Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • Toyota Starlet Cross dilancar di Afrika Selatan – rebadge dari Suzuki Fronx, 1.5L NA, bermula RM72k

    Toyota Starlet Cross dilancar di Afrika Selatan – <em>rebadge</em> dari Suzuki Fronx, 1.5L NA, bermula RM72k

    Toyota sebelum ini telah ‘membangkitkan’ semula nama hatchback kompak ‘Starlet’ dengan memperkenalkan Toyota Starlet pada tahun 2020 khas untuk pasaran Afrika Selatan, yang sebenarnya merupakan model rebadge dari Suzuki Baleno yang diproduksi oleh Maruti Suzuki di India.

    Kini sekali lagi nama ikonik tersebut digunakan untuk pasaran Afrika Selatan apabila Toyota memperkenalkan pula SUV kompak yang diberi nama sebagai Toyota Starlet Cross 2024. Sekali lagi model ini merupakan versi rebadge dari Maruti Suzuki Fronx, yang juga dikenali sebagai Toyota Urban Cruiser Taisor yang baru dilancarkan di India pada April lalu.

    Starlet Cross ini merupakan SUV dengan panjang keseluruhan tidak sampai empat meter, atau lebih spesifik hanya 3,995 mm. Jadi ia merupakan SUV segmen-A dalam kelas yang sama seperti Perodua Ativa, Nissan Magnite dan sebagainya, lebih kecil dari Toyota Yaris Cross berasaskan platform DNGA yang sudahpun dilancarkan di Indonesia dan Thailand.

    Toyota Starlet Cross dilancar di Afrika Selatan – <em>rebadge</em> dari Suzuki Fronx, 1.5L NA, bermula RM72k

    Namun tidak seperti Maruti Suzuki Fronx dan Toyota Urban Cruiser Taisor di India yang menerima pilihan enjin K12N empat silinder 1.2 liter NA sama ada digerakkan dengan petrol atau gas asli mampat (CNG) dan enjin petrol K10C 1.0 liter tiga-silinder turbo, Toyota Starlet Cross di India hanya ditawarkan dengan satu jenis enjin iaitu 1.5 liter petrol NA berkuasa 105 PS dan tork maksima 138 Nm.

    Enjin tersebut dipadankan dengan pilihan kotak gear automatik empat kelajuan dan juga manual lima-kelajuan, kedua-duanya hanya memacu roda hadapan. Model dengan kotak gear auto boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa 5.8 saat dan mencatatkan kelajuan maksima 170 km/j, manakala versi manual lebih pantas dengan pecutan sama dicapai dalam masa 5.6 saat dan kelajuan maksima 175 km/j.

    Pada sebelah luar, Toyota Starlet Cross ini tampil dengan rupa yang sama sepenuhnya seperti Urban Cruiser Taisor, yang secara asasnya Fronx yang ditukar dengan beberapa perincian kecil seperti grafik lampu nyalaan siang, corak gril dan grafik LED lampu belakang yang berbeza.

    Toyota Starlet Cross dilancar di Afrika Selatan – <em>rebadge</em> dari Suzuki Fronx, 1.5L NA, bermula RM72k

    Begitu juga pada bahagian kabin dimana Starlet Cross, Urban Cruiser Taisor dan Fronx berkongsi rekaan yang sama, dibezakan hanya logo pada roda stereng yang mengikut jenama masing-masing. Antara perincian yang diberikan termasuk pilihan skrin infotainmen 7- dan 9-inci dan juga pengecas telefon pintar tanpa wayar.

    Kelengkapan keselamatan pula agak rendah di mana tiada sebarang sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) ditawarkan. Varian asas XR hanya diberikan dua-beg udara, manakala varian tertinggi XS pula menerima enam-beg udara. Sistem kawalan kestabilan elektronik, brek ABS dan EBD serta bantuan mula mendaki adalah standard untuk semua model.

    Toyota Starlet Cross ini dijual pada harga bermula R299,900 (RM72k) untuk model asas XS MT dan R322,300 (RM78k) untuk XS AT. Varian tertinggi pula dijual pada harga bermula R339,300 (RM82k) untuk varian XR MT dan R359,300 (RM87k) untuk varian XR AT.

     
     
  • Isuzu Malaysia perkenal Insurance Pro – penyelesaian mudah “terbaik dalam kelas” untuk pikap D-Max, lori

    Isuzu Malaysia perkenal Insurance Pro – penyelesaian mudah “terbaik dalam kelas” untuk pikap D-Max, lori

    Isuzu Malaysia telah memperkenalkan Isuzu Insurance Pro, yang dikatakan mampu menghapuskan misteri apabila membeli perlindungan insurans yang mencukupi, sambil memberikan polisi insurans menyeluruh kepada pemilik untuk memastikan kenderaan Isuzu serta pemandu mereka dilindungi.

    Dibuat dengan kerjasama lima syarikat insurans dan takaful utama negara, Isuzu Insurance Pro ini boleh didapatkan buat kali pertama mahupun pembaharuan seterusnya, dan tersedia untuk model trak pikap D-Max serta semua trak ringan, pertengahan ataupun berat jenama itu, seperti Elf, Forward dan Giga.

    “Dengan memperkenalkan Isuzu Insurance Pro, kami bukan sahaja dapat mencipta satu penyelesaian yang mudah untuk pelanggan, tetapi juga memberikan pelbagai manfaat melalui polisi yang dapat memberikan pemilik Isuzu perlindungan tersasar, pantas dan mudah, yang telah dipilih khas secara khas untuk kebaikan pemilik Isuzu,” kata CEO Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe.

    Isuzu Malaysia perkenal Insurance Pro – penyelesaian mudah “terbaik dalam kelas” untuk pikap D-Max, lori

    Isuzu Insurance Pro dikatakan mempunyai pelbagai manfaat “terbaik dalam kelasnya,” termasuk kelulusan pantas untuk tuntutan bawah RM20,000, khidmat tunda 300 km tanpa had kekerapan untuk D-Max dan tunda 300 km tiga kali secara percuma untuk model Elf, perlindungan semua pemandu, manfaat bantuan banjir, perlindungan kunci hilang serta perlindungan kemalangan peribadi sehingga RM10,000 untuk pemegang polisi dan juga pemandu berdaftar.

    Manfaat lain yang disediakan adalah termasuk bantuan tepi jalan 24/7, pengecualian betterment dan bayaran awal selama 10 tahun, serta nilai dipersetujui sehingga 10 tahun untuk D-Max dan untuk tahun pertama bagi lori. Semua tuntutan di bawah Isuzu Insurance Pro akan menggunakan alat ganti asli selagi kenderaan dihantar ke pusat servis berdaftar.

    Isuzu Insurance Pro cuma boleh didapati melalui pengedar rasmi Isuzu dan pembeli terawal akan menerima hadiah istimewa.

     
     
  • Tesla Bot ‘Optimus’ Gen 1 dipamerkan di Malaysia

    Tesla Bot ‘Optimus’ Gen 1 dipamerkan di Malaysia

    Selain kenderaan elektrik, Tesla juga terlibat dengan pembangunan teknologi autonomous dan robotik, dengan salah satu yang telah berjaya dihasilkan adalah robot humanoid autonomous Optimus.

    Satu unit robot tersebut telah tiba di Malaysia dan kini sedang dipamerkan di Pavilion Kuala Lumpur. Ia sebenarnya adalah model Optimus Gen 1 yang pertama kali didedahkan pada Mac 2023 dan kini sudah ada versi Gen 2, diperkenalkan Disember tahun lalu.

    Model Gen 1 ini boleh dikenali melalui bahagian dada yang berbentuk V, sementara Gen 2 lebih berpetak dan mempunyai tulisan Tesla. Selain bahagian dada, tangan model Gen 2 juga dijadikan lebih seperti bentuk manusia manakala kakinya mempunyai panel yang lebih tertutup.

    Menurut Tesla, Optimus adalah “satu robot humanoid yang direka untuk melakukan kerja yang berulang, membosankan dan bahaya bagi manusia,” sementara bentuknya yang mempunyai inspirasi daripada manusia membolehkan ia untuk menggunakan pelbagai peralatan, mengangkat objek dan bekerja dalam kilang seperti manusia.

    Menurut Analytics Insight, Tesla Optimus Gen 1 ini antaranya mencatat tinggi 173 sm dan berat 57 kg, sementara Gen 2 adalah lebih tinggi dan berat dengan catatan 178 sm dan 59 kg.

    Antara kemampuan fizikal Gen 1 adalah termasuk berjalan, melambai dan menari, sementara Gen 2 pula mempunyai pergerakan lengan, tangan serta jari yang lebih bebas, dan boleh melakukan lebih banyak tugas seperti mengasingkan kotak berwarna serta mengekalkan posisi yoga.

    Kedua-dua Optimus Gen 1 dan Gen 2 boleh membawa berat sehingga 20 kg, dan dikuasakan oleh sistem Artificial Intelligence (AI) sama seperti yang digunakan pada kenderaan Tesla.

     
     
  • Scammer kemalangan babitkan motosikal di Johor sasar penunggang S’pura – aksi dirakam kamera 360°

    Scammer kemalangan babitkan motosikal di Johor sasar penunggang S’pura – aksi dirakam kamera 360°

    Satu lagi taktik penipuan dikesan, kali ini video berkenaan turut tular menerusi laman Facebook. Rakaman yang dimuat naik ini hasil kamera aksi 360-darjah, yang dipasang pada motosikal pendaftaran Singapura.

    Klip video berdurasi 45 saat ini menunjukkan penunggang asing dan pemboncengnya melepasi sekumpulan penunggang motosikal yang dipercayai rakyat Malaysia di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di BSI, menuju ke Johor Bahru. Rakaman kamera kemudian menunjukkan pandangan menghadap belakang dan selepas itu kelihatan penunggang Yamaha 135 LC memotong dari sebelah kanan dengan jarak yang terlalu hampir dan tergesel sedikit dengan penunggang asing terbabit.

    Kemudian, muncul penunggang motosikal kedua, yang dipercayai rakannya, merapati motosikal penunggang asing itu, dan mereka dilihat seperti bertengkar, dipercayai ingin memeras ugut penunggang asing berkenaan yang kononnya sebagai pampasan kerosakan motosikal. Pada akhir rakaman berkenaan, penunggang asing memberitahu kedua-dua penunggang motosikal terbabit bahawa dia mempunyai bukti video insiden tersebut, sebelum kedua-duanya bertindak meninggalkan tempat kejadian.

    Kejadian seumpama ini pernah berlaku di Klang, di mana seorang lelaki berlari dari seberang jalan ke arah bahagian hadapan sebuah kereta yang sedang melalui jalan terbabit dan ‘menghempaskan’ dirinya ke bahagian cermin hadapan kereta tersebut yang menyebabkan retak teruk. ‘Si mangsa’ kemudiannya memeras ugut pemandu berkenaan dengan alasan sebagai pampasan, dan apabila dimaklumkan insiden tersebut dirakamkan menerusi dashcam, dia tergesa-gesa beredar.

    Pelbagai motif dan taktik yang digunakan oleh scammer jalanan sekarang ni, jadi, inilah pentingnya mempunyai dashcam, kamera 360-darjah atau pun kamera badan, bukan setakat untuk merakamkan perjalanan anda, bahkan boleh dijadikan bahan bukti sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini termasuk kemalangan dan sebagainya.

     
     
  • FIVE KLIA Pit Stop kini dibuka – stesen flagship bakal dilengkapi pengecas DC EV 240 kW bantuan solar

    FIVE KLIA Pit Stop kini dibuka – stesen flagship bakal dilengkapi pengecas DC EV 240 kW bantuan solar

    FIVE Petroleum Malaysia hari ini telah melancarkan rangkaian stesen minyak baharunya yang terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dikenali sebagai FIVE KLIA Pitstop, dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, jenama petroleum tempatan itu menyatakan bahawa ini merupakan stesen flagship pertamanya selepas ia dilancar secara rasmi pada Oktober 2020, dengan dilengkapi pelbagai teknologi termaju. Stesen ini terletak kira-kira 4 km dari terminal utama KLIA, berhampiran dengan Parkir Jangka Panjang (LTCP) lapangan terbang itu. Selain dari kemudahan untuk mengisi bahan api, stesen ini juga menampilkan kedai serbaneka Woo! Mart.

    Menurut Pengasas FIVE Petroleum Malaysia Dato’ Sri Dr. King Lim dalam ucapannya, stesen FIVE KLIA Pit Stop ini akan dilengkapi sistem kecerdasan buatan (AI) pada masa akan datang untuk fungsi seperti pengenalan wajah, pengenalan nombor plat, pengesanan kebakaran, pengesanan jenayah, dan lain-lain untuk menjadikannya “stesen minyak pintar yang paling selamat untuk pelanggan.”

    Ia juga bakal dilengkapi dengan pengecas pantas DC 240 kW, di mana sebahagian kuasanya akan dijana oleh sistem solar. Pengecas pantas DC ini akan dibekalkan oleh Emergence Innovative Sdn Bhd menerusi jenama Rise, di mana urusan pembayaran boleh dibuat menerusi aplikasi web yang tidak perlu anda pasang pada telefon pintar, sebaliknya boleh diakses menerusi pelayar internet hanya dengan mengimbas kod QR yang diberikan.

    Kami difahamkan sebanyak satu atau dua pengecas tersebut akan dipasang di FIVE KLIA Pitstop ini, namun bila ia akan mula dipasang dan boleh digunakan masih belum dimuktamadkan.

    Dalam ucapan yang sama, Lim turut menjelaskan bahawa FIVE KLIA Pitstop ini merupakan premis yang sudah ditinggalkan selama 12 tahun, dan ia berjaya ‘diselamatkan’ oleh FIVE Petroleum selepas isu-isu berkaitan tanah dapat diselesaikan dalam masa dua tahun.

    “Pembukaan FIVE KLIA Pit Stop lebih daripada sekadar stesen baharu; ia adalah bukti dedikasi kami kepada pasaran Malaysia. Lokasi utama ini menunjukkan komitmen kami terhadap inovasi, kelestarian, dan memberikan pengalaman pelanggan yang luar biasa,” katanya.

    Dalam majlis yang sama, FIVE Petroleum turut mengumumkan bahawa ia juga sudah bersedia untuk menyumbang kepada Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 bagi mengedarkan bahan api Bersubsidi tersebut menggunakan kad flit.

     
     
  • Volvo C40 dan XC40 dengan pek aksesori percuma bernilai RM43k, hanya ditawarkan hujung minggu ini

    Volvo C40 dan XC40 dengan pek aksesori percuma bernilai RM43k, hanya ditawarkan hujung minggu ini

    Ubah suai kenderaan adalah seperti satu pernyataan, mahu menjadikan ia unik mengikut diri sendiri dan berbeza berbanding kenderaan orang lain. Anda juga boleh melakukannya dengan aksesori rasmi, seperti yang ditawarkan oleh Volvo Car Malaysia melalui pakej ‘Made For You’, yang ditawarkan untuk model Volvo C40 Recharge Pure Electric dan XC40 Recharge Pure Electric.

    Pakej ini terdiri daripada barangan yang telah dipilih secara teliti untuk meningkatkan SUV EV ini pada aspek rupa dan juga fungsi, dengan termasuk pemijak tepi, kit penutup hab rim, rim 20 inci berserta tayar, scuff plate belakang berlampu serta cermin pandang belakang digital – kos pemasangan sudah dikira sekali. Asalnya, harga kesemua barangan ini adalah RM43,000, tetapi sekarang ia ditawarkan secara percuma untuk kedua-dua model.

    Unit berwarna putih yang anda boleh lihat dalam galeri gambar ini menunjukkan bagaimana rupanya apabila sudah dipasang dengan aksesori tersebut. Tapi, kalau nak lebih puas, anda boleh pergi terus ke Sentul Depot hujung minggu 9-11 Ogos ini untuk pameran ‘A Volvo Made for You’ dan lihatnya sendiri di depan mata.

    Sewaktu di pameran itu juga anda boleh mendapatkan pelbagai lagi tawaran menarik untuk C40 dan XC40 Recharge Pure Electric, seperti tawaran tambahan di samping tawaran rebat sedia ada sebanyak RM25,000 atau pakej aksesori Volvo ‘Made for You’ berharga RM43,000. Tawaran sama turut disediakan melalui pengedar Volvo di luar Lembah Klang, tetapi hanya untuk hujung minggu ini sahaja.

    Selain C40 dan XC40 Recharge Pure Electric yang sudah dipasang dengan aksesori ini, akan terdapat juga tiga lagi kenderaan yang dibalut dengan pelekat khas di acara itu. Yang pertama dipanggil ‘All-Black’, membawa penampilan serba gelap dengan badannya dibalut sepenuhnya dengan pelekat warna hitam matte, sementara rim dan kemasan lain turut dihitamkan.

    Satu lagi menggunakan tema ‘Trendsetter’, dengan mendapat inspirasi daripada personaliti penuh gaya yang tidak takut untuk tampil berbeza. Volvo C40 Recharge Pure Electric yang digunakan mendapat warna Yacht Blue dan kemudiannya digandingkan dengan satu lagi Volvo XC40 Recharge Pure Electric dengan hasil seni yang memberi rasa friluftsliv yang membawa maksud ‘hidup dengan ruang terbuka’ dalam bahasa Sweden.

    Turut akan dibawa ke acara tersebut adalah model plug-in hybrid (PHEV), termasuk Volvo XC90, XC60, S60, S90 dan V60 Recharge, serta juga kenderaan terpakai daripada Volvo SELEKT.

     
     
  • JPJ eBid: Siri JXH dan DFC bakal dibuka bidaan

    Bagi yang mencari-cari plat nombor pendaftaran untuk kenderaan baharu, ini ada lagi dua pilihan siri yang telah diumumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Seperti biasa, bidaan dilakukan menerusi platform dalam talian, JPJ eBid.

    Siri plat nombor dari Johor, JXH, bakal dibuka bidaan bermula 10 Ogos 2024. Diberikan tempoh bidaan selama lima hari dan ia akan berakhir jam 10 malam pada 14 Ogos ini. Keputusannya akan dikeluarkan pada keesokan harinya, 15 Ogos 2024. Keseluruhan proses adalah secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik dan buruk juga menerusi e-mel.

    Manakala bagi siri nombor pendaftaran terkini dari Kelantan pula, DFC, bidaannya akan dibuka mulai 11 Ogos 2024. Ia berlangsung selama lima hari dan akan berakhir jam 10 malam pada 15 Ogos 2024. Keputusannya akan dikeluarkan sehari selepas bidaan ditutup iaitu pada 16 Ogos ini.

    Dah tak perlu nak dapatkan khidmat pihak ketiga termasuk runner yang adakalanya menetapkan kadar caj yang tidak masuk akal. Jadi, anda boleh lakukan sendiri bidaan ini. Untuk mengetahui cara-cara untuk membida menerusi JPJ eBid, anda boleh KLIK PAUTAN INI.

     
     
  • Mitsubishi Xforce dapat 5-bintang dari ASEAN NCAP

    Mitsubishi Xforce dapat 5-bintang dari ASEAN NCAP

    Mitsubishi Xforce telah pun diberikan penarafan lima-bintang dari Asean NCAP (Program Penilaian Kenderaan baharu untuk Negara Asia Tenggara), dengan menerima keseluruhan markah 79.15, Xforce merupakan model kedua dari jenama Jepun itu yang dinilai di bawah protokol ini, selepas Triton 2024.

    Xforce dilihat diuji di jalan raya di Malaysia pada Februari lalu, dan SUV segmen-B ini dijangka akan tiba di sini tahun ini, mungkin sebelum trak pikap Triton generasi ketiga diperkenalkan di peringkat tempatan.

    Varian yang diuji ialah Exceed, berasal dari Indonesia dan direncanakan untuk dijual di Indonesia, Filipina dan Vietnam, dan Xforce memberikan “prestasi hebat” dalam penilaiannya, setelah mencapai penarafan lima-bintang dalam semua kategori penilaian, menurut Asean NCAP.

    Ciri keselamatan pasif yang ada pada Xforce termasuklah empat beg udara secara standard, bersama ABS, kawalan kestabilan elektronik, pengingat tali pinggang keledar untuk penumpang hadapan dan belakang, teknologi perlindungan pejalan kaki untuk semua varian.

    Turut diberikan untuk Xforce, sama ada secara standard mahu pun sebagai kelengkapan pilihan ialah brek kecemasan autonomous, amaran pelanggaran hadapan, pengesan titik buta dan lampu tinggi automatik.

    Markah dari Asean NCAP yang diperoleh ialah 27.91 daripada 32.00 mata untuk kategori perlindungan penumpang dewasa (AOP), 43.43 dari 51.00 mata bagi kategori perlindungan penumpang kanak-kanak (COP). Bagi kategori bantuan keselamatan pula, Xforce menerima 15.59 daripada 21.00 mata, sementara kategori keselamatan penunggang motosikal pula dengan 9.91 daripada 16.00 mata.

     
     
  • Lee Zii Jia memperoleh pingat gangsa dalam Olimpik Paris 2024 – bakal miliki SUV Chery Tiggo 7 Pro

    Lee Zii Jia memperoleh pingat gangsa dalam Olimpik Paris 2024 – bakal miliki SUV Chery Tiggo 7 Pro

    Satu lagi kebangkitan dari atlet negara setelah pemain badminton kita, Lee Zii Jia, berjaya memperoleh pingat gangsa selepas menewaskan Sen Lakshya dari India dalam pertarungan tiga set 13-21, 21-16, 21-11 semalam.

    Walau pun tumpas dalam set pertama, namun ternyata semangat kental Zii Jia makin membara, dengan ‘mengikat’ Sen daripada terus mara. Ternyata kemenangan yang diperoleh itu, secara peribadi buatnya, menepis segala tohmahan dan kecaman ramai beberapa tahun kebelakangan ini. Menerusi temubual bersama Astro Arena selepas tamat perlawanan, Zii Jia berkata, “Setiap pagi saya bangun tidur, saya baca berita pasal saya, saya tertanya-tanya, apa dosa saya?”

    Selain terubat kelukaan dengan pingat gangsa ini, Zii Jia juga bakal menerima hadiah RM100,000 seperti yang dijanjikan oleh Majlis Sukan Negara bagi atlet Malaysia yang berjaya membawa pulang pingat gangsa sukan Olimpik Paris 2024 menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM). Bukan itu sahaja, seperti Aaron Chia dan Soh, Zii Jia juga bakal menerima Chery Tiggo 7 Pro bernilai RM123,800.

    Leo Chen selaku Presiden Chery Auto Malaysia berkata, “Kami tahu mereka telah bekerja keras dan berlatih berjam-jam lamanya untuk menghadapi cabaran ini. Kami letakkan harapan yang tinggi bahawa Malaysia mampu meraih pingat emas yang telah lama diidamkan.” Beliau berkata demikian dalam majlis pengumuman di atas sokongan Chery Malaysia untuk para atlet kita pada Jun lalu.

    Atas sokongan itu, Chery Malaysia akan menyumbang SUV tujuh-tempat duduk Tiggo 8 Pro buat pemenang pingat emas, selain model EV Omoda E5 untuk pemenang pingat perak dan Tiggo 7 Pro untuk pemenang pingat gangsa.

    GALERI: Chery Tiggo 7 Pro

     
     
  • Kenderaan sebabkan pencemaran bunyi dan udara di Malaysia kini boleh didenda sehingga RM500,000

    Kenderaan sebabkan pencemaran bunyi dan udara di Malaysia kini boleh didenda sehingga RM500,000

    Jika anda mempunyai kenderaan yang menghasilkan asap atau bunyi yang berlebihan, anda perlu ambil perhatian kerana hukuman yang dikenakan sekiranya didapati bersalah kini adalah lebih tinggi dari sebelum ini. Ini kerana kadar kompaun Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024 (Akta 127) yang lebih tinggi telah diwartakan pada 6 Jun lalu kini sudahpun mula dikuatkuasakan bermula 7 Julai, lapor Berita Harian.

    Menurut Ketua Pengarah Alam Sekitar, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar dalam laporan berkenaan, sebelum pindaan ini dibuat mana-mana pengguna kenderaan yang menyebabkan pencemaran bunyi dan udara hanya akan di kompaun sebanyak RM300 hingga RM2,000. Namun setelah undang-undang baharu ini dikuatkuasa kadar kompaun yang akan dikenakan adalah lebih tinggi daripada itu.

    Beliau menyatakan bahawa Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024 (Akta 127) tidak hanya memburu punca pencemaran membabitkan pengilang atau industri, malah pengguna kenderaan yang menyebabkan pencemaran bunyi dan udara turut disasarkan dengan kadar denda baharu.

    Menurutnya sebelum ini pengguna motosikal hanya dikenakan kompuan RM300 bagi kesalahan mengeluarkan bunyi bising, manakala lori atau bas yang melepaskan asap hitam dikenakan kompaun RM2,000, namun menerusi akta yang telah dipinda ini pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM500,000.

    Kenderaan sebabkan pencemaran bunyi dan udara di Malaysia kini boleh didenda sehingga RM500,000

    “Mengikut akta itu, antara punca pencemaran di bawah bidang kuasa JAS adalah kenderaan bermotor dan untuk itu, kita ada melakukan pemeriksaan melalui operasi dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    “Kita ada peralatan bagi mengukur jumlah asap hitam dilepaskan dan bunyi bising… jika bacaannya melepasi standard, pengguna kenderaan khususnya motosikal, lori dan bas ini boleh dikenakan kompaun,” katanya.

    Wan Abdul Latiff turut memberitahu menerusi 23,227 pemeriksaan sepanjang enam bulan pertama tahun ini sebanyak 736 kompaun dikeluarkan dengan 312 kepada kenderaan yang menyebabkan pelepasan asap hitam melalui diesel dan bakinya motosikal yang menyebabkan bunyi bising. Manakala pada tahun lalu pula sebanyak 36,077 pemeriksaan dilakukan dengan 1,415 kompaun dikeluarkan.

     
     
  • ‘Superwomen and the gang’ ‘dipukat’ Polis Tapah, JPJ dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya PLUS

    Gara-gara beraksi ala ‘superwomen’ ketika sedang menunggang motosikal di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) hujung minggu lalu, seorang remaja perempuan ditahan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Tapah.

    Menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya, BSPT IPD Tapah berkata, remaja perempuan yang mendakwa dari Kelab Motosikal Gadis Highway telah melakukan aksi berbahaya iaitu meniarap di atas motosikal dengan meluruskan kedua-dua kaki ke belakang atau gaya Superman.

    “Sebanyak 54 buah motosikal dari kumpulan Gadis Highway itu telah ditahan dan diperiksa oleh Unit Risikan/Operasi BSPT IPD Tapah dengan kerjasama Peronda EMPV Lebuhraya dan JPJ Perak dalam satu Operasi Samseng Jalanan di Lebuhraya Raya Utara Selatan arah selatan jam 12 tengahari semalam. Sebelum kejadian, difahamkan konvoi kumpulan Gadis Highway itu dalam perjalanan dari Perlis, Kedah dan Perak menuju ke sebuah kedai makan terkenal di Sungkai, Perak.

    “Hasil pemeriksaan lanjut, ada diantara mereka yang berusia 20 hingga 30 tahun ini dikesan menunggang motosikal tanpa lesen memandu yang sah, tiada lesen kenderaan motor dan juga tiada perlindungan insuran. Kesemua mereka ditahan telah dibawa ke Balai Polis Sungkai untuk tindakan lanjut,” kata BSPT IPD Tapah.

    Dalan masa yang sama, sebanyak 47 saman dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan trafik, manakala JPJ Perak juga telah mengeluarkan sejumlah dan 53 notis. Selain itu, tujug orang daripada kumpulan itu telah dilakukan ujian saringan awal air kencing oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Perak dan beberapa buah motosikal dilakukan ujian kawalan bunyi bising dan getaran oleh Jabatan Alam Sekitar Perak.

    “Sementara itu, dua lelaki turut ditahan dalam operasi ini kerana menunggang motosikal melawan arus di Lebuhraya Utara Selatan. Ketiga-tiga penunggang terbabit telah ditahan dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    “BSPT IPD Tapah akan sentiasa melaksanakan operasi mencegah samseng jalanan secara berterusan bagi membanteras kegiatan itu yang membahayakan keselamatan orang ramai. Pada masa yang sama, BSPT komited untuk menjalankan program advokasi bagi melahirkan generasi penunggang motosikal yang sentiasa patuh kepada peraturan dan undang-undang lalulintas,” tambahnya lagi.

     
     
  • Zeekr X 2024 dilancar di Singapura – dua varian, kuasa sehingga 428 PS, jarak gerak boleh cecah 440 km

    Zeekr X 2024 dilancar di Singapura – dua varian, kuasa sehingga 428 PS, jarak gerak boleh cecah 440 km

    Selepas hanya beberapa minggu tampil dalam pasaran Thailand, Zeekr kini tiba pula di Singapura dengan melancarkan produk pertama mereka, iaitu X. Ia sudah mula dijual, sama seperti di Thailand, dan kemudiannya akan diikuti pula oleh MPV 009.

    Dua varian X ditawarkan di Singapura, bermula denan Standard RWD yang dijual pada harga SGD199,999 (sekitar RM666k) termasuk COE, dan Flagship AWD berharga SGD214,999 (RM716k) – Thailand juga mendapat dua varian.

    Berkenaan spesifikasi, kedua-dua varian dilengkapi dengan bateri nickel manganese cobalt (NMC) yang mempunyai kapasiti 66 kWh. Standard RWD menggunakan motor elektrik di belakang berkuasa 272 PS (268 hp atau 200 kW) dan tork 343 Nm, mampu memberikan jarak gerak 440 km mengikut standard WLTC.

    Sementara itu, Flagship AWD yang menggunakan dua motor mampu menghasilkan 428 PS (422 hp atau 315 kW) dan tork 543 Nm, memberikan jarak gerak 420 km. Dengan kuasa yang lebih tinggi, varian ini boleh memecut 0-100 km/j dalam masa 3.8 saat, manakala Standard AWD memerlukan masa 5.6 saat.

    Zeekr X 2024 dilancar di Singapura – dua varian, kuasa sehingga 428 PS, jarak gerak boleh cecah 440 km

    Kedua-dua varian boleh menerima pengecasan DC pada kapasiti maksimum 150 kW, boleh menaikkan kadar bateri dari 10 ke 80% dalam masa 28 minit. Untuk pengecasan AC pula, kapasiti maksimum adalah 7.2 kW untuk Standard RWD dan 11 kW untuk Flagship AWD (penuh dalam masa tujuh jam).

    Melihat kepada kelengkapan, X datang dengan lampu hadapan LED, DRL LED, balutan kulit mesra vegan, tempat duduk pemandu larasan kuasa, panel instrumen digital 8.8 inci, skrin sesentuh 14.6 inci dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay, pad pengecas tanpa wayar dan pengawal pendingin hawa dua zon.

    Flagship AWD mendapat lebih banyak ciri, termasuk lampu suasana pelbagai warna, tempat duduk hadapan larasan kuasa dengan liang udara, sistem pembesar suara Yamaha 13 pembesar suara, skrin paparan tahap cas di b-pillar dan rim 19 inci (varian asas menggunakan unit 18 inci).

    Zeekr X 2024 dilancar di Singapura – dua varian, kuasa sehingga 428 PS, jarak gerak boleh cecah 440 km

    Semua peningkatan ini bagaimanapun masih disediakan bagi pemilik Standard RWD sebagai pilihan tambahan, kecuali rim 20 inci, yang hanya disediakan sebagai pilihan bagi varian Flagship AWD. Sistem bantuan pemandu ADAS kedua-dua varian adalah sama.

    Ini termasuklah Adaptive Cruise Control dengan penukaran lorong automatik, Lane Centring Assist, Autonomous Emergency Braking, Blind Spot Monitoring, amarak buka pintu, Evasive Manoeuvre Assist, Cross Traffic Alert depan dan belakang, seta kamera 360 darjah.

    Sementara Thailand dan Singapura sudah pun mula menerima kenderaan Zeekr, kita masih menunggu jenama kenderaan elektrik (EV) itu tiba secara rasmi di Malaysia tahun ini, dengan model terawal, sama seperti negara jiran adalah X dan 009.

     
     
  • Proton eMas 7 — 29 pengedar, 25 dibuka menjelang pelancaran; termasuk di Kota Kinabalu dan Kuching

    Proton eMas 7 — 29 pengedar, 25 dibuka menjelang pelancaran; termasuk di Kota Kinabalu dan Kuching

    Ketika majlis pra-tonton sulung Proton eMas 7 minggu lalu, Proton turut mengumumkan yang syarikat itu telah mempunyai 29 pengedar setakat ini — melebihi daripada 18 pengedar yang ada sebelum ini — untuk sub-jenama eMas-nya nanti. Syarikat itu juga mensasarkan untuk mempunyai 25 cawangan ketika model berkenaan dilancarkan secara rasmi Disember nanti.

    Lokasi cawangan dan bilik pameran berkenaan melibatan seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak, dengan kebanyakan daripadanya terletak di kawasan tengah — di Kuala Lumpur (Cheras, Jalan Kuching dan Jalan Tun Razak) dan sembilan di Selangor (dua di Petaling Jaya dan masing-masing satu di Rawang, Glenmarie, Kajang, Puncak Jalil, Balakong, Shah Alam dan Puchong).

    Selain itu, akan ada juga bilik pameran di Johor (Plentong, Medini dan Johor Bahru) serta Perak (dua di Ipoh dan satu di Taiping). Tidak ketinggalan ada dua di Pulau Pinang (Butterworth dan Georgetown) dan Kota Kinabalu, Sabah. Selebihnya, cawangan tersebut akan berada di Sungai Petani, Kedah; Kota Bharu, Kelantan; Kuala Terengganu, Kuantan, Pahang, Nilai, Negeri Sembilan, Melaka dan Kuching, Sarawak.

    Model pertamanya nanti ialah SUV elektrik eMas 7 yang dibangunkan bersama dengan Geely bagi model Galaxy E5. Dibangun menggunakan platform Global Modular Architecture (GMA), SUV berkenaan akan memanfaatkan motor 12-dalam-1 dengan kecekapan yang didakwa mencapai 90.04% serta bateri lithium iron phosphate (LFP) yang menggunakan sel bateri “bilah pendek” Aegis. Ia juga akan dilengkapi sistem infotainmen Flyme Auto yang dikuasakan oleh cip 7 nm.

    Spesifikasi lengkapi belum didedahkan lagi, tetapi Galaxy E5 di China dilengkapi dengan motor tunggal di depan dengan janaan 218 PS (160 kW) dan 320 Nm, membolehkannya memecut 0-100 km/j dalam masa 6.9 saat. Dua kapasiti bateri juga ditawarkan sebagai pilihan — 49.52 kWh dengan jarak 440 km, serta unit 60.22 kWh dengan jarak 530 km (CLTC). Proton eMas 7 mungkin akan menggunakan sistem janaan kuasa yang sama.

     
     
  • Honda Civic RS 2025 JDM didedah di Jepun – 1.5L VTEC Turbo, manual 6-kelajuan, bermula RM131k

    Honda Civic RS 2025 JDM didedah di Jepun – 1.5L VTEC Turbo, manual 6-kelajuan, bermula RM131k

    Honda telah pun mendedahkan Honda Civic generasi ke-11 untuk versi facelift di Jepun, dan model berkenaan kini turut ditawarkan dalam versi lebih sporty tetapi masih satu tangga di bawah varian Type R, dikenali sebagai Honda Civic RS. Walaupun nama dan logo RS berkenaan sama seperti model yang ditawarkan di pasaran ASEAN termasuk Malaysia, model JDM ini dihasilkan lebih unik yang pastinya membuatkan peminat Honda luar Jepun tidak puas hati.

    Pertama sekali, Civic RS JDM ini dihasilkan dalam badan hatchback, berbanding sedan di pasaran lain. Ini kerana Jepun buat masa sekarang memang hanya menawarkan Civic dalam versi hatchback selepas sekali lagi menamatkan riwayat Civic sedan di sana pada 2020.

    Model RS JDM ini masih dibekalkan dengan enjin 1.5 liter empat silinder VTEC Turbo berkuasa 182 PS, namun ia digandingkan dengan kotak gear enam-kelajuan manual yang memberikan pemanduan lebih seronok. Roda tenaga pada enjin juga kini lebih ringan, dan kotak gear tersebut turut diberikan sistem rev-match seperti Type R, membolehkan throttle blip diberikan secara automatik tanpa pemandu membuat teknik heel & toe ketika menurunkan gear secara agresif.

    Honda Civic RS 2025 JDM didedah di Jepun – 1.5L VTEC Turbo, manual 6-kelajuan, bermula RM131k

    Selain itu, Honda turut memberikan talaan semula pada pengendalian Civic RS ini dengan suspensi dan torsion bar stereng yang lebih keras, serta set brek hadapan yang lebih besar. Suspensi talaan baharu tersebut juga membuatkan Civic RS ini sekitar 5 mm lebih rendah dari Civic biasa.

    Dari segi rupa, model produksi Civic RS JDM ini menampilkan bahagian luaran yang sama seperti Civic RS Prototype yang didedahkan di Tokyo Auto Salon Januari lalu. Ia diberikan gril hadapan yang sama seperti Civic facelift yang telah pun dilancarkan di Amerika Syarikat dan Thailand, dengan elemen sarang lebah bersama kerangka dibina dengan bahagian muncung lebih tajam dan bawahnya nampak lebih lebar.

    Elemen yang sama turut dibawa ke gril bampar yang direka dengan bentuk heksagon, berbanding gril dengan elemen bar melintang dan bentuk trapezium pada model biasa. Bampar baharu ini nampak lebih aerodinamik dengan menampilkan panel seperti spoiler pada sebelah bawah serta liang udara sisi menegak pada setiap sisi yang nampak dapat mengalirkan udara ke bahagian perumah roda hadapan.

    Honda Civic RS 2025 JDM didedah di Jepun – 1.5L VTEC Turbo, manual 6-kelajuan, bermula RM131k

    Namun pada bahagian belakang, model ini masih diberikan bampar yang nampak sama seperti versi sebelum ini dengan menampilkan panel diffuser pada bawah bampar bersama perumah ekzos yang pada setiap sisi. Khas untuk varian RS ini, ia diberikan lencana RS berwarna merah pada gril hadapan dan pintu hatch belakang, rim aloi 18-inci dengan rekaan jejari sama seperti model RS Turbo di Malaysia dan Civic Si pasaran Amerika Syarikat serta cermin sisi dengan penutup kemasan hitam berkilat.

    Manakala sebelah dalam, model RS ini diberikan serlahan jalur merah pada bahagian sekeliling liang penghawa dingin, tombol gear aluminium balutan kulit, serta serlahan jahitan benang merah pada tombol dan sarung tuil gear serta pada roda stereng yang juga dibalut kulit.

    Sama seperti model dipasaran AS dan Thailand, Civic facelift di Jepun ini turut sudah mendapat sistem Google Built-in, membolehkan fungsi seperti Google Assistant, Google Maps, Google Play dan lain-lain beroperasi pada skrin infotainmen.

    Untuk keselamatan pula Civic ini diberikan sistem bantuan pemanduan Honda Sensing. Sistem berkenaan memberikan fungsi seperti brek kecemasan automatik (AEB), bantuan kekal lorong, pengelak keluar laluan bersama amaran keluar lorong, cruise control adaptif bersama Low Speed Follow, Traffic Jam Assist. dan lain-lain.

    Honda Civic RS 2025 pasaran Jepun ini akan mula dijual bermula September 2024 dengan harga ¥4,198,700 (RM131k). Honda turut menawarkan spoiler belakang besar Modulo untuk Civic RS ini yang boleh dibeli bermula bulan November, didakwa dibangunkan bersama pelumba lagenda Jepun, Keiichi Tsuchiya.

     
     
  • Zeekr 009 ditemui atas jalan di Malaysia – MPV EV premium dengan jarak gerak 582 km, lancar tahun ini

    Zeekr 009 ditemui atas jalan di Malaysia – MPV EV premium dengan jarak gerak 582 km, lancar tahun ini

    Selepas hampir dua bulan kita melihat Zeekr X atas jalan di Malaysia, sekarang ada pula yang menemui MPV Zeekr 009. Kedua-dua model ini diketahui akan dilancarkan di negara kita tahun ini.

    Melihat kepada gambar yang dimuat naik oleh Yuri Iskandar di laman Facebook Malaysian Electric Vehicle Owners Club (MyEVOC), 009 ini tidak mempunyai sebarang pelekat samaran, menggunakan nombor plet perdagangan serta rim ‘Star’ yang ada ditawarkan dalam saiz 19 dan 20 inci.

    Ketiadaan antena jenis shark fin di atas bumbung MPV ini memberi gambaran ia adalah versi terbaru yang ditunjukkan kali pertama di Hong Kong dan menggunakan pemanduan sebelah kanan. Di sana, 009 dijual pada harga bermula HKD755,000 (sekitar RM430k) dan ditawarkan dengan tetapan tempat duduk enam dan tujuh orang. Pasaran itu juga menerima versi dua motor elektrik dengan bateri 116 kWh dan jarak gerak 582 km.

    Untuk pasaran negara asalnya, di China, 009 menggunakan binaan 800V dan ditawarkan dengan tetapan satu motor hadapan dan dua motor. Versi satu motor mampu menghasilkan 421 PS (416 hp atau 310 kW) dan tork 440 Nm, mampu melakukan pecutan 0-100 km/h dalam masa 6.9 saat dan laju maksimum 230 km/j.

    Sementara itu, versi dua motor, pacuan semua roda mendapat peningkatan kuasa, menyamai 009 Grand yang dilancarkan awal tahun, dengan keseluruhannya mampu menghasilkan 789 PS (778 hp atau 580 kW) dan tork 810 Nm, melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.9 saat dan laju maksimum 230 km/j.

    Kedua-dua penggerak FWD dan AWD datang standard dengan bateri nickel manganese cobalt (NMC) 108 kWh yang boleh menerima pengecas pantas DC dan menaikkan tahap bateri dari 10-80% dalam masa 11.5 minit. Varian FWD boleh memberikan jarak gerak sehingga 740 km, manakala AWD 702 km – mengikut standard CLTC.

    Pembeli di sana juga diberi pilihan untuk menukar kepada bateri 140 kWh, bersama binaan 400V dan kuasa motor yang berkurangan, tetapi jarak geraknya bertambah menjadi 900 km untuk FWD dan 850 km untuk AWD. Semua versi 009 datang dengan suspensi udara dan harga di China bermula 439,000 yuan (sekitar RM272k).

    Memandangkan Hong Kong adalah negara pertama yang mendapat 009 dalam versi pemanduan sebelah kanan, kita boleh menjangka spesifikasi sama tiba di Malaysia. MPV premium daripada Zeekr ini akan memberi saingan kepada Aplhard/Vellfire dan kelengkapannya juga boleh tahan mewah.

    Antaranya termasuk panel instrumen digital 10.25 inci, skrin sesentuh OLED 15.05 inci, skrin OLED 17 inci untuk penumpang belakang, balutan kulit Nappa ‘Sofaro’, dua tempat duduk eksekutif di baris kedua, pintu gelungsur, sistem bunyi Yamaha 30 pembesar suara dan pakej ADAS lengkap.

    GALERI: Zeekr 009 2024 pemanduan sebelah kanan

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.13 (-0.04)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.00
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.90 (-0.04)
EURO 5 B7 RM3.10 (-0.04)
Last Updated Aug 14, 2025