Search in Bahasa Malaysia:

Proton S70 - Sedan segmen C tapi harga Vios?



Artikel Terkini

  • Grand Saga beri diskaun 10% pada 8 Feb ini

    GrandSaga1

    Taliworks Corporation Berhad (TCB), syarikat pegangan Grand Saga Sdn Bhd (Grand Saga), yang kini memegang konsesi Lebuhraya Cheras-Kajang, telah mengumumkan pemberian diskaun sebanyak 10% bagi pengguna Kelas 1 Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga) pada 8 Februari ini sempena sambutan Tahun Baru Cina (CNY). Diskaun itu berkuat kuasa mulai 12.01 tengah malam hingga 11.59 malam pada 8 Februari ini.

    Dalam masa yang sama, Grand Saga juga akan mengedarkan 1,000 kad Touch ‘n Go, yang biasanya berharga RM10, dengan nilai sedia ada sebanyak RM4. Ia akan diedarkan secara percuma di lorong tunai plaza tol NNKSB bermula Jumaat ini (5 Februari) sehingga stok masih ada.

    Pengurus Besar Kanan Grand Saga, A.Rajasolan berkata ia adalah sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bertemakan ‘Berkhidmat untuk Rakyat, Membantu Komuniti’ bagi menghargai penggunanya.

    Lebuh Raya Cheras-Kajang Highway ialah antara laluan empat lorong pertama di Malaysia, yang sepanjang 11.5 kilometer dari Persimpangan Connaught, Cheras ke Saujana Impian, Kajang.

     
     
  • DUKE tawar 10% diskaun sempena CNY

    DUKE_TOL

    Sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina (CNY) ini, Ekovest Berhad, syarikat konsesi bagi Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) menawarkan diskaun sebanyak 10% kadar tol untuk pengguna lebuhraya terbabit.

    Diskaun kadar tol ini adalah untuk kenderaan Kelas 1 (kenderaan ringan dengan dua gandar dan tiga atau empat roda, kecuali teksi) yang ditawarkan pada 8 Februari 2016 sahaja, dari jam 12.01 pagi hingga 11.59 malam.

    Menurut Pengarah Urusan Ekovest Berhad, Datuk Seri Lim Keng Cheng, “Ini merupakan salah satu daripada pelbagai inisiatif di bawah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat ini bagi meraikan sambutan CNY.”

     
     
  • Pengguna lebuhraya diminta berhati-hati agar tidak terlanggar objek ‘tidak diketahui’- PLUS

    PLUS HIGHWAY

    Pengguna jalan raya yang melalui persimpangan Ipoh dan Bidor dari Lebuhraya Utara-Selatan dinasihatkan agar berhati-hati dengan pelbagai jenis objek sering ditemui bersepah di permukaan jalan, termasuklah serpihan tayar, besi paip dan juga sejadah.

    Menurut Pengurus Seksyen C1 PLUS Asnor Ali, lebih dari 1,570 objek telah ditemui sepanjang 66 km di lebuh raya terbabit pada tahun lalu. Katanya, pihak PLUS sendiri tidak mengetahui sama ada objek tersebut sengaja dibuang di atas jalan atau pun terjatuh dari kenderaan, memetik laporan Malaymail.

    “Lebih separuh dari objek terbabit ialah serpihan tayar kenderaan berat. Malah kami juga menjumpai batu besar, batang paip, serpihan kayu dan peralatan rumah termasuk sejadah. Walau bagaimana pun, setakat ini kami tidak pernah menerima laporan ada pihak yang sengaja membuang objek-objek berkenaan di lebuhraya,” ujar Asnor..

    Perkara ini dinyatakan susulan kemalangan yang melibatkan sebuah bas di lebuhraya berkenaan (arah selatan berhampiran tol Tapah) yang terlanggar tayar besar yang menyebabkan bas terbabit hilang kawalan dan terbakar. Akibat kemalangan ini, seramai lapan orang terbunuh dan 21 penumpang lain cedera.

    Sehubungan itu, Asnor memintar agar pengguna lebuh raya tidak membuang apa-apa objek di lebuh raya.

    Katanya, “Bagi semua pengguna lebuhraya terutamanya pemandu lori, dinasihatkan agar sama-sama bertanggungjawab. Sila periksa keadaan tayar kenderaan dan memastikan muatan yang dibawa diikat kemas sebelum memulakan perjalanan.”

     
     
  • Volkswagen buka Pusat Servis Teknikal ketiga, merupakan bilik pameran VW terbesar di Malaysia

    2016-volkswagen-puchong-service-centre-001_BM

    Volkswagen Group Malaysia telah membuka Pusat Servis Teknikal ketiga iaitu Pusat 4S Volkswagen Puchong yang dikendalikan oleh Swire Motors. Pusat 4S ini mampu memenuhi keperluan para pemilik kenderaan Volkswagen dari segi jualan hinggalah selepas jualan yang melibatkan servis umum & pantas, pembaikan akibat kemalangan, badan dan cat, selain diagnostik dan pembaikan utama.

    Memiliki keluasan mencecah 92,000 kaki persegi, Pusat 4S Volkswagen Puchong kini mempunyai 24 ruang penyelenggaraan dan boleh dikembangkan menjadi 35 ruang pada masa depan. Ia juga memiliki bilik pameran Volkswagen paling besar yang boleh mempamerkan 15 buah kenderaan dan dua ruang penyerahan kereta.

    Swire Motors telah melabur sebanyak RM20 juta untuk membuka Pusat 4S Volkswagen Puchong. Malah turut merancang untuk menyediakan ruang servis ekspres pada masaakan datang. Selain servis serta pembaikan kecil dan besar, perkhidmatan lain yang turut disediakan termasuklah penjajaran tayar, servis pendingin hawa, pembaikan akibat kemalangan, badan dan cat serta aksesori.

    2016-volkswagen-puchong-service-centre-006_BM

    Ia juga memiliki pusat Badan & Cat bertauliah yang dilengkapi teknologi terkini seperti pistol udara tahan karat baharu untuk kerja-kerja mengecat dengan cat berasaskan air. Cat baharu yang telah ditambah baik itu memerlukan lapisan lebih nipis. Ia juga menawarkan hasil cat yang lebih bersih dan cantik berbanding cat berasaskan pelarut.

    Antara kemudahan lain yang disediakan ialah sebuah lounge dilengkapi empat buah komputer untuk kegunaan pelanggan, TV dengan pelbagai saluran Astro, sebuah kafe dan WIFI berkelajuan tinggi.

    Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller berkata, “Ini merupakan Pusat Teknikal Volkswagen yang ketiga dilancarkan dalam tempoh setahun dan menjadi bukti bahawa pelanggan sememangnya menjadi keutamaan kami. Tahun ini akan menjadi tahun di mana Volkswagen Malaysia memberi fokus untuk meningkatkan pengalaman pemilikan buat semua pelanggan kami.”

    Pusat 4S Volkswagen Puchong beroperasi mulai Isnin hingga Sabtu dari jam 8.30 pagi hingga 6 petang dan dari jam 9 pagi hingga 6 petang pada hari Ahad dan cuti umum untuk bilik pamerannya. Bagi perkhidmatan selepas jualan pula, ia beroperasi mulai Isnin hingga Sabtu dari jam 8 pagi hingga 8 malam.

     
     
  • Honda Thailand rai warisan Civic menerusi video – generasi ke-10 FC disebut bakal muncul tidak lama lagi

    Sebagai pengenalan bagi Honda Civic generasi ke-10 di Thailand, Honda Thailand telah menerbitkan video warisan bagi meraikan model sebelum ini iaitu dari generasi ke-sembilan Civic, dengan menyebut generasi ke-10 bakal muncul tidak lama lagi.

    Ia mula didedahkan di Amerika Syarikat pada September 2015, model segmen-C ini telah dikesan diuji di Thailand pada November tahun lalu dan beberapa kelihatan di jalan-jalan di sekitar negara berkenaan.

    Thailand bukanlah satu-satunya hab di rantau ini yang bakal menerima FC baharu ini. Malah ia juga bakal dipasarkan di Indonesia tidak lama lagi, dengan enjin 1.5 liter pengecas turbo.

    16_Civic_Sedan_143-e1445919795841

    Di Amerika Syarikat, Civic gen-10 ini dipadankan dengan enjin 1.5 liter turbo yang boleh menghamburkan kuasa sehingga 174 hp pada 5,500 rpm dan tork 220 Nm antara 1,800 hingga 5,000 rpm. Ia juga menawarkan pilihan enjin 2.0 liter aspirasi-natural empat-silinder, dengan kuasa 158 hp dan tork 187 Nm. Kedua-dua enjin ini dipadankan dengan transmisi CVT automatik yang telah dipertingkatkan.

    Menurut satu sumber dari Indonesia, enjin turbo akan menjadi pilihan di republik berkenaan, namun difahamkan bagi pasaran Malaysia pula, penjana kuasa tersebut tidak akan ditampilkan. Sebaliknya hanya ditawarkan dengan enjin 2.0 liter sahaja, tetapi ia masih tidak kesahihan mengenainya.

    Sementara itu, tonton dahulu video warisan Civic dari Honda Thailand ini. Mana satu pilihan Civic terdahulu yang anda minati? Kongsikan bersama kami.

    GALERI: Honda Civic (FC) generasi ke-10

     
     
  • Mercedes-Benz C200 Avantgarde diperkemaskinikan – roda lebih besar, kurang krom, ekzos berkembar

    w205-2016-c200-malaysia-1_BM

    Mercedes-Benz C 200 Avantgarde telah pun diperkemaskinikan bagi model tahun 2016. Apa yang kami faham, perubahan yang dilakukan ini adalah model yang dikeluarkan dari November 2015.

    Perubahan terbesar yang dilakukan ialah padanan roda baharu dengan rim lima-jejari bersaiz 18-inci, dibaluti tayar 225/45R18 untuk hadapan dan 245/40R18 di belakang. Ia menggantikan roda bersaiz 17-inci yang dibaluti tayar 225/50R17 bagi model 2015.

    Selain itu, kekemasan krom pada bahagian bampar hadapan serta bahagian sisi pada bampar belakang juga telah dibuang. Bukan itu sahaja, cermin sisi juga telah disingkirkan kekemasan kromnya, hanya tinggal jaluran krom pada bahagian atas indikator lampu isyarat.

    w205-2016-c200-malaysia-15_BM

    Pada bahagian belakang, corong ekzos bersepadu pada bahagian bampar belakang kini berfungsi. Malah paip ekzosnya juga tampil baharu, setiap satunya terletak di kanan dan kiri pada bampar belakang.

    Sebelum ini, model C200 hanya mempunyai paip eksoz berkembar pada bahagian kiri bampar belakang dengan corong ekzos bersepadu palsu. Namun, kini corong ekzos tersebut telah berfungsi dan nampak lebih baik berbanding sekadar hiasan.

    Tiada perubahan pada bahagian dalaman namun elemen AGILITY SELECT kini telah ditukar namanya menjadi DYNAMIC SELECT, maka label pada butang kawalannya juga telah bertukar dari AGILITY ke DYNAMIC.

     
     
  • JPJ ketatkan kawalan terhadap kenderaan klon

    JPJ_Roadblock1

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor telah mengumumkan bakal melaksanakan Op Tahun Baru Cina (TBC) selain terus mengesan dan menyita kenderaan klon di negeri berkeaan. Menurut laporan yang disiarkan oleh Bernama, sebanyak 98 kenderaan klon di negeri ini telah disita sepanjang tahun lepas hingga Januari tahun ini.

    Pengarahnya Mohd Rusdi Mohd Darus berkata kesemua kenderaan terbabit dikesan menerusi operasi kenderaan klon yang dilakukan anggota penguat kuasa JPJ di seluruh negeri.

    “Daripada 98 kenderaan, 17 disita di Johor Baharu, Kluang (48), Muar (17), Segamat (enam), Mersing (lima), Batu Pahat (tiga) manakala Pontian (dua),” katanya.

    Mohd Rusdi berkata kenderaan yang disyaki klon ditahan di lokasi yang dikenal pasti dan menjalani pemeriksaan sebelum dibawa balik ke pejabat JPJ berhampiran sekiranya nombor casis dan nombor pendaftarannya tidak sama sebagai mana dalam sistem mySikap JPJ.

    Katanya, JPJ Johor akan mempertingkat operasi terhadap kenderaan klon secara berterusan dan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati sekiranya ditawarkan kenderaan pada harga murah kerana dikhuatiri ia adalah kenderaan klon.

    Beliau turut berkata Op Tahun Baru Cina ini akan menumpukan penguatkuasaan kepada pemandu bas ekspres dan penunggang motosikal kerana kumpulan itu merupakan penyumbang utama kepada kemalangan jalan raya. Manakala Op Khas Motosikal pada tarikh yang sudah dikenal pasti juga akan dilakukan dengan tumpuan terhadap penunggang dan pembonceng.

     
     
  • RM27.8 juta telah dibelanjakan untuk meningkatkan keselamatan jalan raya sepanjang tahun lalu

    ASXdrive21

    Sebanyak RM27.8 juta telah dibelanjakan untuk kerja pemulihan di 60 lokasi kemalangan di jalan-jalan utama dan lebuh raya pada tahun lalu.

    Menurut Menteri Kerja Rata Datuk Seri Fadillah Yusof, ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan dan mengurangkan risiko kemalangan, laporan Bernama.

    “Kerajaan amat mengambil berat soal ini dan berasa sedih sekiranya ada kemalangan terutamanya yang melibatkan kematian dan kehilangan anggota keluarga,” ujarnya.

    Fadillah turut berkata adalah tidak berbaloi memiliki jalan dan lebuhraya kelas pertama tetapi disebabkan sikap segelintir pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan menyebabkan kemalangan boleh berlaku.

    Dalam masa yang sama kementeriannya telah mengeluarkan arahan ‘henti kerja’ di lebuh raya utama selama 14 hari bermula hari ini. Ia sebagai langkah mengurangkan kesesakan di lebuh raya yang disebabkan kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan. Namun ia dikecualikan bagi kerja-kerja kritikal.

    Dalam masa yang sama, larangan penggunaan kenderaan berat di jalan dan lebuh raya akan dikuatkuasakan Jabatan Pengangkutan Jalan selama empat hari.

    “Ia bermula iaitu pada 6 dan 7 Feb manakala 13 dan 14 Feb kerana dijangka berlaku peningkatan trafik pada hari tersebut. Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSLKM) akan mengambil inisiatif lain antaranya mengaktifkan laluan kontra di beberapa lokasi lebuh raya yang sesak dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia,” ujarnya.

     
     
  • Enjin GDI dan TGDI Proton – kos penyelenggaraan menjimatkan berbanding CamPro, jarak servis 20k km

    2015-proton-exora-1.3-turbo-prototype-020_BM

    Barisan enjin baharu Proton sudah tentu memiliki teknologi yang lebih baik berbanding apa yang ditawarkan oleh CamPro. Dengan pelbagai elemen yang lebih baik termasuk suntikan terus, pengecas turbo dan nisbah pemampatan yang lebih tinggi, adakah kos penyelenggarannya juga akan meningkat? Ketika sesi temubual eksklusif paultan.org dengan Ketua Pegawai Teknikal Proton Abdul Rashid Musa memberitahu, ia sepatutnya menjadi lebih rendah berbanding enjin CamPro.

    Beliau menyatakan bahawa enjin yang dijadualkan bakal berada di pasaran pada tahun 2018 ini akan mempunyai jarak servis yang lebih lama. “Jarak servisnya akan dua kali ganda berbanding enjin VVT yang digunakan pada masa ini dan saya percaya teknologi yang lebih matang ini yang membuatkan kitaran jangka hayat komponennya lebih panjang, agak boleh dipercayai,” katanya.

    Rashid berkata Proton menyasarkan untuk memanjangkan kitaran servis bagi enjin baharu GDI dari 10,000 km yang ditawarkan pada Preve, Suprima dan Iriz ke 20,000 km, per servis. “Tetapi semestinya anda perlu memeriksa bahagian lain di dalam enjin. Adakalanya orang akan keliru apabila teknologi tinggi digunakan. Maka tidak perlu untuk memeriksa minyak enjin. Walau bagaimana pun, perlu memantau keadaan enjin bergantung pada kegunaan anda.”

    “Kos servis akan menjadi lebih murah, semestinya. Saya rasa ia adalah antara kekuatan enjin ini,” tambahnya lagi. Apatah lagi dengan penggunaan timing chain akan membuatkan kos penyelenggaran lebih rendah.

    Proton-CTO-Abdul-Rashid-Musa-interview-9_BM

    Rashid turut memberitahu enjin baharu ini bukan memfokuskan pada kereta sport termasuk yang prestasi tinggi. “Saya tidak menyebut prestasinya hebat, tetapi prestasinya bagus, rendah penyelenggaran. Prestasi tidak semestinya bermaksud kuasa kuda. Prestasi juga boleh dikaitkan dengan penjimatan bahan api, emisi dan perkara yang berkaitan,” katanya lagi.

    Beliau turut berkata, seperti keselamatan, ia memiliki tiga tahap penyelenggarannya iaitu pelindungan, pencegahan dan ramalan. Tahap pertama bagi penyelenggaran iaitu perlindungan, di mana ia dilindungi dari perkara yang merosakkan termasuk kepanasan melampau. Tahap kedua pula, pencegahan, ini termasuk rutin penyelenggaran bagi membantu mengelakkan enjin menjadi rosak.

    Manakala tahap ketiga pula, penyelenggaran ramalan atau kognitif, di mana Proton sedang mencari implementasinya bagi kenderaan akan datang. Rashid juga berkata enjin baharu ini boleh digunakan pada masa yang datang dengan mengamalkan kaedah Condition Based Maintenance (CBM). Dengan kaedah ini, kereta terbabit akan dianalisa bagi mengetahui keadaan sebenarnya bagi menukar minyak enjin, daripada bergantung pada kitaran tetap.

     
     
  • Toyota Rush 2016 diperkenalkan di Indonesia

    2016-Toyota-Rush-Indonesia-01_BM

    Toyota Rush, yang menerima penambahbaikan di Indonesia pada Mac tahun lalu (April di Malaysia), kini menerima versi 2016 pula. Imej yang diperoleh dari laman web jualan di Indonesia, menunjukkan ia didatangkan dengan versi TRD Sportivo bagi SUV bajet.

    Menurut laporan tempatan, Toyota akan memperkenalkan Rush TRD Sportivo 7 dan versi tertinggi Rush TRD Sportivo Ultimo tiga barisan dari tujuh-tempat duduk, sementara Rush G pula masih diteruskan dengan dua barisan/lima-tempat duduk. TRD Sportivo terbaharu ini akan menerima jaluran merah di atas gril dan juga pelekat pada bahagian sisi serta penutup tayat simpanan. Manakala Ultimo dilihat turut dilengkapi dengan rim baharu yang lebih sporty.

    2016-Toyota-Rush-Indonesia-02_BM

    Malah ia juga didatangkan dengan set suspensi TRD Sportivo (penyerap hentak dan gegelung) yang lebih lembut dan lebih selesa berbanding suspensi standard. Mungkin ciri ini bertentangan dengan TRD Sportivo = sporty = teguh, jadi ini mungkin keunikan bagi pembeli di Indonesia.

    Perubahan ini dilakukan mungkin setelah Toyota Astra Motor melihat sambutan terhadap pengenalan Honda BR-V, SUV tujuh-tempat duduk berdasarkan Mobilio di Indonesia. Sejak 23 Januari, sebanyak 1,000 unit BR-V telah pun diserahkan kepada pemiliknya.

    GALERI: Toyota Rush facelift di Malaysia

     
     
  • Proton naikkan harga semua model – mulai 15 Feb ini

    Proton_Iriz_002_BM

    Proton telah mengumumkan kenaikan harga bagi kesemua modelnya mulai 15 Februari 2016 ini. Ia melibatkan kenaikan antara RM312 sehingga RM2,021 bergantung pada varian modelnya. Kenaikan harga ini tidak dapat dielakkan berikutan kejatuhan ringgit memandangkan kebanyakan bahan mentah dibeli dalam mata wang asing. Malah kelemahan ringgit turut memberikan kesan terhadap kos operasi dan keseluruhan sistem rantaian syarikat.

    Senarai penuh harga baharu akan dipaparkan di laman web Proton apabila ia bermula kelak.

    Bagi menyerap impak akibat kesan kejatuhan ringgit, sejak Ogos 2015 lalu, Proton telah melakukan pelbagai usaha termasuklah mengurangkan kos operasi dan rasionalisasi operasi yang diperlukan. Malah impak ini bukan setakat dirasai oleh Proton tetapi boleh dikatakan keseluruhan industri.

    Para pelanggan yang berhajat untuk membeli kenderaan baharu disarankan mengunjungi mana-mana bilik pameran Proton untuk mengambil peluang promosi sempena Tahun Baru Cina yang sedang dijalankan. Kadar faedah sebanyak 2.8% dikenakan untuk semua kereta Proton dan juga skim graduan dengan bayaran bulanan dari RM258 sebulan turut ditawarkan. Bukan itu sahaja, rebat tunai sehingga RM6,200 bagi model 2015 terpilih dan 30% bagi cenderahati juga ditawarkan. Promosi ini hanya sah sehingga 31 Mac ini.

     
     
  • LPT kawasan paling kerap kemalangan di Pahang

    LPT

    Polis Pahang telah mengenal pasti 30 kawasan yang sering berlaku kemalangan di negeri tersebut dengan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) mencatat jumlah kawasan paling tinggi.

    Sehubungan itu, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Sharifuddin Abd Ghani berkata sempena perayaan Tahun Baru Cina ini, semua kawasan itu akan diberi tumpuan pada Op Selamat 8 yang bermula hari ini hingga 16 Februari depan, dalam usaha mengurangkan kemalangan melalui penguatkuasaan secara menyeluruh.

    “Objektif operasi adalah bagi memberi kesedaran dan menanam nilai murni kepada pengguna jalan raya supaya mengutamakan aspek keselamatan termasuk ketika meninggalkan rumah untuk pulang bercuti,” katanya.

    Menurutnya antara tumpuan utama penguat kuasa pada operasi kali ini ialah kesalahan berkaitan had laju, memotong di dua garisan berkembar dan melanggar lampu isyarat, dengan kesemua kesalahan itu akan dikenakan kompaun maksimum RM300 dan tidak boleh dikurangkan.

    Sharifuddin berkata statistik kemalangan dalam Op Selamat 4 (2014) dan Op Selamat 6 (2015) sempena Tahun Baru Cina lepas menunjukkan peningkatan kes kemalangan daripada 770 kes kepada 787 kes.

    Katanya kes kemalangan maut juga meningkat daripada 12 kes melibatkan 13 kematian pada Op Selamat 4 kepada 14 kes dengan 15 kematian pada Op Selamat 6.

    “Jumlah saman yang dikeluarkan turut meningkat kepada 18,373 kes (Op Selamat 6) berbanding 13,408 kes (Op Selamat 4),” katanya.

    Sementara itu, katanya, di LPT tujuh kawasan direkodkan sering berlaku kemalangan iaitu di Kilometer (KM) 203 hingga 204, KM208 hingga 209, KM211.9, masing-masing di kawasan Kuantan, manakala di Maran ialah di KM182 hingga KM183 dan KM159 hingga KM162.

    Di Temerloh pula, kawasan LPT yang terlibat ialah di KM95 hingga KM105 dan KM117 hingga 118.

    Selain LPT, kawasan lain yang sering dicatatkan berlaku kemalangan ialah Kuantan, Rompin, Maran, Temerloh dan Jerantut masing-masing tiga kawasan, Pekan, Bentong dan Bera (dua) manakala Raub dan Lipis pula satu.

     
     
  • Enjin GDI/TGDI baharu Proton – mengapa kini timing chain jadi pilihan setelah lama timing belt digunakan?

    Satu lagi elemen besar yang turut membawa perubahan kepada barisan enjin baharu Proton ialah penggunaan timing chain, bagi menggantikan timing belt yang telah digunakan sejak pengeluar kereta nasional ini mula rebadged model Mitsubishi. Kami tahu pastinya anda sudah lama mahukan Proton menggunakan timing chain, bukannya baru sekarang kan?

    Alasan mengapa ia mengambil masa yang lama, menurut Ketua Pegawai Teknikal Proton Abdul Rashid Musa, ini adalah kerana ia telah digunakan oleh Mitsubishi, di mana Proton telah mempelajari bagaimana hendak merekabentuk dan membangunkan enjin, yang menggunakan timing belt sejak sekian lama dan Proton telah turut ikut sama. Bahkan Rashid juga mengakui permintaan pasaran dan aliran teknologi terkini telah mendorong Proton untuk melakukan perubahan ini.

    Sebagai kelebihan, Rashid berkata, mereka telah banyak belajar tentang kebolehpercayaan sebenar dan keupayaan servis, di mana timing chain lebih cenderung untuk tahan lebih lama, malah dengan penyelenggaraan yang begitu minima. Walau bagaimana pun, beliau menambah, anggapan orang ramai terhadap Proton kerana menggunakan teknologi lama memang telah lama diperkatakan namun syarikat ini memerlukan masa untuk meneliti sesuatu perkara sebelum membuat perubahan. Memang masih ada lagi jenama lain yang menggunakan timing belt, namun ia tidak dianggap suatu yang serius seperti mana yang Proton hadapi.

     
     
  • Mitsubishi Pajero Sport SUV baharu dilancarkan di Indonesia – enjin 2.4L baharu dan 2.5L lama

    Pajero-Sport-Indonesia-03_BM

    Mitsubishi Pajero Sport telah pun dilancarkan di Indonesia pada minggu lalu, selepas beberapa bulan Triton baharu melakukan penampilan perdana di peringkat dunia di Thailand pada Ogos 2015. Pajero Sport baharu ini tampil bagi memberikan persaingan sengit buat Toyota Fortuner SUV yang dibangunkan berdasarkan model pikap Hilux, di Indonesia. Kami menjangkakan kedua-dua SUV ini akan tiba ke pasaran Malaysia pada tahun ini.

    Pajero Sport ini didatangkan dengan enjin baharu 2.4 liter turbodiesel yang turut didapati pada Triton di Thailand, dengan kuasa 181 PS dan tork 430 Nm pada 2,500 rpm. Unit yang dilengkapi dengan 4N15 MIVEC VGT ini turut dipadankan dengan transmisi automatik lapan-kelajuan dengan mod manual dan pedal penukar gear.

    Penjana kuasa ini juga adalah untuk spesifikasi bagi Indonesia Dakar 4X4 dan Dakar 4X2 – Exceed 4X2 dan GLX 4X4 MT dengan unit 4D56 2.5 liter bersama kuasa 136 PS/324 Nm. Ia turut dipadankan dengan transmisi auto lima-kelajuan (Exceed) atau manual (GLX) untuk enjin turbodiesel yang besar dan lama.

    Pajero-Sport-Indonesia-04_BM

    Sistem Super Select 4WD-II turut ditampilkan pada Dakar 4X4. Malah sistem AWD kini turut didatangkan dengan Off-Road Mode (kerikil, lumpur/salji, pasir, batu) dan butang pemilihan pacuan yang menggantikan tuil kawalan yang lama.

    SUV ini juga dipadankan dengan suspensi double wishbone pada bahagian hadapan dan tiga sambungan jenis gandar tegar, dengan lingkaran gegelung di sekeliling. Empat cakera brek pengudaraan bagi Dakar dan dram di belakang bagi Exceed dan GLX.

    Versi Dakar turut ditampilkan dengan rim dua-ton 18-inci dengan tayar 265/60 (265/70 R16 untuk yang lain-lain), lampu utama LED dengan lampu nyalaan siang (DRL), bumbung matahari, kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin, brek parkir elektronik, penghawa dingin dua-zon automatik, tempat duduk balutan kulit, dua tweeter tambahan (keseluruhannya enam speaker), bantuan mula mendaki dan kawalan kestabilan. Malah ini kali pertama ia turut dilengkapi kekemasan kayuan.

    Pajero-Sport-Indonesia-06_BM

    Bagi sistem multimedia, model teratas Dakar 4X4 dilengkapi dengan sistem 2DIN tujuh-inci dengan navigasi dan paparan pandangan sekeliling. Manakala Dakar 4X2 dan Exceed menerima unit 6.5-inci dengan navi dan kamera undur.

    Pajero Sport baharu ini boleh didapati dengan lima pilihan warna iaitu Deep Bronze Metallic, Titanium Grey Metallic, Sterling Silver Metallic, White Pearl dan Black Mica. Dan turut menampilkan beberapa elemen tambahan termasuk spoiler belakang, kekemasan paip ekzos, serta hiasan pada bahagian atas dan bawah. Harga bagi pasaran Indonesia bermula Rp.446 juta hingga Rp.623 juta (RM135,765 hingga RM190,266).

     
     
  • Adakah enjin GDI/TGDI yang sedang dibangunkan oleh Proton ini boleh menggunakan Euro 2M RON 95?

    Proton-CTO-Abdul-Rashid-Musa-interview-4_BM

    Proton telah pun mengumumkan enjin baharu GDI dan TGDI yang sedang dibangunkan untuk model-model kenderaannya menjelang akhir 2017. Walau pun spesifikasi teknikal enjin ini banyak diperkatakan, apakah jenis bahan api yang boleh digunakan oleh kebuk pembakarannya? Persoalannya di sini, adakah bahan api sedia ada di Malaysia ini boleh digunakan oleh enjin Proton yang akan datang?

    Teknologi suntikan terus bahan api petrol agak sensitif apabila dikaitkan dengan kualiti bahan api. Penggunaan yang berkualiti rendah, bahan api api yang memiliki sulfur yang lebih tinggi akan mencemarkan penukar pemangkin yang lebih canggih yang digunakan pada enjin GDI baharu ini. Di mana enjin tanpa pancitan pembakaran moden sememangnya menghasilkan pencemaran nitrus oksida (NoX) yang lebih tinggi, sekali gus mampu “meracuni” dan adalah tidak berguna.

    Di Malaysia, pengguna mempunyai beberapa jenis petrol yang berlainan iaitu Euro 2M RON 95, Euro 4M RON 97 dan Euro 4M RON 100. Namun majoriti pengguna di Malaysia ini memilih Euro 2M RON 95 yang lebih mampu milik, namun adakah ia mampu memberikan implikasi terhadap enjin baharu Proton? Menurut Ketua Pegawai Teknikal Proton Abdul Rashid Musa, yang ditemubual secara eksklusif oleh paultan.org baru-baru ini memberikan jawapan mengenainya, Euro 2M RON 95 mampu digunakan bagi barisan enjin baharu ini.

    Proton juga telah meneruskan perbincangan dengan rakan pembangunan, Ricardo mengenai keperluan RON bagi enjin ini dalam beberapa pasaran berbeza. Sekiranya enjin GDI/TGDI Proton ini mencukupi syarat Euro 6C, maka ia boleh dieksport ke negara lain mengikut apa yang telah direncanakan.

    Proton-new-engine-tests-1

    Rashid turut menambah, ada sesetengah pasaran yang menggunakan bahan api yang berkualit rendah, namun syarikat ini akan terus menggunakan enjin VVT sedia ada. “Ini sebabnya mengapa kami masih mengekalkan enjin VVT,” katanya. “Malah terdapat sesetengah pasaran di Timur Tengah yang masih menggunakan RON 82.”

    “Ada kepelbagaian dalam pasaran. Negara-negara membangun mungkin tidak mempunyai kualiti bahan api itu, jadi kami tidak mungkin menggunakan teknologi enjin yang tinggi dalam pasaran berkenaan, walau pun juga di Malaysia. Tetapi pada masa ini, enjin kami boleh menggunakan serendah RON 88 dan sehingga RON 105,” katanya.

    Sebagai konklusi, adakah ia perlu dirisaukan? Sudah tentu tidak. selain fakta yang enjin ini mampu menggunakan Euro 2M RON 95, pengeluaran pertama enjin baharu ini hanya dijadualkan masuk ke pasaran pada 2018, manakala Euro 4 RON 95 pula diwartakan untuk dijual di Malaysia mulai Oktober 2018.Jadi, enjin baharu ini sudah pasti tidak menimbulkan sebarang isu buat para pengguna.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.47 (0.00)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.20
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.15 (0.00)
EURO 5 B7 RM2.35 (0.00)
Last Updated May 02, 2024