Mitsubishi Ralliart akan kembali ke Amerika pada 2023; tawar versi edisi terhad gaya rali untuk semua model

Mitsubishi Ralliart akan kembali ke Amerika pada 2023; tawar versi edisi terhad gaya rali untuk semua model

Mei tahun lalu, Mitsubishi secara rasmi mengumumkan bahawa sayap prestasi tingginya iaitu Ralliart dihidupkan kembali selepas 11-tahun divisi tersebut ditutup dari menghasilkan sebarang peralatan prestasi serta menyertai mana-mana perlumbaan. Ia dimulakan dengan menghasilkan model khas Ralliart untuk pasaran Thailand bagi model seperti Pajero Sport, Triton serta Mirage, dan Ralliart sudahpun menampilkan pelbagai model konsep di Tokyo Auto Salon 2022 (TAS) Januari lalu.

Terbaharu, Mitsubishi mengumumkan bahawa jenama Ralliart ini akan di bawa semula ke pasaran Amerika Syarikat bermula tahun hadapan. Menurut Mitsubishi, kesemua modelnya yang dijual di pasaran berkenaan akan ditawarkan dalam versi edisi terhad Ralliart, termasuk Outlander, Outlander PHEV, Eclipse Cross, Outlander Sport dan Mirage.

Mitsubishi Vision Ralliart Concept (atas kiri), Eclipse Cross Ralliart Style (bawah kiri) dan Delica D:5 Tough x Tough yang dipamerkan di TAS 2022 Januari lalu

Mitsubishi menyatakan bahawa model-model edisi khas Ralliart tersebut akan menerima warna badan White Diamond bersama bumbung berwarna hitam, serta kemasan badan dan grafik yang unik serta sentuhan-sentuhan diinspirasikan kereta rali. Walau bagaimanapun, tiada sebarang ubahsuai prestasi diumumkan untuk model-model edisi terhad pasaran Amerika Syarikat berkenaan.

Jadi apa yang ditawarkan nanti mungkin menampilkan konsep sama seperti model-model edisi terhad Ralliart di pasaran Thailand. Pajero Sport, Triton dan juga Mirage Ralliart di Thailand diberikan warna badan putih dan bumbung hitam, grafik badan dan mud-flap merah ala-rali serta kit badan istimewa tanpa diberikan sebarang peningkatan prestasi.

GALERI: Mitsubishi Mirage, Triton dan Pajero Sport edisi khas Ralliart pasaran Thailand

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required