Search in Bahasa Malaysia:

Proton S70 - Sedan segmen C tapi harga Vios?



Artikel Terkini

  • Lorong laju di Lebuhraya Elite ditutup sehingga 10 Okt

    Proton Perdana Test Drive 1

    Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) telah memaklumkan bahawa lorong paling kanan (lorong laju) di KM34.7 hingga KM34.9 di antara Persimpangan Bertingkat KLIA dan Nilai (Utara), di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) ditutup bermula hari ini, 26 September, hingga 10 Oktober 2016 akan datang.

    Ini bagi membolehkan kerja-kerja awalan sebuah pembinaan persimpangan bertingkat baharu dilaksanakan di lokasi terbabit.

    Sehubungan itu, PLUS menasihatkan semua pemandu yang menggunakan laluan tersebut supaya mematuhi semua papantanda serta arahan yang diberikan oleh pihak PLUS.

     
     
  • DBKL tutup sementara jalan tengah Bulatan Dato’ Onn

    jalan-dato-on-closure

    Klik untuk besarkan imej

    Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan kenyataan media berhubung dengan penutupan sementara jalan tengah di Bulatan Dato’Onn (Jalan Parlimen-Jalan Tun Perak) mulai 18 September lalu sehingga 31 Disember ini. Penutupan sementara ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan dan pemasangan besi projek ‘Heritage Trail 5′.

    Sepanjang penutupan tersebut, pengguna jalan raya yang datang dari arah Jalan Parlimen menuju Jalan Tun Perak akan dilencong mengelilingi Bulatan Dato’ Onn. Manakala bagi yang datang dari arah Jalan Tun Perak menuju Jalan Parlimen juga akan dilencong mengelilingi Bulatan Dato’ Onn.

    DBKL turut menasihati agar pengguna jalan raya yang melalui laluan tersebut supaya lebih berhati-hati dalam pemanduan dan sentiasa patuhi isyarat trafik yang turut diletakkan di kawasan berkenaan.

     
     
  • VIDEO: Proton tayang sedutan teaser Saga 2016

    Proton baru sahaja menayangkan sedutan teaser bagi Saga 2016 menerusi Facebook. Saga 2016 dijadual bakal dilancarkan pada 28 September ini dan telah pun mula membuka tempahan sejak Sabtu lalu, 24 September.

    Ia bakal dijual pada harga jangkaan bermula RM37,000 hingga RM46,000 (harga sebenarnya akan diumumkan pada majlis pelancarannya). Enam warna ditawarkan iaitu hitam, merah, putih, kelabu (baharu), biru (baharu) dan perak. Setiap pembelian turut dilindungi waranti 3 + 2 tahun atau 150,000km yang mana tiba dahulu.

    Saga 2016 ini ditawarkan dengan empat varian iaitu Standard (MT), Standard (AT), Executive (AT) dan Premium (AT). Kesemuanya akan menggunakan enjin sama seperti yang ada pada model Iriz iaitu unit 1.3 liter VVT (menggantikan enjin lama IAFM+), dengan kemampuan 94 hp pada 5,750 rpm dan 120 Nm tork pada 4,000 rpm. Pilihan transmisi pula terdiri daripada manual lima-kelajuan (Standard sahaja) dan CVT (semua varian).

    Kurang seminggu daripada tarikh pelancarannya, Proton turut berkongsi perincian spesifikasi bagi setiap varian yang ditawarkan pada Saga 2016. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya, sila KLIK PAUTAN INI.

    Bagi varian Standard, elemen yang didatangkan termasuklah rim 13-inci dengan penutup plastik, lampu kabus belakang, pengesan jarak hadapan dan belakang, dua beg udara, unit audio Single-DIN (dengan sambungan Bluetooth), tempat mengecas USB dan cagak Isofix. Ia juga menggunakan cermin sisi, pemegang pintu dan hiasan belakang hitam tanpa cat serta tempat duduk fabrik dan kemasan dalam bertemakan warna hitam.

    Manakala bagi varian Executive pula, didatangkan dengan pilihan transmisi CVT dan ia ditambah dengan unit audio Double-Din, cermin sisi (boleh dilaras secara elektronik), pemegang pintu dan hiasan belakang sama warna seperti badan, B-pillar dicat hitam, lampu kabus hadapan dan penghadang angin pada but belakang. Penambahan lain adalah rim aloi 14-inci, kemasan kelabu berkilat pada corong luar pendingin hawa dan stereng serta tempat duduk fabrik bercorak mesh.

    Varian tertinggi iaitu Premium pastinya ditampilkan dengan ciri tambahan termasuklah Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dengan Bantuan Mula Mendaki, bersama rim aloi 15-inci dan hiasan belakang berwarna krom. Selain itu, pembeli Saga Premium juga akan menerima kamera undur di mana paparannya akan terpapar pada cermin pandang belakang (seperti pada model spesifikasi tinggi Exora), unit audio Double-DIN dengan butang kawalan di stereng, tempat duduk fabrik bercorak gelombang dan lebih lagi kemasan kelabu pada tombol gear.

    Paultan.org juga telah diberi peluang untuk menguji Saga 2016 ini di trek ujian Proton, Subang Jaya, pada pagi Khamis lalu. Ternyata ia berbeza dengan model Saga terdahulu. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya, sila baca ulasan pandu uji Saga 2016 ini.

     
     
  • 3,170 saman dikeluarkan dalam Operasi Terancang serentak di lima negeri – kesalahan had laju terbanyak

    operation-ops-police-overdue-summons-foreigner-pdrm

    Satu operasi jalan raya yang diberi nama Operasi Terancang telah pun dijalankan serentak di lima buah negeri iaitu Johor, Kedah, Pahang dan Perak yang bermula pada 10 malam hingga 12 tengah malam kelmarin.

    Ope­ra­si ini turut di­sertai oleh Ja­batan Pe­ngangkutan Jalan (JPJ), Agensi An­tidadah Ke­bang­saan (AADK), Bahagian Narkotik Polis Diraja Ma­laysia (PDRM). Sebanyak 3,170 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, laporan Utusan Malaysia.

    Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasa Trafik (JSPT) Asisten Komisioner Ruslan Khalid, kebanyakan saman yang dikeluarkan membabitkan kesalahan melebihi had laju.

    “Daripada jumlah itu, 1,115 saman dikeluarkan kerana kesalahan melebihi had laju, manakala selebihnya membabitkan kesalahan lebih had muatan, tiada lesen memandu dan lain-lain,” ujarnya kepada pihak media.

    Dalam operasi yang dijalankan di Plaza Tol Sungai Besi (Kuala Lumpur), Bukit Gambir (Johor), Gurun (Kedah), Gunung Semanggol (Perak) dan Temerloh (Pahang), PDRM turut me­laksanakan pelbagai pendekatan termasuklah menggunakan alat pengimbas nombor plat ken­deraan automatik (ANPR) bagi mengesan pesalah trafik.

    Menurut Ruslan, ANPR ternyata memberikan impak yang besar apabila 2,000 pesalah trafik yang mempunyai saman tertunggak berjaya dikesan dalam satu operasi di Johor, baru-baru ini. Alat ini akan mengesan nombor plat kenderaan dan beberapa saat kemudian mengeluarkan data-data pesalah trafik yang mempunyai saman serta waran tangkap selain senarai hitam.

    “Malah dengan 20 unit ANPR dari Amerika Syarikat ini yang dimiliki JSPT, kita berjaya mengesan dan mengenal pasti 87 kes yang melibatkan kenderaan curi serta kes-kes jenayah,” jelas beliau.

     
     
  • Nurita Harith reka pakaian gadis litar Petronas F1 2016

    petronasf1gridgirlsuniform-2

    Tahun ini, semasa perlumbaan F1 yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang 1 dan 2 Oktober 2016, anda akan dapat menyaksikan gadis litar Petronas menggayakan baju baharu yang direka khas oleh Nurita Harith. Kesemuanya ada dua baju yang direka oleh Nurita Harith – satu untuk hari pusingan kelayakan dan satu lagi pada hari perlumbaan.

    Bagi baju hari pusingan kelayakan, ia adalah berlengan panjang dengan panel raglan dan dipadankan bersama skirt. Pada lengannya, terdapat logo ‘titisan minyak’ Petronas. Baju hari perlumbaan pula mempunyai lebih perincian seperti corak yang menggambarkan sinergi Petronas dan bayang Bunga Raya pada skirt paras lututnya.

    Nurita Harith adalah seorang pereka fesyen dan artis yang terkenal dengan gayanya yang tersendiri. Pada pakaian rekaan beliau, kebiasaannya akan terdapat lapisan lembut dan kain yang tergantung secara lembut. Beliau juga terkenal dengan penggunaan warna lembut.

     
     
  • Ford Ranger tarik jet Aero L-39 Albatros seberat 3 tan; cabaran terakhir bagi ujian lasak 24 jam tanpa henti

    ford-ranger-jet-6-bm

    Sime Darby Auto Connexion (SDAC) dengan kerjasama radio hitz.fm dari Astro Radio Group menganjurkan Cabaran 24 jam bagi model Ford Ranger, yang dikendalikan oleh pasukan Hitz Ford Cruiser saluran radio berkenaan. Bermula 11 pagi semalam, mereka menggalas dan perlu mengatasi lima cabaran yang menguji ketangkasan dan kemampuan trak pikap berkenaan.

    Kemuncak kepada cabaran ini ialah aktiviti yang menyaksikan Ford Ranger digunakan untuk menunda sebuah jet Aero L-39 Albatros dengan berat kira-kira 3 tan. Bertempat di RAC Hanger Subang Skypark pagi ini, ia merupakan cabaran terakhir yang perlu dihadapi oleh Ford Ranger bagi aktiviti berkenaan.

    ford-ranger-jet-4-bm

    Dalam tempoh 24 jam bermula 11 pagi semalam, Ford Ranger yang digunakan oleh pasukan Hitz Ford Cruiser itu menjelajah ke beberapa lokasi seluruh semenanjung, antaranya Ipoh, Pulau Pinang dan hutan simpan Belum sebelum ke Kelantan, Kuantan dan kembali semula ke Lembah Klang.

    Lima cabaran diselesaikan sepanjang perjalanan berkenaan. Selain ujian endurans 24 jam tanpa henti, Ford Ranger turut digunakan untuk ujian meruntuhkan dinding bata, membawa beban 1,008 minuman dalam tin untuk diedarkan kepada pendengar radio berkenaan serta laluan merentasi air di Ulu Tamu, Batang Kali awal pagi ini. Kemuncaknya ialah trak berkenaan menarik sebuah jet sebenar.

     
     
  • Proton Saga 2016 – perincian, spesifikasi empat varian yang ditawarkan; harga dari RM37k hingga RM46k

    27-proton-saga-2016-bm-reardiffuser-blue

    Proton Saga 2016 adalah model Proton seterusnya yang akan dilancarkan selepas Persona dan Perdana baharu. Semasa pra tonton awal untuk wakil media, kami diberitahu pesaing Perodua Bezza ini sudah boleh ditempah bermula hari Sabtu, 24 September 2016 dan harganya terletak dalam lingkungan RM37,000 hingga RM46,000.

    Pada masa itu juga, kami dapat mendekati empat varian yang ditawarkan untuk Proton Saga 2016 ini – Standard (MT), Standard (AT), Executive (AT) dan Premium (AT). Kesemuanya akan menggunakan enjin sama seperti yang turut digunakan pada model Iriz iaitu unit 1.3 liter VVT (menggantikan enjin lama IAFM+), dengan kemampuan 94 hp pada 5,750 rpm dan 120 Nm tork pada 4,000 rpm. Pilihan transmisi pula terdiri daripada manual lima kelajuan (Standard sahaja) dan CVT (semua varian).

    Walaupun jumlah kuasa adalah sama, Proton menyatakan Saga baharu lebih laju dan lebih jimat minyak daripada sebelumnya. Versi manual kini boleh tiba di kelajuan 100 km/j dalam masa 12.2 saat (daripada 13.0 saat) dan menggunakan bahan api 5.4 l/100 km pada kelajuan 90 km/j (bertambah baik daripada 6.0 l/100km).

    Sementara itu, versi CVT mencatat 0-100km/j dalam 13.1 saat (daripada 14.5 saat) dan menggunakan bahan api 5.6 l/100 km pada kelajuan 90 km/j (bertambah baik daripada 6.3 l/100km). Peningkatan yang dilakukan pada Persona (tapak enjin tiga punca untuk NVH lebih bagus dan ECU yang ditala semula untuk tindak balas lebih baik) turut dilakukan pada Saga.

    Diasaskan daripada Saga model semasa – dengan jarak roda 2,465 mm yang sama – kereta baharu ini mendapat dimensi yang berlainan – lebih panjang (+74mm), lebih lebar (+9mm), dan lebih rendah (-11mm) – termasuk perubahan visual luar dan dalam. Proton juga menjadikan casis Saga 20 peratus lebih keras, serta memperkenalkan stereng yang lebih pantas (masih lagi menggunakan sistem hidraulik), penutupan pintu lebih ringan dan pakej pemanduan serta kawalan yang dipertingkat.

    Laporan selanjutnya di sini

     
     
  • PANDU UJI: Proton Saga 2016 – adakah ia bakal mengubah permainan yang dibawa Perodua Bezza?

    14-proton-saga-2016-bm-rim-red

    Selesai dengan sedan premium segmen-D Perdana 2016 dan sedan mampu milik segmen-B Persona 2016, kini tiba masanya Proton menggerakkan satu lagi buah catur yang penting dalam usaha memulihkan kembali prestasi mereka sebagai ‘Abang Long’ dalam industri automotif tempatan. Model berkenaan tidak lain dan tidak bukan – Proton Saga 2016.

    Maklumat terkini yang kami terima semasa sesi uji pandu media untuk Proton Persona baru-baru ini, model berkenaan dilaporkan telah menerima tempahan sebanyak 8,000 unit, setelah sebulan dilancarkan. Jadi, setakat ini, strategi Proton dalam memulihkan prestasi mereka dilihat berada di atas landasan yang betul.

    Adakah Saga akan terus memacu momentum yang dimulakan Persona? Harapan ini saya bawa ketika menuju ke Pusat Kecermelangan Proton, Shah Alam setelah menerima jemputan pandu uji model ini di litar ujian pengeluar automotif nasional berkenaan. Saya percaya, ini bukan hanya harapan saya, bahkan ini harapan rakyat Malaysia yang ingin melihat perubahan yang dijanjikan Proton, dan juga mereka yang mahukan sebuah sedan yang sangat mampu milik tetapi masih dibina ‘dengan jiwa’ dan bukan untuk keuntungan semata-mata.

    Baca artikel selanjutnya di sini

     
     
  • Mazda 2 – harga dinaikkan mulai Oktober ini; kenaikan RM3k bagi lampu utama LED, RM2k untuk halogen

    mazda2-price

    Mazda 2 bakal mengalami kenaikan harga mulai 1 Oktober ini, menurut salah satu pengedarnya. Ia melibatkan kenaikan sebanyak RM3,000 bagi model Mazda 2 yang dilengkapi dengan lampu utama LED dan RM2,000 bagi lampu utama halogen.

    Buat masa ini, laman web Bermaz memaparkan harga RM85,466 bagi model lampu utama halogen dan RM90,766 untuk model lampu utama LED. Kesemuanya adalah harga atas jalan tanpa insurans, dan warna popular iaitu Soul Red dikenakan caj tambahan sebanyak RM500.

    Menurut satu sumber, harga dinaikkan kerana kelemahan nilai Ringgit Malaysia berbanding US dollar. Dan memandangkan Mazda 2 yang dijual di Malaysia adalah diimport dari Thailand, maka harganya dikendalikan dalam US dollar. Selain daripada lampu utama, tiada lagi perubahan pada spesifikasi, menurut Bermaz.

    GALERI: Mazda 2 2016 Deep Crystal Blue Mica

    GALERI: Mazda 2 2016 Smokey Rose Mica

     
     
  • Proton Saga 2016 dipamerkan sedikit bahagian belakangnya, diumumkan tempahan kini dibuka

    saga

    Bakal dilancarkan pada minggu hadapan, Proton telah mengumumkan model Saga 2016 kini telah dibuka tempahannya. Walau pun harganya tidak didedahkan, namun ia memaparkan imej teaser bahagian belakang Saga baharu ini, nampak jauh berbeza dengan model sedia ada.

    Saga baharu ini bukan setakat menampilkan imej yang lebih segar, malah ia turut menerima penarafan empat-bintang daripada ASEAN NCAP. Di bawah hudnya, ia juga akan dijanakan oleh enjin yang sama dengan Iriz iaitu 1.3L VVT, yang kuasanya mencapai 94 hp dan tork 120 Nm bagi model hatchback terbabit.

    saga_teaser2

    Klik untuk besarkan imej

    Malah beberapa perinciannya turut didedahkan, termasuklah menampilkan Indikator Bantuan Pemanduan ECO yang diadaptasi dari Persona, kamera undur, pengesan parkir hadapan dan belakang, dua port pengecas USB di belakang, tempat duduk belakang boleh dilipat, ruang but seluas 420 liter, bantuan brek, cagak ISOFIX, akhir sekali, kawalan kestabilan dan bantuan mula mendaki.

    Kami sudah pun memiliki perincian dan foto Saga baharu ini, tetapi ia hanya boleh didedahkan pada tengahmalam ini. Jadi, jangan lupa dapatkan maklumat lanjut mengenainya menerusi paultan.org.

     
     
  • Distinguished Gentleman’s Ride berlangsung di Pulau Pinang Ahad ini – tujuan utama kumpul dana amal

    TEDxFargo2015

    TEDxFargo2015

    Distinguished Gentleman’s Ride adalah satu acara yang diasaskan oleh Mark Hawwa di Sydney, Australia pada tahun 2012 dengan tujuan mengumpul dana amal bagi mereka yang menghidap kanser prostat.

    Dalam acara ini, sekumpulan penunggang motosikal akan berpakaian kemas dan menunggang motosikal mereka sekitar bandar sambil berhenti di beberapa tempat untuk aktiviti lain. Dalam masa beberapa tahun sahaja, kini ia telah mendapat sambutan dari pelbagai negara.

    Di Malaysia, Distinguished Gentleman’s Ride akan diadakan di Pulau Pinang 25 September ini dan ia dianjurkan oleh Riders Garage dan Rotten Motocycles, dengan sokongan penuh oleh Art Of Speed Malaysia.

    Konvoi bergaya ini akan bermula di stesen bas Hin, Georgetown jam 8 pagi dan melalui tempat-tempat bersejarah sekitarnya. Sambil itu, peserta juga berpeluang untuk memenangi hadiah yang diberikan oleh penganjur.

     
     
  • Suzuki GSX-R250 tersiar dalam majalah motosikal Jepun – penampilan pertama dijangka bulan depan

    gsxr250youngmachinebm

    Dalam masa terdekat ini, dua pameran motosikal terbesar di dunia akan berlangsung iaitu INTERMOT dan EICMA. Pengeluar-pengeluar sudah tentu akan menggunakan acara ini sebagai tapak untuk memperkenalkan model baru dan daripada Suzuki, ia dijangkakan adalah GSX-R250.

    Khabar angin berkenaan kewujudan motosikal ini bermula apabila satu lukisan paten bocor dari Australia dan gambar risikan dalam kilang terlepas kepada umum. Kemudiannya, terbaru, sebuah majalah motosikal dari Jepun, Young Machine menterjemahkannya kepada lukisan sebenar dan motosikal tersebut kelihatan lengkap.

    Ramai yang menjangka motosikal ini akan menggunakan enjin 248cc satu silinder seperti model Inazuma yang dijual di India dan mereka memanggil GSX-R250 sebagai Gixxer 250. Sehingga kini, Gixxer hanya dijual pada kapasiti enjin 155cc. Untuk pengetahuan, Suzuki Inazuma adalah model naked dan pengeluarannya telah diberhentikan di India akhir tahun lalu.

    Suzuki GSX-R250 dikatakan sebagai sebuah model global, tetapi di Malaysia gayanya seperti Suzuki semakin merudum. Kilang mereka di Perai, Pulau Pinang telah diberhentikan operasinya dan beberapa cawangan lain juga ditutup.

     
     
  • Kumpulan Naza hadiahkan Kia Rio sedan untuk atlet paralimpik M’sia yang dapat pingat gangsa di Rio 2016

    Kia Rio Sedan Malaysia_ 028

    Pada 11 September lalu, Naza Corporation Holdings telah berjanji untuk menghadiahkan Kia Sportage serba baharu kepada atlet paralimpik negara yang berjaya membawa pulang pingat emas untuk Malaysia di Olimpik Rio. Atlet tersebut ialah Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Mohamed Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly, yang berjaya memperoleh pingat emas dalam acara masing-masing.

    Semalam Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, SM Nasaruddin SM Nasimuddin yang juga Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), telah mengumumkan akan memberikan ganjaran berupa sebuah Kia Rio sedan kepada Siti Noor Radiah Ismail yang memenangi pingat gangsa dalam kejohanan sukan berprestij itu.

    “Kita perlu mengucapkan te­rima kasih kepada mereka kerana mereka sangat luar biasa, saya berada di Rio semasa mereka ber­aksi di sana dan kejayaan mereka jelas memberikan inspirasi kepada saya. Sebuah kereta Kia Rio akan berikan kepada pemenang pingat gangsa,” katanya dalam Maj­lis Sambutan Wira Paralimpik di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam.

    Kia Rio Sedan Malaysia_ 030

    Kia Rio sedan baharu ini dijanakan oleh enjin 1.4 liter yang mampu memberikan kuasa sehingga 109 PS pada 6,300 rpm dan puncak tork 137 Nm pada 4,200 rpm. Ia turut dipadankan dengan transmisi automatik empat-kelajuan.

    Imej yang mirip dengan model hatchback, Kia Rio Sedan turut dipadankan dengan gril radiator “Tiger Nose” yang menjadi signatur Kia. Ia juga tampil dengan paten geometrikal menjadikan Kia Rio Sedan ini memiliki profil yang lebih bergaya.

    Selain itu, ia turut dipadankan dengan lampu nyalaan siang (DRL) untuk fokus pemandangan yang lebih optima serta rim aloi yang lebih bergaya bersaiz 15-inci yang dibaluti tayar 185/55 R15.

    Bagi ruang kabinnya, ia turut dilengkapi dengan roda stereng telescopic dengan butang kawalan audio, Bluetooth, sistem audio bersama enam pembesar suara serta Audio Head Unit (dengan storan memori 800 MB) sebagai radio dan pemain MP3 dengan sambungan USB, AUX dan RDS.

    Untuk elemen keselamatannya, Kia Rio Sedan turut hadir dengan enam beg udara, sistem keselamatan aktif termasuk Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Pengurusan Kestabilan Kenderaan (VSM), pengesan parkir belakang dan Bantuan Mula Mendaki (HAC) serta cakera brek hadapan dan belakang.

    Kia Rio sedan ini ditawarkan pada harga RM72,888 (OTR dengan insurans) dengan waranti selama lima-tahun tanpa perbatuan terhad. Ia ditampilkan dengan empat pilihan warna iaitu Clear White, Bright Silver, Deep Blue dan Signal Red.

     
     
  • VIDEO: Honda S-Dream catat 421km/j di Bonneville

    Kawasan tanah rata di Bonneville sememangnya menjadi tumpuan bagi penggemar kelajuan dan apabila tiba musimnya, ramai yang akan datang untuk mencuba jentera masing-masing dan cuba mendapatkan kelajuan maksimum.

    Honda mempunyai rekodnya yang tersendiri dan kali ini dengan menggunakan S-Dream yang dipacu oleh enjin 660cc dari roadster S660, mereka berjaya mencatat 421.59 km/j dalam jarak satu kilometer dan 421.45 km/j untuk satu batu (1.6km). Melalui catatan ini, Honda mendapat gelaran rekod dunia FIA dalam kelasnya – Kategori A, Kumpulan 1, Kelas 4. Ia juga menjadi kenderaan terpantas Honda.

    Walaupun asalnya enjin 660cc yang digunakan hanya berkemampuan 64hp, jurutera Honda telah mengubahsuainya sehingga berjaya mendapat kuasa sebanyak 200hp. Ini termasuk perubahan pada bahagian bawah blok enjin, piston, crankshaft dan injap.

    honda-s-dream-e1474596853574-850x381bm

    Sebelum tiba di Bonneville, S-Dream cemerlang sepanjang sesi ujian di Jepun. Walaubagaimanapun, apabila pemandunya, Hikaru Miyagi melakukan ujian pemanduan di Bonneville, beliau mendapati terdapat isu penglihatan – kanopi terlalu sempit dan sukar untuk melihat keadaan luar.

    Kereta ini kemudiannya dihantar ke fasiliti Honda di Santa Clarita, California dan keseluruhan bahagian atas pemandu diperbaiki. Ini berlaku cuma 10 hari sebelum acara rasmi dan Honda terlepas untuk membuat rekod di Bonneville Speed Week. Walaubagaimanapun, mereka diberi peluang untuk membuat catatan selepas itu. Masa yang dicatat oleh S-Dream mengatasi kenderaan Honda terpantas sebelum ini iaitu kereta BAR Honda F1 pada tahun 2006.

     
     
  • Sindiket kereta klon: Kastam tubuh pasukan khas untuk siasat jika ada anggotanya terlibat

    Cloned-cars-1

    Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bakal melaksa­nakan proses pemutihan ter­hadap anggotanya sekiranya ada yang dikenal pasti bersekongkol dalam sindiket kereta klon. Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad, JKDM akan menubuhkan satu pasukan khas bagi melakukan siasatan lebih terperinci sama ada wujud ‘orang dalam’ jabatan itu yang terlibat atau menjadi dalang dalam sindiket tersebut.

    “Jika siasatan mendapati ada unsur penglibatan, individu tersebut bukan setakat akan digantung kerja. Bahkan kita akan serahkan kepada pihak berkuasa untuk dihadapkan ke muka penga­dilan,” katanya kepada Utusan Malaysia bagi mengulas fungsi pasukan khas oleh JKDM yang ditubuhkan dalam usaha membanteras sindiket yang membawa masuk kenderaan mewah dari Singapura ke negara ini untuk dijadikan kereta klon.

    Dalam masa yang sama, beliau turut memaklumkan pasukan khas itu akan memberi tumpuan khusus untuk melakukan siasa­tan terutamanya di kawasan sempadan Johor dan Singapura.

    “Kami juga mengadakan perbincangan bersepa­du antara agensi dan jabatan ber­kaitan perlu dilakukan bagi mengekang kegiatan sindiket kereta klon. Ini kerana kerjasama di antara semua pihak sangat diperlukan bagi tujuan yang sama,” ujarnya lagi.

    Baru-baru ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan empat individu termasuk seorang kerani wanita bahagian pendaftaran kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan negeri Kedah bagi membantu siasatan berkaitan sindiket kereta klon dari Singapura.

    Susulan penahanan itu, SPRM memburu empat lagi saki-baki sindiket kereta klon termasuk dua anggota penguatkuasa JPJ Kedah yang disyaki menyalahgunakan sistem pendaftaran agensi itu.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.47 (0.00)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.30
DIESEL
EURO 5 B10 RM3.35 (0.00)
EURO 5 B7 RM3.55 (0.00)
Last Updated Jun 27, 2024