Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • Toyota Corolla Cross facelift turut akan membuat kemunculan sulung di KLIMS 2024 – dilancar terus?

    Toyota Corolla Cross facelift turut akan membuat kemunculan sulung di KLIMS 2024 – dilancar terus?

    Selain dari Camry XV80, menerusi teaser Beyond Zero yang baru disiarkan oleh laman media sosial Toyota Malaysia membayangkan bahawa ia turut akan membawa Toyota Corolla Cross facelift ke Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2024 yang bakal berlangsung bermula 5 hingga 11 Disember di Pusat Pameran & Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

    Kehadiran model ini di KLIMS sebenarnya memang sudah dapat diagak kerana tempahannya sudahpun dibuka pada bulan lalu. Toyota Malaysia turut sudah mendedahkan bahawa Corolla Cross facelift pasaran tempatan akan ditawarkan dalam dua varian iaitu Corolla Cross Hybrid Electric dan Corolla Cross HEV GR Sport, manakala harga anggarannya pula diumum bermula pada RM140,000. Jadi ada kemungkinan ia akan terus dilancarkan pada pasaran Malaysia pada KLIMS nanti.

    Toyota Corolla Cross facelift turut akan membuat kemunculan sulung di KLIMS 2024 – dilancar terus?

    Toyota Corolla Cross HEV Premium facelift pasaran Thailand

    Model facelift ini menyaksikan semua varian Corolla Cross pasaran Malaysia akan dijana unit rangkaian kuasa hibrid elektrik, berbanding sebelum ini varian GR Sport ditawarkan dengan enjin petrol sepenuhnya. Manakala bagi penyegaran rupa, model pasaran Malaysia ini adalah sama seperti versi facelift yang sudahpun dilancarkan di Thailand Februari lalu.

    Model kemaskini ini menerima rombakan rekaan pada bahagian muka dengan diberikan lampu hadapan LED-penuh baharu bersama gril atas yang lebih nipis. Manakala gril pada bahagian bampar kini direka tanpa bingkai dan menampilkan elemen sarang lebah.

    Toyota Corolla Cross HEV Premium facelift pasaran Thailand

    Tiada lagi imej bahagian kabin didedahkan, namun apa yang telah disahkan oleh Toyota Malaysia adalah pedal kaki untuk brek parkir akan digantikan dengan brek parkir elektronik yang lebih moden, serta memberikan fungsi brake hold automatik. Skrin sembilan-inci sebelum ini juga akan digantikan dengan skrin 10-inci yang lebih besar dan diberikan fungsi Android Auto dan Apple CarPlay hubungan tanpa wayar.

    Perincian lain yang telah disahkan oleh UMWT untuk Corolla Cross facelift ini termasuk monitor pandangan 3D panaromik serta sistem telemetik kenderaan yang telah ditingkat taraf dengan fungsi penghidup enjin jarak jauh.

    Toyota Corolla Cross HEV GR Sport facelift pasaran Thailand

    Lima warna ditawarkan untuk Corolla Cross Hybrid Electric iaitu Celestite Grey Metallic, Red Mica Metallic, Silver Metallic, Platinum White Pearl dan warna baharu Dark Turquoise. Manakala bagi Corolla Cross HEV GR Sport pula, ia diberikan tiga warna dua tona iaitu Platinum White Pearl, Red Mica Metallic dan Dark Turquoise – semuanya digandingkan dengan bumbung hitam.

    Manakala pada bahagian dalaman, model GR Sport ini datang dengan upholsteri kulit hitam dan serlahan jahitan benang merah serta logo GR yang cop pada perehat kepala tempat duduk hadapan. Varian GR Sport ini bukan hadir dengan hanya gaya lebih garang, malah ia turut menawarkan set suspensi lebih keras dan juga set pendakap-pendakap casis bagi memberikan prestasi pengendalian yang lebih sporty.

    Tiada perincian unit rangkaian kuasa dinyatakan oleh Toyota Malaysia, namun dijangkakan ia terus dijana oleh sistem sama pada model sedia ada. Corolla Cross HEV digerakkan oleh enjin 1.8 liter Dual VVT-i NA empat silinder yang digandingkan dengan motor elektrik, menghasilkan kuasa keseluruhan 122 PS untuk memacu roda hadapan.

    Namun Toyota Malaysia ada mengesahkan bahawa kedua-dua varian ini akan menerima pelindungan waranti lima tahun tahun tanpa had perbatuan, dan juga waranti selama lapan-tahun tanpa had perbatuan untuk bateri hibrid, inverter dan juga unit kawalan komputer (ECU) pengurusan tenaga. Pembeli turut ditawarkan dengan perlindungan tambahan selama dua-tahun untuk sistem elektrifikasi tersebut dengan tambahan bayaran.

    GALERI: Toyota Corolla Cross HEV Premium facelift di BIMS 2024

    GALERI: Toyota Corolla Cross HEV GR Sport facelift di BIMS 2024

     
     
  • Mazda BT-50 facelift 2025 dilancarkan di Thailand – terima enjin 2.2L MaxForce baharu, bermula RM98k

    Mazda BT-50 <em>facelift</em> 2025 dilancarkan di Thailand – terima enjin 2.2L MaxForce baharu, bermula RM98k

    Selepas didedahkan buat pertama kali bulan lalu, trak pikap Mazda BT-50 facelift 2025 secara rasmi telah pun berada di Thailand dengan pelancaran dibuat ketika berlangsungnya Thai Motor Expo 2024. Selain dari rupa lebih segar, kembar Isuzu D-Max ini juga turut menerima enjin 2.2 liter Ddi MaxForce yang baru diperkenalkan baru-baru ini.

    Di Thailand, BT-50 facelift ini ditawarkan dalam pilihan badan Freestyle dan juga Double-Cab dan dijual pada harga bermula 762,000 baht (RM98,100) sehingga 1,352,000 baht (RM174,100). Dengan kehadiran enjin baharu berkenaan, tiada lagi BT-50 yang ditawarkan dengan enjin 1.9 liter di mana varian asas FSC 2.2 XS Hi-Racer dan DBL 2.2 XT Hi-Racer menerima enjin 2.2 liter MaxForce tersebut.

    Enjin turbodiesel dengan kod RZ4F-TC berkenaan menghasilkan 163 PS pada takat 3,600 rpm dan tork maksima 400 Nm bermula 1,600 hingga 2,400 rpm, atau 13 PS/50 Nm lebih berkuasa dari enjin 1.9 liter RZ4E-TC sebelum ini. Enjin ini juga dipadankan dengan kotak gear automatik lapan-kelajuan Rev Tronic baharu bagi menggantikan unit enam-kelajuan sebelum ini. Namun versi manual untuk model asas Freestyle cab masih diberikan kotak gear enam-kelajuan lama.

    Manakala model 3.0 XTR Hi-Racer masih lagi menggunakan enjin 4JJ3-TCX 3.0 liter turbodiesel berkuasa 190 PS/450 Nm dan kotak gear enam-kelajuan automatik sama seperti sebelum ini. Kesemua varian 2.2L dan 3.0L ini hanya memacu roda belakang, kecuali model varian tertinggi 3.0 liter XTR Hi-Racer 4X4 yang diberikan sistem pacuan empat-roda kawalan elektronik dan juga locking differential pada gandar belakang.

    Mazda BT-50 <em>facelift</em> 2025 dilancarkan di Thailand – terima enjin 2.2L MaxForce baharu, bermula RM98k

    Perubahan paling ketara pada sebelah luar yang boleh dilihat pada BT-50 facelift 2025 ini adalah pada bahagian muka di mana ia menerima gril baharu dengan elemen pin dalam kemasan hitam berkilat, serta diberikan logo Mazda yang lebih besar.

    Lampu hadapan juga dirombak dengan kluster yang direka untuk disesuaikan pada gril baharu berkenaan, dan diberikan lampu nyalaan siang LED bina dalam dengan grafik berbentuk-L berkembar. Bampar hadapan juga dikemaskini menampilkan bahagian skid plate yang lebih menonjol bagi menyerlahkan rupa lebih lasak, sementara pada perumah lampu kabus ia turut diberikan tirai udara bagi memperbaiki keberkesanan aerodinamik yang didakwa mampu memberikan penggunaan bahan api yang lebih efisien.

    Versi facelift 2024 ini juga tampil dengan rekaan rim baharu. Manakala di belakang ia menerima lampu dengan grafik baharu serta logo Mazda yang lebih besar diletak di bawah pembuka pintu tailgate belakang.

    Rupa asas sebelah dalam masih lagi sama seperti sebelum ini, tetapi diberikan beberapa tingkat taraf perincian. Saiz skrin infotainmen masih lagi sama iaitu sembilan-inci, tetapi unit baharu ini sudahpun menerima fungsi Android Auto tanpa wayar berbanding hanya Apple CarPlay tanpa wayar sebelum ini.

    Mazda BT-50 <em>facelift</em> 2025 dilancarkan di Thailand – terima enjin 2.2L MaxForce baharu, bermula RM98k

    Untuk pemandu, papan meternya juga dipertingkat dengan skrin TFT tujuh inci untuk paparan pelbagai informasi berbanding hanya 4.2-inci sebelum ini. Selain itu ia turut menerima port USB-C dan juga upholsteri baharu pada panel pintu, papan pemuka dan lain-lain bahagian. Bagi varian tertinggi, tempat duduk trak pikap ini menerima upholsteri kulit hitam dengan Maztex dan sued sintetik dalam kemasan Terracotta, bersama sulaman ‘BT-50’ pada perehat kepala.

    Perincian keselamatan juga dipertingkat dengan sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) menampilkan kamera hadapan stereo baharu bagi memberikan sudut pengesanan yang lebih luas. Ia juga diberikan fungsi tambahan seperti bantuan kesesakan trafik, brek lintasan trafik belakang dan cruise control adaptif pintar.

    Manakala sistem brek kecemasan automatik (AEB) dipertingkat untuk mengesan penunggang motosikal dan pejalan kaki di persimpangan, manakala pengekal lorong kecemasan kini boleh mengesan hujung bahu jalan tanpa garisan jalan. Walau bagaimanapun, perincian-perincian ini hanya ditawarkan untuk varian tertinggi XTR.

     
     
  • Peugeot 408 kini ditawarkan dengan 2-tahun insurans percuma bernilai RM10k, servis percuma 5-tahun

    Peugeot 408 kini ditawarkan dengan 2-tahun insurans percuma bernilai RM10k, servis percuma 5-tahun

    Peugeot 408 yang dilancarkan di sini pada April adalah satu daripada model menarik yang boleh anda beli ketika ini. Dengan kesepaduan dan pertembungan rekaan antara SUV, hatchback dan juga wagon, 408 ada kelebihan yang unik berbanding model lain dalam segmen sama di Malaysia.

    Ia hadir dalam tiga varian, Allure (RM146,055), Premium (RM166,055) dan GT (RM196,055) — harga atas jalan belum termasuk insurans. Untuk tempoh terhad, pembelian varian Premium atau GT sebelum 2024 melabuhkan tirainya akan melayakkan pelanggan untuk menikmati dua tahun insurans percuma bernilai RM10,000. Jadi perlu cepat, kerana hanya bebaki kurang sebulan sahaja lagi.

    408 digerakkan oleh enjin 1.6 liter turbo empat-silinder petrol yang menjana sebanyak 218 PS dan 300 Nm tork yang disalurkan ke roda depan melalui transmisi automatik lapan-kelajuan.

    Varian Premium turut dilengkapi dengan senarai spesifikasi yang mantap, seperti rim aloi 18-inci, enam-pembesar suara, kerusi balutan kulit, kerusi depan larasan kuasa, panel instrumen digital 10-inci dan skrin sentuh 10-inci. Varian GT yang paling tinggi pula menerima tambahan atau perbezaan seperti rim aloi 20-inci, 10-pembesar suara Focal Premium, lampu utama LED matrix automatik, lampu belakang dengan grafik LED cakaran 3D, kulit Nappa serta fungsi memori dan urutan untuk kerusi pemandu.

    Untuk aspek keselamatan, ada enam beg udara, AEB canggih, ACC, pengesan titik buta, amaran trafik di belakang, bantuan mula mendaki, pengesan papan tanda trafik maju dan sistem peninjau tekanan tayar.

    Selain itu, pembeli juga menerima lanjutan jaminan tujuh-tahun/200,000 km sebagai tawaran standard (berbanding jaminan lima-tahun/150,000 km biasa), serta servis tahun selama lima-tahun (yang merupakan peluang terakhir yang ditawarkan ketika ini).

     
     
  • Pro-Net, EVC pasang pengecas EV percuma di 100 kondo, pengguna smart, Proton eMas dapat diskaun

    Pro-Net, EVC pasang pengecas EV percuma di 100 kondo, pengguna smart, Proton eMas dapat diskaun

    Proton New Energy Technology (Pro-Net) dan pengendali JomCharge, EV Connection (EVC) berjaya membuat satu perjanjian untuk menyediakan pengecas kenderaan elektrik (EV) kepada 100 kondominium yang pada masa ini masih belum mempunyai sebarang pengecas dan memberikan kadar cas lebih rendah kepada sekitar 70 kondominium yang sudah termasuk dalam rangkaian JomCharge.

    Program yang dipanggil sebagai Program Infrastruktur Pengecasan EV Kondominium PRONET-EVC ini membenarkan pengurusan kondo untuk memohon pengecas EV percuma melalui laman web EVC. Setelah mendapat kelulusan daripada EVC dan Pro-Net, pemohon yang berjaya akan mendapat pengecas itu sendiri serta semua kerja infrastruktur yang terlibat, kos penyesuaian, sistem pengurusan pengecas dan integrasi ke dalam rangkaian JomCharge.

    Turut disediakan dalam program ini adalah mekanisme perkongsian keuntungan/hasil, yang membenarkan pengurusan bangunan mengumpul sedikit pendapatan. Bayaran mengecas di kondo ditetapkan pada RM0.70/kWh tetapi bagi pemilik EV smart dan Proton eMas 7, mereka akan menerima kadar 10% lebih rendah (RM0.63 kWh) bermula tahun depan. Pengguna di kondo yang menggunakan pengecas berasaskan kiraan masa juga akan menikmati diskaun sama.

    Pro-Net, EVC pasang pengecas EV percuma di 100 kondo, pengguna smart, Proton eMas dapat diskaun

    Kolaborasi ini adalah pengembangan kerjasama sedia ada antara PRO-NET dan EVC yang kini mengendalikan pembekalan, pemasangan, operasi dan penyelenggaraan pengecas dinding rumah untuk pemilik smart, dengan lebih daripada 400 pemasangan berjaya diselesaikan setakat ini.

    “Dengan menyediakan kemudahan pengecasan yang mudah untuk pelanggan kami yang tinggal di kondominium, kami percaya ini bukan sahaja akan menambah kebaikan, tetapi juga dapat mengatasi sebarang halangan yang mungkin ada
    bagi mereka untuk memiliki EV,” kata CEO Pro-Net, Zhang Qiang.

    Pro-Net kini sedang bersedia untuk pelancaran eMas 7, yang akan dibuat bulan ini dengan jangkaan harganya sekitar RM120,000. Kembar kepada Geely Galaxy E5/EX5 ini akan ditawarkan dalam varian Prime dan Premium, dengan pakej bateri dan kelengkapan yang berbeza. Pandangan awal pemanduannya boleh dibaca di sini.

     
     
  • Tiada sebarang cukai tersembunyi ke atas harga runcit mingguan bagi petrol RON97 dan diesel – MoF

    Tiada sebarang cukai tersembunyi ke atas harga runcit mingguan bagi petrol RON97 dan diesel – MoF

    Timbalan Menteri Kewangan (MoF), Lim Hui Ying mengesahkan Kerajaan tidak mengenakan sebarang cukai tersembunyi ke atas harga runcit mingguan bagi bahan api petrol RON97 dan diesel.

    Beliau menjelaskan penetapan kadar bahan berkenaan adalah mengikut kaedah apungan terkawal secara mingguan, bukannyam menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM). Bahkan, kerajaan memantau harga berkenaan bagi memastikan ia mengikut standard ditetapkan, laporan Harian Metro.

    “Untuk makluman, tiada caj tersembunyi seperti ditanya Yang Berhormat (YB). Selaras pelaksanaan (penyasaran) subsidi diesel mulai 10 Jun lalu, penetapan harga runcit diesel secara mingguan yang dilakukan melalui apungan terkawal.

    “Kita memang pantau dengan rapi mengenai harga diesel dan memastikan kadar diputuskan kerajaan memang mengikut standard,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

    Beliau menjawab soalan tambahan Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN-Permatang Pauh) mengenai dakwaan kerajaan mengutip cukai tersembunyi bagi RON97 dan diesel susulan penetapan harga dibuat mengikut formula APM.

    Tiada sebarang cukai tersembunyi ke atas harga runcit mingguan bagi petrol RON97 dan diesel – MoF

    Berkenaan dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel di Sabah dan Sarawak pula, beliau berkata, ia masih diperingkat kajian. “Ini kerana sebahagian besar mod pengangkutan bagi melakukan aktiviti ekonomi serta program dan projek pembangunan di dua wilayah ini menggunakan bahan api diesel. Malah, keadaan geografi dua wilayah ini juga mengehadkan kebolehlaksanaan mekanisme ‘fleet card’ yang memerlukan kemudahan infrastruktur lebih sesuai terutama di pedalaman.

    “Bagaimanapun, kita masih dalam peringkat kajian untuk memastikan pelaksanaan (penyasaran subsidi diesel) mungkin dibuat pada masa hadapan tetapi memerlukan lebih masa untuk kajian,” katanya.

    Lim turut mengakui kelemahan pelaksanaan subsidi diesel kerana tempoh penyasaran subsidi bahan api itu masih baharu dilaksanakan, namun pihaknya sentiasa memantau dari semasa ke semasa.

    “Kita masih dalam libat urus dengan pihak berkenaan dan semua industri berkaitan. Jika ada apa-apa penambahbaikan, kita tentu akan lakukan, namun buat sementara kita masih (baru) dari Jun lalu hingga kini (pelaksanaan penyasaran diesel) kurang enam bulan.

    “Kita akan terus pantau pelaksanaan diesel bersubsidi dan terus membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa,” katanya bagi menjawab soalan tambahan Azli Yusof (PH-Shah Alam) berkenaan perkara berkenaan.

     
     
  • MG ZS Hybrid, MG3, MG7 akan dibawa ke KLIMS 2024

    MG ZS Hybrid, MG3, MG7 akan dibawa ke KLIMS 2024

    SAIC Motor Malaysia akan memperkenalkan beberapa model baru untuk pasaran Malaysia semasa Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2024 yang akan berlangsung 5-11 Disember ini di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

    Antara model baru tersebut adalah ZS Hybrid, MG3 Hybrid dan MG7. Kemudiannya, SAIC Malaysia juga memberitahu bahawa mereka akan memperkenalkan secara rasmi MG Cyberster, bersama harganya untuk pasaran Malaysia.

    ZS Hybrid yang merupakan sebuah SUV segmen B, dalam versi terkininya didedahkan pada bulan Ogos lalu, dengan penggerak yang terdiri daripada enjin petrol 1.5 liter NA 102 PS/128 Nm dan motor elektrik 136 PS/250 Nm yang mendapat tenaga daripada bateri 1.83 kWh. Kuasa keseluruhan yang mampu dihasilkan adalah 196 PS dan 465 Nm.

    Sementara itu, MG3 Hybrid pula adalah sebuah hatchback segmen B yang diperkenalkan kali pertama kepada dunia Mac lalu dan seterusnya dilancarkan di Thailand pada bulan Ogos. Ia juga menggunakan gabungan enjin petrol empat silinder 1.5 liter NA 102 PS/128 Nm, bersama motor elektrik 136 PS/250 Nm untuk menghasilkan kuasa keseluruhan 194 PS.

    Melihat kepada Cyberster pula, ia datang dengan pilihan dua penggerak elektrik, bermula dengan tetapan satu motor, pacuan roda belakang dengan kuasa 340 PS/475 Nm, pecutan 0-100 km/j dalam masa lima saat dan laju maksimum 195 km/j. Pilihan seterusnya menggunakan dua motor, pacuan semua roda, kuasa 544 PS/725 Nm, pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.2 saat dan laju maksimum 201 km/j.

    Setakat ini, model MG yang sudah berada di pasaran Malaysia adalah terdiri daripada MG HS yang dijual pada harga bermula RM129,000, MG5 pada RM93,900, MG4 EV dari RM103,999 dan MG ZS EV pada RM125,999.

     
     
  • Honda Malaysia tawar promo Dis 2024 – diskaun RM10k bagi Civic Hybrid, hingga RM8k untuk SUV

    Kita sudah pun memasuki bulan terakhir untuk tahun 2024, dan pastinya lebih banyak penawaran menarik bagi jualan akhir tahun yang ditawarkan oleh syarikat pengeluar kenderaan. Ini termasuklah Honda Malaysia ya g menawarkan kempen promosi untuk Disember 2024 dengan tema ‘2024 Wrap Up’ dan ia menggabungkan dua jenis rebat sehingga RM10,000.

    Untuk Civic Type R yang menyertai promosi bulanan Honda Malaysia pada Oktober lalu, tidak lagi menyertai kempen untuk bulan ini. Walau bagaimana pun, diskaun paling besar diberikan untuk Civic biasa, mencecah RM10,000. Namun, diskaun ini hanya untuk varian 2.0L e:HEV RS sahaja, yang bermakna ramai pembeli memilih versi 1.5L petrol pada bulan-bulan sebelum ini.

    Untuk City pula, diskaun diberikan dari RM3,000 (S) hingga RM8,000 (E, V, RS petrol). Manakala varian tertinggi RS hybrid pula menerima diskaun sebanyak RM5,000, sementara model edisi istimewa yang berasas dari varian V pula diberikan rebat sebanyak RM6,000. Tentu ada yang tertanya-tanya mengapa jumlah diskaun berubah-ubah antara bulan dan varian? Jawapannya, ia adalah pasang surut pengeluaran berbanding permintaan.

    Honda Malaysia tawar promo Dis 2024 – diskaun RM10k bagi Civic Hybrid, hingga RM8k untuk SUV

    Klik untuk besarkan

    Bagi barisan model SUV pula, untuk WR-V, pembeli bakal menerima diskaun sebanyak RM5,000 jika memilih varian asas S, sementara E, V dan RS diberikan diskaun berjumlah RM8,000. Manakala Edisi Istimewa RS baharu dengan kelengkapan Modulo pula ditawarkan dengan diskaun RM6,000.

    Jika anda mahukan SUV yang lebih besar sedikit, varian S dan turbo E yang kedua-duanya dengan enjin 1.5L NA menerima diskaun RM3,000. Manakala RS hybrid pula diberika diskaun RM5,000 dan V pula dengan rebat sebanyak RM8,000. Manakala untuk varian CR-V pula, diskaun sebanyak RM4,000 diberikan untuk S, RM6,000 untuk E dan RM3,000 pula untuk V dan 2.0L e:HEV RS.

    Akhir sekali, bagi bakal pembeli City Hatchback, yang baru saja ditawarkan dengan warna terkini Phoenix Orange Pearl, diskaun sebanyak RM3,000 untuk kesemua varian, kecuali V dan RS petrol yang menerima rebat RM6,000.

    Menurut Honda Malaysia, promosi ini hanya sah untuk kenderaan yang didaftarkan dari sekarang sehingga 31 Disember 2024. Jadi, inilah masa terbaik untuk anda membeli kenderaan baharu sempena dengan kedatangan tahun baharu 2025.

     
     
  • Tan Chong Motor Holdings rugi RM90.28 juta pada suku ke-3 2024; rekod terbesar dicatat dekad ini

    Tan Chong Motor Holdings rugi RM90.28 juta pada suku ke-3 2024; rekod terbesar dicatat dekad ini

    Tan Chong Motor Holdings terus bergelut dengan kesukaran dengan laporan terbaharu menyatakan bahawa kumpulan itu mencatatkan kerugian bersih RM90.28 juta untuk suku ketiga tahun ini, iaitu kerugiannya paling besar dalam dekad ini.

    Dalam pemfailannya kepada Bursa Malaysia minggu lalu, kumpulan itu menyatakan bahawa perkara ini adalah disebabkan oleh kerugian sejumlah RM53.2 juta dalam tukaran wang asing, sentimen pelanggan yang semakin berkurangan dan juga keadaan perniagaan yang semakin kompetitif dengan kehadiran jenama-jenama baharu dari China.

    Sebelum masuk suku ketiga, Tan Chong Motor Holding sudahpun mencatatkan kerugian bersih RM40.1 juta pada suku sebelumnya, dan ini merupakan suku ke-lapan berturut-turut ia mencatatkan kerugian sejak suku ke-empat tahun Fiskal 2022, menurut pelbagai laporan berita.

    Tan Chong Motor Holdings rugi RM90.28 juta pada suku ke-3 2024; rekod terbesar dicatat dekad ini

    Ini telah menyumbang kepada kerugian bersih RM146.1 juta untuk sembilan bulan pertama tahun Fiskal 2024, iaitu hampir dua kali ganda daripada RM73.9 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada 2023. Sementara itu, hasil suku tahunan susut 28.8% kepada RM462. 66 juta daripada RM649.82 juta, manakala hasil dalam sembilan bulan pertama turun 16.8% daripada RM1.89 bilion kepada RM1.57 bilion.

    Dalam pemfailannya lagi, syarikat itu berkata bahawa landskap automotif di Malaysia untuk 2024 berubah dan ia disebabkan oleh peningkatan persaingan yang berterusan, terutamanya daripada jenama China yang meluaskan lagi penampilan mereka. Tambah syarikat itu lagi, jenama-jenama baharu berkenaan menawarkan model dengan harga yang sangat kompetitif dan ia meningkatkan tekanan daya saing ke atas syarikat-syarikat tempatan.

    Walaupun dalam cabaran yang sukar, kumpulan itu berkata ia kekal positif terhadap prospek jangka panjang perniagaannya, menyatakan ia mempunyai asas yang kukuh untuk kekal berdaya tahan. Kumpulan itu juga menyatakan bahawa ia akan memberi tumpuan kepada meningkatkan prestasi perniagaan, memacu kecekapan operasi yang lebih baik, pengurusan kos yang cekap dan pengurusan aliran tunai untuk meletakkannya pada kedudukan yang lebih baik bagi menyampaikan kemampanan operasi dan kewangan jangka panjang.

    Tan Chong Motor Holdings rugi RM90.28 juta pada suku ke-3 2024; rekod terbesar dicatat dekad ini

    Kumpulan itu juga berkata bahawa ia merancang untuk mempercepatkan pengenalan model baharu pada suku akan datang bagi mengukuhkan kedudukan pasarannya. Ia juga mengharapkan untuk kembali mendapat perhatian dalam pasaran dengan ketibaan SUV kompak Nissan Kicks e-Power akhir bulan ini, setelah sekian lama tidak mempunyai produk baharu.

    Tan Chong Motor Holdings bukan sahaja merupakan pengedar dan terlibat dalam operasi pemasangan tempatan Nissan di Malaysia sejak sekian lama, malah turut membuat perniagaan sama di Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Laos. Tan Chong juga mengeksport kenderaan yang dipasang di Malaysia bermula dengan model Nissan Serena S-Hybrid C27 yang dibawa ke Thailand.

    Seperti yang kita tahu bukan hanya perniagaan Tan Chong yang kini sedang merosot, malah syarikat induk Nissan di Jepun juga kini sedang menghadapi krisis kewangan dan sedang mencari jalan keluar bagi mengelakkan ia sekali lagi muflis.

     
     
  • Toyota Camry gen-9 bakal muncul di KLIMS 2024

    Toyota Camry gen-9 bakal muncul di KLIMS 2024

    Toyota Malaysia telah pun menyiarkan teaser bahawa ia akan membawa model generasi terkini Camry ke Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2024 yang bakal berlangsung bermula 5 hingga 11 Disember di Pusat Pameran & Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

    Walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada Camry XV80 ini hanya akan diprebiu atau akan dilancarkan terus ke pasaran tempatan ketika berlangsungnya acara itu nanti. “Ikon tidak pernah duduk diam. Evolusi seterusnya akan datang tidak lama lagi. Memperkenalkan ikon seterusnya di KLIMS 2024, 5-11 Dis,” tulis kapsyen pada teaser yang disiarkan tersebut.

    Model generasi ke-9 ini sudahpun dilancarkan di Singapura pada Ogos 2024, kemudian ia mula dijual di Thailand bermula Oktober lalu. Buat masa sekarang ke semua model yang dijual pada pasaran ASEAN ditawarkan hanya dalam unit rangkaian kuasa petrol-hibrid elektrik.

    Ia menggandingkan enjin A25A-FXS 2.5 liter empat silinder NA berkuasa 188 PS pada takat 6,000 rpm dan tork maksima 221 Nm bermula 3,200 hingga 5,200 rpm, bersama motor elektrik 1VM berkuasa 136 PS dan tork 208 Nm. Secara keseluruhan, Camry ini dibekalkan kuasa penuh 231 PS dan ia menampilkan kotak gear e-CVT untuk memacu sepenuhnya roda hadapan.

    Model generasi baharu ini menampilkan dimensi 4,920 mm panjang, 1,840 mm lebar, 1,455 mm tinggi dan jarak roda sejauh 2,825 mm. Jadi berbanding model generasi sedia ada, Camry XV80 ini adalah 35 mm lebih panjang, tetapi dimensi lain masih lagi sama. Masih diasas dari platform TNGA, model generasi baharu ini kekal dengan konfigurasi suspensi topang McPherson di hadapan dan double wishbone di belakang.

    Bagi model tertinggi pasaran Thailand iaitu varian Premium Luxury, ia datang dengan kelengkapan termasuk lampu hadapan LED automatik dengan lampu nyalaan siang LED, lampu belakang LED, cermin sisi dengan lampu isyarat membelok LED, cermin sisi,larasan elektrik dengan tambahan fungsi memori dan larasan automotik ketika undur, bumbung panaromik dan pelindung matahari kawalan kuasa.

    Toyota Camry gen-9 bakal muncul di KLIMS 2024

    Manakala dalam kabin ia menampilkan kelengkapan termasuk tempat duduk pemandu larasan kuasa lapan-hala dengan liang aliran udara serta fungsi memori dan juga larasan kebelakang automatik ketika pemandu masuk atau keluar dari kabin ala-Lexus, skrin sesentuh 12.3-inci dengan hubungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar dihubungkan kepada sistem bunyi dengan sistem bunyi dengan sembilan-pembesar suara dari JBL dan pelbagai lagi.

    Tak kira sama ada ia dilancarkan atau tidak, anda perlu datang ke KLIMS 2024 untuk melihat sendiri Toyota Camry XV80 kerana ini merupakan penampilan pertamanya di sini.

    GALERI: Toyota Camry Premium Luxury 2024 pasaran Thailand

    GALERI: Toyota Camry Premium 2024 pasaran Thailand

    GALERI: Toyota Camry Smart 2024 pasaran Thailand

     
     
  • Ops Khas Motosikal 2024 catat 78,152 saman dalam tempoh sebulan sejak dilancarkan pada 1 Nov lalu

    Ops Khas Motosikal 2024 catat 78,152 saman dalam tempoh sebulan sejak dilancarkan pada 1 Nov lalu

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan sebanyak 78,152 notis atas pelbagai kesalahan dalam tempoh 29 hari iaitu sejak 1 November lalu menerusi Ops Khas Motosikal Tahun 2024 yang dijalankan di seluruh negara.

    “Pihak JPJ juga telah mengeluarkan sebanyak 1,530 telah notis terhadap pemandu atau penunggang motosikal yang melibatkan Warga Asing (PeWA). Hampir sebulan operasi tersebut diadakan, pihak JPJ turut menyita 2,125 motosikal atas pelbagai kesalahan dan terdapat seramai 234 penunggang motosikal telah disaring dan mendapati seramai 34 penunggang motosikal telah positif dadah,” kata JPJ menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

    Operasi Khas Motosikal Tahun 2024 dilaksanakan selama dua bulan bermula 1 November hingga 31 Disember 2024 di seluruh negara. Operasi ini dibuat bagi memastikan penunggang dan pemilik motosikal agar mematuhi undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah – Kaedah di bawahnya.

    Menurut JPJ, pelaksanaan Ops Khas Motosikal ini adalah susulan daripada statistik yang membimbangkan dengan peningkatan trend kadar kemalangan dengan kematian secara bulanan yang telah direkodkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutamanya melibatkan motosikal adalah sebanyak 1,908 atau 70%.

    JPJ turut menyenaraikan lapan kesalahan utama yang bakal diambil berat dalam operasi kali ini bagi meminimumkan kadar kemalangan dan kematian iaitu tiada lesen memandu, tiada lesen kenderaan motor (LKM)/tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, melanggar isyarat lalu lintas (lampu merah), ubahsuai kenderaan (ekstrem), tidak memakai topi keledar, lumba haram dan kesalahan-kesalahan teknikal lain.

     
     
  • Perodua EMO-II Concept akan muncul di KLIMS 2024 – rupa sebenar EV bawah RM100k semakin nyata?

    Perodua EMO-II Concept akan muncul di KLIMS 2024 – rupa sebenar EV bawah RM100k semakin nyata?

    Perodua bakal mendedahkan satu lagi versi kereta konsep EV pertamanya kali ini digelar sebagai EMO-II di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2024 yang bakal berlangsung bermula 5 hingga 11 Disember di Pusat Pameran & Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

    Ini merupakan versi tingkat taraf berbanding model konsep Perodua EMO-1 yang membuat kemunculan sulung di Malaysia Autoshow 2024 Mei lalu. Berbanding EMO-1 dengan rupa yang masih nampak lagi seperti sebuah Myvi terutamanya pada bahagian lampu hadapan dan belakang serta bentuk sisi badan, EMO-II ini nampak lebih menampilkan rekaannya yang tersendiri.

    Ia menampilkan lampu-lampu dengan rekaan lebih tajam, serta badan keseluruhan yang nampak lebih rendah dan jauh lebih sporty berbanding Myvi. Berkemungkinan besar bentuk keseluruhan EMO-II ini mungkin akan menyamai model konsep Perodua EM-O (Electric Motion-Online) yang muncul pada Malaysia Autoshow 2023, tetapi hanya sebagai sebuah model skala 1/6.

    Unit rangkaian kuasa untuk EMO-II ini mungkin akan menyamai apa yang telah ditunjukkan pada EMO-1 sebelum ini. Ia digerakkan oleh motor elektrik berkuasa 68 PS (50 kW, dengan puncaknya pada 120 kW) dan 220 Nm (angka 315 Nm dipaparkan di skrin pameran), membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam masa antara tujuh ke sembilan saat.

    Motor menerima kuasa daripada bateri lithium-ion NMC berkapasiti 55.7 kWh (paparan di panel menunjukkan 56.7 kWh), dan menurut Perodua dapat memberikan jarak perjalanan 350 km (dipaparkan di skrin 400 km) dengan satu cas penuh. Ia mengambil masa lima jam untuk dicas sepenuhnya melalui pengecas AC 11 kW, manakala pengecas DC 50 kW memerlukan hanya satu jam lebih.

    Model konsep Perodua EM-O dalam skala 1/6

    Perodua memulakan projek untuk membangunkan prototaip pertama EMO-1 sejak September 2022 dengan kerjasama rakan niaga dari Australia. Projek ini tidak dibuat bersama Daihatsu dan Toyota kerana kedua-dua pengeluar automotif Jepun itu belum lagi ada teknologi EV produksi untuk kenderaan bersaiz kompak.

    Seperti yang telah disebut sebelum ini, model produksi sebenarnya akan muncul pada hujung 2025 dan disasarkan untuk dijual pada harga bawah RM100k. Perodua juga baru-baru ini telah menandatangani perjanjian dengan Petronas Dagangan bagi membolehkan Gentari menyediakan fasiliti mengecas EV di pusat-pusat servisnya.

     
     
  • Carro AutoFair 2024: City RM62k, Civic RM72k, Saga RM29k, X50 RM66k — jaminan 2-tahun, servis percuma

    Carro AutoFair 2024: City RM62k, Civic RM72k, Saga RM29k, X50 RM66k — jaminan 2-tahun, servis percuma

    Sedang mencari kereta terpakai yang berkualiti tetapi dengan harga yang sangat berpatutan untuk tahun baru 2025? Berkunjunglah ke Carro AutoFair 2024 yang bakal berlangsung dari 6-8 Disember nanti di Carro Retail Centre Puchong South. Ada pelbagai model dengan tawaran yang sukar dilepaskan menanti di sana.

    Mari lihat sebahagian daripada model dan tawaran yang ada. Pengunjung boleh membawa pulang Honda City 2020 dengan harga RM62k atau Honda Civic 2018 dari RM72k. Bagi yang mencari kereta Proton, ada model Saga yang dijual dengan harga dari RM29k, serta X50 2022 dan X70 2021 dengan harga masing-masing RM66k.

    Tidak ketinggalan model menarik dari Toyota, Mazda dan Nissan. Ada Yaris tahun 2020 dengan harga dari RM59k, CX-5 2019 dari RM74k dan Almera 2021 dari RM59k. Jika mahu yang lebih premium, boleh dekati BMW 218i 2020 dengan harga dari RM129k dan juga Mercedes-Benz A200 2019 dari RM134k.

    Kereta Carro Certified ditawarkan dengan potongan harga sehingga RM10,000, ditambah dengan jaminan enjin dan kotak gear selama setahun menjadikan keseluruhannya dua tahun — sepanjang tempoh itu juga pembeli akan menikmati servis percuma. Selain itu, bawa pulang hadiah eksklusif jika membuat tempahan kenderaan, termasuk potongan 10% bagi pembaharuan insurans dan potongan 40% untuk cat semula kenderaan dengan Carro Care.

    Carro AutoFair 2024: City RM62k, Civic RM72k, Saga RM29k, X50 RM66k — jaminan 2-tahun, servis percuma

    Pusing dan menang!

    Setiap tempahan akan melayakkan anda untuk pusingan roda bertuah untuk memenangi hadiah yang akan diberikan ketika serahan nanti, berupa TV pintar 4K, rebat tunai RM500, pengimbas MaxTag, kredit Touch ‘n Go eWallet, kad petrol, dash cam dan banyak lagi. Senarai hadiah seperti berikut:

    • Dashcam Hewlett Packard (HP) f270
    • TNG RM100
    • Kad petrol bernilai RM100
    • Xiaomi Band 9
    • Samsung Galaxy Earbud FE
    • Kamera Xiaomi Outdoor CW300
    • MaxTag (Smart Tag)
    • Megra 43″ 4K SmartTV
    • Rebat tunai

    Peluang memenangi 2 tiket ke destinasi impian!

    Tidak ketinggalan, anda akan layak juga untuk menyertai cabutan bertuah yang menawarkan perjalanan 6 hari 5 malam ke Osaka, Turkiye (9H/7M) atau Bali (4H/3N) ketika kereta diserahkan nanti.

    Sekiranya anda teringin untuk melawat Taman Rusa Nara, naik belon udara panas di Cappadocia atau berjemur di bawah matahari Bali, inilah peluang anda! Apa yang perlu dilakukan ialah beli sebuah kereta Carro Certified untuk melayakkan anda ikut serta dalam cabutan bertuah ini.

    Menangi 2 tiket dengan semua perbelanjaan ditanggung ke 3 destinasi percutian berikut:

    • 6H5M ke Osaka, Jepun — 2 pemenang (2 tiket setiap satu)
    • 9H7M ke 8 kota di Turkiye — 2 pemenang (2 tiket setiap satu)
    • 4H3M ke Bali, Indonesia — 2 pemenang (2 tiket setiap satu)

    Jumpa anda di Carro AutoFair 2024, dari 6-8 Disember di Carro Retail Centre Puchong South! Sementara itu boleh layari inventori kereta yang ada di laman web Carro.

     
     
  • Sebanyak 20 Jalan Persekutuan membabitkan enam jajahan di Kelantan ditutup akibat banjir besar

    Bencana banjir di Kelantan makin meruncing dengan sejumlah 71,729 mangsa banjir dipindahkan ke 260 PPS seluruh Kelantan, setakat jam 7 petang tadi. Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan, Nik Soh Yaacoub pula memaklumkan, sebanyak 20 Jalan Persekutuan membabitkan enam jajahan di Kelantan telah ditutup, setakat ini, susulan banjir yang melanda sejak Rabu lalu. Enam jajahan terbabit ialah Pasir Mas, Kota Bharu, Tumpat, Tanah Merah, Pasir Puteh dan Bachok.

    Beliau berkata 12 daripada jalan berkenaan ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan, manakala lapan lagi ditutup kepada kenderaan ringan sahaja.

    “Lapan Jalan Persekutuan yang ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan di Pasir Mas ialah jalan berhampiran Kedai Tanjung, Kampung Tok Deh, Culvert 5 di Jalan Kota Bharu-Pasir Mas-Rantau Panjang, Kubang Rambutan, AADK Lubok Jong, Jambatan Lubok Jong-Risda Gaung, Jambatan Tersang dan lampu isyarat Rantau Panjang.

    “Di Tumpat pula membabitkan Kampung Telaga Bata-Kampung Pauh Sebanjar dan Terowong Pasir Pekan, manakala di Tanah Merah dekat Kampung Pepuyu-Kampung Kajang dan Kota Bharu di McDonald’s Kok Lanas,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

    klik untuk besarkan

    Tambah beliau, lapan Jalan Persekutuan yang ditutup kepada kenderaan ringan saja ialah masing-masing dua jalan di Kampung Badak dan Kampung Gaung Jalan Bypass (Pasir Mas), Caltex Padang Melintang-Petron Beris Kubu Besar dan Sekolah Kebangsaan (SK) Banggu (Bachok), lampu isyarat Jerus dan Panggong Tiga Daerah (Pasir Puteh) serta SK Tiong dan selekoh culvert, Jalan Pantai Cahaya Bulan (Kota Bharu).

    Dalam keadaan cuaca tidak menentu begini, elok rancang perjalanan anda dan peka terhadap laporan perubahan cuaca dari semasa ke semasa. Untuk pemilik kenderaan, jangan lupa mengambil perlindungan special perils atau bencana alam — memang akan ada kos tambahan, tetapi sangat membantu jika kenderaan anda rosak akibat banjir.

    Jika tiada keperluan, tangguhkan dahulu perjalanan anda dan tunggu sehingga hujan reda dan keadaan bertambah baik sebelum memulakan perjalanan. Elak dari meredah air banjir yang kita tidak tahu kedalamannya dan dibimbangi kenderaan akan hanyut dibawa arus yang pastinya mendatangkan risiko buat anda. Jika kediaman atau kawasan anda dinaiki air, bertindak pantas mengalihkan kenderaan anda ke kawasan yang lebih selamat. Dan segeralah berpindah ke lokasi yang selamat sebelum keadaan kian meruncing.

     
     
  • ACE 2024 menyaksikan sebanyak 581 buah kereta bernilai RM84.6 juta berjaya dijual dalam dua hari!

    ACE 2024 menyaksikan sebanyak 581 buah kereta bernilai RM84.6 juta berjaya dijual dalam dua hari!

    Acara paultan.org Auto Car Expo (ACE) 2024 dengan tajaan bersama Carro dan Time Energy’s Emit Solar yang berlangsung pada 26-27 Oktober lalu mencatatkan kejayaan besar dalam penjualan kereta selama dua hari yang berlangsung di Setia City Convention Centre (SCCC).

    Dalam tempoh dua hari tersebut, sebanyak 581 buah kereta dengan nilai RM84.6 juta berjaya dijual di ACE 2024. Sekaligus mencatatkan satu rekod untuk pameran jualan kereta yang dianjurkan oleh paultan.org, mengatasi rekod tertinggi sebelumnya iaitu 561 kereta yang dijual bernilai RM80.5 juta, semasa penganjuran sulungnya pada tahun 2021.

    Kami memulakan acara sebegini menerusi penganjuran PACE 2018 dan ternyata ia menunjukkan keberkesanannya. Pelbagai jenama pengeluar kenderaan mengambil kesempatan untuk melancarkan model baharunya menerusi acara ACE, PACE dan EVx anjuran kami.

    Menerusi ACE 2024m Proton mula membuka tempahan bagi eMas 7 dan mengambil kesempatan dalam kemeriahan ramai dengan mempertontonkan ruang dalaman SUV EV ini buat pertama kalinya. Begitu juga dengan MG yang turut mengambil kesempatan mempertontonkan model seksinya, Cyberster yang berjaya menarik perhatian umum. Malahan kedua-dua EV tersebut rurut menerima jumlah tempahan yang memberangsangkan menerusi ACE 2024.

    Selain menyaksikan banyak deretan model baharu di Malaysia, pengunjung juga berpeluang memandu uji mana-mana model kenderaan yang disediakan, dengan tawaran jualan yang menarik dan ganjaran yang mengujakan…semuanya di bawah satu bumbung.

    Untuk pengetahuan anda, semua promosi dan pemasaran untuk ACE 2024 hanya dilakukan di paultan.org dan media sosial kami. Ini bermakna pengunjung yang hadir adalah pengikut laman web ini. Malah, kami sendiri ada terdengar daripada rakan pempamer dan staf jualan bahawa kebanyakan dari anda yang datang ke SCCC mengetahui secara lebih mendalam model kereta yang dicari.

    Ternyata minggu itu sangat bermakna buat kami di paultan.org dan Driven, dan kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih tidak terhingga buat semua pengunjung ACE 2024 yang memberikan sokongan padu, juga buat rakan pempamer kami iaitu BYD, Perodua, Proton, Pro-Net (Proton eMas) Toyota, Ford, Mitsubishi, MG, Volkswagen, Auto Bavaria (BMW, MINI, BMW Motorrad), Hap Seng Star (Mercedes-Benz), Sime Darby Swedish Auto and Sisma Auto (Volvo), EON (smart and Audi), Cycle & Carriage (Peugeot dan Leapmotor) dan Trapo.

    Turut dihargai ialah rakan penaja bersama kami iaitu Carro dan Time Energy’s Emit Solar, serta penaja
    goodie bag iaitu V-Kool, DodoMat, Blueair, DK Schweizer, Kuzig Glanz Detailing dan The Carage. Kita jumpa lagi tahun hadapan!

     
     
  • Omoda C9 oleh Jaecoo dilancar di Malaysia pada 6 Dis

    Omoda C9 oleh Jaecoo dilancar di Malaysia pada 6 Dis

    Selepas beberapa teaser dikeluarkan, Jaecoo Malaysia telah mengumumkan bahawa Omoda C9 akan dilancarkan pada 6 Disember 2024. Ini bermakna SUV premium lima-tempat duduk ini akan ‘terlepas’ dari kemeriahan pembukaan acara Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) yang berlangsung pada minggu yang sama.

    Merupakan model kedua di bawah jenama ini yang dilancarkan di Malaysia selepas Jaecoo J7, C9 merupakan model Omoda pertama yang dipasarkan secara berasingan daripada jenama utama Chery. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, SUV ini akan dipasang secara tempatan di kilang Jaecoo di Shah Alam, dengan penghantaran varian AWD bakal bermula pada Januari 2025.

    Manakala versi 2Wd pula akan mengambil sedikit masa yang lama, hanya akan tiba di tangan pelanggan pada Mei atau Jun hadapan. Harga jangkaanya akan bermula dari RM185,000 untuk model 2WD, dan meningkat hingga RM195,000 untuk versi pacuan semua-roda.

    Omoda C9 oleh Jaecoo dilancar di Malaysia pada 6 Dis

    Dikenali sebagai Exeed RX di China, C9 ini dikuasakan oleh enjin 2.0 liter pengecas turbo dan empat-silinder suntikan-terus petrol, sama seperti Cherry Tiggo 8 Pro, dengan hamburan 261 PS dan tork 400 Nm, digandingkan dengan transmisi automatik lapan-kelajuan.

    Diposisikan sebagai kenderaan premium, C9 akan dilengkapi dengan peredam adaptif sebagai ciri standard yang jarang sekali diperoleh untuk kenderaan di bawah RM200,000. Ia juga akan dilengkapi dengan roda aloi pelbagai-jejari dua-tona 20-inci yang dibaluti tayar Michelin e-Primacy 245/50, dengan tayar ganti yang bersaiz penuh. SUV ini mempunyai jarak kelegaan tanah mencecah 165 mm yang sederhana tetapi mampu mengharung kedalaman air maksimum 450 mm.

    C9 ini berukuran 4,775 mm panjang, 1,920 mm lebar dan 1,671 mm tinggi, menjadikan ia 53 mm lebih panjang, 60 mm lebih lebar dan 34 mm lebih (sesuai dengan rekaan ala coupe) berbanding model segmen-D Tiggo 8 Pro, sementara jarak rodanya mencecah 2,800 mm iaitu 90 mm lebih panjang.

    Omoda C9 oleh Jaecoo dilancar di Malaysia pada 6 Dis

    Sama seperti EV Omoda E5, SUV ini menampilkan gril rekaan matriks berlian dengan lampu nyalaan siang bentuk sigma. Selain ciri kawalan adaptif pintar dan lampu depan LED, ia juga dilengkapi dengan cermin depan akustik yang mengurangkan tahap kebisingan di dalam kenderaan.

    Garis bahunya juga kelihatan panjang terbentang dari lampu hadapan ke lampu belakang yang lebar sepenuhnya, diserlahlan dengan fender hadapan krom. Pemegang pintu jenis ‘pop-out’ dan tiang-D yang digelapkan, memberikan rupa ala ‘bumbung terapung’. Manakala bahagian hujung belakangnya pula ditampilkan dengan reflektor menegak dan empat corong paip ekzos.

    Imej classy turut terbentang di bahagian dalamnya, di mana C9 menempatkan papan pemuka yang luas dengan lubang udara lebar penuh dan panel paparan skrin lebar bersama skrin berkembar 12.3-inci. Banyak kemasan kulit sentuhan lembut menghiasi bahagian pemuka, panel pintu dan tempat duduk, menampilkan paten jahitan quilted di beberapa bahagian.

    Omoda C9 oleh Jaecoo dilancar di Malaysia pada 6 Dis

    Pandangan mata juga tertumpu pada konsol tengah, yang menampilkan pendingin hawa kemasan perak yang bergaya dan tombol pemilih mod pemanduan (jauh berbeza daripada J7, yang menurunkan fungsi kawalan suhu ke skrin sentuh) yang terletak di dalam kemasan kepingan segi empat tepat. Ia juga menampilkan pemegang telefon pintar dengan satunya digabungkan dengan pengecas tanpa wayar Qi 50-watt dan satu lagi ruang storan bertutup.

    Ciri kelengkapan lain yang turut diberikan termasuklah kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin, kawalan suhu tiga-zon (termasuk kawalan belakang), sistem pewangi udara, bumbung kaca panoramik, paparan utama, tempat duduk larasan kuasan dengan fungsi memori dan ventilasi, kamera papan pemuka, tempat duduk belakang yang boleh dibaringkan, sistem kamera 360-darjah dengan fungsi ketelusan dan sistem bunyi Sony dengan 14-pembesar suara.

    Model AWD pula menerima ciri tambahan termasuk kolum stereng larasan kuasa dan larasan tempat duduk pemandu, serta tujuh mod pemanduan off-road berbanding hanya tiga untuk versi 2WD. Kesemua model menerima lapan beg udara dan set lengkap bantuan pemandu termasuk brek kecemasan sendiri, kawalan kelajuan adaptif dengan funsgi stop and go , bantuan pemusatan lorong, bantuan menukar lorong, amaran titik buta, pemantauan perhatian pemandu dan amaran membuka pintu.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.17 (-0.04)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.00
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.91 (0.00)
EURO 5 B7 RM3.11 (0.00)
Last Updated Jul 31, 2025