Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • Undang-undang baru untuk lindungi pemandu e-hailing, penghantar bermotosikal – Zahid Hamidi

    Undang-undang baru untuk lindungi pemandu e-hailing, penghantar bermotosikal – Zahid Hamidi

    Kerajaan bersedia untuk memperkenalkan rang undang-undang (RUU) baru untuk melindungi keselamatan dan kebajikan pekerja gig seperti pemandu e-hailing dan penghantar bermotosikal, kata timbalan perdana menteri, Ahmad Zahid Hamidi. Menurut laporan Bernama, undang-undang baru ini menyediakan perlindungan kewangan dan perubatan, termasuk sumbangan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

    Zahid berkata, RUU tersebut akan dibentangkan oleh kementerian sumber manusia (KESUMA) semasa sesi di Dewan Rakyat untuk dibahaskan, dan ia juga menunjukkan sokongan kerajaan kepada lebih 1.16 juta pekerja gig di seluruh negara.

    “Undang-undang ini akan memberikan jaring keselamatan kepada pekerja gig, memastikan perlindungan menyeluruh yang bukan sahaja termasuk sumbangan kepada KWSP, tetapi juga perlindungan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), serta peruntukan untuk kos rawatan perubatan,” kata beliau.

    Undang-undang baru untuk lindungi pemandu e-hailing, penghantar bermotosikal – Zahid Hamidi

    Zahid mengakui, perlindungan untuk kos rawatan perubatan secara khususnya boleh memberikan implikasi kewangan yang berat, tetapi ia tetap perlu untuk pekerja gig. “Kita akan membincangkan perkara ini secara terperinci dengan KESUMA, kementerian kewangan, dan sekretariat (Sekretariat Kesatuan Sekerja dan Ekonomi Gig Malaysia) sendiri yang akan memberikan beberapa input setelah perundingan dilakukan mengikut konsultasi dengan pihak universiti terutamanya Universiti Malaya yang telah memberikan khidmat dan pandangan termasuk dari segi perundangan,” kata beliau.

    Berkenaan beza antara undang-undang baru ini dengan undang-undang pekerja sedia ada, Zahid memberitahu, undang-undang sekarang tidak ditujukan secara spesifik untuk keadaan terkini ekonomi gig. “Berdasarkan cadangan daripada menteri sumber manusia, kabinet telah menetapkan bahawa satu akta khas diperlukan untuk memastikan perundangan baru ini tidak bercanggah dengan undang-undang sedia ada,” kata beliau.

     
     
  • EV akan digunakan sebagai kenderaan rasmi Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 – Anwar

    EV akan digunakan sebagai kenderaan rasmi Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 – Anwar

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenderaan elektrik (EV) bakal digunakan sebagai kereta rasmi para pemimpin ASEAN ketika menghadiri acara-acara kenegaraan apabila Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun 2025, laporan Bernama.

    “Agak menarik apabila Kabinet memutuskan sedemikian baru-baru ini, (selama ini) ke mana sahaja kita pergi, ketua-ketua negara akan diberikan sebuah kereta Mercedes yang besar.

    “… kita berpandangan bahawa jika kita serius tentang kelestarian dan peralihan tenaga, kita perlu tonjolkan bahawa di Malaysia, kenderaan yang diberikan kepada ketua-ketua negara, para menteri dan pegawai berkenaan hanyalah EV,” katanya.

    Jelasnya, keputusan menggunakan EV sebagai kereta rasmi para pemimpin ASEAN walaupun saiznya mungkin lebih kecil adalah disebabkan kerana ia lebih murah berbanding kenderaan lain.

    “Kita akan maklumkan kepada semua kepala (pemimpin) negara… Sila gunakan ia dan saya harap anda akan berpuas hati,” katanya.

    Buat setakat ini, belum didedahkan model EV yang bakal dipilih untuk membawa semua pemimpin negara ASEAN tersebut apabila majlis berkenaan kelak. Mungkin juga Proton eMas 7 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi juga akan berada dalam senarai pilihan? Kita tunggu perkembangan selanjutnya.

     
     
  • PM perjelas kenapa harga minyak tidak turun; sebelum ini petrol di Arab Saudi 50 sen, sekarang RM2.62

    PM perjelas kenapa harga minyak tidak turun; sebelum ini petrol di Arab Saudi 50 sen, sekarang RM2.62

    Semasa persidangan Dewan Rakyat hari ini, perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyentuh tentang topik harga minyak sambil menjawab soalan yang diberikan oleh Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) berkenaan definisi T15 berhubung dengan subsidi bersasar petrol RON 95 yang sedang dirancang, serta mekanisme yang akan digunakan untuk kadar cukai dividen 2%.

    Menjawab panggilan beberapa pihak untuk menurunkan harga minyak, iaitu sesuatu yang pernah beliau cadangkan semasa berada sebagai pembangkang, Anwar menyatakan bahawa sebelum ini negara jiran mempunyai harga minyak lebih tinggi berbanding Malaysia, meskipun ia adalah pengeluar minyak, seperti Indonesia.

    “Kadang-kadang, bila dia ucap, dia lepaskan kenyataan bahawa saya selalu bandingkan dengan Arab Saudi. Tapi itu dipadamkan. Jadi, tidak ada keikhlasan dalam berhujah, tetapi hanya bermain sandiwara politik kerana Saudi sekarang RM2.62 (seliter). Semasa kita usulkan penurunan harga minyak, harga di Arab Saudi 50 sen (seliter). Mengapa tidak dihujahkan hari ini?” kata Anwar.

    “Kalau harga (minyak) turun mendadak, maknanya projek-projek rakyat itu terpaksa dikurangkan. Jadi kita ada pilihan di sini. Sebab tu kita akan naikkan ikut harga pasaran kepada warga asing, bukan warganegara dan juga T15,” tambah beliau.

     
     
  • Haval H6 HEV diberi waranti enjin 1 juta km/10-tahun untuk gasket, camshaft, crankshaft dan beberapa lagi

    Haval H6 HEV diberi waranti enjin 1 juta km/10-tahun untuk gasket, camshaft, crankshaft dan beberapa lagi

    GWM Malaysia telah mengumumkan penawaran waranti enjin sehingga satu juta km, 10-tahun untuk Haval H6 HEV yang baru dilancarkan awal bulan ini. Waranti enjin tersebut meliputi gasket, pengedap minyak, omboh (piston), sambungan rod (conrod), camshaft (aci sesondol) dan crankshaft (aci engkol) bagi enjin 1.5 liter pengecas turbo empat-silinder, menurut syarikat tersebut.

    Ini adalah tambahan kepada waranti kenderaan 10-tahun, 1,000,000 km model dan lapan-tahun atau 1,000,000 km (mana-mana tiba dahulu) bagi waranti rangkaian elektrik hibrid yang meliputi Dedicated Hybrid Transmission (DHT), bateri voltan tinggi dan kabel serta unit kawalan penghantaran. Seperti waranti kenderaan dan sistem hibrid, waranti enjin yang diumumkan ini adalah untuk pemilik pertama kenderaan sahaja, dan tidak boleh dipindah milik.

    Semasa pelancarannya, turut diumumkan H6 HEV ditawarkan dengan pakej penyelenggaraan percuma selama lima tahun termasuk alat ganti dan buruh untuk pembeli yang mendaftarkan kenderaan mereka pada tahun 2024. Sebagai SUV segmen-C, Haval H6 HEV diletakkan di pasaran yang turut disertai Honda CR-V, Proton X70 dan seumpamanya.

    Enjin pembakaran dalaman bagi Haval H6 HEV ini mampu menghasilkan kuasa 150 PS pada 5,500 hingga 6,000 rpm dan 230 Nm dari 1,500 hingga 4,000 rpm. Bagi janaan elektriknya, ia dihasilkan oleh motor penggerak magnel kekal berkuasa 177 PS/300 Nm yang disepadukan dalam transmisi Dedicated Hybrid Transmission (DHT) dua-kelajuan

    Ini membolehkan kuasa keseluruhan yang dibekalkan adalah 243 PS dan 530 Nm, juga mampu dipecut dari 0-100 km/j dalam 7.7 saat. Manakala penggunaan bahan apinya pula didakwa sekitar 5.2l/100 km.

    Antara perincian standard yang diberikan pada Haval H6 Hybrid Ultra pasaran Malaysia ini termasuk lampu hadapan LED matrix, gril hadapan ‘Star Matrix’, bumbung suria panaromik dan rim aloi 19-inci dalam kemasan hitam berkilat. Manakala pada bahagian kabin, ia diberikan skrin infotainmen 12.3-inci dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay dan juga paparan instrumen digital dengan skrin 10.25-inci.

    Untuk pasaran Malaysia, Haval H6 HEV ini dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM139,800. Operasi pemasangan tempatan (CKD) model ini telah pun bermula di kilang milik EP Manufacturing Berhad (EPMB) yang terletak di Taman Perindustrian Hicom Pegoh, Melaka tersebut. Ia telah pun mula menghasilkan unit pertamanya bulan lalu. Namun sebelum ini difahamkan bahawa bagi 100 unit pertama adalah unit CBU yang diimport terus dari China.

    GALERI: Haval H6 HEV 2024 di Malaysia

     
     
  • Volkswagen akan tutup 3 kilang di Jerman, henti 300k pekerja; saingan sengit dari China, jualan EV lembab

    Volkswagen akan tutup 3 kilang di Jerman, henti 300k pekerja; saingan sengit dari China, jualan EV lembab

    Nampaknya situasi yang berlaku terhadap Volkswagen bertambah parah – majlis pekerja jenama automotif Jerman berkenaan menyatakan bahawa syarikat itu kini sedang merancang untuk menutup tiga kilang di negara asalnya, berbanding hanya sebuah sebelum ini, lapor Reuters.

    Volkswagen tidak pernah menutup mana-mana kilangnya di Jerman sebelum ini, dan satu-satunya kilang yang pernah ditutup adalah fasiliti di Westmoreland, Pennslyvania, Amerika Syarikat pada 1998. Syarikat itu kini sudah beberapa minggu berbincang dengan kesatuan sekerja berhubung rancangan untuk merombak perniagaannya dan mengurangkan kos, termasuk mempertimbangkan penutupan kilang-kilang berkenaan.

    Menurut Reuters lagi, Isnin lalu Volkswagen telah mengulangi kenyataan bahawa penstrukturan semula sememangnya perlu dilakukan, dan bakal mengumumkan cadangan yang lebih konkrit pada Rabu ini.

    Volkswagen akan tutup 3 kilang di Jerman, henti 300k pekerja; saingan sengit dari China, jualan EV lembab

    Aerial view

    Dalam satu ucapan kepada yang dibuat kepada pekerja-pekerja kilang terbesar Volkswagen Group di Wolfsburg, Ketua majlis kerja Daniella Cavallo menyatakan bahawa syarikat itu kini serius terhadap rancangan yang sedang dibuat dan menambah bahawa langkah ini mungkin akan menyebabkan sekitar 300,000 pekerja terjejas, gaji pekerja sedia ada akan dipotong sekurang-kurangnya 10% dan pembekuan gaji pada 2025 dan 2026.

    Cavallo menyatakan bahawa konflik antara pekerja dan pihak pengurusan syarikat kini sedang membarah kerana Volkswagen kini sedang menghadapi tekanan teruk daripada kos tenaga dan buruh yang tinggi, persaingan sengit dengan jenama dari Asia, permintaan yang semakin lemah di Eropah dan China serta peralihan elektrik yang lebih perlahan daripada yang dijangkakan.

    Apa yang disebut oleh Cavallo tersebut agak sama seperti yang dinyatakan oleh penganalisis Stifel, Daniel Schwarz. “Saya percaya ini mencerminkan gabungan unik faktor yang tidak menguntungkan: persaingan di China, permintaan yang lemah di Eropah, terutamanya untuk BEV (kenderaan elektrik berkuasa bateri), peraturan yang lebih ketat,” kata Schwarz.

    Volkswagen akan tutup 3 kilang di Jerman, henti 300k pekerja; saingan sengit dari China, jualan EV lembab

    “Keadaan ini serius dan tanggungjawab rakan perundingan adalah sangat besar… Tanpa langkah komprehensif untuk mendapatkan semula daya saing, kami tidak akan mampu membayar pelaburan penting pada masa hadapan,” kata ahli lembaga Volkswagen Group, Gunnar Kilian.

    Manakala ketua divisi jenama Volkswagen, Thomas Schaefer pula menyatakan bahawa kilang-kilang di Jerman tidak cukup produktif dan kini beroperasi 25-50% di atas kos yang disasarkan, bermakna ada beberapa kawasan kini beroperasi dengan kos dua kali lebih tinggi berbanding pesaing.

    Dalam laporan Reuters ini juga menyatakan bahawa saham Volkswagen jatuh 1% selepas rancangan ini diumumkan. Nilai saham Volkswagen juga sebenarnya sudahpun jatuh 44% dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

     
     
  • Bukan semua T15 maha kaya — had pendapatan isi rumah RM30,000 ke bawah wajar terima subsidi RON95

    Bukan semua T15 maha kaya — had pendapatan isi rumah RM30,000 ke bawah wajar terima subsidi RON95

    Istilah “T15” mula mendapat perhatian ramai susulan daripada keputusan kerajaan untuk menarik balik subsidi petrol RON95 daripada golongan 15% teratas dari segi pendapatan dalam kelompok masyarakat bermula tahun depan. Banyak persoalan melingkari definisi dan kelompok pendapatan yang akan berada di dalam penakrifan tersebut, yang oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim disebut sebagai “maha kaya” ketika pembentangan Belanjawan 2025 lalu.

    Susulan daripada itu, Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling meminta kerajaan untuk menilai semula lingkungan tersebut supaya hanya melibatkan isi rumah yang berpendapatan lebih daripada RM30,000 sebulan untuk digolongkan dalam kelompok T15 itu. Perkara ini perlu kerana mengambil kira kos sara hidup yang makin meningkat akibat inflasi, lapor The Star.

    “Saya percaya penakrifan golongan berpendapatan tinggi perlu selarikan, dan akan lebih tepat untuk hanya mengelompokkan isi rumah yang berpendapatan RM30,000 sebulan di dalamnya,” ujarnya ketika membahaskan Undang-Undang Bekalan 2025 di Dewan Rakyat semalam.

    Ling menambah, keadaan ekonomi dan inflasi sekarang perlu dipertimbang ketika membuat pengkelasan kelompok pendapatan isi rumah ini. “Dengan kos tinggi untuk pendidikan swasta serta meningkatnya kos penjagaan kesihatan, mengkelaskan mereka yang berpendapatan di bawah RM30,000 sebagai kelompok berpendapatan tinggi akan hanya membebankan mereka,” tambah beliau.

    Bukan semua T15 maha kaya — had pendapatan isi rumah RM30,000 ke bawah wajar terima subsidi RON95

    Beliau juga menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan bagaimana kos sara hidup yang tinggi telah memberi kesan kepada kelompok berpendapatan berbeza, terutama mereka yang isi rumahnya berpendapata di bawah RM30,000 yang mungkin sukar menanggung perbelanjaan pendidikan dan kesihatan tanpa subsidi itu.

    Perkara ini juga disuarakan dalam nada yang sama oleh Ahli Parlimen Ayer Hitam, Wee Ka Siong di Tiktoknya, yang menyatakan adalah tidak adil untuk mengkelompokkan mereka yang T15 dalam masyarakat sebagai “maha kaya” hanya berdasarkan pendapatan isi rumah semata-mata, memandangkan sebahagian daripada kelompok itu bukan jutawan dan tidak pula kaya.

    “Sebagai contoh, pasangan berkahwin yang kedua-duanya guru dengan gred DG48 yang telah mengajar 15 tahun, mempunyai pendapatan bersama sekitar RM14,000. Mereka ada rumah, dua kereta dan tiga anak. Sama juga jika pasangan pegawai kerajaan atau PTD juga dikelaskan sebagai T15 atau maha kaya. Adakah ini masuk akal?”

    Wee menambah, mereka yang bekerja dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) — yang mana gajinya lebih tinggi berbanding dalam sektor kerajaan — juga boleh dikelaskan sebagai T15. Berdaarkan Kaji Selidik Pendapatan Isi Rumah dan Kaji Selidik Pendapatan dan Perbelanjaan isi rumah dalam sistem data terbuka oleh Jabatan Statistik, T15 ditakrifkan sebagai isi rumah yang berpendapatan RM13,925 ke atas, setakat 2022. Sebaliknya, Wee mencadangkan subsidi RON95 diberikan mengikut harga kenderaan yang terlibat.

     
     
  • PLUS aktifkan laluan Smartlane di 21 lokasi terpilih antara 30 Okt-4 Nov 2024 sempena Deepavali

    PLUS aktifkan laluan Smartlane di 21 lokasi terpilih antara 30 Okt-4 Nov 2024 sempena Deepavali

    Klik untuk besarkan

    Sempena dengan cuti perayaan Deepavali yang bakal disambut pada Khamis ini (31 Okt), PLUS Malaysia Berhad akan mengaktifkan laluan Smartlane di 21 lokasi tumpuan trafik di lebuhraya kendaliannya bagi tempoh di antara 30 Oktober hingga 4 November 2024.

    “Ketika Smartlane diaktifkan, lorong kecemasan yang sedia ada dibuka sebagai laluan tambahan untuk mengoptimumkan penggunaan semua laluan dan meningkatkan kapasiti lorong di laluan kritikal lebuhraya.​
    Sila rujuk infografik yang disediakan untuk panduan, lokasi, tarikh serta masa pengaktifan dan kerjasama anda untuk merancang perjalanan amat dihargai,” kata PLUS​.

    Bagi wilayah utara, ia melibatkan laluan Sungai Petani (selatan)-Hentian Sebelah Tikam Batu, Bukit Tambun-Plaza Tol Juru (arah utara) dan Bandar Cassia-Hentian Sebelah Sungai Bakap (selatan).

    PLUS aktifkan laluan Smartlane di 21 lokasi terpilih antara 30 Okt-4 Nov 2024 sempena Deepavali

    Manakala untuk wilayan tengah, ia melibatkan 11 lokasi iaitu Gua Tempurung-Gopeng (arah utara), Slim River-Sungkai (utara/selatan), R&R Rawang-Sungai Buaya (utara/selatan), Setia Alam-Shah Alam (utara), susur keluar Petron NKVE-Subang (utara), Nilai-R&R Seremban (selatan), Putra Mahkota-Southville (utara), Restoran Jejantan USJ-Seafield (utara), Bandar Saujana Putra-Putra Height (utara), susur masuk dari Lebuhraya MEX ke Lingkaran Putrajaya/Cyberjaya (selatan).

    Untuk wilayan selatan pula, laluan yang terlibat ialah Port Dickson-Seremban (utara), Ayer Keroh-Hentian Sebelah Kampung Bemban (selatan), Kulai-Senai (selatan/utara), Desa Palma-Pasir Gudang (selatan) dan Pandan-Kempas (utara).

    Anda boleh rujuk jadual di atas untuk mengetahui lokasi yang lebih tepat, jarak laluan Smartlane dibuka dan juga tempoh masa yang ditetapkan.

    PLUS aktifkan laluan Smartlane di 21 lokasi terpilih antara 30 Okt-4 Nov 2024 sempena Deepavali

    Klik untuk besarkan

    Seperti amalan yang dimulakan sejak Mac lalu, PLUS bertindak melakukan beberapa peningkatan bagi laluan Smartlane ini seperti tambahan papan tanda.

    Satu kilometer sebelum SmartLane ini dibuka diletakkan satu papan tanda, diikuti satu lagi dalam 500 meter sebelumnya, satu papan tanda peringatan setiap 500 meter dan papan tanda tamat. Kemudiannya, PLUS juga meletakkan lampu hijau berkelip pada papan tanda laluan SmartLane ini sebagai tanda ia boleh digunakan.

    Sebagai persediaan berhadapan dengan peningkatan jumlah trafik yang tinggi sempena perayaan Deepavali ini, PLUS juga telah membuat persiapan rapi. Antaranya termasuklah menempatkan kira-kira 1,500 kakitangan untuk bantu operasi di plaza tol, lebih 1,000 lorong tol beroperasi, lebih 500 jumlah keseluruhan anggota rondaan PLUSRonda dan LPT2Ronda, serta membuka semua kemudahan tandas awam, surau dan stesen minyak di R&R yang dibuka 24 jam.

    PLUS aktifkan laluan Smartlane di 21 lokasi terpilih antara 30 Okt-4 Nov 2024 sempena Deepavali

    Untuk mengetahui jadual cadangan waktu perjalanan bagi Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), pengguna boleh menyemaknya menerusi aplikasi PLUS. Ia bagi memudahkan lagi anda merancang perjalanan untuk pulang ke kampung halaman mahu pun ke destinasi pilihan.

    Semalam, Kementerian Kerja Raya juga telah mengumumkan pemberian kadar tol secara percuma kepada kenderaan Kelas 1 (persendirian) sahaja pada 29-30 Oktober 2024. Di mana pemberian kadar tol percuma ini akan diberikan di semua plaza tol kecuali di sempadan negara, iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor. Walau bagaimana pun, semua pengguna lebuhraya diminta memastikan baki kad Touch ‘n Go dan eWallet mencukupi sebelum memulakan perjalanan.

     
     
  • JomCharge, Gentari kemaskini pengecas dengan bateri tenaga simpanan — tahap semasa, had 80% SoC

    JomCharge, Gentari kemaskini pengecas dengan bateri tenaga simpanan — tahap semasa, had 80% SoC

    Pengendali JomCharge, EV Connection (EVC) dan Gentari mengumumkan kemaskini pengecas kenderaan elektrik kepada jenis pengecasan pantas DC lengkap dengan teknologi Battery Energy Storage System (BESS). Kemaskini itu bertujuan untuk mempertingkat pengalaman mengecas di stesen terlibat dengan cara menggunakan sistem ini untuk memintas bekalan elektrik yang tidak mencukupi.

    BESS membolehkan pengecas pantas DC dipasang di kawasan yang tidak mempunyai bekalan elektrik yang tidak mencukupi, seperti di R&R dan hentian sebelah, memandangkan baterinya boleh dicaj untuk membekalkan kuasa ketika tidak digunakan. Tenaga yang disimpan kemudiannya akan digunakan untuk mengecas EV mencecah 200 kW, sehinggalah bateri simpanan tersebut habis tenaganya dan pengecas tidak boleh digunakan.

    Memadai ketika jumlah dan jualan EV masih terhad, namun jumlah EV yang semakin banyak akan menyebabkan masalah lain terutamanya ketika musim perayaan dan cuti sekolah. BESS tidak memerlukan masa yang lama untuk baterinya kehabisan tenaga — pengecas di Hentian Sebelah Behrang arah Selatan misalnya dilengkapi dengan bateri 300 kWh, yang akan habis jika enam EV dengan purata kapasiti 50 kWh dicas berturutan.

    JomCharge, Gentari kemaskini pengecas dengan bateri tenaga simpanan — tahap semasa, had 80% SoC

    Kemaskini terbaru ini bertujuan untuk menguruskan masalah tersebut. Pertama, aplikasi JomCharge kini akan menunjukkan ikon tahap bateri jika memilih stesen pengecas yang dilengkapi BESS sekaligus membolehkan pengguna merangcang hentian pengecasan mereka dengan lebih baik. Pengecas tersebut juga akan menghadkan kadar 80% SoC bagi setiap EV untuk membolehkan lebih banyak kereta menggunakannya sebelum BESS kehabisan tenaga.

    Selain itu, pengecasan BESS akan ditangguh dan semua tenaga elektrik akan disalurkan daripada bateri, grid atau panel solar kepada pengecas tunggal sebaik sahaja BESS kehabisan tenaga. Ini membolehkan pengecas tunggal tersebut terus menambahkan kuasa kepada sebuah EV pada kadar lebih rendah iaitu 50 kW, dengan pengecas lain dimatikan. Stesen pengecas itu akan menyambung pengecasan BESS sebaik sahaja ia tidak lagi digunakan.

    Kemaskini tersebut kita sedang diuji dan akan terhad untuk hentian sebelah Behrang arah Selatan sahaja terlebih dahulu, dan akan diperluas ke stesen dengan kelengkapan BESS selepas fasa ujian. Papan tanda tambahan juga akan dipasang untuk menandakan pengecas yang memanfaatkan BESS.

     
     
  • Proton eMas 7 hanya hadir dengan dalaman hitam penuh – tema putih yang tular hanya prototaip

    Proton telah pun mengumumkan bahawa EV pertamanya yang bakal dilancarkan pada Disember nanti, eMas 7 sudahpun boleh ditempah ketika kemunculan model berkenaan di ACE 2024 hujung minggu lalu. Serentak dengan itu, spesifikasinya juga telah diumum dan sudah sah bahawa SUV EV ini hanya ditawarkan dengan bahagian dalaman Indigo Blue, yang sekali imbas ia adalah hitam.

    Namun baru-baru ini tular gambar menunjukkan ada sebuah eMas 7 yang dipamerkan di bilik pameran menampilkan bahagian dalaman berwarna putih. Kami telah mendapatkan pengesahan dari Proton bahawa unit dengan kemasan dalaman berwarna putih tersebut hanyalah prototaip, dan tidak akan ditawarkan dalam pasaran.

    Model pasaran Malaysia memang selalunya ditawarkan dengan kemasan kabin berwarna gelap kerana dengan cuaca yang panas menyebabkan tangan selalu berpeluh, kemasan-kemasan berwarna putih agak sukar untuk dijaga.

    Proton eMas 7 menerima motor elektrik tunggal ’12 dalam 1′ yang memacu roda hadapan berkuasa 218 PS dan tork maksima 320 Nm. Konfigurasi tersebut cukup untuk membolehkan eMas 7 memecut dari 0-100 km/j dalam masa 6.9 saat, menjadikan ia model produksi Proton paling pantas setakat ini. Kelajuan maksima yang boleh dicapai adalah 175 km/j.

    Proton eMas 7 hanya hadir dengan dalaman hitam penuh – tema putih yang tular hanya prototaip

    Proton akan menawarkan eMas 7 dalam dua varian di mana varian asas Prime diberikan bateri lithium logam fosfat (LFP) “bilah pendek” Aegis yang dibangunkan oleh Geely berkapasiti 49.52 kWj dengan jarak perjalanan 345 km, manakala varian Premium diberikan bateri Aegis yang sama tetapi dengan kapasiti 60.22 kWj yang memberikan jarak 410 km – kedua-duanya mengikut kitaran ujian WLTP.

    Ia diberikan sistem pengecas pantas DC 80 kW untuk Prime dan 100 kW untuk Premium, membolehkan cas dipenuhkan dari 30% hingga 80% dalam masa 20 minit. Pengecas AC juga boleh digunakan dengan kadar maksimum 11 kW, membolehkan kadar cas 30% hingga 80% dipenuhkan dalam masa 4.9 jam untuk Prime dan 6.1 jam untuk Premium.

    eMas 7 sudah diumumkan akan dijual pada harga anggaran bermula RM120,000. Perbezaan lain antara dua varian yang ditawarkan tersebut telah kami perincikan pada PAUTAN INI.

     
     
  • Smartlane, tidal flow diaktifkan; lebuhraya dilarang tutup lorong hingga 4 Nov, kecuali kes kecemasan

    Smartlane, tidal flow diaktifkan; lebuhraya dilarang tutup lorong hingga 4 Nov, kecuali kes kecemasan

    Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan berlaku peningkatan jumlah trafik di lebuhraya utama seawal 29 Oktober 2024 (esok) melibatkan pengguna yang menuju ke Pantai Timur, Utara dan Selatan, menjelang sambutan Deepavali Khamis ini.

    “Sebanyak 2.62 juta kenderaan dijangka menggunakan lebuhraya utama pada hari-hari puncak sempena Deepavali ini. Dengan jumlah tersebut, sebanyak 2.13 juta bakal menggunakan lebuhraya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS). Manakala 198,000 kenderaan bakal menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, 78,220 kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), 59,220 kenderaan di LPT2 dan 15,370 kenderaan di Lebuhraya Persisir Pantai Barat (WCE).

    “Bagi berhadapan dengan peningkatan jumlah trafik, LLM telah mengarahkan semua syarikat konsesi lebuhraya untuk persediaan rapi agar perjalanan pengguna lebuhraya adalah selamat dan lancar sepanjang tempoh berkenaan. Antara langkah proaktif yang diambil termasuklah mengaktifkan laluan smartlane di lokasi terpilih di Lebuhraya PLUS, laluan tidal flow di Lebuhraya KL-Karak,” kata LLM dalam kenyataan yang dikeluarkan.

    Smartlane, tidal flow diaktifkan; lebuhraya dilarang tutup lorong hingga 4 Nov, kecuali kes kecemasan

    Selain itu, semua lebuhraya dilarang melakukan sebarang penutupan lorong kecuali bagi kes dan kerja kecemasan sehingga 4 November 2024.

    “Syarikat konsesi lebuhraya juga perlu menambah lorong tol sementara di beberapa plaza tol yang dikenalpasti mempunyai trafik yang tinggi, menyediakan kemudahan tambahan bagi tempat letak kereta dan tandas di beberapa kawasan rehat & rawat (R&R) di sepanjang Lebuhraya PLUS, Lebuhraya KL-Karak dan LPT1,”tambahnya lagi.

    Dalam masa yang sama, LLM turut menyambut baik pengumuman kerajaan yang melaksanakan inisiatif tol percuma kepada kenderaan Kelas 1 (persendirian) sahaja pada 29-30 Oktober 2024. Di mana pemberian kadar tol percuma ini akan diberikan di semua plaza tol kecuali di sempadan negara, iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.

     
     
  • KBS Rally Sprint 2024 Pusingan kedua – Pertarungan sengit antara Saladin Mazlan dan Hj Sutan di KL Base!

    KBS Rally Sprint 2024 Pusingan kedua – Pertarungan sengit antara Saladin Mazlan dan Hj Sutan di KL Base!

    Selepas lapan bulan pusingan pertamanya berlangsung di MAEPS Serdang, Kejohanan KBS Rally Sprint 2024 pusingan kedua dan juga penamat untuk musim ini akhirnya berjaya dilangsungkan pada hujung minggu lalu. Berbanding pusingan pertama yang berlangsung sepenuhnya di atas permukaan tar tempat parkir MAEPS, untuk pusingan kedua yang diadakan di bekas pangkalan udara TUDM Sungai Besi atau dikenali sebagai KL Base sekarang menyajikan cabaran yang lebih mengujakan.

    Ini kerana SS pada Rally Sprint kali ini bukan hanya dibentuk di atas landasan kapal terbang lama, malah turut membabitkan laluan batu kerikil dan juga laluan ala-touge di atas jalan raya sebenar dengan permukaan beralun, berlumut dan perlu meredah takungan air yang besar!

    Saingan untuk Leg 1 pada sebelah pagi menyaksikan pertarungan antara dua wira rali negara iaitu Saladin Mazlan dan Haji Sutan Mustaffa Salihin. Kedua-dua pelumba ini nampaknya menggunakan startegi berbeza di mana jentera prototaip Mini Deus 1.8 liter 4WD Turbo yang dipandu Saladin masih dilihat menggunakan tayar perlumbaan untuk permukaan tar, sementara Haji Sutan dengan Subaru Impreza WRX GDB nampak bersedia meredah apa juga bentuk permukaan jalan dengan set tayar Gravel.

    Kedua-dua mereka saling pintas memintas untuk dalam enam SS pada sebelah pagi, namun akhirnya Haji Sutan berjaya memperolehi kelebihan 4 saat di hadapan Saladin selepas tamat Leg 1. Juara pusingan pertama, Mitch Chong yang memandu Proton Satria 1.8 pacuan roda hadapan nampaknya tidak berdaya untuk mengikut dua ‘rasaksa’ 4WD di hadapan yang nampaknya tidak mengalami sebarang masalah besar pada Rally Sprint kali ini.

    Mitch dapat menamatkan Leg 1 pada kedudukan ketiga keseluruhan, tetapi disaingi rapat oleh pelumba simulator, Iqbal Suji yang beralih dari Proton Satria ke jentera baharu yang lebih menggerunkan iaitu Toyota MR-S. Seperti dijangka, SS KBS-XOne sejauh 2.21 km untuk SS2, SS4 dan SS6 yang dilangsungkan di atas jalan raya berliku dan dipenuhi belukar pada kiri dan kanan jalan bakal menyajikan pelbagai drama.

    Zairi Zakaria yang mencatatkan masa terpantas dalam kelas P10 pada SS1 menjadi ‘mangsa’ pertama laluan ini apabila Proton Satria 1.6 yang dipandunya tidak dapat dihentikan selepas memecut dengan laju pada laluan tegak beralun, dan terus naik ke atas pembahagi jalan yang telah ditutup dengan semak-samun. Kemudian Roni Risman yang memandu Proton Satria Neo 1.6 liter juga terbabas dalam SS KBS-XOne pada SS6.

    Leg 2 berlangsung pada sebelah petang bermula pada pukul 2 di mana kesemua SS yang dilalui pagi tadi diterbalikkan laluannya. Pertarungan antara Hj Sutan dan Saladin terus berlangsung sengit, namun untuk Iqbal Suji yang sedang cuba mengugat Mitch Chong, saingannya tamat pada SS8 selepas Toyota MR-S yang dipandu terbabas masuk ke dalam belukar juga pada SS KBS-XOne.

    Bertambah malang, pelumba di belakang iaitu Amerul Arief Wahid melanggar sebagian belakang MR-S Iqbal, menyebabkan bahagian hadapan kiri Vios yang dipandunya remuk. Namum Amerul masih dapat meneruskan rali sehingga ke garis penamat.

    Empat SS terakhir pada LEG 2 ini tamat sekitar pukul 4 petang, menyaksikan Saladin Mazlan berjaya memintas kedudukan Hj Sutan dengan kelebihan hanya 5 saat di hadapan. Mitch Chong terus berada di tempat ketiga, tetapi masih berjaya menjadi juara kategori P11, diekori satu lagi pesaing dalam kelas sama iaitu Shafiq Shamsudin yang memandu Suzuki Swift Sport yang ketinggalan 46 saat di belakang.

    Tempat kelima keseluruhan pula adalah milik Faidzal Alang yang memandu Mitsubishi Lancer Evolution, dan turut membolehkannya berada di tempat ketiga dalam kategori P12 di belakang Saladin dan Haji Sutan.

    ‘Rasaksa’ kei-Car MSF Superturismo, Daihatsu Mira L5 Kie Garage yang dipandu oleh Zahid Latif walaupun terpaksa tiga kali menukar drive shaft dan berada di tempat ke-11 secara keseluruhan, masih lagi berjaya menjadi juara untuk kategori P9.

    Manakala YouTuber saluran Pitstop TV, Mohd Syu’aib Hassan yang memandu Proton Saga 1.5 dalam spesifikasi Saga Cup MSF pasukan Doris Racing sekali lagi berjaya bergelar juara untuk kategori Classic. Senarai pemenang setiap kategori adalah seperti di bawah:

    Kategori Keseluruhan
    KBS Rally Sprint 2024 Pusingan kedua – Pertarungan sengit antara Saladin Mazlan dan Hj Sutan di KL Base!

    Juara: Saladin Mazlan & Arish Qutb – Mini Deus 1.8 4WD Saladin Rallying (27.35)
    Kedua : Hj Sutan Mustaffa & Hj Kamarul – Subaru Impreza WRX GDB Magnax Racing (27.40)
    Ketiga :Mitch Chong & Muhammad Fadzli – Proton Satria 1.8 Magnax Racing (29.01)
    Keempat : Shafiq Samsudin & Shasha Shafie – Suzuki Swift Sport Race Rally KL (29.47)
    Kelima : Faidzal Alang & Zamri Muhamat – Mitsubishi Lancer Evolution Darsa Lube Consortium Rally Team (30.21)

    Kelas P12 – Lebih 2,000cc
    KBS Rally Sprint 2024 Pusingan kedua – Pertarungan sengit antara Saladin Mazlan dan Hj Sutan di KL Base!

    Juara: Saladin Mazlan & Arish Qutb (27.35)
    Kedua: Hj Sutan & Hj Kamarul (27.40)
    Ketiga: Faidzal Alang & Zamri Muhamat (30.21)

    Kelas P11 – Lebih 1,601cc sehingga 2000cc
    KBS Rally Sprint 2024 Pusingan kedua – Pertarungan sengit antara Saladin Mazlan dan Hj Sutan di KL Base!

    Juara : Mitch Chong & Muhammad Fadzli (29.01)
    Kedua : Shafiq Samsudin & Shasha Shafie (29.47)
    Ketiga : Zaidan Zainuddin & Ahmad Hafiyuddin (31.41)

    Kelas P10 – Lebih 1,401cc sehingga dan termasuk 1,600cc
    KBS Rally Sprint 2024 Pusingan kedua – Pertarungan sengit antara Saladin Mazlan dan Hj Sutan di KL Base!

    Juara : Kang Chin Wan & Brandon Choong (31.25)
    Kedua: Syahmie Ruzainie & Dinie Nazmie (31.26)
    Ketiga : Mohd Syu’aib & Mohammad Dzuan (31.44)

    Kelas P9 – Sehingga dan termasuk 1,400cc
    KBS Rally Sprint 2024 Pusingan kedua – Pertarungan sengit antara Saladin Mazlan dan Hj Sutan di KL Base!

    Juara: Mohamed Zahid & Kamal Shukri (32.27)
    Kedua: Lim Huei Hwang & Tan Yee Ling (32.35)
    Ketiga: Tiew Ban Heng & Jameel As’san (33.40)

    Kategori 4WD
    KBS Rally Sprint 2024 Pusingan kedua – Pertarungan sengit antara Saladin Mazlan dan Hj Sutan di KL Base!

    Juara: Saladin Mazlan & Arish Qutb (27.35)
    Kedua: Hj Sutan & Hj Kamarul (27.40)
    Ketiga: Faidzal Alang & Zamri Muhamat (30.21)

    Kategori 2WD
    KBS Rally Sprint 2024 Pusingan kedua – Pertarungan sengit antara Saladin Mazlan dan Hj Sutan di KL Base!

    Juara: Mitch Chong & Muhammad Fadzli (29.01)
    Kedua: Shafiq Samsudin & Shasha Shafie (29.47)
    Ketiga: Kang Chin Wan & Brandon Choong (31.25)

    Rookie Cup Classic
    KBS Rally Sprint 2024 Pusingan kedua – Pertarungan sengit antara Saladin Mazlan dan Hj Sutan di KL Base!

    Juara :Mohd Syu’aib & Mohammad Dzuan (31.44)
    Kedua: Hasrin Tahir & Hafiz Azema (34.51)
    Ketiga: Nik Ammar & Muhammad Aiman (36.18)

    Junior (25 tahun dan ke bawah)
    KBS Rally Sprint 2024 Pusingan kedua – Pertarungan sengit antara Saladin Mazlan dan Hj Sutan di KL Base!

    Juara: Syahmie Ruzainie & Dinie Nazmie (31.26)
    Kedua: Ryan Ahmad & Marcus Chan (37.21)
    Ketiga: Saif Danial & Ahmad Fadzlan (39.17)

    Ladies Cup
    KBS Rally Sprint 2024 Pusingan kedua – Pertarungan sengit antara Saladin Mazlan dan Hj Sutan di KL Base!

    Juara: Chan Sook Ping & Chan Jen Shyuan (35 mins)

    Rookie Cup (Manual)
    KBS Rally Sprint 2024 Pusingan kedua – Pertarungan sengit antara Saladin Mazlan dan Hj Sutan di KL Base!

    Juara : Tiew Ban Heng & Jameel As’san (33.4)
    Kedua : Nik Ammar Mohamed & Muhammad Aiman (36.18)
    Ketiga : Ryan Ahmad & Marcus Chan (37.21)

    Rookie Cup (Auto)
    KBS Rally Sprint 2024 Pusingan kedua – Pertarungan sengit antara Saladin Mazlan dan Hj Sutan di KL Base!

    Juara: Lim Huei Hwang & Tan Yee Ling (32.35)
    Ketiga : Muhammad Farid & Mark Levon (33.58)

     
     
  • Subsidi petrol RON95 perlu diberi mengikut jenis kenderaan, bukannya pendapatan – Wee Ka Siong

    Subsidi petrol RON95 perlu diberi mengikut jenis kenderaan, bukannya pendapatan – Wee Ka Siong

    Adakah patut pemilik kenderaan mewah dilabelkan tidak layak untuk menerima subsidi petrol RON 95? Presiden MCA, Wee Ka Siong nampaknya bersetuju dan menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan kelayakan subsidi ini untuk mengikut jenis dan nilai kenderaan yang dipandu, berbanding pendapatan seseorang.

    Menurut beliau, pemandu kenderaan seperti Perodua Myvi, Ativa dan Alza sepatutnya berhak menerima subsidi penuh petrol RON 95 daripada kerajaan. “Walaubagaimanapun, mereka yang memandu Mercedes-Benz, BMW, Ferrari atau Lamborghini tidak memerlukan langsung subsidi ini,” kata Wee dalam satu video di TikTok, menurut laporan FMT.

    Beliau turut menambah bahawa mereka yang terletak dalam kumpulan pendapatan M40, tetapi memilih untuk memandu kenderaan mewah juga tidak sepatutnya diberikan sebarang subsidi. Beliau berkata, kerajaan tidak sepatutnya menghukum mereka yang mengambil langkah bersederhana dalam kehidupan harian dan tidak berbelanja dengan boros.

    Semasa pembentangan Bajet 2025, kerajaan mengumumkan subsidi petrol RON 95 akan disusun semula dan selepas sahaja pengumuman itu, terdedah pula cara dua harga berdasarkan pendapatan akan diperkenalkan, dengan golongan T15 tidak layak untuk menerimanya. Bagaimana cara pelaksanaan sebenarnya masih belum diumumkan.

     
     
  • Harga petrol RON95 perlu diapungkan; sistem dua harga akan bawa masalah, penyalahgunaan – PDAM

    Harga petrol RON95 perlu diapungkan; sistem dua harga akan bawa masalah, penyalahgunaan – PDAM

    Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) menyatakan bahawa mekanisme dua harga untuk RON 95 akan membawa masalah dan tidak patut dilaksanakan. Menurut setiausaha komunikasi dan media persatuan itu, Gordon Lim, pengendali stesen minyak mungkin berhadapan isu yang mengganggu operasi jika petrol RON 95 bersubsidi dijual menggunakan MyKad.

    Sebaliknya, beliau mencadangkan harga RON 95 diapungkan dan menggunakan cara pulangan balik seperti sistem kawalan diesel bersubsidi (SKDS) yang sudah dilaksana sejak bulan Jun lepas.

    “Untuk pembelian tunai, pelanggan perlu beratur di dalam kerana urus niaga melalui tingkap juruwang mungkin tidak dibuka. Disebabkan perlu berbaris, stesen minyak juga mungkin kehilangan pelanggan yang mahu membeli barang di dalam kedai. Lebih banyak pelanggan mungkin akan memilih untuk membayar secara elektronik menggunakan kad. Ini akan mengenakan kadar diskaun peniaga yang lebih tinggi kepada kami,” kata Lim.

    Beliau menambah bahawa pengendali stesen minyak juga akan dibebankan dengan pertambahan modal kerana bayaran balik kenaikan harga akibat subsidi oleh kerajaan itu mungkin akan jadi lambat. Stesen minyak yang lebih kecil juga berisiko ditutup kerana pelanggan akan lebih gemar pergi ke stesen yang lebih besar bagi mengelakkan barisan panjang.

    Harga petrol RON95 perlu diapungkan; sistem dua harga akan bawa masalah, penyalahgunaan – PDAM

    Seperti yang dilaporkan oleh The Star, Lim memberitahu bahawa PDAM juga menjangkakan penyalahgunaan pada sistem ini disebabkan nanti mungkin ada orang yang layak, menukar MyKad mereka untuk mengisi petrol kenderaan yang dimiliki oleh seseorang yang tidak layak untuk subsidi.

    Pendapat sama dinyatakan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Azeem Fazwan Ahmad Farouk, yang bersetuju bahawa mekanisme dua harga untuk petrol RON 95 ini tidak praktikal kerana penggunaan MyKad boleh merumitkan proses jualan.

    “Memberi subsidi kepada bahan api boleh menggalakkan lebihan penggunaan dan penyeludupan. Ia telah terbukti sebelum ini. Apa yang perlu dilakukan adalah mengapungkan harga RON 95 dan beri subsidi kepada individu dengan memulangkan tunai kepada yang layak. Ini adalah cara terbaik,” kata beliau.

    Semasa pembentangan Bajet 2025, kerajaan telah mengumumkan akan menyusun kembali subsidi petrol RON 95 pada pertengahan tahun 2025, dengan beralih kepada subsidi bersasar. Bagaimana ia dilaksanakan, dan apa mekanisme yang akan digunakan, setakat ini kita masih belum tahu.

     
     
  • LRT3: Pembinaan 5 stesen yang dibatalkan sebelum ini dijangka siap dan beroperasi pada Q2 2028 – MoT

    LRT3: Pembinaan 5 stesen yang dibatalkan sebelum ini dijangka siap dan beroperasi pada Q2 2028 – MoT

    Pembinaan lima stesen Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang dibatalkan sebelum ini, dijangka siap dan bakal beroperasi pada suku kedua (Q2) 2028, kata Timbalan Menteri Pengangkutan (MoT) Datuk Hasbi Habibollah.

    Beliau berkata Prasarana Malaysia Berhad kini sedang memuktamadkan aspek teknikal dan kewangan perjanjian kontrak tambahan untuk projek itu, laporan The Sun.

    Skop reka bentuk untuk lima stesen tersebut iaitu Tropicana, Raja Muda, Temasya, Bukit Raja, dan Bandar Botanik dijangka bermula pada suku pertama tahun depan, dengan pembinaan fizikal bermula pada suku keempat 2025 dan mengambil masa kira-kira dua tahun untuk diselesaikan.

    “Kelima-lima stesen ini disasarkan untuk siap dibina pada suku keempat 2027, dengan operasi dijangka bermula pada Q2 2028,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

    LRT3: Pembinaan 5 stesen yang dibatalkan sebelum ini dijangka siap dan beroperasi pada Q2 2028 – MoT

    Kenyataan beliau adalah bagi menjawab soalan Kapten Azahari Hasan (PN-Padang Rengas), yang ingin mengetahui status terkini projek stesen LRT3, termasuk jangkaan tarikh operasinya dan sebarang implikasi kos tambahan berbanding bajet asal.

    Hasbi berkata, kos asal projek LRT3 yang diluluskan pada 2015 adalah sebanyak RM31.65 bilion, namun kosnya dikurangkan kepada RM16.63 bilion pada 2018, berikutan langkah penjimatan kos kerajaan melalui pengurangan projek itu. skop. Di mana tambahan RM5.3 bilion yang diperuntukkan untuk pembinaan lima stesen itu menjadikan kos keseluruhan projek LRT3 itu berjumlah RM21.93 bilion.

    “Jika dibandingkan dengan kos asal, perbelanjaan terkini masih memberikan penjimatan sebanyak RM9.72 bilion. Kementerian Kewangan kini sedang mempertimbangkan sumber pembiayaan untuk skop yang dipulihkan ini,” katanya.

    Menjawab soalan tambahan Azahari, Hasbi memberi jaminan bahawa projek LRT3 telah mengambil kira jangkaan terkini mengenai sasaran pengguna harian, terutamanya pada waktu puncak, untuk menampung keperluan penggunaan dengan lebih baik.

     
     
  • Stellantis umum penubuhan hab alat ganti serantau di Malaysia untuk 20 negara, semua jenama di bawahnya

    Stellantis umum penubuhan hab alat ganti serantau di Malaysia untuk 20 negara, semua jenama di bawahnya

    Stellantis telah mengumumkan penubuhan sebuah hab alat ganti serantau di Malaysia. Pengeluar kenderaan tersebut menyatakan bahawa hab baru ini adalah satu komponen penting dalam strategi mereka untuk menembusi lebih dalam usaha lokalisasi dan menguatkan kehadiran mereka dalam jangka masa panjang di India serta Asia Pasifik, termasuk Malaysia.

    “India dan Asia Pasifik adalah pemacu pertumbuhan ketiga bagi Stellantis, dan hab alat ganti serantau ini dijangka menjadi aset utama dalam strategi rangkaian bekalan serantau kami. Pelaburan ini menunjukkan komitmen jangka masa panjang Stellantis dalam menguatkan kehadiran dan pertumbuhan bukan sahaja dalam rantau ini, tetapi lebih penting lagi menyumbang ke arah menguatkan kedudukan Malaysia sebagai hab automotif serantau,” kata COO Stellantis ASEAN, Daniel Gonzalez.

    “Kami mahu bertapak di sini dan berdedikasi untuk meningkatkan pengalaman pelanggan, servis penghantaran serta kecekapan operasi melalui hab baru ini, yang akan berkhidmat untuk Malaysia dan juga rantau yang lebih luas,” tambah beliau.

    Stellantis umum penubuhan hab alat ganti serantau di Malaysia untuk 20 negara, semua jenama di bawahnya

    Hab alat ganti serantau ini dijangka dapat beroperasi pada suku pertama tahun 2025, dan direka untuk menepati dan memenuhi keperluan yang semakin meningkat bagi sekitar 20 negara dalam rantau ini, termasuk Malaysia. Ia akan menempatkan alat ganti serta komponen untuk semua jenama Stellantis termasuk Citroen, Alfa Romeo, Jeep, RAM, Leapmotor dan Peugeot. Dua jenama yang terakhir itu ada dijual di Malaysia.

    Kemudahan baru ini adalah sebahagian daripada strategi Stellantis untuk meningkatkan servis selepas jualan mereka dengan mengurangkan waktu menunggu dan memastikan akses cekap serta ketersediaan alat ganti dan komponen untuk pengedar dan pelanggan.

    “Terletak strategik dalam zon perdagangan bebas di Malaysia, gudang serantau ini akan membenarkan kami untuk meningkatkan ketersediaan alat ganti, mengurangkan waktu menunggu dan meningkatkan kecekapan servis secara menyeluruh. Ia juga dapat membenarkan kami untuk memberi maklum balas lebih pantas kepada keperluan pelanggan yang semakin berkembang sambil memastikan mereka menerima sokongan selepas jualan pada tahap tertinggi,” kata ketua bahagian servis dan alat ganti Stellantis India dan Asia Pasifik, Olivier Torchet.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.13 (-0.04)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.00
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.90 (-0.04)
EURO 5 B7 RM3.10 (-0.04)
Last Updated Aug 14, 2025