Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • Tol percuma 29-30 Okt sempena Deepavali, kecuali di plaza tol BSI, Tg Kupang; RM38j ditanggung kerajaan

    Tol percuma 29-30 Okt sempena Deepavali, kecuali di plaza tol BSI, Tg Kupang; RM38j ditanggung kerajaan

    Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengumumkan kerajaan telah memuktamadkan pemberian kadar tol secara percuma kepada kenderaan Kelas 1 (persendirian) sahaja pada 29-30 Oktober 2024 sempena perayaan Deepavali yang bakal disambut Khamis (31 Oktober) ini. Di mana pemberian kadar tol percuma ini akan diberikan di semua plaza tol kecuali di sempadan negara, iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.

    “Pemberian tol percuma ini akan dilaksanakan di semua lebuhraya bermula jam 12.01 tengahmalam pada 29 Oktober dan akan berakhir pada jam 11.59 malam pada 30 Oktober.

    “Kos pemberian tol percuma yang dianggarkan sebanyak RM38 juta akan ditanggung oleh kerajaan dengan bayaran pampasan dibuat kepada semua syarikat konsesi tol yang terlibat,” kata KKR menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

    Tol percuma 29-30 Okt sempena Deepavali, kecuali di plaza tol BSI, Tg Kupang; RM38j ditanggung kerajaan

    Menurut KKR lagi, pemberian tol percuma ini adalah selaras dengan teras utama kerajaan Malaysia Madani iaitu kesejahteraan dan ihsan dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat di samping mengukuhkan budaya perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

    Pastinya peluang keemasan ini akan dimanfaatkan oleh orang ramai yang tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman atau mana-mana destinasi percutian ketika musim perayaan ini. Walau bagaimana pun, anda disarankan supaya mengikut cadangan jadual waktu perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh syarikat konsesi lebuhraya bagi mengurangkan risiko tersekat dalam kesesakan lalu lintas.

    Dalam masa yang sama, anda juga dinasihati memastikan baki kad Touch ‘n Go dan eWallet mencukupi walau pun melalui lebuhraya dalam tempoh pemberian tol percuma ini. Jangan lupa dapatkan rehat secukupnya dan pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan yang selamat untuk dipandu. Sentiasa mengamalkan pemanduan berhemah dan berhati-hati di jalan raya.

     
     
  • Proton eMas 7 – apa beza varian Prime dan Premium?

    Proton eMas 7 – apa beza varian Prime dan Premium?

    Sabtu lalu Proton sudahpun mengumumkan bahawa model EV pertamanya iaitu eMas 7 yang bakal dilancarkan pada Disember ini (mungkin ketika berlangsungnya Kuala Lumpur International Motor Show 2024) sudah pun boleh ditempah. Serentak dengan pengumuman tersebut, Proton turut mendedahkan bahawa eMas 7 akan ditawarkan dalam dua varian iaitu Prime dan Premium, dengan harga anggaran bermula RM120,000.

    Jadi apa beza varian asas Prime dan varian tertinggi Premium? Kami akan kupas menerusi artikel ini bagi memudahkan anda membuat pilihan sekiranya berminat dengan SUV EV yang akan berhadapan terus dengan BYD Atto 3 ini.

    Kedua-dua varian ini berkongsi unit rangkaian kuasa yang sama iaitu motor elektrik tunggal ’12 dalam 1′ yang memacu roda hadapan berkuasa 218 PS dan tork maksima 320 Nm. Konfigurasi tersebut cukup untuk membolehkan eMas 7 memecut dari 0-100 km/j dalam masa 6.9 saat, menjadikan ia model produksi Proton paling pantas setakat ini. Kelajuan maksima yang boleh dicapai adalah 175 km/j.

    Proton eMas 7 – apa beza varian Prime dan Premium?

    Begitu juga dengan bateri, di mana kedua-duanya menampilkan bateri lithium logam fosfat (LFP) “bilah pendek” Aegis yang dibangunkan oleh Geely sendiri untuk membekalkan tenaga bagi menggerakkan motor elektrik berkenaan. Namun kapasiti bateri antara dua varian ini tidak sama di mana varian Prime menerima bateri berkapasiti 49.52 kWj manakala Premium pula diberikan bateri dengan kapasiti 60.22 kWj.

    Perbezaan bateri ini mempengaruhi jarak gerak bagi kedua-duanya. Oleh itu, Protom eMas 7 Prime boleh bergerak sejauh 345 km untuk satu cas penuh bateri, manakala eMas 7 Premium dengan kapasiti bateri lebih besar boleh bergerak sejauh 410 km untuk cas penuh bateri. Angka ini diperolehi menerusi kitaran ujian WLTP yang lebih tepat berbanding NEDC.

    Proton eMas 7 diberikan sistem pengecas pantas DC 80 kW untuk Prime dan 100 kW untuk Premium, membolehkan cas dipenuhkan dari 30% hingga 80% dalam masa 20 minit. Pengecas AC juga boleh digunakan dengan kadar maksimum 11 kW, membolehkan kadar cas 30% hingga 80% dipenuhkan dalam masa 4.9 jam untuk Prime dan 6.1 jam untuk Premium.

    Beralih kepada senarai kelengkapan, kedua-dua varian eMas 7 ini datang dengan perincian standard seperti lampu hadapan LED automatik dengan fungsi Follow-me-home dan lampu tinggi aktif, lampu belakang LED 3D, rel bumbung, pengelap cermin automatik, serta cermin pandang belakang auto-lipat dengan fungsi pemanas, paparan instrumen pemandu dengan skrin 10.2-inci, sistem pendingin hawa automatik dengan penapis N95, balutan leatherette untuk upholsteri tempat duduk, serta larasan elektrik enam-hala untuk pemandu.

    Proton eMas 7 – apa beza varian Prime dan Premium?

    Manakala varian Premium pula menerima penambahan kelengkapan seperti bumbung suria panaromik, pintu tailgate belakang berkuasa dan juga penutup gril hadapan aktif, fungsi memori untuk larasan tempat duduk pemandu, larasan elektrik untuk tempat duduk penumpang hadapan dan juga liang pengudaraan tempat duduk serta lampu suasana kabin 256-warna.

    Sistem infotainmen yang diberikan adalah sama untuk kedua-dua varian eMas 7 ini. Ia menampilkan skrin tengah gergasi bersaiz 15.5-inci dengan paparan resolusi 2.5k yang beroperasi dengan Flyme OS disambungkan kepada sistem bunyi Wanos 16-pembesar suara termasuk yang terletak pada kepala tempat duduk dari Flyme Sound.

    Perbezaan pada bahagian luar kedua-dua varian ini turut boleh dikenali menerusi set roda yang dipadankan. Varian Prime dipadankan dengan rim aloi 18-inci dengan tayar Giti 255/55R18, manakala varian Premium pula datang dengan rim aloi 19-inci dengan tayar 235/50R19.

    Proton eMas 7 – apa beza varian Prime dan Premium?Proton eMas 7 – apa beza varian Prime dan Premium?

    Untuk keselamatan pula, semua varian eMas 7 ini diberikan enam beg udara dan juga kamera 360-darjah. Kedua-duanya juga diberikan sistem bantuan termaju (ADAS) dengan fungsi termasuk brek kecemasan automatik, amaran pelanggaran hadapan, sokongan brek dinamik, amaran dan pengelak keluar lorong dan juga bantuan pengekal lorong kecemasan.

    Ia juga diberikan sokongan radar belakang yang memberikan fungsi seperti amaran pelanggaran belakang, amaran dan brek lintasan trafik belakang, bantuan tukar lorong, pemantau titik buta dan amaran buka pintu.

    Kedua-dua varian Proton eMas 7 ini ditawarkan dengan pilihan lima warna badan yang sama iaitu Platinum Silver, Turqouise Blue, Slate Gray, Quartz Rose, dan Lithium White.

    Jadi inilah perbezaan dua varian Proton eMas7 berdasarkan dengan apa yang kami tahu setakat ini. Anda dah buat keputusan varian mana yang mahu dibeli? Atau masih mahu menunggu harga sebenar bagi kedua-dua varian tersebut? Kongsikan pendapat anda pada ruang komen di bawah atau pada laman-laman media sosial kami.

    GALERI: Pilihan warna Proton eMas 7 bayangan Theophilus Chin

     
     
  • Pendapatan RM12k perlu bayar RM2.79 untuk RON95? Belum muktamad, mungkin naik ke RM15k/RM18k-PMX

    Pendapatan RM12k perlu bayar RM2.79 untuk RON95? Belum muktamad, mungkin naik ke RM15k/RM18k-PMX

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sedang mengkaji untuk menghapuskan subsidi daripada kelompok 15% teratas rakyat berpendapatan tinggi atau lebih dikenali sebagai T15. Ini akan memerlukan perubahan klasifikasi golongan berpendapatan tinggi yang dikecualikan daripada subsidi daripada T15 kepada T10, katanya.

    Dalam masa yang sama, beliau turut menafikan anggapan dan fahaman sebilangan pihak yang secara pasti mentakrifkan bahawa T15 yang akan dikecualikan daripada subsidi tahun depan adalah isi rumah berpendapatan RM12,000 ke atas seperti takrifan dipakai pada masa kini, laporan Berita Harian.

    Tambah beliau, kerajaan sedia mempertimbangkan agar klasifikasi kelompok yang akan dikecualikan daripada beberapa subsidi itu diubah daripada T15 menjadi T10 iaitu kelompok 10% teratas rakyat berpendapatan tinggi.

    “Ada orang marah sebab T15…. Siapa kata (T15 adalah) RM12,000? Ia belum diputuskan kerana kita hendak tengok apakah T15 itu mampu bayar. Kalau tak mampu, kita jadikan pula T10, atau tingkatkan (kadar tangga pendapatan) T15 itu menjadi lebih tinggi daripada RM12,000 iaitu mungkin RM15,000 atau RM18,000 sebulan.

    Pendapatan RM12k perlu bayar RM2.79 untuk RON95? Belum muktamad, mungkin naik ke RM15k/RM18k-PMX

    “Ini tidak! dipertahankan pula T15 itu, sedangkan ada daripada mereka berpendapatan RM100,000 malah ada yang RM1 juta sebulan. Takkan yang itu hendak pertahankan? Kalau pendapatan dia rendah, kita bawa dan kita bagi pertimbangan untuk tidak mahu bebankan rakyat. Yang pentingnya, (sekurang-kurangnya) 85% daripada rakyat Malaysia tidak terkesan,” katanya.

    Dalam Belanjawan 2025 yang dibentangkan baru-baru ini, Anwar mengumumkan 85% rakyat biasa akan terus menikmati subsidi RON 95 tersebut, yang ketika ini dijual dengan harga RM2.05 seliter. Beliau juga memperkenalkan satu terma baru iaitu T15 yang merujuk kpeada 15% golongan berpendapatan paling tinggi, yang disebutnya “maha kaya”. Tanpa subsidi, golongan berkenaan dan warga asing perlu membayar harga pasaran untuk bahan api tersebut, yang ketika ini dengan harga RM2.76.

    Susulan isu ini, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli pula berkata, pengkelasan pendapatan pada masa hadapan tidak lagi akan disandarkan kepada pendapatan kasar isi rumah semata-mata, tetapi akan dikira berdasarkan pendapatan bersih isi rumah bagi memastikan rakyat dapat menjalani tahap kehidupan yang wajar.

    “Saya boleh sahkah yang kaedah baru ini tidak akan bersandarkan kepada pendapatan kasar isi rumah semata-mata. Kami sedang mencari jalan terbaik berdasarkan pendapatan bersih isi rumah. Ada juga beberapa faktor lain yang dipertimbangkan. Sebaik saja ditentukan, kita akan dapat menetapkan garis statistik yang lebih tepat untuk B40 dan T15,” jelasnya

     
     
  • ACE 2024: Carro beri diskaun sehingga RM13,800 untuk Certified Cars, potongan 30% untuk servis cat

    ACE 2024: Carro beri diskaun sehingga RM13,800 untuk Certified Cars, potongan 30% untuk servis cat

    Hujung minggu ini sekali lagi acara Auto Car Expo (ACE) 2024 anjuran paultan.org bersama penaja Carro dan Emit Solar diaadakan di Pusat Persidangan Setia City (SCCC), Setia Alam Selangor, dan akan berlangsung hingga jam tujuh malam 27 Oktober 2024.

    Bukan setakat pelbagai tawaran untuk kenderaan baru, anda juga boleh menikmati promosi untuk kenderaan terpakai, melalui Carro yang juga adalah penaja bersama acara ini. Potongan sehingga RM13,800 diberikan untuk Carro Certified Cars terpilih, dan anda juga berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah yang menyediakan pelbagai hadiah hebat. Semua ini hanya eksklusif di ACE 2024.

    Pembelian dari barisan “Cars of the Month” oleh Carro dengan tawaran eksklusif untuk ACE 2024 ini akan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa satu unit Sony PlayStation 5 Digital bernilai RM2,069, dua unit penyedut hampagas Dyson V8 Fluffy+ bernilai RM1,599 setiap satu, dua unit Nintendo Switch OLED bernilai RM1,228 setiap satu dan tiga unit Apple AirPods bernilai RM829.

    ACE 2024: Carro beri diskaun sehingga RM13,800 untuk Certified Cars, potongan 30% untuk servis cat

    Selain itu, Carro juga menawarkan diskaun 30% untuk servis cat kenderaan penuh Carro Care, khas untuk acara ini. Daripada RM3,000, harga cat hatchback kecil seperti Perodua Myvi, Proton Iriz dan Kia Picanto diturunkan kepada RM2,100, manakala model yang lebih besar seperti Proton Saga, Perodua Bezza, Honda City dan Toyota Vios boleh dicat pada harga RM2,240, berbanding sebelum diskaun RM3,200.

    Dengan hanya tambahan tidak sampai RM200 pula, kenderaan sedan segmen C seperti Honda Civic, Toyota Corolla, Hyundai Elantra, Mercedes-Benz C-Class atau BMW 3 Series boleh dicat melalui Carro Care (RM2,380). Harga cat untuk sedan segmen D seperti Toyota Camry, Honda Accord, Nissan Teana, Mercedes E-Class atau BMW 5 Series pula diturunkan daripada RM3,800 menjadi RM2,520.

    Sedan yang lebih besar seperti Mercedes S-Class atau BMW 7 Series, serta SUV dan trak pikap boleh dicat pada harga cuma RM2,660 (sebelum diskaun RM3,800), manakala untuk kenderaan besar seperti Toyota Alphard, Vellfire, BMW X5, X6 dan Mercedes GLC boleh dicat pada harga RM2,800 (turun dari RM4,000).

    Dalam acara ACE 2024 ini, yang menjadi tumpuan adalah kenderaan baru terkini, yang didatangkan dengan pelbagai tawaran termasuk daripada penganjur. Sebagai tambahan kepada tawaran yang disediakan oleh pengedar, anda juga boleh menerima baucar bernilai RM3,000 (200 pelanggan pertama) apabila membuat tempahan sebarang kenderaan di ACE 2024. Kunjungi ACE 2024 hari ini dan tiada bayaran masuk yang diperlukan.

     
     
  • ACE 2024: Volvo EX30 dipamer; rebat tunai sehingga RM25,000 untuk C40, XC60 dan XC90 Recharge

    ACE 2024: Volvo EX30 dipamer; rebat tunai sehingga RM25,000 untuk C40, XC60 dan XC90 Recharge

    Jika anda menunggu tawaran istimewa untuk membeli kenderaan, inilah masanya! Acara Auto Car Expo (ACE) 2024 anjuran paultan.org bersama penaja Carro dan Emit Solar sudah pun bermula hari ini di Pusat Persidangan Setia City (SCCC), Setia Alam Selangor, dan akan berlangsung hingga esok, 27 Oktober 2024.

    Volvo hadir ke acara ini dengan diwakili oleh Sime Darby Swedish Auto dan Sisma Auto, membawa beberapa model termasuk EX30 yang baru dilancarkan bulan lalu. SUV elektrik ini, walaupun bersaiz kompak, masih datang dengan pelbagai teknologi, prestasi dan sistem keselamatan.

    Penggeraknya terdiri daripada tetapan AWD dua motor, dengan kuasa 428 hp dan tork 543 Nm, membolehkan ia memecut 0-100 km/j dalam masa 3.6 saat, manakala bateri 69 kWh yang digunakan pula dapat memberi jarak gerak sehingga 476 km dengan cas penuh.

    ACE 2024: Volvo EX30 dipamer; rebat tunai sehingga RM25,000 untuk C40, XC60 dan XC90 Recharge

    Bahagian keselamatan yang sudah boleh dikatakan sebagai kekuatan Volvo dibuktikan pada kenderaan ini dengan membawa pelbagai teknologi termasuk fungsi pemanduan semi autonomous Pilot Assist dipertingkat, yang boleh memberi ruang kepada motosikal dan juga kenderaan berat.

    Satu lagi model elektrik baru yang dibawa adalah C40 Recharge, yang kini datang dengan bateri lebih besar, iaitu 82 kW, dan mampu memberikan jarak gerak sehingga 550 km dengan sekali cas penuh. Model ini sekarang boleh dicas menggunakan sumber DC sehingga 200 kW, yang boleh menaikkan kadar bateri daripada 10 ke 80 peratus dalam masa 27 minit. Tetapan motor elektrik 159 PS di hadapan dan 249 PS di belakang menghasilkan kuasa keseluruhan 408 PS dan 670 Nm.

    Sementara Volvo kini sudah menghala ke arah elektrifikasi penuh, ia masih menawarkan model plug-in hybrid seperti XC60 Recharge dan XC90 Recharge di Malaysia. Dua model ini, bersama C40 Recharge ditawarkan dengan rebat tunai sehingga RM25,000 sewaktu acara ACE 2024.

    ACE 2024: Volvo EX30 dipamer; rebat tunai sehingga RM25,000 untuk C40, XC60 dan XC90 Recharge

    XC60 Recharge menggunakan gabungan enjin petrol 2.0 liter turbo 317 PS/400 Nm dengan motor elektrik 145 PS/309 Nm di belakang, menghasilkan kuasa keseluruhan 462 PS dan 709 Nm. Penggunaan bahan api bercampurnya boleh menjadi serendah 1.6 l/100 km, manakala pengecas 6.4 kW yang disediakan dapat memenuhkan bateri 18.8 kWh padanya dalam masa tiga jam.

    Untuk sesuatu yang lebih besar, XC90 Recharge menawarkan tujuh tempat duduk, dengan penggerak sama seperti XC60 Recharge. Sebagai sebuah model perdana jenama Sweden itu, XC90 Recharge datang dengan sistem bunyi 19 pembesar suara Bowers & Wilkins, skrin sesentuh menegak sembilan inci, kawalan pendingin hawa empat zon, bumbung panoramik, head-up display serta Active Chassis dengan suspensi udara untuk keempat-empat roda.

    Sebagai tambahan kepada tawaran yang disediakan oleh pengedar, anda juga boleh menerima baucar bernilai RM3,000 (200 pelanggan pertama) apabila membuat tempahan sebarang kenderaan di ACE 2024. Kunjungi acara ini hari ini atau esok, dan tiada bayaran masuk yang diperlukan.

     
     
  • ACE 2024: MG Cyberster jadi tumpuan; MG ZS EV, MG5 dan MG4 turut dipamerkan di SCCC, 26-27 Okt

    ACE 2024: MG Cyberster jadi tumpuan; MG ZS EV,  MG5 dan MG4 turut dipamerkan di SCCC, 26-27 Okt

    ‘Gelanggang’ jenama ikonik British, MG, juga mencuri tumpuan ramai di paultan.org Auto Car Expo (ACE) 2024 yang sedang berlangsung di Setia City Convention Centre, Setia Alam dengan penampilan model roadster, Cyberster, yang secara rasminya telah dibuka tempahan untuk pasaran tempatan. Harga jangkaan bagi varian tunggal Cyberster pacuan semua-roda dwi-motor untuk pasaran Malaysia ialah di bawah RM350,000.

    Ia dilengkapi motor berkuasa 544 PS (400 kW) dan tork 725 Nm, yang membolehkannya dipecut dari 0-100 km/j dalam 3.2 saat dan kelajuan maksimum cecah 201 km/j. Roadster dengan dua-tempat duduk ini juga diberikan bateri berkapasiti 77 kWh.

    Mengikut kitaran WLTP, jarak geraknya mampu mencecah 444 km, dan dengan pengecas pantas DC berkapasiti 144 kW, ia mampu mencapai status pengecasan 10-80% dalam masa 38 minit, sementara dengan sistem pengecas on-board 7 kW memerlukan masa 10.5 jam untuk memenuhkan bateri dari 10 hingga 100%.

    ACE 2024: MG Cyberster jadi tumpuan; MG ZS EV,  MG5 dan MG4 turut dipamerkan di SCCC, 26-27 Okt

    Selain Cyberster, MG Malaysia turut mempamerkan barisan model terkininya yang telah dilancarkan di pasaran Malaysia. Jika ada yang berminat dengan ZS EV, antara pilihan terbaik, malah pembeliannya turut ditawarkan penjimatan sehingga RM5,888.

    SUV ini dilengkapi dengan motor elektrik pemasangan hadapan yang dijanakan bateri lithium iron phosphate (LFP) 51.1 kWh, mampu menghasilkan 176 PS dan 280 Nm, dengan pecutan 0-100 km/j dalam lapan saat. Ia juga mampu memberikan jarak gerak sehingga 320 km (WLTP).

    Selain itu, MG4 dan MG5 turut dipamerkan. Sempena dengan ulang tahun ke-100 jenama ini, MG4 Lux ditawarkan dengan penjimatan sehingga RM10,888 di ACE 2024, manakala untuk MG4 Standard dan MG4 Xpower pula diberikan penjimatan yang sama dengan ZS EV iaitu RM5,888.

    Manakala sedan segmen-C, MG5, yang baru dilancarkan, pula ditetapkan harga sebanyak RM86,900. Di mana model enjin pembakaran dalaman pertama MG yang berada di Malaysia ini telah diberikan rebat pengenalan sebanyak RM7,000.

    ACE 2024 ini turut menerima penyertaaan dari Toyota, Proton, Perodua, Ford, Mitsubishi, Volkswagen dan sub jenama Proton, Pro-Net yang menampilkan eMas 7. Selain itu, jenama premium yang turut mengambil bahagian ialah BMW/MINI (menerusi Auto Bavaria), Mercedes-Benz (dibawakan oleh Hap Seng Star) dan Volvo (oleh Sime Darby Swedish Auto dan Sisma Auto).

    Bukan itu sahaja, pengedar pelbagai jenama seperti EON (yang menampilkan smart dan Audi) serta Cycle & Carriage (yang mempamerkan Peugeot dan Leapmotor) juga memeriahkan lagi acara ini. Manakala BMW Motorrad turut mempamerkan model dua rodanya, sementara Trapo pula membawakan rangkaian produk Exosystem.

    Menerusi ACE 2024 ini juga, paultan.org bakal memberikan gabungan baucer bernilai RM3,000 untuk 200 pembeli pertama yang membuat tempatan dalam acara ini. Baucer berkenaan merangkumi RM500 untuk cermin gelap V-Kool/auto coating, DodoMat (RM500), solusi pembersih udara Blueair (RM500), personalisasi kulit dalaman kenderaan DK Schweizer (RM500), Kuzig Glanz Detailing untuk auto coating (RM500) dan juga The Carage bagi servis filem perlindungan self-healing (RM500).

     
     
  • ACE 2024: Ford bawa Ranger Raptor, WildTrak, StormTrak, Everest; bayaran bulanan dari RM1,192

    ACE 2024: Ford bawa Ranger Raptor, WildTrak, StormTrak, Everest; bayaran bulanan dari RM1,192

    Jika mahukan sebuah kenderaan baru yang lasak, anda harus melawat tapak pameran Ford di acara Auto Car Expo (ACE) 2024 anjuran paultan.org bersama penaja Carro dan Emit Solar, yang bermula hari ini di Pusat Persidangan Setia City (SCCC), Setia Alam Selangor, sehingga esok, 27 Oktober 2024.

    Tawaran yang disediakan oleh Ford bermula dengan Ranger XL, dijual pada harga bermula RM115,888, atau bulanan RM1,192. Meskipun adalah varian permulaan, ia sudah datang dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Pergi kepada varian lebih tinggi, XLT, harganya menjadi RM128,888, atau RM1,325 sebulan, dan datang dengan ciri seperti sistem kawalan pendingin hawa pintar dua zon dan corong pendingin hawa belakang.

    Bagi kedua-dua Ranger XL dan XLT ini, ia ditawarkan dengan pakej servis percuma selama lima tahun, atau rebat tunai RM4,000, khas hanya untuk tempahan yang dibuat di ACE 2024.

    ACE 2024: Ford bawa Ranger Raptor, WildTrak, StormTrak, Everest; bayaran bulanan dari RM1,192

    Model yang lebih lasak, iaitu Ranger Raptor tiba di Malaysia dalam dua versi, iaitu sama ada yang dipacu oleh enjin diesel turbo 2.0 liter berkuasa 210 PS/500 Nm, atau petrol V6 turbo 3.0 liter 397 PS/583 Nm.

    Bahagian penting yang memastikan prestasi lasak Ranger Raptor adalah suspensi adaptif daripada Fox, casis diperkuat, sistem pacuan empat roda sepanjang masa, transfer case dua kelajuan kawalan elektronik serta differential hadapan dan belakang boleh kunci. Mod Baja pula mengaktifkan fungsi anti-lag.

    Menyertai barisan trak pikap Ranger Raptor ini adalah Ranger WildTrak dan Ranger StormTrak, yang kedua-duanya digerakkan oleh enjin diesel turbo 2.0L berkuasa 210 PS/500 Nm bersama transmisi automatik 10 kelajuan.

    ACE 2024: Ford bawa Ranger Raptor, WildTrak, StormTrak, Everest; bayaran bulanan dari RM1,192

    Pada WildTrak terdapat enam mod pemanduan, tempat duduk kulit serta kamera 360 darjah yang diberikan terus, sementara StormTrak yang merupakan model keluaran terhad 200 unit pula datang dengan kemasan hitam, sports bar, rak bumbung boleh laras, lampu bahagian kargo dan pelbagai lagi.

    Jika anda mahukan model lasak yang boleh memuatkan tujuh orang, Everest adalah pilihannya. Ia ditawarkan dalam varian Sport, Trend, Titanium serta WildTrak. Untuk acara ACE 2024 ini, Ford membawa Everest Sport untuk tatapan pengunjung.

    Sebagai tambahan kepada tawaran yang disediakan oleh pengedar, anda juga boleh menerima baucar bernilai RM3,000 (200 pelanggan pertama) apabila membuat tempahan sebarang kenderaan di ACE 2024. Kunjungi acara ini hari ini atau esok, dan tiada bayaran masuk yang diperlukan.

     
     
  • ACE 2024: Proton tawar rebat sehingga RM3k, servis percuma 2 tahun untuk X90; eMas 7 juga dipamer

    ACE 2024: Proton tawar rebat sehingga RM3k, servis percuma 2 tahun untuk X90; eMas 7 juga dipamer

    Pembukaan Auto Car Expo (ACE) 2024 anjuran paultan.org hari ini dirancakkan dengan Proton eMas 7 yang bukan sahaja didedahkan hampir sepenuhnya, malah tempahannya juga telah dibuka. Namun model-model lain Proton yang diletakkan oleh Proton di reruai mereka dalam acara ini turut menarik perhatian pengunjung dengan pelbagai tawaran yang diberikan.

    Bagi yang menempah SUV segmen-D Proton X90 di ACE hari ini, mereka akan diberikan rebat tunai sehingga RM3,000 serta pakej servis percuma untuk dua tahun yang bernilai RM2,175. Proton X90 ini ditawarkan dalam empat varian, di mana kesemuanya dijana enjin 1.5 liter tiga-silinder turbo dengan sistem hibrid ringkas 48-volt, menghasilkan kuasa 190 PS/300 Nm yang dialirkan pada roda hadapan menerusi kotak gear klac berkembar automatik tujuh-kelajuan.

    Manakala bagi pengunjung yang menyertai pandu uji, membuat tempahan dan mendaftar pembelian mana-mana model Proton baharu, mereka berpeluang untuk memenangi sebuah Proton S70 menerusi cabutan bertuah yang dibuat sebagai sebahagian dari kempen akhir tahun Proton Vaganza.

    ACE 2024: Proton tawar rebat sehingga RM3k, servis percuma 2 tahun untuk X90; eMas 7 juga dipamer

    Bagi yang masih berbelah bagi untuk menempah Proton eMas 7 atau tidak, fikiran and mungkin boleh dimuktamadkan dengan datang ke ACE 2024. Tempahan bukan sahaja dibuka, malah Proton turut memberikan anda peluang membelek SUV ini dengan lebih dekat dan merasai sendiri suasana di dalam kabin.

    Ia belum lagi dilancarkan (dijangka pada Disember ini) namun Proton telah mengesahkan bahawa eMas 7 akan dijual pada harga anggaran RM120,000. Model EV pertama dari Proton ini menerima motor elektrik tunggal berkuasa 218 PS/320 Nm pada gandar hadapan, membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam masa 6.9 saat.

    eMas 7 diberikan bateri lithium logam fosfat (LFP) “bilah pendek” Aegis yang dibangunkan oleh Geely sendiri. Varian asas Prime menerima bateri berkapasiti 49.52 kWj dengan jarak perjalanan 345 km, manakala varian Premium pula menerima bateri berkapasiti 60.22 kWj yang memberikan jarak 410 km – kedua-duanya mengikut kitaran ujian NEDC.

    Jadi apa tunggu lagi? Jom ke ACE 2024 yang kini sedang berlangsung di Setia City Convention Center. Ia bermula hari ini, 26 Oktober sehingga esok, 27 Oktober 2024. Banyak lagi promosi yang turut ditawarkan oleh jenama-jenama automotif lain yang mengambil bahagian, dan jika anda membeli kereta di ACE 2024, voucher bernilai RM3,000 menanti. Masuk adalah percuma!

     
     
  • ACE 2024: BYD sedia tawaran menarik untuk Seal, Atto 3 dan Dolphin, MPV EV M6 juga dibawa untuk pameran

    ACE 2024: BYD sedia tawaran menarik untuk Seal, Atto 3 dan Dolphin, MPV EV M6 juga dibawa untuk pameran

    Acara Auto Car Expo (ACE) 2024 anjuran paultan.org bersama penaja Carro dan Emit Solar sudah mula berlangsung hari ini di Pusat Persidangan Setia City (SCCC), Setia Alam Selangor, sehingga esok, 27 Oktober 2024. Di situ, anda dapat menikmati pelbagai tawaran menarik untuk pembelian kenderaan.

    Turut serta membawa kereta pameran dan menyediakan promosi adalah BYD. Bermula dengan model elektrik (EV) Dolphin, anda boleh mendapatkan pakej hujung tahun sehingga RM10,000 termasuk pengecas kegunaan rumah serta tambahan rebat tunai.

    Model yang lebih besar, iaitu Seal pula datang dengan pengecas wallbox percuma, bernilai sehingga RM3,699 jika anda memilih varian Dynamic. Naik ke varian Premium, anda akan diberikan dengan wallbox serta pakej servis standard tiga tahun percuma. Pergi kepada varian Performance, ia juga datang dengan wallbox serta pakej servis percuma, dan kemudiannya ditambah dengan rebat tunai.

    ACE 2024: BYD sedia tawaran menarik untuk Seal, Atto 3 dan Dolphin, MPV EV M6 juga dibawa untuk pameran

    Tawaran paling hebat disediakan untuk SUV Atto 3. Ia disediakan dengan pakej eksklusif hujung tahun sehingga RM35,000, yang termasuk pengecas kegunaan rumah percuma, rebat menarik, kadar pembiayaan serendah 0.88%, cukai jalan percuma serta pakej servis BYD.

    Semasa acara ACE 2024 ini juga anda boleh mendekati MPV elektrik M6 yang baru sahaja dilancarkan beberapa minggu lepas. Kenderaan tujuh tempat duduk ini ditawarkan di Malaysia dalam dua varian, yang masing-masing berharga RM109,800 dan RM123,800.

    Selain itu, ACE 2024 adalah tempat terbaik untuk anda mendapatkan pelbagai promosi serta tawaran untuk pelbagai model dan jenama kenderaan. Kunjungi ACE 2024 di Pusat Persidangan Setia City (SCCC), Setia Alam hujung minggu ini, di mana ia berlangsung sehingga jam tujuh malam untuk kedua-dua hari. Sekiranya membuat tempahan kenderaan di sini, anda akan menerima baucar RM3,000 sebagai bonus dan masuk adalah percuma!

     
     
  • ACE 2024: Toyota bawa Hilux dan GR Corolla, rebat tunai sehingga RM50,000 dan pelbagai tawaran khas

    ACE 2024: Toyota bawa Hilux dan GR Corolla, rebat tunai sehingga RM50,000 dan pelbagai tawaran khas

    Jenama kenderaan bukan nasional antara yang paling popular di Malaysia, Toyota, turut hadir di Auto Car Expo (ACE) 2024 anjuran paultan.org bersama penaja, Carro dan Emit Solar di Pusat Persidangan Setia City (SCCC), Setia Alam, Selangor bermula hari ini sehingga esok, 27 Oktober.

    Ruang pameran jenama Jepun ini dipenuhi dengan model pelbagai genre, namun yang menarik banyak perhatian adalah GR Corolla, sebuah kereta prestasi yang dikuasakan oleh enjin G16E-GTS tiga-silinder 1.6 liter turbo dengan kuasa 304 PS (300 hp) pada 6,500 rpm dan tork 370 Nm bermula 3,000 hingga 5,550 rpm.

    Model ini juga tiba ke Malaysia dalam satu versi transmisi sahaja, iaitu manual pintar (i-MT) enam-kelajuan dengan tuil penukar jenis short-stroke, membolehkan ia untuk memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 5.3 saat. Berita baik bagi mereka yang berminat dengan model ini, ia ditawarkan dengan rebat tunai sehingga RM50,000, hanya sewaktu di ACE 2024!

    ACE 2024: Toyota bawa Hilux dan GR Corolla, rebat tunai sehingga RM50,000 dan pelbagai tawaran khas

    Tersergam jelas di kawasan pameran itu adalah trak pikap Hilux, yang dibawa dalam versi Rogue 2.8L Double-Cab. Model ini digerakkan oleh enjin diesel empat silinder 2,755 cc bersama transmisi automatik enam kelajuan dengan Super ECT, sistem Part-Time 4WD dan Automatic Disconnecting Differential (ADD), mampu menghasilkan 204 PS dan tork 500 Nm.

    Satu lagi varian Hilux yang menggunakan enjin sama adalah 2.8 GR-S, tetapi trak pikap ini juga datang dengan empat lagi varian yang menggunakan enjin diesel 2,393 cc bersama pilihan transmisi manual atau automatik enam kelajuan, serta sistem pacuan Part-Time 4WD. Kuasa yang mampu dihasilkan adalah 150 PS dan tork 400 Nm.

    Jika membuat tempahan untuk Hilux di ACE 2024, anda boleh menikmati promosi sehingga RM3,000 dan bayaran bulanan serendah RM929. Selain daripada itu, sesiapa yang membuat pendaftaran minat di ruang pameran Toyota juga akan diberikan dengan barangan edisi terhad, selagi stok masih ada.

    ACE 2024: Toyota bawa Hilux dan GR Corolla, rebat tunai sehingga RM50,000 dan pelbagai tawaran khas

    Turut dibawa oleh Toyota ke ACE 2024 adalah model penting lain jenama itu seperti Vios, Yaris serta Corolla Cross Hybrid. Antara tawaran yang disediakan oleh Toyota adalah diskaun sehingga RM7,000 untuk Vios, sehingga RM9,500 untuk Yaris dan sehingga RM10,000 untuk Corolla. Bagi Corolla Cross Hybrid pula, ia datang dengan promosi bernilai sehingga RM8,000.

    Semua ini diberikan sebagai tambahan kepada promosi hujung tahun Toyota, yang memberikan rebat tunai, aksesori percuma untuk model terpilih sehingga RM10,000 dan bayaran bulanan serendah RM659. Pemilik Toyota juga boleh menikmati servis selepas jualan serba mudah Extra Mile.

    Jika ini kedengaran seperti satu peluang baik untuk anda memiliki sebuah Toyota, datang sendiri ke ACE 2024 yang berlangsung hari ini dan esok (26-27 Oktober 2024) di Pusat Persidangan Setia City (SCCC), Setia Alam, Selangor. Selain tawaran daripada pengedar, anda juga dapat menikmati pelbagai tawaran lain termasuk baucar RM3,000 apabila membuat pembelian di ACE 2024. Masuk adalah percuma!

     
     
  • ACE 2024: Mitsubishi Triton dan Xpander serba baharu di SCCC, masing-masing bermula RM102k, RM100k

    ACE 2024: Mitsubishi Triton dan Xpander serba baharu di SCCC, masing-masing bermula RM102k, RM100k

    Acara Auto Car Expo (ACE) 2024 anjuran paultan.org dengan penaja bersama Carro dan Emit Solar oleh Time Energy turut dimeriahkan dengan kehadiran Mitsubishi, antara jenama yang baru saja melancarkan model terkininya di pasaran tempatan.

    Trak pikap Triton generasi ke-enam yang baru saja dilancarkan bulan ini ditawarkan dalam lima varian Triton Single Cab (RM101,980), Triton MT (RM114,980), Triton AT GL (RM116,980), Triton AT Premium (RM145,980) dan Triton Athlete (RM165,980) — semua harga atas jalan di Semenanjung, tidak termasuk insurans. Triton Single Cab merupakan penawaran terbaharu yang pertama kali diperkenalkan Mitsubishi untuk pasaran trak pikap di Malaysia.

    Triton 2024 ini ditampilkan dengan saiz yang lebih besar daripada model sebelumnya. Bagi versi double-cab, ia berukuran 5,360 mm panjang, 1,930 mm lebar dan 1,815 mm tinggi iaitu 55 mm lebih panjang, 115 mm lebih lebar dan 35 mm lebih tinggi. Jarak rodanya pula ialah 3,130 mm iaitu 130 mm lebih panjang berbanding model kelima sebelum ini. Dan, bagi Triton Single Cab terbaharu pula, ia mempunyai ruang kargo belakang yang paling besar dalam segmennya iaitu 2,340 mm panjang dan 1,580 mm lebar.

    Selain itu, ia juga dilengkapi dengan enjin baharu iaitu unit Hyperpower 4N16 2.4 liter yang diberikan talaan berbeza untuk kelima-lima varian ini. Versi output paling tinggi diberikan kepada Triton Athlete yang hadir dengan enjin 2.4 liter dan sistem pengecas turbo dua peringkat yang menjana sebanyak 204 PS dan tork 470 Nm, sekaligus memberikan keseimbangan antara prestasi dan kecekapan.

    ACE 2024: Mitsubishi Triton dan Xpander serba baharu di SCCC, masing-masing bermula RM102k, RM100k

    Bagi Xpander 2024 yang dilancarkan pada September lalu, ia ditawarkan dengan harga bermula RM99,980 atas jalan tidak termasuk insurans untuk varian paling asas, sementara varian paling tinggi Plus dengan harga RM109,980. Ini merupakan harga pengenalan yang sah sehingga 31 Disember 2024.

    Diberikan wajah hadapan baharu termasuk imej hadapan Dynamic Shield dipadankan bersama lampu utama LED projektor yang lebih besar dengan bentuk-T dan palang krom yang lebih tebal. Ia juga menerima rim dengan saiz yang lebih besar mencecah 17-inci.

    Untuk bahagian kabinnya juga diberikan beberapa ciri yang dinaiktaraf, termasuk menampilkan imej papan pemuka yang diberikan rekaan baharu walau pun masih ringkas sahaja susunan komponennya. Antara ciri baharu yang ditampilkan termasuklah kawalan suhu digital, pengecas tanpa wayar, dan brek parkir elektroik (EPB) dengan fungsi penahan automatik.

    Untuk enjinnya pula, ia mengekalkan penjana kuasa 1.5 liter naturally-aspirated empat-silinder MIVEC DOHC dengan hamburan 105 PS pada 6,000 rpm dan tork 141 Nm pada 4,000 rpm, dengan pacuan disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear automatik empat-kelajuan (4AT) yang lama.

    Selain Mitsubishi, ACE 2024 turut disertai Toyota, Proton, MG, Ford, Perodua, Volkswagen dan sub jenama Proton, Pro-Net yang menampilkan eMas 7. Selain itu, jenama premium yang turut mengambil bahagian ialah BMW/MINI (menerusi Auto Bavaria), Mercedes-Benz (dibawakan oleh Hap Seng Star) dan Volvo (oleh Sime Darby Swedish Auto dan Sisma Auto).

    Malahan pengedar pelbagai jenama seperti EON (yang menampilkan smart dan Audi) serta Cycle & Carriage (yang mempamerkan Peugeot dan Leapmotor) juga memeriahkan lagi acara ini. Manakala BMW Motorrad turut mempamerkan model dua rodanya, sementara Trapo pula membawakan rangkaian produk Exosystem.

    Bukan itu sahaja, menerusi ACE 2024 ini juga, paultan.org bakal memberikan gabungan baucer bernilai RM3,000 untuk 200 pembeli pertama yang membuat tempatan dalam acara ini. Baucer berkenaan merangkumi RM500 untuk cermin gelap V-Kool/auto coating, DodoMat (RM500), solusi pembersih udara Blueair (RM500), personalisasi kulit dalaman kenderaan DK Schweizer (RM500), Kuzig Glanz Detailing untuk auto coating (RM500) dan juga The Carage bagi servis filem perlindungan self-healing (RM500).

     
     
  • ACE 2024: Leapmotor C10 dan Peugeot dibawakan oleh Cycle & Carriage – turut ditawarkan penjimatan

    ACE 2024: Leapmotor C10 dan Peugeot dibawakan oleh Cycle & Carriage – turut ditawarkan penjimatan

    Pemain industri automotif yang baru memasuki pasaran Malaysia, Leapmotor menerusi pengedarnya di Malaysia,Cycle & Carriage, tidak ketinggalan mempamerkan model C10 dalam acara paultan.org Auto Car Expo (ACE) 2024 yang dianjurkan bersama Carro yang sedang Setia City Convention Centre (SCCC) sehingga esok.

    SUV elektrik yang baru dilancarkan pada 16 Oktober lalu, hanya ditawarkan satu varian iaitu Design dengan harga jualannya RM159,000, atas jalan belum termasuk insurans. Namun, bagi pelanggan yang membuat tempahan sebelum 30 November 2024, mereka akan menikmati harga pengenalan RM149,000, kurang RM10,000 berbanding harga yang bakal ditetapkan kelak iaitu RM159,000.

    Dengan ukuran dimensi 4,739 mm panjang, 1,900 mm lebar, 1,680 mm tinggi dan jarak roda 2,825 mm, SUV segmen-D ini diberikan kapasiti bateri jenis lithium iron phosphate (LFP) 69.9 kWh yang menjanakan motor elektrik tunggal dengan memberikannya kuasa 218 PS (160 kW) dan 320 Nm. Ini membolehkan SUV berkenaan memecut 0-100 km/j dalam masa 7.5 saat untuk mencapai laju maksimum 170 km/j.

    Selain Leapmotor, Cycle & Carriage yang turut menjual model peugeot selepas menandatangani perjanjian pengedaran dengan Stellantis Malaysia pada Ogos lalu, turut membawakan beberapa model Peugeot ke ACE 2024. Menariknya, bagi Peugeot 5008, penjimatan sehingga RM42,000 menanti pembeli SUV tujuh-tempat duduk ini, sementara ‘adiknya’ 3008 pula diberikan rebat sehingga RM40,000.

    Manakala trak pikap Landtrek pula ditawarkan dengan penjimatan sehingga RM30,000. Bagi SUV 5008 dan 3008, ia didatangkan dengan waranti tujuh-tahun, sementara lima-tahun untuk Landtrek. Kesemua model ini juga diberikan servis penyelenggara untuk komponen secara percuma selama lima-tahun, dan anda boleh menambah sehingga RM6,000 untuk servis penyelanggaran dan kos buruh.

    Jika anda berkelapangan hari ini atau esok, jom berkunjung ke ACE 2024 dan saksikan sendiri pelbagai jenama automotif yang mengambil bahagian. Antaranya ialah Perodua, Toyota, Proton, MG, Ford, Mitsubishi, Volkswagen dan sub jenama Proton, Pro-Net yang menampilkan eMas 7. Selain itu, jenama premium yang turut mengambil bahagian ialah BMW/MINI (menerusi Auto Bavaria), Mercedes-Benz (dibawakan oleh Hap Seng Star) dan Volvo (oleh Sime Darby Swedish Auto dan Sisma Auto).

    Bukan itu sahaja, pengedar pelbagai jenama seperti EON (yang menampilkan smart dan Audi) serta Cycle & Carriage (yang mempamerkan Peugeot dan Leapmotor) juga memeriahkan lagi acara ini. Manakala BMW Motorrad turut mempamerkan model dua rodanya, sementara Trapo pula membawakan rangkaian produk Exosystem.

    Menerusi ACE 2024 ini juga, paultan.org bakal memberikan gabungan baucer bernilai RM3,000 untuk 200 pembeli pertama yang membuat tempatan dalam acara ini. Baucer berkenaan merangkumi RM500 untuk cermin gelap V-Kool/auto coating, DodoMat (RM500), solusi pembersih udara Blueair (RM500), personalisasi kulit dalaman kenderaan DK Schweizer (RM500), Kuzig Glanz Detailing untuk auto coating (RM500) dan juga The Carage bagi servis filem perlindungan self-healing (RM500).

    Leapmotor C10

    Peugeot Landtrek, 5008 & 3008

     
     
  • ACE 2024: Mercedes-Benz diwakili oleh Hap Seng Star, bawa W214 E-Class, GLC350e untuk pameran

    ACE 2024: Mercedes-Benz diwakili oleh Hap Seng Star, bawa W214 E-Class, GLC350e untuk pameran

    Turut hadir di acara Auto Car Expo (ACE) 2024 anjuran paultan.org bersama penaja, Carro dan Emit Solar adalah Mercedes-Benz, dengan diwakili oleh Hap Seng Star. Berlangsung di Pusat Persidangan Setia City (SCCC), Setia Alam, Selangor, pengedar rasmi Mercedes-Benz itu membawa dua model terkini yang dilancarkan September lalu, iaitu E-Class dan GLC350e baru.

    Pengunjung boleh mendekati sendiri E-Class W214 generasi keenam dalam dua varian, iaitu E200 Avantgarde hibrid ringkas dan E350e AMG Line PHEV, yang dijual pada harga masing-masing RM355,888 dan RM418,888. Kedua-duanya dipacu oleh enjin 2.0 liter turbo 204 PS/320 Nm yang sama, dengan E350e dibantu oleh motor elektrik untuk menghasilkan kuasa keseluruhan 313 PS dan 550 Nm. Melalui sumber elektrik sahaja, ia boleh bergerak sehingga 118 km.

    Enjin sama pada GLC350e pula dipadankan dengan bateri yang lebih besar, dapat memberikan jarak gerak elektrik sehingga 131 km. Turut dipamerkan adalah C350e, yang mula dijual Mei lalu dan juga datang dengan tetapan PHEV dan jarak gerak elektrik 117 km.

    ACE 2024: Mercedes-Benz diwakili oleh Hap Seng Star, bawa W214 E-Class, GLC350e untuk pameran

    Selain membawa model terkini, Hap Seng Star turut menyediakan tawaran istimewa untuk model terpilih lain, termasuk kadar pembiayaan serendah 0.88% setahun untuk C-Class dan pakej servis percuma lima tahun/60,000 km untuk A-Class Sedan.

    Semua model yang ditawarkan oleh Hap Seng Star boleh dimiliki melalui pembiayaan Agility+, yang memberikan sokongan insurans motor MobilityPlus yang menjanjikan kenderaan ganti Mercedes-Benz apabila kenderaan anda diservis atau dibaik pulih, bersama tambahan jaminan terhad lima tahun. Model plug-in hybrid juga akan menerima kredit mengecas RM300.

    Nampak seperti menarik? Datang sendiri ke ACE 2024 yang berlangsung hari ini dan esok (26-27 Oktober 2024) di Pusat Persidangan Setia City (SCCC), Setia Alam, Selangor. Selain tawaran daripada pengedar, anda juga dapat menikmati pelbagai tawaran lain termasuk baucar RM3,000 apabila membuat pembelian di ACE 2024. Masuk adalah percuma!

     
     
  • ACE 2024: Volkswagen tawar potongan sehingga RM38k, saksikan sendiri Golf GTI Edition 50

    ACE 2024: Volkswagen tawar potongan sehingga RM38k, saksikan sendiri Golf GTI Edition 50

    Acara Auto Car Expo (ACE) 2024 anjuran paultan.org bersama penaja Carro dan Emit Solar sudah mula berlangsung hari ini di Pusat Persidangan Setia City (SCCC), Setia Alam Selangor, sehingga esok, 27 Oktober 2024.

    Volkswagen hadir di acara ini dengan membawa pelbagai model yang dijual di pasaran Malaysia dan menyediakan pelbagai promosi untuk pengunjung. Melalui kempen Love? Volkswagen yang sedang dianjurkan, anda dapat berjimat sebanyak RM38k bagi model Touareg R-Line dan RM36k untuk Arteon R-Line 4Motion — menjadikan harganya masing-masing RM434k dan RM264k.

    Jika inginkan SUV tujuh-tempat duduk, ada Tiguan Allspace, dengan varian pertengahan Elegance diberikan potongan harga sebanyak RM30k, menjadikan harganya RM165,590. Bagi varian paling rendah, Life ia dijual dengan harga RM149,590 (jimat RM17k) atau varian R-Line yang paling tinggi dengan enjin 2.0 liter TSI dan 4Motion dengan harga RM233k (jimat RM14k).

    ACE 2024: Volkswagen tawar potongan sehingga RM38k, saksikan sendiri Golf GTI Edition 50

    Tidak ketinggalan, model Golf GTI dalam penawaran Mk8 terkini juga ditawarkan dengan harga RM244k, melibatkan penjimatan sebanyak RM9k. Turut akan dipamerkan di ACE 2024 ialah Golf GTI Edition 50! Semua model ini ditawarkan dengan penyelenggaraan percuma lima-tahun, jaminan tanpa had perbatuan lima-tahun serta bantuan tepi jalan lima-tahun.

    Mari datang ke ACE 2024 di Pusat Persidangan Setia City (SCCC), Setia Alam hujung minggu ini, di mana ia berlangsung sehingga jam tujuh malam untuk kedua-dua hari. Selain Volkswagen, ada juga pelbagai jenama lain yang turut serta sambil menawarkan sesi pandu uji dan anda juga boleh menikmati pelbagai tawaran sekiranya membuat tempahan kenderaan di sini, termasuk baucar RM3,000. Masuk adalah percuma!

     
     
  • ACE 2024: BMW dan MINI dibawa oleh Auto Bavaria ke pameran di Pusat Persidangan Setia City (SCCC)

    ACE 2024: BMW dan MINI dibawa oleh Auto Bavaria ke pameran di Pusat Persidangan Setia City (SCCC)

    Acara Auto Car Expo (ACE) 2024 anjuran paultan.org bersama penaja Carro dan Emit Solar sudah mula berlangsung hari ini di Pusat Persidangan Setia City (SCCC), Setia Alam Selangor, sehingga esok, 27 Oktober 2024.

    Antara yang hadir di acara ACE 2024 adalah BMW, MINI dan BMW Motorrad, dengan diwakili oleh Auto Bavaria. Salah satu model terbaru yang dibawa oleh BMW adalah BMW 5 Series G60, dalam varian 520i, bersama 3 Series G20 facelift serta 6 Series Gran Turismo facelift.

    Bagi 520i G60 itu, ia datang dengan enjin petrol 2.0 liter TwinPower Turbo dan dipasang dengan kemasan M Sport, yang menjadikan ia nampak lebih sporty. Di dalam, terdapat panel instrumen 12.3 inci serta skrin 14.9 inci untuk infotainmen, yang dikawal oleh BMW Operating System 8.5 dengan fungsi navigasi serta data secara langsung.

    ACE 2024: BMW dan MINI dibawa oleh Auto Bavaria ke pameran di Pusat Persidangan Setia City (SCCC)

    Konsep elektrifikasi terserlah kuat di kawasan pameran BMW dengan kehadiran iX1 dan iX2. Bagi iX1, ia ditawarkan dengan tetapan FWD satu motor dan AWD dua motor yang berkemampuan 313 PS/494 Nm dan pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.7 saat. Model iX2 juga menggunakan penggerak sama, tetapi dapat melakukan pecutan lebih pantas – 5.6 saat – sementara laju maksimum bagi kedua-duanya adalah 180 km/j.

    MINI juga hadir ke ACE 2024 dengan konsep elektrifikasi yang kuat, dengan membawa Aceman yang baru dilancarkan beberapa minggu lepas. Model elektrik ini menggunakan tetapan satu motor, pacuan roda hadapan, dengan kuasa sehingga 218 PS, tork 330 Nm dan mampu melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa 7.1 saat. Laju maksimum adalah 170 km/j.

    Bateri 54.2 kWh pada Aceman dapat memberikan jarak gerak 406 km mengikut ujian WLTP, dan apabila dicas menggunakan sumber DC sehingga 95 kW, baterinya boleh naik 10-80% dalam masa 30 minit.

    ACE 2024: BMW dan MINI dibawa oleh Auto Bavaria ke pameran di Pusat Persidangan Setia City (SCCC)

    Menyertai Aceman di tapak pameran Auto Bavaria di ACE 2024 adalah Countryman, iaitu satu lagi model elektrik yang menggunakan tetapan dua motor dan pacuan AWD. Ia menggunakan bateri 66.5 kWh yang sama seperti BMW iX1, dan menawarkan jarak gerak sehingga 432 km (WLTP) dengan bateri penuh. Apabila menggunakan pengecas DC sehingga 130 kW, baterinya boleh naik 10-80% dalam maa 30 minit, sementara apabila menggunakan AC, ia boleh menerima sehingga 22 kW.

    Bukan sekadar empat roda, jentera dua roda juga berada di ACE 2024, dipersembahkan oleh BMW Motorrad. Model adventure touring terkenal R 1300 GS sudah tentu dibawa sekali, dan ia disertai oleh skuter elektrik CE-04.

    Sebagai sebuah model baru, R 1300 GS menawarkan pelbagai peningkatan, dengan yang utama adalah enjin boxer dua silinder berkapasiti 1,300 cc yang dikatakan sebagai enjin boxer paling berkuasa pernah dihasilkan oleh BMW Motorrad, dengan kemampuan 145 hp dan tork 145 Nm.

    ACE 2024: BMW dan MINI dibawa oleh Auto Bavaria ke pameran di Pusat Persidangan Setia City (SCCC)

    CE-04 yang membawa konsep penggerak urban pula datang dengan rekaan futuristik, dan dipacu oleh motor elektrik 42 hp yang boleh membawa ia memecut 0-50 km/j dalam masa 2.6 saat dan kelajuan maksimum 120 km/j. Dengan cas penuh, ia boleh bergerak sehingga 130 km dan bateri boleh dicas naik 0-80% dalam masa 65 minit.

    Dengan pelbagai model yang dibawa, dari petrol ke elektrik, dan dari empat roda ke dua roda, banyak yang boleh disaksikan di kawasan pameran Auto Bavaria ini. Datang sendiri ke ACE 2024 di Pusat Persidangan Setia City (SCCC), Setia Alam hujung minggu ini untuk menyaksikannya, dan tiada bayaran diperlukan untuk masuk.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.13 (-0.04)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.00
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.90 (-0.04)
EURO 5 B7 RM3.10 (-0.04)
Last Updated Aug 14, 2025