Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2024 dijangka lebih meriah, terus disokong penala-penala Jepun

    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2024 dijangka lebih meriah, terus disokong penala-penala Jepun

    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL) 2024 secara rasminya diumumkan akan berlangsung pada 8 hingga November ini, diadakan di tempat sama penganjuran kali pertamanya tahun lalu iaitu di di Pusat Pameran & Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

    Acara ini dianjurkan oleh Element X Strategies sebagai Pemegang Lesen Rasmi Tunggal dan MUSE Group Asia sebagai Penganjur Bersama, dengan kerjasama San Ei Corporation sebagai pemilik harta intelek Tokyo Auto Salon, dan Persekutuan Tokyo Auto Salon. Buat masa sekarang Malaysia masih merupakan satu-satunya negara yang diberi hak untuk menganjurkan Tokyo Auto Salon di luar Jepun.

    Bagi tahun ini TASKL menampilkan ruang acara seluas iaitu 170,000 kaki persegi berbanding 130,000 kaki persegi tahun lalu. Ia akan membawa semula penala-penala terbaik Jepun ke Malaysia antaranya Smoky Nagata dari Top Secret, Veilside, Trust/Greddy dan lain-lain. Selain itu jenama seperti Option, Tomica dan juga San Ei Corporation turut dibawa bagi memberikan suasana seperti benar-benar di Makuhari Messe.

    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2024 dijangka lebih meriah, terus disokong penala-penala Jepun

    Sebanyak 300 kereta ubahsuai akan dipamerkan pada acara ini, di mana 15 unit daripadanya dibawakan khas dari Jepun. Antara aktiviti yang akan berlangsung termasuk pertandingan autoshow yang akan diadili oleh juri dari kalangan penala-penala Jepun, perhimpunan kelab-kelab kereta, jualan baran-barang kenderaan, demonstrasi drift, cabaran perlumbaan simulator, pertandingan audio kenderaan, pertandingan pop & bang dan juga persembahan-persembahan secara langsung.
     
    Bagi yang mengumpul kereta model skala, TASKL 2024 turut bakal menampilkan model edisi terhad Nissan GT-R R33 Nismo 400R yang dihasilkan sempena acara ini. Ia merupakan model diecast keluaran Inno64 dalam skala 1/64, menampilkan warna chameleon dan juga logo TASKL 2024 pada bahagian sisi. Untuk membeli kereta ini, anda perlulah membeli tiket terlebih dahulu sama ada secara atas talian atau di kaunter, sementara stok masih ada.
     
    Acara ini turut menawarkan hadiah cabutan bertuah iaitu sebuah Honda Civic Type R FK8 yang diberikan kit dan beberapa peralatan dari Mugen. Kereta tersebut merupakan model 2019 tetapi masih belum didaftarkan di Malaysia, dan menerima beberapa peralatan tingkat taraf termasuk kit badan Mugen, tombol gear Mugen, lampu belakang Mugen, set rim aloi forged Rays Engineering TE37 berdiameter 20-inci dan juga sistem ekzos aftermarket.

    Untuk membolehkan anda layak mendapat peluang memenangi FK8 tersebut, pengunjung terlebih dahulu perlu membeli tiket dan kemudian membuat bayaran tambahan sebanyak RM28. Tiket bertuah berkenaan akan dicabut di pentas utama pada pukul 8 malam hari terakhir acara itu berlangsung iaitu pada 10 November 2024. Sekiranya pemenang tersebut tidak berada di tapak acara berkenaan, pihak penganjur akan menghubunginya melalui telefon.

    Namun sekiranya tiga kali panggilan tidak dijawab, penganjur akan membuat cabutan yang lain. Sekiranya panggilan dijawab, pemenang tersebut masih perlu menjawab tiga soalan mudah bagi melayakkannya sebagai pemenang Civic Type R tersebut. Walau bagaimanapun kos untuk pendaftaran termasuk insuran, cukai jalan, pengangkutan dan lain-lain yang berkaitan perlu ditanggung oleh pemenang.

    Tiket untuk TASKL 2024 kini sudahpun mula dijual atas talian menerusi laman web rasmi acara ini. Pengunjung masih boleh membeli tiket berkenaan menerusi kaunter yang dibuka di MITEC, namun ia mesti dibeli sebelumnya pukul 6 petang pada 10 November.

    Selain itu, sebuah BMW E36 325i yang telah diubahsuai juga turut ditawarkan sebagai hadiah menerusi pertandingan yang dianjurkan oleh salah satu pempamer di TASKL 2024 ini iaitu YRN Custom. Pertandingan ini dibuka untuk semua pengunjung TASKL 2024 yang telah berbelanja sekurang-kurangnya RM15, dan pemenang akan diumum pada 10 November.

    “Dengan 91,000 pelawat yang direkodkan di Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur yang julung kali diadakan pada 2023, kami perlu meningkatkan tahap acara kami tahun ini. Jangkaan daripada peminat akan terus meningkat dan yakinlah, kami telah menyusun rancangan yang tidak akan mengecewakan mereka,” kata Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Element X Strategies Jason Yap.

    “Seperti acara asal di Jepun, banyak perancangan dan persiapan telah dilakukan untuk memastikan pameran tahun ini terus mengatasi jangkaan peminat,” tambahnya

    “Penala dan pempamer Jepun yang mengambil bahagian pada 2023 sangat terkejut dengan penerimaan peminat Malaysia yang mereka akan kembali dengan cara yang lebih besar tahun ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MUSE Asia Encik Riduwan Matni pula.

    Tiket biasa untuk acara itu dijual pada harga RM60 untuk sehari, manakala pas untuk tiga hari turut ditawarkan dengan harga RM120. Tiket untuk kanak-kanak berumur antara 6 dan 12 tahun pula dijual pada harga RM30 sehari dan RM60 untuk pas 3 hari. Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun pula boleh masuk secara percuma, manakala untuk pemegang kad OKU (termasuk 1 penjaga jika diperlukan) pula berhak mendapat potongan 50% daripada harga tiket.

    Tahun ini TASKL turut memperkenalkan tiket Express Lane berharga RM80 sehari bagi membolehkan anda ‘memotong barisan pada hari acara tersebut berlangsung. Untuk lebih istimewa, anda juga boleh membeli pas VIP berharga RM150 sehari yang melayakkan pemegang tiket akses percuma ke ruang lounge VIP.

    Tak cukup dengan itu pihak penganjur juga menyediakan akses istimewa Black Tag pada harga RM1,500. Dengan Black Tag ini anda akan menerima keistimewaan termasuk akses untuk 3 hari penuh termasuk ke lounge Black Tag dan Japan Pavillion Cars, parkir valet percuma, barangan-barangan eksklusif TASKL 2024 dan banyak lagi.

     
     
  • Ducati Scrambler Icon Dark, Full Throttle 2025 didedah

    Ducati Scrambler Icon Dark, Full Throttle 2025 didedah

    Ducati memperkenalkan dua varian baru untuk Scrambler 803, dipanggil sebagai Icon Dark dan Full Throttle. Dua model ini membawa penampilan yang berbeza, sementara ciri teknikal masihnya tidak berubah seperti Scrambler generasi kedua yang diperkenalkan pada tahun 2022.

    Bagi Icon Dark, secara asasnya ia sama sahaja seperti Scrambler Icon yang merupakan versi asas, tetapi ia dijadikan serba gelap dengan sebahagian besar panel serta enjinnya menggunakan warna hitam. Kemudiannya, tiada panel penghadang lumpur di bawah bahagian belakang tempat duduk, dan tempat meletak nombor plet dijadikan lebih ringkas.

    Full Throttle juga mendapat perincian bahagian belakang yang sama, tetapi kemudiannya ia ditambah dengan panel tepi yang menempatkan nombor 62 (simbolik tahun Ducati Scrambler pertama diperkenalkan), penghadang lumpur hadapan yang pendek seperti Nightshift serta pemegang yang lebih rendah.

    Sebagai varian Scrambler 803 yang paling tinggi, Full Throttle didatangkan secara standard dengan ekzos Termignoni, quickshifter serta lampu penunjuk arah LED Ducati Performance. Meskipun sebelum ini sudah ada Scrambler Full Throttle, ia cuma ditawarkan dalam warna merah, sementara model baru ini menggunakan warna gabungan hitam dan emas.

    Seperti yang dinyatakan awal tadi, bahagian mekanikal tidak berubah, bermula dengan enjin yang menggunakan unit Desmodue dua silinder L 803 cc penyejukan udara yang digabungkan bersama transmisi enam kelajuan untuk menghasilkan kuasa 73 hp pada 8,250 rpm dan tork 65.2 Nm pada 7,000 rpm.

    Melalui penggunaan sistem ride-by-wire, Scrambler ini dapat menyediakan dua mod tunggangan (Road dan Wet), kawalan cengkaman dan Cornering ABS. Informasi penting motosikal dipaparkan melalui skrin TFT 4.3 inci berwarna penuh dan ia juga boleh disambung kepada telefon pintar (pilihan tambahan).

    Rim aluminium berbeza saiz digunakan pada Scrambler, iaitu 18 inci dengan tayar 110/80 di hadapan dan 17 inci dengan tayar 180/55 di belakang. Memegangnya masing-masing adalah fork USD 41 mm dan monoshock Kayaba dengan pelarasan pra beban, sementara brek pula terdiri daripada unit cakera tunggal 330 mm dengan angkup Brembo empat piston di hadapan dan cakera tunggal 245 mm dengan angkup satu piston di belakang.

    Perincian lain Scrambler Icon Dark dan Full Throttle juga adalah sama, termasuk berat tanpa minyak 176 kg, tangki bahan api 14.5 liter serta tinggi tempat duduk 795 mm.

    GALERI: Ducati Scrambler Icon Dark 2025

    GALERI: Ducati Scrambler Full Throttle 2025

     
     
  • ACE 2024: Kereta Volkswagen idaman dari RM159,990 — rebat hingga RM38k, servis percuma 5-tahun

    ACE 2024: Kereta Volkswagen idaman dari RM159,990 — rebat hingga RM38k, servis percuma 5-tahun

    Sudah bersedia untuk Auto Car Expo (ACE) 2024, yang ditaja bersama oleh Carro? Acara ini bakal berlangsung pada 26-27 Oktober 2024 di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Masuk adalah percuma!

    Antara jenama yang akan ikut serta ialah Volkswagen. Melalui kempen Love? Volkswagen yang sedang berlangsung, anda akan jimat sebanyak RM38k bagi model Touareg R-Line dan RM36k untuk Arteon R-Line 4Motion — menjadikan harga masing-masing model tersebut RM434k dan RM264k.

    Jika inginkan SUV tujuh-tempat duduk, ada Tiguan Allspace, dengan varian pertengahan Elegance diberikan potongan harga sebanyak RM30k, menjadikan harganya RM165,590. Bagi varian paling rendah, Life ia dijual dengan harga RM149,590 (jimat RM17k) atau varian R-Line yang paling tinggi dengan enjin 2.0 liter TSI dan 4Motion dengan harga RM233k (jimat RM14k).

    Tidak ketinggalan, model Golf GTI dalam penawaran Mk8 terkini juga ditawarkan dengan harga RM244k, melibatkan penjimatan sebanyak RM9k. Turut akan dipamerkan di ACE 2024 ialah Golf GTI Edition 50! Semua model ini ditawarkan dengan penyelenggaraan percuma lima-tahun, jaminan tanpa had perbatuan lima-tahun serta bantuan tepi jalan lima-tahun.

    ACE 2024: Kereta Volkswagen idaman dari RM159,990 — rebat hingga RM38k, servis percuma 5-tahun

    Selain Volkswagen, jenama yang turut akan berada di ACE 2024 termasuklah Toyota, Proton, Perodua, Ford, BYD, Mitsubishi, MG serta smart dan eMas yang diuruskan oleh Pro-Net.

    Semua jenama tersebut juga akan turut disertai juga oleh BMW/MINI (menerusi Auto Bavaria), Mercedes-Benz (menerusi Hap Seng Star) dan Volvo (menerusi Sime Darby Swedish Auto), serta beberapa jenama lagi di bawah kendalian EON yang turut akan mewakili jenama smart dan Audi, serta Cycle & Carriage dengan jenama Peugeot dan Leapmotor. Untuk motosikal, akan ada jenama BMW Motorrad, serta tidak lupa Trapo yang pelbagai produk melalui Exosystem-nya.

    Seperti PACE, pengunjung ke ACE 2024 turut berpeluang memandu uji barisan kenderaan dari pelbagai jenama yang menyertai acara tersebut. Dan, tidak hanya kenderaan baru yang akan dipamerkan: kenderaan terpakai juga akan dibawa — dengan pelbagai tawaran menarik untuk dinikmati oleh pelanggan, yang tidak ditawarkan di tempat lain.

    ACE 2024: Kereta Volkswagen idaman dari RM159,990 — rebat hingga RM38k, servis percuma 5-tahun

    Ini menjadikan ACE 2024 sebuah acara yang perlu anda kunjungi, kerana akan ada promosi awal sempena hujung tahun yang akan diberikan oleh jenama yang terlibat. Tidak ketinggalan, akan ada juga tawaran berasingan daripada kami di paultan.org.

    200 pelanggan terawal yang membuat tempahan mana-mana kereta baru akan menerima baucar gabungan bernilai RM2,500, yang terdiri daripada RM500 baucar filem penapis haba/coating V-Kool, RM500 baucar Dodomat, RM500 baucar penapis udara Blueair, RM500 baucar untuk balutan kulit kustom DK Schweizer serta RM500 baucar dari Kuzig Glanz untuk filem pelindung cat badan kenderaan.

    Akan ada banyak lagi promosi yang akan diumumkan sempena ACE 2024. Jadi terus perhatikan ruangan ini untuk maklumat lanjut. Tandakan kalender — 26-27 Oktober 2024 — dan jumpa nanti di SCCC. Masuk adalah percuma!

     
     
  • ACE 2024: Jimat hingga RM42k untuk kereta Peugeot, Cycle & Carriage — jaminan 7-tahun, dari RM88k

    ACE 2024: Jimat hingga RM42k untuk kereta Peugeot, Cycle & Carriage — jaminan 7-tahun, dari RM88k

    Dalam tempoh kurang lebih dua minggu lagi acara Auto Car Expo (ACE) 2024 anjuran paultan.org — dengan penaja bersama Carro — bakal berlangsung. Bertempat di Pusat Persidangan Setia City (SCCC) acara berkenaan akan diadakan pada 26-27 Oktober 2024 dan melibatkan pelbagai jenama serta tawaran promosi yang sukar dilepaskan.

    Antara jenama yang akan ikut serta ialah Peugeot. Cycle & Carriage kembali menjual kenderaan Peugeot di Malaysia selepas menandatangi perjanjian dengan Stellantis Malaysia pada Ogos lalu, dan akan mempamerkan barisan kenderaan Peugeot sempena ACE 2024 dengan tawaran menarik.

    Anda berpeluang untuk menikmati penjimatan sebanyak RM42,000. Penjimatan maksimum itu ditawarkan untuk model Peugeot 5008 yang merupakan sebuah SUV tujuh-tempat duduk yang kini dijual dengan harga RM143,388. Selain itu, SUV lima-tempat duduk Peugeot 3008 ditawarkan dengan penjimatan RM40,000, dengan harga bermula RM129,388.

    ACE 2024: Jimat hingga RM42k untuk kereta Peugeot, Cycle & Carriage — jaminan 7-tahun, dari RM88k

    Inginkan yang lebih berbeza? Boleh pertimbangkan trak pikap Peugeot Landtrek, satu-satunya trak pikap dengan lencana jenama Eropah di sini. Ia boleh menjadi milik anda dengan harga dari RM88,388, atau dengan penjimatan RM30,000 dari harga asal. Tidak ketinggalan ialah Peugeot 408 turut akan dipamerkan di ACE 2024.

    Peugeot 3008 dan 5008 didatangkan juga dengan jaminan tujuh-tahun, sementara Landtrek dengan jaminan lima-tahun. Semua kenderaan datang dengan servis penyelenggaraan percuma selama lima-tahun untuk alat ganti, dan anda boleh menambah RM6,000 untuk menikmati servis penyelenggaraan untuk alat ganti dan tenaga kerja untuk lima tahun. Tawaran ini sah untuk model keluaran tahun 2023, selagi stok masih ada.

    Selain Peugeot, jenama yang turut akan berada di ACE 2024 termasuklah Toyota, Proton, Perodua, Ford, BYD, Volkswagen, Mitsubishi, MG serta smart dan eMas yang diuruskan oleh Pro-Net.

    Semua jenama tersebut juga akan turut disertai juga oleh BMW/MINI (menerusi Auto Bavaria), Mercedes-Benz (menerusi Hap Seng Star) dan Volvo (menerusi Sime Darby Swedish Auto), serta beberapa jenama lagi di bawah kendalian EON yang turut akan mewakili jenama smart dan Audi. Untuk motosikal, akan ada jenama BMW Motorrad, serta tidak lupa Trapo yang pelbagai produk melalui Exosystem-nya.

    ACE 2024: Jimat hingga RM42k untuk kereta Peugeot, Cycle & Carriage — jaminan 7-tahun, dari RM88k

    Seperti PACE, pengunjung ke ACE 2024 turut berpeluang memandu uji barisan kenderaan dari pelbagai jenama yang menyertai acara tersebut. Dan, tidak hanya kenderaan baru yang akan dipamerkan: kenderaan terpakai juga akan dibawa — dengan pelbagai tawaran menarik untuk dinikmati oleh pelanggan, yang tidak ditawarkan di tempat lain.

    Ini menjadikan ACE 2024 sebuah acara yang perlu anda kunjungi, kerana akan ada promosi awal sempena hujung tahun yang akan diberikan oleh jenama yang terlibat. Tidak ketinggalan, akan ada juga tawaran berasingan daripada kami di paultan.org.

    200 pelanggan terawal yang membuat tempahan mana-mana kereta baru akan menerima baucar gabungan bernilai RM2,500, yang terdiri daripada RM500 baucar filem penapis haba/coating V-Kool, RM500 baucar Dodomat, RM500 baucar penapis udara Blueair, RM500 baucar untuk balutan kulit kustom DK Schweizer serta RM500 baucar dari Kuzig Glanz untuk filem pelindung cat badan kenderaan.

    Akan ada banyak lagi promosi yang akan diumumkan sempena ACE 2024. Jadi terus perhatikan ruangan ini untuk maklumat lanjut. Tandakan kalender — 26-27 Oktober 2024 — dan jumpa nanti di SCCC. Masuk adalah percuma!

     
     
  • MINI Cooper S 5-Door 2024 dipertonton di M’sia – 2.0L turbo petrol 204 PS/300 Nm; jangkaan dari RM293k

    MINI Cooper S 5-Door 2024 dipertonton di M’sia – 2.0L turbo petrol 204 PS/300 Nm; jangkaan dari RM293k

    MINI Cooper S 5-Door generasi-F65 telah pun dipertontonkan di Malaysia, bersama pelancaran tempatan bagi crossover elektrik MINI Aceman SE. Model generasi-F65 ini diperkenalkan di peringkat dunia pada Jun lalu, dan ia merupakan semakan yang lebih meluas bagi model enjin pembakaran dalaman generasi-F55.

    Dijangka ditawarkan pada harga dari RM293,000 untuk Cooper S 5-Door, dengan Waranti Lanjutan MINI dan Pakej Servis dianggarkan lebih kurang RM10,400, dengan jumlah keseluruhan mencecah RM303,400, menurut BMW Group Malaysia.

    Penjana kuasa bagi MINI Cooper S 5-Door ini ialah 2.0 liter pengecas turbo empat-silinder sebaris petrol yang mampu menghasilkan 204 PS dan tork 300 Nm, memacu roda hadapan menerusi transmisi automatik dwi-klac tujuh-kelajuan. Membolehkannya dipecut dari 0-100 km/j dalam 6.8 saat dan kelajuan maksimum cecah 242 km/j.

    Kelengkapan standard yang diberikan termasuklah roda aloi dua-tona ‘Slide Spoke’ 18-inci, lampu utama dengan bantuan lampu tinggi, kemasan penutup cermin dan bumbung kontras, lampu belakang LED dengan signitur tiga pilihan lampu.

    Di dalamnya, Cooper S 5-Door menerima upholstery tempat duduk kulit Vescin vegan dan kemasan tekstil biru kontras, sementara kemasan papan pemuka dan pintu pula dengan fabik kitar semula polister dua-tona.

    Kelengkapan dalaman bagi Cooper S 5-Door F65 ini termasuklah skrin sesentuh OLED diameter 9.4-inci dijanakan oleh MINI Operating System 9, dengan membawakan MINI Experience Modes Also termasuk akses selesa, pakej cermin luaran dan dalaman serta pilihan mod pemanduan, bersama cermin pandang belakang anti silau dan cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX.

    Bagi sistem bantuan dan keselamatan, ia diberikan amaran ketibaan lorong dan amaran menukar lorong, amaran pelanggaran hadapan, amaran trafik lintasan belakang, kawalan kelajuan aktif dengan fungsi stop-and-go, bantuan kawalan lorong, bantuan pengehad kelajuan, bantuan parkir tambahan dan bantuan mengundur serta Remote 3D View.

    Sekali lagi, harga jangkaan bagi MINI Cooper S 5-Door generasi F-65 terkini ini dari RM293,000, dengan Waranti Lanjutan MINI dan Pakej Servis dianggarkan lebih kurang RM10,400, dengan jumlah keseluruhan mencecah RM303,400, menurut BMW Group Malaysia.

     
     
  • ACE 2024 oleh paultan.org akan berlangsung 26-27 Oktober ini — pandu uji, baucar dan promosi menanti!

    ACE 2024 oleh paultan.org akan berlangsung 26-27 Oktober ini — pandu uji, baucar dan promosi menanti!

    Auto Car Expo (ACE) anjuran paultan.org bakal kembali untuk edisi tahun 2024, dengan Carro sebagai penaja bersama dan bakal berlangsung pada hujung minggu 26-27 Oktober 2024 bertempat di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Masuk adalah percuma untuk semua pengunjung.

    Lanjutan kepada penganjurannya yang terdahulu, acara berasaskan jualan kenderaan ini bakal membawakan pelbagai barisan odel kenderaan dari pelbagai jenama. Antara jenama yang akan ikut serta sepanjang acara ini berlangsung ialah Toyota, Proton, Perodua, Ford, BYD, Volkswagen, Mitsubishi, MG serta smart dan eMas yang diuruskan oleh Pro-Net.

    Semua jenama tersebut juga akan turut disertai oleh BMW/MINI (menerusi Auto Bavaria), Mercedes-Benz (menerusi Hap Seng Star) dan Volvo (menerusi Sime Darby Swedish Auto), serta beberapa jenama lagi di bawah kendalian EON yang turut akan mewakili jenama smart dan Audi, serta Cycle & Carriage akan mempamerkan jenama Peugeot dan Leapmotor. Untuk motosikal, akan ada jenama BMW Motorrad, serta tidak lupa Trapo yang pelbagai produk melalui Exosystem-nya.

    ACE 2024 oleh paultan.org akan berlangsung 26-27 Oktober ini — pandu uji, baucar dan promosi menanti!

    Sama seperti PACE, pengunjung ke ACE 2024 berpeluang memandu uji barisan kenderaan daripada jenama yang menyertai acara tersebut. Dan, tidak hanya kenderaan baru yang akan dipamerkan: kenderaan terpakai juga akan ditawarkan — dengan pelbagai tawaran menarik untuk dinikmati oleh pelanggan, yang tidak ditawarkan di tempat lain.

    Ini menjadikan ACE 2024 sebuah acara yang perlu anda kunjungi, kerana akan ada promosi awal sempena hujung tahun yang akan diberikan oleh jenama yang terlibat. Tidak ketinggalan, selain tawaran daripada setiap jenama yang terlibat, akan ada juga tawaran berasingan daripada kami di paultan.org.

    ACE 2024 oleh paultan.org akan berlangsung 26-27 Oktober ini — pandu uji, baucar dan promosi menanti!

    200 pelanggan terawal yang membuat tempahan mana-mana kereta baru akan menerima baucar gabungan bernilai RM2,500, yang terdiri daripada RM500 baucar filem penapis haba/coating V-Kool, RM500 baucar Dodomat, RM500 baucar penapis udara Blueair, RM500 baucar untuk balutan kulit kustom DK Schweizer serta RM500 baucar dari Kuzig Glanz untuk filem pelindung cat badan kenderaan.

    Akan ada banyak lagi promosi yang akan diumumkan sempena ACE 2024. Jadi terus perhatikan ruangan ini untuk maklumat lanjut. Tandakan kalender — 26-27 Oktober 2024 — dan jumpa nanti di SCCC.

     
     
  • Hyundai Ioniq 5, Ioniq 6 Edisi Songket didedahkan

    Hyundai Ioniq 5, Ioniq 6 Edisi Songket didedahkan

    Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) dengan kerjasama Kraftangan Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia, telah menghasilkan Edisi Songket bagi model EV Ioniq 5 dan Ioniq 6, bagi meraikan Kemerdekaan Malaysia yang ke-67 tahun.

    Bagi mereka yang tidak tahu, songket ialah kain tradisional yang ditenun dengan tangan dengan jumlah daun emas asli dan benang emas atau perak, dan secara sejarah dikaitkan dengan orang yang mempunyai kedudukan sosial yang tinggi seperti golongan diraja dan bangsawan.

    Model EV ini menampilkan motif songket yang halus pada bahagian bonet, penutup but, sisi dan bumbungnya, mencerminkan ketukangan tradisional yang telah diiktiraf UNESCO untuk warisan budayanya. HSDM berkata, motif yang dinamakan Tampuk Manggis itu diilhamkan daripada buah manggis dan menjadi pilihan utama dalam corak tenunan songket selain digunakan secara tradisional dalam seni tekstil songket.

    “Motif ini dicipta melalui susunan grid yang dikenali sebagai piksel, menghasilkan bentuk empat segi yang mewakili evolusi reka bentuk yang menghubungkan generasi ke arah masa depan. Pada penghujung kelopak motif, garisan grid mewakili enam petak grid, melambangkan keindahan, keunikan, kestabilan, keteguhan, kecanggihan dan kekuatan,” kata pengarah urusan HSDM Joey Lin menerusi catatan di LinkedIn.

    Ioniq 6 Edisi Songket pertama kali didedahkan di laman Facebook HSDM pada Hari Malaysia, manakala Ioniq 5 Edisi Songket pula dipilih sebagai kereta rasmi untuk Pameran & Persidangan Pelancongan dan Kebudayaan Antarabangsa (INTAC) 2024, yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hujung minggu lalu.

    Ioniq 5 dan Ioniq 6 pernah dinobatkan sebagai EV Terbaik Dunia, Reka Bentuk Kereta Terbaik Dunia dan pemenang keseluruhan Kereta Terbaik Dunia untuk 2022 dan 2023, manakala Ioniq 5 N, yang dipratonton di Malaysia baru-baru ini dinobatkan sebagai Kereta Prestasi Tahunan Terbaik Dunia untuk 2024.

     
     
  • MINI Aceman SE 2024 dilancarkan di Malaysia – EV dengan kuasa 218 PS, jarak gerak 406 km, RM214k

    MINI Aceman SE 2024 dilancarkan di Malaysia – EV dengan kuasa 218 PS, jarak gerak 406 km, RM214k

    Selepas beberapa siri teaser, MINI Malaysia kini secara rasminya melancarkan MINI Aceman, iaitu sebuah crossover elektrik yang diletakkan antara Cooper SE dan Countryman SE. Sama seperti dua model tersebut, Aceman juga ditawarkan dalam satu varian sahaja, iaitu SE dengan harga RM213,888 tidak termasuk insurans.

    Pada harga ini, ia diberikan secara terus dengan jaminan dua tahun tanpa had batuan, dan jika anda mahukan tempoh jaminan empat tahun bersama pakej servis, harganya dinaikkan RM7,400 menjadi RM221,288.

    Sebagai permulaan, kereta ini mencatat ukuran panjang 4,076 mm, panjang 1,754 mm lebar, tinggi 1,515 mm dan jarak roda 2,606 mm. Ini menjadikan ia lebih besar berbanding Cooper (panjang 3,858 mm, jarak roda 2,526 mm ) dan lebih kecil berbanding Countryman (panjang 4,433 mm, jarak roda 2,692 mm).

    Secara visualnya Aceman ini mengikut konsep rekaan ‘Charismatic Simplicity’ jenama itu, yang juga diguna pakai pada model terbaru MINI. Antara yang menjadi tumpuan pada Aceman adalah gril tertutup, bukaan udara kecil di bawah serta bentuk lampu utama unik dengan DRL. Pembuka pintu dibentuk rata dengan badan, dan terdapat kemasan plastik di bahagian keliling roda serta bawah pintu. Lampu belakang menggunakan motif Union Jack.

    Masuk ke dalam, anda akan menemui susun atur papan pemuka biasa MINI, dengan skrin sesentuh OLED 9.4 inci bulat di tengah menjadi akses utama untuk fungsi kenderaan, sambil memaparkan informasi penting lain. Mengawal fungsi infotainmen adalah MINI Operating System 9, bersama MINI Experiences Modes dan pembantu digital. Anda juga mendapat head-up display serta sistem kunci digital.

    Melalui MINI Connected Store, pemilik dapat membeli naik taraf seperti Connected Package, yang memberikan fungsi tambahan seperti paparan bangunan 3D, navigasi augmented reality, laluan ke arah pengecas yang dioptimakan, informasi trafik semasa, permainan dalam kereta, stream video serta aplikasi lain.

    MINI Aceman SE 2024 dilancarkan di Malaysia – EV dengan kuasa 218 PS, jarak gerak 406 km, RM214k

    Pada bahagian penggerak, Aceman SE menggunakan bateri nickel cobalt manganese (NCM) berkapasiti 54.2 kWh, mampu memberikan jarak gerak sehingga 406 km mengikut standard WLTP. Ia memberi tenaga kepada motor elektrik hadapan berkuasa 218 PS (215 hp atau 160 kW) dan 330 Nm, mampu memberikan pecutan 0-100 km/j dalam masa 7.1 saat dan kelajuan maksimum 170 km/j.

    Untuk pengecasan, Aceman boleh menerima sumber AC hingga 11 kW, manakala untuk DC, ia boleh menerima sehingga 95 kW dan bateri akan naik dari 10% ke 80% dalam masa cuma 30 minit.

    Kelengkapan standard yang diberikan pada Aceman termasuk rim 19 inci ‘Hexagram’, rel bumbung, skid plate, balutan kulit tiruan Vescin warna Dark Petrol, pengawal pendingin hawa dua zon, tempat duduk hadapan John Cooper Works dengan fungsi memori, roda stereng sport, balutan bumbung anthracite, pad pengecas tanpa wayar serta sistem pembesar suara Harman Kardon.

    Untuk sistem bantuan pemandu pula terdapat amaran tukar lorong, amaran trafik belakang dan amaran perlanggaran hadapan dengan intervensi brek (AEB). Turut diberikan adalah Parking Assistant Plus dengan fungsi seperti Active Park Distance Control, Reversing Assist Camera dan Remote 3D View.

    Tiga warna badan ditawarkan untuk Aceman SE ini, iaitu Rebel Red, Melting Silver dan Indigo Sunset Blue, dengan semuanya datang bersama bumbung dan cermin sisi hitam. Sekali lagi, dengan harga RM213,888 ini, Aceman SE terletak RM20,000 lebih berbanding Cooper SE, dan kurang RM45,000 berbanding Countryman SE.

     
     
  • Husqvarna Vitpilen 801 diperkenal – gaya roadster, enjin dua silinder selari 799 cc berkuasa 105 hp

    Husqvarna Vitpilen 801 diperkenal – gaya roadster, enjin dua silinder selari 799 cc berkuasa 105 hp

    Selepas melancarkan Svartpilen 801 Mac lalu, Husqvarna kini memperkenalkan pula Vitpilen 801. Untuk pengetahuan, dua model ini sebenarnya berkongsi asas sama, tetapi konsep gayanya adalah berbeza dengan Svartpilen menggunakan inspirasi scrambler, sementara Vitpilen pula lebih kepada roadster.

    Bahagian yang berbeza antaranya adalah pemegang (lebih tinggi pada Svartpilen), lampu hadapan, panel tepi radiator, fender hadapan serta tayar. Kemudiannya, Vitpilen ditambah dengan panel plastik di bahagian bawah enjinnya.

    Kuasa penggerak datang daripada enjin dua silinder selari 799 cc DOHC, yang dipadankan bersama transmisi enam kelajuan untuk menghasilkan 105 hp pada 9,250 rpm dan tork 87 Nm pada 8,000 rpm. Selain datang dengan klac jenis slipper, pemilik juga boleh mendapatkan quickshifter yang dipanggil oleh Husqvarna sebagai Easy Shift (tambahan).

    Husqvarna Vitpilen 801 diperkenal – gaya roadster, enjin dua silinder selari 799 cc berkuasa 105 hp

    Empat mod tunggangan disediakan pada motosikal ini, dengan tiga daripadanya, iaitu Street, Sport dan Rain sudah mempunyai parameter yang ditetapkan, sementara mod Dynamic memberikan kebebasan kepada penunggang untuk menetapkan tahap maklum balas pendikit, kawalan cengkaman dan beberapa lagi fungsi.

    Sistem brek Cornering ABS dan Motorcycle Traction Control (MTC) yang boleh ditutup diberikan secara standard pada Vitpilen 801, tetapi untuk mendapatkan fungsi Anti-Wheelie (boleh ditetapkan dalam beberapa tahap), pemilik perlu mendapatkan pakej Dynamic Pack yang turut menyediakan pelarasan lebih luas untuk beberapa sistem lain.

    Rim Vitpilen 801 menggunakan unit aluminium 17 inci dan ia dipegang oleh fork WP Apex 43 mm boleh laras dengan jarak gerak 140 mm di hadapan dan monoshock WP Apex dengan jarak gerak 150 mm di belakang. Kelengkapan brek datang daripada J.Juan dengan tetapan cakera berkembar 300 mm dan angkup empat piston di hadapan, serta cakera tunggal 240 mm dengan angkup satu piston di belakang.

    Husqvarna Vitpilen 801 diperkenal – gaya roadster, enjin dua silinder selari 799 cc berkuasa 105 hp

    Skrin TFT lima inci digunakan untuk memaparkan informasi penting motosikal, dan ia juga boleh disambungkan kepada telefon pintar melalui aplikasi Ride Husqvarna Motorcycles untuk memaparkan arah navigasi serta kawalan panggilan dan muzik.

    Seperti biasa, Husqvarna cuma mendedahkan berat kering motosikal ini, iaitu 180 kg, dan ia datang dengan tangki bahan api 14 liter. Turut disediakan sebagai pilihan tambahan adalah fungsi cruise control.

     
     
  • Lebuhraya Lekas ditutup sepenuhnya pada 12-13 Oktober 2024 untuk acara RHB Lekas Highway Ride

    Untuk pengguna Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), ini ada makluman buat anda. Dimaklumkan bahawa lebuhraya berkenaan akan ditutup sepenuhnya pada hujung minggu ini untuk kelancaran RHB Lekas Highway Ride 2024.

    Acara berbasikal tahunan edisi ke-sembilan akan ditutup mulai jam 5 petang pada 12 Oktober, sehingga 4 pagi keesokan harinya (13 Oktober). Pengguna lebuhraya dinasihatkan agar merancang awal perjalanan serta menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

    Untuk para peserta, anda boleh parkir kenderaan di Bandar Teknologi Kajang. Sila ambil perhatian bahawa anda dilarakng memarkir kenderaan di Plaza Tol Kajang Selatan dan sekitarnya, termasuk di bahu lebuh raya dan kawasan awam. Lihat peta di atas sebagai rujukan.

     
     
  • BYD M6 sah akan dilancar di Malaysia 15 Okt ini

    BYD Malaysia menerusi laman-laman media sosialnya mengesahkan bahawa MPV EV BYD M6 bakal dilancarkan pada pasaran tempatan pada minggu hadapan, iaitu 15 Oktober 2024. Penawaran model baharu ini akan melengkapkan lagi pilihan model-model EV BYD di Malaysia selepas melancarkan SUV BYD Atto 3, hatchback BYD Dolphin dan juga sedan BYD Seal sebelum ini.

    MPV ini telahpun dilancarkan di Indonesia dan Thailand. Secara ringkasnya BYD M6 merupakan versi lebih mewah berbanding e6, iaitu MPV EV yang dilihat dibawa ke Malaysia oleh BYD baru-baru ini tetapi hanya untuk kegunaan dalaman syarikat itu. Buat masa sekarang juga masih lagi belum ada sebarang bayangan berkenaan spesifikasi M6 yang bakal ditawarkan di pasaran tempatan kelak.

    Di Indonesia M6 hadir dengan versi enam- dan tujuh-tempat duduk, dijual pada harga bermula 379 juta rupiah (RM109,500) sehingga 429 juta rupiah (RM123,900). Manakala di Thailand, MPV ini hanya ditawarkan dalam versi enam-tempat duduk dengan harga bermula 829,900 baht (RM106,800) hingga 929,900 baht (RM119,600).

    BYD M6 sah akan dilancar di Malaysia 15 Okt ini

    BYD M6 ini juga ditawarkan dengan dua varian unit rangkaian kuasa di mana kedua-duanya ada di pasaran Indonesia dan Thailand. Varian asas (dikenali sebagai Dynamic di Thailand) dipadankan dengan motor elektrik tunggal berkuasa 163 PS (120 kW) dan tork 310 Nm, membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam masa 10.1 saat.

    Manakala varian tertinggi Extended (dikenali sebagai Superior di Indonesia) pula juga menerima motor elektrik tunggal tetapi dengan kuasa lebih besar iaitu 205 PS (150 kW). Bagi varian ini, ia boleh medecut dari 0-100 km/j dalam masa 8.6 saat.

    Bagi menggerakkan MPV ini, model asas menerima bateri litium logam fosfat (LFP) Blade berkapasiti 55.4 kWj yang membolehkan ia bergerak sejauh 420 km dalam kitaran NEDC. Manakala varian lebih tinggi menerima bateri LFP Blade dengan kapasiti lebih besar iaitu 71.8 kWj, membolehkan ia bergerak sejauh 530 km juga dalam kitaran ujian NEDC.

    BYD M6 sah akan dilancar di Malaysia 15 Okt ini

    Untuk mengecas pula, M6 menyokong pengecasan pantas DC sehingga 85 kW, dan sehingga 115 kW untuk Extended. Ini membolehkan kadar pengecasan dari 10-80% bagi varian Extended boleh dicapai dalam masa 40 minit. Untuk pengecasan AC pula terhad kepada 7 kW untuk semua varian.

    M6 dan e6 barkongsi rupa asas yang sama, tetapi M6 datang dengan kemasan-kemasan yang nampak lebih baik. Pada bahagian muka misalnya, M6 hadir dengan rekaan signatur model-model terkini BYD, dengan rekaan gril atas berbentuk bar menghubungkan bahagian lampu LED multi-projektor yang diberi sentuhan baru. Ia juga diberikan kemasan bampar berbentuk sayap yang bersambung juga dengan bukaan udara kecil dengan kemasan kromnya.

    Manakala di belakang M6 diberikan lampu kombinasi lebih lebar yang disertakan jalur krom nipis. Lencana BYD lebih ringkas juga tertera, dan tiada lagi tulisan panjang “Build Your Dreams” yang lama. Lagi kemasan krom digunakan di bahagian bawah, untuk memberikan imej matang dan menarik. Dan untuk melengkapkan rupanya MPV ini menerima rim 17-inci sebagai ciri standard.

    Namun pada sebelah dalam rekaan M6 ini masih banyak yang sama seperti e6. Rekaan papan pemuka, meter analog (dengan paparan multi-info lima-inci) dan teks “Build Your Dreams” dalam font baru masih nampak sama, tetapi M6 menerima kemasan ala kayu dan konsol tengah yang direka semula dengan tuil gear yang besar menggantikan tombol bulat. Skrin boleh pusing di tengahnya pula kini lebih besar, dari 10.1-inci kepada 12.8-inci — sama seperti Dolphin. Apple CarPlay juga datang sebagai ciri standard.

    Antara perincian lain yang turut dibekalkan termasuk sistem tanpa kunci bersama butang penghidup sistem, kad kunci NFC, pendingin automatik, cermin pandang belakang anti-silau, cruise control, tempat duduk balutan kulit sintetik, fungsi vehicle-to-load (V2L), sistem kamera 360-darjah dan enam pembesar-suara. Varian Extended pula menerima tambahan rel bumbung, bumbung kaca panoramik, kerusi depan berliang larasan kuasa, pengecas tanpa wayar Qi dan pintu ruang barangan berkuasa.

    Untuk keselamatan pula M6 datang dengan enam-beg udara, kawalan kestabilan dan amaran bukaan pintu. Model pasaran Indonesia hanya menerima beberapa ciri bantuan pemandu sebagai standard, seperti AEB, cruise control adaptif, dan bantuan kekal tengah lorong. Manakala varian Extended pula menerima tambahan ciri bantuan kekal lorong, peninjau titik buta, amaran lintasan trafik di belakang dengan brek auto dan juga amaran bukaan pintu.

    GALERI: BYD M6 di GIIAS 2024

     
     
  • Perodua Aruz Black Edition bakal dilancar?

    Perodua Aruz sudahpun berada sekitar lima tahun dalam pasaran – berbanding kembarnya di Indonesia iaitu Daihatsu Terios yang sudah menerima versi facelift tahun lalu, Aruz masih lagi belum menerima sebarang penyegaran yang besar. Tetapi hari ini laman media sosial ada menyiarkan teaser membayangkan ada sesuatu istimewa yang bakal ditawarkan untuk SUV tujuh-tempah duduk segmen-B tersebut.

    Walaupun tidak menyebut nama model, bayangan badan model tersebut jelas ia adalah Perodua Aruz. Ia juga memaparkan kapsyen “Jika warna kegemaran anda adalah hitam…” membayangkan mungkin Aruz akan ditawarkan dalam model khas ‘Black Edition’.

    Sama ada ia hanya menampilkan warna badan hitam, atau bersama perincian-perincian lain yang digelapkan, atau Perodua sekadar memperkenalkan warna badan baharu masih lagi belum diketahui. Malah Perodua masih belum memberikan sebarang petunjuk jelas bila ia akan diperkenalkan.

    Kali terakhir Aruz menerima kemaskini perincian adalah pada Mei 2021, di mana ketika itu Perodua memberikan pemijak sisi dan fungsi auto-lock sebagai perincian standard bersama satu lagi pilihan warna badan baharu iaitu Passion Red Metallic yang menggantikan warna Amazon Green.

    Selain itu, Aruz masih lagi kekal dipacu enjin 2NR-VE 1.5 liter NA empat-silinder yang menghasilkan 102 PS pada 6,000 rpm dan 133 Nm tork pada 4,200 rpm dengan sistem Eco Idle, digandingkan bersama transmisi automatik empat-kelajuan bagi memacu roda belakang.

    Untuk kelengkapan lain, kedua-dua varian Aruz iaitu X dan AV dipadankan dengan roda aloi 17-inci, lampu utama LED, lampu belakang LED, kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin, pengimbas tol binaan-dalam, pendingin hawa manual dengan kawalan digital dan corong belakang, sistem infotainmen skrin sesentuh tujuh-inci, enam-pembesar suara, enam beg udara, ABS, EBD, bantuan brek, VSC, kawalan cengkaman, bantuan mula mendaki, kamera undur serta lapisan cermin tingkap keselamatan dan solar.

    Manakala untuk varian tertinggi AV ia ditambah fungsi automatik untuk lampu utama, rel bumbung, SmartLink smartphone mirroring, upholstery kulit (varian X hanya fabrik), perakam video digital (dashcam) dan sistem Advance Safety Assist 2.0 (ASA 2.0) yang merangkumi fungsi Amaran Pra-pelanggaran, Brek Pra-Pelanggaran, Amaran Pergerakan Hadapan dan Kawalan Salah Operasi Pedal.

    GALERI: Perodua Aruz 2021

     
     
  • Sime Darby Motors jual lebih 10,000 unit BYD di Malaysia — 30 bilik pameran menjelang hujung 2024

    Sime Darby Motors jual lebih 10,000 unit BYD di Malaysia — 30 bilik pameran menjelang hujung 2024

    Sime Darby Motors mengumumkan bahawa syarikat itu telah menjual lebih daripada 10,000 kenderaan di BYD di Malaysia setakat ini. Pencapaian ini diraih selepas dua tahun syarikat itu bertindak selaku pengedar rasmi BYD di Malaysua sejak September 2022.

    “Komitmen kami untuk memberikan pengalaman dan servis terbaik melalui kerjasama strategik dengan BYD telah membuahkan hasil,” jelas Pengarah Urusan Asia Tenggara, Sime Darby Motors, Jeffrey Gan.

    “Pencapaian ini mencerminkan kepercayaan dan sokongan pelanggan kami yang meyakini masa depan mobiliti bersama BYD. Ia sebuah perjalanan yang menakjubkan dengan Sime Darby Motors dan kami ingin memberi yang lebih baik kepada pengalaman pelanggan di Malaysia,” jelas Pengarah Urusan BYD Malaysia, Eagle Zhao.

    Bagi meraikan pencapaian ini, syarikat telah menganjurkan sebuah konvoi bagi pemilik BYD ke Melaka, yang dipilih untuk sempena meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomasi Malaysia-China yang telah berlangsung sejak kurun ke-15 lagi.

    Sime Darby Motors juga mensasarkan untuk mencapai jualan 10,000 kenderaan berikutnya dalam tempoh yang lebih pendek, dan akan memperluas rangkaian untuk mencapai 30 bilik pameran menjelang hujung tahun ini. Ketika ini BYD sudah mempunyai 26 bilik pameran, termasuk 16 daripadanya ialah pusat 3S dan 10 lagi 1S, dan dikendalikan oleh 19 rakan pengedar.

     
     
  • Mark Zuckerberg tayang ‘MPV’ Porsche Cayenne & 911 GT Touring yang ditempah dari West Coast Custom

    Mark Zuckerberg tayang ‘MPV’ Porsche Cayenne & 911 GT Touring yang ditempah dari West Coast Custom

    Satu ketika dahulu, CEO Meta (sebelum ini Facebook) Mark Zuckerberg mungkin dikenali sebagai seorang yang rendah diri dengan gambarnya ke mana-mana bersama keluarga hanya memandu sebuah Honda Jazz tersebar di internet. Namun baru-baru ini menerusi akaun instagramnya, Zuckerberg menayangkan sebuah Porsche Cayenne Turbo GT yang telah diubahsuai menjadi sebuah MPV!

    MPV tersebut telah dibina khas oleh West Coast Custom (WCC), iaitu firma ubahsuai kenderaan yang terkenal menerusi rancangan realiti TV MTV Pimp My Ride satu ketika dahulu. Porsche tersebut dibuat khas untuk isteri Zuckerberg iaitu Pricilla Chan.

    Zuckerberg meminta WCC membuat projek ini selepas isterinya meminta kereta baharu untuk kegunaan setiap hari. Seperti yang anda boleh lihat, bukan hanya jarak roda Cayenne tersebut sahaja yang dipanjangkan, malah pintu belakang turut diganti dengan pintu gelangsar seperti sebuah MPV sebenar.

    Mark Zuckerberg tayang ‘MPV’ Porsche Cayenne & 911 GT Touring yang ditempah dari West Coast Custom

    Dalam keadaan standard, Cayenne Turbo GT sememangnya sudah menerima enjin petrol 4.0 liter V8 turbo berkembar yang mampu menghasilkan kuasa 650 hp dan tork maksima 849 Nm. Ini sudah lebih dari cukup walaupun badan Cayenne tersebut telah dipanjangkan dan boleh memuatkan lebih banyak penumpang dan barangan di dalamnya.

    Sebenarnya WCC bukan hanya mengambil tugas untuk mengubahsuai Porsche milik Pricilla. Pada hari yang sama firma berkenaan turut menyerahkan Porsche 911 GT3 Touring milik Mark Zuckerberg yang telah dilayangkan dengan warna sama bagi memberikan imej ‘sepasang’ pada kedua-dua kenderaan tersebut. Dan menurut laporan CarExpert, 911 GT3 milik Mark tersebut adalah dari varian kotak gear manual!

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.13 (-0.04)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.00
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.90 (-0.04)
EURO 5 B7 RM3.10 (-0.04)
Last Updated Aug 14, 2025