Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • Toyota Urban SUV Concept petunjuk model EV yang akan masuk pasaran Eropah tahun depan, FWD/AWD

    Toyota Urban SUV Concept petunjuk model EV yang akan masuk pasaran Eropah tahun depan, FWD/AWD

    Semasa forum Kenshiki di Brussels, Belgium, Toyota telah menunjukkan Urban SUV Concept, yang memberikan petunjuk awal kepada model elektrik (EV) produksi yang akan dilancarkan di pasaran Eropah pada tahun 2024.

    Model yang namanya masih belum diberitahu ini akan memasuki segmen B dan menjadi salah satu daripada enam EV yang termasuk dalam perancangan. Tidak banyak perincian yang didedah setakat ini, melainkan model produksi diberitahu akan ditawarkan dengan pacuan dua roda dan semua roda, serta dua kapasiti bateri.

    “Toyota telah mencapai keunggulan dalam segmen SUV-B melalui Yaris Cross hibrid elektrik yang merupakan model terbaik di dalam kelasnya. Pembangunan model baru ini mendapat input daripada pengalaman kami bersama SUV elektrik dan mempunyai keperluan pelanggan Eropah. Ia juga akan menyediakan kualiti, ketahanan dan keboleh percayaan yang sudah menjadi tanda unik Toyota,” kata syarikat itu dalam kenyataan media yang dikeluarkan.

    Menggunakan lekuk-lekuk serta garis badan yang menjadikan bentuknya nampak tegap, model ini mendapat lampu hadapan bermotifkan C di hujungnya dan bersambung di bahagian tengah, menyamai konsep yang digunakan pada Prius, C-HR serta beberapa model Toyota terbaru lagi. Bahagian bawah bampar juga mempunyai lampu menegak.

    Lampu belakang mempunyai saiz kecil, dan juga disambungkan antara unit sebelah kiri dan kanan. Tiada gambar kabin yang didedahkan, tetapi Toyota memberitahu, bahagian dalamnya adalah fleksibel dan mudah diubah mengikut keperluan pengguna atau barang yang mahu diisi. Perincian lebih model baru ini akan diberitahu tahun hadapan.

     
     
  • Toyota Hilux Hybrid 48V diperkenal – enjin diesel 2.8L turbo dapat tambahan kuasa motor 16 PS dan 65 Nm

    Toyota Hilux Hybrid 48V diperkenal – enjin diesel 2.8L turbo dapat tambahan kuasa motor 16 PS dan 65 Nm

    Toyota Hilux 2024 telah pun didedahkan, dan ia mendapat penggerak mild-hybrid yang terdiri daripada enjin diesel turbo 2.8 liter serta sistem hibrid ringkas 48 volt yang memberi tambahan 16 PS dan 65 Nm dengan starter generator yang mendapat kuasa daripada bateri lithium ion 48 volt. Enjin diesel itu sahaja mampu menghasilkan 204 PS pada 3,400 rpm dan 500 Nm dari 1,600 rpm hingga 2,800 rpm.

    Menurut Toyota, bateri 48 volt itu mempunyai berat cuma 7.6 kg dan dicas semula melalui penjanaan semula kuasa semasa membrek, selain turut menyumbang kepada daya henti. Motor hibrid ringkas padanya direka untuk bertahan dengan kegunaan lasak, sesuai bagi kenderaan komersial dan dua tensioner tali sawat baru serta bahan yang lebih tahan digunakan untuk memperbaiki pemanduan dan mengurangkan bunyi – kata Toyota.

    Selain daripada itu, Toyota juga mendakwa bahawa penambahan sistem hibrid ringkas pada Hilux ini menjadikan maklum balas pendikit lebih baik manakala penggunaan bahan api menjadi lebih cekap sehingga 5% berbanding model biasa yang menggunakan enjin diesel tanpa bantuan elektrik.

    Toyota Hilux Hybrid 48V diperkenal – enjin diesel 2.8L turbo dapat tambahan kuasa motor 16 PS dan 65 Nm

    Motor elektrik ini juga dapat membantu semasa pemanduan offroad, dengan memberikan pecutan yang lebih lancar manakala penjanaan semula kuasa brek menjadikan pemanduan turun bukit selamat, kata Toyota. Kadar rpm waktu melahu juga dapat diturunkan dari 720 rpm ke 600 rpm. Binaan kalis air yang dibuat pada bateri 48V dan converter DC-DC pada Hilux Hybrid ini membenarkan ia meredah air sehingga kedalaman 700 mm.

    Masih sama seperti versi yang lain, Hilux Hybrid ini dibina atas kerangka body-on-frame, dan kemampuan mengangkat barangnya kekal 1,000 kg dan daya tarik adalah 3,500 kg. Kelegaan dari tanah bagi model hibrid double cab adalah 310 mm.

    Sistem keselamatan yang datang dengan Hilux Hybrid terdiri daripada pakej Toyota Safety Sense, yang termasuk Pre-Collision System dengan kemampuan mengesan pejalan kaki di waktu malam, mengesan penunggang basikal di waktu siang serta mengesan kenderaan atau pejalan kaki yang datang dari simpang, seterusnya mengeluarkan bunyi amaran atau brek jika perlu.

    Kemudiannya, Lane Departure Alert kini dapat mengesan bahagian tepi jalan, sebagai tambahan kepada garis jalan sahaja, manakala Adaptive Cruise Control dengan bantuan tanda jalan dapat membantu pemandu melaras kelajuan mengikut had dan memperlahankan kenderaan apabila menghampiri selekoh.

    Untuk kelengkapan dalam kabin, Hilux Hybrid mendapat sistem Toyota Smart Connect yang menyediakan navigasi berasaskan cloud dengan kawalan suara untuk multimedia, pendingin hawa serta membuka/menutup kunci menggunakan aplikasi telefon. Skrin infotainmen lapan incinya boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto.

    Menurut Toyota, Hilux Hybrid ini akan mula memasuki pusat pameran di Eropah pertengahan tahun hadapan, manakala Australia pula separuh tahun pertama 2024 dan dijangka mendapat varian 4×4 SR5 dan Rouge Double Cab.

     
     
  • Chery buka pusat 4S di Kuantan – yang pertama di Pantai Timur, dikendalikan oleh Evenergy Auto

    Chery buka pusat 4S di Kuantan – yang pertama di Pantai Timur, dikendalikan oleh Evenergy Auto

    Chery telah membuka pusat 4S di Kuantan, yang merupakan fasiliti pertama seumpamanya di Pantai Timur. Pusat 4S berkenaan dikendalikan oleh Evenergy Auto dan berlokasi di Kawasan Perindustrian Semambu, dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Haji Wan Rosdy Wan Ismail pada hujung minggu lalu.

    Sewaktu pelancaran pusat 4S terbabit, Chery turut mempertontonkan Omoda E5, pertama kali dipamerkan di bilik pameran. Versi elektrik bagi SUV Omoda 5 telah dipertontonkan kepada pihak media pada minggu lalu dan dijangka akan dilancarkan di Malaysia pada suku pertama (Q1) tahun 2024. Pesaing bagi BYD Atto 3 Extended Range ini ditawarkan dengan jarak gerajk 430 km (WLTP) dengan dijanakan oleh bateri lithium iron phosphate (LFP) 61 kWh, di mana motor elektrik hadapannya menghamburkan kuasa 224 PS dan tork 340 Nm. Pecutan dari 0-100 km/j boleh dicapai dalam 7.6 saat.

    Bateri tersebut boleh dicas dengan sistem AC 9.9 kW atau pengecas pantas DC80 kW yang boleh memenuhkan kuasa dari 0-85% dalam masa 35 minit. Ia juga boleh berfungsi sebagai “powerbank bergerak” untuk membolehkan pelbagai peralatan elektrik beropersi menerusi sistem V2L 3.3 kW. Perincian penuh mengenai Omoda E5 boleh DIBACA DI SINI.

    Sementara itu, mereka yang berada di ibu kota Pahang dan sekitarnya boleh menantikan lebih banyak pengecas EV. “Sasaran yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Kuantan untuk memasang 160 stesen pengecas menjelang tahun 2025 akan mempercepatkan lagi penggunaan kenderaan elektrik dalam kalangan rakyat Pahang,” kata MB dalam majlis tersebut.

    GALERI: Chery Omoda E5 EV di Malaysia

     
     
  • Kerajaan jalankan kaji selidik subsidi bersasar — untuk umum, pelaksanaan RON95 pada 2H 2024

    Kerajaan jalankan kaji selidik subsidi bersasar — untuk umum, pelaksanaan RON95 pada 2H 2024

    Kerajaan ketika ini sedang menjalankan kaji selidik berkaitan bantuan dan subsidi bersasar, bermula sekarang hingga 31 Disember 2023. Terbuka kepada umum dan boleh dicapai di sini, kaji selidik berkenaan dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), bertujuan bagi mendapatkan pandangan rakyat untuk dipertimbangkan sebelum subsidi bersasar berkenaan diperkenalkan.

    Melalui kaji selidik berkenaan, kerajaan berharap agar mendapat pandangan menyeluruh yang lebih merangkum tentang bagaimana warga Malaysia memahami pelaksanaan subsidi bersasar ini, mengenal pasti kaedah praktikal untuk mengagihkan bantuan yang diinginkan oleh warga Malaysia, serta untuk mendapatkan pandangan berkaitan daripada orang ramai.

    Jadi, tidak kira apa pandangan anda tentang subsidi bersasar ini, luangkan masa anda dan nyatakan pandangan tersebut kepada kerajaan. Tahun depan, kerajaan merancang untuk memperkenalkan mekanisme subsidi bersasar bagi petrol RON95 pada separuh pertama 2024.

    Langkah ini adalah selari dengan usaha kerajaan untuk mengoptimumkan sumber dan mengurangkan pembaziran dan ketirisan. Selain petrol, subsidi bersasar juga akan memberi kesan kepada diesel, yang akan diperkenalkan secara berperingkat. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan yang Pangkalan Data Utama (PADU), sebuah pangkalan data sosio-ekomomi akan menjadi komponen penting untuk membawa perubahan dalam pelaksanaan kebajikan sosial di negara ini. Setakat Oktober 2023, pangkalan data berkenaan sudah 72% siap.

     
     
  • Jumlah pengguna pengangkutan awam di M’sia meningkat; purata harian 1.1j, tertinggi sejak pandemik

    Jumlah pengguna pengangkutan awam di M’sia meningkat; purata harian 1.1j, tertinggi sejak pandemik

    Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), selaku pengendali perkhidmatan rel dan bas terbesar negara telah mencatatkan peningkatan penggunaan pengangkutan awam yang konsisten dengan hampir 1.1 juta jumlah penggunaan sehari setakat 30 November 2023.

    Daripada jumlah itu, perkhidmatan Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) yang merangkumi perkhidmatan LRT, MRT dan Monorel di Lembah Klang mencatatkan purata penggunaan harian sebanyak 835,119, manakala purata penggunaan perkhidmatan Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) adalah sebanyak 258,710 pengguna. Angka penggunaan harian tertinggi adalah 1,200,433 pengguna yang telah dicatatkan pada 22 November 2023.

    Prasarana berkata, ia merupakan angka tertinggi penggunaan harian perkhidmatan-perkhidmatan kendalian Prasarana yang dicatatkan semenjak negara dilanda pandemik COVID-19. Pada awal tahun 2020, purata penumpang yang menggunakan perkhidmatan Prasarana adalah kira-kira 1.2 juta orang sehari.

    Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, Prasarana turut berkata, inisiatif-inisiatif berterusan yang diambil oleh pihaknya bersama Rapid Rail dan Rapid Bus bagi mempertingkatkan pengalaman pengguna secara keseluruhannya, termasuk dari segi ketersediaan perkhidmatan dan keadaan fasiliti serta kemudahan awam, telah menyumbang kepada peningkatan pengguna harian yang konsisten.

    Buat masa ini, pihak Rapid Rail sedang dalam usaha berterusan bagi menambahbaik perkhidmatan rel dalam memastikan perjalanan yang lancar tanpa gangguan bagi penumpang di kesemua laluan kendaliannya.

    “Semenjak bulan September tahun ini, Rapid Rail telah memulakan pengoperasian empat buah tren baharu bagi LRT Laluan Kelana Jaya di bawah projek KLAV27 (Kuala Lumpur Additional Vehicle). Baki 15 buah tren akan diterima secara berperingkat sehingga bulan Disember 2024. Pada ketika ini, LRT Laluan Kelana Jaya secara purata beroperasi dengan 48 buah tren dengan kekerapan purata 3 minit,” kata Prasarana.

    Jumlah pengguna pengangkutan awam di M’sia meningkat; purata harian 1.1j, tertinggi sejak pandemik

    Manakala bagi penggunaan MRT Laluan Putrajaya dan Laluan Kajang juga menunjukkan angka yang memberangsangkan. Purata penggunaan MRT Laluan Putrajaya yang dilancarkan sepenuhnya pada bulan Mac tahun ini adalah sebanyak 127,872 pada bulan November, berbanding 122,720 pada bulan sebelumnya.

    MRT Laluan Kajang pula mencatatkan purata penggunaan harian seramai 225,705 pada bulan November, satu peningkatan daripada purata penggunaan harian sebanyak 219,576 pada bulan sebelumnya. Angka ini dijangka akan bertambah menjelang bulan Januari 2024 apabila bilangan tren ditambah kepada 36 buah dengan kekerapan 4 minit.

    Bagi perkhidmatan bas pula. Rapid Bus bakal menambah bilangan bas di sekitar Lembah Klang bagi memenuhi permintaan yang meningkat serta demi menyelaraskan pengoperasian bas agar lebih efisyen. Dijangka sebanyak 1,000 buah bas akan beroperasi setiap hari menjelang hujung tahun ini, peningkatan daripada 762 buah pada awal tahun ini.

    Selain itu, Rapid Bus juga melaksanakan projek percubaan laluan-laluan bas di sekitar Kuala Lumpur dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Projek percubaan lorong bas di Jalan Ampang (Jalan Rhu ke persimpangan Jalan Tun Razak) telah mencatat peningkatan jumlah pengguna sebanyak 15% di koridor tersebut. Baru-baru ini, dua projek percubaan lorong bas baharu telah dilaksanakan iaitu Jalan Genting Klang dan Jalan Ampang (persimpangan Jalan Tun Razak ke Jalan Rhu).

    Dari segi fasiliti serta kemudahan awam di stesen-stesen termasuk lif dan eskalator, pada ketika ini 99% kemudahan beroperasi secara normal. Namun, pembaikan fasiliti dan kemudahan adalah usaha berterusan di bawah program penyelenggaraan berasaskan keadaan (condition-based maintenance).

    Prasarana berkata, pihaknya komited dalam menambahbaik kesemua perkhidmatan rel dan bas serta fasiliti kemudahan awam di bawah kendaliannya secara berterusan bagi kemudahan dan keselesaan pengguna serta menggalak penggunaan pengangkutan awam, selari dengan agenda pengangkutan awam yang mensasarkan penggunaan pengangkutan awam sebanyak 40% menjelang tahun 2030.

     
     
  • Lebuhraya Pan Borneo jajaran Sarawak bakal dibuka sepenuhnya hujung bulan ini, capai 98% siap – Menteri

    Lebuhraya Pan Borneo jajaran Sarawak bakal dibuka sepenuhnya hujung bulan ini, capai 98% siap – Menteri

    Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengesahkan projek pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) bagi jajaran Sarawak kini telah mencapai kemajuan sebanyak 98% dan dijangka akan dbuka sepenuhnya kepada orang awam menjelang penghujung bulan ini.

    “Selepas 8 tahun sejak dimulakan pada 2015, pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo yang amat ditunggu-tunggu rakyat Sarawak bakal dibuka sepenuhnya. Berdasarkan kemajuan projek yang kini mencapai 98%, semua jajaran LPB Sarawak dijangka dapat dibuka sepenuhnya kepada orang awam menjelang penghujung bulan ini.

    “Dari 25 seksyen projek lebuh raya ini, 19 sudah siap sepenuhnya dan telah dibuka untuk laluan orang ramai. Kejayaan ini tentunya tidak datang bergolek. Banyak halangan yang telah berjaya diatasi dengan penuh kesungguhan dan iltizam bagi memberi kesenangan kepada rakyat,” katanya sewaktu meraikan Majlis Makan Malam Impian Jadi Realiti Lebuhraya Pan Borneo Sarawak malam tadi.

    Tambah beliau, buat masa ini sebanyak 19 daripada 25 seksyen projek lebuh raya itu siap sepenuhnya dan sudah dibuka kepada orang awam.

    “Pencapaian itu menjamin perjalanan orang ramai untuk balik kampung pada musim perayaan Krismas dan tahun baharu akan lebih lancar. Lima seksyen lagi iaitu seksyen Sarikei Tatau dan Bintulu, Beluru dan sepanjang 34.5 km seksyen Lambir akan siap sepenuhnya menjelang suku pertama tahun 2024,” katanya lagi seperti dilaporkan Berita Harian.

    LPB Sarawak merangkumi 11 pakej WPC (pakej projek) dengan satu pakej kerja iaitu jajaran Telok Melano ke Semantan sepanjang 33 km. Di mana jajaran Kuching ke Teluk Melano ditandakan sebagai KM 0.0 kerana Telok Melano merupakan lokasi paling hujung di barat daya Sarawak.

    Lebuhraya sepanjang 786.41 km dengan kos pembinaan sebanyak RM16.117 bilion ini juga mempunyai tiga Hentian Rehat Dan Rawat dan lima hentian sebelah. Projek LPB Sarawak ini dilancarkan pada tahun 2015, dengan pembinaannya bermula di Telok Melano dan berakhir di Jalan Pujut 7 Link, Miri.

     
     
  • TUNGGANG UJI: Ducati Scrambler Nightshift – naik automatik jadi segak, peningkatan dibuat beri beza

    TUNGGANG UJI: Ducati Scrambler Nightshift – naik automatik jadi segak, peningkatan dibuat beri beza

    Ducati Scrambler sekarang berada dalam generasi kedua, dan Ogos lalu ia telah dilancarkan di pasaran Malaysia pada harga bermula RM62,900. Daripada tiga varian yang ditawarkan, kami berpeluang menguji salah satu daripadanya iaitu versi Nightshift.

    Scrambler Nightshift ini boleh dikatakan versi yang tinggi, dijual pada harga sama seperti Full Throttle, iaitu RM69,900, sementara varian permulaan Icon dijual pada harga RM62,900. Setiap versi mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

    Jika anda sudah mula memerhati gambar yang kami letakkan di sini, perlu kami beritahu bahawa set ekzos lengkap Termignoni serta quickshifter yang berada pada Nightshift yang kami pinjam dari Ducati Malaysia ini bukanlah aksesori standard, tetapi dijual secara berasingan pada harga masing-masing sekitar RM12k dan RM2k, dan dipasang pada unit ini sebagai contoh kepada pelanggan.

    Selanjutnya di sini

     
     
  • Kos penyelenggaraan Proton S70 berbanding X50, Persona, Vios, City, Almera bagi tempoh lima tahun

    Kos penyelenggaraan Proton S70 berbanding X50, Persona, Vios, City, Almera bagi tempoh lima tahun

    Proton S70 telah dilancarkan secara rasmi, dengan penawaran empat varian yang harganya bermula dari RM73,800 hingga RM94,800 atas jalan tidak termasuk insurans. Semua varian menggunakan enjin yang sama, iaitu unit 1.5 liter turbocas tiga-silinder sebaris, yang turut digunakan untuk X50.

    Dengan janaan kuasa sebanyak 150 PS (148 hp atau 110 kW) dan 226 Nm tork, enjin ini digandingkan dengan transmisi klac berkembar tujuh-kelajuan (7DCT) pacuan roda depan. Dengan model sedan dan SUV Proton itu berkongsi sistem janaan yang sama, adakah kos penyelenggaraannya juga sama?

    Sebelum kita teruskan, perlu dimaklumkan, selain kos selenggara untuk S70 dan X50, kami turut akan menyertakan sekali kos bagi model Persona, untuk menunjukkan perbezaan kos penyelenggaraan jika beralih kepada model dalam satu segmen lebih tinggi dalam barisan kenderaan Proton.

    Kos penyelenggaraan Proton S70 berbanding X50, Persona, Vios, City, Almera bagi tempoh lima tahun

    Begitu juga dengan Toyota Vios, Honda City (kecuali varian hibrid) dan Nissan Almera juga disertakan untuk menunjukkan perbezaan kos S70 yang diposisikan dalam segmen C, tetapi dijual pada harga dalam segmen B seperti model Jepun yang dinyatakan ini.

    Untuk artikel ini, semua angka dan jumlah diambil dari aplikasi MyProton serta laman web rasmi semua jenama kereta yang disertakan ini. Tapi sebelum itu, perbezaan harga bagi semua model yang dinyatakan ini pula ada seperti berikut:

    Kos penyelenggaraan Proton S70 berbanding X50, Persona, Vios, City, Almera bagi tempoh lima tahun

    Membandingkan antara S70 dan X50, model sedan berkenaan lebih murah sebanyak RM562.41 untuk diselenggara bagi jarak/tempoh 100,000 km/60 bulan. Walaupun ada banyak alat yang dikongsi, penapis minyak X50 perlu ditukar setiap 20,000 km/12 bulan dengan kos RM83.80 setiap kali, yang mana S70 tidak perlu.

    Perlu juga dinyatakan, selepas 100,000 km/60 bulan, X50 memerlukan tali pacu (drive belt) dan tali pemasanya (timing belt) ditukar pada tahap 110,000 km/66 bulan dengan kos masing-masing sebanyak RM112.89 dan RM195.16. Tali pemasa ini juga perlu ditukar untuk S70, tetapi pada tahap 120,000 km/72 bulan, dan tidak perlu menukarkan tali pacu untuk sedan berkenaan.

    Persona pula lebih murah untuk diselenggara berbanding S70 dan X50, dan itu sudah boleh dijangka kereta enjinnya lebih ringkas tanpa pengecas turbo. Bagi tempoh 100,000 km/60 bulan, keseluruhan kosnya ialah sedikit di bawah RM4,000, jauh lebih murah berbanding S70 (RM4,784.94) dan X50 (RM5,347.35). Jadi, jika memilih S70 berbanding Persona, kos selenggaranya akan berbeza sebanyak RM181.40 setahun.

    Kos penyelenggaraan Proton S70 berbanding X50, Persona, Vios, City, Almera bagi tempoh lima tahun

    Jadual selenggara Proton S70

    Kos penyelenggaraan Proton S70 berbanding X50, Persona, Vios, City, Almera bagi tempoh lima tahun

    Jadual selenggara Proton X50

    Kos penyelenggaraan Proton S70 berbanding X50, Persona, Vios, City, Almera bagi tempoh lima tahun

    Jadual selenggara Proton Persona

    Bagaimana pula dengan model jenama Jepun? Melihat kepada jadual selenggara, S70 lebih mahal kosnya sebanyak RM234.88 bagi tempoh 100,000 km/60 bulan berbanding Vios. Ini lebih mahal sekitar RM47 setahun antara kedua-duanya.

    Begitu juga jika membandingkan S70 dengan City, dengan kos S70 lebih mahal sebanyak RM465.17 (lebih RM93 setiap tahun) untuk diselenggara bagi 100,000 km/60 bulan. Perlu diingat, Vios dan City mempunyai enjin NA tanpa turbo dan CVT, dan ada alat dan servis yang perlu dilakukan selepas 100,000 km/60 bulan.

    Untuk Vios, penukaran coolant perlu dibuat pada 160,000 km/96 bulan dengan kos RM123.50, sementara City perlukan penukaran penapis minyak pada 140,000 km/84 bulan dengan kos RM376.15, serta penukaran coolant pada 200,000 km/120 bulan dengan kos RM81.36.

    Kos penyelenggaraan Proton S70 berbanding X50, Persona, Vios, City, Almera bagi tempoh lima tahun

    Jadual selenggara Toyota Vios

    Kos penyelenggaraan Proton S70 berbanding X50, Persona, Vios, City, Almera bagi tempoh lima tahun

    Jadual selenggara Honda City

    Bagi Almera, ia sama dengan S70 kerana menggunakan enjin turbo, tetapi dengan kapasiti 1.0 liter tiga-silinder sebaris petrol dengan CVT. Jadual sedan Nissan ini agak berbeza dengan yang lain, dengan senggang servis (selepas 1,000 km pertama/sebulan) adalah setiap 7,000 km/6 bulan berbanding kebiasaan 10,000 km/6 bulan.

    Almera juga datang standard dengan selang servis percuma, jadi anda tidak perlu bayar pada selang servis tertentu — sebahagian model ini juga menerima kos buruh percuma pada selang tertentu. Jika dilihat bagi tempoh lima-tahun, yang bersamaan 70,000 km/60 bulan, keseluruhan kos penyelenggaraan untuk Almera ialah RM1,965.80.

    Ini sangat rendah, tetapi jika dilihat bagi jarak 100,000 km, yang mana jadualnya berakhir di 98,000 km/84 bulan, jumlah keseluruhannya naik kepada RM4,140.90. Namun, jika berdasarkan tempoh, ia bukanlah perbandingan yang sepadan.

    Kos penyelenggaraan Proton S70 berbanding X50, Persona, Vios, City, Almera bagi tempoh lima tahun

    Jadual selenggara Nissan Almera (dengan selang servis percuma)

    Kos penyelenggaraan Proton S70 berbanding X50, Persona, Vios, City, Almera bagi tempoh lima tahun

    Jadual selenggara Nissan Almera (tanpa selang servis percuma)

    Seperti biasa, jadual penyelenggaraan hanyalah sebagai rujukan dan tidak menggambarkan kos pemilikan sebenar, yang turut perlu mengambil kira perkara seperti bahan api berdasarkan kecekapan sesebuah kereta, dan sekerap mana anda memandunya.

    Tidak lupa, ada juga alatan yang perlu diganti akibat penggunaannya, seperti brek dan tayar, yang tidak termasuk di dalam perincian servis ini. Sebagai contoh, rim S70 ialah antara 16-inci hingga 17-inci, sementara saiz rim X50 pula ialah 17 dan 18-inci. Adalah lebih murah untuk menggantikan tayar bagi varian lebih tinggi untuk S70 berbanding X50.

    Ada juga cukai jalan, iaitu RM90 untuk S70, X50, Vios dan City — semuanya dengan enjin 1.5 liter — dan begitu juga dengan Persona 1.6L dengan RM90. Sementara untuk Almera, hanya RM20 untuk enjin 1.0 liternya. Juga perlu ambil maklum premium insurans kereta adalah lebih tinggi untuk kenderaan dengan nilai pasaran yang lebih tinggi.

    Kesimpulannya, S70 lebih murah untuk diselenggara untuk jarak 100,000 km/60 bulan berbanding X50. Namun, berbanding Vios, City dan Almera pula, S70 lebih mahal kosnya — disebebkan enjin turbo yang digunakan itu.

     
     
  • Tesla Cybertruck 2024 diperkenal – trak EV versi produksi dengan kuasa sehingga 857 PS, kalis peluru

    Tesla Cybertruck 2024 diperkenal – trak EV versi produksi dengan kuasa sehingga 857 PS, kalis peluru

    Selepas diumumkan buat pertama kali pada tahun 2019, kini Tesla Cybertruck akhirnya ditunjukkan secara rasmi. Trak pikap elektrik versi produksi ini membawa kelainan yang jelas berbanding model yang diperkenalkan empat tahun lalu.

    Sebagai permulaan, ia lebih mahal berbanding apa yang dijanjikan oleh CEO Tesla, Elon Musk sebelum ini. Asalnya, ia dijangka berada pada antara USD39,900 dan USD69,900 (RM186,289 dan RM326,356) tidak termasuk cukai, bagi tiga varian iaitu Single Motor RWD, Dual Motor AWD dan Tri Motor AWD.

    Semasa majlis penyerahan kepada pelanggan semalam, Tesla mendedahkan Cybertruck masih lagi akan disediakan dalam tiga varian, tetapi dinamakan semula sebagai Rear-Wheel Drive untuk versi asas berharga USD60,990 (RM284,756), diikuti All-Wheel Drive pada USD79,990 (RM373,465) dan paling tinggi Cyberbeast pada harga USD99,990 (RM466,843).

    Tesla Cybertruck 2024 diperkenal – trak EV versi produksi dengan kuasa sehingga 857 PS, kalis peluru

    Daripada tiga varian itu, Rear-Wheel Drive masih belum dijual waktu pelancaran dan pemilik perlu menunggu sehingga tahun 2025. Bagi varian All-Wheel Drive dan Cyberbeast pula, ia akan mula tersedia pada tahun 2024. Spesifikasi yang didedahkan agak terhad buat masa sekarang, tetapi yang diberitahu adalah seperti berikut:

      Rear-Wheel Drive (satu motor elektrik di belakang)

    • 0-96 km/j (0-60 bsj) masa: 6.5 saat
    • Laju maksimum: 180 km/j (112 bsj)
    • Jarak gerak: 402 km (250 batu; jangkaan)
    • Berat maksimum yang boleh dibawa: 1,134 kg (2,500 lbs)
    • Kapasiti menunda: 3,402 kg (7,500 lbs)
    • All-Wheel Drive (dua motor elektrik; satu di depan dan satu di belakang)

    • Kuasa motor elektrik: 608 PS (600 hp atau 441 kW) dan 10,080 Nm (7,435 lb-ft pada roda)
    • 0-96 km/j (0-60 bsj) masa: 4.1 saat
    • Laju maksimum: 180 km/j (112 bsj)
    • Jarak gerak: 547 km (340 batu; jangkaan); 756 km (470 batu) dengan range extender
    • Pengecasan DC: 250 kW; 219 km (136 batu) dalam masa 15 minit
    • Berat maksimum yang boleh dibawa: 1,134 kg (2,500 lbs)
    • Kapasiti menunda: 4,990 kg (11,000 lbs)
    • Cyberbeast (tiga motor elektrik; satu di depan dan dua di belakang)

    • Kuasa motor elektrik: 857 PS (845 hp atau 630 kW) dan 13,959 Nm (10,296 lb-ft pada roda)
    • 0-96 km/j (0-60 bsj) masa: 2.6 saat
    • Laju maksimum: 209 km/j (130 bsj)
    • Jarak gerak: 515 km (320 batu; jangkaan); 708 km (440 batu) dengan range extender
    • Pengecasan DC: 250 kW; 206 km (128 batu) dalam masa 15 minit
    • Berat maksimum yang boleh dibawa: 1,134 kg (2,500 lbs)
    • Kapasiti menunda: 4,990 kg (11,000 lbs)

    Tesla Cybertruck 2024 diperkenal – trak EV versi produksi dengan kuasa sehingga 857 PS, kalis peluru

    Untuk pengetahuan, “range extender” yang dimaksudkan dalam spesifikasi Cybertruck ini sebenarnya adalah bateri tambahan yang boleh dipasang pada bahagian belakang trak ini oleh pengedar rasmi Tesla dan ia dijangka dijual pada harga USD16,000 (RM74,768).

    Trak elektrik ini juga mendapat sistem penyampaian kuasa yang mampu memberikan kuasa sehingga 11.5 kW kepada mesin dan aksesori, serta mengecas kenderaan elektrik (EV) lain. Tesla memberitahu, terdapat satu soket 240 volt dan dua soket 120 volt di bahagian ruang barang belakangnya, dua soket 120 volt dan tiga soket USB-C di dalam bahagian kabin serta dua sambungan kuasa dengan output 2.1 kW.

    Ruang barangan belakang Cybertruck mencatat ukuran panjang 1,829 mm dan lebar 1,219 mm, sekaligus secara keseluruhannya menjadi 1,897 liter. Turut disediakan adalah penutup belakang yang boleh dikunci, manakala apabila tempat duduk belakang dilipat, ia memberikan tambahan lagi ruang 1,529 liter.

    Rupa keseluruhan trak ini tidak berubah berbanding model prototaip yang ditunjukkan, dengan rim 20 inci dan saiz yang besar, mencatat panjang 5,682 mm, lebar 2,413 mm, tinggi 1,790 mm dan jarak roda 3,810 mm. Dalam mod yang dipanggil oleh Tesla sebagai “Extract”, Cybertruck menyediakan jarak kelegaan dari tanah 443 mm hasil daripada penggunaan sistem suspensi udara (dalam mod normal 305 mm).

    Panel badan luar Cybertruck ini, yang dipanggil oleh Tesla sebagai “exoskeleton” dibuat daripada ultra-hard stainless-steel yang dikatakan dapat mengurangkan kerosakan, lekuk, kakisan dan juga kalis peluru. Sebagai bukti, Tesla turut membuat demonstrasi (seperti dalam video di bawah) Cybertruck ditembak dengan senapang mesin Thompson.

    Walaupun cermin yang pecah dalam demonstrasi sebelum ini dipermainkan oleh ramai, Tesla sekarang memberitahu cermin Cybertruck dapat bertahan dengan impak bola baseball yang ditembak pada kelajuan 113 km/j, bersamaan Kelas 4. Cermin yang digunakan juga mempunyai sifat akustik yang dikatakan dapat menjadikan kabin “senyap seperti di angkasa lepas.”

    Pergi ke dalam, kita akan dapat melihat rekaan minimalis Tesla, dengan perhatian utama adalah pada skrin sesentuh 18.5 inci di bahagian tengah, yang memberikan akses kepada pelbagai fungsi kenderaan dan informasi pemanduan. Ciri lain adalah seperti stereng berpetak, bumbung kaca besar serta skrin sesentuh 9.4 inci untuk penumpang belakang.

    Kelengkapan lain yang termasuk dalam senarai adalah pakej Full Self Driving dan pelbagai aksesori tambahan seperti khemah, filem cat, tayar ganti, pelapik kaki, pembuka botol, tong sampah, pelindung cahaya untuk bumbung, pelindung bampar, bar atas bumbung, tanjakan untuk belakang, cangkuk dan penutup rim.

     
     
  • Perodua Ativa 2021-2023 – apa yang anda perlu tahu, panduan untuk pembeli Ativa baru dan terpakai

    Perodua Ativa 2021-2023 – apa yang anda perlu tahu, panduan untuk pembeli Ativa baru dan terpakai

    Perodua Ativa merupakan SUV segmen-A yang dilancarkan di Malaysia pada Mac 2021. Ia adalah model yang dibangunkan bersama Perodua dan Daihatsu menggunakan platform Daihatsu New Global Archtecture (DNGA) sebagai kembar kepada Daihatsu Rocky dan Toyota Raize.

    Ativa merupakan model pertama Perodua yang menggunakan platform DNGA serta yang pertama dibekalkan dengan pengecas turbo dari kilang dengan enjin 1.0 liter tiga-silinder 1KR-VET VVT-i DOHC berkuasa 98 PS dan tork maksima 140 Nm. Ia turut digandingkan dengan kotak gear D-CVT terkini dari Daihatsu.

    Bahagian Luaran

    Pada asasnya rupa Ativa-Rocky-Raize adalah hampir sama, dengan Ativa menerima bampar dan gril rekaan dari Perodua sendiri. Varian asas 1.0T X diberikan lampu reflektor halogen tetapi ada sistem lampu automatik, manakala varian pertengahan 1.0T H dan 1.0 AV menerima sistem lebih canggih dengan Lampu utama LED bersama lampu isyarat membelok jenis sequential, lampu selekoh dan juga Adaptive Driving Beam (ADB).

    Bagi varian 1.0T ia dibekalkan dengan set rim aloi 16-inci, sementara 1.0T H dan 1.0 AV pula diberikan rim 17-inci dalam kemasan dua tona. Ke semua varian menerima tiang-A dan tiang-B berwarna hitam, sementara varian H ke atas menerima pilihan warna tambahan Pearl Diamond White dan Pearl Delima Red, manakala pada varian AV dua warna ini turut ditawarkan dengan pilihan bumbung hitam.

    Bahagian Dalaman

    Perodua Ativa 2021-2023 – apa yang anda perlu tahu, panduan untuk pembeli Ativa baru dan terpakai

    Ativa merupakan antara model pertama yang menampilkan rupa signatur model-model Daihatsu/Perodua/Toyota yang menggunakan platform DNGA. Model-model berkenaan berkongsi komponen yang sama seperti paparan instrumen dengan skrin TFT 7-inci, roda stereng dengan butang pelbagai fungsi, tombol gear dan lain-lain.

    Papan pemuka SUV ini menerima skrin berdiri sendiri pada bahagian tengah, terletak di atas corong pendingi hawa utama. Corong liang pendingin hawa sisi pula direka sedikit lebih tinggi, membolehkan pemegang cawan ‘disorokkan’ di bawahnya, dan boleh menyejukkan minuman sekiranya ia dibuka.

    Suis kawalan untuk sistem pendingin hawa automatik dan butang penghidup enjin pula diletakkan pada ‘tingkat bawah’, manakala perumah konsol tengah menempatkan tuil penukar gear, port 12V, kawalan haba untuk tempat duduk, ruang penyimpanan dan juga tuil brek tangan.

    Spesifikasi dan harga Perodua Ativa

    Perodua Ativa 1.0T X – RM61,500 ketika dilancarkan, sekarang RM62,500

    Kelengkapan standard:

    Mekanikal

    • Enjin 1.0 liter 1KR-VET VVT-i DOHC
    • 996 cc turbocas tiga-silinder petrol
    • 98 PS pada 6,000 rpm, 140 Nm tork dari 2,400 hingga 4,000 rpm
    • D-CVT dengan tujuh nisbah maya
    • Pacuan roda depan
    • Enjin Start/Stop automatik
    • Penggunaan minyak 18.9 km per liter
    • Cakera brek berliang (depan), dram (belakang)
    • Suspensi MacPherson strut (depan), torsion beam (belakang)

    Luaran

    • Lampu utama reflektor dengan lampu tinggi automatik
    • Palang perak atas gril, palang bawah krom
    • Rim 16-inci perak dengan tayar Goodyear Assurance Triplemax 2 205/65
    • Cermin sisi hitam larasan elektrik dengan lipatan manual
    • Pemegang pintu warna badan
    • Tiang-A dan B hitam
    • Lampu belakang LED
    • Antena sirip jerung
    • Kemasan pintu kargo perak
    • Pilihan warna Glittering Silver, Granite Grey dan Cobalt Blue

    Dalaman

    • Sistem tanpa kunci
    • Butang Push Start
    • Stereng Urethane dengan butang Power
    • Corong pendingin hawa tengah kemasan perak
    • Pemegang pintu hitam
    • Kawalan pendingin hawa digital dengan butang memori
    • Butang kunci sentral di tengah
    • Kerusi balutan fabrik
    • Kluster instrumen analog dengan paparan multi-info
    • Radio dengan sambungan Bluetooth
    • Empat pembesar suara
    • Dua slot USB
    • Penyandar belakang lipatan 60:40 dan boleh direbahkan
    • Lantai but dua tahap (303 liter hingga 369 liter)
    • Tayar ganti saiz penuh

    Keselamatan

    • Enam beg udara
    • ABS dengan EBD dan Brake Assist
    • Kawalan kestabilan
    • Brek kecemasan autonomous dengan pengesanan pejalan kaki dan pengayuh (kini hingga 120 km/j)
    • Lane Departure Warning and Protection
    • Pedal Misoperation Control (PMC)
    • Front Departure Alert (FDA)
    • Pengingat tali keledar depan dan belakang
    • Isofix di belakang
    • Sensor parkir

    Perodua Ativa 1.0T H – RM66,100 ketika dilancarkan, sekarang RM 67,300

    Tambahan:

    Luaran

    • Lampu utama LED dengan signal sequential, lampu selekoh dan Adaptive Driving Beam (ADB)
    • Lampu kabus depan LED
    • Gril dengan dua palang krom
    • Skid plate perak di depan dan belakang
    • Rim aloi 17-inci dua tona dengan tayar Bridgestone Turanza T005A 205/60
    • Cermin sisi lipatan automatik elektrik
    • Kemasan pintu kargo krom
    • Pilihan warna Pearl Diamond White dan Pearl Delima Red

    Dalaman

    • Stereng balutan kulit
    • Kawalan audio pada stereng
    • Kemasan sudut corong pendingin sudut
    • Kemasan perak konsol tengah
    • Pemegang pintu warna perak
    • Perehat lengan tengah
    • Paparan kluster instrumen tujuh-inci
    • Skrin sentuh infotainmen sembilan-inci dengan SmartLink
    • Satu port HDMI
    • Dua slot USB

    Keselamatan

    • Sensor parkir depan
    • Kamera undur

    Perodua Ativa 1.0T AV – RM71,200 ketika dilancarkan, sekarang RM72,600

    Tambahan:

    Luaran

    • Pemegang pintu krom
    • Bumbung hitam untuk Pearl Diamond White dan Pearl Delima Red

    Dalaman

    • Corong pendingin sudut kemasan merah
    • Pemegang pintu krom
    • Tuil gear krom
    • Butang brek tangan krom
    • Ruang storan konsol tengah
    • Kerusi balutan kulit buatan dengan suede
    • Enam pembesar suara
    • Perakam video digital
    • Filem keselamatan Llumar

    Keselamatan

    • Kawalan melayar adaptif
    • Bantuan mengikut lorong
    • Peninjau titik buta
    • Amaran lintasan trafik di belakang

    Penggunaan bahan api

    Perodua mendakwa bahawa penggunaan bahan api Ativa adalah pada kadar 18.9 km/l. Dalam ulasan pengguna pada laman Carbase.my ada pemilik yang menyatakan kereta mereka mencatatkan penggunaan bahan api purata serendah 9.0 km/l sehingga ada yang mendapat kadar 20. km/l. Namun dalam data Fuelly, secara purata Ativa mencatatkan penggunaan bahan api dunia sebenar pada kadar purata 13.3 km/l.

    Respon sebenar pengguna Perodua Ativa

    Di bawah kami rumuskan aspek pro dan kontra Perodua Ativa berdasarkan ulasan pemilik pada laman Carbase.my. Jika anda pemilik Perodua Ativa, anda turut boleh memberikan ulasan anda pada laman tersebut.

    Pro

    – Enjin agak berkuasa, berguna untuk mendaki bukit, pemanduan jarak jauh dan juga dalam bandar
    – Saiz kompak memudahkan penggunaan dalam bandar terutamanya ketika parkir, membuat pusingan-U dan melalui lorong-lorong sempit.
    -Sistem keselamatan yang canggih seperti kereta dalam kelas lebih tinggi tetapi dengan harga lebih murah.
    -Lampu hadapan adaptif yang memudahkan pemanduan, tiada pada pesaing sekelas.
    – Sistem pendingin hawa yang lebih baik dari model-model Perodua sebelum ini.

    Kontra

    – Tiada sokongan Apple CarPlay dan Android Auto pada sistem infotaimen.
    – Bunyi enjin kuat atau meraung ketika memecut dan mendaki bukit.
    – Kadar NVH yang kurang memuaskan; bunyi dari ruang enjin banyak masuk ke dalam kabin.
    – Sokongan peha pada tempat duduk belakang terlalu pendek.
    – Paparan kamera undur kurang jelas.
    – Kapasiti tangki minyak terlalu kecil (hanya 36 liter).
    – Suspensi terasa melantun-lantun terutamanya ketika beban penuh.

    Masalah biasa pada Perodua Ativa

    Menerusi Facebook Group beberapa komuniti pemilik Perodua Ativa dan juga kenalan yang memiliki model ini, kami dapati Ativa ada beberapa masalah lazim yang mungkin perlu anda tahu sekiranya mahu membeli model ini sama ada baharu atau terpakai.

    1. Ada bunyi seperti logam bergetar atau longgar yang muncul pada hab roda belakang sebelah kanan ketika dipandu pada permukaan jalan tidak rata. Masalah ini kerap terjadi pada unit-unit awalan yang dijual selepas pelancarannya pada 2021. Untuk melenyapkan bunyi berkenaan Perodua menetapkan pembaikan dibuat dengan menambah satu sesendal (washer) pada pemasangan dram brek pada bahagian tersebut.

    2. Overfender pada ruang roda hadapan mudah tercabut. Perkara ini kami temui dalam beberapa hantaran pada media sosial yang menyatakan perapi tersebut tercabut sendiri ketika kereta sedang bergerak.

    3. Kebocoran pada penapis minyak enjin selepas servis. Masalah ini sebenarnya sudah pun selesai, dan ia berpunca dari komponen alat ganti tidak menepati spesifikasi yang dihasilkan oleh vendor Perodua yang membekalkan penapis minyak tersebut kepada pusat-pusat servis.

    4.Enjin terasa berat selepas servis. Masalah ini dirasai oleh ramai pemilik Ativa selepas menghantar kereta mereka untuk servis berkala ke pusat servis Perodua bertauliah. Ada kemungkinan ia adalah kerana minyak enjin yang dituang terlalu banyak kerana ada pemilik yang menerima lebihan minyak enjin 600 ml selepas servis tidak berhadapan dengan masalah ini.

    5. Cermin hadapan mudah retak. Masalah ini juga dikongsikan oleh pemilik-pemilik Ativa di laman sosial di mana cermin hadapan boleh retak sendiri dengan satu jalur tanpa terkena batu dan sebagainya. Jadi pastikan anda mengambil insuran perlindungan untuk cermin hadapan untuk mengelakkan dari menanggung kos menukarnya.

    6. Hos pada sistem turbo juga kerap dilaporkan bocor dan tercabut. Jika masalah ini berlaku pemilik akan dapat rasakan kuasa yang kurang dihasilkan oleh enjin. Kebiasaannya pusat servis akan mengganti satu hos baharu berserta klip bagi memperbaiki kerosakan ini.

    7. Ada pemilik pernah mengalami sistem brek kecemasan automatik (AEB) pada Ativa kadang-kadang beroperasi walaupun tiada halangan di hadapan. Masalah ini dikenali sebagai ‘phantom braking‘ di mana kamera AEB mungkin menganggap bayang-bayang di hadapan sebagai halangan dan kemudiannya mengaktifkan sistem tersebut.

    8. Masalah pada butang penghidup enjin. Antara simptom yang menandakan butang penghidup enjin tersebut bermasalah ialah keluar mesej “Smart Entry & Start System Malfunction”. Sekiranya Ativa berkenaan masih lagi dalam tempoh perlindungan waranti, Perodua akan menukar suis penghidup enjin berkenaan tanpa sebarang bayaran.

    Harga Perodua Ativa Terpakai

    Ketika artikel ini ditulis (Dis 2023), ini merupakan senarai harga Perodua Ativa yang telah diperiksa dan diperakui berdasarkan semakan pantas di myTukar.

    Perodua Ativa AV 2023 terpakai dijual pada harga antara RM71,900 hingga RM79,800 dengan meter perbatuan di bawah 30,000 km. Untuk model 2022 yang lebih berusia, Ativa AV ini dijual pada harga sekitar RM64,900 sehingga 68,800 dengan meter perbatuan di bawah 25,000 km. Manakala bagi model tahun 2021, Ativa AV dijual pada harga sekitar RM63,300 hingga RM66,900.

    Antara Ativa yang paling murah boleh anda beli adalah dari varian X keluaran tahun 2021, dijual pada harga sekitar RM59,900 dengan meter perbatuan di bawah 35,000km.

    From RM 644 a month
    RM 58,800
    From RM 666 a month
    RM 60,800
    From RM 633 a month
    RM 57,800
    From RM 710 a month
    RM 64,800
    From RM 644 a month
    RM 58,800

    Nak baca lebih banyak berkenaan Perodua Ativa?

    Kami telah menulis banyak artikel berkenaan Perodua Ativa sebelum ini, dan anda boleh bacanya menerusi senarai di bawah.

    Perodua Ativa 2021 dilancarkan — varian X, H dan AV, 1.0L turbo dengan CVT, ASA 3.0, dari RM61k-RM72k

    Laporan pelancaran Perodua Ativa di Malaysia pada Mac 2021.

    VIDEO: Perodua Ativa — ulasan terperinci pandu uji

    Ulasan terperinci pandu uji Perodua Ativa menerusi format video.

    Perodua Ativa vs Myvi vs Proton X50 — perbezaan saiz dan apa kelebihan serta kekurangan masing-masing?

    Kami bandingkan Perodua Ativa dengan hatcback segmen-B Perodua Myvi dan SUV segmen-B Proton X50.

    Perodua Ativa – kos penyelenggaraan sehingga 100,000 km berbanding Myvi, Aruz dan Proton X50

    Kami bandingkan kos penyelenggaraan sehingga 100,000 antara Perodua Ativa dengan Perodua Myvi, Aruz dan Proton X50.

    Perodua Ativa – banding spesifikasi antara tiga varian

    Perbandingan lengkap antara tiga varian Perodua Ativa.

    VIDEO: 5 perkara sempoi tentang Perodua Ativa 2021

    Lima perkara yang kami rasa menarik pada Perodua Ativa.

    Ativa Club Malaysia

    Untuk berhubung dengan pemilik Perodua Ativa dan mengetahui ‘ragam’ SUV ini, kami sarankan anda untuk masuk Facebook Page Ativa Club Malaysia.

    GALERI: Perodua Ativa 1.0L Turbo AV 2021

    GALERI: Perodua Ativa 1.0L Turbo H 2021

    GALERI: Perodua Ativa 1.0L Turbo X 2021

     
     
  • Jaguar I-Pace kini ditawarkan dengan ‘Stealth Pack’

    Jaguar I-Pace kini ditawarkan dengan ‘Stealth Pack’

    Jaguar I-Pace kini boleh didapati dengan pakej penggayaan ‘Stealth Pack’, yang dijual pada harga RM12k. Ia ditawarkan kepada pemilik baru dan juga sedia ada, dan menurut Jaguar Land Rover Malaysia, ia dapat “mempertingkatkan EV tersebut dengan rekaan yang lebih istimewa dan penampilan dinamik.”

    Bahagian utama dalam Stealth Pack ini adalah gril hadapan, yang menggunakan unit tertutup berwarna Atlas Grey, yang menjadikannya nampak lebih seperti EV dan berbeza berbanding gril biasa Jaguar yang mempunyai lubang. Pada gril itu juga terdapat logo Jaguar berwarna hitam dan perak di tengah.

    Cermin sisi dijadikan warna hitam (berbanding warna badan pada model asal) dan begitu juga dengan diffuser serta kemasan keliling tingkap. Walaupun tidak diberitahu secara rasmi, kami juga terlihat logo belakang yang berwarna hitam.

    I-Pace dilancarkan untuk pasaran Malaysia Mac lalu, dalam dua varian iaitu Black LE yang berharga RM460,800 dan HSE pada RM498,800. Kedua-duanya dipacu oleh tetapan dua motor AWD dengan kuasa 400 PS dan tork 696 Nm, boleh membawa ia memecut 0-100 km/j dalam masa 4.8 saat. Bateri 90 kWh yang digunakan mampu memberi jarak gerak 470 km (WLTP). Mengecas dengan sumber AC 11 kW akan mengambil masa 8.6 jam untuk penuh, sementara apabila menggunakan DC 100 kW selepas 15 minit, kereta boleh memberikan jarak gerak 125 km.

    Perbezaan utama antara Black LED dan HSE adalah suspensi udara dan tempat duduk Performance yang dibalut kulit Windsor. Tempat duduk ini boleh dilaras 14 arah dan mempunyai sistem penyejukan/pemanasan serta fungsi memori untuk pemandu. Turut diberi adalah sistem bunyi Meridian 3D.

     
     
  • Benelli BKX 300 dan BKX 300 S diperkenal – guna enjin 292 cc baru, masuk pasaran tengah tahun 2024

    Benelli BKX 300 dan BKX 300 S diperkenal – guna enjin 292 cc baru, masuk pasaran tengah tahun 2024

    Benelli telah memperkenalkan dua model yang akan mereka jual bermula pertengahan tahun hadapan, iaitu BKX 300 dan BKX 300 S. Dua model ini berkongsi asas sama, tetapi dijadikan berbeza karekter dengan BKX 300 sebagai sebuah model adventure, dan BKX 300 S sebuah naked.

    Tonggak utama motosikal ini adalah casis besi double cradle, yang memegang enjin empat strok satu silinder 292.4 cc dengan sistem penyejukan cecair serta padanan kotak gear enam kelajuan dengan klac jenis slipper. Kuasa yang mampu dihasilkan adalah 29.2 hp pada 9000 rpm dan tork 24.5 Nm pada 7000 rpm (sama bagi kedua-dua model).

    Enjin ini sebenarnya berasal daripada enjin 250 cc yang digunakan pada TRK 251 dan Leoncino 250, tetapi ia telah dinaik taraf dengan kapasiti yang lebih besar, throttle body 42 mm, serta counter balance shaft yang direka semula. Selain daripada itu, diameter intake dan ekzos juga dibesarkan manakala sistem penyejukan direka semula.

    Membezakan kedua motosikal ini pertamanya tentulah penampilan, yang merupakan hasil dari pusat rekaan Benelli di Pesaro, Itali. Lampu hadapan menggunakan unit LED penuh dengan DRL di tepi manakala belakang menggunakan lampu LED bersepadu. Turut boleh dilihat adalah ekzos SC Project dengan cop nama Benelli serta kemasan gentian karbon.

    Sebagai sebuah model adventure, BKX 300 dipasang dengan rim spoked 19 inci serta fork USD 41 mm di hadapan, dan rim 17 inci dengan monoshock di belakang. Tetapan yang mempunyai jarak gerak 180 mm (depan dan belakang) ini menjadikan tinggi tempat duduknya 837 mm, manakala berat keseluruhan pula adalah 165 kg.

    Benelli BKX 300 dan BKX 300 S diperkenal – guna enjin 292 cc baru, masuk pasaran tengah tahun 2024

    BKX 300 S yang merupakan model naked pula dipasang dengan rim aloi 17 inci serta fork USD 41 mm dan monoshock yang mempunyai jarak gerak 150 mm. Tinggi tempat duduknya adalah 800 mm manakala berat keseluruhan adalah 160 kg. Tangki bahan api kedua-dua model adalah sama, iaitu 13 liter.

    Di bahagian kokpit, informasi penting dipaparkan melalui skrin LCD digital ringkas. Kelengkapan lain yang diberikan pada BKX 300 dan BKX 300 S adalah soket pengecas USB, brek cakera tunggal depan dan belakang dengan ABS dual-channel serta lampu penunjuk arah yang diletakkan pada pelindung tangan.

    GALERI: Benelli BKX 300 2024

    GALERI: Benelli BKX 300 2024

     
     
  • Hujung Minggu Krismas Jaguar Land Rover — tawaran hebat, rebat sehingga RM40k, kadar 1.23%, 2-3 Dis

    Hujung Minggu Krismas Jaguar Land Rover — tawaran hebat, rebat sehingga RM40k, kadar 1.23%, 2-3 Dis

    Kini memasuki lagi musim keraian dan kini masanya untuk menghadiahkan diri anda dengan kereta baharu. Acara Hujung Minggu Krismas Jaguar Land Rover menanti anda Sabtu dan Ahad ini di Sime Darby Motors City, Ara Damansara — dengan menawarkan pelbagai tawaran menarik untuk pelbagai kenderaan, rebat tunai sehingga RM40,000* dan kadar pembiayaan rendah.

    Jaguar I-Pace ialah sebuah kereta elektrik yang bergaya dan ditawarkan dalam dua varian — Black LE dijual dengan harga RM460,800 dan HSE dengan harga RM498,800. Kedua-dua varian menampilkan sistem pacuan dua motor dengan janaan 400 PS dan 696 Nm tork, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 4.8 saat.

    Pakej Stealth yang memikat untuk Jaguar I-Pace pula dijual pada harga RM12,000. Tawaran pembiayaan bermula dari serendah 1.23% setahun, dan anda boleh juga menikmati program subsidi faedah — tanya lanjut berkaitan perkara ini di bilik pameran. Unit Jaguar terpakai juga tersedia dengan harga RM399k jika anda inginkan lebih penjimatan.

    Hujung Minggu Krismas Jaguar Land Rover — tawaran hebat, rebat sehingga RM40k, kadar 1.23%, 2-3 Dis

    Atau, anda lebih serasi dengan kenderaan Range Rover? Range Rover Velar tampil menawan, dan versi model terkini 24MY melonjakkan lagi gaya dan teknologinya ke satu takah lebih tinggi dengan skrin sentih kaca lengkung bersaiz 11.4-inci, pembatal kebisingan jalan aktif, suspensi udara elektronik dan kamera sekeliling 3D merupakan antara ciri menariknya.

    Berkunjunglah ke Acara Hujung Minggu Krismas Jaguar Land Rover di Sime Darby Motors City, Ara Damansara pada Sabtu dan Ahad ini, bermula dari 9.30 pagi hingga 6 petang setiap hari untuk mengalami sendiri dan memandu uji kenderaan Jaguar Land Rover impian anda. Klik pautan ini untuk melihat barisan kenderaan Jaguar dan Land Rover dan dapatkan maklumat lanjut dari bilik pameran di Lembah Klang @ Ara Damansara (03-92123102) dan P. Pinang (04-2913116).

    Selain pandu uji, ada banyak aktiviti menyeronokkan untuk seisi keluarga. Manfaatkan servis kiriman emel kad Krismas percuma JLR untuk berkongsi kehangatan musim perayaan ini bersama orang tersayang, dan hasilkan corak batik anda yang tersendiri dengan Kit Lukisan Batik eksklusif JLR. Jangan ketinggalan!

    *Tertakluk kepada terma dan syarat.

     
     
  • 2,360 individu dikenakan mata demerit di bawah Kejara antara Jan-Okt 2023, catat pelbagai kesalahan – JPJ

    2,360 individu dikenakan mata demerit di bawah Kejara antara Jan-Okt 2023, catat pelbagai kesalahan – JPJ

    Seramai 2,360 individu dikenakan mata demerit di bawah Sistem Kesalahan Jalan Raya (Kejara) antara Januari hingga Oktober lalu, dengan 393 daripadanya digantung lesen kerana melakukan kesalahan terjadual dalam Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan.

    Menurut Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Lokman Jamaan, daripada jumlah itu seramai 1,966 pemegang lesen dikenakan amaran iaitu dikenakan mata demerit kali pertama, laporan Harian Metro.

    “Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2023, sejumlah 2,360 individu dikenakan mata demerit di bawah Kejara dengan enam pemegang lesen P dibatalkan lesennya. Bagi pemegang lesen biasa, seramai 333 orang dikenakan penggantungan kali pertama iaitu selama lapan bulan.

    “Penggantungan kali kedua selama 10 bulan melibatkan seramai 49 orang. Penggantungan kali ketiga selama 12 bulan pula membabitkan seramai lima orang,” katanya pada sidang media sejurus Ops Patuh Bersepadu 2023 JPJ-JSPT di Plaza Tol Senawang, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) malam tadi.

    2,360 individu dikenakan mata demerit di bawah Kejara antara Jan-Okt 2023, catat pelbagai kesalahan – JPJ

    Dalam Ops Patuh Bersepadu 2023 JPJ-JSPT yang dilaksanakan bagi tempoh 1 hingga 29 November lalu, sebanyak 719,766 kenderaan diperiksa dan sebanyak 122,208 notis dikeluarkan kepada pemandu yang masih belum mematuhi peraturan yang ditetapkan.

    “Kesalahan teknikal mencatatkan saman paling tinggi iaitu 28,192 notis atau 23% diikuti kesalahan membabitkan lesen sebanyak 28,039 juga 23%,” katanya.

    Lokman berkata, berdasarkan pemerhatian hasil pemeriksaan dalam tempoh 29 hari Ops Patuh Bersepadu 2023 itu, JPJ mendapati tahap pematuhan terutamanya kenderaan komersial, adalah berada pada tahap yang masih rendah.

    “JPJ juga turut mengambil tindakan tegas kepada pemandu warga asing yang mana sebanyak 5,811 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan,” katanya.

     
     
  • Lindungi enjin anda dengan minyak LIQUI MOLY Molygen generasi baharu — ada di Tyreplus Malaysia

    Lindungi enjin anda dengan minyak LIQUI MOLY Molygen generasi baharu — ada di Tyreplus Malaysia

    Menggunakan minyak enjin yang betul adalah sangat penting untuk memastikan enjin kereta anda sentiasa terjaga dan dilindungi, terutamanya dalam keadaan cuaca di Malaysia yang panas serta trafik sesak yang menjadi kebiasaan. Sebagai penyelesaian enjin terbaik untuk pengguna di Malaysia, LIQUI MOLY melancarkan siri baharu minyak “Advanced Full Synthetic” Molygen generasi terkini.

    Diformulasikan secara khusus dengan teknologi MFC (Molecular Friction Control), minyak enjin Molygen menawarkan perlindungan daripada kehausan dan menjaga komponen kritikal dalam enjin, walaupun dalam keadaan operasi yang mencabar. Geseran juga dapat dikurangkan hasil daripada pakej aditif unik ini, sekaligus memastikan prestasi enjin sentiasa optimum dan memperbaiki kecekapan penggunaan minyak.

    Formulasi MFC yang turut memperkenalkan warna hijau khas untuk minyak enjin Molygen, yang membezakannya daripada minyak enjin konvensional lain. Minyak enjin LIQUI MOLY Molygen juga dibangunkan untuk memberi prestasi berterusan dalam apa jua suhu, yang menjadi faktor penting untuk mengekalkan kestabilan bagi iklim tropika seperti di Malaysia.

    Sebagai tambahan untuk membolehkan enjin kereta anda berfungsi pada tahap terbaik, minyak enjin Molygen turut diformulasikan dengan agen pembersih termaju bertujuan untuk membersihkan enjin, menghindarkannya daripada terbentuknya mendapan dan dalam masa yang sama memberikannya daya tahan lebih panjang.

    Dengan rupa yang unik serta kemampuan untuk memberikan perlindungan terbaik untuk enjin, barisan minyak enjin Molygen merupakan bukti pengalaman panjang LIQUI MOLY sejak berdekad lalu. Minyak enjin Molygen didatangkan dalam pelbagai kelikatan (0W-20, 5W-20, 5W-30, 5W-40, 10W-30 dan 10W-40) untuk menampung keserasian penggunaan pelbagai jenis enjin — cari yang sesuai untuk kereta anda di sini.

    Lindungi enjin anda dengan minyak LIQUI MOLY Molygen generasi baharu — ada di Tyreplus Malaysia

    Bermula dari 1 Disember 2023, barisan produk Molygen boleh didapati di kedai Tyreplus Malaysia di seluruh negara. Sebagai jenama pelincir nombor satu Jerman, LIQUI MOLY merupakan rakan niaga Tyreplus Malaysia, yang menjalankan perniagaan pusat servis profesional dan menawarkan jenama-jenama terbaik dalam industri automotif untuk pelanggannya di Malaysia.

    Dikenali terutamanya melalui servis tayar yang ditawarkan, Tyreplus Malaysia juga menawarkan pelbagai jenis servis kenderaan pada harga yang berpatutan, termasuk untuk rutin penukaran minyak enjin, penukaran bateri, pemeriksaan sistem brek, penukaran brek dan servis umum lainnya. Turut dikenali kerana komitmennya untuk kecemerlangan automotif, Tyreplus Malaysia akan menawarkan minyak enjin Molygen sebagai tambahan kepada pelbagai barisan produk LIQUI MOLY yang lain, yang boleh dilihat dalam senarai ini.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.17 (0.00)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.00
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.94 (+0.03)
EURO 5 B7 RM3.14 (+0.03)
Last Updated Aug 07, 2025