Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • TGR Festival Vios Challenge Musim ke-7, pusingan pertama; pelumba muda terus kuasai perlumbaan!

    TGR Festival Vios Challenge Musim ke-7, pusingan pertama; pelumba muda terus kuasai perlumbaan!

    Perlumbaan one-make Vios Challenge untuk Toyota Gazoo Racing Festival bagi musim ketujuh sudahpun bermula hujung minggu lalu, dengan pusingan pertama berlangsung di Litar Antarabangsa Petronas Sepang pada 9 hingga 11 Ogos 2024. Selain dari menggunakan jentera generasi baharu Vios NGC102 sebagai asas kereta lumba, perlumbaan kali ini juga menyajikan format yang berlainan dari musim lalu.

    Perlumbaan ini berlangsung sekali dengan beberapa perlumbaan premier lain seperti Malaysia Championship Series (MCS), dan oleh itu di menggunakan sepenuhnya litar Sepang, berbanding hanya menggunakan separa litar sebelah utara untuk musim-musim sebelum ini.

    Bermula musim ini juga tiada lagi kategori Promotional untuk selebriti-selebriti tempatan berlumba, dan ia hanya menampilkan tiga kategori iaitu kelas Sporting yang disertai pelumba amatur, kelas Super Sporting menyaksikan pertarungan antara pelumba professional dan juga kelas TGR Rookie yang menampilkan pelumba-pelumba muda yang telah menamatkan kelas dalam kumpulan ke-4 program pembangunan pelumba muda Gazoo Racing Malaysia.

    Ketiga-tiga kategori ini dilepaskan serentak dalam satu perlumbaan, oleh itu masa perlumbaan juga bertambah di mana pelumba perlu bertahan selama sejam. Sama seperti musim sebelum ini, setiap pusingan akan menyajikan dua perlumbaan iaitu Race 1 pada hari Sabtu dan Race 2 diadakan pada hari Ahad.

    RACE 1

    Kelas Super Sporting

    TGR Festival Vios Challenge Musim ke-7, pusingan pertama; pelumba muda terus kuasai perlumbaan!

    Naquib Azlan dari pasukan Axle Sport memulakan perlumbaan ini di petak pertama, dan selepas selekoh pertama Naquib terus memimpin perlumbaan dan menjarakkan diri dari kelompok kedua yang menyaksikan persaingan antara Mitchell Cheah, Tengku Djan, Freddie Ang dan Nabil Azlan.

    Sementara Naquib selesa berada di hadapan, Tengku Djan juga berjaya mempertahankan kedudukan tempat kedua sehingga tamat perlumbaan, namun tindakan yang dibuat oleh Nabil di lap terakhir untuk memotong Mitchell dan Ang membolehkan dia berada di podium ketiga.

    “Saya sentiasa merasakan bahawa saya layak untuk berada dalam sukan dan kategori ini. Saya tahu apa yang saya mampu. Ini adalah keputusan yang baik dan ia pasti akan merangsang momentum. Saya hanya akan fokus untuk setiap perlumbaan yang datang,” kata Naquib yang bermula sebagai pemandu simulator dan kini beraksi buat musim kedua dalam kelas Super Sporting. Pelumba yang baru berumur 24 tahun ini juga merupakan juara kelas Rookie pada 2021 dan juara kelas Sporting pada 2022.

    Kelas Sporting

    TGR Festival Vios Challenge Musim ke-7, pusingan pertama; pelumba muda terus kuasai perlumbaan!

    Untuk kategori ini Shafiq Samsudin dari pasukan Race Rally KL berjaya menamatkan perlumbaan di tempat pertama. Manakala tempat kedua dimenangi oleh pelumba dari Thailand yang baru berumur 16-tahun, Panithan Rakpaibulsombut yang membolehkannya menjadi pelumba antarabangsa pertama yang menaiki podium dalam perlumbaan ini. Tempat ketiga pula adalah milik pelumba yang telah lama bertanding dalam kategori ini iaitu Kenneth Koh dari pasukan PCM Group Racing Team.

    “Ini merupakan perlumbaan yang agak sukar memandangkan kami semua perlu membiasakan diri dengan kereta baharu ini, tetapi dengan latihan yang cukup pada hujung minggu ini saya dapat menyesuaikan diri dengan cepat. Terdapat banyak lagi yang perlu dipelajari tentang kereta baru dan tayar musim ini terutamanya dengan perbezaan nisbah gear, sistem brek dan tahap cengkaman tayar. Ia adalah berkenaan bagi mendapatkan persediaan yang betul untuk kereta dan kami akan mencapainya dengan lebih banyak masa memandu,” kata Shafiq.

    Kelas Rookie

    TGR Festival Vios Challenge Musim ke-7, pusingan pertama; pelumba muda terus kuasai perlumbaan!

    Perlumbaan pertama untuk kumpulan baharu pelumba muda ini dimenangi oleh pelumba kart profesional yang berumur 18-tahun, Adam Mikail. Dia menewaskan dua lagi pelumba kart rekreasi iaitu Brandon Ho yang berumur 22 tahun dan Amirul Afiq yang juga baru berumur 18 tahun.

    RACE 2

    Kelas Super Sporting

    TGR Festival Vios Challenge Musim ke-7, pusingan pertama; pelumba muda terus kuasai perlumbaan!

    Dua pelumba pasukan Laser Motorsport iaitu Putera Adam dan Eddie Lew memulakan perlumbaan di grid paling hadapan. Namun selepas kedudukan pertama dan kedua saling bertukar antara dua pelumba ini, akhirnya Mitchell Cheah berjaya berada di tempat pertama pada lap ke-enam, dan secara perlahan-lahan menjarakkan diri dari kelompok kedua serta memimpin perlumbaan sehingga tamat dałam keadaan litar yang masih basah berikutan hujun yang turut sebelumnya.

    “Saya dapat perlumbaan yang hebat hari ini. Hadir ke Race 2 hari ini saya sangat yakin kerana keadaan (perlumbaan basah) dan saya tahu apa yang perlu saya lakukan tetapi ia mengambil masa lebih lama daripada yang dijangkakan untuk menjarakkan diri dari pertempuran sengit untuk kedudukan trek, kami bermula dengan trek yang hampir basah sepenuhnya akibat hujan awal dan apabila perlumbaan berlangsung, keadaan menjadi lebih baik dan saya perlahan-lahan menjarakkan kedudukan sebagai pendahulu perlumbaan,” kata Cheah yang juga juara kelas Sporting untuk musim lalu.

    Namun Naquib yang berada di kelompok belakang juga berjaya melakukan keajaiban dengan berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua diikuti Freddie Ang dari pasukan Telagamas. Ini membolehkan Naquib menjadi juara keseluruhan untuk pusingan pertama ini dan membawa pulang hadian wang tunai berjumlah RM16,000.
    Kelas Sporting

    TGR Festival Vios Challenge Musim ke-7, pusingan pertama; pelumba muda terus kuasai perlumbaan!

    Manakala dalam kelas Sporting, Kenneth Koh sekali lagi menjejakkan kaki ke podium untuk Race 2, dan kali ini sebagai juara. Ini membolehkan Kenneth mendahului kejuaraan untuk kelas ini dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM14,000.

    “Ia adalah perlumbaan yang sangat sukar kerana keadaan licin tetapi apabila trek kering saya berjaya menjarakkan diri. Secara keseluruhan, kereta terasa baik dan saya sangat gembira dengan bagaimana perlumbaan hujung minggu berlalu,” kata Koh.

    Kejayaan ini juga mengembalikan keyakinan kepada Koh setelah terpaksa menempuh waktu sukar sebelum bermulanya perlumbaan musim ini, di mana jentera Vios yang baru diterima bulan lalu terlibat dalam kemalangan dalam sesi ujian pra-musim yang dibuat oleh memandu lain. Ini menyebabkan pasukannya terpaksa membaiki kereta yang rosak teruk pada bahagian hadapan tersebut dalam masa tak sampai sebulan.

    Kelas Rookie

    TGR Festival Vios Challenge Musim ke-7, pusingan pertama; pelumba muda terus kuasai perlumbaan!

    Apa yang menarik, keputusan untuk Race 2 Kelas Rookie ini sama seperti Race 1 di mana Adam Mikail berada di tempat pertama, diikuti oleh Brandon Ho dan Amirul Afiq. Malah Adam turut menunjukkan prestasi yang cukup baik dengan menghabiskan perlumbaan di tempat ke-10 secara keseluruhan dari 33 kereta, malah turut berada di hadapan beberapa pelumba kelas Sporting.

    “Dengan kemenangan semalam, saya perlu membawa 20 kg berat ballast tambahan dalam kereta, dan dengan format grid terbalik saya turut perlu bermula pada petak paling belakang. Saya agak bimbang sama ada saya akan dapat melepasi kereta hadapan tetapi saya mempunyai rentak yang baik ketika perlumbaan dan saya terkejut apabila perlumbaan berlangsung saya mendapati diri saya bercampur dengan pemandu kelas Sporting,” kata Adam.

    Secara keseluruhan perlumbaan pusingan pertama musim ke-tujuh ini menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM110,000. Pusingan kedua nanti akan diadakan pada 27 hingga 29 September, manakala pusingan terakhir akan berlangsung pada 3 hingga 5 Januari 2025 dan ia akan dibuka kepada orang ramai dan disertakan dengan pelbagai acara menarik termasuk hiburan serta aktiviti rekreasi dan keluarga.

     
     
  • Perodua Ativa facelift dari imej Toyota Crown Sport

    Perodua Ativa <em>facelift</em> dari imej Toyota Crown Sport

    Sudah lebih tiga tahun Perodua Ativa dilancarkan di sini sejak 2021, dan sudah sampai waktu yang sepatutnya untuk model berkenaan diberikan facelift. Tambahan pula kembarnya, Daihatsu Rocky/Toyota Raize pula dilancarkan pada 2019.

    Myvi facelift misalnya diperkenalkan empat tahun selepas model generasi ketiganya diperkenalkan, sementara Bezza facelift pula tiba selepas tiga setengah tahun versi asalnya diperkenalkan. Kini, pereka Theophilus Chin menawarkan bayangannya terhadap Ativa facelift dengan perubahan yang ketara.

    Versi bayangan digital ini meminjam banyak ilham daripada Toyota Crown Sport, dengan menerapkan rekaan luarannya kepada Ativa ini, dan mengekalkan bahagian kacanya termasuk cermin depan, tingkap dan bumbung. Tema warna merah/hitam Crown Sport juga dipinjam.

    Wajah depannya sebahagian besar juga dari Crown Sport, dan disesuaikan kepada bentuk Ativa yang lebih tinggi dan kurus, termasuklah untuk bahagian bukaan udara dan perumah lampu kabus. Rekaan bagi lampu pula melibatkan rekaan terpisah dengan bahagian atasnya tidak disertakan dan diganti dengan gril dan lampu yang lebih lazim.

    Perodua Ativa <em>facelift</em> dari imej Toyota Crown Sport

    Begitu juga di belakang yang dengan ketara meminjam unsur reka bentuk dari Crown Sport — dari lampunya, panel bukaan udara, bampar belakang serta kedudukan plat. Dari sisi, bentuk panel pintu, kemasan bawah serta cladding tayarnya diambil dari Crown Sport tetapi disesuaikan dengan keseimbangan bentuk pada Ativa.

    Yang terkini, versi Perodua Ativa dengan kemaskini dan peningkatan dilihat pada Ogos tahun lalu, ketika sebuah Daihatsu Rocky dengan kelengkaan bantuan pemandu dipertingkat pernah dilihat di Dengkil, Selangor. Selain kemaskini kit ADAS, rupa bentuk Rocky berkenaan kekal sama.

    Perodua Ativa ketika ini dijual pada harga dari RM62,500 untuk kemasan X, sehingga RM73,400 bagi versi yang paling tinggi AV dengan skim dwi-warna.

     
     
  • Polis beri 50% diskaun saman pada 15-17 Ogos dalam program Madani Zon Selatan 2024 di UTM Skudai, JB

    Polis beri 50% diskaun saman pada 15-17 Ogos dalam program Madani Zon Selatan 2024 di UTM Skudai, JB

    Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bakal menawarkan diskaun saman trafik sebanyak 50% pada 15 hingga 17 Ogos 2024. Ia adalah sempena program Madani Rakyat Zon Selatan 2024 yang akan berlangsung di Dataran UTM, Skudai, Johor Bahru.

    Seperti amalan sebelum ini, pemberian diskaun saman ini tidak ditawarkan untuk kesalahan seperti saman lampu isyarat merah, saman menggunakan lorong kecemasan, saman memotong secara berbahaya dan saman memotong di garisan kembar

    Ini termasuk juga dengan saman Kemalangan, saman Non Compund (NC), saman bicara mahkamah, saman melibatkan lori, saman ubahsuai ekzos dan saman Ops Selamat tahun semasa.

    Jadi, jika anda berada di Johor Bahru atau daerah sekitarnya pada tarikh berkenaan, jangan lupa ambil peluang ini untuk mendapatkan kadar diskaun bagi saman trafik terpilih. Sila lunaskan tunggakan saman yang ada bagi mengelakkan nama disenarai hitam atau disekat untuk pembaharuan cukai jalan atau lesen memandu.

    Bagi yang merancang untuk ke program berkenaan, pihak urus setia menyediakan surau, tandas dan trak makanan selain lebih 1,000 lot tempat letak kereta dan bas ulang-alik yang akan memudahkan pengunjung ke lokasi program. Selain itu, banyak aktiviti menarik bakal diadakan, termasuklah penukaran topi keledar yang dianjurkan oleh Kementerian Pengangkutan.

     
     
  • Volvo EX30 2024 bakal dilancar di Malaysia tak lama lagi; SUV EV kompak 428 PS, laman ROI sudah dibuka

    Volvo EX30 2024 bakal dilancar di Malaysia tak lama lagi; SUV EV kompak 428 PS, laman ROI sudah dibuka

    Selepas ia dilihat dibawa oleh trak pengangkut bulan lalu, hari ini Volvo Cars Malaysia (VCM) secara rasmi memberitahu bahawa SUV EV kompak terbaharu dari jenama Sweden itu iaitu EX30 bakal dilancarkan pada pasaran tempatan tidak lama lagi. Serentak dengan itu, VCM turut menyediakan satu laman mikro khas di laman sesawang rasminya bagi membolehkan pelanggan yang berminat dengan EX30 ini untuk mendaftarkan minat (ROI) di situ.

    Volvo EX30 ini merupakan SUV EV paling kecil ditawarkan oleh Volvo, didedahkan pada peringkat global Jun tahun lalu, dan pada separuh pertama tahun ini sahaja sebanyak 48,000 unit EX30 telah terjual di seluruh dunia. Model ini dijangka akan terus diperkenalkan dalam versi pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia, di mana unit-unit yang dilihat dibawa oleh lori pengangkut tempoh hari berkemungkinan merupakan unit-unit yang bakal dieksport keluar menerusi Pelabuhan Klang selepas ia disiapkan oleh kilang Volvo di Shah Alam.

    EX30 ini sudahpun dilancarkan di Thailand pada September tahun lalu, ditawarkan dalam tiga varian. Dua varian paling rendah iaitu Core Single Motor Extended Range dan Ultra Single Motor Extended Range digerakkan hanya dengan sebuah motor elektrik berkuasa 272 PS/343 Nm yang hanya memacu roda belakang.

    Volvo EX30 2024 bakal dilancar di Malaysia tak lama lagi; SUV EV kompak 428 PS, laman ROI sudah dibuka

    Manakala varian tertinggi Ultra Twin Motor Performance pula diberikan dua motor elektrik masing-masing memacu gandar hadapan dan belakang, memberikan kebolehan sistem pacuan roda pada SUV ini dengan kuasa keseluruhan 428 PS dan tork maksima 543 Nm.

    Namun ketiga-tiga varian berkenaan menampilkan bateri nikel mangan kobalt (NMC) berkapasiti 69 kWj. Ini membolehkan model dengan motor tunggal bergerak sejauh 480 km dalam kitaran ujian WLTP, manakala model dengan dua motor yang lebih pantas pula boleh bergerak sejauh 460 km dengan satu cas penuh bateri.

    Bateri berkenaan mampu menerima pengecas AC dengan input maksima 11 kW bagi membolehkan kuasa dipenuhkan dalam masa 7.5 jam. Manakala dengan pengecas pantas DC yang mampu menangani sehingga 153 kW pula membolehkan jumlah cas dipenuhkan dari 10-80% hanya dalam masa 26.5 minit.

    Volvo EX30 2024 bakal dilancar di Malaysia tak lama lagi; SUV EV kompak 428 PS, laman ROI sudah dibuka

    Model ini juga telah dilancarkan di Indonesia, tetapi ia hanya ditawarkan dalam versi motor tunggal pacuan belakang sahaja, namun hadir dengan dua jenis bateri berbeza. Varian asas yang digelar Plus di sana menawarkan bateri lithium logam fosfat (LFP) berkapasiti 51 kWj untuk jarak gerak 344 km. Manakala varian paling tinggi yang digelar Ultra Extended Range pula diberikan bateri NMC 69 kWj untuk jarak gerak sejauh 479 km.

    Masih belum ada bayangan spesifikasi EX30 yang ditawarkan di Malaysia kelak. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh VCM hari ini, hanya beberapa perincian yang disebut membayangkan ia akan diberikan pada model pasaran Malaysia nanti seperti sistem bantuan parkir baharu, antara muka sistem infotainmen yang intuitif dengan Google Built-in, sistem Pilot Assist yang dinaik taraf dan kesedaran sekeliling 360° yang lebih selamat dan dibantu oleh kamera, sensor dan radar.

    GALERI:Volvo EX30 di GIIAS 2024

     
     
  • Volkswagen Golf GTI Edition 50 di M’sia – edisi terhad ulangtahun ke-50, kit badan Oettinger, RM267,990

    Volkswagen Golf GTI Edition 50 di M’sia – edisi terhad ulangtahun ke-50, kit badan Oettinger, RM267,990

    Minggu lalu Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telahpun memperkenalkan model istimewa Volkswagen Golf GTI Edition 50 untuk pasaran tempatan, iaitu model edisi terhad yang dihasilkan sempena sambutan 50 tahun Golf GTI, selepas model generasi pertamanya muncul buat pertama kali di Frankfurt Motor Show 1975.

    Tak puas dengan hanya beberapa keping gambar rasmi yang disiarkan tempoh hari? Ini dia galeri penuh Golf GTI Edition 50 kami hidangkan untuk anda. Kemunculan model ini sebenarnya sudahpun diberitahu pada Mac lalu, tetapi tidak seperti Edition 50 untuk pasaran global yang sudahpun diasaskan dari model facelift Golf Mk8.5, model edisi terhad di Malaysia ini masih diasaskan dari Golf GTI Mk8 CKD yang dikilangkan di Pekan, Pahang.

    Bagi membezakan rupa model edisi terhad ini dengan GTI biasa, ia didatangkan khas dengan kit badan Oettinger secara standard. Kit tersebut terdiri dari spoiler bawah bampar hadapan, spoiler bumbung belakang dan juga diffuser bampar belakang, di mana kesemuanya dilayangkan dengan kemasan hitam.

    Volkswagen Golf GTI Edition 50 di M’sia – edisi terhad ulangtahun ke-50, kit badan Oettinger, RM267,990

    Selain itu ia juga diberikan cermin sisi dengan penutup berwarna hitam, emblem-emblem Edition 50 pada tiang-B kiri dan kanan, filem penapis haba “Edition 50” isitimewa serta filem pelekat badan dengan grafik diinspirasikan gril sarang lebah GTI pada bahagian bawah pintu.

    Golf GTI Edition 50 pasaran Malaysia ini hanya ditawarkan dalam dua warna badan iaitu Oryx White dan Moonstone Grey. Bagi melengkapkan rupanya, Golf edisi terhad ini juga dipadankan dengan set rim aloi 18-inci Pretoria dalam kemasan hitam berkilat yang disertakan sekali bersama penutup hab Dynamic “GTI” dan juga penutup injap pengisi angin aluminium VW Design.

    Manakala pada sebelah dalam kabin, perincian istimewa yang diberikan pada model edisi terhad ini adalah termasuk logo “50” pada bahagian bawah jejari tengah roda stereng, scuff plate sisi aluminium Edition 50, dan juga karpet kaki Edition 50.

    Volkswagen Golf GTI Edition 50 di M’sia – edisi terhad ulangtahun ke-50, kit badan Oettinger, RM267,990

    Selain dari itu, perincian lain untuk model ini adalah sama seperti Golf GTI Mk8 standard. Ia kekal dengan enjin 2.0 liter turbo empat silinder berkuasa 245 PS dan tork maksima 370 Nm, digandingkan dengan kotak gear klac berkembar automatik (klac basah) tujuh kelajuan, bagi memacu sepenuhnya roda hadapan.

    Manakala kelengkapan yang dibekalkan termasuk sistem bunyi premium 480-watt Harman Kardon dengan 10-pembesar suara, disambungkan kepada sistem infotainmen Discover Media dengan skrin 10-inci yang memberikan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay sambungan tanpa wayar.

    Untuk semua ini, Volkswagen Golf GTI Edition 50 dijual pada harga runcit yang disarankan RM267,990, termasuk Pakej Jaminan Volkswagen (VAP) yang turut disertakan sekali dengan pakej penyelenggaraan selama lima-tahun, waranti tanpa had perbatuan selama lima-tahun, serta bantuan tepi jalan juga selama lima-tahun.

    Walaupun diberitahu bahawa Golf GTI Edition 50 ini merupakan model edisi terhad, VPCM belum memperincikan berapa unit yang dihasilkan untuk dijual di pasaran tempatan. Ia sudahpun dipamerkan di pengedar-pengedar bertauliah Volkswagen bermula 17 Ogos ini, dan ia turut akan dipamerkan ketika berlangsungnya Golf Fan Fest di Litar Antarabangsa Sepang pada 24 Ogos nanti.

     
     
  • GAC GS3 Emzoom versi CKD dipasang di fasiliti Segambut – Premium-R berharga RM126,800

    GAC GS3 Emzoom versi CKD dipasang di fasiliti Segambut – Premium-R berharga RM126,800

    WTC Automotif (WTCA) telah mengumumkan pengenalan bagi GAC GS3 Emzoom pemasangan tempatan CKD, dengan unit pemanduan sebelah-kanan untuk pasaran Asia Tenggara. Sejak 10 Ogos lalu, WTCA tidak lagi menerima tempahan bagi unit import (CBU) dan pelanggan yang telah membuat tempahan CBU tetapi masih belum menerimanya boleh menukarnya kepada unit CKD.

    GAC GS3 Emzoom CKD akan ditawarkan dengan varian tunggal iaitu Premium-R dengan harga RM126,800. Ini bermakna, ia kurang RM2,000 berbanding unit CBU yang diumumkan ketika dilancarkan April lalu yang berharga atas jalan RM128,900 tanpa insurans, berserta varian Exclusive (RM118,900) yang kini tidak lagi ditawarkan.

    Untuk versi CKD ini, lima pilihan warna ditawarkan iaitu Salt Lake Blue, Asphalt Black, Superstar Silver, Graphite Grey, dan Frost White. Berbanding hanya empat pilihan untuk model CBU – melibatkan pertambahan warna baharu hitam, dan putih ditukar dari ‘Ivory’ kepada ‘Frost’.

    GAC GS3 Emzoom versi CKD dipasang di fasiliti Segambut – Premium-R berharga RM126,800

    Dilancarkan pada Mei 2023, projek pemacangan CKD WTCA-GAC ini menyaksikan pelaburan melebihi RM60 juta untuk menaiktaraf produksi dan fasiliti di kilang Tan Chong di Segambut. GS3 Emzoom CKD pertama dikeluarkan pada Februari, dan fasa pertama produksi bermula April, dan kini telah pun diproduksi sepenuhnya di kilang Segambut.

    “Sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan kami telah melepasi sasaran tempahan awal kami untuk unit CBU. Kami teruja untuk mengumumkan bahawa semua unit CBU telah habis dijual sepenuhnya. Kami juga menjangkakan bahawa GAC GS3 Emzoom CKD akan diterima dengan baik. Yakinlah, pasukan kami yang berdedikasi bekerja tanpa jemu untuk memenuhi tempahan anda dan meminimumkan tempoh menunggu,” kata Tan Keng Meng, Ketua Pegawai Eksekutif Warisan TC Holdings.

    Tambahnya, “WTCA akan merancang lebih banyak varian dan model untuk diperkenalkan di Malaysia dalam bentuk CKD, dan kami berharap untuk meluaskan lagi barisan produk kami.” WTCA juga mengedar model EV GAC Aion.

    GAC GS3 Emzoom versi CKD dipasang di fasiliti Segambut – Premium-R berharga RM126,800

    Syarikat itu turut mengumumkan tawaran eksklusif kepada mereka yang terpaksa menunggu iaitu melibatkan pelanggan dengan tempoh menunggu melebihi tiga bulan, serta mereka yang memilih untuk menukar tempahan CBU mereka kepada CKD, akan menerima lapisan cermin gelap percuma bernilai sehingga RM2,100.

    Ini adalah tambahan kepada perkhidmatan percuma setahun dan waranti lima-tahun/150,000 km. Selain itu, 2,000 pembeli pertama akan mendapat waranti tujuh-tahun/180,000 km untuk enjin dan penjana kuasa, serta jam tangan pintar.

    GS3 Emzoom merupakan SUV segmen-B yang berukuran 4,410 mm panjang, 1,850 mm lebar, 1,600 mm tinggi dan jarak roda 2,650 mm, iaitu 80 mm lebih panjang dan 50 mm lebih lebar berbanding Proton X50. Ia dikuasakan oleh enjin petrol 1.5T GDI generasi ketiga yang didakwa lebih berkuasa dan cekap tenaga. Janaan kuasanya ialah 177 PS pada 5,500 rpm dan 270 Nm pada 1,400 rpm-4,500 rpm. Kuasa ini disalurkan ke roda depan melalui transmisi automatik tujuh-kelajuan (7DCT) klac basah. Ia mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 8.0 saat

    GAC GS3 Emzoom 2024 Premium-R

     
     
  • Sebanyak 967 saman dikeluarkan, 29 kereta disita dalam operasi bersepadu malam minggu di KL – polis

    Sebanyak 967 saman dikeluarkan, 29 kereta disita dalam operasi bersepadu malam minggu di KL – polis

    Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah melaksanakan Operasi Bersepadu (Op Bersepadu) di Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak serta dan Bangsar, KL semalam. Operasi berkenaan dilaksanakan dari jam 11 malam hingga 5 pagi Ahad.

    Menurut Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob, dalam operasi tersebut, sebanyak 2,397 kenderaan diperiksa dengan 967 saman dikeluarkan oleh JSPT, JPJ serta JAS atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu serta ubah suai kenderaan, laporan Berita Harian.

    “Kami turut menyita 29 kereta kerana ubah suai struktur asal kenderaan selain menahan lapan individu berusia antara 18 hingga 28 tahun didapati positif dadah dan 13 individu berusia antara 18 hingga 50 tahun yang mabuk,” katanya selepas mengetuai operasi berkenaan di Jalan Tun Razak.

    Azry berkata, objektif utama tiga operasi iaitu Op Bersepadu, Op Tutup serta Op Mabuk dijalankan adalah untuk menjalankan pemeriksaan terhadap kenderaan bagi memastikan pengguna jalan raya terutama penunggang mematuhi undang-udang.

    “Operasi ini kerap dijalankan iaitu setiap minggu di sekitar pusat bandar selepas menerima aduan daripada orang awam berhubung kacau ganggu dengan bunyi bising (ekzos) serta aksi membahayakan pengguna jalan raya lain (samseng jalanan). Dalam operasi ini, pihak JAS ada membuat pemeriksaan bunyi ekzos dan mendapati banyak motosikal yang diubah suai melebihi tahap desibel bunyi ditetapkan,” katanya.

    Tambahnya, orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang dengan tidak membuat sebarang ubah suai pada kenderaan serta tidak terbabit dengan kegiatan samseng jalanan.

    “Orang ramai diminta sentiasa patuh terhadap arahan pihak berkuasa termasuk memberhentikan kenderaan untuk pemeriksaan ketika melalui sekatan jalan raya. Diingatkan mana-mana penunggang yang melakukan aksi seperti zig zag, Superman serta lain-lain boleh ditahan dan dituduh mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

     
     
  • Chery Omoda 5 2024 dapat penarafan lima-bintang dari ASEAN NCAP – catat keseluruhan markah 88.64

    Chery Omoda 5 2024 dapat penarafan lima-bintang dari ASEAN NCAP – catat keseluruhan markah 88.64

    Chery Omoda 5 2024 telah pun dianugerahkan penarafan lima-bintang dari ASEAN NCAP (Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara) menerusi protokol penilaian 2021-2025, dengan mencatatkan keseluruhan markah sebanyak 88.64.

    Varian yang diuji ialah Omoda 5 H, yang dipasarkan di Brunei, Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam. Menurut ASEAN NCAP, Omoda 5 berprestasi ‘sangat baik’, mencapai penarafan maksimum lima bintang dalam semua kategori penilaian.

    Kelengkapan keselamatan pasif bagi Omoda 5 2024 termasuklah enam beg udara secara standard untuk semua varian, di samping ABS, kawalan kestabilan elektronik, pengingatan tali pinggang keledar dan pengesan penumpang tempat duduk belakang.

    Turut diberikan untuk Omoda 5 2024 ialah brek kecemasan autonomous, pengesan titik buta, lampu tinggi automatik dan teknologi perlindungan pejalan kaki. Ciri kelengkapan standard yang turut ditawarkan untuk Omoda 5 2024 ialah amaran ketibaan lorong, amaran pelanggaran hadapan dan bantuan kekal lorong.

    Untuk kategori perlindungan penumpang dewasa (AOP), Omoda 5 2024 menerima 29.42 daripada 32.00 mata, sementara kategori perlindungan penumpang kanak-kanak (COP), ia mendapat sejumlah 44.26 daripada 51.00 mata. Omoda 5 ini juga meraih 20.49 daripada 21.00 mata bagi kategori bantuan keselamatan dan kategori keselamatan motosikal dengan 12.00 daripada 16.00 mata.

     
     
  • Polis jalankan operasi di ‘Litar Antarabangsa Ulu Yam’; 40 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan

    Selain dari Genting Highland, Jalan Ulu Yam Bharu menuju ke Sungai Tua, Selangor merupakan satu lagi jalan yang popular untuk pemilik-pemilik kereta dan motosikal berkuasa tinggi ‘menguji’ jentera masing-masing.

    Jadi bagi mengekang dan mencegah kesalahan lalu lintas di kawasan terbabit, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor telah melakukan Ops Samseng Jalanan di jalan yang terkenal dengan jolokan “Litar Antarabangsa Ulu Yam” tersebut semalam.

    Operasi berkenaan bermula jam 7 hingga 10 pagi, dan menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim sebanyak 40 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

    “Antara kesalahan dilakukan adalah memotong di garisan berkembar, tidak mematuhi had laju, tiada lesen memandu dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Bagaimanapun, tiada sitaan dan tiada pemandu ditahan dalam operasi ini,” katanya kepada Harian Metro.

    “Setakat ini polis belum menerima aduan ada pihak yang berlumba namun akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa.

    “Pemandu dan penunggang motosikal diingatkan supaya bawa kenderaan dengan sebaik mungkin, patuh undang-undang lalu lintas dan jangan pentingkan diri sendiri,” tambahnya.

     
     
  • Suzuki V-Strom 250 SX dilancarkan secara rasmi di Malaysia – enjin satu silinder 250 cc, RM17,800

    Suzuki V-Strom 250 SX dilancarkan secara rasmi di Malaysia – enjin satu silinder 250 cc, RM17,800

    Satu tahun selepas ia dipertonton di Malaysia, sewaktu Kuala Lumpur Bike Show (KLBS) 2023, Suzuki V-Strom 250 SX kini dilancarkan secara rasmi untuk pasaran, pada harga RM17,800 tidak termasuk insurans. Tiga pilihan warna disediakan, iaitu oren, kuning dan hitam.

    Model berciri adventure ini digerakkan oleh enjin satu silinder 249 cc SOHC dengan sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api, dipadankan bersama transmisi enam kelajuan dan mampu menghasilkan kuasa 26.5 PS pada 9,300 rpm dan 22.2 Nm tork pada 7,300 rpm.

    Sebagai sebuah motosikal yang boleh digunakan bukan sahaja di atas jalan biasa, tetapi juga offroad ringan, V-Strom 250 SX diberikan dengan rim aluminium bersaiz 19 inci di hadapan dengan tayar 100/90, dan 17 inci dengan tayar 140/70 di belakang.

    Suspensi biasa yang terdiri daripada fork teleskopik di hadapan dan monoshock dengan pelarasan pra beban di belakang digunakan pada motosikal ini, menghasilkan kelegaan dari tanah 205 mm dan tinggi tempat duduk 835 mm. Berat keseluruhannya adalah 167 kg.

    Kelengkapan lain yang didatangkan secara standard pada V-Strom 250 SX adalah penghadang tangan, tangki bahan api 12 liter, lampu hadapan dan belakang LED, soket pengecas USB, panel meter digital, brek cakera depan dan belakang dengan fungsi ABS, pelindung bawah enjin, peletak kaki dengan alas getah serta tapak beg barangan yang sudah tersedia di belakang. Beg barangan pula dijual secara berasingan.

     
     
  • Kerja-kerja penyelenggaraan berjadual di Lebuhraya BESRAYA hingga 31 Dis 2024, 10 malam-6 pagi

    Syarikat pengendali Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Besraya (M) Sdn Bhd (anak syarikat Divisyen Tol IJM) telah mengumumkan bahawa pihaknya sedang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan secara berjadual yang melibatkan kerja turapan dan penanda jalan di sepanjang lebuhraya terbabit sejak 1 Ogos lalu sehingga 31 Disember 2024.

    Kerja-kerja penyelenggaraan jalan ini dilaksanakan secara berperingkat di antara KM0.1 hingga KM21.9, KMB0.0 hingga KMB0.8, KMS0.0 hingga KMS2.2 dan KMP0.0 hingga KMP3.3, yang melibatkan kedua-dua arah lebuhraya. Walau bagaimana pun, kerja-kerja penyelenggaraan jalan dilaksanakan pada sebelah malam sahaja iaitu mulai jam 10 malam hingga 6 pagi sepanjang tempoh tersebut.

    “Semasa kerja penyelenggaraan dijalankan, penutupan lorong akan dilaksanakan secara berperingkat. BESRAYA juga akan memastikan maklumat trafik serta penutupan lorong di lokasi yang terlibat dihebahkan kepada orang ramai secara berterusan melalui papan tanda elektronik di sepanjang lebuh raya. Sehubungan itu, pengguna lebuhraya juga dinasihatkan supaya mematuhi arahan papan tanda,” kata Hajah Wan Salwani Wan Yusoff, CEO Divisyen Tol IJM.

    Tambah beliau, walau bagaimanapun, bagi kerja-kerja menaiktaraf turapan jalan menggunakan konkrit akan melibatkan dua lokasi pusingan-U iaitu di persimpangan bertingkat Balakong Tanjakan A (Ramp A) dan di Persimpangan Salak Jaya di KM15.2 menuju ke pusat bandaraya akan dilakukan pada 1 September hingga 31 Disember 2024.

    Justeru, pengguna dari arah Balakong yang ingin membuat pusingan-U dinasihatkan untuk menggunakan persimpangan lampu isyarat Jalan Dulang untuk ke Balakong. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian Besline di 1-800-88-0999.

     
     
  • Volkswagen Golf GTI Edition 50 di Malaysia – RM268k, terima kit badan Oettinger, aksesori ulangtahun ke-50

    Volkswagen Golf GTI Edition 50 di Malaysia – RM268k, terima kit badan Oettinger, aksesori ulangtahun ke-50

    Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini telahpun memperkenalkan model istimewa Volkswagen Golf GTI Edition 50 untuk pasaran tempatan. Ia merupakan model edisi terhad yang dihasilkan sempena sambutan 50 tahun Golf GTI, selepas model generasi pertamanya muncul buat pertama kali di Frankfurt Motor Show 1975.

    Untuk model edisi terhad ini, ia didatangkan khas dengan kit badan Oettinger secara standard. Kit tersebut terdiri dari spoiler bawah bampar hadapan, spoiler bumbung belakang dan juga diffuser bampar belakang, di mana kesemuanya dilayangkan dengan kemasan hitam.

    Selain itu ia juga diberikan cermin sisi dengan penutup berwarna hitam, emblem-emblem Edition 50 pada tiang-B kiri dan kanan, filem penapis haba “Edition 50” isitimewa serta filem pelekat badan dengan grafik diinspirasikan gril sarang lebah GTI pada bahagian bawah pintu.

    Volkswagen Golf GTI Edition 50 di Malaysia – RM268k, terima kit badan Oettinger, aksesori ulangtahun ke-50

    Golf GTI Edition 50 pasaran Malaysia ini hanya ditawarkan dalam dua warna badan iaitu Oryx White dan Moonstone Grey. Bagi melengkapkan rupanya, Golf edisi terhad ini juga dipadankan dengan set rim aloi 18-inci Pretoria dalam kemasan hitam berkilat yang disertakan sekali bersama penutup hab Dynamic “GTI” dan juga penutup injap pengisi angin aluminium VW Design.

    Manakala pada sebelah dalam kabin, perincian istimewa yang diberikan pada model edisi terhad ini adalah termasuk logo “50” pada bahagian bawah jejari tengah roda stereng, scuff plate sisi aluminium Edition 50, dan juga karpet kaki Edition 50.

    Selain dari itu, perincian lain untuk model ini adalah sama seperti Golf GTI Mk8 standard pasaran Malaysia. Ia kekal dengan enjin 2.0 liter turbo empat silinder berkuasa 245 PS dan tork maksima 370 Nm, digandingkan dengan kotak gear klac berkembar automatik (klac basah) tujuh kelajuan, bagi memacu sepenuhnya roda hadapan.

    Manakala kelengkapan yang dibekalkan termasuk sistem bunyi premium 480-watt Harman Kardon dengan 10-pembesar suara, disambungkan kepada sistem infotainmen Discover Media dengan skrin 10-inci yang memberikan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay sambungan tanpa wayar.

    Untuk semua ini, Volkswagen Golf GTI Edition 50 dijual pada harga runcit yang disarankan RM267,990, termasuk Pakej Jaminan Volkswagen (VAP) yang turut disertakan sekali dengan pakej penyelenggaraan selama lima-tahun, waranti tanpa had perbatuan selama lima-tahun, serta bantuan tepi jalan juga selama lima-tahun.

    Model edisi terhad ini akan dipamerkan di pengedar-pengedar bertauliah Volkswagen bermula 17 Ogos ini, dan ia turut akan dipamerkan ketika berlangsungnya Golf Fan Fest di Litar Antarabangsa Sepang pada 24 Ogos nanti.

     
     
  • Tesla rugi, tak boleh bersaing dengan EV China – PMX

    Tesla rugi, tak boleh bersaing dengan EV China – PMX

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa keputusan Tesla Inc untuk membatalkan pembinaan kilang di Thailand, dan menilai semula rancangan pelebaran perniagaan mereka di Asia Tenggara, bukan kerana tidak percaya terhadap persekitaran perniagaan rantau ini, khususnya di Malaysia.

    Menurut beliau perkara itu adalah disebabkan syarikat pembuat kenderaan elektrik (EV) dari Amerika Syarikat milik Elon Musk itu sedang mengalami kerugian yang besar, dan tidak mampu bersaing dengan industri EV China.

    Tambahnya lagi walaupun berlaku situasi sedemikian, Malaysia tidak begitu terjejas dengan keputusan Tesla, kerana berdasarkan laporan sebelum ini, syarikat itu hanya merancang meningkatkan pelaburan di Malaysia, berbanding perancangan lebih besar di Thailand iaitu membuka hab kilang pembuatan EV.

    Tesla rugi, tak boleh bersaing dengan EV China – PMX

    “Tengku Zafrul (Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri) telah mendapat maklumat terkini (mengenai Tesla), kerana mereka telah mengalami kerugian (disebabkan) tidak dapat bersaing dgn EV dari China. Jadi operasi mereka di Thailand besar, kita baru nak mula. Jadi itu penerangan langsung dari Tesla,” katanya dalam laporan Astro Awani.

    Berita yang bertiup sebelum ini dilaporkan oleh portal atas talian Thailand The Nation yang memetik sumber enggan dikenali dalam kerajaan negara itu, melaporkan Tesla membatalkan rancangan membangunkan kilang di Malaysia, Thailand serta Indonesia.

    Laporan itu menyatakan perbincangan Tesla pada masa ini hanya menjurus kepada usaha berkaitan stesen pengecasan dan menggantung rancangan membangunkan kilang bukan sahaja di Thailand tetapi di peringkat dunia.

    Tesla rugi, tak boleh bersaing dengan EV China – PMX

    Manakala menerusi perkongsian Tengku Zafrul yang dihantar pada laman media sosialnya semalam, menteri berkenaan menyatakan bahawa Tesla tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang di Malaysia. Beliau turut menjelaskan bahawa MITI ada mengadakan perbincangan dengan Musk dalam usaha menarik pelaburan, tetapi bukan melibatkan perkara itu.

    “Pertamanya, laporan (berita asing) tersebut bukanlah kenyataan rasmi Tesla, sebaliknya hanya memetik sumber yang anonymous ataupun tak bernama. Jadi, bila ditanya, jawapan saya (sebelum ini) ialah wartawan perlu semak kesahihan berita ini dengan Tesla, kerana sumber berita ini bukanlah Tesla.

    “Kedua, MITI pun tak pernah buat pengumuman Tesla akan buka kilangnya di Malaysia. Memang kita adakan perbincangan dengan Elon Musk dalam usaha menarik pelaburan, tetapi Tesla tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang di sini,” katanya.

     
     
  • Perodua Myvi masih ‘king’ segmen-B di Malaysia; jauh tinggalkan jualan Vios & Yaris, City, Persona & Iriz

    Perodua Myvi masih ‘king’ segmen-B di Malaysia; jauh tinggalkan jualan Vios & Yaris, City, Persona & Iriz

    Berdasarkan data pendaftaran kenderaan baharu dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, Perodua Myvi merupakan model segmen-B paling laris di Malaysia untuk tujuh-bulan pertama tahun ini. Dalam tempoh berkenaan sebanyak 41,466 unit telah terjual dalam pasaran tempatan, atau sekali ganda dari jumlah jualan yang dicatatkan pesaing terdekatnya iaitu Toyota Vios dan Yaris yang disatukan angka jualannnya.

    Sebelum kita kupas lebih jauh, ada beberapa penafian terlebih dahulu yang perlu dibuat. Pertama angka pendaftaran ini adalah diambil dari data.gov.my, iaitu data awam yang boleh diakses oleh semua orang. Manakala yang kedua, data pendaftaran JPJ ini tidak mengasingkan angka jualan mengikut bentuk badan sedan atau hatchback, dalam kes ini merujuk kepada Honda City dan Mazda 2.

    Oleh itu untuk lebih adil, kami turut menggabungkan data jualan untuk model sedan dan hatchback di bawah satu jenama yang diberikan nama berbeza, tetapi masih dalam kelas segmen-B; untuk kes ini adalah Toyota Vios dan Yaris serta Proton Persona dan Iriz.

    Perodua Myvi masih ‘king’ segmen-B di Malaysia; jauh tinggalkan jualan Vios & Yaris, City, Persona & Iriz

    Seperti yang disebut tadi, gandingan Vios dan Yaris berada di tempat kedua dengan jumlah jualan 20,961 unit. Ia diikuti oleh Honda City di tempat ketiga dengan 15,546 unit, Persona dan Iriz di tempat keempat dengan 14,960 unit, Nissan Almera pula hanya 1,256 unit, manakala Mazda pula hanya 32 unit terjual sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini.

    Kedudukan ini juga tidak berubah sekiranya kita hanya mengambil data jualan untuk bulan Julai 2024, di mana Myvi masih berada di tangga pertama dengan 6,778 unit terjual. Ia diikuti gandingan Vios dan Yaris dengan 3,436 unit, Honda City mencatatkan 2,731 unit, Persona dan Iriz pula dijual sebanyak 2,446 unit, Nissan Almera hanya laku sebanyak 221 unit, dan Mazda 2 hanya terjual sebanyak lima unit.

    Perodua Myvi masih ‘king’ segmen-B di Malaysia; jauh tinggalkan jualan Vios & Yaris, City, Persona & Iriz

    Penguasaan Myvi ini dijangka akan kekal hingga akhir tahun, seperti tahun-tahun sebelum ini, sementara Vios dan Yaris juga selesa di tempat kedua. Honda City yang berada di tempat ketiga pula mempunyai kelebihan tak sampai 1,000 unit berbanding Persona dan Iriz. Tapi mungkin City yang lebih baru dalam pasaran mempunyai momentum lebih besar untuk kekal berada di atas model-model yang agak berusia ditawarkan oleh Proton.

    Anda pula rasa bagaimana? Adakah kedudukan ini akan kekal hingga penghujung Disember nanti? Kongsikan pendapat anda pada ruang komen di bawah atau di laman-laman sosial kami.

     
     
  • Kia K8 2025 – enjin hibrid, petrol 2.5L, 3.5L, suspensi predective; harga dari RM122k di Korea Selatan

    Kia K8 2025 – enjin hibrid, petrol 2.5L, 3.5L, suspensi predective; harga dari RM122k di Korea Selatan

    Kia telah menyiarkan imej awalan bagi sedan K8 2025, dan sedan saiz penuh itu turut ditampilkan dengan rekaan bahasa terkini jenama ini. Model terkini Kia ini banyak diilhamkan dari SUV elektrik, EV9, dengan beberapa persamaan ciri termasuk lampu nyalaan siang dan lampu utama LED menegak.

    Overhang bahagian hadapan dan belakangnya juga telah dipertingkatkan masing-masing sebanyak 10 mm dan 25 mm, menurut laman berita Korea Hankyung, dengan hadapannya diberikan seksyen sama warna badan yang lebih nipis di antara seksyen hitam sepenuhnya, sementara corong intake di bawah kini pada seksyen trapezoidal yang disambung pada setiap sudut lampu utama.

    Melihat akan profilnya, K8 terus diperagakan dengan garisan bumbung yang condong ke arah bootlid , sementara untuk bahagian belakang pula, garisan bersudut juga diteruskan, dan mengekalkan lampu belakang LED sepenuhnya dengan garisan yang nipis.

    Kia K8 2025 – enjin hibrid, petrol 2.5L, 3.5L, suspensi predective; harga dari RM122k di Korea Selatan

    Pencahayaan untuk K8 termasuk fungsi dynamic welcome light, dengan tiga paten yang pengguna boleh pilih. Ia juga disambungkan dengan fungsi ‘dynamic escort light’, menurut laporan Hankyung, dan larasan pencahayaan ini adalah untuk ‘mengalu-alukan dan menghantar’ penumpang apabila mereka masuk dan keluar dari kenderaan.

    Data dari sistem navigasi ‘onboard’ kenderaan juga digunakan untuk meramal (predective) larasan suspensi kawalan elektronik, di mana ia mempunyai keupayaan untuk mengubah daya redaman, contohnya apabila kenderaan melepasi bonggol dengan laju. Ia juga menyesuaikan suspensi apabila bantuan pemanduan lebuhraya atau kawalan kelajuan pintar diaktifkan, bagi mengehadkan pergerakan kenderaan agar tidak melambung apabila melalui jalan yang berbonggol.

    Untuk sistem bantuan, Kia K8 menerima pengesan cengkaman roda stereng secara standard, sementara Lane Keep Assist 2 telah ditambahbaik daripada kaedah input tork stereng sedia ada kepada kaedah input sudut stereng. Manakala Kawalan Kelajuan Pintar berasaskan navigasi dan Bantuan Pemanduan Lebuhraya turut diberikan secara standard untuk semua varian, laporan Hankyung.

    Kia K8 2025 – enjin hibrid, petrol 2.5L, 3.5L, suspensi predective; harga dari RM122k di Korea Selatan

    Di dalamnya, K8 generasi baharu ini menampilkan instrumen pemandu dengan dwi-skrin ala terapung dengan binaan papan pemuka yang diadaptasi dari EV9. Selain itu, larasan infotainmen generasi-akan datang juga kini menyokong kemaskini over-the-air (OTA), menurut penerbitan itu lagi.

    Manakala perehat konsol tengah diberikan fungsi pemanas, selain turut ditampilkan dengan dua pad pengecas tanpa wayar, penstrilan UV dan pengesahan cap jari. Kabin K8 juga menerima tempat duduk hadapan Ergo Motion.

    Untuk perincian awalnya menyatakan bahawa Kia K8 2025 ini akan ditawarkan dengan tiga pilihan enjin, merangkumi dua unit petrol iaitu 2.5 liter dan 3.5 liter naturally-aspirated serta versi 3.5 liter LPG, dengan hibrid. Menurut Hankyung, harga untuk Kia K8 di Korea Selatan bermula dari 37.36 juta won (RM122,278), sehingga 51.67 juta won (RM169,114).

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.13 (-0.04)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.00
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.90 (-0.04)
EURO 5 B7 RM3.10 (-0.04)
Last Updated Aug 14, 2025