Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • Perodua Ativa dahului segmen B SUV di Malaysia — Proton X50 atasi HR-V, Aruz dan Corolla Cross

    Perodua Ativa dahului segmen B SUV di Malaysia — Proton X50 atasi HR-V, Aruz dan Corolla Cross

    Dalam pasaran SUV segmen B, Perodua Ativa merupakan model paling laris bagi Julai 2024 dengan sejumlah 3,734 unit didaftarkan, mengikut data daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kedudukan kedua pula diisi oleh Proton X50 dengan 2,494 unit serta Perodua Aruz di tempat ketiga dengan 1,736 unit.

    Jika menurut saiz, memang ada sebahagian daripada model dalam segmen ini yang lebih menghampiri segmen C SUV, tetapi turut diambil kira ialah harganya sebagai penentu senarai ini — elemen yang sangat penting dan berpengaruh dalam menentukan pilihan pengguna.

    Perodua Ativa dahului segmen B SUV di Malaysia — Proton X50 atasi HR-V, Aruz dan Corolla Cross

    Sebagai contoh ialah Toyota Corolla Cross yang secara fizikalnya sedikit lebih besar daripada Honda HR-V, tetapi mempunyai tanda harga yang hampir sama. Corolla Cross menyaksikan 1,545 unit didaftarkan bulan lalu dan menduduki tempat keempat dan mendahului HR-V yang mencatatkan 1,495 unit.

    Senarai berkenaan diikuti pula oleh model Honda WR-V dengan 706 unit di tempat keenam, diikuti Chery Omoda 5 (238 unit), Suzuki Jimny (123 unit), GAC GS3 (80 unit), Mazda CX-3 (67 unit), Peugeot 2008 (enam unit) dan Hyundai Creta (satu unit).

    Perlu juga ambil maklum bahawa data JPJ ini mengambil kira kenderaan baru dan juga “recon”, yang mungkin menjadi sebab mengapa Jimny menduduki tempat yang agak tinggi. Sementara itu, GS3 bulan lalu sudah menyaksikan unit pemasangan tempatan (CKD) dikeluarkan, dengan pesanan CBU sebelum ini yang belum diserahkan akan ditukar kepada unit CKD terbaru.

    Perodua Ativa dahului segmen B SUV di Malaysia — Proton X50 atasi HR-V, Aruz dan Corolla Cross

    Bagi angka jualan tahunan setakat ini (YTD), Ativa mendahului dengan 21,475 unit didaftarkan dalam tempoh tujuh bulan pertama 2024. Ia diikuti oleh X50 (12,472 unit), HR-V (12,298 unit), Aruz (8,656 unit) dan Corolla Cross (8,419 unit) untuk kedudukan lima teratas.

    Selain itu, Chery Omoda 5 mencatatkan angka 5,494 unit yang terjual bagi tempoh Jan-Julai 2024, dan diikuti oleh Honda WR-V dengan 4,781 unit. Model lain seperti Jimny, CX-3, GS3, 2008 dan Creta bagaimana pun tidak melepasi angka jualan 1,000 unit.

     
     
  • Honda CR-V dahului SUV segmen C di Malaysia dari Jan-Julai 2024 — atasi Mazda CX-5 dan Proton X70

    Honda CR-V dahului SUV segmen C di Malaysia dari Jan-Julai 2024 — atasi Mazda CX-5 dan Proton X70

    Honda CR-V mendahului pasaran SUV dalam segmen C dari segi jualan bulan lalu dengan sejumlah 980 unit terjual dan didaftarkan, menurut data dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Di tempat kedua ialah Chery Tiggo 7 Pro dengan jualan sebanyak 769 unit, sementara Maxda CX-5 di tempat ketiga dengan 641 unit.

    Sebuah lagi model dari Mazda dalam segmen yang sama, CX-30 pula mencatatkan sebanyak 404 unit yang didaftarkan dan berada di depan Proton X70 yang hanya terjual sebanyak 276 unit. Bagi Proton, ini adalah kerana yang direkodkan itu merupakan model sedia ada, dan pasaran sedang menanti pelancaran secara rasmi X70 facelift yang akan berlangsung esok, dan dijangka jualannya akan kembali meningkat untuk bulan depan.

    Honda CR-V dahului SUV segmen C di Malaysia dari Jan-Julai 2024 — atasi Mazda CX-5 dan Proton X70

    Selain lima kedudukan teratas itu, serahan bagi model GWM Tank 300 kini mencecah 83 unit bulan lalu, diikuti oleh Volkswagen Tiguan (79 unit), Subaru XV (70 unit), Subaru Forester (55 unit) dan Nissan X-Trail (46 unit). SUV dengan jualan angka tunggal pula seperti berikut: Peugeot 5008 (enam unit), Hyundai Tucson (lima unit) dan Jaecoo J7 (lima unit).

    Bagi Honda CR-V, ia tidak hanya menjadi pendahulu bagi jualan bulan Julai 2024, tetapi juga mencatatkan jualan tahunan setakat ini (YTD) yang tertinggi. Dalam tempoh tujuh bulan pertama 2024, sebanyak 7,052 unit CR-V telah didaftarkan, mendahului Mazda CX-5 yang mencatatkan 4,299 unit bagi tempoh sama.

    Honda CR-V dahului SUV segmen C di Malaysia dari Jan-Julai 2024 — atasi Mazda CX-5 dan Proton X70

    Proton X70 dan Mazda CX-30 menyaksikan persaingan sengit untuk tempat ketiga, dengan X70 hanya mendahuli dengan 16 unit. Tiggo Pro 7 pula di kedudukan kelima dengan 2,000 unit, dan diikuti oleh model Tiguan (543 unit), XV (491 unit), Forester (432 unit), X-Trail (400 unit), Tank 300 (89 unit), Tucson (22 unit), 5008 (14 unit) dan J7 (sembilan unit). Serahan bagi J7 juga dijangka akan meningkat selepas pengedar menerima unit untuk diserahkan kepada pelanggan dalam bulan-bulan akan datang.

    Dengan tersisa lima bulan lagi untuk tiba di penghujung 2024, adakah X70 mampu memintas CR-V dan CX-5 untuk merampas tempat teratas?

     
     
  • Chery Omoda 5 2024 dapat lima-bintang untuk Asean NCAP dengan 88.64 mata — tertinggi diterima Chery

    Chery Omoda 5 2024 dapat lima-bintang untuk Asean NCAP dengan 88.64 mata — tertinggi diterima Chery

    Dengan penarafan lima-bintang bagi Asean NCAP yang diterima oleh Chery Omoda 5 2024 baru-baru ini, Chery Malaysia memaklumkan bahawa kadar mata yang diraih untuk protokol tersebut adalah yang tertinggi setakat ini untuk syarikat tersebut, dengan 88.64 mata.

    “Pencapaian yang diraih oleh Chery Omoda 5 untuk empat kategori ujian terbabit menunjukkan kesungguhan kami terhadap aspek keselamatan serta usaha berterusan untuk mempertingkatnya melalui produk kami,” jelas Presiden Chery Malaysia, Michael Chew dalam sebuah majlis taklimat bersama media.

    Diumumkan awal minggu ini, Asean NCAP memaklumkan yang Chery Omoda 5 2024 menerima penarafan lima-bintang dalam setiap kategori penilaian yang terlibat, sekaligus menunjukkan pencapaian yang sangat memberangsangkan.

    Varian yang diuji ialah Omoda 5 H, yang dipasarkan di Brunei, Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam. Menurut ASEAN NCAP, Omoda 5 berprestasi ‘sangat baik’, mencapai penarafan maksimum lima-bintang dalam semua kategori penilaian.

    Kelengkapan keselamatan pasif yang ada bagi Omoda 5 2024 termasuklah enam beg udara secara standard untuk semua varian, di samping ABS, kawalan kestabilan elektronik, pengingatan tali pinggang keledar dan pengesan penumpang tempat duduk belakang.

    Turut diberikan untuk Omoda 5 2024 ialah brek kecemasan autonomous, pengesan titik buta, lampu tinggi automatik dan teknologi perlindungan pejalan kaki. Ciri kelengkapan standard yang turut ditawarkan untuk Omoda 5 2024 ialah amaran ketibaan lorong, amaran pelanggaran hadapan dan bantuan kekal lorong.

    Untuk kategori perlindungan penumpang dewasa (AOP), Omoda 5 2024 menerima 29.42 daripada 32.00 mata, sementara kategori perlindungan penumpang kanak-kanak (COP), ia mendapat sejumlah 44.26 daripada 51.00 mata. Omoda 5 ini juga meraih 20.49 daripada 21.00 mata bagi kategori bantuan keselamatan dan kategori keselamatan motosikal dengan 12.00 daripada 16.00 mata.

     
     
  • GWM Tank 300 – 100 unit pertama dihantar kepada pelanggan di Malaysia selepas sebulan dilancarkan

    GWM Tank 300 – 100 unit pertama dihantar kepada pelanggan di Malaysia selepas sebulan dilancarkan

    Great Wall Motor (GWM) Malaysia mengumumkan telah menghantar sebanyak 100 unit GWM Tank 300, dalam tempoh sebulan ia dilancarkan pada pertengahan Julai lalu. Awal bulan ini, syarikat tersebut berkata pihaknya telah menerima lebih 300 unit tempahan bagi SUV off-road, yang diimport sepenuhnya dari China dan berharga RM250,000.

    Penerima ke-100 Tank 300 ini, profesor Steven Leow berkata dia tertarik dengan SUV ini selepas mencubanya buat pertama kali di China. “Sebagai peminat kereta, Tank 300 cukup menarik perhatian saya dengan spesifikasi dan teknologi yang luar biasa,” katanya sewaktu acara penyerahan kenderaan ini.

    Tambahnya, “Saya tidak menyangka kenderaan off-road ini mempunyai tahap keselesaan seperti kereta sedan, dan ia memang di luar jangkaan saya. Bukan itu sahaja, teknologi puntas seperti ADAS penuh, pengecas tanpa wayar dan transparent chassis memang menepati keperluan gaya hidup model yang diperlukan.”

    Tank 300 dipacu oleh enjin petrol empat silinder 2.0 liter turbo, yang mampu menghasilkan 220 PS (217 hp atau 162 kW) pada 5,500 rpm dan tork 380 Nm dari 1,800 hingga 3,600 rpm. Kuasa ini disampaikan kepada roda melalui transmisi automatik lapan-kelajuan, dengan sistem pacuan empat-roda yang datang dengan fungsi 2H, 4H, 4L, serta pengunci differential hadapan dan belakang elektronik.

    Ciri kelengkapan standard untuk SUV ini termasuk lampu utama LED, roda aloi dua-tona 18-inci (tayar Michelin Primacy HT), sepasang skrin (meter 12.3-inch dan skrin sesentuh 12.3-inch), pendingin hawa automatik (dengan corong belakang), tempat duduk hadapan larasan kuara, upholstery kulit Nappa tiruan, sistem bunyi Infinity dengan sembilan-pembesar suara, ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto, bumbung suria larasan kuasa dan pencahayaan ambien 64-warna.

    Pengarah Urusan GWM Malaysia Cui An Qi berkata, pihaknya gembira dengan sambutan yang menggalakkan untuk Tank 300 daripada pelanggan Malaysia. “Pencapaian ini telah mengukuhkan keyakinan pelanggan kami terhadap jenama kami dan mengukuhkan kepercayaan mereka terhadap produk berkualiti tinggi kami,” katanya.

    GALERI: GWM Tank 300

     
     
  • Proton S70 dahului sedan segmen-C di M’sia – Honda Civic tempat ke-2, diikuti Mazda 3, Toyota Corolla

    Proton S70 dahului sedan segmen-C di M’sia – Honda Civic tempat ke-2, diikuti Mazda 3, Toyota Corolla

    Berdasarkan data dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Proton S70 buat masa ini mendahului pasaran sedan segmen-C di Malaysia untuk tahun ini. Untuk tujuh bulan pertama tahun 2024, sebanyak 12,315 unit S70 telah dijual, hampir sekali ganda dari Honda Civic yang berada di tangga kedua dengan 6,959 unit.

    Walau bagaimana pun data JPJ ini bukan berdasarkan gaya badan untuk sesetengah model, seperti Mazda 3 (yang ditawarkan dalam bentuk sedan dan hatchback) telah didaftar sebanyak 693 unit sekaligus meletakkannya di tempat ketiga. Manakala Toyota Corolla pula di tempat ke-empat dengan 530 unit, sementara Peugeot 408 yang mula dijual pada April lalu merekodkan sebanyak 213 pendaftaran, dan Subaru WRX (sedan dan wagon) pula hanya 21 unit.

    Kedudukan ini lebih kurang sama dengan kenderaan di bawah segmen yang sama yang didaftarkan pada Julai, namun dibezakan dengan model 408 dengan 87 unit, manakala Corolla sekadar 71 unit. Manakala subaru WRX pula hanya empat unit sahaja yang didaftarkan, sementara di tangga teratas masih S70 (1,622 unit), Honda Civic (1,147 unit) dan Mazda 3 (129 unit).

    Klik untuk besarkan

    Berdasarkan angka tahunan setakat ini (YTD), S70 masih selesa di tangga teratas sedan segmen-C yang berada dalam jualan. Manakala Civic pula yang khabarnya akan menerima model facelift tidak lama lagi, cuma masih belum diketahui bila pelancarannya. Bagi Mazda 3 pula, ia telah berada di pasaran sejak Julai 2019 dan menerima kemaskini pada tahun lalu dengan menyaksikan perubahan dalam barisan varian dan senarai kelengkapan. Untuk Corolla pila, ia telah dikemaskini pada Ogos tahun lalu dengan pertambahan varian GR Sport.

    Tinggal beberapa bulan lagi yang masih berbaki sebelum tahun 2024 melabuhkan tirainya. Adakah selepas ini Mazda 3 masih mampu berada di kedudukan di hadapan Corolla? Bagaimana pula dengan S70 dan Civic, adakah ia masih kekal di kedudukan yang sama atau pun beralih posisi dalam tempoh lima bulan akan datang?

     
     
  • Tesla masih dialu-alukan buka pusat R&D di Malaysia terutamanya di Selangor – MB Amirudin Shari

    Tesla masih dialu-alukan buka pusat R&D di Malaysia terutamanya di Selangor – MB Amirudin Shari

    Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menyatakan bahawa pihaknya masih mengalu-alukan kehadiran Tesla untuk membuka pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Malaysia. Ini kerana syarikat pengeluar EV tersebut sudah pun membuka ibu pejabat du Cyberjaya, laporan Berita Harian.

    Katanya, difahamkan bahawa Tesla juga merancang menambahkan jumlah pusat-pusat pengecasan yang sedia ada selain membuka sektor perkilangan pada masa akan datang.

    “Ibu pejabat, mereka sudah buka. Pusat servis mungkin mereka akan buka selepas ini sebab mereka hendak luaskan pasaran di Asia, jadi yang lain-lain itu kalau ada keperluan R&D kita alu-alukan. Kita ada banyak lagi (pelaburan) dan sekarang kita sudah terjun dalam semikonduktor, tapak di Sepang dan beberapa tempat kita fokuskan persediaan untuk semikonduktor ataupun industri lain,” katanya.

    Pada 10 Ogos lalu, media melaporkan wakil daripada ibu pejabat Tesla di Amerika Syarikat (AS) akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) pada 22 Ogos ini untuk membincangkan rancangan selanjutnya berkaitan pelaburan syarikat itu di Malaysia.

    Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata kenyataan rasmi akan dikeluarkan selepas pertemuan dengan wakil Tesla dan memastikan komitmen yang dijanjikan sebelum ini akan terus dipenuhi.

     
     
  • Jualan Proton, Perodua dijangka naik selepas semakan gaji penjawat awam dibuat – penganalisis

    Jualan Proton, Perodua dijangka naik selepas semakan gaji penjawat awam dibuat – penganalisis

    AmInvestment Bank menjangkakan permintaan terhadap sektor automobil akan meningkat tahun ini selepas semakan gaji perkhidmatan awam dibuat kerana 1.5 juta penjawat awam akan mempunyai kuasa beli yang lebih tinggi dan lebih mudah menerima kelulusan bank, lapor Bernama.

    Dengan mengambil faktor tersebut, bank pelaburan itu telah membuat semakan semula ke atas jumlah volum industri (TIV) pada 2024 dan mensasarkan ia akan mencapai 750,000 berbanding sasaran awal 740,000 yang buat sebelum ini.

    Walaupun masih belum diketahui kadar sebenar kenaikan gaji berkenaan, sebelum ini Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil telahpun memberi bayangan bahawa gaji penjawat awam akan dinaikkan sebanyak 15 peratus kepada 43 peratus menjelang penghujung tahun 2024. Butiran akhir akan diumumkan menjelang 16 Ogos depan.

    “Gaji yang lebih tinggi secara automatik bermakna nisbah keberhutangan yang lebih baik dan kami percaya pembiaya pinjaman kereta dengan senang hati akan meluluskan pemohon pinjaman baharu.

    Jualan Proton, Perodua dijangka naik selepas semakan gaji penjawat awam dibuat – penganalisis

    “Kami yakin Perodua serta Proton akan menikmati permintaan yang lebih besar memandangkan mereka merupakan jenama paling popular dalam kalangan penjawat awam,” kata AmInvestment Bank menerusi laporan kemas kini sektor tersebut semalam, terapi turut menambah bahawa jenama lain mungkin tidak terlalu terkesan.

    Oleh itu AmInvestment Bank menjangkakan penerima manfaat utama ialah MBM Resources (yang memiliki 20 peratus dalam Perodua), Sime Darby (yang menguasai Perodua sebanyak 38 peratus) dan DRB HICOM yang mempunyai 50 peratus kepentingan dalam Proton.

    Jadi ini bakal menaikkan unjuran pendapatan MBM Resources bagi tahun kewangan 2024 kepada tahun kewangan 2026 masing-masing sebanyak 3.0 peratus, 5.2 peratus dan 3.7 peratus, berdasarkan jangkaan semakan gaji kakitangan awam yang bakal melonjakkan jualan kereta terutama bagi segmen kereta mampu milik iaitu model Perodua Axia dan Bezza, kata bank pelaburan itu lagi

     
     
  • BYD Sealion 6 DM-i dilancar di Thailand – rebadge Seal U, 1.5L PHEV 218 PS, jarak EV 92 km, RM119k

    BYD Sealion 6 DM-i dilancar di Thailand – rebadge Seal U, 1.5L PHEV 218 PS, jarak EV 92 km, RM119k

    Selepas memperkenalkan beberapa kenderaan elektrik (EV) di Asia Tenggara, BYD akhirnya melancarkan model plug-in hybrid (PHEV) pertamanya di rantau ini. Sealion 6 DM-i telah pun dilancarkan di Thailand, sekaligus memperkenalkan siri Super Dual Mode (DM) bagi penjana kuasa elektrik-petrol.

    Kalau tengok kereta ini, nampak macam familiar kan… ini disebabkan Sealion 6 adalah model rebadge Seal U (atau di China dikenali sebagai Song Plus), yang diperkenalkan buat pertama kalinya di Australia pada Mei. Walau bagaimana pun, kereta ini tiada kaitan dengan Sea Lion 07, yang menjadi pesaing bagi Tesla Model Y.

    Hanya satu varian sahaja yang ditawarkan di Thailand, iaitu Dynamic, berharga 939,900 baht (RM119,300). Ia dipadankan dengan motor elektrik tunggal yang dipasang di hadapan, yang mampu menghamburkan 197 PS (145 kW) dan tork 300 Nm – tidak banyak beza dengan Atto 3 dan Dolphin Premium Extended Range.

    BYD Sealion 6 DM-i dilancar di Thailand – rebadge Seal U, 1.5L PHEV 218 PS, jarak EV 92 km, RM119k

    Ia digandingkan dengan enjin 1.5 liter Xiaoyun naturally-aspirated, kitaran-Atkinson empat-silinder, dengan kuasa 98 PS (72 kW) dan 122 Nm, sekaligus memberikan keseluruhan kuasa cecah 218 PS dan 300 Nm. Ia membolehkan Sealion 6 dipecut dari sifar ke 100 km/j dalam 8.5 saat.

    Untuk janaan elektrik sepenuhnya, Sealion 6 DM-i dikuasakan bateri Blade lithium iron phosphate (LFP) 18.3 kWh, membolehkannya digerak sehingga 92 km dalam pengecasan tunggal, menyumbang kepada kombinasi petrol-elektrik yang mencecah 1,092 km. Ia menyokong pengecas pantas DC, berkapasiti hingga 18 kW, mengambil masa sekitar 35 minit untuk mengecas dari 30 hingga 80%. Ia juga menerima pengecas AC hingga 6.6 kW.

    Sealion 6 lebih besar berbanding SUV segmen-C. Ia berukuran 4,775 mm panjang, 1,890 mm lebar dan 1,670 mm tinggi, iaitu lebih panjang sebanyak 84 mm, 24 mm lebih lebar dan 11 mm lebih rendah berbanding Honda CR-V, sementara jarak rodanya cecah 2,765 mm iaitu 64 mm lebih panjang. Malah saiznya juga hampir sama dengan Kia Sorento (panjang 4,810 mm).

    BYD Sealion 6 DM-i dilancar di Thailand – rebadge Seal U, 1.5L PHEV 218 PS, jarak EV 92 km, RM119k

    Kit standard di Thailand termasuk lampu utama dan lampu belakang LED, roda aloi dua-tona 19-inci, kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin, bumbung suria kaca panoramik, kawalan suhu dwi-zon, tempat duduk larasan kuasa, upholstery kulit tiruan, paparan instrumen 12.3-inci, skrin sesentuh infotainmen boleh pusing 12.8-inci, Apple CarPlay dan Android Auto, dwi pengecas tanpa wayar Qi, sembilan pembesar suara, sistem kamera 360-darjah dan tailgate kuasa.

    Untuk keselamatan, Sealion 6 didatangkan dengan enam beg udara, kawalan kestabilan, brek kecemasan autonomous, kawalan kelajuan adaptif dengan fungsi stop and go, bantuan pemusatan lorong, amaran pelanggaran belakang, pengesan isyarat trafik, pemantauan titik buta, kepekaaan trafik lintasan belakang dan hadapan dengan brek auto, amaran membuka pintu dan lampu tinggi automatik.

    Jika Seal U ditawarkan dengan EV sepenuhnya, Sealion 6 hanya akan didapati dengan plug-in hybrid, sekurang-kurangnya untuk pasaran pemanduan sebelah-kanan, dan versi elektrik hanya untuk pemanduan sebelah-kiri sahaja.

     
     
  • Kesatuan Eropah tak patut haramkan jualan kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman – CEO BMW

    Kesatuan Eropah tak patut haramkan jualan kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman – CEO BMW

    CEO BMW, Oliver Zipse menyatakan bahawa rancangan Kesatuan Eropah (EU) untuk mengharamkan penjualan kereta baharu dengan enjin pembakaran dalaman bermula 2035 merupakan pendekatan yang salah, dan beliau menggesa agar usaha untuk pengeluaran bahan api sintetik (e-fuels) dipercepatkan, lapor Autocar.

    Di bawah rangka kerja perundangan semasa, EU bakal mengharamkan jualan kereta dengan enjin pembakaran dalaman pada tahun 2035, kecuali enjin berkenaan beroperasi dengan bahan api sintetik neutral karbon.

    Selain model sel bahan api elektrik bateri dan hidrogen, enjin pembakaran akan dibenarkan untuk terus dijual, selagi ia beroperasi menggunakan bahan api neutral karbon seperti e-fuels. Oleh itu Zipse telah meminta Suruhanjaya Eropah untuk mempercepatkan daya maju bahan api sintetik tersebut untuk menjadikan penggunaannya praktikal menjelang 2035.

    Sekiranya langkah itu tidak dibuat, Zipse menyifatkan undang-undang yang bakal dilaksanakan di benua tersebut hanyalah “larangan sengaja yang dibuat untuk mengharamkan enjin pembakaran melalui pintu belakang.”

    Ini adalah “penyelesaian palsu”, kata Zipse, sambil menambah bahawa “larangan [kategori] pada enjin pembakaran pada 2035 adalah pendekatan yang salah.” Walau bagaimanapun, pengeluaran bahan api sintetik memerlukan sejumlah besar tenaga kerana ia memerlukan hidrogen ‘hijau’, yang dibuat menerusi kaedah elektrolisis air dengan menggunakan elektrik boleh diperbaharui.

    Kesatuan Eropah tak patut haramkan jualan kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman – CEO BMW

    Walau bagaimanapun Autocar turut memetik laporan oleh Agensi Tenaga Antarabangsa pada 2019 yang menyatakan bahawa untuk menghasilkan semua hidrogen perindustrian hari ini menggunakan elektrik akan mewujudkan permintaan elektrik sebanyak 3,600TWj, atau 1,000 TWj lebih daripada keseluruhan pengeluaran tenaga EU pada 2022, dalam masa yang sama hanya 39.4% daripadanya merupakan tenaga boleh diperbaharui.

    Dan angka ini hanya dilihat berdasarkan keluaran hidrogen hari ini, bukan lebihan yang diperlukan untuk mengindustrikan bahan api elektronik secara besar-besaran nanti.

    Terdapat beberapa pengeluar Eropah lain yang kini turut membangunkan bahan api sintetik berkenaan. Antaranya Porsche yang telah membuat pelaburan sebanyak US$75 juta pada pengeluaran bahan api neutral karbon HIF Global bagi membangunkan bersama produksi bahan api sintetik, dan jenama kereta sport Jerman berkenaan telah menggunakan bahan api bio yang boleh diperbaharui tersebut untuk siri perlumbaan one make Porsche Supercup.

    Ferrari juga telah menyuarakan sokongan mereka untuk bahan api neutral karbon, di mana CEO pengeluar supercar Itali berkenaan, Benedetto Vigna menyatakan bahawa “masih terdapat banyak cara yang berdaya maju untuk kereta-kereta yang dijana oleh enjin pembakaran dalaman.”

     
     
  • RM4b daripada 41j saman trafik tidak berbayar; warga S’pura catat angka tertinggi dengan 35,011 kompaun

    RM4b daripada 41j saman trafik tidak berbayar; warga S’pura catat angka tertinggi dengan 35,011 kompaun

    Sebanyak 41 juta saman trafik bernilai RM4 bilion yang masih belum dibayar sejak tahun 1990 sehingga Jun tahun ini, laporan New Straits Times. Daripada jumlah tersebut, kira-kira 51,128 saman bernilai RM5.1 juta melibatkan warga asing dari negara jiran termasuk Singapura, Brunei dan Thailand.

    Mendahului senarai warga asing dengan saman yang tidak dibayar ialah warga Singapura dengan 35,011 saman berjumlah RM3.5 juta, menurut Utusan Malaysia. Walau bagaimana pun, menurut Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, pihaknya akan mengeluarkan notis pemberitahuan kepada pesalah trafik bagi memaklumkan jumlah saman tertunggak mereka.

    Kegagalan menjelaskan saman ini boleh mengakibatkan pesalah disenaraihitamkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dengan kesalahan tafik yang dilakukan iaitu daripada enam kesalahan besar seperti melanggar lampu isyarat merah, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, menggunakan peranti komunikasi semasa memandu, memotong barisan dan melanggar had laju.

    “Pembayaran saman boleh dibuat menerusi dalam talian melalui MyBayar, jadi tidak perlu ke balai polis untuk tujuan itu. Bagi warga asing, polis akan meningkatkan usaha dalam menangani saman yang tidak dibayar apabila masuk atau keluar negara,” kata Mohd Yusri.

    Tambahnya, bagi diskaun saman, sebanyak 50% penawaran akan diberikan secara automatik dalam tempoh sebulan seperti yang dinyatakan pada notis saman. Manakala diskaun untuk saman tertunggak ditawarkan secara terpilih dan berdasarkan permintaan agensi. “Kami telah melihat pemulihan yang ketara. Kutipan terkini dianggarkan mencecah ratusan juta ringgit,” katanya.

     
     
  • Careplus Group lancar Program ESG sebagai komitmen operasi mapan di kilang NeXV Chembong

    Careplus Group lancar Program ESG sebagai komitmen operasi mapan di kilang NeXV Chembong

    Careplus Group Berhad telah melancarkan Program ESG yang merupakan sebuah komitmen daripada kumpulan itu terhadap kemapanan dan tanggungjawab sosial sebagai sebahagian daripada nilai teras yang akan diamalkan dalam perniagaan yang diceburi, terutama dalam pengilangan dan pengeluaran kenderaan elektrik.

    Pelancaran itu — yang diadakan di dua lokasi — telah dirasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri dan Pengerusi Lembaga Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Sembilan, YB Puan Nicole Tan Lee Koon dan disaksikan oleh Menteri Pengangkutan, YB Tuan Loke Siew Fook. Dua lokasi yang dimaksudkan ialah di Careplus Mall di Seremban 2 dan juga kilang pemasangan NeXV Manufacturing di Chembong, Rembau.

    Program ini memberikan penekanan terhadap operasi yang mapan dan mesra alam, dengan secara simboliknya telah memindahkan sebatang pokok berusia 30 tahun dari Careplus Mall ke kilang NeXV di Chembong berkenaan.

    Careplus Group lancar Program ESG sebagai komitmen operasi mapan di kilang NeXV Chembong

    Sebaik sahaja memulakan operasinya pada 2025 nanti, kilang tersebut dijangka akan mengurangkan jejak karbon dari operasinya melalui penyelesaian mesra alam, termasuk memanfaatkan teknologi yang tidak membebaskan sisa air buangan, sifar kebisingan, sementara sisa pepejal pula akan diproses terlebih dahulu melalui pusat kitar semula yang terletak di dalam premis kilang terbabit. Sebahagian besar sumber tenaga untuk kegunaan kilang itu juga akan dijana melalui panel solar yang akan dipasang di bahagian bumbung.

    Dengan kapasiti pengeluaran dijangka mencapai 50,000 unit setahun, kilang berkenaan juga akan menawarkan 600 tenaga kerja yang akan diisi oleh masyarakat setempat.

    Pada April lalu, kilang NeXV Manufacturing tersebut telah mencapai 30% tahap pembinaannya yang telah disiapkan. Dan, yang terbaru, struktur, lantai pemasangan serta sub-stesen elektrikal telah pun dipasang dengan projek berkenaan akan selesai mengikut jadual yang ditetapkan pada 2025 nanti.

    Careplus Group lancar Program ESG sebagai komitmen operasi mapan di kilang NeXV Chembong

    Fasa 1 projek berkenaan melibatkan pembangunan kilang pemasangan yang dijangka akan bermula beroperasi untuk ujian pada suku keempat 2024. Sementara itu, Fasa 2 dan 3 pula akan masing-masing bermula pada 2026 dan 2028, dengan meningkatkan kapasiti pengeluarannya menjadi 100,000 unit setahun. Pelaburan keseluruhan bagi pembangunan kilang adalah sekitar RM600 juta.

    Majlis ini turut disertai oleh konvoi beberapa model EV dari Careplus Mall ke tapak kilang NeXV, melibatkan EV dari jenama BMW, Mini, BYD, MG, Ora, Tesla, Chery dan Neta sendiri yang mewakili model-model EV dalam pasaran Malaysia ketika ini.

     
     
  • Xpeng G6 dilancar hujung Ogos di M’sia – dijangka RM175k untuk Standard, RM195k bagi Long Range

    Xpeng G6 dilancar hujung Ogos di M’sia – dijangka RM175k untuk Standard, RM195k bagi Long Range

    Xpeng G6 makin menghampiri detik pelancaran untuk pasaran Malaysia, dan pengedar Bermaz Xpeng sedang menguar-uarkan harga jangkaannya untuk sesiapa yang ingin membuat pendaftaran minat menerusi laman web rasmi.

    Menurut screenshot yang dimuatnaik menerusi Malaysian Electric Vehicle Owners Club (MyEVOC) di Facebook oleh pengguna bernama Xen Xen, SUV elektrik China ini diiklankan dengan harga jangkaan bermula RM175,000 untuk varian 435 Standard, meningkat hingga RM195,999 untuk 570 Long Range.

    Jika dibandingkan dengan Tesla Model Y, yang bermula pada RM191,000 untuk model pacuan roda-belakang dengan jarak gerak 455 km atau anda perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM238,000 untuk Long Range pacuan semua-roda untuk mendapatkan jarak gerak hingga 500 km. Mesej yang tular menerusi Whatsapp juga menyatakan pelancaran untuk SUV EV ini akan berlangsung hujung Ogos, dengan tempahan juga telah dibuka.

    Xpeng G6 dilancar hujung Ogos di M’sia – dijangka RM175k untuk Standard, RM195k bagi Long Range

    Selepas harga jangkaannya didedahkan, bagaimana pula dengan spesifikasinya? Kedua-duanya menggunakan tetapan satu motor, dengan pacuan 2WD, dan melihat kepada pasaran lain, motor itu terletak di belakang dan menggunakan pacuan roda-belakang. Penjana kuasa itu mampu menghasilkan 258 PS (190 kW) dan tork 440 Nm untuk 435 Standard, dengan pecutan dari sifar ke 100 km/j dalam 6.6 saat. Sementara 570 Long Range pula mampu menghambur hingga 286 PS (210 kW) dan 0-100 km/j dalam 5.9 saat.

    Jarak gerak EV untuk varian ini disebut dalam namanya dengan 435 Standard diberikan bateri lithium iron phosphate (LFP) 66 kWh yang mampu memberikannya jarak gerak 435 km. Sementara varian 570 Long range pula menerima bateri nickel manganese cobalt (NMC) 87.5 kWh, membolehkannya bergerak hingga 570 km dalam pengecasan tunggal.

    Masa pengecasan juga berbeza antara kedua varian ini. Varian Standard boleh dicas menggunakan sumber DC sehingga 215 kW dan baterinya akan naik 10-80% dalam masa 20 minit, sementara apabila menggunakan sumber AC sehingga 11 kW, ia akan naik 5-100% dalam masa 7.5 jam. Manakala Long Range pula boleh menerima pengecasan DC sehingga 280 kW, dan bateri akan naik 10-80% dalam masa 20 minit. Untuk pengecasan AC, ia juga boleh menerima sehingga 11 kW, dan bateri akan naik 5-100% dalam masa 9.5 jam.

    Dibangunkan dengan platform SEPA2.0 dengan binaan 800-voltan, G6 disasarkan bersaing dengan Model Y dan mempunyai kelebihan daripada segi dimensi. G6 berukuran 4,753 mm panjang (+2 mm), 1,921 mm lebar (+1 mm) dan 1,650 mm tinggi (+26 mm) dan jarak roda 2,890 mm (sama).

    Walau pun memiliki profil ala-coupe yang lebih kurang sama, namun Xpeng dibezakan dengan lampu nyalaan siang dan lampu belakang lebar-sepenuhnya, di samping dipadankan dengan spoiler bumbung yang sama dengan warna badan, serta roda aloi dua-tona 20-inci secara standard untuk pasaran Malaysia. Untuk dalamnya pula, ia didominasikan oleh paparan instrumen digital 10.25-inci dan skrin sesentuh 15-inci, kedua-duanya dijanakan oleh cip Qualcomm Snapdragon 8155.

    Model ini juga diberikan kelengkapan sistem bantuan pemandu termaju Xpilot 2.5 ciptaan XPeng sendiri, dengan cip Nvidia Orin-X yang disambyngkan ke penderia radar lima milimeter, 12 penderia ultrasonic dan 12 kamera untuk fungsi seperti kawalan kelajuan adaptif, bantuan pemusatan lorong, bantuan parkir, kamera 360-darjah, pemantauan titik buta, brek kecemasan autonomous dan banyak lagi.

    GALERI: Xpeng G6 di Bangkok

     
     
  • Touch ‘n Go perkenalkan kad Enhanced NFC Coral edisi terhad baru yang pertama dari Siri POP

    Touch ‘n Go perkenalkan kad Enhanced NFC Coral edisi terhad baru yang pertama dari Siri POP

    Touch ‘n Go telah memperkenalkan kad TnG Enhanced NFC terbaru yang dikenali sebagai Coral. Dihadirkan dalam warna oren cerah, kad Coral ini dikeluarkan secara terhad sebagai sebahagian daripada kad dari Siri POP yang dikeluarkan oleh syarikat itu.

    Menurut TnG, set kad Coral ini ingin membawakan semangat yang lebih segar terhadap barisan produk fizikal sedia ada oleh mereka. Kad Coral ini sama seperti kad TnG NFC biasa yang pernah dikeluarkan, yang diberikan penampilan lebih cerah dan menarik sebagai satu-satunya perbezaan.

    Dijual dengan harga RM25 setiap satu, kad TnG Coral kini boleh dibeli di pusat khidmat dan jualan Touch ‘n Go di NU Sentral dan Bangsar South serta tidak ketinggalan melalui saluran kedai Touch ‘n Go eWallet Lazada dan juga di Touch ‘n Go Official Shopee Mall.

    Selepas ini, akan ada banyak lagi kad baru dari Siri POP ini yang akan diperkenalkan dengan warna-warna yang lebih menyerlah.

     
     
  • 500 unit pertama Jaecoo J5 AWD di Malaysia telah di serah kepada pengedar, varian 2WD selepas ini

    500 unit pertama Jaecoo J5 AWD di Malaysia telah di serah kepada pengedar, varian 2WD selepas ini

    Jaecoo Malaysia mengumumkan bahawa ia telah menghantar 500 unit kumpulan pertama Jaecoo J7 kepada pengedarnya selepas SUV segmen-C tersebut dilancarkan pada pasaran tempatan tiga minggu lalu. Model ini ditawarkan terus dalam versi pemasangan tempatan (CKD) yang dihasilkan menerusi kilang Chery Corporate Malaysia yang baru dibuka di Shah Alam Jun lalu.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, penyerahan tersebut adalah menepati sasaran asalnya dimana kumpulan pertama Jaecoo J7 ini dijangka dapat diserahkan pada suku ketiga tahun ini.

    “Ini merupakan tahun yang hebat untuk Jaecoo bermula dengan tempoh pratonton yang menarik seterusnya membawa kepada sambutan yang sangat positif semasa pelancaran rasmi J7. Kami sangat teruja untuk menyerahkan 500 unit pertama J7 kami, dan kami juga teruja untuk meletakkan pelanggan di tempat duduk pemandu SUV off-road premium terhangat di Malaysia,” kata Naib Presiden Eksekutif Chery Corporate Malaysia, Leo Chen.

    Menurut Jaecoo Malaysia lagi, 500 unit kumpulan pertama J7 ini kesemuanya merupakan dari varian pacuan semua roda (AWD), manakala varian pacuan hadapan (2WD) hanya akan disertakan dalam kumpulan kedua produksinya di mana ia dijangka akan mula diserah bermula September nanti.

    500 unit pertama Jaecoo J5 AWD di Malaysia telah di serah kepada pengedar, varian 2WD selepas ini

    “Fokus kami adalah untuk mengekalkan momentum yang stabil dalam memenuhi pesanan untuk J7 dalam beberapa bulan akan datang. Kami juga sangat gembira untuk berkongsi bahawa rangkaian kami bersedia untuk melibatkan pelanggan kami dalam pengalaman pelanggan premium Jaecoo “From Classic, Beyond Classic”, daripada penyerahan kenderaan kepada perkhidmatan selepas jualan,” kata Naib Presiden JAECOO Malaysia, Emily Lek.

    Tidak seperti model lain dalam segmen SUV segmen-C yang kebanyakkannya merupakan SUV gaya hidup dalam bandar, Jaecoo J7 terutamanya dalam versi pacuan semua roda merupakan SUV yang dibekalkan dengan kebolehan meredah off-road Ala-Range Rover.

    Sistem Intelligent 4WD yang dibekalkan berkenaan diberikan tujuh mod permukaan pemanduan untuk pelbagai situasi dan bentuk muka bumi termasuk Eco, Normal, Sports, Sand, Mud, Snowfield dan Off-road. Gandar belakang model AWD ini juga dengan mampu menampung beban sehingga 3,000 Nm. Model pacuan hadapan pula hanya diberikan tiga mod pemanduan iaitu Eco, Normal dan Sports.

    Jaecoo J7 ini juga dihasilkan dengan jarak kelegaan tanah setinggi 200 mm, membolehkan ia meredah air dengan kedalaman 600 mm, serta mempunyai sudut approach dan sudut berlepas masing-masing 21- dan 29-darjah.

    Namun kedua-dua varian menampilkan unit rangkaian kuasa yang sama iaitu dijana enjin 1.6 liter empat silinder turbo yang menghasilkan 197 PS dan tork maksima 290 Nm, digandingkan dengan kotak gear klac berkembar automatik tujuh kelajuan yang dibekalkan oleh Getrag.

    Ini membolehkan model AWD memecut dari 0-100 km/j dalam masa 9.9 saat, manakala model pacuan roda hadapan yang lebih ringan mencatatkan masa lebih pantas iaitu 9.2 saat. Kedua-dua varian ini mencapai kelajuan maksima yang sama iaitu 180 km/j.

    Walaupun menampilkan rupa dan kemasan yang nampak premium serta kelengkapan yang mengatasi saingan dalam kelas yang sama, Jaecoo J7 dijual pada harga yang agak kompetitif iaitu RM138,800, diikuti versi pacuan semua roda berharga RM148,800 – harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan tanpa insuran.

    Jaecoo Malaysia turut menawarkan perlindungan waranti selama tujuh-tahun atau 150,000 km untuk setiap pembelian J7, dan ia merangkumi bantuan tepi jalan. Untuk pembeli-pembeli terawal juga, Jaecoo J7 ini juga ditawarkan dengan waranti enjin selama 10-tahun atau sejuta kilometer.

    GALERI: Jaecoo J7 AWD

     
     
  • Proton buka gudang alat ganti baharu di Sabah; 2.5 kali lebih besar, komponen sampai 30% lebih cepat

    Proton buka gudang alat ganti baharu di Sabah; 2.5 kali lebih besar, komponen sampai 30% lebih cepat

    Proton secara rasmi telah membuka satu lagi pusat pergudangan bahagian (RPC), kali ini terletak Kota Kinabalu, Sabah, selepas pembukaan pusat yang sama di Kuching, Sarawak tahun lalu.

    Menurut jenama automotif nasional itu, dengan pembukaan RPC baharu ini ia mampu mengurangkan masa penghantaran alat ganti sebanyak 30% di Sabah berikutan lebih banyak komponen dari Proton Parts Centre Sdn Bhd (PPCSB) di Shah Alam dapat dihantar dan disimpan serta terdapat alat ganti yang dapat diperoleh terus menerusi penghantaran dari luar negara.

    Proton turut menyatakan bahawa pembukaan RPC baharu ini juga adalah untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat di Sabah kerana negeri tersebut merupakan negeri ketiga tertinggi untuk penjualan kenderaan Proton di Malaysia.

    RPC terbaharu ini terletak di kawasan komersial di Inanam dan mempunyai ruang lantai kira-kira 28,000 kaki
    persegi, iaitu 2.5 kali ganda lebih besar daripada lokasi sebelumnya. Ia boleh menerima sebanyak enam kontena
    alat ganti di lokasi secara serentak berbanding hanya dua kontena sebelum ini.

    Dengan itu ia kini boleh memproses secara purata 26 kontena sebulan untuk memanfaatkan sepenuh keupayaannya menyimpan stok selama tiga bulan, membolehkan masa penghantaran alat ganti ke pengedar dan pelanggan dapat dikurangkan berikutan lebih banyak ruang penyimpanan dapat disediakan.

    Proton buka gudang alat ganti baharu di Sabah; 2.5 kali lebih besar, komponen sampai 30% lebih cepat

    “Dengan permintaan pelanggan yang semakin meningkat kebelakangan ini, fasiliti gudang Proton yang sebelumnya di Sabah telah melimpah dengan alat ganti dan beroperasi secara tidak cekap akibat kekurangan ruang. Pembukaan fasiliti baru di Kota Kinabalu ini akan melengkapkan fasiliti yang sedia ada di Kuching, dan kedua-duanya akan berfungsi secara kolektif sebagai pusat pengedaran alat ganti dan komponen selepas jualan untuk Malaysia Timur,” kata Edmund Lim,
    Naib Presiden Jualan dan Selepas Jualan, Proton Edar dalam kenyataan yang dikeluarkan.

    “Peningkatan keseluruhan dan penyimpanan ini telah mewujudkan penampan untuk lonjakan dan turun naik permintaan, membolehkan kami meningkatkan daya pemprosesan alat ganti. Setakat ini, kami sedang menangani dengan pantas tunggakan pesanan daripada pengedar dan pelanggan kami di pasaran ini,” tambahnya lagi.

    Dengan dua RPC bersaiz besar yang kini beroperasi di Sabah dan Sarawak, operasi Proton di Malaysia Timur kini dapat mengendalikan sehingga 28 kontena alat ganti dari Malaysia Barat dan juga luar negara setiap bulan, berbanding 24 kontena sebelum ini.

    PPCSB juga telah melancarkan sistem pengurusan gudang (WMS) baru di semua lokasi awal tahun ini. Ia membolehkan kapasiti penghantaran harian di RPC terbaru meningkat sebanyak 66% kepada 300 baris pada bulan Julai berbanding hanya 180 baris sebelum ini, serta sasaran kapasiti maksimum 400 baris dijangka dicapai menjelang September.

    Ruang tambahan lebih besar ini membolehkan pengagihan 8,500 bakul untuk menyimpan alat ganti, meningkat dari 5,000 bakul di fasiliti sebelumnya. Hasilnya, nilai stok dijangka meningkat sebanyak 1.5 kali ganda kepada RM9 juta menjelang Disember 2024, meningkat daripada RM5.8 juta setahun sebelumnya.

    Dalam kenyataan yang sama, Proton turut memaklumkan bahawa pegangan pasarannya di Sabah telah meningkat secara berterusan daripada 10% pada 2018 kepada 25.9% pada 2023 dan kini berada pada 27.4% setakat ini untuk tahun 2024. Peningkatan ini didakwa didorong oleh populariti model siri X baru serta Proton Saga yang kekal relevan. Pada tahun 2023, jualan kenderaan Proton di Malaysia Timur menyumbang 15.8% kepada jumlah jualan keseluruhan syarikat itu.

    Model Proton yang paling laris dijual di Sabah adalah Saga dengan 13,700 unit terjual, diikuti oleh Persona dengan 4,264 unit dan Proton X50 dengan 2,955 unit.

    “Jualan Proton di Malaysia Timur telah meningkat sebanyak 3.1 kali ganda kepada 23,871 unit pada tahun 2023 dari 7,697 unit pada tahun 2018. Dengan 8,000 tempahan untuk Proton X50 2024 dan pelancaran Proton X70 2025 tidak lama lagi, kami menjangkakan satu lagi peningkatan di negeri ini menjelang akhir tahun. Oleh itu, dengan peningkatan jualan yang membawa kepada permintaan alat ganti yang lebih tinggi, pelancaran pusat bahagian yang lebih besar dan canggih akan memastikan bekalan alat ganti yang mencukupi bukan sahaja untuk kenderaan baru tetapi juga meningkatkan perkhidmatan selepas jualan kami,” tambah Edmund Lim.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.13 (-0.04)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.00
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.90 (-0.04)
EURO 5 B7 RM3.10 (-0.04)
Last Updated Aug 14, 2025