Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • Program ‘Go-To-Safety-Point’ kini di 512 stesen Petronas – bakal diperluaskan di BHP dan Caltex kelak

    Petronas

    Program ‘Go-To-Safety-Points’, tempat bagi orang ramai mendapatkan bantuan kecemasan di stesen Petronas, akan diperluas ke seluruh negara.

    Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, program yang dianjurkan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Petroliam Nasional Berhad (Petronas), kini dilaksanakan di 512 stesen, laporan Bernama.

    “Selain itu, program PDRM di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) juga bakal diperluas ke stesen BHP dan Caltex tidak lama lagi,” ujarnya kepada pemberita ketika melancarkan program ini.

    Pihak polis akan memberikan latihan yang spesifik kepada pengusaha stesen petrol dan penyelia yang terbabit bagi program ini. Menurut Khalid, mereka ini diharap mampu membantu orang ramai dalam situasi kecemasan.

    Antara modul latihan yang bakal diberikan termasuklah pertahankan diri, memberkas penjenayah, mengendalikan mangsa yang dalam trauma dan menghulurkan bantuan yang sewajarnya. Program ini bukanlah pertama kali diadakan. Sebaliknya, ia telah pun dimulakan pada tahun 2014 yang membabitkan inisiatif oleh stesen minyak Shell dan Petron.

     
     
  • Satu lagi kematian kemungkinan berpunca dari beg udara berlaku di Malaysia – apa yang anda perlu tahu mengenai panggilan balik beg udara Takata

    Honda airbag

    Semalam dilaporkan berlaku satu lagi kemalangan yang menyebabkan kematian berpunca dari serpihan tajam dari beg udara buatan Takata. Perlanggaran antara Honda City dan Mercedes-Benz di Kota Damansara mengakibatkan seorang pemandu wanita berusia 44 tahun yang memandu Honda City terbunuh selepas dadanya tertusuk besi tajam yang terkeluar dari tengah roda stereng.

    Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, mangsa ditemui dalam keadaan parah serta tidak boleh diselamatkan dan beg udara bahagian pemandu didapati pecah.

    Jika ini masih dianggap sebagai suatu isu yang kurang serius bagi pemilik-pemilik kenderaan yang dipanggil balik untuk pemeriksaan lanjut berhubung masalah beg udara Takata, sukar untuk kata apa lagi. Pengedar di Malaysia turut mengulas, masih ramai yang tidak mengambil berat mengenai pemeriksaan beg udara ini.

    Maka kejadian seumpama ini, kebarangkalian boleh berulang pada masa hadapan. Mengapa beg udara dikatakan boleh menjadi ‘pembunuh’ sedangkan tugasnya sepatutnya melindungi kita jika terbabit dalam kemalangan?

    Panggilan balik yang melibatkan beg udara buatan Takata ini berpunca dari masalah inflator di dalamnya. Apabila kemalangan berlaku, hasil hentakan yang kuat boleh mengakibatkan besi di dalam inflator beg udara tersebut terkeluar, sekali gus mampu mengundang kematian.

    Ia adalah perkara yang sangat serius dan perlu diambil berat oleh kita. Bukannya kita sekadar membaca perkara ini berlaku di US atau lain-lain negara. Masalah yang begitu serius ini telah pun berlaku di Malaysia, dan kejadian semalam bukanlah insiden pertama seumpamanya, malah kali ketiga!

    Apa yang perlu anda lakukan sekiranya model kenderaan anda terlibat dengan panggilan balik oleh pengeluar kenderaan:

    Panggilan balik beg udara Takata oleh Honda

    Bagi Honda, terdapat dua kumpulan panggilan balik bagi beg udara Takata ini telah dilakukan. Pertama, ia melibatkan beg udara di bahagian pemandu. Dan panggilan kedua, pula iaitu beberapa hari lalu, melibatkan beg udara bahagian penumpang hadapan. Bagi kumpulan pertama, alat gantinya telah pun ada dan para pengedar sepatutnya sudah memiliki stok penukaran beg udara ini. Menurut wakil Honda Malaysia, apa yang perlu anda lakukan ialah segera menyemak status beg udara kenderaan anda.

    Layari laman web Honda Malaysia dan klik pada VIN untuk menyemak adakah kenderaan anda terbabit dengan panggilan balik ini. Bagi beg udara bahagian pemandu, ia melibatkan model Accord (buatan tahun 2003-2007), City (2003-2013), Civic (2001-2011), Civic Hybrid (2003, 2007-2012), CR-V (2002-2011, 2013), Jazz/Jazz Hybrid (2003-2007, 2009-2013), Insight (2011-2013) dan Stream (2003-2005, 2007-2013).

    Anda perlukan nombor VIN, atau pun lebih dikenali sebagai nombor casis. Ia boleh didapati menerusi kad pendaftaran JPJ, atau buku servis Honda, atau pada kenderaan itu sendiri. Lihat plat berwarna biru sama ada pada tiang tengah bahagian penumpang atau pun pada petak enjin.

    Kunjungi pusat servis Honda bertauliah dengan kadar segera dan mohon untuk kenderaan anda diperiksa dan beg udara yang bermasalah itu perlu diganti. Tidak perlulah tunggu Honda Malaysia menghubungi anda, kerana anda sendiri perlu bertindak pantas. Malah Honda Malaysia telah memberikan arahan kepada para pengedarnya supaya melayan mana-mana pelanggan yang datang secara ‘walk-in’ untuk pemeriksaan dan penggantian beg udara ini.

    Bagi kumpulan kedua pula, ia melibatkan beg udara di tempat duduk penumpang hadapan. Kami dimaklumkan alat ganti tersebut dijangka tiba sebelum akhir Julai ini. Sila periksa adakah kenderaan anda terlibat dengan menggunakan kaedah yang sama (menerusi VIN).

    Model yang terlibat dengan kempen ini ialah Accord (buatan tahun 2003-2011), City (2009-2011), Civic (2007-2011), CR-V (2008-2011), Freed (2009-2011), Insight (2011), Jazz (2009-2011) dan Odyssey (2004-2008).

    Buat sementara ini, kami ingin menasihati anda agar tidak menggunakan tempat duduk penumpang hadapan. Gunakan empat tempat duduk sahaja buat sementara waktu iaitu tempat duduk pemandu dan tiga tempat duduk penumpang belakang.

    Pemilik kenderaan Honda boleh mendapatkan pengesahan mengenai perkara ini dengan menghubungi Honda Malaysia di talian 1-800-88-2020 untuk maklumat lanjut.

    Panggilan balik beg udara Takata oleh Toyota

    Manakala bagi Toyota pula, telah melakukan panggilan balik hampir 130,000 unit di Malaysia. Kumpulan pertama melibatkan 97,000 unit yang membabitkan model Camry, Corolla Altis, Vios, Yaris dan RAV4 bagi buatan tahun antara 2001 hingga 2007. Kumpulan kedua pula melibatkan Vios, Corolla Altis dan Yaris buatan tahun antara 2007 dan 2008.

    toyota-recall-july-2015a

    Apa yang perlu anda lakukan ialah hubungi Toyota Malaysia di talian 1800-8-869682, dari Isnin hingga Jumaat, 8 pagi hingga 5.30 petang bersama nombor VIN kenderaan anda untuk semakan. Anda boleh memperoleh nombor VIN ini menerusi kad pendaftaran JPJ.

    Jika kenderaan anda terlibat dengan panggilan balik ini, segera berhubung dengan mana-mana pusat servis Toyota berhampiran dan membuat temujanji bagi pemeriksaan dan penukaran beg udara. Menurut wakil Toyota Malaysia, alat ganti yang diperlukan kini sudah ada di Malaysia dan anda perlu membuat temujanji dengan mana-mana pusat servis Toyota bertauliah untuk tujuan tersebut. Klik di sini untuk mengetahui pusat servis Toyota berhampiran anda.

    Toyota Malaysia turut mengesahkan pemeriksa VIN menerusi dalam talian sedang dibangunkan.

    Panggilan balik beg udara Takata oleh Mitsubishi

    Terdapat dua model Mitsubishi yang terlibat dalam panggilan balik beg udara Takata di pasaran Malaysia. Dengan sejumlah 895 unitm, ia melibatkan Mitsubishi Lancer (buatan tahun 2004-2006) yang terlibat dengan panggilan balik bagi beg udara penumpang.

    Ia juga membabitkan model Triton (buatan tahun 2006 hingga 2014) yang melibatkan sebanyak 35,000 unit bagi beg udara bahagian pemandu yang terjejas.

    Pemilik boleh menyemak status panggilan semula ini dengan memasukkan Nombor Pengenalan Kenderaan (VIN) di sini: semakan VIN bagi panggilan balik Triton atau semakan VIN bagi panggilan balik Lancer.

    Jika terlibat, sila buat temujanji dengan mana-mana pusat servis Mitsubishi bertauliah atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1-800-18-6611 (Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang) untuk bantuan segera. Anda boleh mendapatkan senarai penuh pusat servis dan nombor untuk dihubungi di sini.

    Panggilan balik beg udara Takata oleh Nissan

    Terdapat beberapa panggilan balik yang melibatkan beg udara bahagian penumpang hadapan untuk 12,444 unit kenderaan Nissan iaitu membabitkan model T30 X-Trail CKD, J31 Teana CBU dan M12 Liverty CBU. Daripada jumlah tersebut, lebih 12,000 unit adalah melibatkan model T30 X-Trail CKD.

    Bagi pemilik model Nissan yang ingin mendapatkan pengesahan, sila hubungi Edaran Tan Chong Motor menerusi talian bebas tol 1800-88-3838, atau layari pautan ini dan memasukkan nombor VIN kenderaan anda untuk menyemak adakah ia terlibat.

     
     
  • Mercedes-AMG GT R 2018 didedahkan secara rasmi

    Der neue Mercedes-AMG GT R: Entwickelt in der „Grünen Hölle“

    Mercedes-Benz telah mendedahkan jentera buas AMG terbaharu mereka – Mercedes-AMG GT R 2018 – di Goodwood Festival of Speed hujung minggu lalu.

    Berbanding model GTS sebelum ini, GT R menampilkan gril hadapan dengan motif jail-bar serta dapra depan dan belakang yang lebih lebar diperbuat dari bahan gentian karbon menjadikan ia lebih lebar 1.8 inci. Bumbung GT R juga dibina dari bahan gentian karbon, manakala pada bahagian ia turut dilengkapi dengan sayap yang lebih besar. Bampar belakang dilengkapi dengan sepasang diffuser mengapit ekzos tip berkembar. Jentera ini disembur dengan warna badan khas AMG Green Hell Magno.

    Jentera ini juga dilengkapi dengan kit aerodinamik aktif pada bahagian hadapan yang menghasilkan kesan venturi, seterusnya menekan badan kereta ini sehingga 1.6 inci ketika memecut melebihi 80km/j dalam ‘Race Mode’ membuatkan ia melekat pada permukaan jalan raya.

    Der neue Mercedes-AMG GT R: Entwickelt in der „Grünen Hölle“

    Bahagian dalaman GT R dilihat menampilkan imej yang lebih berorientasikan litar lumba dimana tempat duduk berprestasi AMG diberikan balutan kulit Nappa dan fabrik gentian mikro Dinamica. Warna hitam keseluruhan turut menerima serlahan berwarna kuning pada butang-butang kawalan instrumen dan jahitan. Tali keledar berwarna kuning turut didatangkan sebagai pilihan opsyen. Konsol tengah pula diberikan kemasan akhir piano black.

    GT R masih menggunakan enjin V8 4.0 liter turbo berkembar sama seperti GT S, tetapi ia kini telah ditala untuk mengekstrak kuasa keseluruhan 577 hp dan tork maksima 699 Nm, berbanding GT S yang menghasilkan kuasa 503 hp dan tork maksima 650 Nm. Kuasa tambahan ini dihasilkan dengan kombinasi pengecas turbo baharu, talaan semula pada unit pengurusan enjin, liang ekzos yang dibentuk semula serta nisbah mampatan yang berlainan. Tekanan boost pada sistem turbo GT R dicatatkan pada 19.6 psi berbanding 17.4 pada GT S.

    Kesemua kuasa dialirkan ke gandar belakang menerusi kotak gear klac berkembar AMG Speedshift DCT tujuh-kelajuan. Nisbah pada kotak gear GT R ini turut berbeza dari GT S di mana nisbah pada gear pertama dipanjangkan sementara nisbah gear ketujuh dan nisbah akhir kini telah dipendekkan.

    Der neue Mercedes-AMG GT R: Entwickelt in der „Grünen Hölle“

    Berat keseluruhan GT R juga 90 kg lebih ringan dari GT S. Hasil gabungan kuasa yang lebih tinggi, nisbah gear yang diolah semula serta berat keseluruhan yang lebih ringan, Mercedes AMG GT R mampu memecut dari 0-96 km/j dalam masa hanya 3.5 saat (0.2 saat lebih pantas dari GT S)

    Untuk menghentikan jentera liar ini, ia dilengkapi dengan kit brek karbon seramik. Ia juga dipadankan dengan roda aloi forged berdiameter 19-inci di hadapan dan 20-inci di belakang. Kesemua roda tersebut dibaluti tayar spesifikasi litar Michelin Sport Cup 2 bersaiz 275/35 ZR 19 di hadapan dan 325/30 ZR 20 di belakang.

    Pengedalian yang lebih lincah jentera ini bukan hanya bergantung pada sistem suspensi, ia turut dipadankan dengan sistem stereng pada roda belakang yang meningkatkan tindak balas serta kestabilan semasa membelok. Pada kelajuan di bawah 100 km/j, tayar belakang akan berpusing dalam sudut kecil bertentangan dengan arah pusingan tayar hadapan untuk tindak balas yang lebih pantas. Manakala untuk kelajuan melebihi 100 km/j pula, arah pusingan roda belakang adalah sama dengan roda hadapan, memberikan kestabilan yang lebih bagus dalam kelajuan tinggi.

     
     
  • Uber tidak dibenarkan beroperasi di Sabah

    uber cash payment

    Nampak gayanya perkhidmatan Uber tidak diterima di Sabah. Selepas beroperasi kurang dari sebulan di Kota Kinabalu, Uber telah pun diharamkan beroperasi oleh Lembaga Perlesenan Kenderaan Komersial Sabah (CVLB), laporan The Star.

    CVLB verkata, syarikat rangkaian pengangkutan ini dilihat sebagai perkhidmatan teksi “sapu” yang berorientasikan aplikasi dalam talian. “Kami mahu melayan semua pihak secara adil termasuk pemandu teksi sedia ada. Dan perkhidmatan teksi yang tidak berdaftar, adalah diharamkan,” ujar pengerusi CVLB Sabah Datuk Raime Unggi.

    Beliau berkata, Uber baru saja beroperasi di Kota Kinabalu bulan lalu, namun kebanyakan pemandu teksi di bandar berkenaan telah terasa tergugat dengan kehadiran perkhidmatan tersebut. Raime turut berkata wakil Persatuan Pengusaha Teksi Kota Kinabalu telah mengadakan pertemuan dengan beliau dan menyuarakan bantahan terhadapan Uber. Malah meminta pihak berkuasa untuk menghalang perkhidmatan ini dengan segera.

    Ketika ditanya, adalah CVLB Sabah akan memberikan kelulusan pada Uber untuk beroperasi, Raime berkata perubahan mungkin akan berlaku selepas kajian oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) terhadap Uber dan lain-lain perkhidmatan seumpamanya menemui kata putus. Malah beliau turut mengatakan CVLB peka dengan keperluan untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di negeri berkenaan.

     
     
  • Laluan sambungan LRT Kelana Jaya dan Ampang bakal beroperasi 30 Jun ini seperti yang dijadualkan

    lrt-depot

    Laluan sambungan LRT Kelana Jaya dan Ampang akan mula dibuka bermula 30 Jun ini seperti yang dijadual, lapor New Straits Times.

    Stesen LRT laluan Kelana Jaya terletak di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan ia kini telah pun menerima surat sokongan dari pelbagai agensi. Pusat Sehenti (OSC) MPSJ juga telah menerima, memeriksa dan mengesahkan permohonan, termasuk Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) yang dikeluarkan oleh pihak arkitek.

    Menurut CEO Prasarana Rail and Infrastructure Projects Sdn Bhd, Datuk Ir Zohari Sulaiman pihaknya telah menerima semua surat sokongan dari pelbagai agensi termasuk MPSJ, SYABAS, TNB, IWK dan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk tiga lagi stesen LRT laluan Ampang yang turut diletakkan dibawah bidang kuasa MPSJ. MPSJ OSC turut mengesahkan permohonan boleh dibuat pada Isnin, 27 Jun 2016 setelah CCC dikeluarkan oleh pihak arkitek.

    “Setelah dokumen tersebut diserahkan dan disahkan oleh OSC MPSJ, permohonan CCC berkenaan disahkan lengkap,” tambah Zohari lagi.

    LRT Kelana Jaya Line

    Zohari mengesahkan dalam kenyataannya, pengenalan Akta Jalan, Perparitan dan Bangunan (Pindaan) 2007 pada 12 April 2007, CCC, yang juga merupakan proses pengesahan-sendiri menggantikan Sijil Layak Menduduki (CFO) yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. Di bawah akta yang dipinda berkenaan, CCC akan dikeluarkan oleh arkitek atau jurutera yang memantau projek berkenaan. Ini adalah cara untuk mengatasi masalah yang timbul pada sistem sebelum ini, dan mewujudkan sistem penyampaian awam yang lebih cekap.

    Zohari menjawab kebimbangan yang ditimbulkan oleh Presiden MPSJ Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan yang mengatakan MPSJ tidak meluluskan CCC untuk stesen-stesen LRT berkenaan kerana kekurangan tempat meletak kenderaan pada stesen-stesen tertentu.

    Beliau menjelaskan perancangan dan pembangunan tempat meletak kenderaan di Stesen 4 (Subang Jaya) dan Stesen 7 (USJ 7) pada projek sambungan laluan LRT Kelana Jaya tidak termasuk dalam Pelan Bangunan yang telah diluluskan, berbeza dengan stesen lain. Oleh itu, ia bukan sebahagian dari CCC bangunan berkenaan.

    Tempat parkir untuk dua stesen berkenaan akan disediakan sebagai sebahagian pembangunan hartanah yang lebih besar dengan kerjasama pemilik tanah bersebelahan. Sebelum itu, Prasarana akan menyediakan tempat parkir sementara untuk kemudahan orang awam sebagai langkah sementara.

    LRT-Extension-Map

    “Kami sedang berbincang dengan Sime Darby, pemaju utama di USJ Subang Jaya, dan berharap untuk memuktamadkan ruang untuk pembinaan pembinaan tempat parkir sementara dalam masa dua bulan sehingga tempat parkir kekal disediakan sebagai perancangan pembangunan yang lebih besar,” kata Zohari.

    Beliau menambah, tanggungjawab Prasarana tidak terhenti setakat menyiapkan operasi LRT sahaja. Prasarana telah membina lebih dari 2,200 tempat parkir sepanjang laluan tambahan Kelana Jaya dan akan ia akan diteruskan. 30 bas juga telah disediakan yang akan beroperasi dalam frekuensi setiap 10 dan 15 minit sekali sepanjang 10 laluan antara Lembah Subang dan Putra Heights yang akan bermula 30 Jun ini.

    “Untuk laluan tambahan LRT Ampang selebihnya, kami akan menyedikan 10 bas, untuk beroperasi dalam lima laluan baharu dari Bandar Baru Puchong ke Putra Heights pada frekuensi setiap 10 minit,” kata Zohari lagi.

     
     
  • Honda Freed 2016 serba baharu – imej paten tersebar

    2017-Honda-Freed-patents-1-e1466992050825

    Honda dikatakan sedang rancak membuat pelbagai persiapan untuk melahirhan model serba baharu Freed hujung tahun ini. Seperti mana yang telah disahkan oleh presiden dan CEO Honda sendiri, Takahiro Hachigo pada Februari lalu, Freed serba baharu ini menanti detik yang sesuai untuk diperkenalkan di persada antarabangsa. Namun baru-baru ini, imej patennya telah pun disebarkan.

    Pada bahagian hadapannya, wajah ‘Solid Wing’ mendominasi gril atas yang lebih besar dengan bilah yang lebih kecil pada bawahnya. Lampu utama yang lebih nipis turut dipadankan, lebih kurang sama dengan yang ditampilkan pada model Jazz. Gril bawah kini lebih sporty dengan rekaan ‘sarang lebah’.

    Pada sisinya pula, pintu gelongsor masih digunakan. Selain itu, terdapat bahagian kecil pada bumbung kini kelihatan disambung terus ke cermin hadapan. Manakala cermin sisi pula diposisikan semula.

    Bahagian belakangnya pula, terdapat ruang yang lebih besar yang menempatkan spoiler/ Selain itu, pemegang plat nombor pula diasak ke atas iaitu betul-betul di bawah logo Honda. Malah reflektor/lampu kabus turut disemak semula dan diletakkan di apron bawah dan tempat mengisi bahan api turut diposisikan semula.

    2017-Honda-Freed-patents-2-e1466992072436

    Belum disahkan sama ada Freed baharu ini masih menggunakan platform yang sama dengan model Jazz masa kini. Namun terdapat laporan mengatakan ia memiliki ukuran 4,250 mm panjang (dipertingkatkan 35 mm), 1,695 mm lebar (tidak berubah) dan 1,710 mm tinggi (dipertingkatkan 5 mm). Manakala jarak rodanya juga masih kekal iaitu 2.740 mm.

    Manakala penjana kuasanya, enjin petrol 1.5 liter bakal ditawarkan, bersama 1.0 liter VTEC Turbo sama seperti Civic spesifikasi Eropah. Manakala bagi versi hibrid pula, ia menampilkan sistem IMA (Integrated Motor Assist) yang bakal ditawarkan di pasaran beberapa negara.

    Honda Freed pernah dipasarkan di Malaysia suatu ketika dahulu, diperkenalkan pada tahun 2010. Pada tahun 2013, dua variannya iaitu bagi versi facelift dilancarkan, pada harga RM99,800 dan RM113,500. Namun permintaan terhadapnya kurang memberangsangkan dan mendorong Honda Malaysia menghentikan jualannya di sini.

    GALERI: Honda Freed generasi semasa

     
     
  • Sikap pengguna jalan raya terhadap keselamatan perlu diubah, undang-undang penggunaan topi keledar baharu sedang dipertimbang – Menteri Pengangkutan

    2016-Yamaha-Road-safety-1_BM

    Menteri Pegangkutan Datuk Sri Liow Tiong Lai mengkritik sikap sebahagian pengguna jalan raya terhadap kempen keselamatan yang dijalankan sempena musim perayaan di Malaysia yang dijalankan untuk meningkatkan kesedaran bagi mengelakkan berlakunya kemalangan maut. Bercakap ketika “Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung” Yamaha di Bentong, Pahang, Liow berkata walaupun kementeriannya dan beberapa pihak lain yang berkaitan mengadakan kempen pada setiap tahun, angka kematian di lebuhraya dan jalan raya semasa musim perayaan masih tidak berubah.

    “Kami membuat kempen-kempen sebegini setiap tahun, tetapi angka kemalangan jalan raya masih lagi tinggi, terutamanya semasa waktu puncak balik ke kampung,” kata Liow. “Ini perlu diubah, dan bermula tahun ini, kami akan meningkatkan penguatkuasaan, dengan kerjasama agensi lain seperti JPJ.

    Liow turut menyatakan penggunaan topi keledar juga agak teruk, terutamanya di kawasan luar bandar, dan berkata ramai penunggang yang menggunakan topi keledar yang telah uzur. “Ada penunggang yang menggunakan topi keledar yang berumur 10-, 15-, hingga 20-tahun, Topi keledar mempunyai tempoh jangka hayatnya sendiri, dan ia tidak boleh digunakan lebih dari lima tahun.”

    Perubahan kepada undang-undang pemakaian topi keledar sedia ada sedang dipertimbangkan, menurut Liow, kementeriannya sedang mengkaji untuk mengharamkan penggunaan topi keledar dengan usia tertentu selepas diproduksi. “Kami sedang mempertimbangkan undang-undang baharu ini. Ketika menunggang, topi keledar merupakan satu-satunya perlindungan sebenar, dan topi keledar lama tidak akan memberikan perlindungan yang secukupnya.”

    Menurut Liow lagi, penguatkuasaan akan dipertingkatkan tahun ini, dan akan melibatkan operasi bersama agensi lain yang berkaitan. “Kami akan lebih tegas terhadap mereka yang melakukan kesalahan tahun ini, dan kami akan melakukan operasi bersepadu. Contohnya, jika JPJ membuat operasi, kemudian polis juga akan turut serta untuk menjalankan pemeriksaan terhadap pemandu,” kata beliau.

    Dengan tema “fokus di jalan, bukan di tangan”, kempen keselamatan jalan raya Yamaha tahun ini turut menggambarkan betapa bahayanya penggunaan telefon bimbit semasa memandu. Ini digambarkan dengan video demonstrasi ringkas bagaimana seorang pemandu yang memandu sambil menggunakan telefon bimbit, dan kemudian terlibat dalam kemalangan dalam sekelip mata.

    Ketika kempen keselamatan jalan raya yang akan diadakan di empat lokasi iaitu Bentong, Pahang; Sungai Dua, Pulau Pinang; Sungai Petani, Kedah dan Shah Alam, Selangor ini, orang awam boleh memberikan motosikal mereka kepada mekanik berpengalaman dari Yamaha untuk diperiksa dan 500 topi keledar peserta bertuah yang telah uzur akan digantikan dengan topi keledar KHI yang baharu.

     
     
  • Penggunaan telefon bimbit sewaktu memandu dan menunggang motosikal dikenal pasti punca utama kemalangan jalan raya di negara ini – Liow

    Crash-accident-collision

    Penggunaan telefon bimbit sewaktu memandu dan menunggang motosikal telah dikenalpasti sebagai punca utama kemalangan jalan raya di negara ini.

    Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tion Lai, pihak kementerian akan meminta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) untuk menjalankan kajian bagi membuktikan ia satu perkara serius yang perlu diberi perhatian oleh pengguna jalan raya di negara ini, laporan News Strait Times.

    “Sebenarnya telefon bimbit telah banyak mengubah kehidupan kita dengan kewujudan pelbagai aplikasi seperti WhatsApp dan mesej multimedia. Fungsinya bukan lagi menjadi telefon biasa sebaliknya telah menjadi telefon pintar dengan pelbagai kemudahan termasuk melayari laman web, mengambil gambar atau mencari lokasi sewaktu memandu atau menunggang motosikal,”ujarnya.

    Liow berkata, kajian yang dikendalikan oleh MIROS mendedahkan sebanyak 80% kemalangan adalah disebabkan kecuaian manusia sendiri termasuk penggunaan telefon bimbit. Beliau turut berkata, kementerian menerusi agansi yang terlibat akan mewujudkan jawatankuasa khas di semua daerah bagi memastikan kempen keselamatan jalan raya dapat diimplementasi dengan efektif dari peringkat akar umbi.

    Malahan pihak kementeriannya juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk memberikan kesedaran berhubung keselamatan jalan raya di kalangan pelajar sekolah.

     
     
  • ANIH beri diskaun tol 10% di Lebuhraya Karak dan LPT 1 sempena Aidilfitri, TTA turut dikeluarkan

    Karak-highway-02

    Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, ANIH Berhad selaku pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) mengumumkan diskaun tol sebanyak 10% untuk semua pengguna yang membuat bayaran secara elektronik di KLK dan LPT1. Diskaun itu akan ditawarkan secara 24 jam, bermula jam 12.00 pagi hari Rabu, 6 Julai 2016.

    Pengarah ANIH Berhad, En Nik Fauzi Tan Sri Nik Hussein berkata, semua pengguna lebuh raya, khususnya di LPT 1 digalakkan untuk membuat bayaran tol secara elektronik bagi memperoleh manfaat diskaun selain membantu perjalanan menjadi lebih mudah.

    “Diskaun ini sebahagian komitmen tanggungjawab sosial ANIH Berhad kepada pengguna KLK dan LPT 1 selain sebagai tanda penghargaan kepada pengguna yang sentiasa menyokong perkhidmatan rangkaian lebuh raya kami,” ujarnya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

    Dalam masa yang sama, Anih turut mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sebagai langkah untuk membantu pengguna menikmati perjalanan yang selesa di KLK dan LPT 1 pada waktu puncak di musim cuti perayaan Aidilfitri.

    TTA_2016_BM

    Jadual TTA Aidilfitri 2016 untuk pengguna KLK dan LPT 1 pula memberi penekanan trend perjalanan yang akan bermula dari 2 hingga 3 Julai 2016 (bagi yang ingin pulang ke negeri di Pantai Timur), dan 9 hingga 10 Julai 2016 (untuk pengguna kembali semula ke ibu kota).

    “Kami menjangkakan jumlah kenderaan yang menggunakan KLK dan LPT 1 pada waktu puncak akan meningkat kepada 264,258 kenderaan sehari. Ia merupakan peningkatan sebanyak 87% berbanding hari-hari biasa, iaitu sebanyak 141,000 kenderaan sehari. Waktu puncak dijangka akan bermula pada 1 hingga 3 Julai 2016 dan 8 hingga 10 Julai 2016,” katanya.

    Jadual TTA yang diperkenalkan ANIH Berhad sejak 2009, terdiri daripada cadangan perjalanan berperingkat mengikut masa dan destinasi tertentu dari Lembah Klang ke negeri-negeri dan bandar-bandar utama di negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Ia dirangka berdasarkan kepada analisis pergerakan trafik pada waktu puncak setiap kali musim perayaan pada tahun sebelumnya.

    Pengenalan TTA bertujuan untuk menyuraikan pergerakan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza-plaza tol dan kawasan rehat pada waktu-waktu puncak.

    Nik Fauzi juga menasihati pengguna lebuh raya supaya mengamalkan pemanduan berhemah selain peka dan berhati-hati khususnya ketika pulang ke kampung halaman dan kembali semula ke Kuala Lumpur.

    Dalam pada itu, pengguna juga dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat trafik terkini di KLK dan LPT 1 menerusi laman sosial Twitter di akaun @LPTTrafik atau Facebook di akaun Lebuhraya Pantai Timur, talian LPT-Line 09-547 9111, papan tanda elektronik di lokasi-lokasi terpilih serta mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran-siaran radio utama negara.

     
     
  • VIDEO: Kanak-kanak nyalakan pemetik api di dalam kereta ketika ibunya sedang mengisi petrol

    Satu insiden telah berlaku di sebuah stesen minyak di Kelantan, memberikan peringatan kepada masyarakat bahawa langkah keselamatan ketika mengisi bahan api bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan.

    Insiden yang dirakam oleh CCTV sebuah stesen minyak yang terletak di Kuala Krai berkenaan menyaksikan api telah menyala di dalam kabin kereta ketika ia sedang diisi petrol. Ia disebabkan oleh seorang budak lelaki yang telah menyalakan pemetik api di dalam kereta, menyebabkan wap petrol yang masuk ke dalam kabin kereta tersebut terbakar. Budak lelaki berkenaan dilaporkan telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan, namun tidak diketahui keadaan sebenarnya.

    Here's what NOT to do when you're at a fuel station…

    Posted by Paul Tan's Automotive News on Thursday, February 4, 2016

    Kami sebelum ini telah mewar-warkan langkah keselamatan yang perlu diambil ketika mengisi semula tangki bahan api anda. Awal tahun ini juga, kami telah menyiarkan satu video berkenaan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dibuat semasa mengisi bahan api.

    Bahan api secara jelasnya memang mudah terbakar. Bukan sahaja cecair bahan api, malah wap bahan api lebih mudah untuk terbakar jika terdedah kepada percikan api – insiden di Kuala Krai ini telah membuktikannya. Jadi, ketika mengisi bahan api, peralatan seperti pemetik api sebolehnya dielakkan dan enjin kereta juga pula perlu sentiasa dimatikan.

     
     
  • Pemandu Grab dan Uber dinasihatkan agar kekal ‘low profile’ sehingga konflik dengan pemandu teksi selesai

    Syed-Hamid-Albar

    Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengutuk serangan yang dilakukan oleh pemandu teksi keatas pemandu Uber isnin lalu. Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar menasihatkan pemandu teksi agar tidak mengambil tindakan sendiri dan menimbulkan masalah untuk pengguna Uber dan menambah pihaknya sedang berusaha untuk menyelesaikan konflik antara teksi dan Uber/Grab, lapor The Sun.

    “Sebagai rakyat Malaysia kita dikenali sebagai masyarakat yang aman dan harmoni, kita sepatutnya tidak mengambil tindakan sendiri,” Syed Hamid memberitahu media semasa majlis berbuka puasa SPAD di KLGCC semalam. “Insiden berkenaan turut melibatkan pelancong dan ia telah memburukkan nama negara,” tambah beliau, merujuk kepada penumpang wanita warganegara Iran yang cedera dalam serangan berkenaan.

    Syed Hamid mengingatkan bahawa kerajaan berminat untuk membenarkan operasi Uber, dan pihaknya sedang berusaha untuk mencari jalan penyelesaian bagi memberikan keuntungan kepada kedua-dua pihak iaitu pemandu teksi dan pemandu khidmat perkongsian kenderaan atas talian. “Mereka berminat dalam perkara ini, banyak negara telah memperkenalkan servis berdasarkan sistem-IT ini, kita perlu bersaing, kita tidak boleh ketinggalan,” kata beliau.

    Malaysia-Taxi-02

    Dalam masa yang sama, Syed Hamid turut menasihatkan pemandu Uber dan Grab agar bersikap ‘low profile’. “Jangan hebohkan ‘saya telah menjadi pemandu Uber hari ini’ dan bermegah dengan servis anda. Sebelum permohonan mereka (proses membenarkan mereka beroperasi) diluluskan, Uber dan Grab perlu bersikap ‘low profile’. Kami tidak boleh menghalang mereka (pemandu Uber), tetapi saya nasihatkan mereka agar tidak bermegah dengan servis mereka,” kata beliau.

    Menjawab soalan berhubung adakah tindakan akan dikenakan terhadap pemandu teksi yang agresif, Syed Hamid berkata SPAD hanya akan mengambil tindakan terhadap pemandu teksi yang telah disahkan bersalah. “Kami akan tunggu dan lihat. Kami akan menunggu keputusan dari pihak polis sebelum mengambil apa-apa tindakan, samada menggantung pemandu atau membatalkan lesen mereka.”

    Semalam, polis menafikan serangan yang besar dilakukan terhadap kereta Uber di KL Sentral, di mana 50 pemandu teksi dilaporkan menarik keluar pelancong sebelum merosakkan kereta berkenaan. Polis mengatakan “hanya seorang atau dua orang pemandu teksi yang terlibat” dan wanita Iran berkenaan merupakan pelajar dari Skudai dan bukannya pelancong.

    “Jika pelanggan memilih untuk menggunakan khidmat aplikasi perkongsian kenderaan atas talian ini, itu merupakan pilihan mereka. Saya percaya kerajaan sudah pun membuat kajian terhadap isu tersebut sebelum membuat keputusan. Sebelum itu, pemandu teksi yang tidak berpuas hati perlulah menunggu sehingga keputusan dikeluarkan atau menyuarakan rasa tidak puas hati mereka kepada pihak yang berkenaan dan tidak mengambil tindakan yang ganas. Kami tidak ada pilihan lain selain mengambil tindakan terhadap mereka jika mereka meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan cara melakukan keganasan dan mengancam keselamatan awam,” kata ketua siasatan jenayah polis Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa.

     
     
  • Toyota Corolla 2017 facelift diperkenalkan di Rusia

    2017-Toyota-Corolla-Facelift-Russia-04-e1466742016561

    Selain Turki, Rusia juga menerima kehadiran Toyota Corolla 2017 versi facelift. Ini merupakan model Corolla yang “kebanyakan negara akan menerimanya”, bukannya seperti yang tiba di Amerika Utara yang pernah didedahkan sebelum ini. Bagi pasaran US, rekaan yang agresif ditampilkan bagi Corolla dan Camry yang tidak akan didapati di negara lain.

    Bagi Corolla yang diperkenalkan di Rusia ini, ia menerima padanan gril dan lampu utama yang lebih nipis. Malah lampu utama LED dengan lampu nyalaan siang LED ditampilkan, selain didatangkan dengan bampar hadapan baharu dengan gaya melintang yang nampak lebih agresif. Malah lampu belakang LED bersama kekemasan krom nipis juga ditampilkan. Rim pelbagai-jejari juga menyerlahkan lagi gaya Corolla 2017 ini.

    2017-Toyota-Corolla-Facelift-Russia-01

    Di bahagian kabinnya, rekaan asas pada papan pemuka dikekalkan namun ruang tengah direka semula dan kini corong penghawa dinginnya berbentuk bulat. Malah panel meter (dengan paparan pelbagai-info 4.2 inci baharu), panel penukar gear dan panel kawalan penghawa dingin baharu turut ditampilkan. Bagi jam digital, ia telah diposisikan di bawah iaitu antara corong penghawa dingin dan unit utama.

    Selain itu, ia turut menampilkan skrin sentuh bagi sistem hiburan Toyota Touch 2 dengan saiz yang dipertingkatkan dari 6.1 inci ke tujuh inci. Malah turut menampilkan material yang baharu dan lebih lembut termasuk jahitan pada panel penghawa dingin. Corong udara belakang dan port kuasa 12V juga diletakkan di tempat duduk belakang.

    Model spesifikasi tertinggi Rusia juga akan menerima butang penghidup enjin bersama kemasukan tanpa kunci, kamera undur, penghaba bagi tempat duduk hadapan dan roda stereng.

    Terdapat tiga pilihan enjin yang ditawarkan iaitu 1.3 liter Dual VVT-i dengan 99 hp/128 Nm, 1.6 liter Valvematic (122 hp/157 Nm) dan 1.8 liter (140 hp/173 Nm). Enjin 1.8 liter hanya dipadankan dengan kotak gear CVT, dan 1.3 liter pula untuk transmisi manual enam-kelajuan sahaja. Tetapi enjin 1.6 liter memiliki pilihan sama ada transmisi manual atau autmatik.

    Bagi enjin 1.8L, ia boleh mencapai 10.2 saat bagi 0-100 km/j. Manakala 1.3L MT pula sekitar 12.6 saat bagi 0-100 km/j.

    Tidak seperti di Rusia, Turki juga menerima pilihan enjin diesel 1.4 liter D-4D dengan kuasa 90 PS dn tork 205 Nm dari 1,800 hingga 2,800 rpm.

    Toyota juga mengatakan kualiti pengendalian telah dipertingkatkan hasil peredam yang lebih lembut dan gegelung pegas yang baharu. Malah roda stereng kuasa elektrik juga dipertingkatkan untuk mendapatkan pengendalian yang lebih baik terutamanya di selekoh tajam dan lebih responsif. Malah penebat kabin juga ditambah baik.

    Bagi pasaran Rusia, Corolla 2017 ini akan diimport terus dari kilang Toyota di Turki. Harganya masih belum diumumkan namun ada spekulasi mengatakan ia mungkin lebih tinggi berbanding model facelift sedia ada yang dijual pada 891,000 (RM54,445) menjadi 1.2 juta roubles (RM75,294). Malah pasaran Asia juga akan menerima versi terbaharu Corolla ini bagi memberikan persaingan buat Honda Civic 2016 yang telah mengungguli segmen-C.

    Foto dari Artemachkasov.com menerusi Drive2.ru


    GALERI: Toyota Corolla facelift, spesifikasi-Eropah

    GALERI: Toyota Corolla Altis masa kini

     
     
  • Selain minyak enjin dan penapis minyak, apa lagi perlu diselenggara sebelum memulakan perjalanan jauh?

    Merc_Raya

    Setiap kali perkara yang tidak diingini berlaku – kereta rosak dalam perjalanan – terutamanya ketika musim perayaan, satu soalan selalu muncul dari orang sekeliling terhadap pemilik kereta, “Kau tak servis kereta ke sebelum jalan jauh?”

    “Servis kereta” dalam pemahaman orang kita ialah menukar minyak enjin dan penapis minyak enjin. Bila Hari Raya hampir tiba, selain dari Bazar Ramadan, Uptown dan pusat membeli-belah lain, bengkel dan pusat servis kereta antara premis yang cukup sibuk dan sering dikunjungi pelanggan.

    Sudah menjadi lumrah dalam masyarakat kita untuk “menservis kereta” setiap kali menjelang Hari Raya. Yang peliknya, pada bulan-bulan lain, ada sebahagian dari pemilik langsung tidak mengendahkan tentang “servis kereta”. Hanya menjelang Hari Raya, barulah mereka teringat untuk “menservis kereta”. Anda jangan terkejut, ada juga yang menganggap dengan hanya menukar minyak enjin dan penapis minyak enjin perjalanan akan menjadi selamat.

    Sebenarnya menukar minyak enjin dan penapisnya hanyalah sebahagian perkara utama yang perlu dititik beratkan untuk memastikan perjalanan anda pada musim perayaan ini selamat. Jika anda menghantar kereta anda ke pusat servis pengedar sah, setiap kali sesi servis berkala dilakukan, pemeriksaan keseluruhan pada kereta anda turut akan dilakukan dan anda akan dibantu dengan khidmat nasihat dari Penasihat Servis yang bertugas.

    Pada musim perayaan juga, selalunya pusat servis bertauliah ini akan mengadakan kempen pemeriksaan percuma, lengkap dengan ‘check sheet‘ yang akan dikeluarkan setelah kereta anda diperiksa.

    Untuk mereka yang tidak lagi menghantar kereta mereka ke pusat servis seperti yang dinyatakan di atas, anda perlu lebih berhati-hati. Bengkel biasa selalunya tidak mempunyai Penasihat Servis untuk membimbing anda serta memberitahu maklumat terperinci kepada mekanik apa yang perlu diperiksa pada kereta anda. Akhirnya, permintaan anda untuk menservis kereta hanyalah dilakukan sekadar menukar minyak pelincir dan penapis.

    Jadi apa yang anda perlu tahu berkenaan pemeriksaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi perjalanan yang jauh? Secara amnya, dua bahagian perlu diperiksa iaitu bahagian dalam ruang enjin dan bahagian bawah kenderaan.

    SERVIS2

    Pemeriksaan pada bahagian ruang enjin

    1. Periksa tahap dan keadaan minyak enjin

    Ini untuk mereka yang telah membuat penukaran minyak enjin terlebih dahulu sebelum ini. Pastikan minyak enjin berada pada tahap antara ‘Max’ dan ‘Min’ pada dipstick. Tambahkan minyak pelincir jika perlu. Juga perlu dipastikan minyak enjin tersebut tidak bercampur dengan air (menjadi seakan warna teh tarik). Jika itu berlaku, berita buruk buat anda kerana air dari sistem penyejukkan enjin telah bocor ke dalam enjin, dan sudah tentu enjin anda perlu dirombakrawat (overhaul).

    2. Periksa tahap dan keadaan bendalir brek

    Pastikan minyak brek juga berada pada tahap antara ‘Max’ dan ‘Min’. Jika didapati bendalir tersebut berada pada tahap terlalu rendah dan anda dapati pedal brek anda perlu dipam terlebih dahulu sebelum mendapat tekanan yang diperlukan, ini bermaksud ada kebocoran berlaku pada sistem hidraulik brek anda. Kehilangan tekanan juga boleh disebabkan kerana wujudnya udara dalam sistem hidraulik brek, maka proses bleeding perlu dilakukan untuk membuang udara dalam sistem tersebut.

    Jika tiada kehilangan tekanan dirasakan tetapi bendalir tersebut berada pada tahap rendah, ini bermaksud pad brek anda sudah menipis. Tambahkan bendalir brek, tetapi jangan sehingga pada paras maksimum jika pad brek masih boleh digunakan. Ini kerana bendalir brek tersebut akan melimpah keluar jika pad brek baharu ditukar kelak.

    Minyak brek perlu ditukar sekiranya ia kelihatan sangat kotor atau ia telah digunakan dalam jarak 40,000 km atau dua tahun. Bendalir brek adalah diasaskan dari bahan glikol, dan ia cenderung untuk menyerap air dari atmosfera. Jadi jika terlalu lama minyak brek tidak ditukar, ia akan menyebabkan brek gagal berfungsi sepenuhnya dan mungkin juga menyebabkan pengaratan berlaku dalam sistem brek yang bukan sahaja akan menyebabkan kebocoran, ia mungkin juga akan menyebabkan omboh pada angkup dan pam brek tersekat (jammed).

    3. Periksa tahap dan keadaan bendalir transmisi automatik (ATF)

    Tidak semua transmisi automatik mempunyai dipstick untuk memeriksa tahap ATF ini. Cara untuk memeriksa tahap bendalir ATF adalah berbeza dengan cara memeriksa tahap minyak/bendalir lain. Ini kerana tahap ATF adalah berbeza pada keadaan sejuk dan keadaan panas (suhu bekerja). Jika kereta anda belum dihidupkan dan enjin masih sejuk, pastikan tahap ATF berada disenggatan ‘cold’ pada dipstick.

    Untuk memeriksa tahap pada keadaan panas pula, hidupkan enjin sehingga kipas radiator berfungsi (menandakan enjin telah sampai ke suhu bekerjanya), kemudian periksa dipstick, pastikan tahap ATF berada pada senggatan ‘hot’.

    Pastikan ATF tidak bercampur dengan air (sebahagian kotak gear automatik mempunyai sistem penyejuk ATF yang turut melalui bahagian bawah radiator, berisiko untuk bocor dan menyebabkan air masuk ke kotak gear).

    Semak buku manual anda untuk mengetahui berapa jarak perbatuan yang telah ditetapkan untuk menukar ATF (secara amnya ATF perlu ditukar dalam jarak 40,000 km sekali). ATF juga perlu ditukar sekiranya ia sudah terlalu kotor. Juga pastikan sistem kotak gear anda kerana untuk kotak gear automatik CVT (menggunakan bendalir CVTF) dan kotak gear klac berkembar menggunakan bendalir yang berlainan.

    4. Periksa tahap dan keadaan bendalir stereng kuasa

    Stereng kuasa juga menggunakan sistem hidraulik. Pastikan bendalir berada pada senggatan antara ‘Min’ dan ‘Max’. Jika cecair berada pada tahap sangat rendah, ada kemungkinan sistem stereng anda mengalami kebocoran pada saluran paip, pam, atau rak stereng itu sendiri. Bendalir tersebut juga perlu ditukar jika ia sudah terlalu kotor.

    5. Periksa tahap dan keadaan cecair penyejuk radiator (coolant)

    Sebelum memeriksa cecair dalam tangki radiator, periksa dahulu cecair pada tangki simpanan. Pastikan cecair berada pada senggatan antara ‘Min’ dan ‘Max’. Jangan tambah cecair melebihi senggatan ‘Max’ kerana cecair tersebut memerlukan tekanan atmosfera untuk menolaknya ke tangki radiator utama. Jika tangki simpanan langsung kosong, periksa cecair di dalam tangki utama. Buat pemeriksaan tekanan jika perlu, dikhuatiri ada kebocoran berlaku pada sistem penyejukkan.

    Jika anda hanya menggunakan air biasa untuk sistem penyejukkan, air perlu ditukar sekiranya ia telah terlalu kotor. Untuk yang menggunakan cecair penyejuk pula, anda perlu menukarnya setiap 100,000 km perjalanan.

    6. Periksa keadaan semua hos

    Semua hos bermaksud kesemua hos termasuk hos sistem penyejukkan, hos vakum dan kesemua hos sistem hidraulik pada sistem enjin, sistem stereng kuasa dan sistem brek. Selain memastikan ia bocor atau tidak, tekan hos-hos tersebut dan pastikan ia masih fleksibel. Jika ia sudah keras, pastikan anda menukarnya kerana dikhuatiri akan patah semasa beroperasi pada tekanan tinggi.

    7. Periksa keadaan semua tali sawat (belting)

    Semua tali sawat bermaksud kesemua tali sawat yang memusingkan sistem alternator, pemampat (compressor) sistem penghawa dingin, kipas (sekiranya kereta anda tidak menggunakan kipas elektrik untuk sistem penyejukkan) dan pam air pada enjin. Pastikan ia tidak merekah, berbulu atau tanda-tanda lain yang kelihatan seperti hampir terputus. Periksa juga keadaan tali sawat pemasaan (timing belt) jika kereta anda tidak menggunakan sistem rantai pemasaan (timing chain).

    Tali-tali sawat ini biasanya perlu ditukar setiap 100,000 km, manakala untuk tali sawat pemasaan pula adalah berbeza mengikut pengeluar (rujuk buku manual kereta anda).

    8. Pemeriksaan terhadap bateri

    Pertama sekali, uji bateri dengan alat penguji bateri. Alat penguji bateri moden akan memberikan bacaan ‘bad and replace‘ sekiranya bateri tidak mampu menyimpan cas dengan baik. Tukar bateri segera kerana bila bateri tersebut akan rosak sepenuhnya tidak boleh dijangka. Jangan pelik sekiranya bateri anda perlu ditukar setahun sekali kerana kereta moden dilengkapi dengan sistem penggera, kotak komputer enjin, kotak gear dan pelbagai lagi dalam sistem elektrikal badan yang memorinya masih berjalan – menghasilkan parasitic load – walaupun enjin telah dimatikan sepenuhnya.

    Ia berbeza dengan Proton Iswara yang baterinya boleh bertahan sehingga lima tahun kerana parasitic load yang terhasil hanyalah pada sistem memori radio dan sistem penggera.

    Selain itu, kotoran pada terminal bateri juga perlu dibersihkan dan jika anda tidak menggunakan bateri maintenance free, periksa juga kadar air pada bateri tersebut.

    SERVIS1

    Pemeriksaan di bahagian bawah kenderaan (undercarriage)

    1. Periksa kebocoran minyak/cecair bendalir di lantai tempat letak kereta

    Ini merupakan pemeriksaan asas yang paling mudah sebelum memeriksa bahagian bawah kenderaan anda di bengkel (dengan mengangkat kereta menggunakan lift), periksa sama ada atau tidak minyak atau cecair bendalir menitik dari kereta anda ke lantai. Jika ada, mahu atau tidak, segeralah ke bengkel untuk membuat pemeriksaan yang lebih teliti.

    2. Periksa keadaan keseluruhan bawah kenderaan

    Setelah kereta diangkat, pemeriksaan yang lebih jelas boleh dilakukan sama ada terdapat kebocoran pada mana-mana sistem, keadaan paip ekzos, paip sistem brek dan keadaan casis bahagian bawah itu sendiri.

    3. Pemeriksaan terhadap sistem suspensi

    Pemeriksaan secara visual turut boleh dilakukan terhadap sistem suspensi contohnya keadaan penyerap hentak (terdapat kebocoran atau mungkin telah bengkok), keadaan semua bushing pada sambungan-sambungan sistem suspensi.

    Satu lagi pemeriksaan yang boleh dijalankan untuk memastikan suspensi anda berada dalam keadaan baik atau tidak ialah letak kereta anda pada permukaan rata kemudian tekan badan kenderaan sekuatnya. Sekiranya kereta anda melantun lebih daripada tiga kali, ini bermaksud penyerap hentak anda berada dalam keadaan yang teruk dan perlu ditukar.

    umwt-tyre-fair

    4. Pemeriksaan terhadap roda dan tayar

    Setelah kereta diangkat, keadaan roda dan tayar dapat diperiksa dengan lebih jelas. Setiap tayar boleh dipusing untuk diperiksa sama ada terdapat paku atau benda lain tercucuk pada tayar yang menyebabkan tayar sentiasa perlu dipam.

    Periksa juga keadaan bunga tayar. Secara ringkas:

  • Tayar yang hanya habis pada kedua-dua bahagian bahu adalah disebabkan tayar berjalan dengan keadaan tekanan angin yang tidak mencukupi.
  • Tayar yang hanya ‘botak’ pada bahagian tengah adalah kerana tekanan angin tayar yang terlalu tinggi.
  • Tayar yang hanya ‘botak’ pada bahagian sebelah sisi, atau bunga tayar kelihatan seperti dihiris-hiris, adalah kerana penjararan roda (wheel alignment) yang tidak betul.
  • Tayar hadapan haus lebih cepat berbanding tayar belakang – ini adalah normal kerana bahagian hadapan mempunyai beban yang lebih (enjin, transmisi dan sebagainya). Apa yang perlu anda lakukan adalah untuk menukarkan kedudukan tayar, tayar bahagian belakang dialihkan ke hadapan dan begitu juga sebaliknya untuk tayar bahagian hadapan. Tayar belakang yang ditukarkan ke hadapan perlu diseimbang semula (balancing) untuk mengelakkan stereng bergegar apabila mencapai kelajuan tertentu.
  • Ketika memusingkan tayar, anda turut boleh memeriksa sama ada rim bengkok atau tidak, dan juga keadaan galas roda (wheel bearing) yang akan menyebabkan komponen suspensi lain (seperti gegelung pegas) akan bergetar jika ia sudah rosak.

    5. Pemeriksaan visual terhadap pelapik brek (brake pad)

    Jika anda menggunakan rim aloi dengan jejari yang jarang, anda boleh membuat pemeriksaan ini tanpa membuka tayar. Setiap pad brek mempunyai sebatang plat besi penanda kadar maksimum penggunaannya. Plat tersebut akan bersentuhan dengan cakera brek dan menyebabkan bunyi geseran antara besi dengan besi terhasil menandakan pad perlu ditukar.

    Sebaiknya, tukarlah pad brek sekirannya penanda tersebut hampir mengenai cakera untuk memanjangkan jangka hayat cakera brek anda, dan yang paling penting keselamatan ketika anda dalam perjalanan yang jauh.

    6. Pemeriksaan terhadap tahap dan keadaan minyak gear transmisi manual

    Transmisi manual tidak mempunyai dipstick untuk memeriksa tahap minyaknya. Ia boleh diperiksa dengan membuka skru lubang untuk mengisi minyak tersebut pada kotak gear. Secara am, minyak gear transmisi manual ini perlu ditukar sekitar 50-60k km sekali (rujuk buku manual kereta anda untuk jarak yang lebih tepat).

    Namun setelah semua pemeriksaan ini dijalankan, anda perlu faham, manusia hanya merancang dan Tuhan yang akan menentukan segalanya. Terdapat beberapa perkara yang tidak dapat diperiksa oleh mekanik atas batas-batas tertentu.

    Kipas radiator elektrik misalnya, anda bertuah sekiranya ia tidak berfungsi (perlu diketuk, barulah ia berfungsi semula) semasa pemeriksaan dilakukan, dan ditukar ketika itu juga. Motor kipas ini tidak diketahui berapa lama jangka hayatnya, bila ia akan rosak, serta tiada tanda-tanda awal kerosakan.

    Apa yang paling penting, servis dan pemeriksaan ini perlu dilakukan segera dan jangan tunggu di saat-saat akhir. Ini kerana dikhuatiri alat ganti yang diperlukan tidak dapat diperolehi dalam masa terdekat dan juga ia membantu anda untuk mengatur semula kewangan anda sekiranya perbelanjaan yang diperlukan untuk pembaikkan melebihi bajet raya anda.

    Anda juga dinasihati jangan mengamalkan budaya memeriksa kereta anda hanya pada musim perayaan, ini akan menyebabkan anda hanya menyedari ‘kerosakan terkumpul’ pada kereta anda ketika banyak perkara lain lagi yang perlu dilakukan menggunakan wang. Selenggaralah kereta anda mengikut jadual yang telah disarankan dalam buku manual yang dibekalkan pengeluar.

    Bayangkan anda menservis kereta anda pada hari terakhir sebelum anda pulang ke kampung, setelah diperiksa, pam stereng kuasa anda bocor dan kedai alat ganti terdekat tidak mempunyai stok. Lebih memburukkan keadaan, harganya melebihi bajet raya anda untuk pulang ke kampung, jadi bagaimana?

     
     
  • Skuter CMC Italjet 125 2016 di Malaysia – RM6,996

    2016 CMC Italjet 125 -24

    Jenama Italjet, dari Itali, memang terkenal dengan penghasilan skuter urban serba bergaya, bahkan ia mudah untuk dikendalikan dan dijaga. Selepas ketiadaannya di pasaran Malaysia selama 10 tahun, Italjet kembali semula dengan memperkenalkan model CMC Italjet 125 2016 yang dibawa masuk oleh Chear Global.

    CMC Italjet 125 2016 ini dipadankan dengan enjin 125 cc silinder-tunggal empat-lejang yang mampu memberikan kuasa sehingga 8.8 hp dan tork 8.6 Nm pada 6,500 rpm. Tujahan kuasa tersebut juga hasil bantuan transmisi automatik yang menggunakan V-belt, yang biasa digunakan untuk skuter dengan kapasiti tersebut. Manakala berat skuter ini dikatakan hanya sekitar 106 kg.

    Selain ditampilkan dengan roda 13-inci, Italjet 125 2016 ini turut dipadankan dengan cakera brek, sepit udang (fork) tidak boleh laras dengan penyerap hentak tunggal boleh laras untuk pra-bebanan di belakang. Selain itu, di bawah tempat duduknya juga ada ruang penyimpanan barang yang boleh memuatkan sebuah helmet.

    Melengkapkan lagi gayanya, skuter ini turut dipadankan dengan lampu LED di hadapan dan di belakang, termasuk lampu nyalaan siang. Ia turut menawarkan dua skim warna bagi badannya iaitu Chilli Red dan Sporty White.

    Dijual pada harga RM6,996 termasuk GST, tanpa cukai jalan dan insurans, penghantaran bagi CMC Italjet 125 2016 ini akan bermula pada minggu pertama Julai ini. Jadi bagi yang berminat untuk mendapatkannya bagi kegunaan pada Hari Raya, bolehlah menempahnya di semua pengedar CMC di seluruh Malaysia.

     
     
  • Data jualan kenderaan di Malaysia bagi Mei 2016 – Toyota ungguli semula segmen bukan-nasional

    2016-Toyota-Hilux-44_BM

    Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah mengeluarkan data jualan kenderaan baharu bagi bulan Mei 2016, mengikut jenama. Setelah meneliti data ini, ternyata ia mempunyai sedikit peningkatan berbanding bulan-bulan sebelum ini.

    Sebanyak 38,699 kenderaan penumpang dan 5,970 kenderaan komersial berjaya dijual pada bulan Mei, dengan jumlah keseluruhan 44,669 unit. Walau pun jumlah ini sedikit tinggi berbanding April (42,177), ia masih agak rendah berbanding bulan yang sama pada tahun 2015 iaitu 51,252 unit.

    Masih mengekalkan kedudukannya dalam keseluruhan data, Perodua yang berjaya menjual 15,247 unit kenderaan pada tahun lalu, meningkat 2.3% berbanding bulan sebelum ini (14,898). Manakala Proton pula berjaya menjual 5,064 unit, juga meningkat iaitu sebanyak 13.1% berbanding 4,477 unit pada bulan April.

    Malah Toyota turut membuat kejutan dengan lonjakan jualannya iaitu dari 2,052 unit pada April 2016, meningkat menjadi 6,141 unit pada Mei 2016 iaitu peningkatan lebih dua kali ganda.

    Pastinya ia adalah hasil pengenalan dan pelancaran model Hilux baharu sekali gus turut melonjakkan jualan kenderaan komersial Toyota dari 489 unit menjadi 2,216 unit. Malah lonjakan jualan Toyota ini telah memintas kedudukan Honda dalam mengungguli segmen bukan-nasional.

    BMW-X1-vs-Mercedes-GLA-vs-Audi-Q3-003

    Sebut pasal Honda, jenama ini cukup berhempas pulas bulan lalu, memandangkan jualannya menurun sebanyak 5.1% iaitu sekadar 5,659 unit. Namun pelancaran Civic baharu pada bulan ini pastinya akan membantu melonjakkan semula jualan Honda. Untuk Mei 2016, Honda terpaksa berpuas hati berada di tempat ketiga bagi data keseluruhan dan masih berada di hadapan Proton yang menduduki kedudukan ke-empat.

    Bagi lain-lain jenama, Nissan turut menyaksikan peningkatan jualan sebanyak 3% iaitu 3,106 unit, dna kekal di tangga ke-lima. Sementara Mazda pula dengan jualan sebanyak 1,194 unit, juga masih kekal di tangga ke-enam. Sementara bagi segmen premium, Mercedes-Benz masih mengungguli carta malah turut mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 6.9% iaitu 1,128 init, sementara BMW juga meningkat sebanyak 8.9% iaitu 725 unit.

    Selain itu, jenama lain yang turut mencatatkan peningkatan jualan ialah Renault (+65.4%), Subaru (+43.1%) dan Kia (+23.7%). Namun agak kurang bertuah buat Volkswagen yang mengalami penurunan iaitu -27.5% dan juga Audi (-18.6%). Volvo turut mencatatkan penurunan jualan dengan hanya mampu menjual 15 unit iaitu menurun sebanyak 60 unit berbanding bulan sebelum ini.

    Jika mengikut jumlah keseluruhan sehingga bulan lalu bagi tahun ini, Perodua masih mendahului carta dengan perkongsian pasaran sebanyak 35.8% (77,326 unit), diikuti oleh Honda (30,400 unit) dan Proton (28,766 unit). Manakala Toyota (20,466 unit) pula berjaya ‘menyingkirkan’ Nissan (16,894 unit) di belakangnya.

    May-2016-sales-data-by-brand_01

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.21 (0.00)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.00
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.91 (0.00)
EURO 5 B7 RM3.11 (0.00)
Last Updated Jul 24, 2025