Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • Porsche Taycan Turbo S Celestial Jade akan buat penampilan di Malaysia sebelum dilelong

    Porsche Taycan Turbo S Celestial Jade akan buat penampilan di Malaysia sebelum dilelong

    Porsche memperkenalkan sesuatu yang istimewa untuk Asia Tenggara, iaitu Taycan Turbo S Celestial Jade, yang dibangunkan bersama oleh Porsche Exclusive Manufaktur dan Porsche Asia Pacific (PAP). Model yang dibuat hanya satu sahaja ini ditunjukkan kali pertama di Singapura semalam, dan merupakan Taycan kedua di Asia yang melalui program Sonderwunsch (hajat istimewa), selepas Taycan Turbo K-Edition di Korea.

    Seperti yang boleh dilihat melalui namanya, model ini mendapat inspirasi daripada batu jed celestial, dan sebagai penghormatan, mereka menghasilkan satu warna khas yang menggabungkan dua warna Chromaflair boleh ubah iaitu Urban Bamboo (hijau/biru) dan Shifting Carbon (ungu/hijau).

    Ia adalah satu warna yang sangat luar biasa, dan untuk menggabungkan keduanya Porsche mengambil masa selama satu tahun dan 80 jam untuk mengecatnya pada badan kenderaan. Sebagai tambahan, kunci kereta ini juga menggunakan warna sama.

    Satu lagi perincian khas untuk model ini adalah logo yang menggunakan inspirasi daripada makhluk mistik China, yang mempunyai kepala naga dan badan seperti kuda. Ia boleh ditemui pada bahagian penyandar kepala tempat duduk, kemasan tepi pintu serta grafik lampu yang dipancarkan ke lantai apabila pintu dibuka.

    Melengkapkan penampilan Taycan Celestial Jade ini adalah kemasan gentian karbon berkilat pada bahagian bampar hadapan, skirting tepi dan diffuser belakang, serta fairing aerodinamik karbon pada rim 21 incinya. Di bahagian dalam, model ini menggunakan balutan Leather to Sample yang menggabungkan warna Englishgreen dan Slate Grey.

    Bahagian mekanikal model Turbo S ini tidak berubah, bermakna ia mempunyai dua motor elektrik yang berkemampuan sehingga 952 PS (700 kW) dan 1,100 Nm dalam mod overboost. Pecutan 0-100 km/j dapat dilakukan dalam masa 2.4 saat, sebelum mencapai laju maksimum 260 km/j.

    Porsche Taycan Turbo S Celestial Jade akan buat penampilan di Malaysia sebelum dilelong

    Sebagai sebuah model facelift, Taycan ini mendapat bateri 105 kWh, yang boleh membawanya bergerak sehingga jarak 630 km mengikut kitaran WLTP, sementara kemampuan cas DC pula kini dinaikkan kepada 320 kW, membolehkan baterinya naik 0-80% dalam masa cuma 18 minit.

    Sekiranya berminat, anda juga boleh melihat sendiri di depan mata Taycan Turbo S Celestial Jade ini kerana ia akan singgah di Malaysia dan Thailand sebelum dilelong pada tahun hadapan, dan hasilnya akan disumbangkan kepada badan kebajikan.

     
     
  • BMW 520i M Sport 2024 di M’sia — 2.0T mild-hybrid; dari RM350k, RM17k lagi mahal dari bukan M-Sport

    BMW 520i M Sport 2024 di M’sia — 2.0T mild-hybrid; dari RM350k, RM17k lagi mahal dari bukan M-Sport

    Ini merupakan galeri ringkas bagi model BMW 520i M Sport G60 yang baru saja dilancarkan minggu ini — penawaran tambahan bagi barisan model G60 di Malaysia ketika ini. Dijual pada harga bermula RM349,800 atas jalan tidak termasuk insurans, ia RM17K lebih mahal berbanding 520i asas tanpa M-Sport yang diperkenalkan pada Mei lalu.

    Itu harga tanpa pakej servis. Dengan pakej BMW Service & Repair Inclusive yang termasuk jaminan lima-tahun dan penyelenggaran yang bernilai RM26,900, ini menjadikan harga atas jalan 520i M Sport mencecah RM376,700 belum termasuk insurans.

    Penampilan kosmetik antara perbezaan varian ini dengan versi asasnya. Ciri luaran termasuklah pakej M Sport, roda jejari-berkembar 935 M bicolour 19-inci dengan kemasan M High-Gloss Shadowline. Di dalam, kabin 520i M Sport dipertingkatkan dengan pelapik bumbung M anthracite, kemasan M dalam krom gelap serta kemasan aluminium rhombicle serta roda stereng tiga-jejari balutan kulit M Sport.

    Kelengkapan standard yang diberikan termasuklah BMW Curved Display yang merangkumi panel instrumen 12.3-inci dan skrin sesentuh infotainmen 14.9-inci, sistem bunyi Harman Kardon HiFi dan BMW Interaction Bar, bersama lampu ambient yang membolehkan pemandu membuat tetapan mengikut kesesuaian. Kereta ini juga dilengkapi pengecas telefon pintar tanpa wayar, bersama dengan Connected Drive Services dan Connected Package Professional.

    Secara mekanikalnya, M Sport ini berkongsi penjana kuasa yang sama dengan model asas 520i, dengan unit B48 2.0 liter turbocas empat-silinder sebaris petrol, yang turut menampilkan binaan hibrid ringkas 48V — menghasilkan 208 hp dan tork 330 Nm yang menyalurkan pacuan ke roda belakang menerusi transmisi automatik lapan-kelajuan. Angka prestasinya juga lebih kurang sama dengan 520i paling asas, dengan pecutan 0-100 km/j dalam 7.5 saat dan kelajuan maksimum cecah 230 km/j.

    Sistem bantuan pemanduan untuk model ini termasuklah Driving Assistant Plus, yang terdiri daripada sistem bantuan berasaskan radar dan kamera, dengan Kawalan kelajuan Aktif bersama fungsi Stop & Go, Bantuan Kawalan Lorong dan Stereng serta Amaran Ketibaan Lorong. Turut diberikan ialah Bantuan Parkir Tambahan.

    Ada empat pilihan warna luaran diberikan untuk M Sport, iaitu Black Sapphire Metallic, Mineral White Metallic, Cape York Green Metallic dan Oxide Grey Metallic: tiga warna pertama itu sama dengan 520i asas. M Sport turut menerima balutan kerusi berliang Veganza, dalam rona Quilted Black atau Espresso Brown.

     
     
  • Denza D9 MPV elektrik sah masuk Malaysia Q1 2025

    Denza D9 MPV elektrik sah masuk Malaysia Q1 2025

    BYD kini sedang dalam persiapan untuk memperkenalkan sebuah jenama baru di Malaysia tahun depan: jenama yang dimaksudkan ialah Denza. Perkara ini disahkan oleh Pengarah Urusan BYD Malaysia, Eagle Zhao ketika ditemui di acara pelancaran BYD Seal Dynamic, hari ini. Denza dijangka diperkenalkan di sini pada suku pertama 2025.

    Walaupun tiada sebarang produk dinyatakan, model pertama yang akan diperkenalkan bersekali dengan jenama itu dijangka ialah Denza D9, sebuah MPV elektrik yang pernah dilihat sedang diuji di sini Julai lalu.

    Pertama kali dilancarkan di China pada 2022, versi pemanduan sebelah kanan bagi D9 telah dilancarkan di Hong Kong pada Jun tahun ini. Datang dengan pilihan penjana bateri-elektrik dan juga plug-in hybrid, versi BEV D9 ini menggunakan bateri jenis lithium iron phosphate (LFP) dengan kapasiti 103 kWh, dan menyokong pengecasan pantas DC sehingga 166 kW.

    Spesifikasi paling asas Denza D9 menggunakan sebuah motor elektrik di depan yang menjana 313 PS dan 360 Nm tork, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 9.5 saat dengan jarak CLTC sejauh 620 km. Varian AWD bagi D9 ini pula menerima tambahan sebuah lagi motor elektrik di belakang dengan kuasa 61 PS/110 Nm untuk memberikan janaan keseluruhan 374 PS dan 470 Nm, yang membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 6.9 saat dan jarak CLTC 600 km.

    D9 juga ditawarkan dalam versi plug-in hybrid yang terdiri daripada enjin 1.5 liter turbocas empat-silinder yang menghasilkan 139 PS/231 Nm yang diganding bersama sebuah motor elektrik 231 PS/340 Nm, sementara versi AWD bagi varian PHEV ini menerima tambahan motor belakang 61 PS/110 Nm. Versi hibrid ini mungkin tidak akan di bawa ke Malaysia kerana kurang insentif menarik ditawarkan, walaupun Denza ada perancangan untuk memperkenalkan model hibrid untuk pasaran di sini.

    Pesaing utama bagi Denza D9 ini ialah model seperti Zeekr 009, yang juga bakal masuk ke pasaran Malaysia — dengan pesaing sedia ada termasuk Toyota Alphard dan Vellfire.

    Denza D9 di Bangkok International Motor Show 2023

     
     
  • BYD Atto 3 2024 dikemaskini di M’sia – varian tunggal ER, bateri 60.48 kWh, jarak gerak 480 km; RM150k

    BYD Atto 3 2024 dikemaskini di M’sia – varian tunggal ER, bateri 60.48 kWh, jarak gerak 480 km; RM150k

    Selain melancarkan BYD Seal Dynamic RWD dalam acara Sime Darby Motors Automania 2024 yang sedang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sime Darby Beyond Auto selaku pengedar rasmi BYD di Malaysia, turut memperkenalkan model Atto 3 Extended Range (ER) 2024 yang dipertingkatkan. Ia adalah bagi menggantikan varian SR yang diumumkan pada Mei lalu.

    Varian ER ini ditawarkan dengan dengan kapasiti bateri yang lebih besar dan jarak gerak yang lebih jauh. Walau pun terdapat ciri yang dipertingkatkan, namun tiada perubahan harga dilakukan, dan Atto 3 ER 2024 berharga atas jalan RM149,800 tanpa insurans.

    Walau bagaimana pun, ia masih menampilkan unit rangkaian kuasa yang sama seperti model sebelumnya iaitu motor elektrik tunggal memacu roda hadapan berkuasa 204 PS (150 kW) dan tork maksima 310 Nm. Walau bagaimana pun bateri Blade litium logam fosfat (LFP) yang menjana motornya telah dipertingkatkan kapasiti mencecah 60.48 kWh (berbanding sebelum ini hanya 49.92 kWh) yang membolehkan SUV EV ini memecut dari 0-100 km/j dalam masa 7.3 saat, dan bergerak sejauh 480 km dalam kitaran NEDC.

    BYD Atto 3 2024 dikemaskini di M’sia – varian tunggal ER, bateri 60.48 kWh, jarak gerak 480 km; RM150k

    Atto 3 ini menyokong input AC (Type 2) dengan kadar maksimum 7 kW untuk mengecas. Sistem pengecas pantas DC (CCS2) juga diberikan dengan kadar maksimum 88 kW (berbanding 70 kWh sebelum ini). Fungsi vehicle-to-load (V2L) untuk membekalkan kuasa kepada peralatan elektrik lain juga masih dikekalkan.

    Model 2024 ini boleh dikenali dengan kemasan perapi tiang paling belakang yang kini berwarna hitam berbanding perak pada model sebelum ini. Tulisan ‘Build Your Dream’ pada pintu tailgate belakang juga kini sudah digantikan dengan hanya logo BYD.

    Atto 3 ER 2024 ini turut diberikan rim aloi baru 18-inci (sebelum ini 17″), lampu hadapan LED dengan fungsi adaptif, lampu belakang LED, tailgate dengan butang satu sentuhan untuk membuka/menutup dan bumbung panaromik.

    Ciri baharu lain yang turut diberikan ialah bentangan kabin dengan rona gelap termasuk papan pemuka berwarna hitam, tempat duduk rona hitam dan biru gelap dengan kemasan merah, lapan pembesar suara (enam unit sebelum ini) serta pencahayaan ambien pemegang pintu yang kini diberikan kepelbagaian warna dengan ritma muzik.

    Selain itu, ia masih mengekalkan ciri sedia ada iaitu instrumen digital dengan skrin utama yang boleh diputar kini bersaiz 15.6-inci, paparan skrin lima-inci, upholsteri kulit sintetik, sistem pendingin hawa automatik, sokongan Android Auto menggunakan wayar dan Apple CarPlay tanpa wayar, pengecas tanpa wayar dan penapis udara kabin N95.

    Manakala untuk keselamatan, Atto 3 ini masih menerima enam-beg udara bersama tambahan beg udara tengah untuk pemandu, bantuan menurun celrun, penderia parkir hadapan dan belakang, kamera pemantau 360-darjah, brek auto-hold, brek kecemasan automatik dengan amaran pelanggaran hadapan, cruise control adaptif dengan fungsi stop & go, amaran pelanggaran belakang, pemantau titik buta, amaran buka pintu dań amaran lintasan trafik belakang.

    Pelanggan masih boleh memilih warna badan Surf Blue, Ski White dan Boulder Grey bagi model 2024 ini, namun warna Forest Green dan Parkour Red telah digugurkan dan digantikan dengan warna Cosmos Black baharu. Bagi warna badan Cosmos Black dan Boulder Grey, ia akan dipadankan dengan dalaman dengan tema warna Hitam/Biru Gelap menggantikan pilihan Eclipse Blue/Hazy Grey sebelum ini. Manakala warna badan Ski White dan Surf Blue pula akan menerima tema warna kabin Biru Gelap/Kelabu Cerah.

    Pembelian BYD Atto 3 2024 ini turut didatangkan dengan waranti pengeluar selama enam-tahun/150,000 km, bersama waranti bateri Blade selama lapan-tahun/160,000 km. Manakala motor elektrik, pengawal motor dan pemasangan kawalan elektrik pada modul pemanduan SUV EV ini pula menerima perlindungan waranti selama lapan-tahun/150,000 km.

    Pelanggan juga boleh memilih untuk menambah pakej servis yang disediakan dalam dua pilihan, iaitu pakej Standard berharga dari RM1,688 sehingga RM4,888 untuk tempoh tiga-tahun/60,000 km hingga lapan-tahun/160,000 km, atau pakej Plus berharga dari RM11,688 sehingga RM17,688 dengan tempoh penyelenggaraan lebih lama iaitu dari enam-tahun/120,000 km sehingga lapan-tahun/160,000 km, serta diberikan lebih banyak barangan servis.

     
     
  • Hyundai Ioniq 5 N ditunjuk di Malaysia — EV prestasi jana output 650 PS, 770 Nm; 0-100 km/j 3.4 saat

    Hyundai Ioniq 5 N ditunjuk di Malaysia — EV prestasi jana output 650 PS, 770 Nm; 0-100 km/j 3.4 saat

    Ada kejutan daripada Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM). Di satu sudut ruang pameran Hyundai bagi acara Sime Darby Motors Automania yang bermula hari ini (di Tempat Letak Kereta B, Stadium Nasional Bukit Jalil) ada dipamerkan sebuah Hyundai Ioniq 5 N. Model ini adalah versi prestasi N Performance bagi EV Ioniq 5 yang ada dijual.

    Penampilan sulung Ioniq 5 N ini di Malaysia hanyalah sebagai prebiu sahaja dan belum ada harga yang ditetapkan. Bagaimanapun, kepada yang berminat mendapatkannya, mereka sudah boleh berhubung dengan HSDM untuk tujuan itu. Model ini juga merupakan model N kedua yang dijual di Malaysia selepas i30 N.

    Ioniq 5 N ini dilengkapi dua motor AWD dan mempunyai janaan output 609 PS (448 kW) dan 740 Nm tork. Dengan N Grid Boost (NGB) diaktifkan, angka maksimum boleh mencapai 650 PS (478 kW) dan 770 Nm untuk 10 saat, dan pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.4 saat. Laju maksimum pula ialah 260 km/j.

    Hyundai Ioniq 5 N ditunjuk di Malaysia — EV prestasi jana output 650 PS, 770 Nm; 0-100 km/j 3.4 saat

    Untuk bateri, unit lithium-ion 84 kWh digunakan, memberikan jarak perjalanan sehingga 448 km dalam kitaran WLTP. Kadar maksimum pengecas pantas DC ialah 350 kW, dan 10%-80% SoC boleh dicapai dalam hanya 18 minit.

    Berbanding dengan Ioniq 5 biasa, versi N ini datang dengan badan yang lebih lebar, apron depan dan belakang yang diperkemas untuk aspek aerodinamik dan penyejukan yang lebih baik, kemasan dalaman hitam dengan sentuhan sport, kerusi bucket (dengan logo N bercahaya), tetapan kerangka yang lebih kukuh, ciri Limited Slip Differential elektronik (e-LSD) serta brek yang lebih besar dengan angkup merah.

    Hyundai Ioniq 5 N ditunjuk di Malaysia — EV prestasi jana output 650 PS, 770 Nm; 0-100 km/j 3.4 saat

    Selain itu, ada banyak ciri dan kelengkapan N yang disertakan, seperti berikut:

    • N Pedal — memberikan maklum balas dan sensitiviti lebih pantas
    • N Drift Optimiser — memudahkan untuk mengekalkan sudut drift
    • N Torque Distribution – menyediakan agihan tork depan dan belakang boleh ubah sepenuhnya dengan 11 tahap larasan
    • N Grin Boost – lonjakan kuasa sementara
    • N Launch Control – menyediakan tiga tahap cengkaman berbeza untuk permulaan
    • N Battery Pre-conditioning – tetapan untuk bateri yang bersesuaian dengan keperluan pemanduan yang spesifik
    • N Race – mengoptimumkan aspek endurans dengan memberikan pemandu kawalan terus terhadap penggunaan kuasa kereta
    • N Brake Regen – sistem regeneratif brek yang khusus dan menawarkan daya sehingga 0.6 G
    • N e-shift – mensimulasi penukaran gear oelh transmisi klac berkembar lapan-kelajuan dengan mengawal output tork
    • N Active Sound+ – menggunakan 10-pembesar suara (lapan dalaman, dua luaran) untuk menghasilkan tiga tema bunyi berbeza

    Walaupun sebuah EV, Ioniq 5 N mempunyai semua ciri yang penuh daya tarikan bagi sebuah kereta prestasi, sama seperti kereta ICE konvensional. Jadi, berapa harganya? HSDM setakat ini masih belum mengumumkan apa-apa tentang ini, namun jurujual di acara berkenaan memaklumkan harga awalnya ialah RM388k, dan ada tiga unit ketika ini bagi kelompok pertama yang belum ada pemilik. Selepas ini, ia perlu ditempah dahulu.

     
     
  • Tesla akan keluarkan fungsi Full Self Driving di Eropah dan China bermula Q1 2025, diikuti pasaran RHD

    Tesla akan keluarkan fungsi Full Self Driving di Eropah dan China bermula Q1 2025, diikuti pasaran RHD

    Tesla, melalui akaun X Tesla AI memberitahu bahawa fungsi bantuan pemandu Full Self Driving kini sudah bersedia untuk diperkenalkan kepada pengguna di Eropah dan China pada suku pertama tahun hadapan, dan kini cuma menunggu kelulusan di bahagian undang-undang dan peraturan.

    CEO Tesla, Elon Musk turut meletakkan komen dalam muatan tersebut dengan mengharapkan Full Self Driving ini akan tiba pula di pasaran pemanduan sebelah kanan pada hujung Q1 2025 atau awal Q2, bergantung kepada kelulusan undang-undang.

    Pengenalan fungsi ini menjadi sebahagian daripada rancangan pengeluaran kemas kini perisian yang didedahkan oleh Tesla AI dengan antaranya termasuk Actually Smart Summon, Autopark dan FSD untuk Cybertruck, pengesan mata semasa memakai cermin mata dan pelbagai lagi.

    Turut sudah bersedia untuk dikeluarkan pada bulan Oktober adalah fungsi Unpark, Park dan Reverse untuk Full Self Driving, serta versi 13 bagi perisian tersebut.

    Dalam laman web Tesla, fungsi Full Self Driving dijual pada harga RM32,000, manakala Enhanced Autopilot pula RM16,000. Walaubagaimanapun, FSD masih belum dibenarkan untuk diguna di Malaysia pada masa ini.

     
     
  • BYD Seal Dynamic RWD kini di Malaysia – 204 PS/310 Nm, jarak gerak 460 km, roda aloi 18″; dari RM164k

    BYD Seal Dynamic RWD kini di Malaysia – 204 PS/310 Nm, jarak gerak 460 km, roda aloi 18″; dari RM164k

    Berbanding dua beradiknya, varian Premium Range RWD dan Performance Range AWD yang sudah pun dilancarkan di Malaysia pada Februari lalu, kini barulah tiba giliran BYD Seal Dynamic RWD dijual di pasaran kita.

    Varian Dynamic RWD ditawarkan dengan harga atas jalan RM163,800 tanpa insurans. Dibandingkan dengan Premium yang ditawarkan pada harga RM179,800, dan Performance pula berharga RM199,800. Pembelian Seal turut didatangkan dengan waranti enam-tahun/150,000 km, waranti bateri lapan-tahun/160,000 km, dan waranti unit pemacu lapan-tahun/150,000 km.

    Seperti dua beradiknya, Dynamic RWD juga mempunyai ukuran dimensi 4,800 mm panjang, 1,875 mm lebar dan 1,460 mm tinggi, dengan jarak antara roda 2,920 mm, dengan jarak kelegaan tanah cecah 145 mm. Barisan Seal dibangun menggunakan e-platform 3.0 BYD, sama seperti Atto 3 dan Dolphin.

    BYD Seal Dynamic RWD kini di Malaysia – 204 PS/310 Nm, jarak gerak 460 km, roda aloi 18″; dari RM164k

    Untuk pengetahuan anda, Dynamic RWD merupakan varian permulaan dalam barisan Seal, maka ia diberikan kuasa yang paling sedikit dan jarak geraknya juga paling rendah bagi model kenderaan elektrik (EV) itu. Dioperasikan dari motor pacuan roda-belakang yang mampu menghasilkan kuasa 204 PS (150 kW) dan tork 310 Nm membolehkannya dipecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 7.5 saat.

    Kuasanya dijanakan oleh bateri lithium iron phosphate (LFP) Blade berkapasiti 61.44 kWh yang mampu memberikan jarak gerak sehingga 460 km mengikut standard WLTP (510 km jika ikut NEDC), dan ini lebih rendah berbanding 570 km oleh varian Premium dan 520 km oleh Performance AWD. Sama seperti varian lain, Dynamic juga boleh dicas menggunakan unit AC Type 2 sehingga 7 kW dengan pengecasan penuh boleh dicapai dalam 8.6 jam untuk penuh. Ia juga boleh dicas dengan menggunakan pengecas pantas DC berkapasiti hingga 110 kW.

    Imej luaran Dynamic RWD menyamai dua varian tertinggi Seal, namun ia hanya diberikan roda aloi pelbagai-jejari yang lebih kecil berukuran 18-inci yang dibaluti tayar 225/50 R18 (19-inci untuk dua varian tertinggi). Ciri-ciri kelengkapan luaran lain termasuklah lampu utama double-u Floating LED dengan gaya seksi, lampu nyalaan siang LED dan lampu belakang LED serta pemegang pintu boleh ditarik keluar dan bumbung suria panoramik.

    BYD Seal Dynamic RWD kini di Malaysia – 204 PS/310 Nm, jarak gerak 460 km, roda aloi 18″; dari RM164k

    Untuk kabinnya, ia juga mirip dengan varian Premium Range RWD dan Performance Range AWD. Ia diberikan panel instrumen bersaiz 10.25-inci di hadapan pemandu yang menampilkan meter digital dan maklumat kenderaan serta skrin sesentuh bersaiz 15.6-inci di bahagian tengah yang boleh dipusingkan dalam orientasi landskap/potret. Rak bahagian tengahnya ditampilkan dengan tombol Crystal Gearshift dengan rekaan futuristik.

    Jika dua varian tertinggi menerima balutan kulit asli untuk tempat duduknya, model asas ini hanya diberikan balutan kulit tiruan. Ciri lain masih kekal sama termasuk tempat duduk pemandu menerima lapan-cara larasan kuasa dan bahagian penumpang hadapan dengan enam-cara larasan kuasa, sistem bunyi premium HIFI Dynaudio 12-pembesar suara, pendingin hawa dwi-zon, kemasukan tanpa kunci dengan butang penghidup enjin, kad kunci NFC, paparan utama W-HUD, dua pengecas telefon pintas tanpa wayar, ketersambungan Bluetooth, Apple CarPlay/Android Auto tanpa wayar dan sistem penapis PM2.5.

    Seal yang diberikan penarafan lima-bintang dari ANCAP turut diberikan ciri keselamatan pasif termasuk sembilan beg udara, sistem ADAS, dua penderia parkir hadapan, empat penderia parkir belakang dan sistem kamera resolusi tinggi 360. Selain itu, ia dilengkapi dengan sistem brek pintar, EBD, Hill Hold Control (HHC), Adaptive Cruise Control (ACC), Brek Kecemasan Sendiri (AEB), Amaran Ketibaan Lorong, Bantuan Kekal Lorong Kecemasan, Pengesan Isyarat Trafik, Bantuan Lampu Tinggi, dan Pengesan Titik Buta.

    Untuk Dynamic RWD ini, ia ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Cosmos Black dan Aurora White, berbanding tambahan dua warna Atlantis Grey dan Arctic Blue untuk dua abangnya. Sime Darby Beyond Auto selaku pengedar rasmi BYD di Malaysia turut menawarkan untuk 100 unit tempahan pertama varian Dynamic RWD ini bakal menerima pengecas Wall Box Home secara percuma.

     
     
  • Hyundai Santa Fe facelift 2024 dilancar di Malaysia – 2.2L Diesel, 1.6 Hybrid 230 PS, bermula RM185,888

    Hyundai Santa Fe facelift 2024 dilancar di Malaysia – 2.2L Diesel, 1.6 Hybrid 230 PS, bermula RM185,888

    Hyundai Santa Fe generasi ke-empat dalam versi facelift akhirnya dilancarkan di pasaran Malaysia hari ini. Model ini telah membuat kemunculan sulungnya di sini ketika berlangsungnya acara PACE 2023 pada November, serentak dengan pembukaannya tempahannya untuk pasaran tempatan.

    Ia terus hadir dalam versi pemasangan tempatan (CKD), dan ditawarkan dalam tiga varian iaitu 1.6L Turbo Hybrid Plus, 1.6L Turbo Hybrid Max dan 2.2L Turbodiesel Max masing-masing dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM195,888, RM209,888 dan RM215,888. Namun untuk 100 pembeli terawal, Hyundai Malaysia turut memberikan diskaun sebanyak RM10,000 menjadikan harga tersebut bermula RM185,888, RM199,999 dan RM205,888. Ketiga-tiga varian ini menerima perlindungan waranti selama lima-tahun atau 300,000 km.

    Untuk model hibrid, ia menggabungkan enjin petrol turbo 1.6 liter Gamma II dengan suntikan bahan api terus (T-GDI) yang menghasilkan kuasa 180 PS dan tork 265 Nm, bersama motor elektrik 44.2 kW. Secara keseluruhan unit rangkaian kuasa ini memberikan kuasa 230 PS dan tork maksima 350 Nm yang disalurkan hanya pada roda hadapan menerusi kotak gear automatik enam-kelajuan.

    Hyundai Santa Fe facelift 2024 dilancar di Malaysia – 2.2L Diesel, 1.6 Hybrid 230 PS, bermula RM185,888

    Sekiranya anda mahu Sante-Fe dengan kebolehan pacuan semua roda, ia hanya ditawarkan pada versi diesel kerana enjin turbodiesel 2.2 liter CRDi berkuasa 193 PS dan tork maksima 440 Nm yang dibekalkan dipadankan bersama kotak gear DCT automatik klac basah lapan-kelajuan dan juga sistem AWD HTRAC Hyundai.

    Walaupun diklasifikasikan sebagai model facelift, Santa Fe yang dipertingkat ini sebenarnya sudah menggunakan platform baharu. Ia dihasilkan dengan dimensi 4,785 mm panjang, 1,900 mm lebar, 1,685 mm tinggi (1,710 mm dengan rel bumbung) dan jarak rodanya pula sejauh 2,765 mm. Model hibrid pacuan hadapan menampilkan kelegaan tanah 176 mm, manakala model diesel dengan sistem AWD pula diberikan kelegaan lebih tinggi iaitu 206 mm.

    Santa Fe facelift ini diberikan muka dengan lampu nyalaan siang di sebelah atas kekal ‘sepet’ dan tirus, manakala lampu hadapan utamanya (menggunakan projektor bi-function LED) pada bampar kini nampak bersepadu terus dengan gril utama. Rekaan ini juga membolehkan satu kemasan seakan liang udara pada bahagian sisi diberikan bersama gril bawah yang lebih besar.

    Satu lagi jika anda perasan, grafik LED lampu nyalaan siang pada sebelah atas kelihatan bersambung dengan jalur grafik LED yang menyala pada lampu utama di bawah, menyerlahkan bentuk seakan huruf T.

    Di belakang, Santa Fe diberikan lampu dengan kluster yang nampak sama seperti sebelum ini, namun ia kini hadir dengan grafik LED yang juga membentuk huruf T. Manakala bar krom yang merentangi pintu tailgate bagi menyambungkan kedua-dua lampu kini digantikan dengan reflektor berwarna merah.

    Perbezaan antara varian boleh dikenali pada sebelah luar menerusi set roda yang dipadankan. Varian Hybrid Plus diberikan rim aloi 17-inci dengan tayar 235/65R17, manakala Hybrid Max pula menerima rim 19-inci dengan tayar 235/55R19. Bagi varian Diesel Max, ia tampil dengan rim aloi paling besar bersaiz 20-inci, dibalut dengan tayar 255/45R20. Dua varian tertinggi Max juga diberikan rel bumbung.

    Hyundai Santa Fe facelift 2024 dilancar di Malaysia – 2.2L Diesel, 1.6 Hybrid 230 PS, bermula RM185,888

    Pada bahagian kabin, rekaan asas papan pemuka Santa Fe facelift ini masih kelihatan sama seperti sebelumnya. Namun rombakan besar dibuat pada konsol terowong tengah di mana ia kini kelihatan lebih tinggi dan lebih landai, dan tombol gear tradisional juga tidak lagi digunakan sebaliknya digantikan dengan butang ‘shift-by-wire’.

    Turut kelihatan disebelah butang gear tersebut adalah suis kawalan Terrain Mode, untuk pilihan mod pemanduan Eco, Sport, Comfort dan Smart, serta pilihan mod sistem pacuan semua roda HTRAC yang hadir dengan pilihan Sand, Snow dan Mud.

    Varian Hybrid Plus diberikan kluster instrument analog bersama paparan pelbagai info dengan skrin LCD TFT 4.25-inci Supervision, manakala dua varian tertinggi Max menerima panel instrumen digital penuh dengan skrin TFT LCD 12.3-inci, serta tambahan perincian lain seperti tempat duduk balutan kulit (Hybrid Plus dengan balutan fabrik) larasan kuasa dan pintu tailgate bantuan kuasa.

    Kesemua varian menerima kit standard yang sama termasuk sistem infotainmen dengan skrin sesentuh lapan-inci bersama sokongan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar serta fungsi arahan suara, sistem audio enam-pembesar suara, pendingin hawa dwi-zon dengan liang penghembus kabin belakang, kamera undur dengan Dynamic Parking Guide, sistem kunci pintar dan butang penghidup enjin, fungsi remote start, brek parkir elektronik, cermin pandang belakang elektro-kromik dan pengecas telefon tanpa wayar.

    Untuk keselamatan pula, ketiga-tiga varian dibekalkan dengan dengan enam beg udara, ABS, ESC, bantuan mula-mendaki, kawalan brek turun bukit dan cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX.

    Ia juga menerima sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) Hyundai SmartSense yang memberikan fungsi cruise control adaptif, Bantuan Mengelak Pelanggaran Hadapan, Bantuan Kekal Lorong, Bantuan Ikut Lorong, Amaran Kepekaan Pemandu, Bantuan Lampu Tinggi, Bantuan Mengelak Pelanggaran Titik Buta, Amaran Pelanggaran Titik Buta, Bantuan Mengelak Pelanggaran Trafik Lintasan Belakang, Kepekaan Penumpang Belakang dan Amaran Keluar Selamat.

    Empat warna badan ditawarkan untuk Santa Fe facelift 2024 pasaran Malaysia ini iaitu Snowflake White Pearl, Jet Black, Meteor Grey dan Stormy Sea. Model ini kini sedang dipamerkan di acara Sime Darby Motors Automania yang berlangsung di Tempat Parkir B Stadium Nasional Bukit Jalil bermula hari ini hingga Ahad.

    Jadi anda boleh bawa seisi keluarga untuk melihat dan mencuba sendiri SUV segmen-D tujuh-tempat duduk ini ketika acara berkenaan berlangsung. Semua tempahan kenderaan yang dibuat dalam Sime Darby Motor Automania ini akan diberikan peluang untuk memenangi skuter elektrik BMW Motorrad yang bernilai RM38,500.

    GALERI: Hyundai Santa Fe facelift 2024 di Malaysia

     
     
  • Volkswagen Group Malaysia rai unit CKD ke-50,000 kilangnya di Pekan; Golf GTI warna Oryx White

    Volkswagen Group Malaysia rai unit CKD ke-50,000 kilangnya di Pekan; Golf GTI warna Oryx White

    Pengarah urusan Volkswagen Group Malaysia (VGM), Dr. Susanne Lehmann dan juga ketua kualiti syarikat, Kai Hooge mengumumkan bahawa syarikat itu telah pun meraikan kenderaan unit ke-50,000 yang keluar dari kilang Hicom di Pekan, Pahang.

    Buat masa sekarang kilang berkenaan memasang model-model seperti Golf, Arteon, Tiguan Allspace dan terbaharu SUV mewah Volkswagen Touareg. Unit ke-50,000 berkenaan adalah sebuah Volkswagen Golf GTI dalam warna Oryx White – kilang ini juga memasang varian paling berkuasa Golf iaitu Golf R, yang merupakan satu-satunya fasiliti di luar Jerman yang memasang model tersebut.

    Volkswagen Golf juga meraikan ulangtahun yang ke-50 tahun ini, di mana kilang ini turut memasang model edisi terhad sempena sambutan tersebut iaitu Golf Edition 50. Baru-baru ini Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM) turut telah mendapat pengiktirafan dalam Malaysian Book of Records kerana dapat mengumpulkan 370 buah Golf ketika berlangsungnya Volkswagen Golf Fan Fest 2024 bagi meraikan ulangtahun tersebut.

    Mei lalu, menteri perdagangan dan industri antarabangsa, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mendedahkan bahawa Volkswagen mensasarkan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat eksport kenderaan-kenderaannya bagi rantau ASEAN. Beliau turut menambah sasaran itu bukan hanya melibatkan model-model biasa, malah Volkswagen turut merancang untuk memasang model-model elektrik penuh (EV) di sini.

    Kilang Hicom di Pekan ini mula memasang model-model Volkswagen sejak tahun 2012, bermula dengan Passat selepas itu diikuti dengan Polo dalam versi sedan dan hatchback, serta Jetta pada 2014. Kilang ini mula memasang Tiguan ketika ia dilancarkan di sini pasa 2017, kemudian digantikan dengan versi lebih besar iaitu Tiguan Allspace pada 2020. Manakala Golf mula dipasang di sini pada 2022, dan Touareg pula bermula tahun ini.

     
     
  • KTMB tambah tren ETS laluan KL Sentral-Padang Besar sempena cuti sekolah, hari peristiwa; 13-22 Sept

    KTMB tambah tren ETS laluan KL Sentral-Padang Besar sempena cuti sekolah, hari peristiwa; 13-22 Sept

    Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan pertambahan dua tren bagi perkhidmatan tren elektrik (ETS) laluan KL Sentral-adang Besar-KL Sentral antara 13 hingga 22 September 2024. Ia adalah bersempena dengan musim cuti sekolah penggal kedua dan cuti peristiwa Hari Malaysia serta Maulidur Rasul, laporan Harian Metro.

    Tren tambahan ini adalah bagi memenuhi permintaan penumpang yang meningkat semasa musim cuti sekali gus membantu mengurangkan kesesakan trafik bagi mereka yang ingin pulang ke kampung halaman, menurut KTMB.

    “Sebanyak 630 tiket sehari dan mula dijual pada hari ini (6 September), menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,300 tiket yang merangkumi koc kelas perniagaan.

    “Jadual operasi tren ETS tambahan Padang Besar-KL Sentral akan berlepas pada setiap pukul 11.05 pagi dan tiba pada 4.30 petang manakala bagi KL Sentral-Padang Besar, tren akan berlepas pada 5 petang dan tiba pukul 10.20 malam,” menurut KTMB.

    KTMB juga menasihati orang ramai untuk membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) yang boleh dimuat turun melalui Play Store, App Store dan App Gallery atau laman sesawang rasmi KTMB.

     
     
  • Volvo sasar jual 90-100% model EV dan PHEV pada 2030; hibrid ringkas juga terus dijual jika perlu

    Volvo sasar jual 90-100% model EV dan PHEV pada 2030; hibrid ringkas juga terus dijual jika perlu

    Kita sudah tahu bahawa Volvo akan lambatkan peralihan sepenuhnya kepada EV di mana ia tidak lagi menetapkan 2030 sebagai tahun penamat ia menawarkan model-model dengan enjin pembakaran dalaman, seperti yang diikrar pada 2021. Jadi apa sasaran baharu jenama automotif Sweden berkenaan?

    Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Volvo menyatakan bahawa ia telah membuat keputusan bagi melaras semula sasaran elektrifikasi ini “kerana perubahan situasi dalam pasaran dan permintaan pelanggan”. Jadi sasaran baharu yang ditetapkan oleh Volvo menjelang 2030 nanti, 90 hingga 100% jumlah jualannya di seluruh dunia adalah terdiri dari model EV penuh dan juga plug-in hybrid (PHEV).

    Ini bermakna walaupun ia menjual kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman, ia masih menerima bantuan elektrifikasi dengan bateri yang boleh dicas seperti EV. “0-10% selebihnya akan membolehkan sejumlah kecil model dengan sistem hibrid ringkas dijual, sekiranya ia diperlukan. Ini akan menggantikan cita-cita syarikat sebelumnya ini untuk menjual model elektrik sepenuhnya menjelang 2030,” kata Volvo.

    Buat masa sekarang antara sebab mengapa jualan EV mula perlahan adalah kerana penawaran yang melebihi permintaan semasa. Jadi Volvo kini dalam landasan tepat untuk menyingkirkan jualan model dengan enjin pembakaran dalaman pada masa hadapan.

    Volvo sasar jual 90-100% model EV dan PHEV pada 2030; hibrid ringkas juga terus dijual jika perlu

    Volvo kini mempunyai lima model EV sepenuhnya yang telah dijual dalam pasaran dan lima lagi dalam pembangunan. Menjelang 2025, Volvo menjangkakan peratusan produknya yang menerima teknologi elektrifikasi akan berada antara 50 hingga 60%.

    Ini membolehkan Volvo melengkapkan barisan model EV penuhnya menjelang akhir dekad ini, dan “membolehkan Volvo untuk mengambil langkah beralih terus kepada elektrifikasi penuh apabila tiba pada keadaan pasaran yang sesuai,” kata Volvo lagi.

    Sasaran jangkamasa panjang Volvo masih lagi kekal untuk menjadi jenama elektrik sepenuhnya, dan ia turut mensasarkan untuk mencapai emisi gas rumah hijau sifar sepenuhnya menjelang 2040.

    “Kami bertekad dengan kepercayaan kami bahawa masa depan kami adalah elektrik. Sebuah kereta elektrik memberikan pengalaman pemanduan yang unggul dan meningkatkan kemungkinan untuk menggunakan teknologi termaju yang meningkatkan pengalaman pelanggan secara keseluruhan,” kata CEO Volvo cars, Jim Rowan.

    “Bagaimanapun, adalah jelas bahawa peralihan kepada elektrifikasi tidak akan berkadar linear, dan pelanggan serta pasaran bergerak pada rentak penggunaan yang berbeza. Kami pragmatik dan fleksibel, dalam masa yang sama kekal sebagai peneraju industri berkaitan elektrifikasi dan kemampanan,” tambahnya.

    Volvo sasar jual 90-100% model EV dan PHEV pada 2030; hibrid ringkas juga terus dijual jika perlu

    Volvo EX90 (kiri) dan Volvo XC90 facelift 2025 (kanan)

    Volvo mengaitkan kelembapan dalam pertumbuhan EV ini dengan beberapa aspek seperti kadar penyediaan infrastruktur pengecasan yang lebih perlahan daripada jangkaan, penarikan balik insentif kerajaan di sesetengah pasaran dan ketidaktentuan tambahan yang ditimbulkan oleh tarif terkini ke atas EV di pelbagai pasaran. Volvo juga terus melihat keperluan untuk dasar kerajaan yang lebih kukuh dan lebih stabil untuk menyokong peralihan kepada elektrifikasi.

    “Kami tidak dogmatik mengenai cita-cita 2030 kami. Paling penting ialah kami menyediakan produk yang pelanggan kami inginkan. Kami akan bersedia untuk beralih menggunakan elektrik sepenuhnya dekad ini, tetapi jika infrastruktur pasaran dan penerimaan pelanggan tidak mencapai tahap, kami boleh mempertimbangkan untuk mengambil masa beberapa tahun lagi,” katanya pada acara hari 90/90, di mana XC90 facelift baharu telah didedahkan.

    Penawaran satu lagi versi facelift untuk XC90 ini adalah salah satu contoh pendekatan baharu yang dibuat oleh Volvo. Walaupun produksi untuk SUV EV EX90 telah bermula Jun lalu dan kumpulan pertamanya sedang dihantar kepada pelanggan (turut akan dilancarkan di Malaysia tak lama lagi), Volvo tidak menghentikan terus pengeluaran bagi model XC90 yang masih menggunakan enjin pembakaran dalaman.

    Pendekatan ini akan “memberikan pelanggan pilihan yang terbaik untuk disesuaikan dengan mereka” dalam masa yang sama memberikan Volvo “keseimbangan portfolio ketika kami beralih sepenuhnya ke arah elektrifikasi penuh”, kata Rowan.

     
     
  • Jaecoo Malaysia tubuhkan J-Club — lebih 500 unit J7 AWD diserahkan kepada pelanggan, 2WD seterusnya

    Jaecoo Malaysia tubuhkan J-Club — lebih 500 unit J7 AWD diserahkan kepada pelanggan, 2WD seterusnya

    Jaecoo Malaysia bahawa serahan kepada pelanggan bagi model J7 AWD sudah bermula lebih awal daripada jadual. Lebih 500 unit SUV berkenaan telah diserahkan kepada pemiliknya setakat ini, susulan serahan 500 unit terawal yang dilakukan kepada pengedar sebelum ini.

    “Kami sangat berbesar hati dengan sambutan yang ditunjukkan oleh pelanggan yang ingin memandu pulang SUV idaman Jaecoo J7 mereka atau segera memulakan perjalanan kegemaran mereka. Selari komitmen kami untuk menyerahkan kenderaan mengikut jadual, Jaecoo Malaysia juga mengambil masa dan usaha untuk memastikan semua kenderaan berada dalam kualiti terbaik yang menepati piawaian keselamatan antarabangsa yang ketat,” ujar Naib Presiden Eksekutif Chery Corporate Malaysia, Leo Chen.

    Akan menyusul ialah serahan bagi varian J7 2WD pula, yang menurut Jaecoo Malaysia akan tiba di tangan pengedar lebih awal daripada jadual dalam bulan September ini. J7 merupakan unit CKD dari kilang Chery di Shah Alam yang dilancarkan pada 19 Julai lalu.

    Jaecoo Malaysia tubuhkan J-Club — lebih 500 unit J7 AWD diserahkan kepada pelanggan, 2WD seterusnya

    Selain itu, Jaecoo Malaysia juga mengumumkan pengenalan kelab pemiliknya, J-Club. Pelanggan akan didaftarkan secara automatik dan antara manfaat yang boleh dinikmati ialah tawaran servis, aktiviti sosial seperti glamping, bengkel penjagaan kereta, jemputan eksklusif ke acara yang melibatkan artis dan auto show serta peluang untuk melawat kilang Chery di China.

    “Pengalaman pemilikan premium bersama Jaecoo merupakan sebuah perjalanan. Kami teruja untuk terus bersama dengan pelanggan bahkan selepas serahan kenderaan dilakukan melalui J-Club elit ini. Antara komitmen kami adalah untuk memastikan juruteknik terlatih Jaecoo untuk menangani keperluas setiap pemilik untuk kelegaan fikiran mereka,” jelas Naib Presiden Jaecoo Malaysia, Emily Lek.

    Perjumpaan pertama J-Club adalah pada 7 September nanti di Sentul Pavilion, KL. Ahli akan dimaklumkan melalui emel, Whatsapp, WeChat dan laman Facebook J-Club.

    Kedua-dua varian AWD dan 2WD bagi Jaecoo J7 dilengkapi dengan enjin 1.6 liter turbo empat-silinder yang menjana 194 hp dan 290 Nm, digandingkan dengan transmisi automatik klac berkembar tujuh kelajuan. J7 dijual di Malaysia dengan harga RM138,800 bagi varian 2WD, manakala varian AWD pula berharga RM148,800.

     
     
  • Volvo lambatkan peralihan penuh EV, model dengan enjin pembakaran dalaman akan ditawar selepas 2030

    Volvo lambatkan peralihan penuh EV, model dengan enjin pembakaran dalaman akan ditawar selepas 2030

    Volvo antara pengeluar terawal yang menyatakan bahawa ia akan beralih sepenuhnya kepada teknologi EV – pada 2021, jenama automotif Sweden itu mengeluarkan kenyataan berani dengan mengumumkan bahawa ia tidak lagi akan menjual model dengan enjin pembakaran dalaman selepas 2030.

    Ketika pengumuman itu dibuat, momentum pasaran EV dilihat semakin menaik dimana banyak negara memberikan insentif untuk pembelian EV bagi mempromosikan penggunaan kenderaan lebih mesra alam tersebut. Namun buat masa sekarang, jualan EV sudah mulai tepu dan permintaanya sudah mula menurun.

    Dengan mengambil perkembangan semasa, Volvo nampaknya mula mengubah pendirian mereka dan melambatkan proses peralihan penuh tersebut. Menurut CEO Volvo Jim Rowan dalam laporan Autocar, Volvo nampaknya masih akan menjual model hibrid dengan enjin pembakaran dalaman selepas tahun 2030 nanti.

    “Kami tidak dogmatik mengenai cita-cita 2030 kami. Paling penting ialah kami menyediakan produk yang pelanggan kami inginkan. Kami akan bersedia untuk beralih menggunakan elektrik sepenuhnya dekad ini, tetapi jika infrastruktur pasaran dan penerimaan pelanggan tidak mencapai tahap, kami boleh mempertimbangkan untuk mengambil masa beberapa tahun lagi,” katanya pada acara hari 90/90, di mana XC90 facelift baharu telah didedahkan.

    Volvo lambatkan peralihan penuh EV, model dengan enjin pembakaran dalaman akan ditawar selepas 2030

    Volvo EX90 (kiri) dan Volvo XC90 facelift 2025 (kanan)

    Jadi dengan perubahan tarikh akhir peralihan EV ini Volvo akan terus membangunkan unit rangkaian kuasa hibrid. “Peralihan kepada elektrifikasi tidak akan linear. Pelanggan dan pasaran bergerak pada rentak yang berbeza, dan oleh itu kami akan terus melabur dalam hibrid supaya di mana sahaja anda berada dalam perjalanan anda untuk memandu elektrik, anda boleh memiliki Volvo yang sesuai dengan keperluan dan situasi anda,” tambahnya lagi.

    Penawaran satu lagi versi facelift untuk XC90 ini adalah salah satu contoh pendekatan baharu yang dibuat oleh Volvo. Walaupun produksi untuk SUV EV EX90 telah bermula Jun lalu dan kumpulan pertamanya sedang dihantar kepada pelanggan (turut akan dilancarkan di Malaysia tak lama lagi), Volvo tidak menghentikan terus pengeluaran bagi model XC90 yang masih menggunakan enjin pembakaran dalaman.

    Pendekatan ini akan “memberikan pelanggan pilihan yang terbaik untuk disesuaikan dengan mereka” dalam masa yang sama memberikan Volvo “keseimbangan portfolio ketika kami beralih sepenuhnya ke arah elektrifikasi penuh”, kata Rowan.

    Volvo XC90 generasi sedia ada sudahpun dijual sejak 2014, dan model facelift yang baru diperkenalkan ini menampilkan muka dengan pengaruh dari EX90 bagi membolehkan ia kekal relevan dalam pasaran.

    Volvo EX90 (kiri) dan Volvo XC90 facelift 2025 (kanan)

    Ia juga masih mengekalkan unit rangkaian kuasa dengan pilihan sama seperti model sebelumnya iaitu B5, B6 dan pilihan paling berkuasa plug-in hybrid T8 AWD. Versi asas B5 menerima enjin 2.0 liter empat-silinder turbo berkuasa 250 PS dan tork maksima 360 Nm dan juga sistem hibrid ringkas 48-volt, membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam masa 7.7 saat. Varian B6 juga dibekalkan dengan enjin dan sistem hibrid yang sama, tetapi ia ditala bagi menghasilkan kuasa 299 PS.

    Manakala untuk T8 AWD, enjin turbo tersebut ditambah dengan supercharger bagi menghasilkan kuasa 310 PS dan tork maksima 400 Nm. Kuasa berkenaan disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear automatik lapan kelajuan. Tidak cukup dengan itu, gandar belakang pula dipadankan dengan motor elektrik berkuasa 145 PS/309 Nm, yang bukan sahaja memberikan kebolehan pacuan semua roda, malah menjadikan kuasa keseluruhan SUV ini berjumlah 455 PS.

    Walau bagaimanapun, kuasa tersebut sebenarnya berkurangan dari versi sebelumnya yang dibekalkan dengan kuasa keseluruhan 462 PS/709 Nm. Oleh itu pecutan 0-100 km/j juga sedikit lambat dengan catatan 5.4 saat berbanding 5.3 saat sebelum ini.

    Untuk motor elektrik pada gandar belakang, ia dibekalkan kuasa menerusi bateri berkapasiti 18.8 kWj, membolehkan ia bergerak dengan hanya kuasa elektrik dalam jarak antara 63 hingga 71 km. Ia juga boleh dicas semula seperti model EV sebenar – dengan pengecas AC 6.4 kW, cas penuh mengambil masa sehingga tiga jam.

    GALERI: Volvo XC90 facelift 2025

    GALERI: Volvo EXC90

     
     
  • Volvo XC90 facelift 2025 didedahkan – muka lebih segar, T8 PHEV berkuasa 455 PS, jarak EV 70 km

    Volvo XC90 facelift 2025 didedahkan – muka lebih segar, T8 PHEV berkuasa 455 PS, jarak EV 70 km

    Sedar tak sedar, model generasi kedua SUV Volvo XC90 sudahpun menjangkau tahun ke-10 pengeluarannya. Volvo tidak bercadang untuk menghasilkan model generasi baharu untuk XC90 kerana ia sedang masuk ke peralihan elektrik sepenuhnya, jadi SUV mewah dengan enjin pembakaran dalaman ini diberikan satu lagi versi facelift bagi membolehkan ia terus relevan dalam pasaran.

    Perubahan ketara diberikan pada bahagian hadapan di mana fender sisi, penutup bonet, lampu utama gril dan bampar kssemuanya menerima komponen baharu. Ia menerima inspirasi rekaan dari model EV penuh Volvo seperti EX90 dan EX30, menampilkan lampu hadapan dengan bentuk ‘Tukul-Thor’ yang lebih jelas.

    Lampu berkenaan direka ‘tertusuk’ terus pada gril hadapan yang tiada lagi unsur klasik Volvo seperti rekaan jail bar atau egg crate sebelum ini, sebaliknya diberikan elemen garisan silang-menyilang yang dipisahkan menerusi palang dan logo ‘Iron Mark’ jenama automotif Sweden itu.

    Volvo XC90 facelift 2025 didedahkan – muka lebih segar, T8 PHEV berkuasa 455 PS, jarak EV 70 km

    Manakala untuk bampar, rekaannya menampilkan sepasang liang udara yang direka menegak, membolehkan liang ambilan udara tengah dihasilkan lebih lebar. Bonet dan juga fender hadapan juga direka semula bagi disesuaikan dengan muka baharu ini.

    Walau bagaimanapun, rupa bahagian sisi dan belakang masih lagi nampak sama seperti versi facelift sebelumnya. Penyegaran yang dibuat adalah menerusi rekaan baharu pada set rim dan juga lampu belakang yang naopak lebih gelap.

    Bagi memberikan aura seperti model baharu sepenuhnya, Volvo turut memberikan papan pemuka baharu pada SUV ini. Namun ia dilihat masih menampilkan susunan yang sama seperti model sebelumnya seperti skrin dan liang pendingin hawa yang direka menegak bersama suis kawalan ringkas di bawahnya.

    Volvo XC90 facelift 2025 didedahkan – muka lebih segar, T8 PHEV berkuasa 455 PS, jarak EV 70 km

    New Volvo XC90 Interiors

    Ia masih lagi menerima tombol gear kristal Orrefors, tetapi diberikan rekaan konsol terowong dan roda stereng berbeza. Sistem bunyi Bowers & Wilkins masih ditawarkan secara opsyen dengan 19-pembesar suara, namun kuasanya kini hanya 1,100 watt. Untuk skrin infotainmen, ia kini bersaiz 11.2-inci dengan ketumpatan piksel 21% lebih tinggi, serta hadir dengan antara muka yang sama seperti EX90 dan EX30.

    Volvo XC90 ini juga masih sebuah SUV dengan tujuh-tempat duduk, dan ia menerima beberapa tingkat taraf praktikaliti yang dibuat menerusi maklum balas pengguna model sebelumnya. Ia adalah termasuk pemegang cawan pada konsol terowong yang lebih kecil, pengecas tanpa wayar dipindahkan ke bahagian hadapan, perapi-perapi dalaman bertekstur kini diperbuat dari bahan kitar semula dan juga lampu suasana kabin yang dipertingkat.

    Untuk unit rangkaian kuasa, XC90 facelift ini masih tampil dengan pilihan sama seperti model sedia ada iaitu B5, B6 dan pilihan paling berkuasa plug-in hybrid T8 AWD. Versi asas B5 menerima enjin 2.0 liter empat-silinder turbo berkuasa 250 PS dan tork maksima 360 Nm dan juga sistem hibrid ringkas 48-volt, membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam masa 7.7 saat. Varian B6 juga dibekalkan dengan enjin dan sistem hibrid yang sama, tetapi ia ditala bagi menghasilkan kuasa 299 PS.

    Manakala untuk T8 AWD, enjin turbo tersebut ditambah dengan supercharger bagi menghasilkan kuasa 310 PS dan tork maksima 400 Nm. Kuasa berkenaan disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear automatik lapan kelajuan. Tidak cukup dengan itu, gandar belakang pula dipadankan dengan motor elektrik berkuasa 145 PS/309 Nm, yang bukan sahaja memberikan kebolehan pacuan semua roda, malah menjadikan kuasa keseluruhan SUV ini berjumlah 455 PS.

    Walau bagaimanapun, kuasa tersebut sebenarnya berkurangan dari versi sebelumnya yang dibekalkan dengan kuasa keseluruhan 462 PS/709 Nm. Oleh itu pecutan 0-100 km/j juga sedikit lambat dengan catatan 5.4 saat berbanding 5.3 saat sebelum ini.

    Untuk motor elektrik pada gandar belakang, ia dibekalkan kuasa menerusi bateri berkapasiti 18.8 kWj, membolehkan ia bergerak dengan hanya kuasa elektrik dalam jarak antara 63 hingga 71 km. Ia juga boleh dicas semula seperti model EV sebenar – dengan pengecas AC 6.4 kW, cas penuh mengambil masa sehingga tiga jam.

    Secara standard, XC90 facelift ini dipadankan dengan penyerap hentak yang ditingkat taraf, didakwa dapat “mengadaptasi secara mekanikal” keadaan jalan raya yang berubah-ubah. Namun Volvo masih menawarkan pilihan penyerap hentak adaptif seperti sebelumnya. Penebat-penebat bunyi turut ditambah bagi mengurangkan bunyi jalan dan angin ketika bergerak.

    Sistem-sistem bantuan pemanduan juga masih kekal, dengan antara fungsi yang dibekalkan termasuk brek kecemasan automatik dengan pengesan pejalan kaki, penunggang basikal, kenderaan dari hadapan dan haiwan besar, pemanduan semi-autonomus Tahap 2 Pilot Assist, perlindungan keluar jalan raya, bantuan berhenti kecemasan, pemantau titik buta dan amaran lintasan trafik belakang dengan brek automatik. Ada sebahagian pasaran turut menerima sistem komunikasi vehicle-to-X (V2X).

    Volvo XC90 facelift 2025 ini sudahpun boleh ditempah di pasaran Eropah, manakala produksi dan penghantaran pertamanya kepada pelanggan akan bermula pada akhir tahun ini.

     
     
  • Budak 10 tahun pandu kereta langgar kenderaan diparkir di bahu jalan di Seremban, ibu dipanggil polis

    Budak 10 tahun pandu kereta langgar kenderaan diparkir di bahu jalan di Seremban, ibu dipanggil polis

    Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din mengesahkan ibu kepada kanak-kanak berusia 10 tahun yang memandu sebuah kereta sehingga terbabit kemalangan di Taman Arowana Impian pada malam Selasa lalu sudah dipanggil untuk beri keterangan.

    “Kami sudah memanggil ibunya semalam bagi mengambil keterangan berhubung kejadian itu. Bapanya belum dipanggil kerana difahamkan dalam keadaan uzur. Kami akan menjalankan siasatan hasil daripada keterangan dan berkemungkinan pasangan berusia 40-an itu akan direman. Bagaimanapun bergantung atas budi bicara mahkamah, bapanya mungkin tidak akan ditahan atas alasan kesihatan. Terpulang kepada majistret,” katanya, memetik laporan Harian Metro.

    Pada Selasa lalu, kira-kira jam 9.30 malam, kanak-kanak lelaki berkenaan yang memandu kereta Toyota Corolla milik keluarganya telah melanggar kenderaan yang diparkir di bahu jalan di Jalan Arowana 2, Taman Arowana Impian. Dalam kejadian tersebut, dia turut membawa seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dan mujur juga kedua-duanya tidak mengalami kecederaan.

    “Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Toyota Corolla dipandu oleh kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun bersama kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang merupakan jirannya. Kereta itu dari arah Apartment Arowana Impian menuju ke arah Taman Arowana Impian,” kata Mohamad Hatta menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

    Tambahnya, semasa melalui satu selekoh, kereta dipandu terbabas dan melanggar sebuah van Toyota yang diparkir di bahu kiri jalan yang menyebabkan van itu menggelongsor ke hadapan dan melanggar sebuah Perodua Kancil yang diparkir di hadapannya.

    Kes disiasat di bawah Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 111 di bawah akta sama, Kaedah 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

    Justeru, pihak polis menasihati semua pihak agar mematuhi peraturan jalan raya dan ibu bapa atau penjaga perlu memerhati serta memantau tindakan anak-anak di bawah jagaan bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku. Di mana tindakan tegas akan diambil kepada pemandu yang melakukan kesalahan, jika pesalah adalah kanak-kanak, ibu bapa atau penjaga juga akan dikenakan tindakan.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.13 (-0.04)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.00
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.90 (-0.04)
EURO 5 B7 RM3.10 (-0.04)
Last Updated Aug 14, 2025