Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • myTukar Auto Fair 2022 di Puchong — Mercedes A250 dari RM2.5k sebulan, BMW 328i GT RM1.2k sebulan!

    myTukar Auto Fair 2022 di Puchong — Mercedes A250 dari RM2.5k sebulan, BMW 328i GT RM1.2k sebulan!

    myTukar Auto Fair 2022 bakal berlangsung hujung minggu ini, dari 1-3 Julai, di myTukar Retail Experience Centre – Puchong South. Seperti sebelum ini, akan ada banyak kenderaan terpakai sebagai pilihan, dan jika anda inginkan kereta yang lebih premium, akan ada juga dua pilihan ini.

    Pilihan yang lebih sporty akan diwakili oleh Mercedes-Benz A-Class W177, ditampilkan di sini dalam spesifikasi paling tinggi A250 AMG Line. Anda tidak perlu berbelanja lebih untuk mendapatkannya, dan ia dijual pada harga RM228,700, bersamaan dengan ansuran bulanan dari hanya RM2,507*.

    Ini merupakan hatchback penting jenama ini, dan oleh kerana anda tidak lagi boleh membeli versi lima-pintu yang biasa kini, ini peluang terbaik untuk anda mendapatkan versinya yang lebih sporty. Unit A250 ini diimport sepenuhnya, lengkap dengan bodykit AMG Line, dengan spoiler belakang dan diffuser turut hadir untuk imej AMG lengkap.

    Di dalam, ia tetap premium walaupun ini model peringkat kemasukan, lengkap dengan ciri Mercedes-Benz User Experience (MBUX). Sistem infotainment terbaru ini datang dengan paparan 10.25-inci, AppleCarPlay dan Android Auto serta sistem kawalan suara “Hey Mercedes”.

    myTukar Auto Fair 2022 di Puchong — Mercedes A250 dari RM2.5k sebulan, BMW 328i GT RM1.2k sebulan!

    Jika versi A200 pula datang dengan enjin dan kotak gear daripada Renault, A250 ini menggunakan enjin 2.0 liter turbocas empat-silinder Mercedes-Benz, menghasilkan sebanyak 224 PS dan 350 Nm tork dan dipadan dengan transmisi klac berkembar tujuh-kelajuan.

    Unit tahun 2019 ini, dengan bacaan meter 28,572 km untuk tempoh tiga tahun, adalah myTukar Certified. Ini bermaksud ia telah melalui pemeriksaan 160-poin. Laporannya tidak menunjukkan sebarang masalah dengan enjin, transmisi, bateri, suspensi, tayar, brel dan pendingin, serta tiada sebarang masalah yang ditunjukkan dari diagnostik, begitu juga tiada kecacatan luaran dan dalaman yang lain.

    Jika anda mencari kenderaan yang lebih besar, anda boleh juga mendekati BMW 328i Gran Turismo 2015. Walaupun saiz besar, harganya tidak begitu; ia dijual pada harga RM111,600 atau serendah RM1,223 sebulan*.

    Model GT ini menggunakan asas 3 Series F30 dengan ruang dalamannya lebih besar daripada 5 Series, dengan ruang kaki dan barangan yang cukup luas, serta tingkap tanpa bingkai, memberikan pengalaman ala coupe. 328i ini merupakan versi dengan kemasan paling lengkap yang dijual di Malaysia, dengan pakej luar Sport, rim aloi 18-inci, sistem tanpa kunci dan kamera undur, serta tingkat ketelitian kemasan BMW seperti biasa.

    myTukar Auto Fair 2022 di Puchong — Mercedes A250 dari RM2.5k sebulan, BMW 328i GT RM1.2k sebulan!

    Ia dikuasakan oleh enjin 2.0 liter turbo empat-silinder dengan janaan 245 PS dan 350 Nm, dihantar ke roda belakang melalui transmisi automatik lapan-kelajuan ZF. Unit ini telah mencatatkan hanya 47,079 km jarak meter sepanjang tujuh tahun itu, dan menerima myTukar Certified tanpa sebarang masalah pada mekanikal, diagnostik atau penampilannya.

    Bagaimana kalau mahukan jenis atau model kenderaan lain? Tak perlu risau, kerana ada lebih daripada 1,000 unit kenderaan lain untuk anda dekati dan pilih di myTukar Auto Fair 2022. Untuk kelegaan fikiran pelanggan, semua kenderaan ini telah diberikan myTukar Certified dan telah melalui pemeriksaan 160-poin untuk memastikannya bebas daripada sebarang masalah, kemalangan teruk, serta kerosakan akibat kebakaran atau banjir.

    Selain itu, semua kenderaan dengan myTukar Certified telah diberikan baik pulih menyeluruh untuk memastikan keadaanya seperti baru. Setiap kereta ada rekod sejarah yang jelas, diperiksa setiap aspeknya termasuk bahagian enjin — tiada ada satu pun yang abaikan untuk memastikan kualiti pemanduan, dan tanpa sebarang kemalangan teruk atau pernah terlibat dalam banjir. Pemeriksaan 160-darjah termasuklah enjin, stereng, brek dan suspensi, transmisi dan klac, luaran dan dalaman, serta yang terakhir bawah badan dan bawah hud.

    myTukar mempunyai pusat baik pulih canggih miliknya sendiri untuk melakukan kerja yang berkaitan terhadap kenderaan. Semua aspek luaran dan dalaman kenderaan, termasuk ciri elektroniknya, akan melalui baik pulih atau diperkemas mengikut standard “myTukar Certified Pre-Owned”. Baik pulih dilakukan di bawah pematuhan piawaian ketat kerana myTukar sentiasa mengutamakan keselamatan pelanggan.

    myTukar Auto Fair 2022 di Puchong — Mercedes A250 dari RM2.5k sebulan, BMW 328i GT RM1.2k sebulan!

    Sebagai tambahan, setiap pembelian myTukar disertakan sekali dengan lanjutan jaminan selama setahun dan dua servis percuma, tawaran yang jarang diberikan untuk kereta terpakai. Dan, sekiranya anda berdepan sebarang masalah atau bertukar fikiran tentang kenderaan yang dibeli, anda hanya perlu pulangkannya tanpa sebarang pertanyaan diajukan kepada anda — melalui polisi jaminan pulangan wang lima-hari yang diberikan.

    Urusan pembelian kenderaan menjadi sangat mudah kerana myTukar Experience Centres merupakan pusat sehenti yang memastikan perjalanan anda untuk membeli kenderaan berlangsung dengan mudah dan tidak rumit. Semua urusan dari pemeriksaan Puspakom, pendaftaran JPJ, permohonan pinjaman hinggalah kepada insuran, semuanya diuruskan oleh syarikat ini.

    Ingin trade-in kereta lama? Tentulah boleh; nilai maksimum dan tawaran trade-in menarik boleh ditentukan terus oleh petugas berpengalaman di acara ini nanti.

    Jika anda membeli kenderaan di acara ini nanti, ganjaran sehingga RM800,000 juga menanti! Pembeli berpeluang untuk memenangi perjalanan ke Sydney, Australia dengan semua kos ditanggung. Anda juga akan menerima tawaran istimewa, seperti kadar faedah pinjaman serendah 1.88% untuk 150 tempahan pertama serta peluang untuk memenangi baucar dengan nilai sehingga RM1,000 melalui promosi Spin & Win.

    myTukar Auto Fair 2022 di Puchong — Mercedes A250 dari RM2.5k sebulan, BMW 328i GT RM1.2k sebulan!

    Tidak lupa juga ada hadiah bernilai RM12,000 untuk cabutan bertuah eksklusif untuk dimenangi. Ini termasuklah iPhone 13, sebuah iPad, sebuah konsol Playstation, SmarTV Android, pembersih hampagas Xiomi Mi Robot serta pam air Karcher dan mesin kopi Nescafe Dolce Gusto.

    Trak makanan turut akan berada di lokasi, jadi pengunjung boleh menikmati makanan dan minuman pilihan mereka dengan mudah. Prosedur penghindaran Covid-19 juga perlu diamalkan — pelitup muka adalah wajib sepanjang masa, tetapi penjarakan fizikal tidak lagi wajib. Kru acara akan kerap membersihkan keseluruhan lokasi serta permukaan yang kerap disentuh seperti kereta dan kemudahan umum untuk memastikan keselamatan terjamin.

    myTukar Retail Experience Centre di Puchong South terletak di tepi LDP (Lot 14225, KM 3.8) sebelum plaza tol Puchong Barat, jika anda datang dari IOI Mall dan Bandar Puteri. Sebelum tol, di sebelah kiri anda. Kotak oren misteri yang dilihat di myTukar Plentong juga akan berada di beberapa kawasan seluruh negara, imbas untuk tahu lebih lanjut!

    Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman web rasmi myTukar, atau layari pilihan luas kenderaan yang ada ketika ini di inventori myTukar dan lihat tawaran yang diberikan. Datanglah ke myTukar Auto Fair at the myTukar Retail Experience Centre – Puchong South dari 1-3 Julai nanti, 9.30 pagi hingga 9 malam setiap hari.

    Anda juga boleh menghubungi saluran berikut:

    Telefon : 03-7890 4499
    WhatsApp : +6018-2249999
    Emel: [email protected]

    myTukar Retail Experience Centre – Puchong South
    Lot 14225, KM 3.8,
    Lebuhraya Damansara–Puchong,
    47100 Puchong, Selangor.

    *Tertakluk kepada terma dan syarat.

    Mercedes-Benz A250 AMG Line 2019 di myTukar Auto Fair 2022

    BMW 328i Sport Gran Turismo 2015 di myTukar Auto Fair 2022

     
     
  • Sabah lancar projek perintis bas elektrik pertama di KK – tempoh percubaan enam bulan; tambang percuma

    Sabah lancar projek perintis bas elektrik pertama di KK – tempoh percubaan enam bulan; tambang percuma

    Dengan objektif menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih baik untuk masyarakat di Sabah, kerajaan negeri tersebut telah pun mula melaksanakan projek perintis bas elektrik.

    Tidak mengenakan sebarang kadar tambang, perkhidmatan bas elektrik atau dikenali sebagai e-BusKK adalah sebahagian daripada projek perintis selama enam bulan, ujar Pengarah Eksekutif Qhazanah Sabah Berhad (QSB) Mohd Shukor Abdul Mumin.

    Tambah beliau, orang ramai boleh menaiki bas elektrik ini di sekitar bandar raya Kota Kinabalu bermula dengan laluan antara Sepanggar, Menara Kinabalu dan ke pusat bandar, laporan Bernama

    “Selain menyediakan perjalanan mesra alam, e-BusKK dengan kapasiti sehingga 54 penumpang akan mempunyai akses yang lebih mudah untuk warga tua dan Orang Kurang Upaya (OKU) atas kerusi roda kerana dilengkapi dengan tanjakan menaiki kenderaan.

    “Ia turut dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) untuk keselamatan penumpang, sistem kedudukan global (GPS) dan sistem pemantauan pemandu,” katanya sambil menambah projek perintis itu dilaksanakan bagi menilai kemampanan perkhidmatan bas elektrik di Sabah.

    Sabah lancar projek perintis bas elektrik pertama di KK – tempoh percubaan enam bulan; tambang percuma

    “Buat masa ini kita hanya menggunakan satu bas sahaja dan ini hanyalah permulaan untuk mengukur kebolehpercayaan bas elektrik berkenaan dalam menyokong pengangkutan awam sedia ada serta kita akan mendapatkan maklum balas daripada pengguna mengenai perkhidmatan bas tersebut.

    Bas berkenaan dikuasakan sepenuhnya oleh tenaga elektrik dan perkhidmatan e-BusKK adalah antara inisiatif mengurangkan pelepasan karbon di Kota Kinabalu menjelang 2050. Untuk mencapai sasaran menjadi negara neutral karbon menjelang 2050, semua orang perlu terlibat. Harapan kami ialah perkhidmatan bas elektrik akan diperluaskan ke daerah lain di seluruh Sabah,” katanya.

    Mohd Shukor berkata selepas projek perintis itu, pengangkutan bas elektrik berkenaan dijangka mula beroperasi dengan lima hingga 20 bas pada tahun hadapan.

    Katanya, pengenalan bas elektrik berkenaan adalah hasil kerjasama antara QSB dengan Gemilang Coachwork Sdn Bhd, satu daripada pengeluar bas elektrik dan badan bas aluminium terkemuka di Asia.

     
     
  • Gojek tiada rancangan masuk M’sia – kereta dengan logonya ditemui sedang lakukan penggambaran di KL

    Gojek tiada rancangan masuk M’sia – kereta dengan logonya ditemui sedang lakukan penggambaran di KL

    Baru-baru ini tular gambar sebuah Honda City dengan logo Gojek di pintunya, seperti yang ditunjukkan oleh The Vocket di atas, dan menimbulkan pertanyaan sama ada syarikat perkongsian kenderaan tersebut akan memasuki negara kita secara rasmi.

    Menurut Tech In Asia, Gojek telah mengesahkan bahawa mereka tidak mempunyai perancangan untuk memasuki pasaran Malaysia setakat ini dan kereta yang dilihat itu pula sebenarnya digunakan untuk kempen promosi yang akan dikeluarkan hujung tahun ini.

    Melihat di dalam laman web Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), sehingga 7 Jun 2022, terdapat 33 penyedia khidmat ride-hailing berlesen di Malaysia, namun Gojek tidak termasuk di dalam senarai tersebut pada masa ini.

    Nama Gojek mula muncul di negara kita apabila bekas menteri belia dan sukan, Syed Saddiq menyatakan hasrat untuk membawanya ke dalam negara, namun sehingga kini ia masih tidak dilaksanakan kerana terdapat beberapa kebimbangan terutamanya pada aspek keselamatan. Walaubagaimanapun, berita ini muncul lagi sebagai satu penyelesaian memandangkan trafik yang semakin teruk.

     
     
  • Haval H6 dijumpai atas jalan di M’sia – bakal masuk pasaran untuk lawan Honda CR-V dan Mazda CX-5?

    Haval H6 dijumpai atas jalan di M’sia – bakal masuk pasaran untuk lawan Honda CR-V dan Mazda CX-5?

    Jenama Haval nampaknya bakal muncul semula di negara kita kerana mereka didapati sedang sibuk menguji model terbaru di atas jalan. Sebelum ini kita sudah lihat SUV segmen B Jolion, dan sekarang, pembaca kami, Henry Phua, Iskandar Yahya dan Fitri Ahmad menghantar pula gambar H6 yang mereka temui.

    Tidak seperti Jolion yang terdedah sepenuhnya, H6 ini pula tertutup dengan pelekat camouflage pada keseluruhan badannya. Namun, identitinya dapat dikenal pasti melalui gril corak Fangsheng, lampu utama LED “Rising Flame”, bampar hadapan berbentuk X, c-pillar unik serta lampu belakangnya yang bersambung.

    SUV besar ini dijangka tiba dengan bahagian dalam minimalis tapi berteknologi, sama seperti pasaran lain, dengan terdapat panel instrumen digital 10.25 inci, skrin infotainmen sesentuh 12.3 inci dan pemilih gear jenis pusing. Ia juga sepatutnya dilengkapi pelbagai sistem bantuan seperti Autonomous Emergency Braking, Blind Spot Monitoring, Traffic Sign Recognition dan pemanduan autonomous Level 2.

    Dalam pasaran global, H6 ditawarkan dengan enjin empat silinder turbo 1.5 dan 2.0 liter, tetapi yang akan tiba di Malaysia mungkin versi hibrid seperti yang dijual di Thailand. Versi ini menggabungkan enjin 1.5 liter turbo 150 hp/230 Nm dengan motor elektrik 177 hp/300 Nm, bersama transmisi klac berkembar tujuh kelajuan, untuk menghasilkan kuasa keseluruhan 243 hp dan 530 Nm tork.

    Meskipun H6 dibuat di Thailand untuk pasaran Asia Tenggara, model yang akan dipasarkan di Malaysia berkemungkinan dipasang di dalam negara memandangkan GoAuto masih mempunyai kilang yang beroperasi di Gurun, Kedah. Salah satu unit dalam spyshot ini juga menggunakan plet perdagangan Kedah, sementara satu lagi plet Pulau Pinang.

     
     
  • Toyota Gazoo Racing Festival musim kelima pusingan kedua – Race 2; aksi perlumbaan basah mendebarkan

    Toyota Gazoo Racing Festival musim kelima pusingan kedua – Race 2; aksi perlumbaan basah mendebarkan

    Selepas aksi Race 1 yang memaksa pelumba bertahan pada suhu yang sangat panas pada hari Sabtu, Race 2 untuk pusingan kedua musim kelima perlumbaan one make Vios Challenge yang diadakan sempena Festival Perlumbaan Toyota Gazoo Racing yang berlangsung semalam pula diadakan dalam keadaan hujan lebat untuk kategori Super Sporting (profesional) dan Rookie (untuk bakat-bakat muda).

    Manakala perlumbaan dalam kategori Sporting (amatur) dan juga Promotional (untuk selebriti) dilangsungkan selepas berhenti hujan serta cuaca yang agak redup. Perubahan cuaca dan keadaan yang berbeza dari hari sebelumnya ini turut memberikan aksi-aksi berbeza yang tidak kurang drama dan insiden.

    Kategori Super Sporting

    Toyota Gazoo Racing Festival musim kelima pusingan kedua – Race 2; aksi perlumbaan basah mendebarkan

    ‘Badi’ yang menghantui Tengku Djan Ley nampaknya mula hilang pada perlumbaan kali ini, dan membuktikan dia masih lagi ‘raja’ dalam perlumbaan basah. Djan yang memulakan perlumbaan dari petak ke-12 berjaya menamatkan perlumbaan di tempat pertama!

    Hujan lebat yang turun pada perlumbaan ini memaksa ia ditangguhkan selama 25 minit dan dilepaskan secara rolling start selepas dipimpin oleh safety car untuk dua lap. Farique Hairuman dari pasukan M7 Japan Project yang berada petak hadapan terus mempertahankan kedudukan tersebut sambil ‘diserang’ oleh enam pelumba lain di belakangnya.

    Akhirnya selepas dua-lap, Farique gagal bertahan dan dipintas oleh Hayden Haikal dari pasukan Axle Motorsport, diekori rapat oleh Mark Darwin dari pasukan Laser Motor Racing. Farique turut terlibat dengan beberapa insiden dalam keadaan trafik yang begitu huru-hara dan litar yang licin, menyebabkan dia terus tertinggal di kelompok belakang.

    Toyota Gazoo Racing Festival musim kelima pusingan kedua – Race 2; aksi perlumbaan basah mendebarkan

    Hayden dan Darwin terus menjarakkan kedudukan mereka dari kelompok kedua yang dipimpin oleh Mitchell Cheah dari pasukan Prima Pearl TD Racing. Ketika ini perlumbaan dilihat mungkin akan dimenangi oleh Hayden atau pun Mark Darwin dengan kedua-duanya dilihat bertukar-tukar posisi beberapa kali.

    Namun secara perlahan-lahan, Tengku Djan dengan pengalaman dan kepintarannya ‘membaca’ garis perlumbaan di Litar Sepang berkenaan mula memotong pelumba di hadapan satu demi satu, dan beberapa kali mencatatkan masa pusingan lap terpantas. Akhirnya, kedua-dua pelumba yang berada di kelompok hadapan berkenaan dipintas oleh Tengku Djan, seterusnya menamatkan perlumbaan dengan perbezaan masa 1.5 saat di hadapan Mark Darwin, diikuti oleh Hayden di tempat ketiga.

    “Ini pastinya merupakan perlumbaan yang mencabar, terutamanya dengan kebanyakkan kami bertarung untuk berada di hadapan kelompok pertama. Untuk pemanduan dalam basah, apa yang penting adalah ketepatan dan mempunyai kefahaman yang baik terhadap kondisi litar,” kata Tengku Djan.

    Toyota Gazoo Racing Festival musim kelima pusingan kedua – Race 2; aksi perlumbaan basah mendebarkan

    “Sepang merupakan litar yang sangat mencabar…keadaan boleh menjadi sangat berbeza dan garis perlumbaan yang biasa kita guna akan menjadi sangat licin dan memaksa pelumba untuk mencari garis perlumbaan baru bagi masuk ke selekoh,” tambahnya lagi.

    Tengku Djan tidak dapat berlumba di kedua-dua perlumbaan pusingan pertama pada Mac lalu kerana dijangkiti Covid-19, manakala pada Race 1 untuk pusingan kedua yang berlangsung sehari sebelumnya dia terlibat dalam kemalangan dengan Boy Wong menyebabkan suspensi hadapannya rosak teruk dan terpaksa menamatkan perlumbaan lebih awal.

    Jadi buat masa sekarang, peluangnya untuk sekali lagi mempertahankan gelarannya sebagai juara keseluruhan adalah sangat tipis.

    “Saya perlu optimistik. Apabila saya terlepas pusingan pertama saya tahu bahawa agak sukar untuk merebut kejuaraan. Tetapi saya ada rakan sepasukan Mitchell Cheah dan oleh itu saya sudah tentu akan bekerja dengannya bagi memastikan dia ada peluang yang adil untuk kejuaraan,” jelas Tengku Djan.

    Kategori Rookie

    Toyota Gazoo Racing Festival musim kelima pusingan kedua – Race 2; aksi perlumbaan basah mendebarkan

    Kategori yang berlepas sekali dengan kategori Super Sporting ini menyaksikan Muhammad Hamdany akhirnya berjaya menjadi juara buat pertama kali untuk musim ini. Tambah manis, kejayaan kali ini melengkapkan empat kedudukan podium Hamdany dalam kesemua empat perlumbaan yang telah berlangsung untuk Vios Challenge musim kelima ini.

    Pelumba kart berumur 19-tahun berkenaan berjaya menawaskan Nabil Azlan, pelumba simulator yang telah pun menjadi juara pada Race 1 sehari sebelum itu. Dalam perlumbaan kali ini juga menyaksikan satu-satunya pelumba wanita dalam Vios Challenge dan kategori Rookie itu sendiri iaitu Adele Lew berjaya menaiki podium buat pertama kali selepas menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

    “Saya sangat risau sebelum perlumbaan bermula dan saya telah mengubah talaan pada kereta termasuk melaras semula tekanan tayar (kerana hujan). Saya sangat gembira kerana semuanya berjalan lancar dan saya mampu menghabiskan perlumbaan di tempat pertama,” kata Hamdany.

    Toyota Gazoo Racing Festival musim kelima pusingan kedua – Race 2; aksi perlumbaan basah mendebarkan

    “Saya sangat gembira untuk podium pertama ini. Ia merupakan perlumbaan basah dan ini juga merupakan pengalaman pertama saya berlumba dalam keadaan ini. Saya perlu mempertahankan kedudukan saya pada awal perlumbaan tetapi saya mampu mengelak dari sebarang insiden dan mengekalkan kedudukan untuk 14 lap,” kata Adele Lew pula.

    Adele merupakan anak kepada pelumba kelas Super Sporting iaitu Eddie Lew, dan dia terpilih untuk menyertai program pembangunan bakat muda Toyota Gazoo Racing ini hanya berbekalkan pengalaman minima dalam bermain fun kart.

    Kategori Sporting

    Toyota Gazoo Racing Festival musim kelima pusingan kedua – Race 2; aksi perlumbaan basah mendebarkan

    Sekali lagi pelumba muda Naquib Azlan dari pasukan bimbingan Alex Yoong iaitu Axle Motorsport memenangi perlumbaan kategori amatur ini. Namun apa yang mengejutkan, Abdul Miqail yang baru sahaja berumur 16-tahun sekali lagi naik ke podium untuk Race 2 selepas menduduki tempat ketiga pada Race 1 sehari sebelumnya.

    Miqail yang memandu untuk pasukan 23 Motors meraih tempat kedua kali ini, diikuti Ahmad Tarmini Tahang dari pasukan M7 Japan Project di tempat ketiga yang pertama kali naik ke podium setelah masuk musim keduanya berlumba dalam Vios Challenge.

    Naquib bermula dari petak keenam untuk Race 2, berjaya meluru ke hadapan dan kemudian berjaya memimpin perlumbaan dengan kelebihan 5 saat hanya selepas tiga lap perlumbaan bermula. “Saya sangat gembira dengan keputusan hujung minggu ini. Saya datang dengan harapan yang tinggi minggu ini, mahu menebus kesilapan yang saya lakukan pada pusingan pertama dan syukur saya mampu menebusnya dengan dua kemenangan,” katanya.

    “Namun, ia tidak berlaku dengan mudah, kerana dengan penalti berat 35 kg yang saya bawa bermaksud ia akan menjadi sukar terutamanya saya bermula di petak keenam. Ia kemudian menjadi persoalan bagaimana untuk memintas pelumba lain dan mujurlah Abdul Miqail dan saya dapat melakukan ini dengan pantas pada pusingan pertama. Secara keseluruhannya, saya sangat gembira dan saingan adalah sangat sengit,” tambah Naquib lagi.

    “Saya sangat bersyukur kerana mampu melakukan yang terbaik untuk pasukan dan dalam proses untuk memperbaiki pemanduan saya…ia merupakan hujung minggu yang baik,” kata Abdul Miqail. Tarmimi juga melakukan tugasnya dengan agak baik kali ini selepas memulakan perlumbaan dari petak ke-sembilan.

    Kategori Promotional

    Toyota Gazoo Racing Festival musim kelima pusingan kedua – Race 2; aksi perlumbaan basah mendebarkan

    Buat pertama kali, pengacara dan pelawak Nabil Ahmad berjaya menamatkan perlumbaan di tempat pertama dalam kategori ini sepanjang pembabitannya dalam Vios Challenge. Turut tidak disangka, tempat kedua dirangkul oleh penyanyi Wany Hasrita, diikuti pelakon Janna Nick di tempat ketiga.

    Keputusan ini adalah berikutan dua pelumba utama yang bersaing dalam kategori tersebut iaitu Zizan Razak dan Shukri Yahaya yang mengalami masalah mekanikal pada kereta masing-masing. Zizan yang pada awalnya mendahului perlumbaan ini mula hilang kelajuan pada tiga lap terakhir kerana masalah yang berlaku pada kotak gear, menyebabkan ia terpaksa berpuas hati di tempat keenam.

    Manakala Shukri Yahaya yang berusaha mengejar dari petak paling belakang kerana hilang kelayakan pada Race 1 (kerana melakukan jump start), terlebih dahulu perlu berhadapan dengan kemalangan dengan Ahirine Ahirudin di selekoh pertama lap kedua, menyebabkan bampar hadapannya rosak.

    Namun ini tidak mematahkan semangat Shukri untuk terus mengejar kelompok hadapan dan berjaya berada di belakang Nabil ketika Zizan mula menghadapi masalah dengan keretanya. Tetapi sama seperti Zizan, Shukri juga mengalami masalah pada kotak gear menyebabkan dia hanya mampu menghabiskan perlumbaan di tempat kelima.

    Hari kedua Festival Perlumbaan Toyota Gazoo Racing Malaysia ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktivit sampingan. Ia dimulakan dengan acara All-Wheel Fest pada sebelah pagi di mana pengunjung berpeluang mengelilingi laluan litar sepanjang 2.7 km tersebut menggunakan apa sahaja kenderaan tanpa motor seperti basikal, papan luncur, skuter tolak dan sebagainya.

    Sesi Zumba, pump ramp serta pertandingan dan kelas papan luncur juga akan diadakan, manakala pada sebelah petang berlangsung konsert yang menampilkan penyanyi dari Indonesia iaitu Judika. Pelbagai reruai jualan, promosi dan aktiviti turut disediakan untuk pengunjung, bersama kawasan trak makanan yang menyediakan pelbagai sajian tempatan.

     
     
  • Kia Carnival CKD 2022 – AEB, ADAS dan sistem bunyi Bose 12-pembesar suara, 7- dan 8-tempat duduk

    Kia Carnival CKD 2022 – AEB, ADAS dan sistem bunyi Bose 12-pembesar suara, 7- dan 8-tempat duduk

    Baru-baru ini pengedar Kia AZ Master Motor telah mengumumkan menerusi Facebook mengenai Kia Carnival versi pemasangan tempatan (CKD) telah pun dibuka tempahan, malah turut memberikan harga jangkaan untuk MPV tersebut, yang ditawarkan dengan tujuh- dan lapan-tempat duduk.

    Terkini, pengedar yang sama telah mendedahkan beberapa spesifikasi untuk varian termasuk kelengkapan yang diberikan. Barisan Carnival CKD ini merangkumi lapan-tempat duduk spesifikasi pertengahan, lapan-tempat duduk spesifikasi tertinggi dan tujuh-tempat duduk spesikasi tertinggi.

    Bagi ciri kelengkapan, paparan instrumen digital 12.3-inci yang tiada pada unit CBU 11-tempat duduk, tapi bakal diberikan untuk versi spesifikasi tertinggi. Manakala versi lapan-tempat duduk spesifikasi pertengahan kekal dengan kluster instrumen analog dengan paparan LCD pelbagai-info 4.2-inci.

    Kia Carnival CKD 2022 – AEB, ADAS dan sistem bunyi Bose 12-pembesar suara, 7- dan 8-tempat duduk

    Elemen pencahayaan belakang untuk veesi CKD ini ditampilkan dengan unit LED (mentol bagi CBU) untuk semua varian, manakala enam-pembesar suara pada model CBU telah ditambah ke unit 12-pembesar suara bersama sistem bunyi Bose juga untuk ketiga-tiga varian.

    Sama seperti CBU, lapan-tempat duduk spesifikasi pertengahan menampilkan larasan manual untuk lampu utama dan konfigurasi tempat duduk untuk kedua-dua varian termasuk pelbagai-fungsi, larasan gelangsar bagi tempat duduk barisan kedua, sementara barisan ketiga dengan bentangan 60:40. Upholstery untuk kedua-dua varian dalam material kulit buatan, sama seperti model CBU.

    Manakala varian lapan-tempat duduk spesfikasi tertinggi menerima ciri tambahan, termasuk dwi bumbung suria larasan kuasa, pencahayaan dalaman LED, tempat duduk hadpaan dengan fungsi aliran udara dan pemanas serta memori. Bagi varian tujuh-tempat duduk spesifikasi tertinggi pula menerima balutan kulit dan juga menampilkan laluan tengah untuk akses ke tempat duduk Premium pada barisan kedua.

    Ciri tambahan yang paling signifikan untuk Carnival versi CKD ini ialah kedua-dua versi spesifikasi tertinggi didatangkan dengan ADAS, yang tidak diberikan untuk versi 11-tempat duduk CBU (dan kini, pada lapan-tempat duduk spesifikasi pertengahan). Ciri bantuan pemandu turut ditambahkan dengan brek kecemasan sendiri (FCA) dengan pengesan membelok di persimpangan, kawalan kelajuan pintar (SCC), bantuan mengelak pelanggaran titik buta (BCA), bantuan pengelak pelanggaran trafik lintasa belakang (RCCA), bantuan ikut lorong (LFA), bantuan kekal lorong (LKA), amaran perhatian pemandu (DAW) dan bantuan lampu tinggi (HBA).

    Bagi penjana kuasanya, Carnival CKD dikekalkan dengan enjin sedia ada iaitu 2.2 liter VGT turbodiesel Smartstream R, yang mampu memberikan output 202 PS (199 hp) pada 3,800 rpm dan tork 440 Nm dari 1,750 hingga 2,750 rpm dan dipadankan dengan kotak gear automatik lapan-kelajuan dengan pacuannya disalurkan ke roda hadapan.

    Harga bagi Carnival CKD ini dijangka antara RM235,000 hingga RM260,000, sedikit tinggi berbanding unit CBU sedia ada yang berharga RM196,341. Konfigurasi 11-tempat duduk diklasifikasikan sebagai kenderaan komersil, sekaligus didatangkan dengan cukai yang lebih rendah. Baca ulasan pandu uji Carnival 2022 versi CBU menerusi Pautan INI.

    GALERI: 2022 Kia Carnival CBU 2022 11-tempat duduk di Malaysia

     
     
  • JPJ eBid: Plat nombor BRA bakal dibuka bidaan

    JPJ eBid: Plat nombor BRA bakal dibuka bidaan

    Tiba pula giliran siri nombor terkini dari Selangor, ‘BRA’ yang bakal dibuka bidaannya pada Rabu ini, 29 Jun 2022. Seperti biasa, proses bidaan adalah menerusi platform dalam talian JPJ eBid.

    Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), tempoh bidaan bagi BRA adalah tempoh lima hari, sehingga jam 10 malam pada 3 Julai ini. Manakala keputusannya akan dikeluarkan pada keesokan harinya, 4 Julai 2022. Keseluruhan proses kini secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik (atau buruk) menerusi e-mel.

    Sekarang ni lebih mudah mendapatkan siri plat nombor yang diingini tanpa menggunakan khidmat pihak ketiga (termasuk runner), malah boleh menjimatkan kos serta masa. Anda boleh rujuk artikel kami sebelum ini berkenaan dengan JPJ eBid termasuk cara-cara yang diperlukan untuk membida nombor pendaftaran yang diingini.

     
     
  • Toyota Gazoo Racing Festival musim kelima pusingan kedua – Race 1; aksi sengit dalam cuaca panas!

    Toyota Gazoo Racing Festival musim kelima pusingan kedua – Race 1; aksi sengit dalam cuaca panas!

    Setelah dua tahun berlumba tanpa penonton yang hadir ke litar, semalam 26 Jun 2022, Festival Pelumbaan Toyota Gazoo Racing Malaysia mula menerima semula pengunjung, bukan sahaja untuk menyaksikan perlumbaan ‘one make’ Vios Challenge untuk musim kelima pusingan kedua, malah untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang disediakan termasuk konsert kumpulan rock tempatan iaitu Bunkface.

    Seperti biasa, siri perlumbaan Vios Challenge akan menampilkan empat kategori berbeza iaitu Promotional (untuk selebriti), Rookie (untuk bakat-bakat muda), Sporting (amatur) dan juga Super Sporting (profesional). Dan untuk Race 1 yang berlangsung semalam masih memberikan aksi sengit dari semua pelumba dalam setiap kategori. Perlumbaan pusingan kedua ini masih dilangsungkan di Litar Antarabangsa Sepang.

    Kategori Super Sporting

    Toyota Gazoo Racing Festival musim kelima pusingan kedua – Race 1; aksi sengit dalam cuaca panas!

    Selepas tidak dapat dapat berlumba di pusingan pertama Mac lalu kerana masalah kesihatan, Tengku Djan Ley kembali ke pusingan kedua dan berada di grid keempat ketika perlumbaan dimulakan. Walau bagaimanapun insiden yang berlaku di pusingan pertama di mana dia tidak dapat mengelak jentera yang dipandu oleh Eddie Liew yang berpusing menyebabkan suspensi hadapannya rosak teruk dan terpaksa menamatkan perlumbaan.

    Race 1 ini jelas didominasi oleh rakan sepasukan Tengku Djan dalam pasukan Prima Pearl TD Racing Team iaitu Mitchell Cheah yang terus berada di hadapan dari mula hingga tamat 20 lap perlumbaan. Walaupun satu ketika dia diasak dengan begitu agresif oleh Mark Darwin dari pasukan Laser Motor Racing, Mitchell berada 2.1 saat di hadapan Mark ketika bendera penamat dikibarkan.

    Dalam kelompok kedua pula menyaksikan persaingan sengit antara dua pelumba muda iaitu Hayden Haikal dan Freddie Ang untuk merebut podium tempat ketiga perlumbaan ini. Namun Ang yang bermula di grid keenam berjaya memintas Hayden dan kekal di kedudukan ketiga sehingga tamat perlumbaan.

    “Keadaan adalah sangat sukar hari ini kerana suhu panas. Saya hanya fokus dengan tugas saya untuk melakukan yang terbaik untuk mengelak sebarang kesilapan. Secara jujurnya agak sukar untuk bertarung dengan Darwin kerana tekanan yang diberikan,” kata Cheah.

    Kategori Sporting

    Toyota Gazoo Racing Festival musim kelima pusingan kedua – Race 1; aksi sengit dalam cuaca panas!

    Perlumbaan untuk kelas amatur ini terpaksa dihentikan dan direhatkan selama 15-minit seawal lap pertama kerana insiden yang membabit tiga kereta. Selepas ia dimulakan semula, dua tempat teratas nampak tidak berubah dari mula sehingga ke akhir perlumbaan, menyaksikan pelumba muda pasukan Axle Motorsport, Naquib Azlan berjaya mendapat tempat pertama.

    Naquib meninggalkan Tom Goh dari pasukan S&D Tama 2.3 saat di belakang, manakala Abdul Miqail dari pasukan 23 Motors berjaya memintas Bradley Benedict Anthony dari pasukan Crestmax Motorsport pada lap terakhir untuk berada di tempat ketiga.

    “Pertama sekali saya gembira kerana semua pelumba selamat dan tidak cedera dalam insiden tersebut. Untuk saya agak bersyukur ketika perlumbaan dimulakan semula kerana ia dipendekkan lebih dari yang saya jangka dan saya tidak perlu terlalu bertahan,” kata Naquib.

    Manakala Abdul Miqail yang baru sahaja berumur 16-tahun dan merupakan antara pelumba termuda yang bertanding dalam Vios Challenge musim ini jelas gembira dengan kedudukan podium pertamanya. “Vios Challenge telah banyak membantu dalam membangunkan saya sebagai pelumba kerana perlumbaan ini sangat sengit dan anda perlu sentiasa jitu. Ini terus memotivasikan saya untuk mengejar pemandu di kelompok hadapan,” katanya.

    Kategori Rookie

    Toyota Gazoo Racing Festival musim kelima pusingan kedua – Race 1; aksi sengit dalam cuaca panas!

    Dalam kategori ini menyaksikan pelumba simulator, Nabil Azlan merangkul tempat pertama buat kali kedua musim ini. Nabil diekori rapat oleh Muizz Musyafa yang berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua, manakala Muhammad Hamdany pula berada di tempat ketiga. Perlumbaan ini juga merupakan kali kedua Muizz naik ke podium dan kali ketiga untuk Hamdany.

    “Ini bukan perlumbaan yang mudah buat saya kerana Muizz berada di belakang. Ia sangat sukar dan saya hanya perlu kekalkan rentak yang baik. Suhu tinggi juga membebankan tayar petang ini dan memerlukan saya sentiasa menukar titik membrek untuk masuk ke selekoh,” kata Nabil.

    Hamdany turut gembira dengan konsistensinya pada perlumbaan kali ini. “Saya rasa hebat. Hari ini agak baik dan saya boleh terus mengekori pendahulu perlumbaan sepanjang perlumbaan. Namun dengan keadaan yang semakin panas, saya mula hilang banyak masa dan saya tak dapat masuk ke selekoh dengan baik. Saya kini mensasarkan untuk mendapatkan empat untuk empat (4 perlumbaan dan 4 podium) dalam Race 2 esok,” kata Hamdany.

    Kategori Promotional

    Toyota Gazoo Racing Festival musim kelima pusingan kedua – Race 1; aksi sengit dalam cuaca panas!

    Sekali lagi Zizan Razak menunjukkan prestasi yang mengkagumkan dalam kategori ini. Dia meninggalkan Nabil Ahmad di tempat kedua 12 saat di belakang setelah tamat perlumbaan 18-lap tersebut. Manakala Ahirine Ahirudin pula berjaya naik ke podium setelah berjaya memperolehi tempat ketiga.

    Namun malang untuk Shukri Yahaya, dia melakukan kesilapan ‘jump start’ ketika memulakan perlumbaan, dan kemudian memperlahankan keretanya dan memberikan peluang kepada pelumba lain untuk memintas kerana keliru apa yang perlu dilakukan. Dia kemudiannya berjaya mengejar kembali untuk berada di tempat kedua, namun kemudian menerima hukuman dengan hilang kelayakan dalam perlumbaan ini.

    “Sejujurnya saya rasa agak keliru. Selepas melakukan jumpstart pada perlumbaan saya berasa tidak pasti apa yang perlu dilakukan dan saya mula memperlahankan kereta dan membiarkan semua orang memintas saya dan memulakan perlumbaan dari belakang. Saya rasa itu merupakan perkara terhormat yang perlu saya lakukan dan kemudian mula mengejar pelumba di hadapan saya satu persatu. Saya tidak sedar bahawa saya sebenarnya sudah hilang kelayakan. Ia sememangnya salah saya dan saya berharap untuk menebusnya di Race 2,” kata Shukri.

    Perlumbaan Race 2 untuk Vios Challenge pusingan kedua musim kelima akan berlangsung hari ini. Hari kedua festival berkenaan akan dimulakan dengan acara All-Wheel Fest pada sebelah pagi di mana anda boleh mengelilingi laluan litar sepanjang 2.7 km tersebut menggunakan apa sahaja kenderaan tanpa motor seperti basikal, papan luncur, skuter tolak dan sebagainya.

    Sesi Zumba, pump ramp serta pertandingan dan kelas papan luncur juga akan diadakan, manakala pada sebelah petang akan berlangsung konsert yang menampilkan penyanyi dari Indonesia iaitu Judika. Pelbagai reruai jualan, promosi dan aktiviti turut disediakan untuk pengunjung, bersama kawasan trak makanan yang menyediakan pelbagai sajian tempatan.

    Bagi mereka yang tidak sempat untuk datang ke Litar Antarabangsa Sepang hari ini, anda boleh menonton aksi-aksi Race 2 secara langsung di atas talian di laman rasmi UMW Toyota Motor pada PAUTAN INI dan juga di laman Facebook Toyota Malaysia dan Toyota Gazoo Racing Malaysia.

     
     
  • Kia EV6 2022 kini di Malaysia – varian GT-Line AWD, bateri 77.4 kWh, 325 PS, jarak 506 km; dari RM301k

    Kia EV6 2022 kini di Malaysia – varian GT-Line AWD, bateri 77.4 kWh, 325 PS, jarak 506 km; dari RM301k

    Selepas dipertontonkan di peringkat tempatan pada hujung Mei lalu, Kia EV6 2022 telah pun mula dibuka tempahannya untuk pasaran Malaysia. Ia ditawarkan dengan varian tunggal GT-Line, dan merupakan model import sepenuhnya (CBU) yang dibawa masuk dari negara kelahirannya, Korea Selatan.

    EV6 merupakan model produksi elektrik sepenuhnya pertama dari Kia yang telah didedahkan pada peringkat global Mac lalu, dan ia dihasilkan menerusi platform Electric-Global Modular Platform (E-GMP) sama dengan Hyundai Ioniq 5, yang telah pun dilancarkan di sini.

    Ia diberikan penjana kuasa yang menyaksikan gandingan dua motor elektrik untuk pacuan semua-roda yang mampu menghasilkan keseluruhan output mencecah 325 PS (321 hp atau 239 kW) dan tork 605 Nm. Ia memboleh EV6 dipecut dari 0-100 km/j dalam 5.2 saat dan kelajuan maksimum mampu dicapai hingga 183 km/j.

    Motor elektrik berkenaan dikuasakan dari bateri lithium-ion 77.4 kWh dan mampu memberikan jarak sehingga 506 km bagi pengecasan penuh mengikut standard WLTP. Untuk pengecasan, EV6 ini menyokong pengecas AC (sambungan Type 2) 11 kW, dengan pengecasan penuh mengambil masa sekitar tujuh jam. Ia juga menyokong pengecasan DC (sambungan CCS2) pada 350 kW, dengan tahap pengecasan 10-80% hanya sekitar 18 minit.

    Sebagai tambahan, ia turut diberikan sistem pengecas Integrated Charging Control Unit (ICCU) dengan fungsi vehicle-to-load (V2L) yang mampu menyahcas tenaga daripada bateri kenderaan. Fungsi V2L juga menyalurkan kuasa sehingga 3.6 kWh dan membolehkan ia mengoperasikan aksesori gaya hidup elektronik.

    Mengetengahkan falsafah rekaan baharu “Opposite United”, EV6 ini ditampilkan dengan karakter yang penuh futuristik dan perincian berteknologi tinggi. Sisi moden dan sofistikated cukup terserlah menerusi wajah hadapannya dengan penampilan lampu utama projektor dwi LED, digandingkan bersama lampu nyalaan siang LED ‘Digital Tiger Face’ serta ‘Tiger Nose Grille’.

    Untuk profil sisinya pula, garisan yang tajam memberikan menghasilkan aerodinamik, ditambah pula dengan karakter garisan yang merentangi bahagian bawah pintu hingga ke gerbang roda belakang. Tiang-C di belakang juga direka lebih condong, disepadukan dengan kemasan hitam berkilat yang menampakkan cermin tingkap yang lebih lebar.

    Bukan itu sahaja, perincian luaran seperti pelindung ruang roda yang diwarnakan dengan warna badan, serta apron hadapan lebih agresif dengan serlahan hitam berkilat turut menyerlahkan lagi imejnya. Apron belakang juga berbeza dari versi Wind biasa, serta diberikan rim 20-inci bersama tayar 255/45R20.

    Untuk ruang dalamnya pula, EV6 ini ditampilkan dengan papan pemuka yang condong ke hadapan, memberikan ruang yang lebih luas untuk penumpang hadapan. Ia turut diserlahkan dengan warna hitam sebagai tema utama bersama serlahan-serlahan putih. Dua skrin infotainmen bersaiz 12.3-inci diletakkan pada papan pemuka yang turut menampilkan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto, pengecas telefon pintar tanpa wayar dan Bluetooth.

    Kia EV6 2022 kini di Malaysia – varian GT-Line AWD, bateri 77.4 kWh, 325 PS, jarak 506 km; dari RM301k

    Ciri lain yang turut ditampilkan termasuklah sistem pendingin hawa dua-zon, upholsteri kulit sued, butang penghidup enjin, brek parkir elektronik, cermin pandang belakang dengan auto-kelam, pencahayaan dalaman LED, roda stereng dengan suis kawalan bagi audio, Bluetooth dan pengesan suara, pedal penukar gear di belakang roda stereng dan sistem bunyi sekeliling Meridian® dengan 14-pembesar suara.

    Selain itu, ia turut diberikan dua soket kuasa, corong udara untuk tempat duduk belakang, empat unit USB-Port (type C), tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan larasan kuasa dengan Premium Relaxion, tempat duduk dengan rona hitam dan serlahan putih.

    Untuk dimensinya, EV6 berukuran 4,695 mm panjang, 1,890 mm lebar, 1,550 mm tinggi dan jarak roda 2,900 mm. Ia juga memiliki ruang storan kabin yang besar mencecah 520 liter dengan tempat duduk belakang dengan keadaan normal yang boleh mencecah 1,300 liter jika ia dibaringkan.

    Bagi aspek keselamatannya, EV6 didatangkan dengan tujuh beg udara SRS (bahagian pemandu & penumpang hadapan, bahagian lutut pemandu, sisi dan tirai) ABS, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Safe Exit Assist (SEA), Sistem Kawalan Cengkaman (TSC), EBD, Bantuan Brek (BA), cagak Isofix dan Kawalan Bantuan Mula Mendaki (HAC) secara standard.

    Bagi ciri keselamatan termaju pula, EV6 dilengkapi dengan Bantuan Lampu Tinggi (HBA), Bantuan Pengelak Pelanggaran Titik Buta (BCA) dan Bantuan Pelanggaran Trafik Lintasan Belakang (RCCA), Pemantau Pemandangan Titik Buta (BVM), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Amaran Perhatian Pemandu (DAW) dan Bantuan Pengelak Pelanggaran Hadapan (FCA) dengan Junction Turning, selain Bantuan Ikut Lorong (LFA), Pemantau Pandangan Sekeliling (SVM) dengan kamera 360-darjah, dan Kawalan Kelajuan Pintar (SCC).

    Ditawarkan dengan lima warna pilihan termasuk Snow White Pearl, Aurora Black Pearl, Runway Red, Yacht Blue dan tona eksklusif Moonscape, EV6 kini telah pun dibuka tempahan secara rasminya. Harga atas jalan yang ditawarkan untuk EV6 ialah RM300,668, tanpa insurans, yang turut didatangkan dengan waranti lima-tahun/150,000 km dan waranti bateri pula tujuh-tahun/150,000 km.

    GALERI: Foto global rasmi Kia EV6

     
     
  • Lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh perlu diperbaharui sebelum 30 Jun 2022 — elak ujian semula

    Lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh perlu diperbaharui sebelum 30 Jun 2022 — elak ujian semula

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan kenyataan untuk memaklumkan kepada pengguna jalan raya yang lesen memandunya telah tamat sejak 13 Januari 2021 bahawa tarikh akhir untuk memperbaharuinya adalah sebelum 30 Jun. Ini susulan kepada kenyataan JPJ sebelum ini yang memaklumkan mereka yang didapati menggunakan lesen yang sudah lama luput tarikh boleh menyebabkan lesen berkenaan dibatalkan, atau perlu menduduki semula ujian memandu.

    Pemegang lesen yang telah luput tarikh perlu memperbaharuinya sebelum tarikh akhir itu atau mereka perlu menduduki semula ujian memandu, sama seperti yang perlu dilakukan oleh pemohon lesen pertama kali seperti yang termaktub dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

    Pemakluman ini adalah untuk pemegang lesen yang telah diberikan lanjutan untuk lesen mereka yang telah “mati”, yang antara lain turut merangkumi lesen belajar memandu (LDL), lesen percubaan (PDL), lesen pemandu kompeten (CDL) dan lesen vokasional (PSV dan GDL).

    Ini adalah selepas pelaksanaan PKP 3.0 fasa satu yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia bermula 1 Jun 2021, dan disusuli oleh pengumuman pengecualian oleh menteri pengangkutan pada 14 Oktober 2021. Berdasarkan rekod JPJ, setakat 22 Jun 2022, terdapat keseluruhannya 904,081 pemegang LDL dan 14,216 pemegang PDL, sementara 197,030 pemegang CDL dan 89,809 pemegang PSV dan GDL.

    Sementara itu, pengguna juga turut dinasihatkan untuk memastikan cukai jalan kenderaan mereka telah diperbaharui pada tarikh yang sama, 30 Jun 2022 bagi mengelakkan sebarang masalah di bawah Seksyen 23 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk cukai jalan tamat tempoh. Untuk ini, menurut JPJ, terdapat 4.4 juta cukai jalan yang tidak diperbaharui dalam tempoh tiga tahun terakhir ini bagi tempoh sehingga 30 Jun 2022.

     
     
  • MOT ada mekanisme tentukan harga tiket ECRL – ikut saranan PM untuk tetapkan tambang mampu milik

    MOT ada mekanisme tentukan harga tiket ECRL – ikut saranan PM untuk tetapkan tambang mampu milik

    Semalam, telah berlangsungnya Majlis Perasmian Permulaan Pengorekan Terowong Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dengan kaedah Mesin Pengorek Terowong (TBM) yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob di Tapak Pembinaan Terowong Berkembar Genting, Pahang.

    Dalam majlis berkenaan, Ismail Sabri meminta Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk merangka tambang yang amat berpatutan bagi ECRL yang dijangka mula beroperasi pada tahun 2027. Kemajuan pembinaan projek mega terbabit disasarkan bakal mencapai 37% menjelang akhir tahun ini dan dijangka siap mengikut jadual iaitu pada Disember 2026.

    Berhubung isu tambang, menteri MOT Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata, pihaknya sudah mempunyai mekanisme sendiri dalam menentukan harga tiket ECRL bagi memastikan ia adalah mampu milik. Di mana mekanisme pengiraan tambang itu adalah di bawah tanggungjawab Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

    MOT ada mekanisme tentukan harga tiket ECRL – ikut saranan PM untuk tetapkan tambang mampu milik

    Tambah beliau, pihaknya akan melaksanakan kaedah pengiraan tambang supaya hampir sama seperti yang dikenakan bagi perkhidmatan tren elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri.

    “Ini bersangkutan dengan beberapa tohmahan dan dakwaan tidak berasas mengatakan harga tiket (ECRL) akan menjadi beratus ringgit. Ini adalah satu tuduhan yang tidak berasas kerana mereka menggunakan metodologi pengiraan sendiri.

    “Kita ada mekanisme kita sendiri. Di peringkat APAD kita memang ada kaedah pengiraan. Sebab itu untuk perkhidmatan yang dibekalkan atau diberikan oleh pihak KTMB termasuk ETS, kadar pengiraan adalah berdasarkan per kilometer, jadi akhirnya penjumlahan itu tidak membebankan,” katanya seperti yang dilaporkan Berita Harian.

    MOT ada mekanisme tentukan harga tiket ECRL – ikut saranan PM untuk tetapkan tambang mampu milik

    Jelas beliau lagi, kadar pengiraan tambang ECRL juga tidak akan memasukkan komponen perbelanjaan modal (Capex). Jika Capex dimasukkan, bermaksud kerajaan perlu meminta balik pulangan yang dibelanjakan dan ia bukan yang ingin dilakukan kerajaan.

    “Sebagai contoh, untuk seorang penumpang yang kerap menggunakan MRT, kos sebenarnya RM200, tetapi RM200 ini kita tidak kutip sepenuhnya, sebaliknya kita berikan My50 bermaksud 75% atau RM150 itu ditanggung oleh kerajaan.

    “Itu pun kita tidak mengambil kira pelaburan asas untuk membangunkan infrastruktur terbabit. Kalau kita masukkan semua ini ia akan menjadi jumlah yang besar. Tidak mungkin RM5, RM6, jadi ini yang saya mahu perbetulkan kepada semua kadar tambang ECRL yang akan ditentukan kelak berdasarkan kepada formula pengiraan oleh APAD,” katanya.

     
     
  • Lorong Plaza Tol Nilai ditutup berperingkat 25-26 Jun

    Lorong Plaza Tol Nilai ditutup berperingkat 25-26 Jun

    PLUS Berhad telah mengumumkan penutupan sementara beberapa lorong akan dilaksanakan secara berperingkat di Plaza Tol Nilai mulai jam 12 tengahari pada 25 Jun ini (esok) hingga 11 malam, 26 Jun 2022. Penutupan lorong tersebut bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan turapan jalan dilaksanakan dengan lancar.

    “Justeru, pengguna yang menghala ke Nilai dinasihatkan supaya merancang perjalanan. Pengguna juga boleh memuat turun Aplikasi PLUS atau berinteraksi secara digital menerusi Chatbot Putri untuk mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya,” ujar kenyataan yang dikeluarkan.

    Dalam masa yang sama, pengguna juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan ketika melalui kawasan terbabit.

     
     
  • Perodua Alza 2022 – video teaser tunjuk butang Drive Mode pada roda stereng, dalaman warna hitam-merah

    Perodua Alza 2022 – video <em>teaser</em> tunjuk butang Drive Mode pada roda stereng, dalaman warna hitam-merah

    Semalam Perodua telah pun mengumumkan bahawa MPV tujuh-tempat duduk Alza generasi baharu sudah pun boleh ditempah, dan beberapa perincian rasmi untuk tiga varian yang ditawarkan telah pun didedahkan. Namun rupa sebenar model tersebut masih belum didedahkan, dan hari ini satu video teaser baharu disiarkan mendedahkan sedikit lagi rupa dan perincian Alza 2022 tersebut.

    Video berdurasi hanya 15-saat berkenaan menunjukkan butang mod pemanduan (Drive Mode) pada roda stereng, yang boleh dipilih antara Eco, Normal dan Power. Butang berkenaan memberikan talaan enjin, kotak gear dan stereng berbeza bergantung pada mod yang dipilih, dan ia diposisikan di tempat sama butang PWR pada Perodua Ativa.

    Juga dapat dilihat, roda stereng berkenaan turut menampilkan butang sistem bantuan pemanduan seperti Adaptive Cruise Control dan Kawalan Kekal Lorong (LKC), sama seperti Ativa AV. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, varian tertinggi Alza AV menerima sistem bantuan pemanduan autonomi Tahap 2, manakala dua varian lebih rendah datang standard dengan sistem keselamatan ASA dan enam-beg udara.

    Alza AV juga merupakan satu-satunya varian yang diberikan sistem pemantau titik buta, amaran lintasan trafik belakang dan brek parkir elektronik bersama fungsi auto brake-hold.

    Video ini juga ada menyatakan bahawa Alza 2022 menerima enjin yang sudah diberikan penarafan kenderaan cekap tenaga (EEV) dan digandingkan dengan kotak gear automatik D-CVT. Perodua Alza D27A ini menerima enjin enjin 1.5 liter empat-silinder NA Dual VVT-i, jadi dengan gandingan kotak gear tersebut ia dilihat sama seperti Perodua Myvi facelift 2022. Perodua masih belum mengumumkan sebarang angka kuasa, tetapi gandingan tersebut didakwa mampu mencapai penggunaan bahan api serendah 22.0 km/l.

    Bacaan bahan api tersebut adalah berdasarkan kitaran ujian MDC (Malaysian Driving Cycle), iaitu protokol ujian penggunaan bahan api tempatan yang dibangunkan berdasarkan keadaan dan situasi pemanduan di Malaysia. Sistem auto start-stop Eco Idle juga dibekalkan secara standard untuk semua varian.

    Perodua Alza 2022 – video <em>teaser</em> tunjuk butang Drive Mode pada roda stereng, dalaman warna hitam-merah

    Dalam spesifikasi yang didedahkan sebelum ini ada disebut bahawa Alza AV menerima tempat duduk dengan balutan separa kulit dua-tona. Dan Jika diperhatikan lebih teliti, video ini juga ada menunjukkan bahawa Alza 2022 menampilkan tema kabin dengan dua-tona warna gandingan hitam dan merah gelap.

    Bagi harga, varian asas Alza X akan dijual pada harga bermula RM62,000, diikuti varian pertengahan Alza X akan dijual pada harga RM68,000. Manakala varian tertinggi pula dijual pada harga RM75,000. Harga-harga yang dinyatakan ini adalah harga atas jalan tanpa insuran untuk Semenanjung Malaysia, namun ia masih diperingkat tentatif/anggaran. Harga sebenar bagi Perodua Alza 2022 ini hanya akan diumumkan pada pelancarannya bulan hadapan.

    Untuk lebih perincian berkenaan spesifikasi untuk setiap varian Perodua Alza 2022, anda boleh baca pada PAUTAN INI.

     
     
  • KTM 450 Rally Replica diperkenal – hanya 70 unit, banyak guna kelengkapan sama seperti jentera Dakar

    KTM 450 Rally Replica diperkenal – hanya 70 unit, banyak guna kelengkapan sama seperti jentera Dakar

    Kehebatan KTM dalam dunia rali motosikal seperti Dakar dan pelbagai lagi memang sudah diketahui, dan kini orang awam juga boleh menikmati jentera yang hampir sama dengan penawaran 450 Rally Replica. Ini bukan sekadar sebuah motosikal yang mengikut rupa bentuk sama, tetapi juga mempunyai kelengkapan serta prestasi seperti jentera rali pengeluar dari Austria tersebut.

    Melihat terlebih dahulu kepada badannya, motosikal yang dihasilkan hanya sebanyak 70 unit ini menggunakan perumah meter dan navigasi jenis tower manakala tangki minyaknya, selain di hadapan, turut ditambah dengan satu lagi tangki di belakang untuk menjadikan keseluruhan kapasitinya sebanyak 33 liter.

    Di sebalik panel badan plastik itu terdapat casis spesifikasi lumba dengan kerangka trellis besi chromium-molybdenum yang berbeza berbanding EXC-F 450, serta lengan ayun aluminium, dan disambung kepada roda melalui fork WP XACT Pro 48 mm dengan teknologi Cone Valve serta monoshock WP XACT Pro. Kedua-dua bahagian suspensi ini boleh dilaras sepenuhnya mengikut keperluan penunggang dan turut dibantu dengan steering damper boleh laras di tengah pemegang.

    Bagi mengurangkan kepenatan penunggang dalam perlumbaan jarak jauh, ergonomik motosikal ini telah diubah mengikut maklum balas daripada pelumba profesional, dan tempat duduknya walaupun nampak nipis telah dibuat dengan bahan yang selesa dan mencengkam.

    Pada bahagian enjin, 450 Rally Replica ini menggunakan unit satu silinder SOHC empat strok 449.3 cc dengan sistem pengurusan enjin (EMS) Keihin dan pemetaannya telah dipadankan dengan kotak udara yang menggunakan penapis Twin Air serta ekzos Akrapovic yang didatangkan standard dengan motosikal ini.

    Satu lagi yang istimewa untuk model ini adalah ia menggunakan transmisi Pankl enam kelajuan yang mempunyai nisbah sama seperti jentera rali Dakar pasukan KTM Factory Racing dan berat keseluruhannya cuma 139 kg.

     
     
  • myTukar Auto Fair 2022 di Puchong South dari 1-3 Julai — lebih 1,000 unit, hadiah dan tawaran hebat!

    myTukar Auto Fair 2022 di Puchong South dari 1-3 Julai — lebih 1,000 unit, hadiah dan tawaran hebat!

    Jika anda sedang mencari kenderaan ketika ini, jangan lupa untuk berkunjung ke myTukar Auto Fair 2022 di Lembah Klang yang akan berlangsung myTukar Retail Experience Centre di Puchong South, dari 1 hingga 3 Julai nanti.

    Lebih menarik, akan ada lebih 1,000 kenderaan dengan myTukar Certified, dari model keluaran tempatan, Jepun hinggalah ke buatan Eropah serta segmen kenderan premium, semuanya akan ada di acara berkenaan. Ini adalah pengalaman baru untuk pelanggan, yang mana mereka boleh hadir dan terus memilih kereta idaman dengan stok tersedia.

    Setiap pembelian juga bebas masalah. Ini kerana kenderaan yang disahkan oleh myTukar telah menjalani memeriksaan 160-poin untuk memastikan tidak ada yang mengubah jarak perbatuannya, serta kereta itu bebas daripada sebarang kemalangan teruk atau kerosakan akibat banjir.

    Selain itu, semua kenderaan dengan myTukar Certified telah diberikan baik pulih menyeluruh untuk memastikan keadaanya seperti baru. Setiap kereta ada rekod sejarah yang jelas, diperiksa setiap aspeknya termasuk bahagian enjin — tiada ada satu pun yang abaikan untuk memastikan kualiti pemanduan, dan tanpa sebarang kemalangan teruk atau pernah terlibat dalam banjir. Pemeriksaan 160-darjah termasuklah enjin, stereng, brek dan suspensi, transmisi dan klac, luaran dan dalaman, serta yang terakhir bawah badan dan bawah hud.

    myTukar Auto Fair 2022 di Puchong South dari 1-3 Julai — lebih 1,000 unit, hadiah dan tawaran hebat!

    myTukar mempunyai pusat baik pulih canggih miliknya sendiri untuk melakukan kerja yang berkaitan terhadap kenderaan. Semua aspek luaran dan dalaman kenderaan, termasuk ciri elektroniknya, akan melalui baik pulih atau diperkemas mengikut standard “myTukar Certified Pre-Owned”. Baik pulih dilakukan di bawah pematuhan piawaian ketat kerana myTukar sentiasa mengutamakan keselamatan pelanggan.

    Sebagai tambahan, setiap pembelian myTukar disertakan sekali dengan lanjutan jaminan selama setahun dan dua servis percuma, tawaran yang jarang diberikan untuk kereta terpakai. Dan, sekiranya anda berdepan sebarang masalah atau bertukar fikiran tentang kenderaan yang dibeli, anda hanya perlu pulangkannya tanpa sebarang pertanyaan diajukan kepada anda — melalui polisi jaminan pulangan wang lima-hari yang diberikan.

    Urusan pembelian kenderaan menjadi sangat mudah kerana myTukar Experience Centres merupakan pusat sehenti yang memastikan perjalanan anda untuk membeli kenderaan berlangsung dengan mudah dan tidak rumit. Semua urusan dari pemeriksaan Puspakom, pendaftaran JPJ, permohonan pinjaman hinggalah kepada insuran, semuanya diuruskan oleh syarikat ini.

    Ingin trade-in kereta lama? Tentulah boleh; nilai maksimum dan tawaran trade-in menarik boleh ditentukan terus oleh petugas berpengalaman di acara ini nanti.

    Jika anda membeli kenderaan di acara ini nanti, ganjaran sehingga RM800,000 juga menanti! Pembeli berpeluang untuk memenangi perjalanan ke Sydney, Australia dengan semua kos ditanggung. Anda juga akan menerima tawaran istimewa, seperti kadar faedah pinjaman serendah 1.88% untuk 150 tempahan pertama serta peluang untuk memenangi baucar dengan nilai sehingga RM1,000 melalui promosi Spin & Win.

    myTukar Auto Fair 2022 di Puchong South dari 1-3 Julai — lebih 1,000 unit, hadiah dan tawaran hebat!

    Tidak lupa juga ada hadiah bernilai RM12,000 untuk cabutan bertuah eksklusif untuk dimenangi. Ini termasuklah iPhone 13, sebuah iPad, sebuah konsol Playstation, SmarTV Android, pembersih hampagas Xiomi Mi Robot serta pam air Karcher dan mesin kopi Nescafe Dolce Gusto.

    Trak makanan turut akan berada di lokasi, jadi pengunjung boleh menikmati makanan dan minuman pilihan mereka dengan mudah. Prosedur penghindaran Covid-19 juga perlu diamalkan — pelitup muka adalah wajib sepanjang masa, tetapi penjarakan fizikal tidak lagi wajib. Kru acara akan kerap membersihkan keseluruhan lokasi serta permukaan yang kerap disentuh seperti kereta dan kemudahan umum untuk memastikan keselamatan terjamin.

    myTukar Retail Experience Centre di Puchong South terletak di tepi LDP (Lot 14225, KM 3.8) sebelum plaza tol Puchong Barat, jika anda datang dari IOI Mall dan Bandar Puteri. Sebelum tol, di sebelah kiri anda. Kotak oren misteri yang dilihat di myTukar Plentong juga akan berada di beberapa kawasan seluruh negara, imbas untuk tahu lebih lanjut!

    Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman web rasmi myTukar, atau layari pilihan luas kenderaan yang ada ketika ini di inventori myTukar dan lihat tawaran yang diberikan. Datanglah ke myTukar Auto Fair at the myTukar Retail Experience Centre – Puchong South dari 1-3 Julai nanti, 9.30 pagi hingga 9 malam setiap hari.

    Anda juga boleh menghubungi saluran berikut:

    Telefon : 03-7890 4499
    WhatsApp : +6018-2249999
    Emel: [email protected]

    myTukar Retail Experience Centre – Puchong South
    Lot 14225, KM 3.8,
    Lebuhraya Damansara–Puchong,
    47100 Puchong, Selangor.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.13 (-0.04)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.00
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.90 (-0.04)
EURO 5 B7 RM3.10 (-0.04)
Last Updated Aug 14, 2025