Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • Toyota GR Supra GT4 Evo 2023 diperkenal – jentera lumba produksi dengan tork 600 Nm, harga RM875k

    Toyota GR Supra GT4 Evo 2023 diperkenal – jentera lumba produksi dengan tork 600 Nm, harga RM875k

    Toyota GR Supra GT4 Evo, yang merupakan jentera lumba versi produksi diberi peningkatan tahun ini, dengan fokus kepada tiga bahagian utama, iaitu brek, pengendalian serta enjin. Semua ini dibuat berdasarkan maklum balas dan permintaan daripada pelanggan yang menggunakan kenderaan ini dalam perlumbaan.

    Menurut Toyota, GR Supra GT4 Evo 2023 ini dapat memberikan pengendalian lebih baik dan boleh berhadapan dengan kelajuan yang lebih di selekoh hasil daripada penggunaan penyerap hentak boleh laras terkini KW, anti-roll bar dipertingkat, tetapan ABS baru serta brek yang ditambah baik, terdiri daripada angkup Brembo enam piston di hadapan dan empat piston di belakang. Melengkapkan bahagian roda adalah rim OZ 18 inci.

    Enjin petrol enam silinder sebaris 3.0 liter turbo pada model ini mampu menghasilkan tork sehingga 600 Nm, dan antara peningkatan yang dibuat bagi menjadikan penyampaian kuasa lebih cekap adalah limited-slip differential spesifikasi sukan permotoran daripada Drexler, serta transmisi automatik ZF lapan kelajuan yang diubah suai. Pelarasan enjin dibuat melalui ECU Marelli dan menjadikan pernafasan enjin lebih lancar adalah sistem ekzos Akrapovic.

    Toyota GR Supra GT4 Evo 2023 diperkenal – jentera lumba produksi dengan tork 600 Nm, harga RM875k

    Melalui kuasa yang lebih tinggi, lengkuk tork lebih baik serta sistem penyejukan yang ditambah baik, Toyota memberitahu, pemandu kini boleh mengerah GR Supra GT4 Evo lebih lagi untuk mendapatkan catatan masa lebih baik. Turut diberikan terus adalah meter digital, data logger, pemadam api serta sistem angkatan angin (air jack).

    Tempahan untuk GR Supra GT4 Evo 2023 akan dibukan bermula 28 Oktober 2022 dan sebarang pertanyaan boleh dihalakan kepada Toyota Gazoo Racing Europe GmbH (Eropah), TRD USA (Amerika Syarikat) dan Toyota Customising and Development (Jepun). Kereta ini dijual pada harga 186,000 euro (RM875k).

     
     
  • Trak penyelenggaraan jalan di laluan paling laju tanpa kon keselamatan — ragut nyawa, bahayakan pengguna

    Trak penyelenggaraan jalan di laluan paling laju tanpa kon keselamatan — ragut nyawa, bahayakan pengguna

    Ada beberapa kejadian yang dikongsi di media sosial kebelakangan ini yang sepatutnya boleh dihindari. Yang dimaksudkan di sini adalah kemalangan yang disebabkan oleh lori kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya atau lebuhraya yang diletakkan di lorong kanan yang paling laju, selalunya tanpa pendekatan keselamatan seperti kon dan sebagainya, yang akhirnya menyebabkan kemalangan.

    Agaknya sekarang adalah masa yang mana semua kita perlu ekstra berhati-hati ketika berada di atas jalan raya — musim pilihanraya, yang kebiasaannya akan ada banyak jalan-jalan yang dibaik pulih (walaupun ia tidak rosak). Kemalangan disebabkan hal ini tidak patut berlaku, kerana sepatutnya ada langkah keselamatan yang diambil oleh petugas bagi memastikan situasi selamat untuk semua. Tetapi, seperti yang kita tahu halnya di negara yang tercinta ini, itu bukanlah apa yang dilakukan.

    Satu kejadian hujung minggu lalu yang telah meragut nyawa tiga sekeluarga di Kilometer 216 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Jejantas Ayer Keroh, seperti dilaporkan oleh Harian Metro. Puncanya? Kereta terbabit telah melanggar belakang sebuah lori yang sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan pembahagi jalan, berhenti di lorong paling kanan dan sedang dalam proses meletakkan kon keselamatan. Pemandunya, bersama isteri dan seorang anak kecil terkorban dalam kejadian itu.

    Dalam satu video rakaman dashcam yang dikongsikan di DashCam Owners Malaysia di Facebook pula sempat menunjukkan situasi yang lebih kurang sama: deretan lori selenggara lebuhraya yang berhenti di lorong paling kanan tanpa sebarang kon keselamatan. Ini dilaporkan juga di laluan yang sama, lebuhraya PLUS dari jajaran dari Johor ke Melaka. Mujur, kali ini pemandunya sedar situasi berkenaan dan berhasil memperlahankan kenderaan sebelum menukar ke lorong tengah untuk melepasi deretan lori penyelenggaraan tersebut.

    Melihat kepada dua contoh kejadian ini, ada hal yang tak kena dengan prosedur keselamatan yang sepatutnya diambil dan diamalkan oleh syarikat atau petugas penyelenggaraan jalanraya yang terlibat. Kedua-duanya gagal mengambil langkah keselamatan dengan efektif. Tidak kira apa pun alasannya, tanda amaran dan lingkungan keselamatan perlu terlebih dahulu diletakkan dengan prosedur yang cekap, mengambil kira keadaan di lebuhraya yang sememangnya akan melihatkan pengalihan trafik terhadap kenderaan yang bergerak laju.

    Nampaknya, seperti selalu, kita perlu mengambil inisiatif untuk terlebih dahulu untuk menjaga keselamatan diri sendiri sebelum mengharapkan amalan dan prosedur seperti yang dinyatakan itu mengambil tempat yang sepatutnya. Berhati-hati, semua. Semoga kita dilindungi.

     
     
  • Ducati Diavel V4 didedah – 168 hp, penampilan baru

    Ducati Diavel V4 didedah – 168 hp, penampilan baru

    Ducati Diavel menjadi model seterusnya yang mendapat enjin V4 dari Ducati dan diperkenalkan kepada dunia. Bukan setakat enjin, keseluruhan bentuk motosikal “muscle cruiser” ini juga telah dirombak semula, memberikan identiti sama, tetapi lebih moden.

    Enjin yang digunakan pada Diavel V4 adalah sama seperti Multistrada V4, iaitu unit V4 Granturismo 1,158 cc, tetapi kuasanya lebih sedikit, menjadi 168 hp pada 10,750 rpm dan 128 Nm tork pada 7,750 rpm. Transmisi menggunakan unit enam kelajuan dengan quickshifter, menghantar kuasa kepada roda belakang melalui sistem rantai.

    Keseluruhan sistem lampu pada Diavel V4 ini telah diubah, bermula dengan lampu hadapan, yang mana DRL “C berkembar” padanya kini dijadikan kurang berpetak, sementara lampu penunjuk arah dilekatkan pada pemegang dan menggunakan jenis dinamik. Lampu belakang juga menggunakan konsep pencahayaan “C berkembar”, tetapi lebih unik dengan LED berbintik yang disepadukan terus pada lengkung roda.

    Diavel V4 baru ini juga 13 kg lebih ringan berbanding Diavel sebelum ini, dengan mencatat berat 223 kg. Sebahagian daripada pengurangan berat ini datang daripada enjin, iaitu sebanyak lima kg, sementara lapan kg lagi datang daripada bahagian casis.

    Pakej elektronik lengkap dipasang pada Diavel V4, termasuk tiga mod kuasa, empat mod tunggangan, Cruise Control, Launch Control, Ducati Traction Control, ABS Cornering serta Ducati Wheelie Control. Motosikal ini ditawarkan dalam dua warna iaitu Ducati Red dan Thrilling Black, sementara pecutan 0-100 km/j pula boleh dilakukan dalam masa bawah tiga saat.

     
     
  • JPJ eBID: QAB_F, QS_R dan MDR bakal dibuka bidaan

    Kali ini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempromosikan tiga siri nombor plat pendaftaran secara serentak, iaitu satu dari Melaka dan dua dari Sarawak, yang bakal membuka bidaan secara dalam talian tidak lama lagi menerusi platform JPJ eBid.

    Siri plat nombor dari Sarawak, QAB_F, bakal dibuka bidaan bermula 2 November 2022. Diberikan tempoh bidaan selama lima hari dan ia akan berakhir jam 10 malam pada 6 November ini. Keputusannya akan dikeluarkan pada keesokan harinya, 7 November 2022. Keseluruhan proses adalah secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik dan buruk juga menerusi e-mel.

    Manakala satu lagi siri dari negeri yang sama, QS_R pula akan boleh dibida mulai 13 November ini. Diberikan tempoh bidaan selama lima hari sehingga jam 10 malam pada 17 November dan keputusannya akan dikeluarkan pada 18 November.

    Bagi siri plat nombor dari Melaka pula, MDR, bidaannya akan bermula pada 10 November. Juga tempoh bidaannya diberikan selama lima hari dan berakhir pada 14 November. Keputusannya akan dikeluarkan keesokan harinya iaitu pada 15 November 2022.

    Dah tak perlu nak dapatkan khidmat pihak ketiga termasuk runner yang adakalanya menetapkan kadar caj yang tidak masuk akal. Jadi, anda boleh lakukan sendiri bidaan ini termasuk mendapatkan siri nombor pendaftaran dari Sarawak mahu pun Sabah walau pun anda berada di Semenanjung Malaysia. Untuk mengetahui cara-cara untuk membida menerusi JPJ eBid, anda boleh KLIK PAUTAN INI.

     
     
  • Maserati Grecale Trofeo Barbie Editon – hanya 2 unit dihasilkan, RM1.56 juta, 530 PS/620 Nm, V6 Twin Turbo

    Maserati Grecale Trofeo Barbie Editon – hanya 2 unit dihasilkan, RM1.56 juta, 530 PS/620 Nm, V6 Twin Turbo

    Maserati x Barbie Grecale Trofeo SUV

    Maserati telahpun memperkenalkan super SUV edisi terhad terbaharunya, Grecale Trofeo Barbie Editon yang dihasilkan bersama pembuat patung permainan kanak-kanak Barbie iaitu Mattel. Model ini dibuat hanya dua unit untuk pasaran seluruh dunia, dan ia adalah untuk membantu Barbie Dream Gap Project bagi mengutip dana.

    Unit pertama SUV ini dijual oleh gedung mewah Neiman Marcus di Amerika Syarikat dengan harga US$330,000 (RM1.56 juta) dan 10% dari harga jualan berkenaan akan disumbang terus kepada Barbie Dream Gap Project, iaitu inisiatif global jenama Barbie yang bekerjasama dengan pelbagai badan amal bagi membantu menyediakan peluang sama rata dan menghapuskan halangan untuk kanak-kanak perempuan.

    Maserati Grecale Trofeo Barbie Editon – hanya 2 unit dihasilkan, RM1.56 juta, 530 PS/620 Nm, V6 Twin Turbo

    Maserati x Barbie Grecale Trofeo SUV

    Maserati Grecale Trofeo Barbie Editon ini diasaskan dari Grecale dalam varian Trofeo, dihasilkan menerusi program Fuoriserie Maserati. Oleh itu, ia masih dibekalkan dengan enjin V6 Nettuno 3.0 liter bersama dua pengecas turbo yang diambil dari supercar Maserati MC20.

    Walaubagaimanapun, enjin yang menggunakan teknologi Maserati Twin Combustion (MTC) dari F1 tersebut ditala dengan kuasa sedikit rendah untuk SUV, menghasilkan 530 PS (523 hp) pada takat 6,500 rpm dan tork maksima 620 Nm bermula 3,000 hingga 5,500 rpm (630 PS/730 Nm pada MC20). Ia digandingkan dengan kotak gear automatik lapan-kelajuan dari ZF bersama sistem pacuan semua roda. Bagi model standard Trofeo, gandingan unit rangkaian kuasa ini membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam masa 3.8 saat dan mencapai kelajuan maksima 285 km/j.

    Untuk rupa luaran, model edisi terhad ini diberikan warna badan merah jambu ikonik Barbie, bersama serlahan-serlahan Acid-Yellow seperti kereta-kereta lumba Maserati. Ia turut diberikan logo Barbie pada fender hadapan, logo ‘B’ pada tiang-C, dan keseluruhan cat badan menerima lapisan atas yang akan memberikan kesan warna pelangi sekiranya menerima pancaran cahaya matahari.

    Manakala pada sebelah dalam, ia menerima kabin yang diasaskan dengan warna hitam, disulami dengan jahitan benang merah jambu pada papan pemuka, tempat duduk balutan kulit, karpet kaki dan pintu. Panel-panel pada pintu dan konsol tengah turut diberikan kemasan merah jambu, manakala perehat kepala menerima sulaman logo ‘B’.

     
     
  • Penjara tidak lebih 5 tahun dan denda RM5,000-RM15,000 jika beraksi lagak ngeri di jalan raya – PDRM

    Penjara tidak lebih 5 tahun dan denda RM5,000-RM15,000 jika beraksi lagak ngeri di jalan raya – PDRM

    Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menerusi laman Facebook rasminya sekali lagi telah memberikan peringatan kepada penunggang motosikal ‘berhati kering’ yang gemar melakukan aksi berbahaya di jalan raya.

    “Perbuatan aksi lagak ngeri dan berbahaya ala “superman” yang dilakukan oleh penunggang motosikal khasnya anak muda di atas jalan raya demi mencari kepuasan hidup terus berlaku. Sedarkah mereka bahawa perbuatan tersebut bukan sahaja boleh mendatangkan bahaya pada diri sendiri malah mengundang kecelakaan kepada pengguna jalan raya yang lain?

    Tindakan tersebut nyata melanggar undang-undang di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan,” ujar kenyataan yang dikeluarkan itu,

    Menurut PDRM lagi, sekiranya didapati bersalah, penunggang motosikal terbabit boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000.

    “Seseorang yang disabitkan di bawah seksyen ini juga hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun dari tarikh sabitan,” sambungnya lagi.

    Dah banyak kali PDRM mengulangi amaran yang sama, jadi bagi penunggang motosikal yang gemar melakukan aksi berkenaan, sila gunakan otak untuk berfikir sewarasnya. Mungkin juga aksi berbahaya berkenaan juga bakal menjadi penamat riwayat hidup anda. Atau pun mungkin ada orang lain yang tak bersalah pula menjadi mangsa.

     
     
  • GM hentikan sementara iklan di Twitter selepas Elon Musk ambil alih platform media sosial tersebut

    GM hentikan sementara iklan di Twitter selepas Elon Musk ambil alih platform media sosial tersebut

    Gergasi automotif Amerika Syarikat, General Motors (GM) mengumumkan bahawa ia kini menghentikan sementara iklan-iklan berbayarnya yang dibuat menerusi Twitter selepas platform media sosial berkenaan kini diambil alih oleh pemilik jenama kereta elektrik Tesla, Elon Musk, lapor CNBC.

    GM merupakan antara pengeluar automotif terawal di Amerika Syarikat yang mengumumkan pelaburan berbillion dolar untuk beralih bagi membangunkan kereta elektrik bateri, dan kini merupakan pesaing terus kepada Tesla. Langkah bagi menghentikan sementara pengiklanan tersebut adalah untuk menilai semula arah tuju baharu Twitter selepas ia diambil alih oleh pemilik Tesla berkenaan.

    “Kami kini sedang berhubung dengan Twitter bagi memahami arah tujunya selepas platform tersebut berada di bawah pemilik baharu. Seperti urusan perniagaan yang melibatkan perubahan besar dalam platform media lain, kami telah menghentikan sementara pengiklanan berbayar kami. Interaksi perkhidmatan pelanggan kami di Twitter akan diteruskan,” tulis kenyataan yang dikeluarkan oleh GM.

    Elon Musk telah memuktamadkan proses pengambilalihan Twitter yang bernilai US$ 44 bilion ini pada Jumaat lalu. Selepas pembelian trsebut berjaya, CEO Twitter Parag Agrawal dan ketua kewangan Ned Segal dilaporkan telah meninggalkan ibu pejabat operasi media sosial berkenaan di San Francisco, manakala ketua dasar undang-undang, amanah dan keselamatan Vijaya Gadde telah dipecat.

     
     
  • Seorang rakyat M’sia kena bayar 99k baht gara-gara beraksi drift di Hatyai menyebabkan 4 kenderaan rosak

    Seorang rakyat M’sia kena bayar 99k baht gara-gara beraksi drift di Hatyai menyebabkan 4 kenderaan rosak

    Seorang rakyat Malaysia terpaksa membayar ganti rugi hampir 100,000 baht (RM12,438) kepada empat pemilik kenderaan di di sebuah kem gajah, Chang Puak Camp, Hatyai, Thailand gara-gara melakukan aksi drift di tempat letak kereta di daerah berkenaan.

    Pemandu berusia 32 tahun yang membawa jentera BMW M2 itu membuat aksi drift di tempat letak berkenaan pada Jumaat lalu, hingga menyebabkan sebuah kereta dan tiga lagi tuk-tuk yang berada tempat letak kereta mengalami kerosakan termasuk cermin pecah dan calar pada kereta dan tuk-tuk, laporan Bangkok Post.

    Selepas melakukan enam pusingan drift, pemandu berkenaan terus meninggalkan tempat parkir terbabit tanpa menyedari tindakannya telah merosakkan kenderaan berkenaan.

    Menurut Ketua Polis Pelancong Hatyai Leftenan Kolonel Anuwat Rithichai, pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan itu membuat laporan polis pada hari yang sama.

    Seorang rakyat M’sia kena bayar 99k baht gara-gara beraksi drift di Hatyai menyebabkan 4 kenderaan rosak

    “Polis berjaya mengesan kenderaan yang dibawa lelaki warga Malaysia itu di Kompleks Imigresen, Kastam, dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Thailand kira-kira 6 petang Sabtu lalu. Pemandu itu bersama isterinya telah dibawa ke balai polis untuk bertemu dengan pemilik kenderaan yang terjejas,” katanya.

    Tambah beliau, pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan tersebut pada mulanya menuntut sejumlah 107,000 baht sebagai ganti rugi. Namun selepas berunding, kedua-dua pihak bersetuju pemandu berkenaan membayar ganti rugi sebanyak 99,000 baht kepada empat pemilik kenderaan terbabit.

    Menurut lelaki berkenaan, dia membuat aksi drift atas permintaan seorang kakitangan wanita di tempat tumpuan pelancongan berkenaan tanpa menyedari ia telah menyebabkan kerosakan pada kenderaan lain. Dalam masa yang sama, dia juga turut memohon maaf kepada semua pemilik kenderaan yang terlibat dalam pertemuan yang berlangsung secara harmoni di sebuah balai polis di daerah berkenaan.

     
     
  • ACE 2022: Trade-in Mercedes-Benz dengan mudah dan nikmati tawaran hebat serta menangi hadiah menarik

    ACE 2022: <em>Trade-in</em> Mercedes-Benz dengan mudah dan nikmati tawaran hebat serta menangi hadiah menarik

    Jika sedang mencari kereta baru untuk dimiliki, acara Auto Car Expo (ACE) adalah lokasi yang tepat untuk tujuan itu. Bakal berlangsung pada 5-6 November di Pusar Persidangan Setia City (SCCC), ACE 2022 bakal membawakan pelbagai jenis kenderaan dan jenama dengan tawaran istimewa khusus — baik bagi kenderaan baru mahupun kenderaan terpakai.

    Antara jenama yang akan ikut serta ialah Mercedes-Benz, melalui Cycle & Carriage. Selain mempamerkan barisan kenderaan terbaru yang pelbagai, jenama itu juga akan menawarkan trade-in bagi pemilik Mercedes-Benz sedia ada dengan usia kenderaan di bawah tujuh tahun.

    Penilai berpengelaman akan berada di sana untuk menilai Mercedes-Benz anda. Pemeriksaan 215-titik ke atas kenderaan anda akan dilakukan oleh mereka, dengan nilai akhir akan dimaklumkan. Sekiranya anda bersetuju dengan nilai berkenaan dan ingin trade-in kenderaan, Cycle & Carriage akan membantu untuk menguruskan baki pinjaman (jika ada) sebelum menyerahkan bakinya kepada anda dalam tempoh tiga hari bekerja.

    ACE 2022: <em>Trade-in</em> Mercedes-Benz dengan mudah dan nikmati tawaran hebat serta menangi hadiah menarik

    Selain Mercedes-Benz, jenama lain yang akan turut serta dalam ACE 2022 ialah Hyundai, Nissan, Honda, Proton, Perodua dan Subaru. Wakil daripada jenama premium juga ada, dengan Volvo (melalui Ingress Swede Automobile) dan BMW/MINI (melalui Wheelcorp Premium) akan ikut serta. Sama seperti PACE, anda berpeluang untuk memandu uji dan membeli kenderaan yang dihajatkan sepanjang ACE 2022 berlangsung — unit baru atau terpakai, semuanya ada, dengan tawaran menarik daripada semua jenama yang terlibat.

    Ada banyak lagi tawaran menarik lainnya. 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan kenderaan baru akan menerima gabungan baucar bernilai RM2,500 yang terdiri daripada baucar RM500 bagi filem penapis haba V-Kool, RM500 bagi baucar Dodomat, baucar RM500 untuk penapis udara Blueair, baucar RM500 Recaro untuk kerusi keselamatan kanak-kanak dan baucar RM500 DK Schweizer bagi balutan kulit kustom untuk ruang dalaman kenderaan.

    myTukar juga menawarkan baucar RM1,000 bagi 25 pelanggan pertama yang membuat tempahan kereta terpakai atau trade-in kenderaan mereka menerusi platform berkenaan. Mereka yang trade-in kenderaan akan menerima baucar RM500 masing-masing untuk V-Kool dan Blueair. Sementara 25 lagi pelanggan terawal yang membuat tempahan kereta terpakai akan menerima baucar RM500 untuk Dodomat dan RM500 untuk kerusi kanak-kanak Recaro. Jika anda trade-in kenderaan dan menempah kereta terpakai lain sekaligus, jumlah baucar akan meningkat kepada RM1,500.

    ACE 2022: <em>Trade-in</em> Mercedes-Benz dengan mudah dan nikmati tawaran hebat serta menangi hadiah menarik

    Hadiah tidak berakhir di situ. Tempahan kereta baru yang telah disahkan pula akan membolehkan anda untuk layak dalam cabutan bertuah dengan tawaran pelbagai hadiah, termasuk 10 telefon pintar bernilai RM2,300 setiap satu dan hadiah utama terdiri daripada pakej percutian untuk dua orang bernilai RM10,000!

    Walaupun dengan peraturan pandemik Covid-19 yang semakin longgar kini, kami masih akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan semua orang. Pengunjung adalah digalakkan untuk menggunakan pelitup muka sepanjang masa ketika berada di dalam ruang pameran, dan cecair sanitasi tangan juga akan diletakkan di beberapa tempat di sepanjang acara berlangsung.

    Banyak lagi perincian promosi yang akan kami kongsikan daripada jenama-jenama yang ikut serta nanti, jadi teruskan bersama kami. Sementara itu, tandakan kalendar anda untuk 5-6 November 2022 untuk ACE 2022 di SCCC. Jumpa di sana!

     
     
  • Nissan GT-R R34 dijual pada harga RM3.1 juta – Clubman Race Spec, enjin Nismo R3, perbatuan 0 km!

    Nissan GT-R R34 dijual pada harga RM3.1 juta – Clubman Race Spec, enjin Nismo R3, perbatuan 0 km!

    Tahun lalu sebuah Nissan Skyline GT-R R34 telah terjual pada harga RM2.3 juta di Jepun, menjadikan ia sebagai GT-R R34 paling mahal pernah terjual setakat ini. Tapi rekod berkenaan mungkin akan dipecahkan tidak lama lagi – sebuah pengedar kenderaan di Hong Kong iaitu Contempo Concept HK Motors baru sahaja mengiklankan sebuah GT-R R34 dengan harga HKD 5,180,000 atau sekitar RM3.1 juta!

    Sudah tentu, ini bukan R34 dengan spesifikasi serta kondisi biasa-biasa – ia adalah model dari spesifikasi Clubman Race Spec yang dibina oleh Nismo Omori Factory, diberikan warna badan Midnight Purple III, serta dengan meter perbatuan yang masih mencatatkan 0 km! Malah unit yang dijual ini juga merupakan versi paling berkuasa untuk Clubman Race Spec yang diberikan enjin Nismo RB26DETT R3 (R-tune concept engine Spec 3).

    Enjin berkenaan menggunakan blok RB26 spesifikasi N1 sama seperti enjin R2 Nismo , dipadankan dengan kit kelengkapakan R3 termasuk pengecas turbo, aci sesondol, kotak komputer enjin dan kit penyuntik bahan api, bagi membolehkan ia menghasilkan kuasa 450 PS dan tork maksima 471 Nm.

    Nissan GT-R R34 dijual pada harga RM3.1 juta – Clubman Race Spec, enjin Nismo R3, perbatuan 0 km!

    Ia digandingkan dengan kotak gear enam-kelajuan manual bersama kit klac plat berkembar Nismo, dan juga sistem pacuan semua roda Atessa ET-S Pro yang dipertingkat dengan LSD Nismo 1.5 Way pada gandar hadapan serta unit kawalan ET-S Nismo Z-Tune. Untuk suspensi pula, model ini menerima penyerap hentak boleh laras Ohlins DFV, bersama perincian lain seperti bar penstabil hadapan dan belakang Nismo.

    Banyak lagi perincian sistem dan mekanikal Nismo dipadankan pada R34 Clubman Race Spec ini, antaranya unit intercooler, sitem ekzos, sistem kemasukan udara, cagak-cagak enjin dan kotak gear, set-set bushing suspensi dan pelbagai lagi. Ia juga menerima sistem brek lengkap dari Brembo pada bahagian hadapan dan belakang.

    Secara standard, versi Clubman Race Spec ini diberikan penggayaan luaran dengan R34 Nismo Z-Tune. Ia termasuk bampar hadapan, fender hadapan kesemuanya diperbuat dari gentian karbon, bonet hadapan Nismo R-Tune, cangkuk tunda hadapan dan belakang Omori dan juga set rim Nismo LMGT4.

    Bahagian dalaman R34 Clubman Race Spec ini juga menerima banyak perincian dari Nismo, antaranya roda stereng tiga jejari, tombol gear titanium GT, panel instrumen dengan bacaan kelajuan maksima 320 km/h, tempat duduk bucket, set karpet kaki dan pelbagai lagi. Imej yang disiarkan ini juga menunjukkan setiap komponen dalam kabin R34 ini dalam keadaan seperti baru keluar kilang!

     
     
  • ACE 2022: Toyota Corolla Cross Hybrid — senyap, selesa, cekap dan tawaran istimewa lain menanti

    ACE 2022: Toyota Corolla Cross Hybrid — senyap, selesa, cekap dan tawaran istimewa lain menanti

    Toyota Corolla Cross dikenali kerana kebolehpercayaannya untuk memikul tugas sebagai kenderaan harian. Namun, jika ingin versi yang lebih senyap, maka perlulah beri perhatian kepada Toyota Corolla Cross Hybrid, yang hingga enam dB lebih senyap ruang kabinnya ketika pecutan penuh berbanding varian 1.8L petrol. 0-100 km/j bagi varian hibrid in ini hanya lambat 0-9 saat. Kadar penggunaan minyak pula adalah 23.3 km/l.

    Dari sudut kebolehpercayaan, Toyota merujuk kepada kajian kes di Singapura yang memerhati ratusan Prius
    yang digunakan untuk Grab. Sejak diperkenalkan pada 2016, tiada sebarang kegagalan direkodkan sepanjang enam tahun perkhidmatan itu, sebahagiannya dengan perbatuan lebih 150,000 km. Apa pun, Crolla Cross Hybrid diberikan jaminan lapan-tahun tanpa had perbatuan yang boleh dilanjutkan lagi dua tahun dengan kos RM2,950.

    SUV berkenaan dikuasakan oleh enjin 1.8 liter empat-silinder kitaran Atkinson. Unit Dual VVT-i ini menghasilkan 98 PS/142 Nm dan digandingkan bersama motor elektrik 72 PS/163 Nm dan bateri Ni-MH untuk memberikan output keseluruhan sistem sebanyak 122 PS.

    Dekati Toyota Corolla Cross Hybrid di ACE 2022, dengan pengunjung yang mendaftar minat mereka di ruang pamer Toyota berpeluang menerima hadiah cenderahati edisi terhad (selagi stok masih ada). Toyota akan menjalankan jualan akhir tahun dengan menawarkan rebat tunai, aksesori percuma bagi model terpilih dengan nilai sehingga RM4,000, dan pembiayaan 100% dengan ansuran bulanan serendah RM498. Toyota juga menjanjikan pengalaman pemilikan kenderaan yang menyenangkan melalui servis lepas jualan Extra Mile.

    ACE 2022: Toyota Corolla Cross Hybrid — senyap, selesa, cekap dan tawaran istimewa lain menanti

    Selain Toyota, jenama lain yang akan turut serta dalam ACE 2022 ialah Hyundai, Nissan, Honda, Proton, Perodua dan Subaru. Wakil daripada jenama premium juga ada, dengan Volvo (melalui Ingress Swede Automobile), Mercedes-Benz (melalui Cycle & Carriage) dan BMW/MINI (melalui Wheelcorp Premium) akan ikut serta. Sama seperti PACE, anda berpeluang untuk memandu uji dan membeli kenderaan yang dihajatkan sepanjang ACE 2022 berlangsung — unit baru atau terpakai, semuanya ada, dengan tawaran menarik daripada semua jenama yang terlibat.

    Ada banyak lagi tawaran menarik lainnya. 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan kenderaan baru akan menerima gabungan baucar bernilai RM2,500 yang terdiri daripada baucar RM500 bagi filem penapis haba V-Kool, RM500 bagi baucar Dodomat, baucar RM500 untuk penapis udara Blueair, baucar RM500 Recaro untuk kerusi keselamatan kanak-kanak dan baucar RM500 DK Schweizer bagi balutan kulit kustom untuk ruang dalaman kenderaan.

    myTukar juga menawarkan baucar RM1,000 bagi 25 pelanggan pertama yang membuat tempahan kereta terpakai atau trade-in kenderaan mereka menerusi platform berkenaan. Mereka yang trade-in kenderaan akan menerima baucar RM500 masing-masing untuk V-Kool dan Blueair. Sementara 25 lagi pelanggan terawal yang membuat tempahan kereta terpakai akan menerima baucar RM500 untuk Dodomat dan RM500 untuk kerusi kanak-kanak Recaro. Jika anda trade-in kenderaan dan menempah kereta terpakai lain sekaligus, jumlah baucar akan meningkat kepada RM1,500.

    ACE 2022: Toyota Corolla Cross Hybrid — senyap, selesa, cekap dan tawaran istimewa lain menanti

    Hadiah tidak berakhir di situ. Tempahan kereta baru yang telah disahkan pula akan membolehkan anda untuk layak dalam cabutan bertuah dengan tawaran pelbagai hadiah, termasuk 10 telefon pintar bernilai RM2,300 setiap satu dan hadiah utama terdiri daripada pakej percutian untuk dua orang bernilai RM10,000!

    Walaupun dengan peraturan pandemik Covid-19 yang semakin longgar kini, kami masih akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan semua orang. Pengunjung adalah digalakkan untuk menggunakan pelitup muka sepanjang masa ketika berada di dalam ruang pameran, dan cecair sanitasi tangan juga akan diletakkan di beberapa tempat di sepanjang acara berlangsung.

    Banyak lagi perincian promosi yang akan kami kongsikan daripada jenama-jenama yang ikut serta nanti, jadi teruskan bersama kami. Sementara itu, tandakan kalendar anda untuk 5-6 November 2022 untuk ACE 2022 di SCCC. Jumpa di sana!

     
     
  • Yamaha XMax 2023 diperkenal di Eropah – varian Tech Max dapat skrin TFT 4.2 inci dengan fungsi navigasi

    Yamaha XMax 2023 diperkenal di Eropah – varian Tech Max dapat skrin TFT 4.2 inci dengan fungsi navigasi

    Setelah lebih lima tahun berada dalam pasaran, Yamaha akhirnya memberikan pembaharuan yang besar kepada skuter XMax dan sudah mula dijual di Eropah. Di sana, XMax dijual dalam versi XMax 125 dan XMax 300, tetapi yang lebih relevan kepada pasaran kita adalah XMax 300 kerana jika melihat model sebelum ini, bezanya dengan XMax 250 pasaran kita cuma kapasiti enjin.

    Bagi model baru ini, XMax 300 ditawarkan dalam dua versi iaitu Standard dan juga Tech Max, dengan bezanya adalah pada kelengkapan. Selain penarafan emisi Euro 5, enjin XMax 300 tidak diusik dan masih sama seperti sebelum ini, iaitu unit satu silinder suntikan bahan api, SOHC 292 cc yang dipadankan bersama transmisi automatik v-belt, menghasilkan 27.6 hp pada 7,250 rpm dan 29 Nm pada 5,750 rpm.

    Keseluruhan panel badan XMax 2023 ini adalah baru, dengan perhatian utama adalah kepada lampu LED hadapan yang mempunyai pencahayaan berbentuk X. Lampu LED belakang juga menggunakan motif X yang sama, tetapi nampak seperti sedikit lebih kecil, sementara lampu penunjuk arah yang sebelum ini terletak pada panel tepi diubah ke bahagian atas, berhampiran penghadang angin dan juga adalah unit LED.

    Yamaha XMax 2023 diperkenal di Eropah – varian Tech Max dapat skrin TFT 4.2 inci dengan fungsi navigasi

    Satu lagi peningkatan penting pada XMax 2023 adalah panel paparan, yang mana bagi model Standard, ia sekarang datang dengan unit LCD 4.3 inci. Ia bukan setakat boleh menunjukkan maklumat penting motosikal, tetapi juga boleh disambungkan kepada telefon pintar melalui aplikasi MyRide untuk memaparkan notifikasi panggilan, mesej dan status bateri.

    Pada XMax Tech Max, skrin ini dinaik taraf kepada unit TFT 4.2 inci berwarna penuh berserta satu lagi skrin LCD 3.2 inci untuk tahap laju dan bahan api. Kawalan untuk skrin TFT itu boleh dilakukan melalui butang pada sebelah kiri pemegang, dan ia menawarkan beberapa tema paparan serta juga boleh disambung kepada telefon pintar melalui aplikasi MyRide.

    Kelebihan lain skrin TFT XMax Tech Max ini selain memaparkan notifikasi dari telefon, ia juga boleh menunjukkan paparan penuh navigasi berasaskan Garmin berserta keadaan trafik semasa, jangkaan waktu tiba, had laju serta pelbagai lagi.

    Bagi membantu keselesaan penunggang, XMax 2023 menerima tempat duduk berbentuk baru, serta penghadang angin hadapan dan pemegang yang boleh dilaras mengikut kesesuaian. Pada Xmax Tech Max, tempat duduk ini dibalut dengan fabrik ala kulit bersama jahitan warna emas.

    Selain daripada itu, XMax Tech Max juga dijadikan lebih eksklusif dengan kemasan khas yang termasuk lapik aluminium pada peletak kaki, batang cermin sisi aluminium, serta lencana Tech Max aluminium di badan.

    Kelengkapan lain pada skuter ini adalah sama termasuk ruang simpanan bawah tempat duduk yang boleh memuatkan dua helmet, brek cakera depan dan belakang dengan ABS, rim padanan 15 inci di hadapan dan 14 inci di belakang, tangki bahan api 13.2 liter, tinggi tempat duduk 795 mm, kawalan cengkaman serta berat keseluruhan 183 kg. Tiada peningkatan suspensi yang dinyatakan, dan ia masih menggunakan fork teleskopik biasa serta dua penyerap di belakang.

     
     
  • Puspakom keluarkan jadual unit pemeriksaan bergerak Nov 2022 – termasuk luar kawasan di Sabah/Sarawak

    Puspakom keluarkan jadual unit pemeriksaan bergerak Nov 2022 – termasuk luar kawasan di Sabah/Sarawak

    Puspakom telah mengeluarkan jadual November 2022 bagi bagi unit pemeriksaan bergerak untuk Semenanjung Malaysia dan juga ujian luar kawasan di Sabah dan Sarawak.

    Trak unit pemeriksaan bergerak itu bakal ke Perak, Johor, Terengganu, Kelantan, Pahang dan Negeri Sembilan. Tujuan bagi insiatif ini adalah untuk mereka yang tinggal jauh dari cawangan Puspakom. Perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah rutin pemeriksaan, tukar nama hakmilik, dan banyak lagi.

    Klik untuk besarkan jadual

    Walau pun tidak menampilkan trak besar seperti di Malaysia Timur, namun Puspakom tetap tidak melupakan pelanggan di pekan kecil di sekitar Sabah dan Sarawak. Walau bagaimana pun unit bergerak itu tetap akan membawa kelengkapan yang diperlukan untuk pemeriksaan kenderaan. Antara daerah yang bakal dikunjungi termasuk Ranau, Kudat, Kota Belud, Semporna, Kunak, Kapit, Limbang, Lawas dan Marudi.

    Puspakom berkata pelanggan boleh terus ke lokasi yang disenaraikan pada tarikh yang disediakan, tanpa perlu membuat temujanji secara dalam talian, seperti yang diamalkan di cawangan Puspakom lain. Unit pemeriksaan bergerak ini beroperasi dari jam 8 pagi hingga 6 petang, dan ada sesetengah lokasi, ia bermula dari jam 8 pagi hingga 1 tengahari. Sila semak dahulu jadual yang diberikan sebelum anda ‘menyerbu’ unit pemeriksaan bergerak Puspakom ini.

     
     
  • ACE 2022: Subaru XV — Dual X-Mode, Symmetrical AWD, EyeSight ADAS; jimat RM8k, stok tersedia!

    ACE 2022: Subaru XV — Dual X-Mode, Symmetrical AWD, EyeSight ADAS; jimat RM8k, stok tersedia!

    Imej sebuah SUV yang menarik tentulah yang bukan saja ranggi tapi juga selamat, kan? Jika ini keutamaannya, maka Subaru XV akan memenuhi keperluan itu. Versi terbaru SUV crossover segmen C Subaru ini mempertemukan gaya rekaan luaran yang sporty dengan kemampuan pacuan off-road yang terbukti — gaya yang dipadankan dengan kemampuan sebenar yang meletakkannya dalam kelas tersendiri.

    XV terkini datang dengan pemilih mod pemanduan Subaru Intelligent Drive (SI-Drive) serta sistem Dual X-Mode baru dengan tetapan Dirt dan Mud. Menjadi teras utama ciri berkenaan tentulah Symmetrical All-Wheel Drive yang sangat sinonim dengan Subaru, yang memberikan keyakinan pemanduan tidak kira dalam permukaan jalan. Jika ingin ia pergi lebih jauh, dengan menukar set tayar off-road misalnya, tentulah ia mampu untuk meneroka ke permukaan lebih mencabar.

    Ia hadir dengan dengan ciri AWD, tetapi XV lebih direka untuk kegunaan urban. Sistem bantuan pemandu Subaru EyeSight juga terdiri daripada AEB, kawalan melayar adaptif dengan Stop/Go, amaran penukaran lorong, amaran pergerakan kereta depan dan kawalan salah aplikasi pedal.

    Untuk menjadikannya lebih menarik, penjimatan sehingga RM8,000 diberikan dengan stoknya yang tersedia, hal yang sangat langka sekarang ini. Hadir dan dekati sendiri Subaru XV di acara ACE 2022 baik di ruang pamer dalam dewan mahupun di luar, di mana akan ditampilkan demo Subaru Advanced Technology Drive secara langsung.

    ACE 2022: Subaru XV — Dual X-Mode, Symmetrical AWD, EyeSight ADAS; jimat RM8k, stok tersedia!

    Subaru akan menyertai banyak lagi jenama lain ketika pameran ACE 2022, seperti Hyundai, Toyota, Nissan, Honda, Proton, Perodua dan Subaru. Selain itu, wakil daripada jenama premium juga ada, dengan Volvo (melalui Ingress Swede Automobile), Mercedes-Benz (melalui Cycle & Carriage) dan BMW/MINI (melalui Wheelcorp Premium) akan ikut serta.

    Sama seperti PACE, anda berpeluang untuk memandu uji dan membeli kenderaan yang dihajatkan sepanjang ACE 2022 berlangsung — unit baru atau terpakai, semuanya ada, dengan tawaran menarik daripada semua jenama yang terlibat.

    Selain daripada promosi daripada jenama terlibat, yang akan kami umumkan dari semasa ke semasa, anda juga boleh menikmati tawaran khas oleh paultan.org. 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan kenderaan baru akan menerima gabungan baucar bernilai RM2,500 yang terdiri daripada baucar RM500 bagi filem penapis haba V-Kool, RM500 bagi baucar Dodomat, baucar RM500 untuk penapis udara Blueair, baucar RM500 Recaro untuk kerusi keselamatan kanak-kanak dan baucar RM500 DK Schweizer bagi balutan kulit kustom untuk ruang dalaman kenderaan.

    myTukar juga menawarkan baucar RM1,000 bagi 25 pelanggan pertama yang membuat tempahan kereta terpakai atau trade-in kenderaan mereka menerusi platform berkenaan. Mereka yang trade-in kenderaan akan menerima baucar RM500 masing-masing untuk V-Kool dan Blueair. Sementara 25 lagi pelanggan terawal yang membuat tempahan kereta terpakai akan menerima baucar RM500 untuk Dodomat dan RM500 untuk kerusi kanak-kanak Recaro. Jika anda trade-in kenderaan dan menempah kereta terpakai lain sekaligus, jumlah baucar akan meningkat kepada RM1,500.

    ACE 2022: Subaru XV — Dual X-Mode, Symmetrical AWD, EyeSight ADAS; jimat RM8k, stok tersedia!

    Hadiah tidak berakhir di situ. Tempahan kereta baru yang telah disahkan pula akan membolehkan anda untuk layak dalam cabutan bertuah dengan tawaran pelbagai hadiah, termasuk 10 telefon pintar bernilai RM2,300 setiap satu dan hadiah utama terdiri daripada pakej percutian untuk dua orang bernilai RM10,000!

    Walaupun dengan peraturan pandemik Covid-19 yang semakin longgar kini, kami masih akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan semua orang. Pengunjung adalah digalakkan untuk menggunakan pelitup muka sepanjang masa ketika berada di dalam ruang pameran, dan cecair sanitasi tangan juga akan diletakkan di beberapa tempat di sepanjang acara berlangsung.

    Banyak lagi perincian promosi yang akan kami kongsikan daripada jenama-jenama yang ikut serta nanti, jadi teruskan bersama kami. Sementara itu, tandakan kalendar anda untuk 5-6 November 2022 untuk ACE 2022 di SCCC. Jumpa di sana!

     
     
  • Stesen pengecas EV TNB Electron tersedia menjelang 2025 – dua hab khusus kerjasama Gamuda Land

    Stesen pengecas EV TNB Electron tersedia menjelang 2025 – dua hab khusus kerjasama Gamuda Land

    Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjalin kerjasama strategik dengan Gamuda Land bagi membina dua stesen pengecasan kenderaan elektrik yang berkuasa solar pertama di negara ini. Kedua-dua syarikat telah pun menandatangai perjanjian sefahaman (MoU) untuk membangunkan stesen EV, atau hab pengecasan, yang akan dijenamakan sebagai Electron.

    Menurut Ketua Pegawai Strategi dan Venture TNB, Datuk Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan, stesen berkenaan akan dibina bagi projek pembangunan hartanah Gamuda Land di Gamuda Cove dan Taman Gamuda, kedua-duanya di Selangor. Ia dijangka dapat memberi perkhidmatan menjelang tahun 2025.

    Stesen Electron ini akan dikuasakan oleh panel solar atas bumbung yang akan membantu mengimbangi elektrik daripada grid dan menyokong persekitaran yang lebih hijau. Tanpa mendedahkan perincian teknikal yang lebih spesifik, syarikat berkenaan berkata stesen terbabit boleh digunakan untuk kenderaan plug-in hybrid mahu pun elektrik sepenuhnya bagi semua jenama kenderaan yang mengeluarkannya, serta menyediakan pengecasan pantas DC serta AC.

    Sama seperti stesen minyak, stesen Electron turut menyediakan kioks untuk membeli makanan dan minuman, bagi kemudahan para pelanggan sementara menantikan kenderaan mereka dicas.

    Menurut kedua-dua syarikat terbabit, kerjasama ini juga akan memberi laluan ke arah meningkatkan penggunaan kenderaan elektrik di Malaysia dan mencapai aspirasi pelepasan sifar bersih Malaysia menjelang 2050.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.17 (-0.04)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.00
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.91 (0.00)
EURO 5 B7 RM3.11 (0.00)
Last Updated Jul 31, 2025