Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • Toyota Vellfire 2018 – imej dari risalah rasmi bocor

    Ini adalah imej rasmi bagi Toyota Vellfire facelift yang belum dilancarkan, diperoleh dari risalah yang telah bocor terlebih dahulu. Alphard generasi ketiga dan Vellfire generasi kedua yang ada kini pertama kali diperkenalkan pada Januari 2015. Jadi, bulan depan genaplah usianya tiga tahun – satu tempoh yang sesuai untuk diberikan pembaruan bagi kedua-duanya.

    Dari risalah yang tersebar, kelihatan Vellfire tampil dalam dua wajah utama. Pertama, wajah depan Vellfire yang biasa, yang turut dijual di sini oleh UMW Toyota Motor (UMWT). Ciri utama seperti lampu utama terdiri dari dua bahagian masih lagi dikekalkan, tetapi rekaan grilnya kini ditukar – untuk memuatkan kemasan krom yang ada serta kedudukan logo yang lebih tinggi.

    Bahagian bawah wajah depan ini pula didatangkan dengan palang krom yang lebih besar yang mengguhubungkan lampu-lampu di bawah. Ini menyumbang kepada penampilan gril tunggal yang lebih menonjol berbanding yang dulu. Lampu kabusnya kini LED (serta sistem lampu lainnya, daripada apa yang dapat dilihat), sementara perumahnya dalam bentuk segi yang lebih tajam berpetak.

    Satu lagi ialah wajah depan yang membezakan Vellfire ZG, yang lebih menonjol dan agresif berbanding versi standardnya. Bahagian separuh ke bawah memberikan perbezaan ketara antara keduanya – dengan “mulut” seolah-olah terbalik dan diapit dua bukaan masukan udara dengan kemasan melintang padanya (seperti Toyota Mirai). Semua elemen ini dilingkari oleh kemasan krom tebal.

    Model Vellfire facelift ini juga memiliki penampilan yang lebih menarik di belakang berbanding model sedia ada. Lampunya dari jenis LED terdiri dari tiga rekaan gelung terpisah, dan di tengahnya terletak sebuah palang krom dengan kelebaran penuh. Model semasanya ketika ini menggunakan palang krom yang lebih singkat, dan LED-nya dalam bentuk jalur. Satu lagi pembaharuan ialah reflektor pada bahagian bampar.

    Alphard juga tidak terlepas daripada menerima pembaharuan, dan MPV kembar ini akan diperkenalkan dalam rentang waktu yang tidak terlalu berjarak tentunya. Malaysia kini menjadi pasaran eksport bagi model-model JDM terpilih keluaran Toyota, dan berkemungkinan besar akan menerima dua model diperbaharui ini secara rasmi melalui UMWT tidak lama lagi.

    GALERI: Toyota Vellfire 2.5 di Malaysia 2016

     
     
  • Enjin VR6 Volkswagen bakal kembali – jana Arteon versi R, 3.0 liter turbo, hasilkan lebih dari 400 hp

    Enjin VR6 Volkswagen bakal kembali – jana Arteon versi R, 3.0 liter turbo, hasilkan lebih dari 400 hp

    Sejak Volkswagen lebih fokus terhadap pembangunan enjin TSI yang jelas lebih kompak dan efisien dari segi penghasilan kuasa kuda serta pengggunaan bahan api, enjin VR6 dengan kapasiti lebih besar dilihat seperti disisihkan. Namun ketika bercakap kepada Car Throttle semasa pelancaran Polo GTI di UK, jurucakap barisan model Volkswagen, Martin Hube mengatakan syarikatnya kini sedang membina VW Arteon yang dijana enjin VR6 3.0 liter bersama pengecas turbo.

    Menurut Hube, enjin berkenaan akan diletakkan lebih tinggi dari enjin 2.5 liter pada VW Teramont, iaitu Atlas pasaran China. Enjin tersebut juga didakwa mampu menghasilkan 404 bhp dan kini unit prototaip Arteon yang dijana enjin berkenaan sedang dalam ujian.

    “Saya percaya kombinasi ini adalah sangat baik,” katanya dan menambah, “Kami gandingkan ia dengan [sistem pacuan semua-roda] Haldex versi terakhir bagi membolehkan anda mendapat sedikit oversteer. Ini merupakan kereta yang benar-benar lincah dan berkuasa.” Tambahnya dengan yakin, “Anda boleh mengalahkan semua Porsche Panamera!”.

    Bagi mereka yang belum mengetahui, VR6 merupakan enjin unik yang dibangunkan oleh Volkswagen sejak sekian lama menampilkan enam silinder dalam susunan V hanya sekitar 10.5 hingga 15 darjah dan mempunyai hanya satu satu kepala silinder, berbanding enjin V6 biasa yang mempunyai sudut sekitar 60 hingga 90 darjah serta dua kepala silinder.

    Enjin berkenaan popular pada model-model berkuasa tinggi Volkswagen sebelum ini seperti VW Corrado VR6 dengan enjin 2.9 liter NA berkuasa 190 PS dan juga VW Golf R32 VR6 (Mk4 dan Mk5) dengan enjin 3.2 liter NA berkuasa lebih dari 240 PS.

    GALERI: Volkswagen Arteon

     
     
  • Kerajaan tetapkan premis bengkel kereta di Kuala Lumpur hanya di kawasan perindustrian sahaja

    Kerajaan tetapkan premis bengkel kereta di Kuala Lumpur hanya di kawasan perindustrian sahaja

    Kerajaan telah menetapkan permohonan baharu lesen premis bagi aktiviti bengkel kereta di Kuala Lumpur hanya dibenarkan di kawasan perindustrian sahaja.

    Menurut Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan, setiap permohonan lesen akan diteliti melalui Jawatankuasa Pelesenan Premis yang dianggotai pihak seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia serta Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk melihat kesesuaian lokasi perniagaan sebelum kelulusan diberi, laporan Bernama.

    “DBKL sentiasa memantau dan mengambil tindakan ke atas bengkel kenderaan yang didirikan secara haram, menimbulkan gangguan kepada masyarakat dan pencemaran,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara hari ini. Ia bagi menjawab soalan Senator Datuk Yahaya Mat Ghani @ Abbas yang ingin tahu tindakan DBKL bagi mengatasi masalah bengkel kereta yang berselerak dan didirikan secara haram di pelbagai lokasi di Kuala Lumpur.

    Kata Loga lagi, kini terdapat 830 premis bengkel kereta berlesen di Kuala Lumpur dan jumlah itu masih rendah berbanding bilangan kenderaan berdaftar di ibu negara pada masa ini.

     
     
  • ZF tunjukkan konsep stereng kereta autonomous baru

    ZF tunjukkan konsep stereng kereta autonomous baru

    Fungsi pemanduan autonomous semakin banyak diperkenalkan pada kenderaan generasi baru, dan bagi menyokong langkah ini, ZF telah mengeluarkan satu konsep stereng untuk kenderaan autonomous Tahap 3 ke atas (kereta boleh mengambil alih operasi utama termasuk pendikit, brek dan stereng).

    Seperti yang boleh dilihat, stereng baru ZF ini masih mempunyai gelung luar seperti stereng biasa, tetapi di tengahnya terdapat satu skrin LCD tujuh inci yang boleh memaparkan pelbagai informasi dan maklum balas daripada kenderaan untuk pemandu.

    Pada gelung luar stereng ini, terdapat 10 pengesan kapasitif, yang boleh mengesan kedudukan tangan pemandu seterusnya menambah kepastian siapa yang mengendali kenderaan. Lampu pada bahagian dalam gelung itu pula boleh bertukar daripada biru untuk pemanduan autonomous, putih sekiranya pemandu yang mengawal sendiri, merah untuk amaran dan kuning untuk lampu penunjuk arah.

    ZF tunjukkan konsep stereng kereta autonomous baru

    Namun begitu, fungsi yang lebih maju pada stereng ini adalah ia sensitif kepada sentuhan dan pemandu boleh menggunakan pergerakan sentuh seperti pada telefon pintar ataupun peranti elektronik masa kini. Sebagai contoh, pemandu boleh ketuk jari dua kali pada stereng untuk hon, sentuh (slide) bahagian tertentu untuk menukar pendingin hawa serta pelbagai lagi. Ini semua bergantung kepada kemahuan pengeluar kenderaan.

    Satu lagi ciri menariknya adalah disebabkan terdapat skrin di bahagian tengah, jurutera ZF terpaksa memikirkan cara baru untuk meletakkan beg udara. Hasilnya, beg udara pada stereng ini boleh digunakan secara selamat, dan ia keluar dari bahagian belakang gelung stereng tersebut, dan pergi ke hadapan tanpa mengganggu skrin itu sendiri.

     
     
  • Nissan panggil semula 320,000 kenderaan di Jepun

    Nissan panggil semula 320,000 kenderaan di Jepun

    Nissan memanggil semula sebanyak 320,000 kenderaan keluarannya di Jepun atas sebab kecenderungan untuk litar pintas serta kemungkinan terbakar disebabkan bahagian lapisan luar (coating) unit kuasa yang ada terdapat kecacatan, lapor Reuters.

    Panggilan semula itu melibatkan enam model, termasuk Serena dan model MPV/van yang dibangunkan untuk Suzuki dan Mitsubishi yang dikeluarkan antara Februari 2010 dan September 2014. Lapan kejadian kebaran yang dikenalpasti berpunca daripada kecatatan berkenaan setakat ini menurut agensi berita itu.

    Namun, menurut wakil jurucakap Nissan, situasi terbaru ini tidak melibatkan kenderaan syarikat itu yang dijual di luar Jepun. Awal tahun ini, Nissan menggantungkan pengeluaran kenderaannya untuk pasaran Jepun disebabkan salah laku di dalam pemeriksaan proses terhadap model-model berkenaan.

    Nissan menyambung semula pengeluaran kenderaan-kenderaan itu sebulan kemudian selepas pengggantungan itu melibatkan enam kilang pemasangannya. Ia berlaku sebelum penyusutan sebanyak 55% jualan pada Oktober lalu berbanding tempoh sama tahun lalu.

     
     
  • Subaru WRX generasi baharu bakal muncul pada 2020 – masih seronok dipandu walau dijana kuasa hibrid

    Subaru WRX generasi baharu bakal muncul pada 2020 – masih seronok dipandu walau dijana kuasa hibrid

    Sebelum ini kami telah melaporkan bahawa enjin siri EJ tidak lagi akan digunakan pada WRX generasi seterusnya dan akan digantikan dengan unit janakuasa hibrid. Perkara ini dinyatakan sekali lagi oleh Ketua Rekabentuk Subaru Mamoru Ishii dan turut menambah versi berprestasi tinggi berdasarkan Impreza generasi terkini berkenaan akan muncul pada tahun 2020, lapor Autocar.

    Kereta berkenaan akan bakal menerima penggayaan dari model konsep Viziv Performance yang membuat kemunculan pada Tokyo Motor Show tahun ini, dan menurut Ishii model tersebut menerima maklum balas yang baik serta memberikan keyakinan kepadanya untuk memastikan rupa agresif berkenaan akan dibawa untuk diproduksi pada WRX generasi seterusnya.

    “Kereta sedemikian membawa banyak harapan, dari syarikat dan juga pelanggan kami. Apa yang kami tahu adalah gaya hidup pelanggan kami telah berubah dan kami perlu memberikan respon terhadap perkara itu. Persoalannya adakah kami telah perkara yang sepatutnya terhadap konsep ini,” kata Ishii.

    Subaru WRX generasi baharu bakal muncul pada 2020 – masih seronok dipandu walau dijana kuasa hibrid

    “Contohnya, kami tahu teknologi pemanduan sendiri dan perhubungan akan hadir pada masa hadapan, dan untuk ramai pelanggan ia teknologi yang bagus, tetapi kami tidak fikir semua pelanggan mahukannya. Untuk sebahagian pelanggan, keseronokan memandu masih lagi sangat penting dan itu yang akan kami terokai,” tambahnya.

    Ishii menjelaskan bahawa dia berminat untuk melihat tema pada Viziv Performance Concept seperti bentuk badan gagah dengan ruang roda berotot dan juga skup pada bonet – yang sememangnya DNA rekaan Subaru – dibuat dalam bentuk produksi. “Kami telah membina tradisi ini bersama Legacy, Impreza dan WRX. Kami mahu ia nampak laju walaupun tidak berjalan,” katanya.

    Subaru sinonim dengan padanan enjin boxer bersama pacuan semua roda, namun Ishii memberitahu untuk model baharu ini “pacuan semua roda adalah kritikal kepada tahap kuasa dan prestasi yang diharapkan pelanggan, tetapi untuk enjin kami perlu lebih bebas”. Seperti Impreza dan XV generasi terkini, WRX baharu ini juga akan diasaskan dari Subaru Global Platform yang bukan sahaja boleh dikuasakan enjin boxer konvensional, malah dibina agar janakuasa hibrid juga boleh ditempatkan tanpa sebarang masalah.

    GALERI: Subaru Viziv Performance Concept di Tokyo Motor Show 2107

     
     
  • Honda buka sebuah pusat 3S terbesar di Miri, Sarawak

    Honda buka sebuah pusat 3S terbesar di Miri, Sarawak

    Honda Malaysia kini telah membuka pusat 3S Honda terbesar di Malaysia Timur oleh SYK RW Motor Sdn Bhd di bandar Miri, Sarawak, yang menjadi pengedar Honda ketujuh di Sarawak dalam usaha syarikat itu memperluas rangkaiannya di sana.

    Pembukaan pusat 3S terbaru ini selari dengan perkembangan dan penerimaan kenderaan Honda yang semakin meningkat bagi pasaran di Malaysia Timur. Bagi tempoh Januari hingga November 2017, sejumlah 6,600 unit jualan Honda Malaysia, atau sekitar 7% daripada jualan keseluruhan (98,200 unit) adalah dari pasaran di sana. Sarawak pula menyumbang 4,000 unit jualan atau 60% dari jumlah keseluruhan jualan di Malaysia Timur – model paling popular di Sarawak pula ialah BR-V.

    Honda buka sebuah pusat 3S terbesar di Miri, Sarawak

    Sebanyak RM7 juta dilaburkan untuk pembangunan pusat 3S dengan keluasan 48,000 kaki persegi yang mempunyai 12 ruang servis kenderaan, termasuk tujuh bagi servis ekspres dan dua bagi servis umum, dua ruang servis tayar dan satu untuk servis pendingin hawa. Pusat 3S ini mampu mengendalikan 40 kereta sehari.

    Perkhidmatan lain yang tersedia untuk pelanggan termasuk ruang menunggu eksekutif, Wi-Fi, sudut kanak-kanak, surau dan pelbagai makanan dan minuman. Sebagai nilai tambah, SYK RW Honda 3S Centre turut menyediakan perkhidmatan cuci kenderaan dan pembaharuan insuran serta cukai jalan kepada pelanggannya.

    Honda buka sebuah pusat 3S terbesar di Miri, Sarawak

    “Dengan jumlah pelanggan yang semakin meningkat, ada keperluan bagi Honda Malaysia untuk segera meluaskan rangkaian perkhidmatannya bagi menampung permintaan itu,” ujar Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Toichi Ishiyama. Di Sarawak ketika ini, Honda mampunyai rangkaian pengedar di bandar-bandar utama seperti berikut; Kuching (3), Bintulu (1), Miri (2) dan Sibu (1).

    Untuk membuat temujanji atau mengajukan pertanyaan lanjut berkaitan pusat 3S Honda terbaru ini, hubungi SYK RW Motor di talian 085-430 666. Premis ini terletak di alamat Lot 1772, Block 10, Jalan Cahaya, Miri Concession Land District, 98000 Miri, Sarawak.

     
     
  • SIC akan anjur program khas cari pelumba berbakat

    SIC akan anjur program khas cari pelumba berbakat

    Litar Antarabangsa Sepang (SIC) nampaknya akan terus aktif dalam pembangunan sukan permotoran negara. Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Berita Harian, SIC diberitahu akan mengadakan satu program khas untuk mencari bakat pelumba motosikal baru yang berpotensi untuk dibawa ke persada dunia.

    Ketua pegawai eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali memberitahu surat khabar tempatan tersebut bahawa program uji bakat ini dibuka kepada mereka yang berumur antara 13 hingga 15 tahun,dan perlu mempunyai pengalaman berlumba sama ada di dalam CubPrix, Asia Road Racing Championship (ARRC), Malaysian Super Series (MSS) atau mana-mana kejuaraan tempatan selain memiliki bentuk fizikal dan mental yang sempurna.

    Setelah diiklankan secara rasmi nanti, jika terlalu ramai yang datang, SIC akan meneliti setiap borang penyertaan dan akhirnya akan memilih 40 orang sahaja untuk menghadiri uji bakat senarai pendek. Daripada jumlah itu, empat hingga lima pelumba terbaik akan dipilih untuk program intensif yang dikendalikan oleh Zulfahmi Khairuddin.

    SIC akan anjur program khas cari pelumba berbakat

    Beritahu Razlan lagi, mereka bukannya mencari pelumba yang pantas sahaja, tetapi juga mahu mengenal pasti mereka yang mempunyai pakej lengkap dan kemahuan tinggi, untuk dididik beraksi ke peringkat lebih tinggi seperti CEV, Moto3, Moto2 dan seterusnya MotoGP.

    Sekarang ini, SIC cuma mempunyai tiga pelumba di MotoGP iaitu Hafizh Syahrin, Adam Norrodin dan Ayumu Sasaki. Diharapkan dengan adanya program ini, jumlah tersebut dapat ditambah. Walaupun begitu, pelumba yang terpilih ini pada awalnya akan diletakkan terlebih dahulu dalam perlumbaan CEV, kemudiannya ARRC, dan selepas itu barulah Moto3 dan Moto2.

     
     
  • VIDEO: Robot vs. Manusia – siapa lebih laju?

    Februari lalu kami telah melaporkan bahawa Roborace iaitu perlumbaan kereta tanpa permandu telah melakukan demonstrasi pertama mereka di Buenos Aires, Brazil ketika berlangsungnya perlumbaan Formula E. Bulan ini, Roborace membuat penampilan sekali lagi, kali ini ia bertanding dengan manusia sebenar.

    Penampilan kali ini turut dibuat ketika berlangsungnya perlumbaan Formula E Hong Kong; pusingan pembukaan untuk musim 2017/2018. Jika sebelum ini dua Devbot (nama kereta lumba yang bergerak sendiri berkenaan) berlumba bersama, kali ini ia berhadapan dengan manusia sebenar iaitu Nicki Shields untuk mencatatkan masa terpantas dilitar jalan raya yang agak sempit berkenaan.

    Shields yang juga wartawan pit untuk kejohanan Formula E, walaupun bukan seorang pelumba profesional, dia pernah berlumba dalam kejohanan junior karts satu masa dahulu. Manakala robot AI pada Devbot pula telah menerima perisian baharu yang lebih jitu, hasil perincian yang dilakukan setelah berakhir ujian di Brazil sebelum ini.

    Untuk perlumbaan kali ini, Nicki Shields berjaya membuktikan bahawa buat masa ini manusia lebih pantas berbanding robot dengan mencatatkan masa terpantas 1 minit 26.6 saat, berbanding 1 minit 34 saat oleh Devbot. Walau bagaimanapun, Devbot menunjukkan kemajuan pada ujian kali ini setelah mencatatkan masa sama untuk dua lap – membuktikan bahawa sistem berkenaan sangat konsisten dan jitu.

    Menurut Shields, walaupun dia gembira dan lega dengan kemenangan ini, tetapi dia sebenarnya agak terkejut dengan kekalahan Devbot kerana dia sendiri merupakan peminat terhadap teknologi tersebut.

     
     
  • Geely teruskan usaha pembelian saham Daimler, iaitu syarikat induk Mercedes-Benz – jumlah tidak didedah

    Geely teruskan usaha pembelian saham Daimler, iaitu syarikat induk Mercedes-Benz – jumlah tidak didedah

    Geely, iaitu pemilik jenama Volvo dan pemegang sebahagian besar saham dalam Proton, kini meneruskan pula usaha pemilikan saham dalam syarikat induk Mercedes-Benz, iaitu Daimler. Perkara ini dilaporkan oleh surat khabar Hong Kong, The Standard, yang memetik siaran China Central Television, namun jumlah sebenar pembelian tersebut tidak didedahkan.

    Laporan ini turut mengatakan bahawa Geely berminat untuk mendapatkan antara tiga ke lima peratus daripada Daimler, yang boleh membawa nilai sekitar empat bilion euro. Jika perkara ini menjadi realiti, Geely akan menjadi pemegang saham ketiga terbesar dalam syarikat induk Mercedes-Benz ini.

    Daimler dilaporkan pernah menolak bidaan Geely untuk membeli 5% daripada saham syarikat tersebut bulan lalu, tetapi menurut sumber, Geely masih dialu-alukan untuk membeli saham dalam pasaran terbuka. Kedua-dua syarikat pengeluar kenderaan ini bertemu di Beijing bulan lalu.

    Geely teruskan usaha pembelian saham Daimler, iaitu syarikat induk Mercedes-Benz – jumlah tidak didedah

    Wakil daripada Geely tidak mahu memberi sebarang komen sementara wakil daripada Daimler pula memberitahu syarikat “sangat gembira dengan struktur pemegang saham yang ada sekarang,” tetapi menambah ia masih mengalu-alukan pelabur baru yang mempunyai minat jangka masa panjang dalam syarikat.

    Orang dalam percaya ini mempunyai banyak kaitan dengan teknologi kenderaan elektrik, serta kuota baru China yang mensasarkan pengurangan pencemaran alam dan kebergantungan kepada minyak. Sumber juga mengatakan Geely mahu mencapai teknologi bateri EV Daimler dan mahu memulakan kerjasama EV di Wuhan.

    Peliknya, laporan tersebut tidak memetik langsung nama rakan kongsi sedia ada Daimler di China iaitu BYD, yang juga adalah peneraju kenderaan EV di China, dan BAIC. BAIC telah mengumumkan sebelum ini bahawa ia akan menghentikan pengeluaran serta penjualan kenderaan yang menggunakan enjin pembakaran dalaman menjelang 2025, dan pergi sepenuhnya kepada kenderaan elektrik.

     
     
  • JPJ Selangor laksana Ops Patuh 2 hingga 31 Dis ini – sasar 7 kesalahan utama termasuk potong barisan

    JPJ Selangor laksana Ops Patuh 2  hingga 31 Dis ini – sasar 7 kesalahan utama termasuk potong barisan

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor makin mempergiatkan Ops Patuh 2 yang bermula 24 November lalu sehingga 31 Disember ini. Ia membabitkan seramai 100 anggota JPJ pelbagai cawangan di negeri berkenaan.

    Menurut Ketua Seksyen Penguatkuasaan JPJ Selangor, Mohd. Azlan Shah Othman, operasi khas sempena cuti sekolah, cuti Krimas dan cuti Tahun Baharu ini memberi tumpuan terhadap tujuh kesalahan utama iaitu menggunakan telefon bimbit semasa memandu, memotong barisan, memotong di garisan berkembar, melanggar lampu isyarat, memandu melebihi had laju, tidak memakai tali pinggan kaledar dan memandu di lorong kecemasan.

    “Bagi semua kesalahan kecuali bagi kesalahan memandu di lorong kecemasan, kompaun berjumlah RM300 akan dikenakan, bagi kesalahan memandu di lorong kecemasan, pesalah akan dihadapkan ke mahkamah,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

    Katanya lagi, kini operasi JPJ tidak hanya tertumpu semasa musim perayaan, tetapi termasuk hari cuti sekolah yang melebihi tiga hari.

    “Semasa cuti sekolah yang panjang, kita dapat lihat pertambahan mendadak jumlah kenderaan di jalan raya. Operasi ini adalah untuk mengingatkan pengguna untuk sentiasa berhati-hati dan patuh kepada undang-undang jalan raya,” katanya.

     
     
  • Sistem VEP ditangguh untuk menyeragamkan pelaksanaan laluan di pintu masuk utama Malaysia

    Sistem VEP ditangguh untuk menyeragamkan pelaksanaan laluan di pintu masuk utama Malaysia

    Sistem Caj Permit Masuk Kenderaan (VEP) yang sepatutnya dijadualkan dilaksana mulai Januari depan telah ditangguhkan bagi menyeragamkan pelaksaan laluan di kedua-dua laluan pintu masuk utama Malaysia – membabitkan sempadan Malaysia-Singapura dan Malaysia-Thailand.

    Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, terdapat beberapa perkara sedang diperincikan yang memerlukan sedikit masa sebelum caj bagi kenderaan asing masuk ke negara ini dilaksanakan di selatan dan utara tanah air, lapor Bernama.

    “VEP masih memerlukan sedikit masa kerana kita mahu pelaksanaan ini diseragamkan di selatan dan utara. Kita masih dalam usaha memastikan sempadan kita mempunyai sistem yang selari. Kita tidak mahu VEP hanya di laluan ke Singapura tetapi tidak dilaksana di laluan ke Thailand,” katanya kepada pemberita semalam.

    Katanya lagi, VEP diyakini akan dilaksana tahun depan dan beliau akan mengumumkan tarikh pelaksanaan sistem itu selepas beberapa perkara dimuktamadkan.

     
     
  • Honda PCX 2018 dilancarkan di Indonesia – lebih maju

    Honda PCX 2018 dilancarkan di Indonesia – lebih maju

    Selain segmen motosikal bergear, skuter 150 cc juga melibatkan saingan yang hebat kerana terdapat permintaan yang baik dalam pasaran. Setelah dicabar oleh Yamaha NVX 155, kini Honda PCX telah dipertingkat dan model tahun 2018 ini sudah pun dilancarkan di Indonesia.

    Selain penampilan yang lebih moden seperti PCX Hybrid, model tahun 2018 ini juga ditambah baik dengan lampu hadapan dan belakang LED, sistem tanpa kunci berserta penggera dan panel meter digital sepenuhnya. Turut diperbaiki adalah sistem brek, di mana bahagian belakang kini menggunakan set cakera. Pengguna juga disediakan dengan pilihan sistem brek ABS atau Combined Brake System (CBS).

    Untuk bahagian enjin, model tahun 2018 ini masih lagi menggunakan unit sama iaitu satu silinder bersesaran 149.3 cc, dengan teknologi suntikan bahan api PGM-Fi dan penyejukan cecair. Kotak gear pula adalah unit automtik V-Matic. Walaupun masih adalah enjin yang sama, PT Astra Honda Motor (AHM) Indonesia memberitahu terdapat beberapa talaan baru yang dilakukan.

    Pengendalian PCX 2018 juga dijangka menjadi lebih baik kerana ia kini menggunakan tayar yang lebih lebar, iaitu bersaiz 100/80 di hadapan, dan 120/70 di belakang. Rim pula masih bersaiz 14 inci yang sama. Bagi model PCX sebelum ini, iaitu yang sama seperti di pasaran Malaysia sekarang, ia menggunakan tayar bersaiz 90/90 di hadapan dan 100/90 di belakang. Selain daripada itu, jarak roda juga berubah lebih pendek 2 mm menjadi 1,313 mm.

    Honda PCX 2018 dipasarkan di Indonesia dengan pilihan sama ada yang dilengkapi dengan ABS, atau CBS, dan pilihan empat warna. Harganya adalah antara 27 juta rupiah (RM7,717) hingga 32 juta rupiah (RM9,146). Antara kelengkapan lain pada motosikal ini adalah tangki minyak 8 liter dan tempat duduk yang dapat ditahan apabila dibuka untuk mengakses ruang simpanan.

    [gallery columns=”5″ ids=”751844,751835,751842,751843,751836,751837,751838,751839,751840,751841″

     
     
  • Kia Ray facelift didedahkan – untuk pasaran Korea

    Kia Ray <em>facelift</em> didedahkan – untuk pasaran Korea

    Minggu lepas, teaser untuk model ini dah keluar. Dan kini, gambar dan perincian tentang Kia Ray secara rasmi telah didedahkan. Merupakan model domestik hanya untuk pasaran Korea, kereta kompak dengan reka bentuk kotak ini – paling dekat yang kita pernah ada dulu ialah Perodua Kenari – menerima beberapa kemaskini selepas enam tahun pengenalannya.

    Penampilan luarannya antara yang diberi sentuhan baru. gril tiger nose yang tertutup – dalam warna badan dan grafik terkini, hampir tertutup sepenuhnya – telah dipindah ke atas sedikit antara lampu utamanya.

    Kia Ray <em>facelift</em> didedahkan – untuk pasaran Korea

    Liang udara masih dikekalkan dengan tambahan laluan yang lebih besar dibahagian bawah. Lampu kabus pula kini lebih kecil, di dalam perumah dalam bentuk lonjong. Bentuk ini turut dapat dilihat dibeberapa bahagian lain seperti cermin sisi dan reflektor di belakang.

    Sementara itu, lampu belakang LED tuurt dilengkapi dengan light guide dalam bentuk C, serta kemasan baru pada bahagian atas ruang nombor plat. Rim 15-inci aloi dwi-tona melengkapi penampilan di luar.

    Kia Ray <em>facelift</em> didedahkan – untuk pasaran Korea

    Kia Ray masih mengekalkan penggunaan pintu gelungur sisi. Ruang kabinnya juga dengan tempat duduk menegak, dengan ruang barangan 319 liter. Turunkan semua tempat duduk, kapasiti ruang yang tersedia ialah 1,219 liter, dengan nisbah lipatan kerusi belakang 60:40. Stereng juga kini dengan tiga jejari.

    Tombol gear dan penampilan konsol tengah juga diperbaharui dengan kemasan metalik yang lebih ketara. Pembeli juga boleh memilih untuk memasang skrin sentuh tujuh-inci untuk sistem infotainment dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Kelengkapan keselamatan juga dipertingkat; tambahan ciri lampu isyarat brek kecemasan dan rollover sensor serta enam beg udara.

    Kia Ray <em>facelift</em> didedahkan – untuk pasaran Korea

    Bagi enjin pula, walaupun masih menggunakan unit 1.0 liter tiga-silinder yang sama, ia telah ditala untuk memberikan penjimatan minyak 2.4% lebih baik – bacaan gabungannya 13 km bagi setiap liter. Transmisi pula menggunakan kotak gear automatik empat-kelajuan.

     
     
  • VIDEO: Bolehkah kereta rali Hyundai i20 WRC dibawa bersiar-siar di bandar dan pergi membeli-belah?

    Jika anda perasan, setiap kereta rali yang bertanding mempunyai nombor plat pendaftaran sama seperti kereta jalan raya biasa. Untuk pengetahuan anda, ia sebenarnya adalah nombor pendaftaran yang sah dan bukan dibuat hanya untuk kelihatan cantik.

    Ini kerana kereta rali bukan berlumba di litar, sebaliknya pada jalan raya awam yang ditutup, dan untuk bergerak dari satu SS ke SS yang lain serta ke service park, kereta rali perlu berjalan sendiri, bukan menaiki lori tunda.

    Jadi adakah ini bermaksud kereta rali sesuai untuk dibawa untuk kegunaan jalan raya biasa dan digunakan di dalam bandar? Secara teorinya, tiada masalah kerana suspensi dan juga radius pusingan stereng kereta rali sememangnya direka untuk kegunaan luar litar dan tiada isu untuk masuk simpang (signal kereta ini berfungsi seperti kereta normal), buat pusingan-U mahupun parkir di tempat letak kereta biasa.

    Bagaimana pula tentang hal praktikaliti? Menerusi video terbaharu dari CarAdvice, mereka diberi peluang menguji aspek ini dengan memandu kereta rali sebenar Hyundai i20 WRC meredah bandar Sydney, Australia serta membuat berberapa perkara harian seperti pergi membeli-belah dan juga membeli makanan di premis pandu lalu KFC.

    Bagaimana keadaannya? Anda patut menonton sendiri video di atas.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.18 (+0.02)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.13
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.90 (+0.02)
EURO 5 B7 RM3.10 (+0.02)
Last Updated Sep 11, 2025