Proton Satria Neo lima-pintu? Lakaran digital bayangan untuk pengganti hatchback Suprima S

Proton Satria Neo lima-pintu? Lakaran digital bayangan untuk pengganti hatchback Suprima S

Dua minggu lalu, pakar manipulasi automotif tempatan Theophilus Chin hadir dengan lakaran bayangan digital Proton Satria Neo generasi baharu – ramai betul yang teruja dengan imej tersebut. Menerusi komen yang dilihat dalam pelbagai media sosial, ramai juga bertanya mengapa tidak hasilkan Satria dalam versi lebih praktikal dengan diberikan pintu belakang?

Nah ini dia, Theo tunaikan permintaan anda – ini mungkin rupa Satria Neo generasi baharu yang dihasilkan dalam versi lima-pintu, dan mungkin juga boleh menggantikan tempat Proton Suprima S! Seperti juga imej sebelum ini, Theo masih menggunakan Lynk & Co 02 hatchback sebagai asas, iaitu hot hatch terbaharu dari divisi mewah Geely.

Disebabkan pada lakaran Satria Neo tiga-pintu sebelum ini Theo ada melakukan sedikit perubahan terhadap bentuk garis bumbung, dia merubah semula bentuk tingkap dan pintu versi berkenaan untuk dijadikan versi lima-pintu, dan tidak mengambil terus rekaan Lynk & Co 02 walaupun model tersebut sudah sememangnya mempunyai pintu belakang.

Kemudian muka Satria Neo generasi baharu yang dihasilkan dari muka Geely Emgrand S yang digandingkan dengan gril infinite weave dari Proton Iriz Active turut dibawa kepada versi baharu ini. Manakala di belakang, panel lampu yang diambil dari sedan premium Geely Xing Rui/Preface, bersama skrip ‘Geely’ turut ditukar kepada ‘Proton’ masih dikekalkan, tetapi plat nombor pendaftaran telah di bawa ke pintu tailgate, sama seperti Proton Satria facelift generasi pertama (1996-2005) dan juga Satria Neo asli.

Proton Satria Neo lima-pintu? Lakaran digital bayangan untuk pengganti hatchback Suprima S

Kali ini, Theo turut menghasilkan lakaran bayangan kabin Satria Neo generasi baharu tersebut. Untuk itu, kokpit Lynk & Co 02 dijadikan sebagai asas, tetapi telah ‘diterbalikkan’ kerana model berkenaan tidak dihasilkan dalam versi pemanduan sebelah kanan.

Dengan begitu teliti, setiap perincian yang terbalik seperti tuil suis di belakang stereng, pedal, dan suis-suis kawalan lain turut dibetulkan bagi kelihata real. Kemudian paparan antara muka pada skrin infotainmen, paparan meter digital dan juga logo Proton pada stereng turut diambil dari kabin Proton X50.

Dari segi mekanikal, Proton mungkin boleh membina asas Satria Neo baharu ini menggunakan platform BMA, iaitu asas yang sama digunakan pada Proton X50. Ini kerana sebelum ini, Geely telah mengumumkan bahawa Proton kini diberikan kebenaran menggunakan platform BMA berkenaan untuk membangunkan model-model sendiri di Malaysia.

Platform modular tersebut boleh dijadikan asas bukan sahaja SUV, malah apa sahaja badan model segmen-B termasuk hatchback dan sedan dengan jarak roda antara 2,550 mm dan 2,700 mm, manakala lebar trek roda pula antara 1,500 mm sehingga 1,600 mm.

Proton Satria Neo lima-pintu? Lakaran digital bayangan untuk pengganti hatchback Suprima S

Rangkaian kuasa? Sudah tentu enjin 1.5 liter tiga silinder turbo dan juga kotak gear klac berkembar automatik DCT tujuh-kelajuan sama seperti X50 boleh dimuatkan dalam Satria Neo baharu ini tanpa masalah.

Bercakap tentang enjin, baru-baru ini Proton ada memberitahu kami bahawa R&D untuk enjin Campro VVT sudahpun tamat, manakala model-model yang akan dibangunkan secara tempatan selepas ini akan menggunakan enjin 1.5 liter Turbo tiga selinder berkenaan.

Selain dari versi dengan sistem suntikan bahan api terus (T-GDI), enjin yang dibangunkan bersama oleh Geely dan Volvo tersebut turut dihasilkan dalam versi sistem suntikan bahan api pelbagai titik (PFI), dan ia digunakan buat pertama kali pada Proton X50 dalam varian Premium dan ke bawah. Menurut Proton, versi yang menjana 150 PS/226 Nm berkenaan (berbanding 177 PS/255 Nm pada versi T-GDI) akan turut digunakan pada model-model pembangunan tempatan akan datang.

Malah enjin yang dikenali sebagai GEP3 tersebut turut telah dirancang untuk dihasilkan di kilang Proton Tanjung Malim, dan sudah ada vendor tempatan yang dilantik bagi menghasilkan pelbagai komponen dalaman bagi enjin tersebut.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • Anonymous Coward on Sep 22, 2021 at 11:32 am

    As a current owner of a Suprima S… yes, please.

    Even though I’m very unhappy with the Suprima due to various QC issues, this thing is gorgeous.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required