Auto Car Expo atau secara ringkasnya disebut ACE 2021 telah pun membuka tirainya hari ini bertempat di Setia City Convention Centre, Setia Alam, Selangor. Acara ini dianjurkan oleh Driven Communications, yang juga merupakan pengendali bagi Paultan.org, dengan kerjasama Carsome.
Berlangsung selama dua hari dari jam 10 pagi hingga 7 malam, sebanyak 12 jenama kereta mengambil bahagian dalam ACE 2021 yang julung kali diadakan ini. Jenama yang terlibat ialah Ford, Toyota, Honda, Hyundai, Mazda, Nissan, Mitsubishi, Proton dan Volkswagen. Bagi jenama premium, terdapat Lexus, BMW dan MINI. Anda juga berpeluang untuk melihat kereta lumba MSF Racing waktu acara ini!
Sama seperti pameran jualan Premium Auto Car Expo (PACE) anjuran paultan.org sebelum ini, yang telah berjaya menjual ratusan kenderaan pada tahun 2018 dan 2019, pengunjung akan berpeluang untuk memandu uji model kenderaan yang mereka inginkan. Selain model baharu, turut akan dipamerkan dan dijual ialah model terpakai dengan tawaran menarik.
Menariknya, bagi 200 orang pertama yang membuat tempahan untuk membeli kereta baharu di ACE 2021, anda bakal menerima baucar bernilai RM2,550, khas dari Paultan.org. Bukan itu sahaja, pelbagai tawaran menarik juga turut disediakan oleh jenama kereta yang terlibat.
Untuk pengunjung yang bakal ke ACE 2021, memandangkan kita masih dalam tempoh pandemik, kami akan mengambil semua langkah berjaga-jaga yang dirasakan perlu untuk memastikan keselamatan semua. Pengunjung diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang masa dan bacaan suhu badan akan diambil serta dipastikan berada di bawah 37.4ºC sebelum masuk. Anda juga perlu mengimbas kod QR dan mendaftar melalui aplikasi MySejahtera bagi tujuan memudahkan pengesanan kontak sekiranya perlu.
Sebagai usaha tambahan, semua individu wakil penjual yang ada untuk acara ini akan memakai pelindung muka selain pelitup muka biasa. Semua permukaan sentuhan yang utama, termasuk pada kenderaan yang dipamer serta pandu uji, akan disanitasi secara kerap. Kami akan menyediakan cecair sanitasi tangan di lokasi, dan menggalakkan semua pengunjung untuk membawa cecair mereka sendiri dan juga basuh tangan dengan kerap.
Kami juga akan mengenakan had hanya seramai 1,200 orang di dalam dewan pameran dalam satu-satu masa. Kami mengambil keputusan untuk mengurangkan lagi jumlah berkenaan — berbanding 1,700 orang yang dibenarkan oleh SCCC berpandu kepada 50% orang sebagai pematuhan SOP semasa yang ditetapkan kerajaan — bagi memastikan keselamatan semua. Sebaik memasuki dewan pameran, pengunjung diwajibkan mematuhi panduan jarak sosial selamat. Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dan warga emas berusia 60 tahun tidak akan dibenarkan masuk.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ACE 2021, sila KLIK PAUTAN INI.
Anda juga boleh membaca promosi yang disediakan menerusi pautan di bawah:
- ACE 2021 paultan.org — Lexus ikut serta, baucar kini menjadi RM2,450 termasuk RM650 untuk interior kulit
- ACE 2021: Proton beri pakej selenggara percuma, rebat hingga RM7k dan baucar RM2,450 daripada kami!
- ACE 2021: Mazda tawarkan subsidi insurans sebanyak RM1,000 atau dash cam percuma bernilai RM1,350!
- ACE 2021: BMW beri rebat hingga RM10,888, kadar faedah 1.88% dan jaminan bateri PHEV lapan-tahun
- ACE 2021: Nissan Navara 2021 akan dipamer; tempah dan nikmati baucar RM2,450 tambahan daripada kami!
- ACE 2021: Beli kereta Hyundai dapat kerusi Ogawa bernilai RM12k percuma, Kona facelift akan dipamer!
- ACE 2021: Rebat hingga RM5k untuk kereta Honda, serta baucar RM2,450 tambahan daripada kami!
- ACE 2021: Beli Volkswagen dengan rebat sehingga RM5,500, ditambah dengan baucar bernilai RM2,550
- ACE 2021: Miliki Lexus UX dari RM1,938 sebulan dengan pelan Next Step, tambahan baucar RM2,550
- ACE 2021: Beli Ford Ranger dan nikmati jaminan lima-tahun serta baucar bernilai RM2,550 daripada kami!
- ACE 2021: Penjimatan sehingga RM11,500 untuk Mitsubishi Outlander – baucar tambahan RM2,550
- ACE 2021: Toyota sertai 12 jenama lain, baucar bernilai RM2,550, termasuk pulangan balik Shopee RM100
- ACE 2021: Beli MINI dan sertai cabutan bertuah untuk memenangi rebat RM10,888, kadar faedah menarik
- ACE 2021: Jimat lebih RM6,000 jika beli Honda BR-V, serta nikmati baucar tambahan RM2,550 daripada kami
- ACE 2021: Jimat hingga RM7.7k untuk Toyota Vios dan Yaris, baucar tambahan RM2,550 daripada kami
- ACE 2021: Kereta terpakai Anshin daripada Mazda bermula serendah RM68,300, keadaan seperti baru
- ACE 2021: Rebat hingga RM7,000 untuk model Proton, selenggara percuma setahun dan baucar RM2,550
- ACE 2021: Nissan Almera dapat aksesori percuma bernilai RM5.5k — ansuran bulanan cuma RM540
- ACE 2021: Mitsubishi Triton Athlete terbaru dipamer — buat tempahan dan nikmati baucar bernilai RM2,550
- ACE 2021: Volkswagen Tiguan Allspace dengan rebat RM4.5k, termasuk baucar RM2,550 daripada kami
- ACE 2021: Penjimatan sehingga RM3,585 bila anda membeli Toyota Hilux, tambahan baucar RM2,550
- ACE 2021: Jimat sehingga RM8,000, baucar minyak RM1000 untuk Ford Ranger, baucar tambahan RM2,550
- ACE 2021: Beli kereta BMW atau MINI dan berpeluang menang rebat RM10,888, baucar RM2,550 dari kami
- ACE 2021 – tempah atas talian dan nikmati tawaran yang sama, berserta baucar bernilai RM2,550
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.