Search in Bahasa Malaysia:

Honda HR-V Facelift 2025 - Apa yang baru selepas tiga tahun?



Artikel Terkini

  • ACE 2022: Subaru XV — Dual X-Mode, Symmetrical AWD, EyeSight ADAS; jimat RM8k, stok tersedia!

    ACE 2022: Subaru XV — Dual X-Mode, Symmetrical AWD, EyeSight ADAS; jimat RM8k, stok tersedia!

    Imej sebuah SUV yang menarik tentulah yang bukan saja ranggi tapi juga selamat, kan? Jika ini keutamaannya, maka Subaru XV akan memenuhi keperluan itu. Versi terbaru SUV crossover segmen C Subaru ini mempertemukan gaya rekaan luaran yang sporty dengan kemampuan pacuan off-road yang terbukti — gaya yang dipadankan dengan kemampuan sebenar yang meletakkannya dalam kelas tersendiri.

    XV terkini datang dengan pemilih mod pemanduan Subaru Intelligent Drive (SI-Drive) serta sistem Dual X-Mode baru dengan tetapan Dirt dan Mud. Menjadi teras utama ciri berkenaan tentulah Symmetrical All-Wheel Drive yang sangat sinonim dengan Subaru, yang memberikan keyakinan pemanduan tidak kira dalam permukaan jalan. Jika ingin ia pergi lebih jauh, dengan menukar set tayar off-road misalnya, tentulah ia mampu untuk meneroka ke permukaan lebih mencabar.

    Ia hadir dengan dengan ciri AWD, tetapi XV lebih direka untuk kegunaan urban. Sistem bantuan pemandu Subaru EyeSight juga terdiri daripada AEB, kawalan melayar adaptif dengan Stop/Go, amaran penukaran lorong, amaran pergerakan kereta depan dan kawalan salah aplikasi pedal.

    Untuk menjadikannya lebih menarik, penjimatan sehingga RM8,000 diberikan dengan stoknya yang tersedia, hal yang sangat langka sekarang ini. Hadir dan dekati sendiri Subaru XV di acara ACE 2022 baik di ruang pamer dalam dewan mahupun di luar, di mana akan ditampilkan demo Subaru Advanced Technology Drive secara langsung.

    ACE 2022: Subaru XV — Dual X-Mode, Symmetrical AWD, EyeSight ADAS; jimat RM8k, stok tersedia!

    Subaru akan menyertai banyak lagi jenama lain ketika pameran ACE 2022, seperti Hyundai, Toyota, Nissan, Honda, Proton, Perodua dan Subaru. Selain itu, wakil daripada jenama premium juga ada, dengan Volvo (melalui Ingress Swede Automobile), Mercedes-Benz (melalui Cycle & Carriage) dan BMW/MINI (melalui Wheelcorp Premium) akan ikut serta.

    Sama seperti PACE, anda berpeluang untuk memandu uji dan membeli kenderaan yang dihajatkan sepanjang ACE 2022 berlangsung — unit baru atau terpakai, semuanya ada, dengan tawaran menarik daripada semua jenama yang terlibat.

    Selain daripada promosi daripada jenama terlibat, yang akan kami umumkan dari semasa ke semasa, anda juga boleh menikmati tawaran khas oleh paultan.org. 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan kenderaan baru akan menerima gabungan baucar bernilai RM2,500 yang terdiri daripada baucar RM500 bagi filem penapis haba V-Kool, RM500 bagi baucar Dodomat, baucar RM500 untuk penapis udara Blueair, baucar RM500 Recaro untuk kerusi keselamatan kanak-kanak dan baucar RM500 DK Schweizer bagi balutan kulit kustom untuk ruang dalaman kenderaan.

    myTukar juga menawarkan baucar RM1,000 bagi 25 pelanggan pertama yang membuat tempahan kereta terpakai atau trade-in kenderaan mereka menerusi platform berkenaan. Mereka yang trade-in kenderaan akan menerima baucar RM500 masing-masing untuk V-Kool dan Blueair. Sementara 25 lagi pelanggan terawal yang membuat tempahan kereta terpakai akan menerima baucar RM500 untuk Dodomat dan RM500 untuk kerusi kanak-kanak Recaro. Jika anda trade-in kenderaan dan menempah kereta terpakai lain sekaligus, jumlah baucar akan meningkat kepada RM1,500.

    ACE 2022: Subaru XV — Dual X-Mode, Symmetrical AWD, EyeSight ADAS; jimat RM8k, stok tersedia!

    Hadiah tidak berakhir di situ. Tempahan kereta baru yang telah disahkan pula akan membolehkan anda untuk layak dalam cabutan bertuah dengan tawaran pelbagai hadiah, termasuk 10 telefon pintar bernilai RM2,300 setiap satu dan hadiah utama terdiri daripada pakej percutian untuk dua orang bernilai RM10,000!

    Walaupun dengan peraturan pandemik Covid-19 yang semakin longgar kini, kami masih akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan semua orang. Pengunjung adalah digalakkan untuk menggunakan pelitup muka sepanjang masa ketika berada di dalam ruang pameran, dan cecair sanitasi tangan juga akan diletakkan di beberapa tempat di sepanjang acara berlangsung.

    Banyak lagi perincian promosi yang akan kami kongsikan daripada jenama-jenama yang ikut serta nanti, jadi teruskan bersama kami. Sementara itu, tandakan kalendar anda untuk 5-6 November 2022 untuk ACE 2022 di SCCC. Jumpa di sana!

     
     
  • Stesen pengecas EV TNB Electron tersedia menjelang 2025 – dua hab khusus kerjasama Gamuda Land

    Stesen pengecas EV TNB Electron tersedia menjelang 2025 – dua hab khusus kerjasama Gamuda Land

    Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjalin kerjasama strategik dengan Gamuda Land bagi membina dua stesen pengecasan kenderaan elektrik yang berkuasa solar pertama di negara ini. Kedua-dua syarikat telah pun menandatangai perjanjian sefahaman (MoU) untuk membangunkan stesen EV, atau hab pengecasan, yang akan dijenamakan sebagai Electron.

    Menurut Ketua Pegawai Strategi dan Venture TNB, Datuk Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan, stesen berkenaan akan dibina bagi projek pembangunan hartanah Gamuda Land di Gamuda Cove dan Taman Gamuda, kedua-duanya di Selangor. Ia dijangka dapat memberi perkhidmatan menjelang tahun 2025.

    Stesen Electron ini akan dikuasakan oleh panel solar atas bumbung yang akan membantu mengimbangi elektrik daripada grid dan menyokong persekitaran yang lebih hijau. Tanpa mendedahkan perincian teknikal yang lebih spesifik, syarikat berkenaan berkata stesen terbabit boleh digunakan untuk kenderaan plug-in hybrid mahu pun elektrik sepenuhnya bagi semua jenama kenderaan yang mengeluarkannya, serta menyediakan pengecasan pantas DC serta AC.

    Sama seperti stesen minyak, stesen Electron turut menyediakan kioks untuk membeli makanan dan minuman, bagi kemudahan para pelanggan sementara menantikan kenderaan mereka dicas.

    Menurut kedua-dua syarikat terbabit, kerjasama ini juga akan memberi laluan ke arah meningkatkan penggunaan kenderaan elektrik di Malaysia dan mencapai aspirasi pelepasan sifar bersih Malaysia menjelang 2050.

     
     
  • ACE 2022: Kenali Volvo XC40 B5 dan Recharge T5 facelift terbaru — tawaran dan hadiah menarik menanti

    ACE 2022: Kenali Volvo XC40 B5 dan Recharge T5 <em>facelift</em> terbaru — tawaran dan hadiah menarik menanti

    Hujung minggu 5-6 November nanti bakal berlangsungnya acara pameran dan jualan kenderaan Auto Car Expo (ACE) bertempat di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Acara ini turut melibatkan tajaan bersama oleh myTukar, Petron dan Yinson GreenTech, serta membawakan pelbagai tawaran menarik untuk pengunjung.

    Melalui Ingress Swede Automobile, Volvo juga akan ikut serta dalam acara ini, dengan mempamerkan barisan kenderaan terbaru, termasuklah XC40 B5 mild-hybrid dan XC40 Recharge T5 facelift. Kedua-dua versi XC40 terbaru ini hanya hadir dalam tingkat kemasan tunggal, iaitu Ultimate, yang menggantikan kemasan R-Design sebelum ini.

    Diperkenalkan beberapa hari lalu, kedua-dua varian XC40 ini dipasang di sini dan dijual pada harga yang sama, RM268,888. XC40 B5 Ultimate dikuasakan oleh enjin 2.0 liter turbocas empat-silinder petrol, dan digandingkan dengan kotak gear automatik lapan-kelajuan. Ia menghasilkan sebanyak 263 hp dan 390 Nm tork untuk memacu semua roda.

    XC40 Recharge T5 Ultimate PHEV pula menggunakan enjin 1.5 liter turbocas tiga-silinder petrol yang diganding bersama transmisi klac berkembar tujuh-kelajuan (klac basah). Enjin ini menghasilkan 262 hp dan 425 Nm yang menghantar kuasa ke roda depan. Varian ini juga dilengkapi dengan bateri lithium-ion 10.7 kWh, memberikan pacuan elektrik sepenuhnya sejauh 44 km.

    ACE 2022: Kenali Volvo XC40 B5 dan Recharge T5 <em>facelift</em> terbaru — tawaran dan hadiah menarik menanti

    Kelengkapan standard lain bagi kedua-dua varian ini termasuk rim 19-inci, sistem bunyi Harman Kardon 600 watt dengan 14-pembesar suara, kerusi depan larasan elektrik dengan fungsi memori untuk pemandu dan kedudukan cermin sisi, kamera 360-darjah serta sistem bantuan pemandu Pilot Assist. Bantuan pemandu juga hadir dalam bentuk set City Safety yang terdiri juga daripada ciri seperti tinjauan titik buta dengan bantuan stereng, dan amaran lintasan trafik belakang dengan AEB.

    Selain Volvo, ACE 2022 juga menampilkan jenama lain seperti Hyundai, Toyota, Nissan, Honda, Proton, Perodua dan Subaru. Selain itu, wakil daripada jenama premium juga ada, dengan Mercedes-Benz (melalui Cycle & Carriage) dan BMW/MINI (melalui Wheelcorp Premium) akan ikut serta.

    Sama seperti PACE, anda berpeluang untuk memandu uji dan membeli kenderaan yang dihajatkan sepanjang ACE 2022 berlangsung — unit baru atau terpakai, semuanya ada, dengan tawaran menarik daripada semua jenama yang terlibat.

    Selain daripada promosi daripada jenama terlibat, yang akan kami umumkan dari semasa ke semasa, anda juga boleh menikmati tawaran khas oleh paultan.org. 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan kenderaan baru akan menerima gabungan baucar bernilai RM2,500 yang terdiri daripada baucar RM500 bagi filem penapis haba V-Kool, RM500 bagi baucar Dodomat, baucar RM500 untuk penapis udara Blueair, baucar RM500 Recaro untuk kerusi keselamatan kanak-kanak dan baucar RM500 DK Schweizer bagi balutan kulit kustom untuk ruang dalaman kenderaan.

    ACE 2022: Kenali Volvo XC40 B5 dan Recharge T5 <em>facelift</em> terbaru — tawaran dan hadiah menarik menanti

    myTukar juga menawarkan baucar RM1,000 bagi 25 pelanggan pertama yang membuat tempahan kereta terpakai atau trade-in kenderaan mereka menerusi platform berkenaan. Mereka yang trade-in kenderaan akan menerima baucar RM500 masing-masing untuk V-Kool dan Blueair. Sementara 25 lagi pelanggan terawal yang membuat tempahan kereta terpakai akan menerima baucar RM500 untuk Dodomat dan RM500 untuk kerusi kanak-kanak Recaro. Jika anda trade-in kenderaan dan menempah kereta terpakai lain sekaligus, jumlah baucar akan meningkat kepada RM1,500.

    Hadiah tidak berakhir di situ. Tempahan kereta baru yang telah disahkan pula akan membolehkan anda untuk layak dalam cabutan bertuah dengan tawaran pelbagai hadiah, termasuk 10 telefon pintar bernilai RM2,300 setiap satu dan hadiah utama terdiri daripada pakej percutian untuk dua orang bernilai RM10,000!

    Walaupun dengan peraturan pandemik Covid-19 yang semakin longgar kini, kami masih akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan semua orang. Pengunjung adalah digalakkan untuk menggunakan pelitup muka sepanjang masa ketika berada di dalam ruang pameran, dan cecair sanitasi tangan juga akan diletakkan di beberapa tempat di sepanjang acara berlangsung.

    Banyak lagi perincian promosi yang akan kami kongsikan daripada jenama-jenama yang ikut serta nanti, jadi teruskan bersama kami. Sementara itu, tandakan kalendar anda untuk 5-6 November 2022 untuk ACE 2022 di SCCC. Jumpa di sana!

     
     
  • JPJ bagi amaran tak akan berkompromi modifikasi kenderaan untuk kempen sempena pilihanraya

    JPJ bagi amaran tak akan berkompromi modifikasi kenderaan untuk kempen sempena pilihanraya

    Sekali lagi kita sudahpun masuk ke musim pilihanraya. Seperti biasa, parti-parti politik kini giat menjalankan pelbagai kempen bagi meraih undi. Dan antara yang selalu dibuat adalah mengubahsuai kenderaan sebagai gimik kempen; ada yang mengubah kereta lama menjadi kereta kebal penuh dengan logo parti, dan ada juga mengubahsuai lori bagi dijadikan pentas bergerak.

    Namun untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memberikan amaran awal bahawa pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana parti politik yang melakukan modifikasi kenderaan untuk tujuan berkempen.

    Menurut Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim dalam laporan Bernama, sekiranya terdapat kenderaan didapati tidak menepati spesifikasi seperti yang ditetapkan Agensi Perkhidmatan Awam Darat sebagai kenderaan komersial, ia boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) iaitu salah guna permit dan melakukan modifikasi kenderaan.

    “Tidak ada lesen besar untuk mana-mana parti membuat ubah suai kepada kenderaan mereka pada musim PRU ini,” katanya .

    Sebelum ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 19 Nov sebagai tarikh pengundian bagi PRU15, manakala proses penamaan calon akan dibuat pada 5 Nov nanti dan diikuti pengundian awal pada 15 Nov.

     
     
  • Laluan dari PJ ke Bangsar-Jln Maarof melalui SPRINT ditutup mulai 29 Oktober 2022 hingga Mac 2023

    Laluan dari PJ ke Bangsar-Jln Maarof melalui SPRINT ditutup mulai 29 Oktober 2022 hingga Mac 2023

    Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd, syarikat pengendali bagi Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) telah memaklumkan bahawa laluan ke kanan untuk kenderaan dari Petaling Jaya ke Jalan Maarof menghala ke Bangsar di Persimpangan Maarof akan ditutup bermula 29 Oktober 2022.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan penutupan itu bertujuan memberi laluan kepada kerja perobohan dan pembinaan jejambat sedia ada di Jalan Johar di Bangsar yang dijangka siap pada bulan Mac 2023.

    Sepanjang penutupan laluan berkenaan, kenderaan akan dilencongkan ke kiri melalui Jalan Johar – Jalan Beringin – Jalan Damanlela – Jalan Damansuria – SPRINT menghala ke Petaling Jaya dan seterusnya ke kanan menggunakan jalan susur baharu di hadapan projek pembinaan Pavilion.

    Klik untuk besarkan

    Selain itu, para pengguna jalan raya yang melalui laluan berkenaan juga disaran mengikut jalan alternatif seperti mana yang dicadangkan.

    Bagi yang dari Damansara Link ke Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), boleh melalui Penchala Link-Jalan Duta, Jalan Tuanku Abdul Halim dan Jalan Kuching.

    Manakala yang ingin ke Jalan Duta dari Damansara Link, boleh menggunakan Jalan Tuanku Abdul Halim dan Jalan Kuching. Dari Damansara Link ke Kerinchi Link pula, laluan alternatif adalah FHR2-Jalan Syed Putra dan Jalan Kinabalu. Sementara itu, dari Damansara Link ke Jalan DAB, boleh melalui Jalan Universiti, FHR2-Jalan Syed Putra dan Jalan Kinabalu.

     
     
  • Proton Suprima S kini dahului undian Hot Wheels Legends Tour 2022; hampir dijadikan kereta mainan!

    Proton Suprima S kini dahului undian Hot Wheels Legends Tour 2022; hampir dijadikan kereta mainan!

    Setelah undian dibuka hari ini, nampaknya wakil negara dalam Hot Wheels Legend Tour 2022, Proton Suprima S milik William Chong dari Nilai, Negeri Sembilan kini sedang mendahului untuk rantau Asia Pasifik. Nampaknya impian kita untuk melihat sebuah Proton yang dijelmakan sebagai kereta mainan Hot Wheels skala 1/64 dan dijual di seluruh dunia kini semakin hampir!

    Bagi Hot Wheels Legends Tour 2022 ini, pertandingan untuk peringkat global dibahagikan kepada empat rantau iaitu Amerika Utara, Amerika Latin, Eropah dan Asia Pasifik. Suprima S ini merupakan pemenang untuk peringkat Malaysia dan sekaligus terpilih sebagai finalis untuk bertanding di peringkat Asia Pasifik.

    Kereta yang menang untuk setiap rantau berpeluang bagi ditransformasikan menjadi kereta mainan Hot Wheels skala 1/64, dan ia akan dijual bersama kereta-kereta Hot Wheels yang lain di seluruh dunia. Macam mana nak mengundi? Undian telahpun bermula hari ini di laman Instagram, atau lebih spesifik IG Stories yang boleh anda buat pada PAUTAN INI.

    Proton Suprima S kini dahului undian Hot Wheels Legends Tour 2022; hampir dijadikan kereta mainan!

    Proton Suprima S ini menggunakan kit badan lebar rekaan pengeluar kit badan tempatan, JWide Bodykits, iaitu pengeluar yang sama menghasilkan kit badan lebar untuk Proton X50 sebelum ini. Ia digandingkan dengan rim Rays CE28 18-inci, dan badannya direndahkan juga dengan suspensi boleh laras keluaran tempatan, F-Tuned GT Series.

    Ia masih menggunakan enjin asal 1.6 liter CFE Turbo bersama kotak gear CVT, tetapi telah menerima pelbagai ubahsuai seperti sistem ekzos prestasi tinggi, talaan komputer menggunakan Racechip dan pelbagai lagi.

     
     
  • VIDEO: Myvi dirempuh treler kerana tukar lorong mengejut, sebabkan sembilan kenderaan rosak

    VIDEO: Myvi dirempuh treler kerana tukar lorong mengejut, sebabkan sembilan kenderaan rosak

    Hari ini tular satu video yang memaparkan insiden sebuah Perodua Myvi dirempuh lori treler yang berlaku Lebuhraya Kesas. Video berkenaan dimuatnaik di Facebook Group DashCam Owner Malaysia oleh pemilik akaun bernama Khairul Nazmie siang tadi.

    Dalam video berkenaan dapat dilihat sebuah lori treler merempuh sebuah Perodua Myvi dan kemudian terbalik dan melanggar kenderaan lain. Dalam laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat menyatakan siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca disebabkan pemandu lori treler berkenaan tidak sempat untuk memperlahankan kenderaannya, apabila Perodua Myvi berwarna perak tersebut menukar lorong secara tiba-tiba.

    “Dia tiba-tiba memasuki lorong kiri untuk ke susur Persiaran Kewajipan dan menyebabkan sebuah treler tidak sempat menekan brek, lalu merempuh kereta itu dan menyebabkannya terbalik.

    “Perodua Myvi berkenaan kemudian melanggar beberapa kenderaan yang beratur di susur Persiaran Kewajipan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

    Beliau turut memberitahu bahawa kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8.15 pagi tadi di Kilometer 38 Lebuhraya Shah Alam (Kesas), dan Perodua Myvi tersebut dipandu oleh seorang wanita berusia 22 tahun. Sebanyak sembilan kenderaan terbabit dalam kemalangan ini termasuk dua Nissan Almera, satu Honda CRV, satu Proton X70, satu Mitsubishi Lancer, satu lori Hino dan satu treler.

    Walau bagaimanapun hanya pemandu kereta Perodua Myvi yang mengalami cedera ringan dan pemandu kenderaan lain dilapor tidak cedera. Wan Azlan turut menyatakan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu dengan cuai dan tidak cermat.

     
     
  • Honda Civic Type R 2023 dilancar di Vietnam – harga belum diumum, penghantaran bermula tahun depan

    Honda Civic Type R 2023 dilancar di Vietnam – harga belum diumum, penghantaran bermula tahun depan

    Secara rasmi, Honda Civic Type R 2023 telah pun dilancarkan di Vietnam ketika berlangsungnya Vietnam Motor Show (VMS) 2022, menjadikan ia sebagai negara pertama di rantau ASEAN menerima hot-hatch generasi baharu tersebut hanya selepas sekitar empat bulan ia didedahkan pada peringkat global.

    Walau bagaimanapun, harga untuk Type R dengan kod FL5 ini masih lagi belum diumumkan, dan ia hanya dibawa “dalam jumlah terhad” ke negara berkenaan. Honda menyatakan buat masa sekarang tempahan untuk model tersebut telah pun mula dibuka dan penghantarannya hanya akan bermula pada suku kedua 2023.

    Tidak seperti Civic Type R FK2 dan FK8 sebelum ini yang dikilangkan di Swindon, United Kingdom, Civic Type R FL5 kembali dihasilkan semula di Jepun. Ini kerana dengan langkah penstrukturan semula jaringan pembuatan global Honda yang akan menumpukan kepada teknologi elektrik, kilang Honda di Swindon berkenaan terpaksa ditutup tahun lalu.

    Honda Civic Type R FL5 ini telah didedahkan di Amerika Syarikat dan Jepun pada Julai lalu. Ia diasaskan dari Civic generasi ke-11 dalam versi hatchback dan masih dijana oleh enjin K20 2.0 liter VTEC Turbo, tetapi kali ini menjana kuasa lebih besar iaitu 330 PS (326 hp) pada takat 6,500 rpm dan tork maksima 420 Nm bermula 2,600 hingga 4,000 rpm, berbanding 320 PS (316 hp) dan tork 400 Nm pada FK8.

    Honda Civic Type R 2023 dilancar di Vietnam – harga belum diumum, penghantaran bermula tahun depan

    Ini menjadikan Civic Type R FL5 ini sebagai Type R paling berkuasa pernah dihasilkan, dan ia masih menyajikan resipi tradisi Type R – hanya memacu roda hadapan dengan pilihan tunggal kotak gear manual enam-kelajuan yang dilengkapi LSD jenis helical.

    Menurut laporan Autopro, Honda Civic Type R FL5 pasaran Vietnam ini menerima sistem bantuan pemanduan Honda Sensing yang terdiri dari fungsi seperti sistem brek kecemasan automatik, lampu hadapan adaptif, cruise control adaptif dengan low-speed range follow, pengelak keluar laluan, bantuan kekal lorong, dan amaran pergerakan kenderaan hadapan.

    Untuk pemanduan litar, Civic Type R berkenaan menerima sitem data logger Honda LogR. Manakala sistem infotainmen pula disokong dengan Apple CarPlay dan Android Auto. Portal automotif Vietnam berkenaan turut menyatakan bahawa Type R FL5 di pasaran berkenaan ditawarkan dengan lima warna badan iaitu Championship White, Rallye Red, Racing Blue Pearl, Sonic Grey Pearl dan Crystal Black Pearl.

    GALERI: Honda Civic Type R 2023

     
     
  • GALERI: Volvo XC40 facelift di Malaysia – RM268,888

    GALERI: Volvo XC40 facelift di Malaysia – RM268,888

    Mula dijual di pasaran Eropah Februari lalu, Volvo XC40 facelift kini sudah tiba di Malaysia dalam dua versi iaitu hibrid ringkas B5 dan plug-in hybrid T5 Recharge. Kedua-duanya ditawarkan dalam satu kemasan sahaja, iaitu Ultimate, dan dijual pada harga sama RM268,888 tidak termasuk insurans.

    XC40 B5 Ultimate dipacu oleh enjin petrol empat silinder turbo 1,969 cc, menghasilkan 263 hp pada 5,500 rpm dan tork 390 Nm dari 1,800 rpm hingga 4,800 rpm, untuk dihantar ke semua empat tayar melalui transmisi automatik Geartronic lapan kelajuan. Pecutan 0-100 km/j mampu dilakukan dalam masa 7.6 saat.

    XC40 T5 Recharge pula digerakkan oleh enjin petrol tiga silinder 1,477 cc turbo, menghasilkan 262 hp pada 5,800 rpm dan tork 425 Nm dari 1,500 hingga 3,000 rpm. Kuasa ini disampaikan kepada roda hadapan melalui transmisi automatik klac berkembar tujuh kelajuan.

    Tangki bahan api T5 Recharge adalah sedikit kecil, iaitu 48 liter (B5 Ultimate 54 liter), dan ia boleh mencatat jarak gerak menggunakan elektrik sejauh 44 km. Saiz rim kedua-dua versi XC40 facelift ini adalah sama, iaitu 19 inci, dan ia juga dipasang dengan sistem pemerhati tekanan angin tayar.

    Berkenaan pakej keselamatan aktif, kedua-dua varian datang dengan pakej City Safety, yang memberikan Collision Avoidance and Mitigation, serta pengesan pejalan kaki, penunggang basikal dan binatang. Kedua-duanya juga mendapat Adaptive Cruise Control, Pilot Assist System dan kamera 360 darjah.

    Selain daripada itu, dua varian XC40 facelift ini juga dilengkapi Front and Rear Collision Warning and Mitigation, Lane Keeping Assist, Run-off Road Mitigation, Blind Spot Snformation with Steer Assist serta Cross Traffic Alert. Untuk sistem keselamatan pasif pula, XC40 facelift ini dilengkapi beg udara hadapan dua tahap, beg udara kaki, beg udara tepi dua bahagian serta sistem perlindungan impak tepi.

    Infotainmen menggunakan skrin sesentuh berwarna sembilan inci, dengan sistem operasi Android, 14 pembesar suara 600 watt Harman Kardon dan sambungan Bluetooth. Sistem ini juga boleh digunakan dengan Google Assistant, Google Maps, Google Play Store, fungsi kawalan jauh Volvo Car App dan data untuk empat tahun.

    Kedua-dua varian XC40 B5 Ultimate dan T5 Recharge ini menggunakan balutan gabungan suede dan Microtech berwarna Charcoal di dalam, sementara luaran pula ditawarkan dalam warna Fjord Blue, Black Stone, Crystal White, Thunder Grey dan Silver Dawn. Jaminan yang diberi adalah selama lima tahun tanpa had batuan.

    GALERI: Volvo XC40 B5 Ultimate

     
     
  • PDRM tawar diskaun saman trafik sehingga 50% di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 28-30 Okt ini

    PDRM tawar diskaun saman trafik sehingga 50% di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 28-30 Okt ini

    Sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Pahang, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM bakal menawarkan pengurangan bayaran saman trafik sehingga 50% bagi kesalahan terpilih selama tiga hari bermula 28 hingga 30 Okober 2022. Acara berkenaan berlangsung di perkarangan Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang.

    Menurut PDRM, bayaran saman dengan diskaun berkenaan hanya boleh dilakukan di kaunter yang dibuka di tapak acara tersebut bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

    Walau bagaimana pun, PDRM berkata, pengurangan saman trafik ini tidak ditawarkan bagi kesalahan kemalangan, memotong secara merbahaya, menggunakan lorong kecemasan, tidak mematuhi isyarat lampu merah, memotong di garisan berkembar, kesalahan yang dikategorikan tidak boleh dikompaun, kesalahan yang berstatus perbicaraan, kesalahan berkaitan kenderaan berat, dan kesalahan ubahsuai ekzos kenderaan.

     
     
  • Ora Good Cat bakal dilancarkan di Malaysia Nov ini

    Ora Good Cat bakal dilancarkan di Malaysia Nov ini

    Great Wall Motors (GWM) bakal melancarkan hatchback elektrik Ora Good Cat untuk pasaran Malaysia pada bulan November ini.

    Seperti mana yang pernah dilaporkan sebelum ini, untuk pasaran Malaysia, Ora Good Cat bakal ditawarkan dengan empat varian iaitu Tech, Pro, Ultra dan Ultra G. Buat masa ini, harganya masih belum diumumkan, namun ia akan didedahkan sepenuhnya dalam majlis pelancarannya kelak. Dijangkakan harga bagi varian Tech dan Pro bermula di bawah RM150k, sementara Ultra dan Ultra G pula mungkin bermula pada harga RM160k.

    Kesemua varian ini dilengkapi motor elektrik yang menghasilkan 143 PS/210 Nm yang memacu roda depan, dengan kelajuan maksimum mencecah 152 km/j. Pemanduan dengan pedal tunggal juga tersedia, dan ada lima mod — Normal, Sport, Eco, Eco+ dan Auto.

    Varian Tech dan Pro akan menggunakan bateri 47.8 kWh lithium iron phosphate yang boleh memberikan jarak perjalanan cecah 400 km mengikut kitaran NEDC. Untuk pengecasan penuh, ia memerlukan sekitar lapan jam jika dicas menggunakan pengecas AC (sambungan Type 2) pada kadar input maksimum 6.6 kW. Dengan pengecas pantas DC, ia boleh dicas 0-80% (SoC) dalam masa 46 minit pada kadar 60 kW.

    Sementara itu, bagi varian Ultra dan Ultra G pula diberikan bateri lithium 63.1 kWh yang menawarkan jarak perjalanan mencecah 500 KM mengikut kitaran NEDC. Ia mengambil masa sekitar 10 jam untuk pengecasan penuh menerusi pengecas AC. Jika menggunakan pengecas pantas DC, masa yang diambil untuk status 0-80% pengecasan pula adalah sekitar 40 minit.

    Varian Tech dilengkapi dengan rim aloi 17-inci, lampu utama LED, lampu belakang LED, sistem pintar tanpa kunci, tempat duduk balutan fabrik, kluster instrumen 7.0-inci, pendingin hawa automatik dengan penapis PM2.5, sistem infotainmen dengan skrin sentuh 10.25-inci, empat pembesar suara, kawalan kelajuan, dua beg udara, ESC, penderia parkir, bantuan mula mendaki, brek kecemasan kelajuan rendah dan sistem pemantauan tekanan tayar.

    Untuk Pro pula, ia ditambahkan dengan aloi 18-inci, lampu utama automatik, cermin sisi lipatan kuasa elektrik, penderia pengilap cermin, bumbung panoramik, tempat duduk kulit, kamera 360-darjah, pengecas telefon tanpa wayar, slot USB untuk dashcam serta enam beg udara.

    Kit keselamatan aktif pula termasuklah kawalan kelajuan adaptif dengan belokan pintar, bantuan kesesakan trafik, brek kecemasan automatik dengan sokongan di persimpangan, amaran pelanggaran hadapan, amaran ketibaan lorong, bantuan kekal lorong dan bantuan pemusatan lorong.

    Manakala varian Utlra dengan bateri berkapasiti lebih besar menerima kelengkapan tambahan termasuk efek welcome light untuk lampu utama, fungsi memori untuk cermin sisi larasan kuasa, fungsi memori untuk tempat duduk pemandu, dua tambahan pembesar suara (kesemuanya berjumlah enam unit), parkir automatik, kekal lorong kecemasan, bantuan tukar lorong, pengesan titik buta, amaran pelanggaran belakang, kepekaan trafik lintasan belakang serta penderia parkir hadapan.

    Untuk Ultra G, ciri kelengkapan yang diperoleh hampir sama dengan Utlra, tetapi ia diberikan warna eksklusif Hazel Wood Beige/Wisdom Brown dan Verdant Green dengan bumbung putih. Ia dipadankan dengan upholstery ruang kabin dalam warna coklat dan beige atau hijau-kelabu.

     
     
  • ACE 2022: MINI Cooper SE EV di SCCC pada 5-6 Nov, pembiayaan menarik dengan hadiah bernilai RM8.2k!

    ACE 2022: MINI Cooper SE EV di SCCC pada 5-6 Nov, pembiayaan menarik dengan hadiah bernilai RM8.2k!

    Acara Auto Car Expo (ACE) bakal berlangsung pada 5-6 November 2022. Acara ini dianjurkan oleh paultan.org dan ditaja bersama oleh Petron, Yinson GreenTech and myTukar. Ini sebuah acara pameran dan jualan pelbagai jenis kenderaan dari pelbagai jenama, dan akan berlangsung di Pusat Persidangan Setia City (SCCC).

    MINI antara jenama yang akan terlibat melalui wakil pengedarnya,Wheelcorp Premium yang akan mempamerkan MINI Cooper SE EV — sebuah kereta elektrik yang cukup menarik. Tidak hanya akan ada tawaran pembiayaan menarik untuk model MINI ini, pembeli juga akan menerima hadiah berupa tilam queen size dari Magniflex bernilai RM8,200.

    Memacu kereta kompak ini ialah sebuah motor elektrik dengan janaan 184 PS dan 270 Nm tork ke roda depan, dengan kemampuan memecut 0-100 km/j dalam masa 7.3 saat dan laju maksimum 150 km/j. Bateri lithium-ion berkapasiti 28.9 kWh yang ada mampu memberikan jarak 232 km mengikut kitara WLTP, dengan penggunaan kuasa antara 15.2 kWh hingga 17.6 kWh bagi setiap 100 km.

    Ciri yang melengkapinya termasuk sistem tanpa kunci, butang Push Start, kawalan pendingin dua-zon, cermin antisilau, kerusi balutan kulit buatan, bantuan parkir, head-up display, kluster instrumen digital lima-inci dan sistem tunjuk arah MINI; ini menggunakan skrin sentuh 8.8-inci serta Apple CarPlay, sistem audio Harman Kardon 12-pembesar suara, pengecas tanpa wayar Qi dan kamera undur.

    ACE 2022: MINI Cooper SE EV di SCCC pada 5-6 Nov, pembiayaan menarik dengan hadiah bernilai RM8.2k!

    Dari segi keselamatan, Cooper SE EV menerima pakej Driving Assistant yang termasuk AEB, pengesan tanda trafik dan amaran penukaran lorong, berserta enam beg udara, kawalan ketabilan dan Isofix di kerusi depan dan belakang.

    MINI merupakan antara jenama yang bakal ikut serta dalam acara ini, bersama-sama Hyundai, Toyota, Nissan, Honda, Proton, Perodua dan Subaru. Selain itu, wakil daripada jenama premium juga ada, dengan Mercedes-Benz (melalui Cycle & Carriage) dan BMW (melalui Wheelcorp Premium) akan ikut serta.

    Sama seperti PACE, anda berpeluang untuk memandu uji dan membeli kenderaan yang dihajatkan sepanjang ACE 2022 berlangsung — unit baru atau terpakai, semuanya ada, dengan tawaran menarik daripada semua jenama yang terlibat.

    Selain daripada promosi daripada jenama terlibat, yang akan kami umumkan dari semasa ke semasa, anda juga boleh menikmati tawaran khas oleh paultan.org. 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan kenderaan baru akan menerima gabungan baucar bernilai RM2,500 yang terdiri daripada baucar RM500 bagi filem penapis haba V-Kool, RM500 bagi baucar Dodomat, baucar RM500 untuk penapis udara Blueair, baucar RM500 Recaro untuk kerusi keselamatan kanak-kanak dan baucar RM500 DK Schweizer bagi balutan kulit kustom untuk ruang dalaman kenderaan.

    ACE 2022: MINI Cooper SE EV di SCCC pada 5-6 Nov, pembiayaan menarik dengan hadiah bernilai RM8.2k!

    myTukar juga menawarkan baucar RM1,000 bagi 25 pelanggan pertama yang membuat tempahan kereta terpakai atau trade-in kenderaan mereka menerusi platform berkenaan. Mereka yang trade-in kenderaan akan menerima baucar RM500 masing-masing untuk V-Kool dan Blueair. Sementara 25 lagi pelanggan terawal yang membuat tempahan kereta terpakai akan menerima baucar RM500 untuk Dodomat dan RM500 untuk kerusi kanak-kanak Recaro. Jika anda trade-in kenderaan dan menempah kereta terpakai lain sekaligus, jumlah baucar akan meningkat kepada RM1,500.

    Hadiah tidak berakhir di situ. Tempahan kereta baru yang telah disahkan pula akan membolehkan anda untuk layak dalam cabutan bertuah dengan tawaran pelbagai hadiah, termasuk 10 telefon pintar bernilai RM2,300 setiap satu dan hadiah utama terdiri daripada pakej percutian untuk dua orang bernilai RM10,000!

    Walaupun dengan peraturan pandemik Covid-19 yang semakin longgar kini, kami masih akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan semua orang. Pengunjung adalah digalakkan untuk menggunakan pelitup muka sepanjang masa ketika berada di dalam ruang pameran, dan cecair sanitasi tangan juga akan diletakkan di beberapa tempat di sepanjang acara berlangsung.

    Banyak lagi perincian promosi yang akan kami kongsikan daripada jenama-jenama yang ikut serta nanti, jadi teruskan bersama kami. Sementara itu, tandakan kalendar anda untuk 5-6 November 2022 untuk ACE 2022 di SCCC. Jumpa di sana!

     
     
  • ACE 2022: Dekati Toyota Veloz dan lihat kelebihan ciri premium yang ada; tawaran menarik juga menanti

    ACE 2022: Dekati Toyota Veloz dan lihat kelebihan ciri premium yang ada; tawaran menarik juga menanti

    Auto Car Expo (ACE) anjuran paultan.org dan ditaja bersama oleh Petron, Yinson GreenTech dan myTukar merupakan sebuah acara pameran dan jualan pelbagai jenis dan jenama kenderaan di bawah satu bumbung, yang bakal berlangsung pada 5-6 November ini di Pusat Persidangan Setia City (SCCC).

    Satu daripada jenama yang akan ikut serta adalah Toyota, dan jika anda ingin mencari sebuah MPV, model terbaru Veloz akan dipamerkan untuk didekati oleh pengunjung. Veloz merupakan sebuah kenderaan keluarga dengan konfigurasi tempat duduk yang fleksibel yang boleh memuatkan tujuh orang penumpang. Landasah di bumbungnya juga bukan sekadar hiasan, ia mampu menambung beban 75 kg.

    Dari aspek keselamatan, Veloz datang standard dengan enam beg udara serta kit Toyota Safety Sense, yang terdiri daripada Pre-Collision Warning dengan AEB, Lane Departure Prevention dengan bantuan stereng, Blind Spot Monitor dan Rear Cross Traffic Alert. Ciri bantuan pemandu seperti Adaptive Cruise Control, sensor parkir depan dan belakang, lampu tinggi adaptif, Front Departure Alert serta fungsi Auto Hold bagi brek parkir elektronik.

    Veloz juga hadir dengan kelengkapan lain, seperti head unit dengan skrin sentuh sembilan inci yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar — ciri yang sangat praktikal tetapi jarang ditawarkan oleh kenderaan dalam kelas yang sama. Selain itu, pengecas Qi tanpa wayar juga disediakan.

    ACE 2022: Dekati Toyota Veloz dan lihat kelebihan ciri premium yang ada; tawaran menarik juga menanti

    Semua ini ditampilkan dalam rekaan yang menonjol, misalnya dengan ciri lampu utama LED dengan DRL LED, serta rim 17-inci. Jika mahu, pelanggan juga boleh memilih Veloz dalam skim dua tona warna dengan bumbung hitam, selain pilihan warna biasa yang ada.

    Pengunjung yang mendaftar minat mereka di ruang pamer Toyota ketika ACE nanti akan menerima cenderahati edisi terhad percuma. Bagi yang ingin membeli kenderaan Toyota, rebat tunai, aksesori percuma bernilai RM4,000 dan pembiayaan menarik dengan ansuran bulanan serendah RM498 menanti. Servis lepas jualan Extra Mile juga ada untuk memastikan pengalaman pemilikan kenderaan anda lebih menyenangkan.

    Selain Toyota, jenama lain yang akan turut serta dalam ACE 2022 ialah Hyundai, Nissan, Honda, Proton, Perodua dan Subaru. Wakil daripada jenama premium juga ada, dengan Mercedes-Benz (melalui Cycle & Carriage) dan BMW/MINI (melalui Wheelcorp Premium) akan ikut serta. Sama seperti PACE, anda berpeluang untuk memandu uji dan membeli kenderaan yang dihajatkan sepanjang ACE 2022 berlangsung — unit baru atau terpakai, semuanya ada, dengan tawaran menarik daripada semua jenama yang terlibat.

    Ada banyak lagi tawaran menarik lainnya. 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan kenderaan baru akan menerima gabungan baucar bernilai RM2,500 yang terdiri daripada baucar RM500 bagi filem penapis haba V-Kool, RM500 bagi baucar Dodomat, baucar RM500 untuk penapis udara Blueair, baucar RM500 Recaro untuk kerusi keselamatan kanak-kanak dan baucar RM500 DK Schweizer bagi balutan kulit kustom untuk ruang dalaman kenderaan.

    ACE 2022: Dekati Toyota Veloz dan lihat kelebihan ciri premium yang ada; tawaran menarik juga menanti

    myTukar juga menawarkan baucar RM1,000 bagi 25 pelanggan pertama yang membuat tempahan kereta terpakai atau trade-in kenderaan mereka menerusi platform berkenaan. Mereka yang trade-in kenderaan akan menerima baucar RM500 masing-masing untuk V-Kool dan Blueair. Sementara 25 lagi pelanggan terawal yang membuat tempahan kereta terpakai akan menerima baucar RM500 untuk Dodomat dan RM500 untuk kerusi kanak-kanak Recaro. Jika anda trade-in kenderaan dan menempah kereta terpakai lain sekaligus, jumlah baucar akan meningkat kepada RM1,500.

    Hadiah tidak berakhir di situ. Tempahan kereta baru yang telah disahkan pula akan membolehkan anda untuk layak dalam cabutan bertuah dengan tawaran pelbagai hadiah, termasuk 10 telefon pintar bernilai RM2,300 setiap satu dan hadiah utama terdiri daripada pakej percutian untuk dua orang bernilai RM10,000!

    Walaupun dengan peraturan pandemik Covid-19 yang semakin longgar kini, kami masih akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan semua orang. Pengunjung adalah digalakkan untuk menggunakan pelitup muka sepanjang masa ketika berada di dalam ruang pameran, dan cecair sanitasi tangan juga akan diletakkan di beberapa tempat di sepanjang acara berlangsung.

    Banyak lagi perincian promosi yang akan kami kongsikan daripada jenama-jenama yang ikut serta nanti, jadi teruskan bersama kami. Sementara itu, tandakan kalendar anda untuk 5-6 November 2022 untuk ACE 2022 di SCCC. Jumpa di sana!

     
     
  • Ducati Malaysia menang tiga anugerah antarabangsa termasuk Pengedar Global Terbaik Tahun 2022

    Ducati Malaysia menang tiga anugerah antarabangsa termasuk Pengedar Global Terbaik Tahun 2022

    Selepas dianugerahkan sebagai Pasukan Pemasaran APAC (Asia Pasifik) dan Pasukan Selepas Jualan Komersial Terbaik tahun lepas, Ducati Malaysia yang berada di bawah pengurusan Next Bike Sdn Bhd terus maju ke hadapan apabila baru-baru ini menerima tiga lagi anugerah daripada Ducati.

    Ia adalah Pengedar Global terbaik 2022, Pasukan Pemasaran APAC Terbaik 2022 dan Pasukan Selepas Jualan Komersial Terbaik 2022. Penyampaian anugerah ini diadakan sewaktu acara persidangan pengedar Ducati global di Sardinia, Itali.

    “Malaysia telah terbukti merupakan satu pasaran yang sangat berjaya dalam tahun kebelakangan ini, dan lebih daripada itu, komuniti penunggang Ducati dalam negara itu juga terus berkembang, menarik pemilik baru serta sedia ada,” kata timbalan presiden jualan dan pemasaran Ducati Asia Pasifik, Marco Biondi.

    Ketua syarikat Next Bikes Sdn Bhd, Dennis Michael yang hadir menerima anugerah tersebut pula berkata, “anugerah ini merupakan satu keraian bagi seluruh keluarga Ducati Malaysia, daripada pasukan yang bekerja keras setiap hari, sehinggalah komuniti pemilik dan pelanggan. Kami sangat berbangga, rendah hati dan bersyukur semua kerja yang dibuat telah membawa kepada hasil yang mengagumkan.”

     
     
  • Acura bawa 3 Integra 2023 yang diubahsuai ke SEMA 2022 – tampil rupa lebih garang, prestasi lebih baik!

    Acura bawa 3 Integra 2023 yang diubahsuai ke SEMA 2022 – tampil rupa lebih garang, prestasi lebih baik!

    Acura Integra Project – Dai Yoshihara

    Ketika dilancarkan pada Mac lalu, ramai yang tidak berpuas hati dengan rupa Acura Integra generasi baharu ini. Namun sejak era 90’an dahulu, Honda disifatkan sebagai pengeluar kereta ‘separa siap’ – separuh dibuat di kilang, dan separuh lagi perlu disiapkan oleh pemiliknya mengikut selera masing-masing.

    Nah, ini dia tiga buah Acura Integra 2023 yang telah pun diubahsuai dan akan di bawa ke acara kenderaan ubahsuai terbesar di Amerika Syarikat, SEMA 2022 yang mungkin akan mengubah persepsi anda terhadap model berkenaan! Kesemua Integra tersebut bukanlah diubahsuai sendiri oleh Acura, sebaliknya dijalankan oleh tiga individu berbeza iaitu drifter dan pelumba profesional Dai Yosihara, selebriti Sara Choi dan atlet basikal BMX Coco Zurita.

    Untuk Integra Dai Yoshihara, projek ini dihasilkan bersama Evasive Motorsports. Ubahsuai enjin yang dilakukan termasuk penggunaan penuras udara dan sistem ekzos dari Spoon (Dai juga merupakan pelumba untuk Spoon) dan unit intercooler lebih besar dari CSF. Manakala untuk casis pula, Dai memilih set suspensi boleh laras RSR Sport-1 bersama lengan atas dan bawah suspensi yang boleh dilaras dari Whiteline.

    Bahagian luaran Integra Dai ini diberikan rupa seakan jentera litar time attack. Ia menerima kit aero terdiri dari air dam dan splitter hadapan, cermin sisi dan skirt sisi karbon semuanya dari EVS Tuning, serta fender flare dan sayap GT Type 12 dari Voltex.

    Rupa kereta ini dilengkapkan dengan rim forged BBS REV7 berdiameter 18-inci dengan 9.5 j dan offset +22, dibalut dengan tayar slick Yokohama A005 bersaiz 250/650/R18. Brek Integra ini turut dipertingkat dengan kit brek besar Stoptech ST-40 Trophy pada bahagian hadapan.

    Manakala dalam kabin, Dai turut memberikan imej seakan kereta lumba pada Integra ini, menampilkan set roll cage enam-point dari Eimer Engineering, tempat duduk perlumbaan kevlar Sparco QRT-R bersama tali keledar enam point Sparco Prime H7 dan roda stereng Sparco R325 bersama bosskit buka-cepat Sparco Racing.

    Kokpit pemandu juga diberikan paparan instrumen digital perlumbaan AEM CD-7, penukar gear jenis short shifter boleh laras dari Acuity bersama tombol titanium EVS Tuning, serta panel dalaman pintu dari karbon kering dan konsol tengan karbon kedua-duanya juga dari EVS Tuning.

    Beralih ke Integra Sara Choi, projek ini dijalankan bersama Tony Star Performance. Choi memilih untuk memadankan kit badan lebar untuk projek ini yang direka sendiri olehnya bersama Walter Kim. Apa yang menarik, kit badan berkenaan memberikan rupa seakan Integra Type R DC2 terutamanya pada sebelah belakang.

    Sara Choi menggunakan set suspensi boleh laras Tein Suspension Flex Z bagi merendahkan Integra ini. Ruang roda yang kini lebih lebar dipenuhkan dengan set roda gandingan rim Advan RSDF berdiameter 19 inci dengan lebar 10j bersama tayar Nexen Sport R bersaiz 245/40/R19 di hadapan, dan set lebih lebar dengan rim 10.5 j bersama tayar 275/35/R19 di belakang.

    Untuk kabin, ia kini menerima tempat duduk bucket Evasive Motorsports x Bride Zeta IV, tombol gear berbentuk titisan air dari Battle Craft Hyper dan roda stereng Dogfight Race Pro bersama bosskit buka-cepat Battle Craft Hyper RQR. Manakala untuk enjin, ia dipertingkat menerusi pemadanan intercooler dan penyejuk minyak GReddy Performance serta sistem ekzos Cat-Back Sports Touring.

    Acura bawa 3 Integra 2023 yang diubahsuai ke SEMA 2022 – tampil rupa lebih garang, prestasi lebih baik!

    Acura Integra Project – Coco Zarita

    Coco Zarita bukan hanya aktif dalam sukan BMX, malah atlit dari Santiago, Chile itu juga merupakan drifter amatur. Bagi projek Integra ini, Zarita memilih Autotuned untuk bekerjasama.

    Untuk enjin, Integra Zarita ini diberikan sistem kemasukan udara sejuk dari HPS, unit intercooler dari GReddy, dan sistem ekzos dari A’PEXi. Hos-hos sistem penyejukkan juga ditukar menggunakan komponen dari HPS, dan kemudian penutup kepala enjin ditukar dengan komponen dari HiRev Sports yang berwarna merah.

    Set suspensi asal telah ditukat menggunkan set penyerap hentak boleh laras RSR Sport-I, ditambah dengan bar strut hadapan berprestasi dari HPS. Manakala untuk brek, bahagian hadapan kini menerima cakera lebih besar bersama angkup enam-omboh dari Wilwood.

    Bahagian luaran Integra Coco Zarita ini nampak lebih garang dengan pemadanan kit badan karbon dari Auto Tuned, yang terdiri dari lips hadapan, skirt sisi, dan juga over fender 30 mm lebih lebar. Ia juga menerima cermin sisi karbon APR GT, sayap belakang karbon APR GTC serta balutan badan penuh dengan pelekat 3M berwarna Gotham Gray bersama grafik badan dari Andreas Wennevold.

    Manakala dalam kabin, Integra Zarita ini diberikan tempat duduk perlumbaan, tali keledar enam-point camlock dan roda stereng MOD Drift, kesemuanya dari Momo.

    “Kami ambil beberapa inspirasi dari rekaan NSX GT dan menambah beberapa perincian kereta lumba bagi membantu menyerlahkan gaya saya yang tersendiri dan memperoleh rupa baharu ini untuk Integra generasi seterusnya,” kata Coco Zarita.

    Acura Integra 2023 ini dihasilkan dari Honda Civic generasi ke-11, dengan diberikan penggayaan lebih tersendiri termasuk but belakang yang boleh dibuka secara liftback. Ia juga menerima enjin 1.5 liter empat silinder VTEC Turbo, diberikan talaan yang sama seperti Civic Si bagi menghasilkan 200 hp pada takat 6,000 rpm dan tork maksima 260 Nm bermula 1,800 hingga 5,000 rpm.

    Berbanding Civic Si yang hanya dihasilkan dengan kotak gear manual, Acura Integra 2023 ini pula menampilkan transmisi CVT automatik secara standard, bersama pedal penukar gear pada roda stereng bagi membolehkan pemandu memilih gear seakan gear manual pada kotak gear CVT tersebut.

    Acura turut menawarkan kotak gear enam-kelajuan manual untuk Integra 2023 ini, yang diambil terus dari Civic Si dengan diberikan nisbah gear rapat, tuil gear jenis short-shift dan juga sistem rev-match yang membolehkan anda menurunkan gear secara agersif tanpa kemahiran heel & toe. LSD jenis helical juga dipadankan pada kotak gear manual ini bagi membolehkan kedua-dua tayar hadapan ‘mengigit’ permukaan jalan ketika mengambil selekoh.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.21 (+0.03)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.00
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.91 (+0.03)
EURO 5 B7 RM3.11 (+0.03)
Last Updated Jul 17, 2025