i-VTEC kitaran Atkinson tersebut menghasilkan kuasa 145 PS dan tork maksima 175 Nm, manakala motor elektrik yang dibekalkan pula menghasilkan 184 PS dan tork maksima 315 Nm.

Berbanding sistem hibrid konvensional, sistem i-MMD ini dalam kebanyakkan masa hanya menggunakan motor elektrik untuk terus memacu roda hadapan, dan enjin petrol bertugas hanya untuk mengecas bateri lithium-ion. Namun ia turut dibekalkan dengan transmisi kelajuan tunggal yang membolehkan motor elektrik dan enjin petrol dikunci bersama, memberikan kuasa keseluruhan 215 PS.

Jika Honda Civic e:HEV ini benar-benar dilancarkan tahun ini, tidak mustahil ia akan turut diperkenalkan di Malaysia, mungkin pada separa kedua tahun ini juga. Ini kerana Honda Malaysia sebelum ini telah beberapa kali menyatakan komitmen mereka untuk memperkenalkan lebih banyak model e:HEV pada pasaran tempatan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required