Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • Nissan Kicks 2024 dilancarkan di Malaysia — VL dan VLT, 129 PS/280 Nm, jarak 900 km; dari RM114k

    Nissan Kicks 2024 dilancarkan di Malaysia — VL dan VLT, 129 PS/280 Nm, jarak 900 km; dari RM114k

    Selepas sesi preview bersama media bulan lalu, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) hari ini melancarkan secara rasmi SUV segmen B Nissan Kicks 2024 untuk pasaran tempatan. Ditawarkan dalan dua varian, VL dan VLT (dengan pilihan warna dua-tona bumbung hitam), masing-masing dijual dengan harga RM113,800 dan RM121,800 (dengan versi dua-tona RM125,800).

    Nissan Kicks dilengkapi dengan enjin HR12DE 1.2 liter NA tiga-silinder yang menjana sebanyak 82 PS/103 Nm. Namun, kuasa enjin ini tidak menggerakkan roda, sebaliknya hanya bertindak sebagai generator untuk mengecas bateri berkapasiti 2.06 kWh yang akan menyalurkan kuasa kepada motor elektrik, yang kemudiannya akan menggerakkan roda.

    Walaupun ini merupakan Nissan Kicks generasi pertama yang sudah agak lama berada dalam pasaran global, ia kini dilengkapi dengan teknologi e-Power generasi kedua yang lebih cekap. Bateri untuk e-Power generasi kedua ini juga lebih besar kapasitinya, meningkat dari 1.57 kWh kepada 2.06 kWh, dengan jumlah sel bateri juga bertambah dari 80 sel kepada 96 sel.

    Nissan Kicks 2024 dilancarkan di Malaysia — VL dan VLT, 129 PS/280 Nm, jarak 900 km; dari RM114k

    Semua ini membolehkan Nissan Kicks menjana sebanyak 129 PS kuasa dan 280 Nm tork. Selain itu, ia dilengkapi dengan tangki minyak 41 liter. Sistem janaan e-Power ini memberikan kadar penggunaan bahan api 21.7 km/l (NEDC) dan boleh memberikan jarak perjalanan sehingga 900 km dengan satu tangki penuh petrol.

    Wajah depan Kicks didominasi oleh gril besar hitam berkilat V-Motion, lampu utama LED automatik dengan ciri Follow Me Home, lampu kabus di sudut bampar serta cermin sisi lipatan elektrik automatik.

    Di belakang ia menampilkan lampu LED terhubung di tengah, kesan bumbung terapung, landasan bumbung serta penggunaan rim 17-inci. Satu perkara yang menarik, walaupun Kicks ini nampak kecil dari luar, ruang dalamannya agak luas, terutama untuk ruang barangan. Ia menyediakan kapasiti seluas 423 liter, dengan bukaan yang luas serta tinggi.

    Nissan Kicks 2024 dilancarkan di Malaysia — VL dan VLT, 129 PS/280 Nm, jarak 900 km; dari RM114k

    Bagi ruang dalaman varian paling tinggi, skim dua-tona warna diberikan, dengan permukaan sentuhan lembut di beberapa bahagian seperti papan pemuka dan juga perehat lengan tepi pintu. Kluster meternya juga ringkas, bersaiz tujuh-inci dengan meter analog sebelah kanan, sementara di sebelah kiri ada paparan digital yang boleh memaparkan pilihan 10 paparan maklumat berbeza berkaitan sistem dan pemanduan semasa.

    Di tengah ialah skrin sentuh lapan-inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto sambungan wayar. Ia juga akan memaparkan visual bagi kamera 360-darjah. Satu lagi rekaan menarik yang unik ditampil oleh Kicks ialah rekaan tombol gearnya di konsol tengah. Ia kecil dan kelihatan kemas, seperti yang biasa dilihat ada untuk EV. Berdekatannya dengannya juga terletak semua tuil pemilik berkaitan pemanduan, antaranya butang untuk mod pemanduan dan juga untuk mod EV.

    Tidak ketinggalan, untuk pasaran Malaysia, ciri Intelligent Rear View Mirror ada disertakan. Ciri ini akan memaparkan visual di belakang kenderaan melalui kamera di cermin belakang untuk memudahkan lagi penglihatan pemandu sekiranyan ruangan dalam kabin dipenuhi barangan atau penumpang. Kerusi depan pula menggunakan pendekatan Zero Gravity untuk mengurangkan kepenatan dalam perjalanan, tetapi kerusi belakang pula dengan rekaan bench yang rata dan penyandar yang agak tegak.

    Nissan Kicks 2024 dilancarkan di Malaysia — VL dan VLT, 129 PS/280 Nm, jarak 900 km; dari RM114k

    Bagi aspek keselamatan, Kicks di Malaysia juga akan dilengkapi dengan Nissan Intelligent Mobility, yang terdiri daripada sembilan fungsi keselamatan termasuk Intelligent Driver Alertness (IDA), Intelligent Cruise Control (ICC), Intelligent Trace Control (ITC), Intelligent Forward Collision Warning dengan Intelligent Emergency Braking (IFCW + IEB), Intelligent Around View Monitor dengan Moving Object Detection (IAVM + MOD), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Blind Spot Warning (BSW), Hill Start Assist (HSA) dan Intelligent Rear View Mirror (IRVM). Selain itu, Kicks juga dilengkapi dengan tujuh beg udara.

    Kicks didatangkan dengan jaminan lima-tahun/100,000 km serta jaminan lapan-tahun/160,000 km bagi komponen e-Power (melibatkan bateri lithium-ion, inverter, motor elektrik dan unit kawalan e-Power). Khusus sempena pelancaran rasminya, ETCM menawarkan rebat pengenalan sebanyak RM5,000 bagi 500 pembeli terawal serta lanjutan dua-tahun bagi komponen elektrifikasinya (menjadikan 10-tahun/160,000 km).

    Untuk maklumat lanjut berkaitan Nissan Kicks 2024, sila rujuk laporan pandu ujinya.

    Nissan Kicks VL 2024

    Nissan Kicks VLT 2024

     
     
  • Pemandu Honda Civic ditahan polis angkara ekori ambulans secara berbahaya di Lebuhraya Persekutuan

    Seorang pemandu sebuah kereta ditahan selepas dikesan memandu dalam keadaan berbahaya dengan mengekori rapat sebuah ambulans di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang kelmarin. Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan kira-kira jam 11 malam tadi di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

    “Pada 2 Disember 2024, terkesan satu klip video di laman sosial yang memaparkan sebuah kereta Honda Civic dan motosikal Yamaha MT-15 yang mengekori sebuah ambulans di KM15 Lebuhraya Persekutuan hala ke Klang. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku jam 4.40 petang Ahad lalu semasa sebuah ambulans sedang melalui KM 15 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang, telah diekori oleh kedua-dua kenderaan berkenaan dalam keadaan yang membahayakan ambulans tersebut serta pengguna jalan raya yang lain.

    “Seorang lelaki berumur 28 tahun disyaki pemandu kereta terbabit telah ditahan manakala usaha untuk mengesan penunggang motosikal sedang giat dijalankan. Kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987. Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Zaharizul bin Zamri di talian (019-3229097),” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

    Dalam masa yang sama, beliau turut menasihati orag ramai agar sentiasa memberikan laluan kepada mana-mana kenderaan dalam tugas kecemasan serta tidak mengekori belakang kenderaan tersebut kerana boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yg lain.

    “Pihak polis juga meminta pengguna jalan raya yg lain agar sentiasa bekerjasama dan memberikan maklumat kepada pihak polis jika mengesan sebarang kejadian sedemikian,” tambahnya lagi.

    @gpmambulance Jenis manusia pentingkn diri, ikut belakang ambulans… dalam masa yang sama membahayakan pegguna jalan raya yg lain 😮‍💨😮‍💨 Lokasi Lebuhraya Perseketuan Shah Alam Menghala Klang (01 December 2024 @ 1715Hrs) #fyp #fypage #fypagetiktok #beritaditiktok #videoviral #pdrm #trafik #ambulans #ambulancedriver #ambulanceswasta ♬ เสียงต้นฉบับ – เอก. อนุภาพ 🎬. 📌

     
     
  • JY Air dilancar di Thailand – EV baru dari syarikat penerbangan China, bermula RM98k, 216 PS, 529 km

    JY Air dilancar di Thailand – EV baru dari syarikat penerbangan China, bermula RM98k, 216 PS, 529 km

    Tak cukup dengan jenama-jenama telefon pintar seperti Huawei dan Xiaomi yang terjun ke bidang automotif khususnya kenderaan elektrik (EV), kini ada pula syarikat penerbangan dari China juga cuba untuk masuk industri yang sama. Memperkenalkan JY Air, kereta elektrik liftback lima-pintu dari JuneYao Auto, iaitu syarikat EV baharu dari China yang diwujudkan oleh syarikat penerbangan JuneYao Airlines.

    Syarikat ini ditubuhkan selepas JuneYau Airlines membeli satu syarikat automotif yang telah gagal iaitu Yudo Auto pada 2022. Apa yang menarik, JY Air ini membuat kemunculan global sulungnya di Thailand terlebih dahulu dengan dilancarkan secara rasmi ketika berlangsungnya Thai Motor Expo 2024, dan ia belum lagi diperkenalkan di China.

    Penghasilan JY Air ini didakwa diinspirasikan dari “pengalaman dari penerbangan merentas lautan.” Oleh itu JuneYao menyatakan bahawa lampu hadapan berbentuk-C pada kereta ini menampilkan 240 unit LED, menyamai lampu pada bahagian belakang sayap pesawat, manakala bentuk bumbung yang landai ke belakang diinspirasikan dari “pemandangan kaki langit yang dilihat semasa penerbangan malam.”

    JY Air dilancar di Thailand – EV baru dari syarikat penerbangan China, bermula RM98k, 216 PS, 529 km

    Manakala pada bahagian belakang, JY Air ini menerima lampu OLED penuh yang merentangi sepenuhnya penutup but, dan ia terletak di bawah cermin utama. Secara keseluruhan, bentuk badan liftback ini memberikan pekali geseran yang agak rendah iaitu hanya 0.23.

    Seperti kebanyakkan EV dari China, JY Air turut menampilkan bahagian kabin dengan papan pemuka yang minimalis. Papan pemuka tersebut kelihatan ‘kosong’ tanpa sebarang suis fizikal, dan ia diberikan skrin utama di tengah bersaiz 15.6-inci, dan juga skrin paparan instrumen lebih kecil untuk pemandu diletakkan di belakang roda stereng.

    Skrin utama tadi boleh diputarkan dalam 15 langkah termasuk boleh dihalakan ke arah pemandu atau penumpang hadapan. Ia beroperasi menggunakan Crystal OS dan juga cip Qualcomm Snapdragon 8155, serta akan mengalu-alukan penumpang masuk ke dalam kabin dengan ucapan “welcome on board”.

    JY Air dilancar di Thailand – EV baru dari syarikat penerbangan China, bermula RM98k, 216 PS, 529 km

    Konsol tengah pula direka tinggi dan menyediakan ruang storan besar pada bahagian bawah, manakala di atas terdapat pad pengecas telefon pintar tanpa wayar Qi berkembar. JunYao mendakwa bahawa 75% bahagian kabin JY Air ini dibalut dengan material sentuhan lembut, termasuk upholsteri kulit sintetik pada tempat duduk.

    Ia juga dipadankan dengan bumbung cermin panaromik yang besar dengan keluasan dua meter persegi bagi memberikan rasa luas pada kabin yang sememangnya sudah luas dengan jarak antara roda sejauh 2,800 mm.

    Di Thailand JY Air ini ditawarkan dalam dua varian iaitu Standard dan Plus, dimana kedua-duanya menampilkan konfigurasi motor tunggal yang memacu hanya roda hadapan. Bagi varian asas Standard, motor berkenaan mampu menghasilkan kuasa 204 PS (150 kW) dan tork maksima 250 Nm, membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam masa 7.9 saat sebelum mencapai kelajuan maksima 170 km/j. Manakala bagi varian Plus pula, motor yang dibekalkan adalah lebih berkuasa dengan 216 PS (159 kW).

    JY Air dilancar di Thailand – EV baru dari syarikat penerbangan China, bermula RM98k, 216 PS, 529 km

    Untuk bekalan kuasa, JY Air Standard menerima bateri litium logam fosfat (LFP) dari CATL berkapasiti 52 kWj bagi memberikan jarak gerak sejauh 430 km dalam kitaran ujian NEDC. Bagi JY Air Plus pula ia menerima bateri LFP lebih besar berkapasiti 64 kWj, membolehkan ia bergerak sejauh 520 km juga dalam kitaran NEDC.

    Untuk mengecas, kedua-duanya juga diberikan sokongan pengecas pantas DC tetapi dengan keupayaan berlainan. Varian Standard boleh menerima sehingga 70 kW bagi membolehkan cas 30% hingga 80% dipenuhkan dalam masa 30 minit, manakala varian Plus mampu menerima sehingga 138 kW membolehkan kadar cas yang sama boleh dipenuhkan 10 minit lebih pantas iaitu hanya 20 minit.

    Sistem pengecas AC pula adalah sama bagi kedua-duanya iaitu sehingga 11 kW. Namun disebabkan kapasiti bateri berbeza, varian Standard memerlukan masa 5.3 jam untuk memenuhkan bateri dari 10% hingga 100%, manakala Plus pula mengambil masa sehingga 6.5 jam.

    Bagi sistem keselamatan, kedua-dua varian ini dibekalkan dengan sistem bantuan termaju yang merangkumi sistem brek kecemasan automatik, cruise control adaptif, bantuan kekal tengah lorong dan bantuan had laju. Namun bagi varian Plus, ia menerima fungsi tambahan iaitu pemantau titik buta, amaran pelanggaran belakang, amaran lintasan trafik belakang dengan brek automatik, pemantau perhatian pemandu dan amaran buka pintu. Varian Plus juga menerima tujuh beg udara, berbanding hanya dua pada Standard.

    Ketika dilancarkan JY Air ditawarkan dengan harga promosi bermula 759,000 baht (RM98,500) untuk varian Standard dan 869,000 baht (RM112,700) untuk varian Plus. Manakala selepas 30 Disember 2024, harganya akan meningkat bermula 899,000 baht (RM116,600) untuk Standard dan 1,018,000 baht (RM132,100) untuk Plus.

     
     
  • GWM Wey 80 PHEV akan ditunjuk di KLIMS 2024

    GWM Wey 80 PHEV akan ditunjuk di KLIMS 2024

    Cabang jenama mewah bagi Great Wall Motor (GWM), Wey bakal membuat penampilan pertamanya di Malaysia. Perkara ini dikongsikan dalam satu hantaran di Facebook GWM, yang memaklumkan MPV Wey 80 turut akan dipamerkan ketika Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024.

    Masih belum diketahui bila model flagship ini akan tiba di Malaysia secara rasmi, tetapi kini kehadirannya dalam pasaran tempatan sudah disahkan. Sebelumnya, model yang sama sudah ditampilkan di Thailand. MPV Wey 80 ini mempunyai ukuran 5,045 mm panjang dengan jarak roda 3,085 mm. Ia akan menjadi pesaing antaranya bagi model seperti Denza D9 dan GAC M8 yang juga dijangka tiba ke pasaran tempatan kelak.

    Wey 80 dilengkapi sistem plug-in hybrid Hi4, yang terdiri daripada enjin 1.5 liter turbocas petrol dengan 154 hp (156 PS), digandingkan dengan dua motor elektrik yang memberikan janaan 487 PS (atau 358 kW) dan 762 Nm. Sebuah bateri ternary lithium berkapasiti 37.96 kWh membekalkan jarak sehingga 140 km (CLTC).

    Di dalam, landasan untuk kerusinya agak panjang, dengan 1,845 mm untuk barisan kedua yang membolehkan adanya ruang kaki sepanjang 1,166 mm untuk penumpang. Barisan ketiga pula menggunakan rekaan kerusi “spilt butterfly”, membolehkan lipatan 4/6 untuk mendapatkan konfigurasi fleksibel.

    Selain itu, ada juga sistem bunyi Harman Kardon 1,600 watt dengan 20-pembesar suara dan peti sejuk sebesar 12.5 liter dengan kompresor sendiri dengan suhu boleh dilaras antara 0-50-darjah Celcius, yang boleh memuatkan 14 air tin dalam satu masa. Ada juga sistem wangian udara khusus, dengan tiga pilihan tema. Ikuti perincian lanjut yang akan kami bawakan dari KLIMS nanti.

     
     
  • Sistem amaran banjir MetMalaysia berkesan – Nazmi

    Sistem amaran banjir MetMalaysia berkesan – Nazmi

    Sistem amaran awal banjir Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berada dalam keadaan baik dan masih berkesan dalam mengenal pasti potensi terjadinya bencana tersebut, kata menteri sumber asli dan kelestarian alam, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam laporan The Star.

    “MetMalaysia dalam kenyataannya pada 19 November lalu, menjangkakan luruan monsun kuat, menyebabkan hujan lebat akan berlaku di Pantai Timur. Betul, kita tak menjangkakan hujan ekstrem seperti yang berlaku pada 2014 (ketika luruan monsun kali ini). Namun, apabila berlaku (taburan hujan), ia ekstrem seperti 2014,” kata beliau semasa sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 semalam.

    “Mereka (MetMalaysia) memiliki pengikut cukup ramai di Facebook (FB), Instagram (IG), X dan YouTube. Namun, mungkin generasi muda ramai (menggunakan) TikTok dan mereka tak boleh letakkan mesej sama seperti di FB atau IG.

    “Justeru, saya dalam pertemuan bersama MetMalaysia pagi tadi, minta mereka ambil perhatian mengenai pendekatan menerangkan atau penyampaian mesej cuaca dengan lebih baik kepada orang ramai,” tambah Nazmi.

    Sistem amaran banjir MetMalaysia berkesan – Nazmi

    MetMalaysia juga diberitahu bekerjasama terus dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan memberikan nasihat dan pandangan dalam menguruskan bencana, sementara projek tebatan banjir kendalian MetMalaysia tidak membabitkan pembinaan infrastruktur yang dilaksanakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) – ia bagaimanapun diselia oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

    Menteri itu juga mendedahkan bahawa MetMalaysia kini menggunakan sistem komputer prestasi tinggi untuk meningkatkan keupayaan model ramalan cuaca supaya risiko bencana tersebut dapat dilihat seawal 14 hari, berbanding tujuh hari sebelum ini.

    “Ia adalah antara input utama bagi model ramalan banjir negara dibangunkan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara, meliputi sistem amaran awal bencana lain seperti kejadian kepala air, tanah runtuh dan gelombang haba.

    “Pembangunan sistem ini penting dan menjadi antara sasaran utama dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030, meliputi sistem rangkaian pencerapan radar di Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah bagi memantau keadaan cuaca supaya dapat dilakukan lebih teliti dan menyeluruh,” kata beliau.

     
     
  • MINI Cooper S 5-Door 2024 di Malaysia – 2.0L turbo petrol 204 PS/300 Nm, harga dijangka dari RM293k

    MINI Cooper S 5-Door 2024 di Malaysia – 2.0L turbo petrol 204 PS/300 Nm, harga dijangka dari RM293k

    Dipertontonkan di Malaysia pada Oktober lalu, MINI Cooper S 5-Door F65 terkini, merupakan versi semakan yang lebih meluas bagi model enjin pembakaran dalaman generasi-F55. Kini, kami membawakan pula foto yang dirakamkan di bilik pameran untuk tontonan anda.

    Penjana kuasa bagi MINI Cooper S 5-Door ini ialah 2.0 liter pengecas turbo empat-silinder sebaris petrol yang mampu menghasilkan 204 PS dan tork 300 Nm, memacu roda hadapan menerusi transmisi automatik dwi-klac tujuh-kelajuan. Membolehkannya dipecut dari 0-100 km/j dalam 6.8 saat dan kelajuan maksimum cecah 242 km/j.

    Berbanding dengan adiknya, versi tiga-pintu, MINI Cooper S 5-Door F65 ini memiliki dimensi berukuran 4,036 mm panjang, 1,744 mm lebar dan 1,464 mm tinggi.

    Kelengkapan standard yang diberikan termasuklah roda aloi dua-tona ‘Slide Spoke’ 18-inci, lampu utama dengan bantuan lampu tinggi, kemasan penutup cermin dan bumbung kontras, lampu belakang LED dengan signitur tiga pilihan lampu.

    Di dalamnya, Cooper S 5-Door menerima upholstery tempat duduk kulit Vescin vegan dan kemasan tekstil biru kontras, sementara kemasan papan pemuka dan pintu pula dengan fabik kitar semula polister dua-tona. Selain itu, ia juga diberikan skrin sesentuh OLED diameter 9.4-inci dijanakan oleh MINI Operating System 9, dengan membawakan MINI Experience Modes Also termasuk akses selesa, pakej cermin luaran dan dalaman serta pilihan mod pemanduan, bersama cermin pandang belakang anti silau dan cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX.

    Bagi sistem bantuan dan keselamatan, ia diberikan amaran ketibaan lorong dan amaran menukar lorong, amaran pelanggaran hadapan, amaran trafik lintasan belakang, kawalan kelajuan aktif dengan fungsi stop-and-go, bantuan kawalan lorong, bantuan pengehad kelajuan, bantuan parkir tambahan dan bantuan mengundur serta Remote 3D View.

    MINI Cooper S 5-Door ini dijangka ditawarkan pada harga dari RM293,000, dengan Waranti Lanjutan MINI dan Pakej Servis dianggarkan lebih kurang RM10,400, dengan jumlah keseluruhan mencecah RM303,400, menurut BMW Group Malaysia.

     
     
  • Jalan Gua Musang-Jeli di KM35 runtuh sepenuhnya akibat hujan lebat; ditutup kepada semua kenderaan

    Jalan Gua Musang-Jeli di KM35 runtuh sepenuhnya akibat hujan lebat; ditutup kepada semua kenderaan

    Jalan Gua Musang-Jeli di Kilometer (KM) 35 di Gua Musang, Kelantan, runtuh sepenuhnya susulan hujan lebat melanda kawasan tersebut baru-baru ini menyebabkan laluan terbabit ditutup kepada semua kenderaan.

    Menurut Ketua Jajahan Gua Musang Nik Raisnan Daud, pihaknya telah mengeluarkan peruntukan serta merta untuk membina jalan lencongan sementara bagi memberi kemudahan kepada penduduk untuk berulang-alik menghantar anak mereka ke sekolah, laporan Berita RTM.

    “Tindakan ini kita kena segera lakukan supaya tidak membantut urusan kelangsungan urusan harian rakyat sekitar khususnya dari Gua Musang ke Jeli.

    “Kita perlu segera menghadapi gelombang banjir dan perlu selesaikan segera masalah runtuhan jalan. Tindakan semua agensi-agensi terlibat dapat menyegerakan proses tersebut dan bekerjasama dengan tentera kita dapat selesaikan jambatan bailey dan juga pembinaan jalan lencongan sementara,” katanya.

    Jalan Gua Musang-Jeli di KM35 runtuh sepenuhnya akibat hujan lebat; ditutup kepada semua kenderaan

    Klik untuk besarkan

    Laluan yang terpaksa ditutup itu sekaligus menjejaskan kehidupan harian lebih 3,000 penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran.

    Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Jerek, Wan Zahari Wan Harun berkata, sebelum runtuhan berlaku, hujan berterusan menyebabkan air dari pembetung bersebelahan laluan terbabit melimpahi permukaan jalan berkenaan.

    “Tidak lama selepas limpahan air dari pembentung surut, tebing jalan mula terhakis sedikit demi sedikit bersama aliran air pembentung sebelum runtuh sepenuhnya dalam tempoh 20 minit. Runtuhan dan hakisan tanah itu menyebabkan curam yang dalam,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

    Wan Zahari memberitahu, jalan itu sudah tidak boleh dilalui walaupun dengan cara berjalan kaki. Walau bagaimana pun, difahamkan, penduduk kawasan setempat mengambil inisiatif membina laluan sementara bagi menghubungkan semula lapan kampung yang terjejas akibat kejadian jalan runtuh itu termasuk membuat laluan di lereng bukit berhampiran.

     
     
  • Jaguar Type 00 Concept didedah – inspirasi dari E-Type, bayangan model GT produksi pada 2025

    Jaguar Type 00 Concept didedah – inspirasi dari E-Type, bayangan model GT produksi pada 2025

    Selepas muncul dengan logo dan imej baharu yang menerima pelbagai reaksi negatif, Jaguar kini mendedahkan pula kereta konsep yang membayangkan masa depan jenama British itu selepas ini. Model konsep berkenaan dikenali sebagai Jaguar Type 00 (disebut sebagai zero zero), dihasilkan sebagai sebuah model EV coupe dua pintu, bagi bayangan untuk model produksi EV GT empat-pintu yang bakal dijual pada akhir 2025.

    Seperti yang boleh dilihat, model konsep ini menampilkan permukaan badan ‘bersih’ tanpa garis-garis badan yang sibuk. Walaupun menerima pelbagai kritikan, bentuk badan coupe ini sebenarnya masih lagi mengekalkan imej model-model klasik Jaguar seperti E-Type, XJ-S dan sebagainya, menampilkan bahagian bonet hadapan yang panjang, jarak roda jauh serta overhang hadapan dan belakang yang pendek.

    Ia diberikan lampu hadapan yang sangat tirus, dan diberikan gril palsu tanpa liang bersaiz besar, diberikan skrip Jaguar baharu ditengahnya. Ia diberikan bumbung panaromik yang ‘tersorok’ kerana diberikan jalur yang sama dengan warna badan.

    Manakala di belakang tiada cermin diberikan, dengan bahagian tersebut dijadikan sebagai pintu tailgate yang boleh dibuka secara pantograf. Di bahagian belakang ini juga menampilkan panel yang direka seakan gril, di mana jalur paling atas dan paling bawah yang bernyala bertindak sebagai lampu belakang kereta ini.

    Kedua-dua pintu utama Type 00 Concept ini pula direka untuk dibuka seakan kepak rama-rama. Set rim 23-inci dibekalkan bagi memberikan imej yang gagah, dan pada kedua-dua fender hadapan terdapar kamera sisi yang disorok kemas dalam badan sekiranya tidak digunakan, dengan penutup berwarna tembaga bersama logo Jaguar.

    Dua unit Jaguar Type 00 Concept ini didedahkan di Miami Art Week minggu ini, di mana masing-masing tampil dengan warna Miami Pink dan London Blue.

    Pada sebelah dalam, bahagian kira dan kanan kabin Type 00 ini dipisahkan menerusi sebatang ‘tulang’ tembaga yang merentangi sepenuhnya bahagian hadapan hingga belakang. Papan pemukanya pula terdiri dari dua skrin gergasi yang boleh dilipat untuk disorokkan.

    Menurut Jaguar kabin Type 00 ini menggunakan tiga material utama iaitu tembaga, batu travertine dan tekstil. Batu travertine tersebut merupakan material yang digunakan sebagai banir bagi menyokong tempat duduk ‘terapung’ kereta ini, manakala tekstil pula digunakan untuk kemasan pada tempat duduk, bar bunyi dan lantai.

    Suasana dalam kabin boleh diubah menerusi penggunaan totem berbeza, setiap daripadanya diperbuat dari tembaga, travertine dan alabaster dan diletakkan dalam kotak prisma yang disimpan dibelakang panel pintu. Setiap totem tersebut menghasilkan suasana kabin yang berbeza, menawarkan lampu, bunyi dan haruman unik.

    Jaguar Type 00 ini diasaskan dari platform Jaguar Electric Architecture (JEA) yang sama dengan model produksi sebenar nanti, dibangunkan khas untuk model-model EV. Tiada angka prestasi rasmi dan spesifikasi teknikal didedahkan, namun Jaguar ada menyebut bahawa ia boleh bergerak sejauh 770 km menerusi ujian WLTP, dan jarak sejauh 321 km boleh ditambah semula dengan mengecas selama 15-minit.

    Menurut laporan Autocar sebelum ini, Jaguar sudahpun menghentikan semua jualan kenderaan sedia adanya bermula November lalu. Jenama berkenaan akan bermula semula selepas ini dengan hanya menawarkan model-model elektrik sepenuhnya.

    Model produksi GT empat-pintu sebenar yang dibayangkan menerusi Type 00 ini akan menjadi model pertama dari tiga model awalan yang akan diperkenal oleh Jaguar dalam era baharunya ini. Dan ia masih akan dikilangkan menerusi kilang Jaguar di United Kingdom.

     
     
  • smart Malaysia lancar program kesetiaan pelanggan – kumpul mata untuk tebus ganjaran, cas kenderaan

    smart Malaysia lancar program kesetiaan pelanggan – kumpul mata untuk tebus ganjaran, cas kenderaan

    smart Malaysia memperkenalkan satu program kesetiaan pelanggan yang menggunakan sistem blockchain Geno W3-D2C. Dengannya, pelanggan boleh mengumpul mata melalui aktiviti harian, dan kemudian menukarnya untuk pelbagai ganjaran. Pengenalan program ini juga bertepatan dengan sambutan ulang tahun pertama syarikat itu dan satu acara smartAway akan dibuat pada bulan ini.

    Mata yang boleh dikumpul dalam program kesetiaan ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Social-to-Earn, Referral-to-Earn dan Drive-to-Earn. Mata yang dikumpul bagi setiap aktiviti adalah seperti di dalam jadual di bawah.

    smart Malaysia lancar program kesetiaan pelanggan – kumpul mata untuk tebus ganjaran, cas kenderaan

    Mata ganjaran yang dikumpul tidak akan pernah luput dan pengguna boleh menebusnya sama ada untuk sesi mengecas kenderaan atau untuk pelbagai barangan eksklusif melalui aplikasi Hello smart. Menurut smart Malaysia, tawaran penebusan pengecasan ini memberi nilai yang signifikan, menyediakan pemilik kenderaan elektrik dengan cara yang lebih menjimatkan untuk mengecas kenderaan, sekali gus meningkatkan pengalaman pemanduan secara keseluruhan.

    “Di smart Malaysia, kami percaya bahawa kesetiaan pelanggan lebih daripada sekadar program ganjaran yang ditawarkan. Inisiatif program kesetiaan pelanggan ini direka untuk mewujudkan hubungan yang erat bersama pelanggan kami dan mengiktiraf penglibatan mereka dengan jenama smart,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang.

     
     
  • Waze kini boleh tunjuk lokasi pengecas EV di Malaysia

    Mac lalu Waze telah mengumumkan bahawa ia telah menambah pilihan untuk memaparkan lokasi pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam aplikasi navigasi tersebut, namun Malaysia tidak tersenarai dalam negara yang menerima fungsi berkenaan. Walau bagaimanapun, sekiranya anda periksa aplikasi tersebut dalam peranti mudah alih anda sekarang, fungsi itu nampaknya sudahpun boleh digunakan.

    Perkara ini dilaporkan oleh The Star yang menyatakan walaupun ia sudah boleh digunakan, sehingga kini Malaysia belum lagi dimasukkan dalam senarai negara yang menerima fungsi berkenaan dalam laman rasmi Google.

    Untuk menggunakannya, anda perlu membuat tetapan dalam aplikasi itu. Ia boleh dibuat dengan masuk ke menu tetapan, dan kemudian cari bahagian “Driving Preference”, kemudian klik pada “Vehicle details”. Di situ ada pilihan bagi membolehkan anda menambah EV sebagai kenderaan yang digunakan.

    Pengguna kemudiannya boleh memilih penyambung pengecasan yang sesuai untuk kenderaan mereka daripada senarai tujuh jenis pengecas berbeza, yang kemudiannya akan digunakan untuk memberikan pengguna lokasi stesen pengecasan yang sesuai dengan jenis kenderaan tersebut.

    Seperti yang dilaporkan sebelum ini, data lokasi stesen pengecasan tersebut akan dikemas kini oleh Map Editor tempatan dalam Komuniti Waze. Buat masa sekarang mungkin ramai dari kalangan pengguna EV mencari lokasi pengecasan yang sesuai melalui aplikasi pengecasan khusus atau PlugShare. Dengan adanya fungsi baharu ini, ia mungkin akan memudahkan pengguna yang lebih suka menggunakan aplikasi navigasi berkenaan.

     
     
  • Mazda CX-80 sah bakal dipertontonkan di KLIMS 2024; CX-60, CX-5 MS Limited Edition juga akan dipamerkan

    Mazda CX-80 sah bakal dipertontonkan di KLIMS 2024; CX-60, CX-5 MS Limited Edition juga akan dipamerkan

    Bermaz telah mengumumkan Mazda CX-80 bakal dipertontonkan di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) minggu ini, di samping adiknya yang lebih kecil, CX-60. Kedua-dua SUV lima- dan tujuh-tempat duduk ini dijangka mampu memberikan persaingan sengit buat dua jenama premium masing-masing seperti BMW X3 dan juga Mercedes-Benz GLE.

    Memandangkan permintaan yang semakin meningkat terhadap segmen SUV eksekutif, tidak mengejutkan Bermaz membuat keputusan untuk mempamerkan CX-80 menerusi pameran berkenaan. SUV ini dijangka akan ditawarkan dengan tiga barisan tempat duduk, menjadikannya salah satu daripada beberapa pilihan tujuh-tempat duduk di pasaran tempatan.

    Berukuran 4,995 mm panjang, 1,890 mm lebar dan 1,710 mm tinggi, CX-80 adalah 250 mm lebih panjang dan and 24 mm lebih tinggi berbanding CX-60, sementara jarak rodanya mencecah 3,120 mm juga lebih panjang sebanyak 250 mm. Jika dibandingkan dengan GLE, model SUV Jepun ini adalah 71 mm lebih panjang, 120 mm lebih sempit dan 87 mm lebih rendah, tetapi jarak rodanya 125 mm lebih panjang.

    Mazda CX-80 sah bakal dipertontonkan di KLIMS 2024; CX-60, CX-5 MS Limited Edition juga akan dipamerkan

    Regangan jarak roda yang besar itu memberikan rupa SUV ini kelihatan ‘kurus’, cuma bahagian belakangnya terlihat agak besar. Dengan pacuan roda-belakang, kebanyakan rekabentuk CX-80 mirip dengan CX-60, termasuk reka bentuk lampu hadapan dan lampu belakangnya, gril dilingkari krom yang besar dan fender hadapannya yang menyerlah. Manakala tingkap belakangnya juga lebih besar memberikan pandangan yang lebih luas untuk penumpang yang duduk di barisan ketiga.

    Ruang dalamanya juga lebih besar, juga seperti CX-60, dengan papan pemuka berbentuk ala-sapa, konsol tengah yang lebar dan banyak material sentuhan lembut di segenap ruang. Ciri tipikal Mazda juga kelihatan termasuk paparan instrumen digital, skrin sesentuh infotainmen 12.3-inci, ketersambungan tanpa wayar bagi Apple CarPlay dan Android Auto, paparan utama dan sistem bunyi Bose bersama 12-pembesar suara.

    Turut diberikan sebagai pilihan ialah bentangan enam-tempat duduk dengan bangku kapten pada barisan kedua, tirai tingkap sisi untuk tempat duduk belakang dan bumbung suria kaca panoramik. Mazda mendakwa SUV ini memiliki ruang but berkapasiti 687 liter dengan tempat duduk barisan ketiga dibaringkan (258 liter jika ia ditegakkan) dan mencecah 1,971 liter sekiranya kedua-dua barisan tempat duduk belakang dibaringkan. Kelengkapan bantuan pemanduan i-Activsence turut diberikan, termasuk brek kecemasan autonomous hadapan dan belakang, kawalan kelajuan adaptif dengan fungsi stop and go dan bantuan pemusatan lorong.

    Mazda CX-80 sah bakal dipertontonkan di KLIMS 2024; CX-60, CX-5 MS Limited Edition juga akan dipamerkan

    Di peringkat global, CX-80 ditawarkan dengan beberapa pilihan. enjin, termasuk 3.3 liter hibrid ringkas pengecas turbo enam-silinder sebaris petrol 284 PS/450 Nm, 3.3 litr turbodiesel enam-silinder 231 PS/500 Nm dan hibrid ringkas 254 PS/550 Nm. Kesemuanya didatangkan dengan kotak gear automatik lapan-kelajuan dan sama ada pacuan roda-belakang atau pun semua-roda.

    Ia juga ada ditawarkan dengan versi plug-in hybrid yang dijanakan enjin 2.5 liter naturally-aspirated empat-silinder 192 PS/261 Nm dan motor elektrik 175 PS/270 Nm dengan keseluruhan kuasa cecah 328 PS dan tork 500 Nm, bersama bateri 17.8 kWh yang membolehkannya mencapai jarak gerak hingga 60 km. Model PHEV ini juga dikhabarkan bakal memasuki pasaran Malaysia, dan pastinya cukai jalannya lebih rendah berbanding versi enjin 3.3 liter.

    Selain CX-80, Bermaz juga akan mempertontonkan CX-60 dan CX-5 MS Limited Edition (MS membawakan maksud Mazdaspeed). Untuk CX-60, buat masa ini Bermaz belum memaklumkan pilihan enjin yang bakal ditawarkan untuk pasaran tempatan. Namun SUV bentangan membujur enjin hadapan dengan pacuan roda-belakang. Bagi dimensinya, ia berukuran 4,740-4,745 mm panjang, 1,890 mm lebar, 1,680 mm tinggi dan jarak rodanya mencecah 2,870 mm.

    Manakala bagi CX-5 MS Limited Edition, dimaklumkan ia akan didatangkan dengan ciri yang lebih estetika bagi luaran atau kit badannya, bersama naiktaraf pemanduan yang lebih dinamik. Untuk perincian penuh, kena nantikan KLIMS 2024 membuka tirainya minggu ini.

     
     
  • JPJ eBid: Siri ANU dan SJJ bakal dibuka bidaan

    Jika anda sedang mencari nombor pendaftaran bagi kenderaan, ini ada siri terkini dari Perak dan Sabah yang bakal dibuka dibida menerusi platform dalam talian, JPJ eBid.

    Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), siri nombor pendaftaran terkini dari Perak, ANU bakal dibuka bidaan pada 19 Disember 2024. Bidaannya akan berakhir jam 10 malam pada 23 Disember. Keputusannya akan dikeluarkan sehari selepas bidaan ditutup iaitu pada 24 Disember 2024. Keseluruhan proses kini secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik (atau buruk) menerusi e-mel.

    Manakala siri nombor pendaftaran terkini Sabah, SJJ, pula dibuka bidaan bermula 20 Disember 2024. Tempoh bidaannya berlangsung selama lima hari dan akan ditutup pada 24 Disember, tepat jam 10 malam. Seperti biasa, keputusannya akan keluar pada keesokan harinya, 25 Disember 2024.

    Disebabkan sekarang ini banyak urusan yang boleh dibuat secara dalam talian, jadi kalau nak dapatkan nombor pendaftaran kenderaan terkini, anda boleh lakukan sendiri tanpa menggunakan khidmat pihak ketiga (termasuk runner), malah boleh menjimatkan kos serta masa. Anda boleh rujuk artikel kami sebelum ini berkenaan dengan JPJ eBid termasuk cara-cara yang diperlukan untuk membida nombor pendaftaran kenderaan yang diingini.

     
     
  • Bantuan Banjir Volkswagen – diskaun 30% untuk alat ganti, pemeriksaan percuma hingga 1 Mac 2025

    Bantuan Banjir Volkswagen – diskaun 30% untuk alat ganti, pemeriksaan percuma hingga 1 Mac 2025

    Atas dasar prihatin terhadap mangsa banjir khususnya di bahagian Pantai Timur, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengumumkan pelan Bantuan Banjir untuk membantu pemilik yang terjejas bagi membaikpulih kenderaan mereka yang rosak akibat bencana alam tersebut.

    Program ini ditawarkan di kesemua pusat servis bertauliah Volkswagen di seluruh negara dan VPCM memberikan diskaun sebanyak 30% untuk alat ganti tulen bagi kenderaan yang rosak akibat banjir dan tawaran ini sah sehingga 1 Mac 2025. Pemeriksaan percuma juga turut disediakan untuk menilai tahap kerosakan kenderaan akibat banjir dan mengesyorkan pembaikan yang diperlukan.

    Kos baikpulih juga lebih berpatutan melalui pelan pembayaran mudah dengan faedah sifar peratus, membolehkan pemilik menyelesaikan bil pembaikan mereka dalam tempoh enam atau 12 bulan. Baucar sokongan bantuan banjir akan disediakan melalui aplikasi Volkswagen Cares, yang boleh dimuat turun menerusi Apple App Store atau Google Play Store.

    Pelanggan digalakkan untuk berkunjung ke pusat servis Volkswagen bertauliah yang terdekat, menyemak aplikasi atau melayari laman web rasmi untuk maklumat lanjut atau menempah slot pemeriksaan.

     
     
  • RXZ Twin Boss V2 buatan Malaysia bawa pulang dua pingat dari Yokohama Hot Rod Custom Show, Jepun

    RXZ Twin Boss V2 buatan Malaysia bawa pulang dua pingat dari Yokohama Hot Rod Custom Show, Jepun

    RXZ Twin Boss V2, hasil tangan Irwan Cheng dari Ipoh, yang dibawa ke Jepun untuk bertanding dalam acara Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 memberikan kebanggaan kepada Malaysia apabila dianugerahkan dua pingat iaitu “Cool by Mooneyes” dan “Rough Craft Pick”.

    “Semasa saya nampak motosikal ini buat kali pertama, saya tahu ia adalah sesuatu yang istimewa, sangat unik dan penggunaan dua enjin ini adalah satu kerja kejuruteraan yang mengagumkan. Saya tahu, untuk menghasilkan sesuatu seperti ini tidak mudah. Terutamanya di negara kecil yang mempunyai komuniti kecil. Apabila saya nampak sekali lagi motosikal ini di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 untuk bertanding, saya tahu ini adalah motosikal yang akan saya pilih,” kata pengasas Rough Craft, Winston Yeh.

    RXZ Twin Boss ini dipanggil sebagai V2 kerana ia adalah kali kedua Irwan menghasilkan motosikal kustom yang menggunakan dua enjin RXZ, dengan yang pertama diperkenalkan pada tahun 2017 dan dijadikan sebagai hadiah cabutan bertuah di acara Art of Speed. Model V2 ini pula dihasilkan untuk bertanding di Art of Speed 2024 dan dinobatkan sebagai pemenang Invitational Bike Build Off, memberikan antara hadiahnya motosikal dibawa ke Jepun untuk bertanding di Yokohama Hot Rod Custom 2024.

    RXZ Twin Boss V2 buatan Malaysia bawa pulang dua pingat dari Yokohama Hot Rod Custom Show, Jepun

    Sementara RXZ Twin Boss V1 itu menggunakan dua enjin RXZ yang diletakkan berasingan secara menegak, model versi kedua ini pula menyaksikan dua enjin itu digabungkan pada bahagian crank case secara melintang. Tiada ubah suai besar dibuat pada bahagian head dan silinder selain memperkemaskan perinciannya.

    Setelah enjin siap, barulah Irwan memulakan proses pembuatan sebuah motosikal dengan menetapkan jarak roda yang dimahukan, diikuti kerangka dan bahagian-bahagian lain. Tangki dan tempat duduk kini merupakan satu unit, dengan menurut Irwan, proses penghasilannya “sangat organik, tanpa perancangan tertentu.”

    Antara bahagian menarik lain yang diubah suai oleh Irwan antaranya adalah rim belakang, yang diambil daripada rim kereta, dibuang bahagian tengahnya, dan kemudian ditebuk untuk dipasangkan dengan spoke serta hab yang diambil daripada Yamaha 125Z.

    Motosikal ini cuma mempunyai sistem serapan di hadapan sahaja, sementara di belakang, kedudukannya adalah kejur (rigid), dengan roda belakang disambungkan kepada plet besi yang dipotong menggunakan grinder pegangan tangan, dan bukannya mesin.

    Bahagian hadapan nampak kosong kerana ia tidak mempunyai brek (cuma motosikal pameran) dan di bahagian pemegang ia menggunakan kabel tersembunyi untuk pendikit dan juga klac. Karburator menggunakan dua unit 28 mm daripada Uma Racing.

    GALERI: RXZ Twin Boss V2

     
     
  • Honda eVTOL — kereta terbang dipamer di KLIMS 2024

    Honda eVTOL — kereta terbang dipamer di KLIMS 2024

    Untuk Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024 yang bakal membuka tirainya kepada media Rabu ini, Honda membawakan sedikit kelainan. Selain menghadirkan model-model kenderaan dan mempamer teknologi terbaru, syarikat itu akan turut mempamerkan jentera mobiliti udaranya, kereta terbang yang dikenali sebagai electric vertical take off and landing (eVTOL).

    Hanya ada satu gambar yang mengiringi pengumuman itu, dan kelihatannya jentera eVTOL tersebut banyak persamaan dengan model yang diumumkan pada 2021 di bawah pembangunan untuk kegunaan dalam-dan-antara bandar.

    Bagaimanapun, jentera yang ditunjuk pada 2021 ini lebih kepada jentera hibrid, dengan adanya sebuah bateri berkapasiti kecilnya menghadkan pacuan elektrik sepenuhnya untuk kegunaan dalam bandar, dan Honda juga telah memanfaatkan penggunaan turbin gas serta converter AC/DC untuk menyokong kuasa bateri tersebut.

    Selain jentera mobiliti udara itu, untuk KLIMS 2024 Honda turut akan mempamerkan model Prelude Concept dan skuter elektrik boleh lipat, Motocompacto.

    Kehadiran Prelude Concept itu disahkan tidak lama selepas ia ditunjukkan dengan penggunaan sistem janaan kuasa hibrid. Bagaimanapun, tiada perincian teknikal penuh didedahkan. Untuk itu, versi yang akan ditunjukkan nanti mungkin menggunakan sistem janaan kuasa e:HEV yang sama digunakan untuk City, Civic, HR-V dan CR-V.

    Bagi Motocompacto pula, ia merupakan sebuah jelmaan semula model Motocompo 50 cc, dengan kali ini dijana oleh sistem bateri-elektrik. Motocompo asal direka untuk dimuatkan ke dalam ruang barangan Honda City 1981. Versi terbarunya ini pula akan mempunyai berat 18.7 kg, dan dilengkapi dengan bateri 6.8 Ah yang menawarkan jarak sehingga 20 km dan laju maksimum 24 km/j. Ia berukuran 967.8 mm panjang (742 mm jika dilipat), 889 mm tinggi (536 mm jika dilipat) dan 437 mm lebar (94 mm jika dilipat).

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.17 (-0.04)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.00
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.91 (0.00)
EURO 5 B7 RM3.11 (0.00)
Last Updated Jul 31, 2025