Search in Bahasa Malaysia:

Proton S70 - Sedan segmen C tapi harga Vios?



Artikel Terkini

  • Enjin GDI dan TGDI Proton – kos penyelenggaraan menjimatkan berbanding CamPro, jarak servis 20k km

    2015-proton-exora-1.3-turbo-prototype-020_BM

    Barisan enjin baharu Proton sudah tentu memiliki teknologi yang lebih baik berbanding apa yang ditawarkan oleh CamPro. Dengan pelbagai elemen yang lebih baik termasuk suntikan terus, pengecas turbo dan nisbah pemampatan yang lebih tinggi, adakah kos penyelenggarannya juga akan meningkat? Ketika sesi temubual eksklusif paultan.org dengan Ketua Pegawai Teknikal Proton Abdul Rashid Musa memberitahu, ia sepatutnya menjadi lebih rendah berbanding enjin CamPro.

    Beliau menyatakan bahawa enjin yang dijadualkan bakal berada di pasaran pada tahun 2018 ini akan mempunyai jarak servis yang lebih lama. “Jarak servisnya akan dua kali ganda berbanding enjin VVT yang digunakan pada masa ini dan saya percaya teknologi yang lebih matang ini yang membuatkan kitaran jangka hayat komponennya lebih panjang, agak boleh dipercayai,” katanya.

    Rashid berkata Proton menyasarkan untuk memanjangkan kitaran servis bagi enjin baharu GDI dari 10,000 km yang ditawarkan pada Preve, Suprima dan Iriz ke 20,000 km, per servis. “Tetapi semestinya anda perlu memeriksa bahagian lain di dalam enjin. Adakalanya orang akan keliru apabila teknologi tinggi digunakan. Maka tidak perlu untuk memeriksa minyak enjin. Walau bagaimana pun, perlu memantau keadaan enjin bergantung pada kegunaan anda.”

    “Kos servis akan menjadi lebih murah, semestinya. Saya rasa ia adalah antara kekuatan enjin ini,” tambahnya lagi. Apatah lagi dengan penggunaan timing chain akan membuatkan kos penyelenggaran lebih rendah.

    Proton-CTO-Abdul-Rashid-Musa-interview-9_BM

    Rashid turut memberitahu enjin baharu ini bukan memfokuskan pada kereta sport termasuk yang prestasi tinggi. “Saya tidak menyebut prestasinya hebat, tetapi prestasinya bagus, rendah penyelenggaran. Prestasi tidak semestinya bermaksud kuasa kuda. Prestasi juga boleh dikaitkan dengan penjimatan bahan api, emisi dan perkara yang berkaitan,” katanya lagi.

    Beliau turut berkata, seperti keselamatan, ia memiliki tiga tahap penyelenggarannya iaitu pelindungan, pencegahan dan ramalan. Tahap pertama bagi penyelenggaran iaitu perlindungan, di mana ia dilindungi dari perkara yang merosakkan termasuk kepanasan melampau. Tahap kedua pula, pencegahan, ini termasuk rutin penyelenggaran bagi membantu mengelakkan enjin menjadi rosak.

    Manakala tahap ketiga pula, penyelenggaran ramalan atau kognitif, di mana Proton sedang mencari implementasinya bagi kenderaan akan datang. Rashid juga berkata enjin baharu ini boleh digunakan pada masa yang datang dengan mengamalkan kaedah Condition Based Maintenance (CBM). Dengan kaedah ini, kereta terbabit akan dianalisa bagi mengetahui keadaan sebenarnya bagi menukar minyak enjin, daripada bergantung pada kitaran tetap.

     
     
  • Toyota Rush 2016 diperkenalkan di Indonesia

    2016-Toyota-Rush-Indonesia-01_BM

    Toyota Rush, yang menerima penambahbaikan di Indonesia pada Mac tahun lalu (April di Malaysia), kini menerima versi 2016 pula. Imej yang diperoleh dari laman web jualan di Indonesia, menunjukkan ia didatangkan dengan versi TRD Sportivo bagi SUV bajet.

    Menurut laporan tempatan, Toyota akan memperkenalkan Rush TRD Sportivo 7 dan versi tertinggi Rush TRD Sportivo Ultimo tiga barisan dari tujuh-tempat duduk, sementara Rush G pula masih diteruskan dengan dua barisan/lima-tempat duduk. TRD Sportivo terbaharu ini akan menerima jaluran merah di atas gril dan juga pelekat pada bahagian sisi serta penutup tayat simpanan. Manakala Ultimo dilihat turut dilengkapi dengan rim baharu yang lebih sporty.

    2016-Toyota-Rush-Indonesia-02_BM

    Malah ia juga didatangkan dengan set suspensi TRD Sportivo (penyerap hentak dan gegelung) yang lebih lembut dan lebih selesa berbanding suspensi standard. Mungkin ciri ini bertentangan dengan TRD Sportivo = sporty = teguh, jadi ini mungkin keunikan bagi pembeli di Indonesia.

    Perubahan ini dilakukan mungkin setelah Toyota Astra Motor melihat sambutan terhadap pengenalan Honda BR-V, SUV tujuh-tempat duduk berdasarkan Mobilio di Indonesia. Sejak 23 Januari, sebanyak 1,000 unit BR-V telah pun diserahkan kepada pemiliknya.

    GALERI: Toyota Rush facelift di Malaysia

     
     
  • Proton naikkan harga semua model – mulai 15 Feb ini

    Proton_Iriz_002_BM

    Proton telah mengumumkan kenaikan harga bagi kesemua modelnya mulai 15 Februari 2016 ini. Ia melibatkan kenaikan antara RM312 sehingga RM2,021 bergantung pada varian modelnya. Kenaikan harga ini tidak dapat dielakkan berikutan kejatuhan ringgit memandangkan kebanyakan bahan mentah dibeli dalam mata wang asing. Malah kelemahan ringgit turut memberikan kesan terhadap kos operasi dan keseluruhan sistem rantaian syarikat.

    Senarai penuh harga baharu akan dipaparkan di laman web Proton apabila ia bermula kelak.

    Bagi menyerap impak akibat kesan kejatuhan ringgit, sejak Ogos 2015 lalu, Proton telah melakukan pelbagai usaha termasuklah mengurangkan kos operasi dan rasionalisasi operasi yang diperlukan. Malah impak ini bukan setakat dirasai oleh Proton tetapi boleh dikatakan keseluruhan industri.

    Para pelanggan yang berhajat untuk membeli kenderaan baharu disarankan mengunjungi mana-mana bilik pameran Proton untuk mengambil peluang promosi sempena Tahun Baru Cina yang sedang dijalankan. Kadar faedah sebanyak 2.8% dikenakan untuk semua kereta Proton dan juga skim graduan dengan bayaran bulanan dari RM258 sebulan turut ditawarkan. Bukan itu sahaja, rebat tunai sehingga RM6,200 bagi model 2015 terpilih dan 30% bagi cenderahati juga ditawarkan. Promosi ini hanya sah sehingga 31 Mac ini.

     
     
  • LPT kawasan paling kerap kemalangan di Pahang

    LPT

    Polis Pahang telah mengenal pasti 30 kawasan yang sering berlaku kemalangan di negeri tersebut dengan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) mencatat jumlah kawasan paling tinggi.

    Sehubungan itu, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Sharifuddin Abd Ghani berkata sempena perayaan Tahun Baru Cina ini, semua kawasan itu akan diberi tumpuan pada Op Selamat 8 yang bermula hari ini hingga 16 Februari depan, dalam usaha mengurangkan kemalangan melalui penguatkuasaan secara menyeluruh.

    “Objektif operasi adalah bagi memberi kesedaran dan menanam nilai murni kepada pengguna jalan raya supaya mengutamakan aspek keselamatan termasuk ketika meninggalkan rumah untuk pulang bercuti,” katanya.

    Menurutnya antara tumpuan utama penguat kuasa pada operasi kali ini ialah kesalahan berkaitan had laju, memotong di dua garisan berkembar dan melanggar lampu isyarat, dengan kesemua kesalahan itu akan dikenakan kompaun maksimum RM300 dan tidak boleh dikurangkan.

    Sharifuddin berkata statistik kemalangan dalam Op Selamat 4 (2014) dan Op Selamat 6 (2015) sempena Tahun Baru Cina lepas menunjukkan peningkatan kes kemalangan daripada 770 kes kepada 787 kes.

    Katanya kes kemalangan maut juga meningkat daripada 12 kes melibatkan 13 kematian pada Op Selamat 4 kepada 14 kes dengan 15 kematian pada Op Selamat 6.

    “Jumlah saman yang dikeluarkan turut meningkat kepada 18,373 kes (Op Selamat 6) berbanding 13,408 kes (Op Selamat 4),” katanya.

    Sementara itu, katanya, di LPT tujuh kawasan direkodkan sering berlaku kemalangan iaitu di Kilometer (KM) 203 hingga 204, KM208 hingga 209, KM211.9, masing-masing di kawasan Kuantan, manakala di Maran ialah di KM182 hingga KM183 dan KM159 hingga KM162.

    Di Temerloh pula, kawasan LPT yang terlibat ialah di KM95 hingga KM105 dan KM117 hingga 118.

    Selain LPT, kawasan lain yang sering dicatatkan berlaku kemalangan ialah Kuantan, Rompin, Maran, Temerloh dan Jerantut masing-masing tiga kawasan, Pekan, Bentong dan Bera (dua) manakala Raub dan Lipis pula satu.

     
     
  • Enjin GDI/TGDI baharu Proton – mengapa kini timing chain jadi pilihan setelah lama timing belt digunakan?

    Satu lagi elemen besar yang turut membawa perubahan kepada barisan enjin baharu Proton ialah penggunaan timing chain, bagi menggantikan timing belt yang telah digunakan sejak pengeluar kereta nasional ini mula rebadged model Mitsubishi. Kami tahu pastinya anda sudah lama mahukan Proton menggunakan timing chain, bukannya baru sekarang kan?

    Alasan mengapa ia mengambil masa yang lama, menurut Ketua Pegawai Teknikal Proton Abdul Rashid Musa, ini adalah kerana ia telah digunakan oleh Mitsubishi, di mana Proton telah mempelajari bagaimana hendak merekabentuk dan membangunkan enjin, yang menggunakan timing belt sejak sekian lama dan Proton telah turut ikut sama. Bahkan Rashid juga mengakui permintaan pasaran dan aliran teknologi terkini telah mendorong Proton untuk melakukan perubahan ini.

    Sebagai kelebihan, Rashid berkata, mereka telah banyak belajar tentang kebolehpercayaan sebenar dan keupayaan servis, di mana timing chain lebih cenderung untuk tahan lebih lama, malah dengan penyelenggaraan yang begitu minima. Walau bagaimana pun, beliau menambah, anggapan orang ramai terhadap Proton kerana menggunakan teknologi lama memang telah lama diperkatakan namun syarikat ini memerlukan masa untuk meneliti sesuatu perkara sebelum membuat perubahan. Memang masih ada lagi jenama lain yang menggunakan timing belt, namun ia tidak dianggap suatu yang serius seperti mana yang Proton hadapi.

     
     
  • Mitsubishi Pajero Sport SUV baharu dilancarkan di Indonesia – enjin 2.4L baharu dan 2.5L lama

    Pajero-Sport-Indonesia-03_BM

    Mitsubishi Pajero Sport telah pun dilancarkan di Indonesia pada minggu lalu, selepas beberapa bulan Triton baharu melakukan penampilan perdana di peringkat dunia di Thailand pada Ogos 2015. Pajero Sport baharu ini tampil bagi memberikan persaingan sengit buat Toyota Fortuner SUV yang dibangunkan berdasarkan model pikap Hilux, di Indonesia. Kami menjangkakan kedua-dua SUV ini akan tiba ke pasaran Malaysia pada tahun ini.

    Pajero Sport ini didatangkan dengan enjin baharu 2.4 liter turbodiesel yang turut didapati pada Triton di Thailand, dengan kuasa 181 PS dan tork 430 Nm pada 2,500 rpm. Unit yang dilengkapi dengan 4N15 MIVEC VGT ini turut dipadankan dengan transmisi automatik lapan-kelajuan dengan mod manual dan pedal penukar gear.

    Penjana kuasa ini juga adalah untuk spesifikasi bagi Indonesia Dakar 4X4 dan Dakar 4X2 – Exceed 4X2 dan GLX 4X4 MT dengan unit 4D56 2.5 liter bersama kuasa 136 PS/324 Nm. Ia turut dipadankan dengan transmisi auto lima-kelajuan (Exceed) atau manual (GLX) untuk enjin turbodiesel yang besar dan lama.

    Pajero-Sport-Indonesia-04_BM

    Sistem Super Select 4WD-II turut ditampilkan pada Dakar 4X4. Malah sistem AWD kini turut didatangkan dengan Off-Road Mode (kerikil, lumpur/salji, pasir, batu) dan butang pemilihan pacuan yang menggantikan tuil kawalan yang lama.

    SUV ini juga dipadankan dengan suspensi double wishbone pada bahagian hadapan dan tiga sambungan jenis gandar tegar, dengan lingkaran gegelung di sekeliling. Empat cakera brek pengudaraan bagi Dakar dan dram di belakang bagi Exceed dan GLX.

    Versi Dakar turut ditampilkan dengan rim dua-ton 18-inci dengan tayar 265/60 (265/70 R16 untuk yang lain-lain), lampu utama LED dengan lampu nyalaan siang (DRL), bumbung matahari, kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin, brek parkir elektronik, penghawa dingin dua-zon automatik, tempat duduk balutan kulit, dua tweeter tambahan (keseluruhannya enam speaker), bantuan mula mendaki dan kawalan kestabilan. Malah ini kali pertama ia turut dilengkapi kekemasan kayuan.

    Pajero-Sport-Indonesia-06_BM

    Bagi sistem multimedia, model teratas Dakar 4X4 dilengkapi dengan sistem 2DIN tujuh-inci dengan navigasi dan paparan pandangan sekeliling. Manakala Dakar 4X2 dan Exceed menerima unit 6.5-inci dengan navi dan kamera undur.

    Pajero Sport baharu ini boleh didapati dengan lima pilihan warna iaitu Deep Bronze Metallic, Titanium Grey Metallic, Sterling Silver Metallic, White Pearl dan Black Mica. Dan turut menampilkan beberapa elemen tambahan termasuk spoiler belakang, kekemasan paip ekzos, serta hiasan pada bahagian atas dan bawah. Harga bagi pasaran Indonesia bermula Rp.446 juta hingga Rp.623 juta (RM135,765 hingga RM190,266).

     
     
  • Adakah enjin GDI/TGDI yang sedang dibangunkan oleh Proton ini boleh menggunakan Euro 2M RON 95?

    Proton-CTO-Abdul-Rashid-Musa-interview-4_BM

    Proton telah pun mengumumkan enjin baharu GDI dan TGDI yang sedang dibangunkan untuk model-model kenderaannya menjelang akhir 2017. Walau pun spesifikasi teknikal enjin ini banyak diperkatakan, apakah jenis bahan api yang boleh digunakan oleh kebuk pembakarannya? Persoalannya di sini, adakah bahan api sedia ada di Malaysia ini boleh digunakan oleh enjin Proton yang akan datang?

    Teknologi suntikan terus bahan api petrol agak sensitif apabila dikaitkan dengan kualiti bahan api. Penggunaan yang berkualiti rendah, bahan api api yang memiliki sulfur yang lebih tinggi akan mencemarkan penukar pemangkin yang lebih canggih yang digunakan pada enjin GDI baharu ini. Di mana enjin tanpa pancitan pembakaran moden sememangnya menghasilkan pencemaran nitrus oksida (NoX) yang lebih tinggi, sekali gus mampu “meracuni” dan adalah tidak berguna.

    Di Malaysia, pengguna mempunyai beberapa jenis petrol yang berlainan iaitu Euro 2M RON 95, Euro 4M RON 97 dan Euro 4M RON 100. Namun majoriti pengguna di Malaysia ini memilih Euro 2M RON 95 yang lebih mampu milik, namun adakah ia mampu memberikan implikasi terhadap enjin baharu Proton? Menurut Ketua Pegawai Teknikal Proton Abdul Rashid Musa, yang ditemubual secara eksklusif oleh paultan.org baru-baru ini memberikan jawapan mengenainya, Euro 2M RON 95 mampu digunakan bagi barisan enjin baharu ini.

    Proton juga telah meneruskan perbincangan dengan rakan pembangunan, Ricardo mengenai keperluan RON bagi enjin ini dalam beberapa pasaran berbeza. Sekiranya enjin GDI/TGDI Proton ini mencukupi syarat Euro 6C, maka ia boleh dieksport ke negara lain mengikut apa yang telah direncanakan.

    Proton-new-engine-tests-1

    Rashid turut menambah, ada sesetengah pasaran yang menggunakan bahan api yang berkualit rendah, namun syarikat ini akan terus menggunakan enjin VVT sedia ada. “Ini sebabnya mengapa kami masih mengekalkan enjin VVT,” katanya. “Malah terdapat sesetengah pasaran di Timur Tengah yang masih menggunakan RON 82.”

    “Ada kepelbagaian dalam pasaran. Negara-negara membangun mungkin tidak mempunyai kualiti bahan api itu, jadi kami tidak mungkin menggunakan teknologi enjin yang tinggi dalam pasaran berkenaan, walau pun juga di Malaysia. Tetapi pada masa ini, enjin kami boleh menggunakan serendah RON 88 dan sehingga RON 105,” katanya.

    Sebagai konklusi, adakah ia perlu dirisaukan? Sudah tentu tidak. selain fakta yang enjin ini mampu menggunakan Euro 2M RON 95, pengeluaran pertama enjin baharu ini hanya dijadualkan masuk ke pasaran pada 2018, manakala Euro 4 RON 95 pula diwartakan untuk dijual di Malaysia mulai Oktober 2018.Jadi, enjin baharu ini sudah pasti tidak menimbulkan sebarang isu buat para pengguna.

     
     
  • “AES untuk menyelamatkan pengguna jalan raya, bukan menghukum” – Datuk Seri Liow Tiong Lai

    AES_Camera

    Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan pihaknya telah menerima pelbagai maklumbalas dari orang ramai berhubung dengan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang akan diperluaskan dan juga Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalanraya (KEJARA) yang bakal diteruskan kelak.

    Selepas mengalu-alukan cadangan dari orang ramai pada bulan lalu, Liow mendakwa menerima banyak maklumbalas positif dari pengguna jalan raya. Kebanyakannya turut mencadangkan lokasi baharu bagi AES, di samping memberikan beberapa saranan untuk menambah baik sistem ini.

    Menurut laporan The Star, Liow turut mengingatkan pengguna agar menghantar idea masing-masing sebelum 31 Mac ini bagi membantu pihak kementerian menambah baik dua sistem penguatkuasaan undang-undang tersebut.

    Sambil menyatakan bahawa pelaksanaan sistem AES dan Kejara bukanlah untuk menghukum pemandu, Liow tetap teguh pada pendekatan serampang dua mata iaitu sistem berkenaan adalah untuk menyelamatkan nyawa mereka. Menurut kajian baru-baru ini oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sembilan daripada 10 pengguna jalan raya berkata bahawa mereka akan mematuhi undang-undang lalu lintas jika kamera berada di satu-satu lokasi.

    MEX-Highway-01

    “Kira-kira 90% daripada pengguna jalan akan mematuhi had kelajuan di laluan yang ada kamera lalu lintas, berbanding hanya 60% di jalan raya tanpa sistem pemantauan. Ia akan menjadi sangat berkesan dalam mengurangkan kemalangan dan kadar kematian jika kamera dipasang di kawasan-kawasan yang sering berlaku kemalangan,” ujar Liow.

    Menteri terbabit turut mendedahkan, pada tahun 2015 sahaja, seramai 6,706 pengguna jalan raya terbunuh dalam 489,606 kes kemalangan yang direkodkan. Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan berbanding 6,674 kematia dicatatkan pada tahun 2014 daripada 476,196 kemalangan jalan raya.

    Sambungnya lagi, “Ini adalah satu hal yang membimbangkan kerana secara purata ia membabitkan sebanyak 18 kematian setiap hari pada tahun 2015, manakala kemalangan jalan raya berlaku bagi setiap minit setiap hari. Kami mahu menjadikan jalan raya lebih selamat untuk semua tetapi penguatkuasaan dan hukuman sahaja tidak berkesan untuk mencapai matlamat ini.Disiplin diri yang membantu untuk menyelamatkan nyawa.”

    Adakah anda percaya sistem AES dan Kejara yang diperluaskan ini mampu membantu mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia? Kongsikan pendapat anda bersama kami.

     
     
  • KTMB tawar diskaun 50% bagi tambang KTM Komuter dari stesen Padang Besar dan Gemas – hingga 29 Feb

    ktm-ets-e1437532629460

    Mulai hari ini sehingga 29 Feb 2016, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun 50% bagi tambang perjalanan KTM Komuter dari Stesen Padang Besar dan Gemas. Ia adalah bagi perjalanan tren pertama dari stesen Padang Besar ke Stesen Butterworth pada pukul 5.45 pagi. Manakala tren pertama dari Stesen Gemas ke Stesen Seremban/KL Sentral pula pada jam 5.05 pagi.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, KTMB berkata, promosi itu adalah untuk perjalanan sehala dan dua hala dari dua stesen berkenaan. Pada 11 September lalu, perkhidmatan tren ulang alik di sektor utara itu mula beroperasi dan menghubungkan 18 buah stesen bermula dari Stesen Kamunting – Butterworth – Padang Besar. Sementara itu, di sektor selatan pula, perkhidmatan tren ulang alik beroperasi 10 Oktober menghubungkan laluan di Stesen Gemas – Seremban – KL Sentral.

     
     
  • Perodua Axia pamer aksi powersliding dalam video Ultra Racing yang dipaparkan di Facebook

    The Power Of Perodua Axia by Ultra Racing

    The Power Of Perodua Axia by Ultra RacingThis is a commercial ads for Ultra Racing, the whole video shooting was done by professional driver within safe compound, please do not attempt to try this on public road.

    Posted by Ultra Racing News / Events on Sunday, January 24, 2016

    Ultra Racing, pengeluar tempatan bagi komponen pengendalian casis, telah menyiarkan video ini menerusi laman Facebook rasmi mereka. Video yang bertajuk “The Power of Perodua Axia by Ultra Racing,” ini adalah bagi mempromosikan pakej “palang keselamatan kenderaan” untuk Perodua Axia, yang anda boleh lihat ia dipandu agak agresif.

    Video ini bermula apabila seorang anak muda menerima mesej dari ibunya yang mengingatkannya supaya balik ke rumah untuk makan malam. Lantas dia bergegas memandu Axia miliknya untuk pulang ke rumah dengan kadar segera.

    Apa yang terjadi seterusnya apabila aksi powerslide ini kian rancak, termasuk mengundur secara mendadak, untuk mempamerkan kelebihan produk dari Ultra Racing ini. Dalam babak akhir, anak muda ini selamat sampai ke rumahnya, diikuti dengan mesej, “walau sesibuk mana pun anda, jangan lupa orang yang tersayang,” diikuti dengan gambar produk dan pengingatan keselamatan.

    Namun, kami tidak pasti adakah anda patut memandu dengan keadaan sebegini biar pun apa jua situasinya. Seperti mana pihak berkuasa sering melaungkan, “biar lambat asal selamat.” Kami rasakan video ini hanya menggambarkan situasi ekstrem apabila produk Ultra Racing ini disifatkan boleh memberi manfaat kepada pemandu untuk membantu mengekalkan kawalan kenderaan. Apa komen anda tentang perkara ini?

     
     
  • Toyota Hilux baharu bakal tiba di Malaysia pada Q2, 2016, diikuti MPV Alphard dan Vellfire pada Q3

    HILUX_Exterior_12_BM

    Menurut Datuk Ismet Suki, Presiden UMW Toyota Motor, Toyota Hilux baharu dijangka bakal tiba di pasaran Malaysia pada suku kedua (Q2) tahun 2016. Mengesahkan laporan kami sebelum ini tentang Hilux baharu yang bakal diperkenalkan di sini dalam tempoh masa berikut, walau pun tidak memberitahu tentang bilakah giliran Fortuner dan Innova baharu.

    Hilux versi terkini ini telah pun diperkenalkan di Australia dan Thailand pada Mei 2015. Pikap ini menawarkan dua pilihan enjin dari keluarga GD turbodiesel iaitu berkapasiti 2.4 liter dan 2.8 liter yang dipadankan dengan kotak gear baharu manual enam-kelajuan dan automatik. Ia juga dibina dengan kerangka baharu bersama seni bina Integrated Rigidity Mechanism (FIRM), sementara bahagian dalaman dan teknologi pula telah banyak dipertingkatkan.

    Tiada sebarang perincian tambahan berkenaan dengan spesifikasi namun pastinya ia memiliki pelbagai pembaharuan. Apa yang pasti kehadiran Hilux baharu ini pastinya memberikan persaingan yang sengit buat model pikap yang baharu yang dilancarkan di Malaysia termasuk Mitsubishi Triton, Ford Ranger dan Nissan NP300 Navara.

    Sementara itu, turut diumumkan ialah Toyota Alphard dan Vellfire juga bakal tiba ke Malaysia pada suku ketiga pada tahun ini.

    GALERY: Toyota Hilux pasaran Australia

    Toyota Alphard JDM

    Toyota Vellfire JDM

     
     
  • Perincian enjin baharu GDI dan TGDI Proton – rekabentuk modular, nisbah lebih mampat, tahan untuk masa hadapan dan penjimatan lebih optimum

    2015-proton-exora-1.3-turbo-prototype-020_BM

    Dalam satu temubual eksklusif Paultan.org bersama Ketua Pegawai Teknikal Proton Abdul Rashid Musa minggu lalu, beliau sempat berkongsi beberapa perincian mengenai keluarga baharu bagi enjin Proton, yang diumumkan baru-baru ini. Di mana ia menggunakan suntikan terus bahan api dan akan ditawarkan dengan varian GDI (pancitan bahan api secara terus) dan TGDI (pancitan bahan api secara terus dengan pengecas turbo).

    Pertama sekali, pembangunan enjin baharu ini didorong dengan kawal selia dan keperluan pasaran, sebagai
    mana yang dikehendaki oleh Proton sendiri untuk menjadi pemain global yang kompetitif – dan dengan pasaran Eropah sekarang yang memerlukan kenderaan baharu menepati piawaian emisi Euro 6 yang ketat, di mana syarikat ini memelrukan enjin baharu (yang direka sebagai memenuhi piawaian Euro 6C berkuatkuasa tahun 2018 ini).

    Rashid berkata, Proton memerlukan perubahan dan penambahbaikan keupayaan untuk menjadi lebih kompetitif. Beliau mengakui bahawa Proton agak terlewat untuk memperkenalkan teknologi pemasaan boleh laras (VVT), yang hanya hadir dalam pasaran ketika Iriz diperkenalkan pada hujung 2014 – tetapi menambah syarikat ini sedang bertungkus lumus untuk menyaingi bagi menjadikan sebagai pemain industri yang lebih kukuh.

    Seperti mana yang didedahkan ketika pengumuman rasmi dilakukan, enjin baharu ini adalah modular dengan kedua-duanya memiliki persamaan rekaan dan komponen yang digunakan. Bagi enjin 1.3 liter dan 1.5 liter GDI dan TGDI merupakan enjin empat-silinder, tetapi memiliki perbezaan lejang; enjin 1.0 liter dan 1.2 liter VVT pula ialah versi tiga-silinder.

    Enjin ini turut menampilkan nisbah yang lebih mampat iaitu 12:1 untuk enjin GDI dan 10.5:1 bagi enjin TGDI – berbanding 10:1 pada enjin VVT Iriz dan 8.9:1 pada enjin 1.6 liter CamPro CFE/Turbo. Ia juga digabungkan dengan sistem penyejukan enjin yang membolehkan kepala silinder dan block pada suhu yang berbeza bagi mengoptimakan penjimatan. Bagi enjin TGDI, pengecas turbo skrol-tunggal digunakan, bersama enjin 1.5 liter TGDI yang lebih berkuasa boleh menghasilkan sehingga 180 hp dan 250 Nm tork.

    Proton-CTO-Abdul-Rashid-Musa-interview-15_BM

    Selain itu, penyuntik bahan api bagi enjin GDI dan TGDi berkeupayaan menyalurkan bahan api pada tekanan 200 bars, berbanding 2-3 bars bagi sistem penyuntikan standard. Teknologi yang digunakan ini adalah baharu bagi enjin GDI berasaskan paten yang diperoleh dari Petronas apabila Proton membeli teknologi ini pada tahun 2012, sesetengahnya berkongsi dengan rakan kongsi pembangunan Ricardo.

    Enjin ini juga direka untuk kegunaan masa hadapan, dengan menampilkan penyah-aktifan silinder (menggunakan collapsible roller finger), operasi hibrid sederhana (menggunakan belt starter-generator), kitaran Miller dan suntikan terus bahan api jenis penyembur turut ditambah.

    Pergerakan enjin kitaran Miller akan diperjelaskan sepenuhnya dalam artikel yang berasingan, tetapi pada dasarnya enjin ini mempunyai injap pengambilan yang dibuka untuk bahagian lejang mampatannya, yang menolak udara/campuran bahan api kembali ke dalam port kemasukan. Ini mengurangkan pemampatan campuran kekal, sekali gus menambah kecekapan.

    Sebaliknya, suntikan terus jenis semburan, yang menggunakan pemegang suntikan pada bahagian atas kebuk pembakaran untuk menyembur bahan api ke bawah berbanding dari arah sisi bertentangan dengan dinding kebuk pada piston jika mengikut sistem tradisional, sekali gus meningkatkan penjimatan bahan api. Menurut Rashid, sasarannya adalah untuk enjin tersebut mampu mencapai penjimatan sekurabg-kurangnya 40%, hampir menyamai sama hibrid yang digunakan pada Toyota Prius dan Hyundai Ioniq.

    Rashid berkata, walau pun Proton bukanlah peneraju di dalam teknologi ini, namun mereka mahu membawakan teknologi ini ke satu tahap yang lebih berbaloi, sama seperti yang pernah dilakukan terhadap aspek keselamatan. “Teknologi ini bukannya murah, tetapi kami mahu menyumbangkan secara lebih signifikan dengan menjadikannya sebagai mampu milik dan berpatutan,” ujarnya.

     
     
  • Harga bahan api Feb 2016: RON 95 turun 10 sen, RON 97 turun 20 sen dan diesel turun 25 sen

    Petronas-Primax-97-Euro-4M-002-BM

    Untuk bulan kedua tahun ini menyaksikan penurunan harga ketiga-tiga jenis bahan api utama untuk kenderaan di Malaysia selepas harga minyak seglobal dilaporkan terus menjunam.

    Bagi Februari 2016 ini, bahan api RON 97 berharga RM2.05 seliter (termasuk GST) iaitu melibatkan penurunan sebanyak 20 sen (harga bagi Januari 2016 ialah RM2.25 seliter). Manakala RON 95 pula turun sebanyak 10 sen iaitu harga bagi bulan Februari ini ialah RM1.75 seliter (berbanding RM1.85 seliter pada Januari 2016) dan diesel pula mengalami penurunan yang paling besar iaitu 25 sen menjadikannya RM1.35 seliter (berbanding RM1.60 seliter pada Januari 2016).

    Ekoran harga bahan api dunia yang tidak menentu, pada 24 Disember lalu, Persatuan Pengusaha Stesen Minyak telah menggesa pihak kerajaan untuk menyemak harga bahan api secara mingguan atas alasan konsep sistem apungan harga terkawal boleh menyebabkan kerugian besar pada mereka.

    Persatuan tersebut memberikan alasan, sistem apungan harga yang dilaksanakan sekarang memberikan kesan terhadap jumlah bekalan bahan api yang dihantarkan kepada mereka.

    Walau bagaimana pun, sehingga kini, masih tiada keputusan dibuat memandangkan sistem apungan harga terkawal perlu dikaji semula dan belum mendapat sebarang maklumbalas daripada barisan kabinet.

     
     
  • Honda BR-V dijual di Thailand – varian lima- dan tujuh-tempat duduk, harga bermula RM86,600

    Honda-BR-V-Thailand-launch-2-_BM

    Selepas muncul di Thailand Motor Expo 2015, Honda BR-V secara rasminya mula dijual di Thailand dengan menawarkan dua varian. Harganya bermula 750,000 baht (RM86,600) untuk varian V, manakala varian SV pula 820,000 baht (RM94,600).

    Di bawah hudnya, kedua-dua varian ini dijanakan oleh enjin 1.5 liter SOHC i-VTEC empat-silinder (sama seperti Jazz dan City) yang mampu menyalurkan kuasa sehingga 117 hp pada 6,000 rpm dan tork 146 Nm pada 4,700 rpm. Enjin ini dipadankan dengan Earth Dreams CVT, yang menyalurkan pacuannya ke roda hadapan.

    Bagi bahagian luarannya, BR-V ditampilkan dengan lampu utama projektor bersama lampu posisi LED, lampu belakang LED berbentuk-C, di mana semua ini adalah standard bagi kedua-dua varian. Lima warna juga ditawarkan iaitu putih, kelabu, hitam, coklat dan perak.

    Pada bahagian kabinnya, BR-V juga menerima rekaan papan pemuka yang sama seperti Jazz dan City, bersama roda stereng balutan kulit seperti model terdahulu City dan Jazz. Di samping itu, ia juga menampilkan operasi tanpa kunci, penghawa dingin automatik dan unit hiburan dengan skrin sesentuh 6.1-inci bersama sambungan iOS, Android, HDMI, USB dan Bluetooth.

    Bagi pasaran Thailand, BR-V akan ditawarkan dengan konfigurasi lima- dan tujuh-tempat duduk, bergantung pada varian yang dipilih. Varian V didatangkan dengan dua barisan tempat duduk yang mampu memuatkan lima penumpang, dengan barisan kedua boleh dipisahkan dengan nisbah 60:40 bagi memberikan ruangan belakang yang lebih luas.

    Honda-BR-V-Thailand-launch-4-_BM

    Jika inginkan lebih tempat duduk, varian SV menampilkan tujuh-tempat duduk dengan tambahan barisan ketiga. Honda berkata, tempat duduk pada barisan ketiga memang sekadar cukup-cukup. Tetapi barisan ketiga itu boleh dipisahkan secara nisbah 50:50 dan boleh dialihkan bagi memaksimumkan ruang kargo. Bagi keselesaan, corong udara penghawa dingin turut diletakkan di barisan kedua.

    Bagi aspek keselamatan, ia dilengkapi dengan bantuan kestabilan kenderaan (VSA), ABS dengan EBD, dua beg udara di bahagian hadapan sebagai standard. Ia juga menawarkan pilihan tambahan bagi kamera pandang belakang.

    Apabila sudah sampai di pasaran Thailand, rasanya sudah tidak lama lagi ia akan tiba ke Malaysia pula. Jadi apa pilihan anda, adakan lima- atau tujuh-tempat duduk? Kongsikan komen adan bersama kami.

     
     
  • Lotus Evora 400 2016 dilancarkan – dari RM598k

    Lotus-Evora-400-launch-1_BM

    Lotus Cars Malaysia telah melancarkan Lotus Evora 400 baharu di bilik pamerannya di Jalan Damansara. Ia merupakan supercar sejati menggabungkan prestasi yang tinggi dengan pengendalian Lotus. Evora 400 baharu ini telah dipertingkatkan untuk bahagian kabinnya serta enjin V6 yang telah ditala semula, menjadikan jentera ini lebih tinggi dan lebih berdinamik berbanding model Evora yang terdahulu

    Kini dengan kuasa 400 hp, Evora baharu ini dipadankanenjin Toyota 3.5 liter bersama Edelbrock supercharger yang membolehkannya turut memberikan tork setinggi 410 Nm. Ia juga menampilkan driver-activated catalytic convertor lencongan dari ekzos ke sistem aliran bebas. Ia turut membolehkan Evora 400 baharu ini dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 4.2 saat dan nisbah kuasa menerusi beratnya dicatatkan pada 290 PS/1000 kg. Malah terdapat perubahan pada Evora ini termasuk rekaan semula pada bahagian hadapan dan belakang serta spoiler yang memberikan berat sebanyak 32 kg pada downforce ketika dalam kelajuan 165 km/j.

    Lotus Evora 400 launch-1

    Penambah baikan pada bahagian dalamannya turut memberikan lebih keselesaan dan gaya yang lebih mewah berbanding model sebelumnya. In termasuklah dengan tiga pilihan kekemasan iaitu standard, kulit dan Alcantara, turut ditawarkan. Malah bahagian ambang kokpit juga direka semula memberikan ia lebih sempit dan sama kedudukan dengan tempat duduk. Perubahan ini dilakukan selepas menerima banyak komen tentang model sebelum ini yang ambang kokpit yang lebih tinggi dan tempat duduk pula lebih rendah menyebabkan proses untuk masuk ke dalam perut Evora agak menyulitkan.

    Lotus Cars Malaysia juga akan membawa masuk beberapa pilihan model, kedua-duanya bagi transmisi manual dan automatik. Pilihan Base hadir dengan warna signatur iaitu metalik, kawalan kelajuan serta kaliper brek berwarna kuning atau hitam. Manakala Option One pula didatangkan sama seperti Base tetapi ada pertambahan elemen termasuk pek kekemasan kulit atau alcantara dan pek hitam, dengan bumbung, ambang dan perumah cermin dari warna yang sama. Manakala Option Two pula menerima elemen tambahan seperti rim 10-jejari hitam berkilat bersaiz 19-inci (hadapan) dan 20-inci (belakang).

    Harga bagi Lotus Evora baharu ini seperti berikut :-

    Transmisi manual

    • Base – RM597,999
    • Option One – RM624,999
    • Option Two – RM640,999

    Transmisi automatik

    • Base – RM610,999
    • Option One – RM637,999
    • Option Two – RM653,999
     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.47 (0.00)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.20
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.15 (0.00)
EURO 5 B7 RM2.35 (0.00)
Last Updated Apr 25, 2024