Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • Mazda CX-30 2023 dilancarkan di Malaysia – CKD, empat varian enjin 2.0L petrol; RM128k-RM156k

    Mazda CX-30 2023 dilancarkan di Malaysia – CKD, empat varian enjin 2.0L petrol; RM128k-RM156k

    Hari ini, Bermaz selaku pengedar rasmi jenama Mazda di Malaysia telah pun melancarkan unit pemasangan tempatan (CKD) bagi SUV CX-30 2023. Ia menjadi model ketiga Mazda yang dipasang di Malaysia selepas CX-5 dan CX-8 yang diproduksi di kilang Inokom, Kulim, Kedah. CX-30 2023 CKD ini telah pun mula dibuka tempahan sejak 16 Februari lalu.

    Menawarkan empat varian yang bermula dengan model asas 2.0L 2WD yang ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans RM128,109, 2.0L 2WD High pula berharga RM136,109, 2.0L 2WD High+ berharga RM146,109 dan 2.0L 2WD High+ Premium berharga RM156,109.

    Jika dilihat daripada tanda harganya, ia adalah jauh lebih rendah berbanding unit yang diimport sepenuhnya (CBU) sebelum ini. Salah satu penyebab penurunan harganya ialah model CKD yang dilengkapi bumbung suria hanya ditawarkan untuk varian tertinggi sahaja, sebaliknya ia diberikan secara standard untuk beberapa varian bagi model CBU.

    Mazda CX-30 2023 dilancarkan di Malaysia – CKD, empat varian enjin 2.0L petrol; RM128k-RM156k

    Bagi versi CKD ini, CX-30 2023 hanya ditawarkan dengan enjin petrol sahaja, tidak diberikan pilihan penjana kuasa diesel seperti yang ada pada versi CBU. Bukan itu sahaja, versi CKD juga tidak ditawarkan dengan Ignite Edition dan juga varian AWD.

    Untuk penjana kuasanya, ia diberikan enjin 2.0 liter SkyActiv-G dengan hamburan kuasa 162 PS pada takat 6,000 rpm dan tork maksima 213 Nm pada takat 4,000 rpm, yang dipadankan dengan kotak gear automatik enam-kelajuan SkyActive-Drive dengan mod manual yang memacu roda hadapan. Ia mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 196 km/j. SUV ini juga mempunyai tangki minyak berkapasiti 51 liter, dengan anggaran penggunaan sekitar 6.4 liter per 100 km.

    Berbanding CX-5 yang tampil sebagai SUV sebenar, CX-30 lebih kepada compact crossover bagi Mazda 3 hatchback dengan tayar lebih besar dan suspensi lebih tinggi. Ia mempunyai ukuran dimensi 4,395 mm panjang, 1,795 mm lebar, 1,540 mm tinggi dan jarak antara roda 2,655 mm.

    Mazda CX-30 2023 dilancarkan di Malaysia – CKD, empat varian enjin 2.0L petrol; RM128k-RM156k

    Untuk memudahkan anda bayangkan saiznya, dimensi bagi CX-3 adalah 4,275 mm panjang, 1,765 mm lebar, 1,535 mm tinggi, bersama jarak roda 2,570 mm, manakala CX-5 pula adalah 4,550 mm panjang, 1,840 mm lebar, 1,675 mm tinggi bersama jarak roda 2,700 mm.

    Bagi imej luarannya pula, tidak ada berbeza dengan model CBU. Ia masih mengekalkan bahasa rekaan Kodo. Namun untuk barisan CX-30 CKD ini, varian asas diberikan lampu utama LED automatik dan lampu nyalaan siang (DRL) jenis mentol. Tiga varian tertinggi pula menerima lampu utama LED automatik dengan pencahayaan signitur bersama lampu nyalaan siang (DRL) LED. Kesemua varian juga menerima pengilap cermin hadapan automatik dengan pengesan hujan.

    Manakala model asas 2.0L dipadankan dengan rim aloi 16-inci dengan tayar 215/65/R16, manakala tiga varian tertinggi lain diberikan rim aloi 18-inci dengan tayar 215/55/R18.

    Ciri lain yang turut diberikan untuk semua varian termasuklah cermin sisi berkuasa bersama lampu isyarat membelok dan spoiler belakang. Walau bagaimana pun, hanya varian tertinggi sahaja yang diberikan bumbung suria, tidak seperti barisan CBU yang menerima ciri ini untuk semua variannya. Tiga varian tertinggi juga menerima ciri tambahan termasuk pintu tailgate berkuasa serta sensor parkir hadapan dan belakang.

    Menjengah bahagian kabinnya, ia juga tidak jauh bezanya dengan versi CBU. Antara ciri yang diberikan untuk kesemua varian ialah sistem kunci pintar bersama butang penghidup enjin, brek parkir elektronik, roda stereng balutan kulit dengan suis kawalan, fungsi bebas tangan Bluetooth, kawalan kelajuan, dan kluster instrumen pelbagai-info LCD berwarna tujuh-inci.

    Selain itu, ciri standard lain termasuk suis pemilih mod pemanduan, tombol gear balutan kulit, punca kuasa 12-voltan dan pencahayaan dalaman. Varian asas hanya diberikan kawalan manual untuk pendingin hawa dan tempat duduk hadapan serta tempat duduk balutan fabrik.

    Mazda CX-30 2023 dilancarkan di Malaysia – CKD, empat varian enjin 2.0L petrol; RM128k-RM156k

    Manakala tiga varian teratas menerima sistem kawalan suhu automatik dua-zon lengkap dengan corong dan kawalan berasingan di belakang, tempat duduk pemandu larasan berkuasa 10-hala dengan memori dan upholsteri kulit hitam.

    Bagi sistem hiburan, kesemua varian diberikan sistem infotainmen Mazda Connect dengan skrin 8.8-inci, fungsi kawalan menggunakan suara, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, Bluetooth serta boleh dikawal dengan suis Commander Control. Bunyi dari sistem tersebut disalurkan kepada lapan pembesar suara, dan skrin utama turut memaparkan imej dari kamera undur lengkap dengan garisan panduan. Untuk varian tertinggi pula diberikan kamera pemantau pandangan 360 darjah.

    Bagi aspek keselamatan, CX-30 ini dilengkapi dengan tujuh beg udara (hadapan, sisi, tirai dan lutut pemandu), brek dengan sistem ABS, EBD dan BA, kawalan kestabilan elektronik, kawalan cengkaman, bantuan mula mendaki, isyarat berhenti kecemasan, brek parkir elektronik dengan auto hold dan kunci pintu automatik dan amaran pemakaian tali pinggang keledar untuk setiap tempat duduk dan cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX. Kesemua ciri tersebut adalah standard untuk kesemua varian.

    Walau bagaimana pun, varian 2.0L High dan High+ diberikan Lampu Hadapan Adaptif sebagai ciri keselamatan tambahan. Dua varian tertinggi CX-30 ini turut diberikan Pemantau Titik Buta, Amaran Lintasan Trafik Belakang, Amaran Perhatian Pemandu, Brek Kecemasan Autonomous (AEB), Sistem Amaran Ketibaan Lorong, Sistem Bantuan Kekal Lorong, Sokongan Brek Pintar dan Kawalan Kelajuan Adaptif Radar Mazda (MRCC).

    Varian 2.0L High+ juga diberikan Kawalan Lampu Tinggi, manakala High+ Premium menerima ciri tambahan Lampu Hadapan LED Adaptif, Sokongan Trafik dan kelajuan serta Amaran Lintasan Trafik Hadapan.

    Barisan Mazda CX-30 ini ditawarkan dengan tujuh pilihan warna iaitu Soul Red Crystal, Machine Gray, Snowflake White Pearl, Deep Crystal Blue, Polymetal Gray, Platinum Quartz, dan Jet Black. Setiap pembelian akan dilindungi dengan waranti pengeluar selama lima-tahun/100,000 km dan juga pakej penyelenggaraan percuma selama lima-tahun/100,000 km.

     
     
  • Tesla mahu melabur di sini kerana Malaysia pengeluar ke-7 terbesar dunia dalam sektor elektrik & elektronik

    Tesla mahu melabur di sini kerana Malaysia pengeluar  ke-7 terbesar dunia dalam sektor elektrik & elektronik

    Awal bulan ini Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sudah pun mengesahkan bahawa jenama EV ikonik dari Amerika Syarikat, Tesla akan beroperasi secara rasmi di Malaysia.

    Menurut Zafrul dalam laporan Bernama, Tesla bersetuju untuk bertapak di sini didorong oleh faktor Malaysia yang mempunyai ekosistem kukuh dalam menyokong pembuatan kenderaan elektrik (EV) kerana kita merupakan pengeluar ketujuh terbesar dunia dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) selain semikonduktor yang merupakan komponen penting dalam mana-mana pembuatan EV.

    “Bila bercakap mengenai pembuatan EV, syarikat seperti Tesla akan melabur di sini kerana kita memiliki ekosistem dalam E&E. Faktor paling menarik mengenai Malaysia adalah, apabila anda melihat ekosistem untuk E&E, ia boleh menyokong industri EV,” kata Zafrul pada sidang media selepasn majlis pelancaran Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) 2024 di Johor Port Bhd Isnin lalu

    Tesla mahu melabur di sini kerana Malaysia pengeluar  ke-7 terbesar dunia dalam sektor elektrik & elektronik

    “Contohnya Tesla mengatakan bahawa sebahagian yang agak besar daripada rantaian bekalan mereka adalah dari Malaysia, jadi mengapa tidak mereka berpindah ke sini,” tambahnya lagi.

    Sebelum ini Tengku Zafrul dilaporkan berkata bahawa Tesla akan membuka pejabatnya di sini bersama dengan pusat jualan dan pusat servis serta mewujudkan rangkaian pengecas Supercharger di Malaysia.

    Menurutnya lagi kemasukan Tesla ke Malaysia telah dipermudahkan oleh MITI melalui pengenalan inisiatif ‘BEV Global Leaders’ bagi tujuan membantu meningkatkan permintaan BEV dalam pasaran tempatan dan menggalakkan pembangunan keseluruhan ekosistem untuk menyokong penggunaan BEV.

    Di samping itu, inisiatif ini bertujuan untuk mendapatkan pelaburan daripada syarikat pengeluar BEV global terkemuka di Malaysia. Tesla merupakan pemohon pertama inisiatif yang ditawarkan oleh MITI.

     
     
  • Denza N7 – fastback crossover akan ditawarkan dalam versi PHEV dan BEV, 0-100 km/j dalam tiga saat

    Denza N7 – fastback crossover akan ditawarkan dalam versi PHEV dan BEV, 0-100 km/j dalam tiga saat

    Syarikat kerjasama antara BYD dan Mercedes-Benz, iaitu Denza telah mendedahkan gambar awal untuk model terbaru mereka, N7, yang merupakan sebuah fastback crossover dengan rekaan menyamai model konsep Inception yang ditunjuk tahun lepas.

    Setakat ini hanya bahagian luar yang ditunjuk, dan seperti Inception, bentuknya juga seakan mengingatkan kepada Ford Mustang Mach-E dengan persamaan pada bahagian lengkuk roda serta belakangnya.

    Melihat kepada gambar ini juga, kita dapat menjangka N7 akan datang dengan sensor Lidar yang terdapat pada bampar hadapan, sementara apabila melihat tembus ke dalam, terdapat seakan sensor pengenalan muka di bahagian A-pillar. Papan pemuka juga dilihat mempunyai skrin di bahagian tengah.

    Spesifikasi lengkap masih belum didedahkan, tetapi Car News China meletakkan jangkaan N7 bakal menggunakan dimensi hampir sama seperti Inception, dengan ukuran 4.9 meter panjang dan jarak roda 2.9 meter.

    Mengikut laporan Car News China lagi, Denza N7 akan ditawarkan dalam versi plug-in hybrid serta juga elektrik penuh (BEV), dengan model paling berkuasa mampu melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa tiga saat.

    MPV mewah yang dikeluarkan oleh Denza, iaitu D9, juga ada ditawarkan dalam versi PHEV dan BEV. Jika melihat kepada versi BEV, ia menggunakan pek bateri BYD Blade (kapasiti tidak diberitahu) yang boleh dicas sehingga kadar 166 kW dan menawarkan jarak gerak sehingga 600 km.

    Untuk D9 versi PHEV, ia mendapat padanan enjin petrol 1.5 liter turbo dengan motor elektrik dan bateri yang kapasiti serta jumlah kuasanya lebih kecil. D9 PHEV dikatakan boleh memberi jarak gerak EV sehingga 190 km sementara jarak gerak keseluruhan boleh mencecah 1,040 km.

    Menurut laporan CNEV Post, pengurus kanan bahagian jualan Denza, Zhao Changjiang memberitahu bahawa Denza N7 akan mula dijual di China pada suku kedua tahun ini dengan harga sasaran sekitar 400,000 yuan (RM258,007). Sebagai perbandingan, D9 dijual pada harga bermula 390,000 yuan (RM254).

     
     
  • Foto Proton Saga milik “polis” halang lalu lintas di Ipoh tular – polis cari pemilik gambar dan kereta

    Foto Proton Saga milik “polis” halang lalu lintas di Ipoh tular – polis cari pemilik gambar dan kereta

    Semalam tular gambar sebuah Proton Saga berwarna hitam diparkir sesuka hati pada sebatang jalan yang menyebabkan kesesakan jalan raya. Malah pemilik Saga berkenaan turut meletakkan ves keselamatan bertulis “polis” di atas papan pemuka seolah-olah lesen besar untuknya meletakkan kenderaan di situ.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini, kejadian berkenaan disyaki berlaku di Persiaran Brash, Ipoh, Perak berhampiran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Padang Polo).

    “Kini, pihak polis sedang mengesan individu yang merakam gambar tersebut untuk membantu mengenal pasti pemilik terbabit. Dengan ini, pihak polis ingin menyeru kepada individu yang merakam gambar tersebut pada masa kejadian supaya berhubung dengan DSP Koo Boon Kuat, ketua bahagian siasatab dan penguatkuasaan trafik IPD Ipoh di talian 016-4173222 untuk membantu siasatan lanjut pihak polis,” kata ACP Yahaya Bin Hassan, Ketua Polis Daerah Ipoh dalam kenyataan yang dikeluarkan.

    Yahaya turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kandungan hantaran di media sosial tersebut sehngga menjejaskan siasatan serta reputasi PDRM.

     
     
  • Pusat 3S Ford di Penampang kini mula beroperasi – merupakan cawangan kedua di Kota Kinabalu

    Pusat 3S Ford di Penampang kini mula beroperasi – merupakan cawangan kedua di Kota Kinabalu

    Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar eksklusif Ford di Malaysia, telah mengumumkan pembukaan pusat pengedar terbaharunya, Ford Kota Kinabalu (Penampang). Dikendalikan oleh wakil pengedarnya, Rightpower Corporation Sdn Bhd, pusat 3S Ford terbaharu ini yang terletak di tengah-tengah bandar Penampang, merupakan kemudahan Ford kedua di Kota Kinabalu, Sabah, dan yang kelapan di Malaysia Timur.

    Ia dibuka dengan objektif untuk berkhidmat kepada pelanggan di salah satu daripada pusat bandar utama Kota Kinabalu, sambil menyokong pusat yang sedia ada di Inanam. Dengan pelaburan RM1 juta untuk kerja pengubahsuaian, Pusat 3S Ford baharu ini bakal memenuhi keperluan lengkap pelanggan, menawarkan khidmat jualan dan juga lepas jualan.

    Pusat 3S ini meliputi kawasan seluas 12,000 kaki persegi, yang terdiri daripada bilik pameran seluas 4,300 kaki persegi dan pusat servis seluas 4,500 kaki persegi. Kemudahan ini memuatkan empat ruang servis dengan tenaga sepasukan 16 kakitangan yang terdiri daripada juruteknik bertauliah Ford dan juga kakitangan servis.

    Pusat 3S Ford di Penampang kini mula beroperasi – merupakan cawangan kedua di Kota Kinabalu

    Turse Zuhair, Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion-Ford berkata, “Sabah merupakan pasaran yang sangat menarik dengan tahap permintaan tinggi bagi Ford Ranger generasi baharu. Dalam usaha berterusan mengukuhkan operasi kami di Kota Kinabalu, sukacita kami memperkenalkan Rightpower Corporation sebagai pengedar kedua kami dengan matlamat menambah bilangan pelanggan di daerah Penampang.”

    Tambah beliau, “Pusat pengedar baharu ini membolehkan pelanggan menikmati pengalaman Ford
    yang tersendiri dan kami akan menyediakan perkhidmatan bermutu tinggi menerusi kemudahan ini.”

    Ford Kota Kinabalu (Penampang) ini terletak di Jalan Penampang Baru, Penampang, Kota Kinabalu, Sabah. Ia beroperasi dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang pada hari Isnin hingga Sabtu dan dari jam 9 pagi hingga 3 petang pada hari Ahad. Menurut SDAC, ini merupakan kemudahan yang ke-37 kendaliannya di seluruh negara.

     
     
  • Honda CR-V 2023 akan dilancarkan di Thailand pada 22 Mac ini; hibrid 2.0L RS e:HEV dan 1.5 VTEC Turbo

    Honda CR-V 2023 akan dilancarkan di Thailand pada 22 Mac ini; hibrid 2.0L RS e:HEV dan 1.5 VTEC Turbo

    Honda Thailand telah mengumumkan bahawa SUV segmen-C Honda CR-V generasi keenam bakal dilancarkan di pasaran berkenaan pada 22 Mac ini ketika berlangsungnya Bangkok International Motorshow (BIMS) 2023.

    Pengumuman yang dibuat tersebut turut disertakan dengan imej dan juga beberapa perincian awalan model berkenaan. Bagi pasaran Thailand, Honda mengesahkan bahawa CR-V akan ditawarkan dalam versi hibrid e:HEV dengan enjin 2.0 liter dan juga varian petrol penuh dengan enjin 1.5 liter VTEC Turbo.

    Tiada angka kuasa prestasi diumumkan, namun ketika model generasi baharu ini membuat penampilan sulung globalnya di Amerika Syarikat pada Julai lalu, ia turut ditawarkan dengan dua unit rangkaian kuasa yang sama. Bagi model 1.5 liter VTEC turbo, enjin berkenaan berupaya menghasilkan kuasa 193 PS pada takat 6,000 rpm dan juga tork maksima 243 Nm bermula 1,700 rpm hingga 5,000 rpm, digandingkan dengan kotak gear CVT.

    Manakala untuk model hibrid, ia menggunakan unit rangkaian kuasa hibrid terkini dan paling berkuasa ditawarkan Honda iaitu sistem e:HEV dengan enjin 2.0 liter. Sistem berkenaan menggandingkan enjin petrol kitaran Atkinson 2.0 liter yang kebanyakkan masanya hanya berfungsi sebagai generator untuk bateri lithium-ion, dan digandingkan dengan dua motor elektrik di mana salah satunya memacu terus roda hadapan dengan bekalan kuasa 207 PS dan tork maksima 335 Nm.

    Honda CR-V 2023 akan dilancarkan di Thailand pada 22 Mac ini; hibrid 2.0L RS e:HEV dan 1.5 VTEC Turbo

    Menerusi imej yang didedahkan, model yang dijana oleh sistem hibrid e:HEV nampaknya akan menjadi varian paling mahal untuk CR-V 2023 pasaran Thailand ini, hadir dalam kemasan RS yang sporty. Ia dilihat menerima bampar yang berbeza dengan model pasaran AS, panel-panel pelindung plastik dalam kemasan warna badan, rim aloi lebih besar serta lebih banyak kemasan-kemasan hitam berkilat.

    Manakala model dengan enjin 1.5L VTEC Turbo pula akan hadir sebagai varian lebih rendah, tampil dengan rim aloi kemasan perak berdiameter lebih kecil, serta panel-panel pelindung badan hitam yang tidak disembur cat.

    Menurut Honda Thailand lagi, CR-V 2023 ini akan menampilkan perincian lebih maju dari model generasi sedia ada, dengan rekaan luaran dan dalaman lebih sporty serta lebih premium, dan juga turut dilengkapkan dengan sistem bantuan pemanduan termaju Honda Sensing.

    Pelancaran Honda CR-V 2023 ini telah dijangka akan dibuat di Thailand pada tahun ini kerana unit prototaip ujiannya sudah dilihat di atas jalan raya awam negara berkenaan pada September tahun lalu. Apa yang menarik, minggu lalu Honda Malaysia juga sudah dilihat menguji unit prototaip CR-V generasi baharu ini di Putrajaya – mungkin ia juga akan dilancarkan di sini tidak lama lagi?

    GALERI: Honda CR-V 2023 pasaran Amerika Syarikat

     
     
  • Kawasaki ZX-4R masuk pasaran Thailand Mac ini?

    Kawasaki ZX-4R masuk pasaran Thailand Mac ini?

    Selepas didedahkan untuk pasaran Amerika Syarikat, motosikal sport berenjin 399 cc empat silinder terbaru dari Kawasaki iaitu ZX-4R nampaknya akan tiba juga di ASEAN. Thailand mungkin menjadi yang pertama apabila satu teaser untuk Bangkok International Motor Show 2023 seakan menampakkan bayang motosikal ini bersama dua lagi model baru.

    Tidak seperti Malaysia yang mempunyai kekosongan di antara model 250 cc dan 650 cc, Kawasaki di Thailand memang ada memasarkan model 400 termasuk untuk Ninja dan juga Z. Jadi, ketibaan ZX-4R memang boleh dijangka dan media dari Thailand juga melaporkan perkara yang sama.

    ZX-4R menarik kerana ia dilengkapi dengan enjin empat silinder 399 cc OHC serba baru yang mampu menghasilkan sehingga 77 PS dalam keadaan biasa. Enjin ini juga boleh dikerah sehingga 15,000 rpm, dan apabila salur udara Ram-air padanya cukup padat, ia dapat memberikan kuasa maksimum sehingga 80 PS.

    Transmisi enam kelajuan dengan klac jenis assist & slipper dipadankan bersama enjin ini, dan menjadikan ia lebih mudah bagi pengguna, versi SE dan RR datang terus dengan quickshifter yang boleh digunakan untuk naik dan turun gear.

    Walaupun cuma merupakan motosikal kelas pertengahan, ZX-4R datang dengan spesifikasi tinggi, termasuk bahagian elektronik yang menyediakan empat mod tunggangan, dua mod kuasa, tiga mod sistem kawalan cengkaman KTRC, serta meter TFT 4.3 inci dengan mod paparan Circuit.

    Motosikal yang berada di bahagian paling kanan agak jelas adalah Versys, dengan mungkin adalah versi 650 yang baru, sementara model yang berada di tengah menimbulkan tanda tanya, sama ada Z650RS ataupun Eliminator 250/400 baru.

     
     
  • “Menang” Raya myTukar — diskaun sehingga RM27k kereta Certified*; hadiah bernilai RM100k menanti!

    “Menang” Raya myTukar — diskaun sehingga RM27k kereta Certified*; hadiah bernilai RM100k menanti!

    Sambutan Hari Raya akan tiba tak lama lagi, dan jika anda sedang mencari kenderaan tambahan untuk kegunaan balik kampung, myTukar ada menyediakan pelbagai pilihan untuk dipertimbangkan. Dengan myTukar Certified, anda tidak perlu risau kerana kualiti kenderaan yang dibeli terjamin. Selain itu, ada banyak tawaran dan ganjaran yang turut menanti anda.

    Dari 1 Mac hingga 19 Mei tahun ini, nikmati potongan harga sehingga RM27,000* ketika anda membeli kereta myTukar Certified, dengan 300 pelanggan terawal akan diberi ganjaran kad petrol bernilai RM100. Setiap pembelian juga melayakkan anda ikut serta dalam cabutan bertuah, yang mana lima pelanggan berpeluang memenangi perjalanan enam hari empat malam ke Seoul, Korea Selatan dengan semua perbelanjaan ditanggung untuk dua orang, bernilai RM11,600. Selain itu, ada 11 buah TV Android Philips saiz 43-inci bernilai RM1,799 setiap satu untuk dimenangi.

    Membeli kenderaan myTukar Certified juga ada kelebihan lain selain daripada tawaran, iaitu keyakinan terhadap kenderaan yang dibeli itu. Sebelum dijual, setiap kenderaan myTukar Certified telah melalui pemeriksaan ketat 160-poin, meliputi aspek seperti enjin, stereng, brek, suspensi, transmisi dan klac.

    Ini bagi memastikan anda menerima kenderaan yang bebas masalah dan tidak pernah terlibat dalam kemalangan besar, menunjukkan tanda-tanda pernah terendam dalam banjir dan meter jaraknya tidak pernah diusik. Kenderaan yang melepasi pemeriksaan ini juga kemudiannya dinilai aspek luaran dan dalamannya, serta melalui ujian diagnostik untuk memastikan tidak ada sebarang masalah. Selebihnya, anda turut diberikan jaminan setahun untuk enjin dan kotak gear, serta jaminan pulangan wang dalam lima-hari.

    “Menang” Raya myTukar — diskaun sehingga RM27k kereta Certified*; hadiah bernilai RM100k menanti!

    Sekiranya anda ingin menilai dan menjaga kenderaan anda, berkunjunglah ke Pusat Servis myTukar untuk pemeriksaan dan manfaatkan promosi serta tawaran yang ada dari 1 Mac hingga 30 April 2023, termasuk diskaun 50% untuk pakej jajaran dan imbangan tayar, serta diskaun 30% untuk cat semula badan kenderaan. Servis cat semula ini menarik jika anda ingin memberikan penampilan baru untuk kereta, dan itu disertakan sekali dengan servis coating untuk lampu utama dan cat semula rim bernilai RM800.

    Dengan semua kelebihan ini, sambut Hari Raya dengan penuh makna dengan promosi myTukar dari 1 Mac hingga 19 Mei 2023. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari laman rasmi myTukar dan nikmati promosi di semua cawangan myTukar di seluruh Malaysia:

      Kawasan tengah

    • myTukar Retail Experience Centre dan pusat servis – Puchong South
    • myTukar Retail Experience Centre – Glenmarie
    • myTukar Retail Experience Centre – Midvalley
    • myTukar Retail Experience Centre – One Utama
    • myTukar Body & Paint Centre – USJ
    • Kawasan Selatan

    • myTukar Retail Experience Centre dan Pusat Servis – Seremban
    • myTukar Retail Experience Centre and Pusat Servis – Skudai
    • myTukar Retail Experience Centre and Pusat Servis – Plentong
    • myTukar Retail Experience Centre – Melaka
    • myTukar Body & Paint Centre – Ulu Tiram
    • Kawasan Utara

    • myTukar Retail Experience Centre – Juru Autocity
    • myTukar Retail Experience Centre – Ipoh

    *Sah untuk model terpilih.

     
     
  • Projek EKVE capai kemajuan 91%; dijangka bakal dibuka secara berperingkat tahun 2024 – Menteri KKR

    Projek EKVE capai kemajuan 91%;  dijangka bakal dibuka secara berperingkat tahun 2024 – Menteri KKR

    Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengesahkan projek pembinaan Leburaya East Klang Valley Expressway (EKVE) dijangka siap dan bakal dibuka secara berperingkat mulai tahun depan. Katanya, sehingga kini projek pembinaan berkenaan telah mencapai kemajuan 91% dan pernah terhenti seketika pembinaannya akibat isu kenaikan kos pembinaan pada bulan lalu, laporan Berita Harian.

    “Syarikat konsesi perlu mendapatkan dana kewangan tambahan bagi menanggung peningkatan kos yang terbabit dan ia telah pun diselesaikan dengan pihak bank. Kerja-kerja pembinaan lebuhraya kemudian bersambung semula pada pertengahan Februari 2023 selepas isu-isu kontraktual diselesaikan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

    Kenyataan tersebut adalah bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Syahredzan Johan (PH-Bangi) yang ingin mengetahui status pembinaan serta tarikh jangka siap dan pembukaan bagi lebuh raya EKVE.

    Projek EKVE capai kemajuan 91%;  dijangka bakal dibuka secara berperingkat tahun 2024 – Menteri KKR

    Klik untuk besarkan

    EKVE merupakan lebuhraya baharu di Lembah Klang yang sedang dalam pembinaan. Ia memiliki jajaran laluan sepanjang 39.5 km yang menghubungkan Ukay Perdana di Ampang dengan Bandar Sungai Long di Kajang. Lebuhraya ini juga adalah sebahagian daripada Kuala Lumpur Outer Ring Road (KLORR) .

    Fasa pertama projek ini yang meliputi laluan sepanjang 24.1 km dan bermula dari Lebuhraya MRR2 di Ukay Perdana melalui Ampang, Hulu Langat, Bandar Mahkota Cheras dan berakhir di Lebuhraya SILK, Kajang (selatan).

    Projek pembinaan EKVE dikendalikan oleh EKVE Sdn Bhd dan mula dibina sejak 1 September 2015. Ia menelan belanja sebanyak RM1.55 bilion. Apabila siap kelak dan mula beroperasi, ia dijangka mampu dimanfaatkan oleh lebih 140,000 pengguna jalan raya setiap hari.

     
     
  • GALERI: Ferrari Roma di Malaysia — 3.9L V8, jana 620 PS/760 Nm; penerus tradisi GT, pemanduan lebih jinak

    GALERI: Ferrari Roma di Malaysia — 3.9L V8, jana 620 PS/760 Nm; penerus tradisi GT, pemanduan lebih jinak

    Ferrari Roma dalam banyak hal menjadi penerus kepada barisan model GT sebelumnya bagi jenama itu. Yang dimaksudkan adalah, ia ingin lari daripada konfigurasi model kereta sport kental Ferrari yang biasanya hanya ada dua tempat duduk, dan memberikan sedikit praktikaliti dan kesenangan pemanduan: mungkin ia difikirkan untuk memenuhi keperluan kegunaan harian — dan bukan lagi hanya sebagai kereta hujung minggu — tetapi masih dalam pakej dan imej ikonik Ferrari.

    Inilah yang dapat kami rasakan dalam pengalaman singkat memandu Ferrari Roma sebelum ini. Ia hadir dengan konfigurasi tempat duduk 2+2, dengan rekaan umum fastback coupe yang menawan dan dalam masa yang sama, memberi kelebihan terhadap keluasan ruang kabin. Ia terasa lebih jinak dan mudah untuk dipandu, tidak hanya perlu melayani naluri sport dan agrasif sepanjang masa. Enjin V8 yang ada padanya juga lebih “bertenang”, dan tidak canggung sekiranya hanya ingin dipandu secara santai dalam bandar.

    GALERI: Ferrari Roma di Malaysia — 3.9L V8, jana 620 PS/760 Nm; penerus tradisi GT, pemanduan lebih jinak

    Tentang ruang kabinnya, ia menampilkan paparan yang luas dan menarik, termasuk bagi penumpang di sebelah. Dan, dengan dua tempat duduk tambahan di belakang, ia bukanlah dalam konfigurasi kereta biasa yang kita fahami, tetapi cukup untuk menyediakan ruang tambahan, mungkin sesuai untuk yang berbadan kecil atau kanak-kanak, atau bahkan boleh dimanfaatkan sebagai ruang tambahan untuk membawa barang. Orang dewasa misalnya mungkin akan sukar untuk duduk di belakang dengan selesa.

    Tetapi, keseronokan atau aspirasinya utamanya tentulah untuk pemandu. Kuasa Ferrari Roma dijana oleh enjin F154 3.9 liter turbocas berkembar, unit yang sama digunakan untuk model Portofino, dengan tambahan kuasa sebanyak 20 PS: menjadikannya 620 PS dari 5,750 hingga 7,500 rpm dan tork 760 Nm antara 3,000 dan 5,750 rpm. Ia dipadankan dengan kotak gear lapan-kelajuan dwi-klac dari model Stradale.

    GALERI: Ferrari Roma di Malaysia — 3.9L V8, jana 620 PS/760 Nm; penerus tradisi GT, pemanduan lebih jinak

    Ukuran dimensi Ferrari Roma terdiri daripada 4,656 mm panjang, 1,974 mm lebar, 1,301 mm tinggi dan jarak antara roda 2,670 mm. Seperti dinyatakan tadi, Roma datang dengan konfigurasi tempat duduk 2+2 bersama sedikit ruang di bahagian belakang untuk meletak barang atau menempatkan penumpang bertubuh kecil/kanak-kanak. Kapasiti ruang butnya pula ialah 272 liter.

    Dengan berat 1,472 kg — ini 200 kg lebih ringan berbanding Portofino — Roma mampu memecut 0-100 km/j dalam masa 3.4 saat, dan kelajuan 200 km/j yang boleh dicapai dalam masa 9.3 saat serta laju maksimum boleh mencecah 320 km/j. Dari segi penggayaannya juga, elemen rekaan dari SF90 Stradale dapat dilihat ketara. Rekaan bawah badan di bahagian depannya serta aerodinamik aktif di belakang memberikan Roma kelebihan 95 kg lebih downforce berbanding Portofino, pada kelajuan 250 km/j.

    GALERI: Ferrari Roma di Malaysia — 3.9L V8, jana 620 PS/760 Nm; penerus tradisi GT, pemanduan lebih jinak

    Di dalam, Roma hadir dengan struktur simetri pada hampir segenap sudut. Skrin sentuh HD 8.4-inci seperti tablet terletak di bahagian tengah papan pemuka bersaiz sedikit kecil. Roma juga hadir dengan butang kawalan digantikan dengan butang digital atau kawalan sesentuh. Ini termasuklah butang kawalan digital pada roda stereng (ingat butang Blackberry?). Tiada lagi butang kawalan konvensional disertakan.

    Ringkasnya, Roma membawakan pengalaman jentera litar Ferrari tetapi dengan pengalaman yang lebih memudahkan pemandu untuk kegunaan di jalan. Sebagai contoh, dari pengalaman untuk menghidupkan enjinnya, untuk masuk gear undur, tuil merah khusus pada stereng untuk larasan tetapan suspensi dan mungkin paparan yang boleh ditunjau oleh pemandu, semua itu ada aspirasi litarnya.

    GALERI: Ferrari Roma di Malaysia — 3.9L V8, jana 620 PS/760 Nm; penerus tradisi GT, pemanduan lebih jinak

    Tetapi, untuk memandunya, ia tidaklah terlalu mendesar dan merimaskan dengan maklum balas dan penyampaian kuasa yang mendadak. Cuma, dengan reka bentuk yang beralun, tayar lebar dan kedudukan graiviti yang rendah, menikmati selekoh dengan ketepatan stereng adalah antara keseronokannya dengan kereta ini. Bahkan, kepada orang yang jarang-jarang ada pengalaman memandu Ferrari yang lebih agresif juga akan merasakan kereta ini sangat mudah dikendalikan. Cuma, jika ingin merasakan keterujaan kuasanya, maka pastikan dulu kemampuan memandu anda juga mampu mengawal semua itu.

    Ketika pelancarannya, Ferrari Roma di Malaysia diberikan harga asas RM968,000, tidak termasuk pilihan kustom, duti, cukai dan insurans. Jika semuanya diambil kira, harganya akan berada dalam daerah yang sama dengan model V8 pengeluar lain, seperti Mercedes-AMG GT C (dan GT R) dan Aston Martin V8 Vantage. Termasuk dalam pembelian Roma ini ialah program selenggara berjadual selama tujuh-tahun, secara percuma.

     
     
  • Kerajaan tidak bercadang turunkan harga siling petrol dan diesel elak tanggung jumlah subsidi lebih besar

    Kerajaan tidak bercadang turunkan harga siling petrol dan diesel elak tanggung jumlah subsidi lebih besar

    Kementerian Kewangan (MOF) menyatakan had harga siling untuk bahan api petrol RON95 dan diesel tidak akan diturunkan lagi bagi mengelakkan kerajaan menanggung jumlah subsidi yang lebih tinggi secara berterusan, lapor Bernama.

    “Bagi terus melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak mentah di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga siling petrol RON95 dan diesel bersubsidi sehingga kini, sungguhpun harga pasaran sebenar telah melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” tulis jawapan bertulis yang disiarkan dalam laman sesawang Dewan Rakyat pada Isnin.

    Kenyataan tersebut diberikan oleh MOF bagi menjawab soalan Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS-Pasir Puteh) mengenai perancangan kerajaan berkaitan penstrukturan semula subsidi minyak petrol.

    Namun walaupun harga siling tersebut tidak diturunkan, kementerian itu menegaskan kerajaan sedang meneroka langkah menambah baik pemberian subsidi secara lebih bersasar bagi mengurangkan ketirisan serta mengimbangi tanggungan subsidi dengan keperluan untuk terus memelihara kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

    “Dalam masa yang sama agar penjimatan subsidi dapat digunakan bagi mengoptimumkan perbelanjaan untuk program dan projek yang memberi nilai tambah kepada ekonomi negara,” tambah MOF.

     
     
  • Nissan Leaf 2023 dipertontonkan di Malaysia – jarak 311 km, harga dari RM169k, dilancarkan 10 Mac ini

    Nissan Leaf 2023 dipertontonkan di Malaysia – jarak 311 km, harga dari RM169k, dilancarkan 10 Mac ini

    Pada 14 Februari lalu, Facebook rasmi Nissan Malaysia telah mendedahkan bahawa Nissan Leaf 2023 bersedia untuk memasuki pasaran tempatan. Hari ini, pengedar rasminya di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah mendedahkan, model facelift tersebut bakal dilancarkan pada Jumaat ini, 10 Mac 2023.

    Walau bagaimanapun pun, beberapa hari menjelang pelancarannya, ETCM telah mengundang pihak media permotoran tempatan untuk melihat dan merasa sendiri pengalaman pemanduan serba ringkas Leaf 2023 ini. Apa pun, ternyata pengalaman pemanduannya sama dengan Leaf terdahulu kerana versi 2023 ini masih mengekalkan bahagian mekanikalnya.

    Jika dilihat dari segi penampilannya, memang ia tidak jauh bezanya dengan Leaf generasi kedua yang dilancarkan pada tahun 2019. Leaf 2023 ini hanya melibatkan perubahan gaya yang minimal dengan suntikan ciri luaran yang lebih segar.

    Leaf 2023 kini ditampilkan dengan gril hadapan aero hitam sepenuhnya, dengan padanan bampar bawah yang direka semula, sekaligus memberikan gaya yang lebih kemas. Selain itu, ia juga menampilkan lampu utama dengan kamaşan dalaman hitam baharu. Menyerlahkan lagi imejnya, ia diberikan aero spoiler yang direka semula, diffuser dengan serlahan kelabu dan set rim aloi lima-jejari 17-inci yang lebih sporty.

    Ciri lain yang masih dikekalkan termasuklah lampu utama LED, lampu nyalaan siang LED bentuk boomerang, dan lampu belakang kombinasi LED. Sama seperti model terkini Nissan yang lain, Leaf 2023 turut menggunakan lencana Nissan baharu untuk penampilan luaran dan dalaman termasuk pada bampar hadapan dan belakang serta pada roda stereng.

    Menjengah bahagian kabinnya, tiada perubahan yang dilakukan. Walau bagaimana pun, Nissan memberikannya skrin sesentuh infotainmen lapan-inci baharu dengan fungsi Apple CarPlay, Android Auto, Bluetooth dan pengesan suara, Selain itu, cermin pandangan belakang pintar baharu juga diberikan.

    Nissan Leaf 2023 dipertontonkan di Malaysia – jarak 311 km, harga dari RM169k, dilancarkan 10 Mac ini

    Selain itu, ruang dalaman juga masih mengekalkan kemasan balutan kulit Alcantara, pendingin hawa automatik dengan fungsi pemasa (timer), kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin.

    Dengan tempat duduk belakang direbahkan, ruang barangan yang tersedia mencecah 1,176 liter dalam keadaan tempat duduk penumpang belakang dibaringkan dan sekitar 435 liter sekiranya tempat duduk barisan kedua ditegakkan.

    Hanya ditawarkan dengan varian tunggal yang dilengkapi bateri lithium-ion 40 kWh, nampak gayanya ETCM masih tidak membawa versi e+ yang menggunakan bateri 62 kWh dan output lebih tinggi dengan 217 PS (214 hp) dan 340 Nm.

    Varian untuk pasaran Malaysia ini masih diberikan motor elektrik tunggal EM57 pacuan roda hadapan yang mampu mencapai sehingga 148 hp (150 PS atau 110 kW) dan tork 320 Nm, dan boleh dipecut dari 0-100 km/j dalam 7.9 saat serta mampu mencapai kelajuan maksimum cecah 155 km/j.

    Dengan satu cas penuh, EV ini mampu untuk bergerak sejauh 311 km dalam kitaran ujian NEDC.
    Seperti model terdahulu, Leaf direka bagi membolehkan ia dicas semula dengan dua jenis penyambung iaitu Type 1 (pengecas AC dengan kadar cas maksima 6.6 kW) dan CHAdeMO (pengecas DC pantas dengan kadar cas maksima 50 kW dalam masa sekitar 60 minit) – kedua-dua soket berkenaan terletak pada “hidung” kereta ini.

    Dengan kaedah cas biasa menerusi wallbox pada kadar 6.6 kW, bateri Leaf memerlukan lima hingga tujuh jam untuk mendapatkan kuasa penuh. Jadi jika Nissan Leaf dicas menggunakan pengecas awam 230V/16A 3.7 single-phase atau 230V/13A 3.0 kW single-phase di Malaysia, ia mungkin mengambil masa sekitar 10 hingga 12 jam.

    Leaf 2023 juga mengekalkan ciri e-Pedal yang membolehkan pemandu menggunakan hanya satu pedal kaki – tekan untuk bergerak dan lepaskan untuk membrek – dan mengaplikasikan kaedah regenerative braking. Aspek keselamatan yang diberikan masih kekal dengan sistem Nissan Safety Shield yang kini ditambah dengan ciri intelligent lane intervention dan Intelligent Lane Departure, dan Bantuan Lampu Tinggi.

    Nissan Leaf 2023 dipertontonkan di Malaysia – jarak 311 km, harga dari RM169k, dilancarkan 10 Mac ini

    Selain itu, ia masih mengekalkan enam beg udara SRS, amaran pertukaran lorong, brek kecemasan pintar, amaran titik buta, pengesanan papan tanda trafik, amaran lintasan trafik di belakang, peninjau pintar 360-darjah serta bantuan kecemasan bagi kesilapan aplikasi pedal pemijak selain ciri standard seperti kawalan kestabilan, ABS dengan Brake Assist dan bantuan mula mendaki.

    Leaf 2023 ditawarkan dengan tujuh pilihan warna luaran dengan setiap satunya digandingkan dengan warna Super Black untuk bahagian bumbung. Warna tersebut ialah Stealth Grey, Akatsuki Sunrise Copper, Opera Mauve, Vivid Blue, Midnight Black, Burgundy dan Pure White Pearl. Manakala dua pilihan warna premium untuk kabin masih kekal dengan Graphite Black dan Stone Grey.

    Harga atas jalan bagi Leaf 2023 ini ialah RM168,888, bersama cukai jalan percuma tetapi tidak termasuk insurans. Ia didatangkan dengan waranti tiga-tahun atau perbatuan 100,000 km dan lapan-tahun atau 160,000 km bagi waranti bateri lithium-ion.

     
     
  • Lexus RX hilang kawalan rempuh enam kereta di KL – polis sahkan pemandu positif ganja dan sudah ditahan

    Lexus RX hilang kawalan rempuh enam kereta di KL – polis sahkan pemandu positif ganja dan sudah ditahan

    Hujung minggu lalu tular pelbagai video di media-media sosial memaparkan sebuah SUV Lexus RX berwarna hitam merempuh enam buah kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat. SUV berkenaan kemudiannya dilihat terbalik dengan pemandunya dilihat seperti luar kawalan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia, kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 10.30 pagi di lampu isyarat berhampiran Lebuhraya Bukit Jalil, Kuala Lumpur arah bangunan Astro menghala ke bulatan Lumba Kuda.

    Dalam kenyataan tersebut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin mengesahkan bahawa pemandu Lexus RX berkenaan yang berumur 40 tahun telah pun ditahan serta dikesan positif ganja.

    “Kenderaan tersebut kemudiannya melanggar enam buah kenderaan lain yang ketika itu sedang berhenti menunggu lampu isyarat

    “Kemalangan mengakibatkan kenderaan yang terlibat mengalami kerosakan, bagaimanapun kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan,” katanya.

    Zam turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana- mana balai Polis berhampiran.

     
     
  • Proton X90 disahkan terima enjin turbo 1.5L dengan sistem hibrid ringkas 48V; hasilkan 190 PS/300 Nm?

    Proton X90 disahkan terima enjin turbo 1.5L dengan sistem hibrid ringkas 48V; hasilkan 190 PS/300 Nm?

    SUV tujuh-tempat duduk Proton X90 bakal dilancarkan tahun ini selepas ia ditunda dari tahun lalu akibat pendemik Covid-19 yang mengganggu proses pembangunannya. Tetapi sehingga kini belum ada sebarang informasi rasmi dari Proton sendiri berkenaan spesifikasi model yang diasaskan dari Geely Haoyue/Okavango berkenaan untuk pasaran Malaysia.

    Walau bagaimanapun, dalam satu laporan dari sebuah badan penyelidikan berdasarkan pembentangan analisa yang dibuat oleh pemegang saham majoriti Proton iaitu DRB-Hicom 2 Mac lalu, Proton X90 disahkan bakal menerima unit rangkaian kuasa dengan sistem hibrid elektrik ringkas (MHEV).

    Ini sememangnya sudah dijangka berdasarkan beberapa petunjuk sebelum ini. Pertama, kembarnya di Filipina iaitu Geely Okavango sememangnya ditawarkan dengan unit rangkaian kuasa MHEV. Ia menggandingkan enjin 1.5 liter tiga-silinder turbo dengan motor elektrik sistem hibrid ringkas 48V, memberikan kuasa keseluruhan 190 PS dan tork maksima 300 Nm.

    Okavango berbeza dengan model pasaran China iaitu Geely Haoyue yang menerima enjin 1.8 liter empat-silinder turbo berkuasa 181 hp dan tork maksima 300 Nm, digandingkan dengan kotak gear klac berkembar automatik DCT tujuh-kelajuan, sama seperti Proton X70 MC2 varian paling tinggi.

    Malah Proton sebenarnya telahpun mempamerkan unit rangkaian kuasa 1.5L Turbo MHEV ini untuk tatapan orang ramai di Galeri Inspirasi, iaitu ruang istimewa di Pusat Kecemerlangan Proton (ibu pejabat jenama berkenaan) di Subang. Unit rangkaian kuasa hibrid pertama Proton berkenaan digelar sebagai 1.5L TGDi dengan sistem stater generator pacuan tali sawat (Belt-Driven Starter Generator atau BSG).

    Sistem ini menampilkan enjin 1.5 liter TGDi yang sama seperti pada Proton X50 flagship dan juga X70 MC2 dalam versi 1.5L serta masih menghasilkan kuasa yang sama iaitu 177 PS dan tork maksima 255 Nm, memacu roda hadapan dengan kotak gear klac berkembar automatik tujuh-kelajuan 7DC.

    Namun ia turut digandingkan dengan dengan unit BSG (tiada motor elektrik yang diletak antara enjin dan transmisi seperti sistem hibrid biasa) bagi memberikan kuasa keseluruhan 190 PS/300 Nm. BSG ini merupakan satu motor elektrik kecil yang dihubungkan ke aci engkol enjin menerusi tali sawat.

    Ia berfungsi bukan sahaja untuk menggantikan motor penghidup enjin, malah ia juga mampu mengecas semula bateri sistem hibrid 48-volt tersebut, dan kemudian turut dapat memberikan bantuan kuasa dan tork segera tambahan kepada enjin pembakaran dalaman konvensional.

    Bagi sistem yang digunakan oleh Proton ini, ia beroperasi dengan asas seni bina elektrikal 48-volt. Ia dibekalkan dengan bateri lithium-ion untuk memberikan kuasa kepada BSG. Tiada palam plug-in untuk menegecas bateri tersebut dan semua cas bateri yang disimpan adalah dari cas dihasilkan semula oleh BSG secara pemulihan tenaga brek.

    Ia bukanlah sistem baharu kerana asas fungsinya sama seperti sistem hibrid ringkas 48-volt yang kini digunakan oleh Mercedes-Benz. Walaupun BSG berkenaan kecil dengan kuasa hanya 13 hp/45 Nm, ia mampu menggerakkan Proton X90 tanpa enjin petrol beroperasi pada kelajuan bawah 15 km/j, dan juga mematikan enjin ketika ia ‘belayar’ pada halaju malar di atas lebuhraya.

    Dalam gambar intipan terkini X90 ini, Proton nampaknya memberikan rekaan gril hadapan dengan elemen pin krom yang berbeza dari Haoyue/Okavango, serta bakal hadir dengan kelengkapan lebih tinggi seperti sistem bantuan pemanduan yang tiada pada Okavango di Filipina.

    GALERI: Enjin 1.5L TGDi dengan sistem hibrid BSG yang dipamerkan di Galeri Inspirasi Proton

     
     
  • WSBK 2023: Hafizh, Adam kumpul mata di Indonesia

    WSBK 2023: Hafizh, Adam kumpul mata di Indonesia

    Pasukan Petronas MIE Racing Honda nampaknya menunjukkan prestasi yang wajar dalam permulaan musim World Superbike Championship 2023 apabila dua pelumbanya berjaya mengutip mata dalam pusingan kedua di Mandalika, Indonesia.

    Dalam kategori WSBK 1000, meskipun kedua-dua perlumbaan terpaksan dihentikan akibat perlangaran, Hafizh Syahrin masih berjaya mendapatkan dua mata pertama bagi beliau musim ini.

    Adam Norrodin yang berlumba dalam kategori World Supersport (WSSP) pula mendahului rakan sepasukan, Terran Mackenzie dan berjaya mengutip empat mata di Mandalika, menjadikan keseluruhannya sembilan mata untuk beliau, selepas ditambah dengan lima mata yang dikutip di Australia sebelum ini.

    Kedua-dua pelumba Malaysia ini bersaing untuk pasukan Petronas MIE Racing Honda, setelah syarikat minyak dan gas negara itu menandatangani perjanjian sebagai penaja. Perlumbaan seterusnya akan berlangsung di TT Assen, Belanda pada 21 hingga 23 April nanti.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.13 (-0.04)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.00
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.90 (-0.04)
EURO 5 B7 RM3.10 (-0.04)
Last Updated Aug 14, 2025