Pelancaran Petron Blaze 100 Euro 4M di Malaysia Jumaat lalu, telah menimbulkan sikap ingin tahu di kalangan pemandu. Selain daripada harga, ramai yang ingin mengetahui kelebihan dan kelemahan bahan api RON 100 ini.
Antara soalan yang paling banyak diterima ialah adakah jumlah octane yang bertambah akan merosakkan enjin atau enjin perlu ditala semula.
Mari memahami kejuruteraan kimia 101 untuk seketika. RON membawa maksud ‘Research Octane Number’. Nombor ini mewakili ‘knock-resistance’ bahan api. ‘Knocking’ di dalam istilah dunia automotif ialah pencucuhan pramatang atau peledakan.
Di mana apabila bahan api di dalam kebuk pembakaran ‘meletup’ sebelum sepatutnya, ia akan memberikan ‘knocking’ atau ‘pinging’. Ia bukanlah petanda yang baik bagi enjin pembakaran, terutamanya yang menggunakan bahan api petrol. Jika ia terjadi, ia akan menyebabkan kos yang tinggi untuk membaiki (overhaul) enjin tersebut.
Bagi enjin prestasi tinggi, nisbah mampatan tinggi yang berfunsi lebih cenderung kepada ledakan apabila menggunakan bahan api dengan RON yang rendah. Ia mungkin akan ‘menyentakkan’ enjin terbabitkan kerana mampatan yang rendah mungkin boleh menjejaskan enjin berkenaan.
Bagi kebanyakan enjin moden, dengan Programmable Fuel Injection (PGM-FI), ia boleh menggunakan bahan api dengan RON yang paling rendah termasuk 88 dan yang paling tinggi iaitu 103. Tetapi, jika pengeluar enjin terbabit mengklasifikasikan enjin tersebut sebagai prestasi tinggi, dengan omboh mampatan tinggi atau pengecas turbo, RON yang minimum akan ditetapkan bagi mengelakkan ledakan dan kerosakan pada enjin.
Bagi enjin lama yang dihidupkan oleh karburetor, ledakan sering terjadi dengan RON yang lebih rendah kerana peningkatan karbon di kebuk pembakaran membenarkan ‘hot-sport’ untuk membangun dan menciptakan keadaan di mana ledakan boleh terjadi, terutamanya jika di bawah panas terik matahari atau di bawah bebanan.
ECU akan merekodkan bacaan dari pengesan knocking (ketukan) jika ledakan terjadi, dan melambat atau mempercepatkan pemasaan pencucuhan sewajarnya. Ada satu had bagi tahap pelarasan yang ditentukan oleh pengeluar dengan meletakkan pelekat pada penutup tangki minyak dengan menyatakan minimum bahan api RON yang boleh digunakan.
Perkara lain yang bersangkut-paut dengan kapasiti tenaga yang terkandung di dalam bahan api dan yang dilepaskan ialah apabila ia menjalani proses pembakaran. Maka, jumlah kuasa boleh didapati daripada nyalaan bahan api dengan bilangan nombor yang tidak terhingga dan biasanya RON tidak mempengaruhi keadaan sedemikian.
Apa yang dimaksudkan dengan nombor-nombor RON yang tinggi ialah keupayaan menjana enjin tersebut dengan nisbah-nisbah mampatan tinggi dan menjalankan pemasaan pencucuhan. Bagaimana pun, nisbah mampatan tinggi biasanya bermaksud jumlah kebuk pembakaran sangat kecil, yang membawa kepada peledakan.
Jadi, adalah suatu yang normal apabila enjin empat-silinder aspirasi-normal memerlukan petrol RON 100? Kemungkinan tidak, kerana kos bahan api akan menjadi lebih berat disebabkan penambahan kuasa. Bukan semua enjin turbo moden akan memerlukan bahan api dengan RON yang tinggi kerana peningkatan tekanan dan saiz kecekapan daripada prestasi tidak diperlukan.
Adakan ECU perlu ‘dibaca’ semula atau enjin perlu ditala semula hanya kerana menggunakan RON 100? Sekali lagi, mungkin tidak kerana ECU akan mempercepatkan pencucuhan bagi mengelakkan ledakan.
Manfaat menggunakan RON 100 terutamanya bagi enjin yang sangat berprestasi tinggi, berat bebannya akan membenarkan enjin berhadapan dengan mampatan tinggi yang menghasilkan jumlah kuasa (output) yang sangat besar.
Sebaliknya, jika menggunakan bahan api RON yang lebih rendah pada enjin prestasi tinggi, ia boleh menyebabkan kebolehpercayaan mengeluarkan output yang kurang memberangsangkan, walau pun ia mungkin tidak akan merosakkan enjin. Namun adalah diperlukan untuk talaan enjin, melainkan ia disarankan oleh pengeluar kenderaan terbabit iaitu perlu menggunakan bahan api RON yang tinggi.
Apa yang penting, enjin-enjin prestasi tinggi sebenarnya mempunyai manfaat apabila menggunakan bahan api dengan RON yang lebih tinggi.