Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • Penunggang motosikal melanggar lori dan terjatuh atas lebuhraya — semua perlu lebih berhati-hati

    Penunggang motosikal melanggar lori dan terjatuh atas lebuhraya — semua perlu lebih berhati-hati

    Sebuah kejadian mengerikan berlaku melibatkan sebuah lori dan motosikal di lebuhraya di Kuala Lumpur yang sempat dirakam baru-baru ini menjadi tular dan dikongsikan dalam laman Facebook We are Malaysians.

    Dalam video bertarikh 20 Disember 2022 itu, kereta yang merakam insiden tersebut menunjukkan ia sedang menghampiri sebuah lori dari lorong paling kanan dalam kelajuan sederhana. Beberaka ketika kemudian, lori berkenaan bertindak untuk bertukar ke lorong tengah, dan kelihatan sebuah motosikal memotong kereta yang merakan video itu dari sebelah kiri dan terus ke depan.

    Ketika motosikal itu berada di depan kereta, lori tadi memberikan isyarat untuk kembali memasuki lorong kanan untuk memotong kereta lain di depan. Namun, motosikal terbabit tidak sempat mengelak, dan melanggar lori berkenaan. Itu menyebabkan penunggang hilang keseimbangan, dan kemudian tercampak dari motosikal dan menghentam penghadang jalan.

    Penunggang motosikal melanggar lori dan terjatuh atas lebuhraya — semua perlu lebih berhati-hati

    Pemandu kereta yang merakan insiden berkenaan terpaksa membrek dengan keras untuk mengelak daripada melanggar penunggang yang berada di atas jalan di depannya, dan membunyikan hon untuk menarik perhatian pemandu lori. Bagaimanapun, lori berkenaan seperti tidak mendengar bunyi hon berkenaan dan meneruskan pemanduan.

    Kejadian malang seperti ini perlu menjadi peringatan kepada semua pengguna jalan raya. Kenderaan berat seperti lori dan lori tangki mempunyai kawasan titik buta yang lebih besar, dan ini merbahaya untuk kenderaan lebih kecil — apatah lagi sebuah motosikal — untuk berada dalam kawasan yang tidak kelihatan itu.

    Lebih baik untuk memberikan ruang yang luas untuk kenderaan berat dan besar ketika di atas jalan, kerana pemandunya tidak akan mudah untuk menyedari kehadiran kenderaan lain yang memasuki kawasan titik butanya. Pemandu kenderaan berat dan besar juga perlu lebih peka untuk memastikan keadaan sekeliling sebelum bertindak menukar lorong atau membelokkan kenderaan bagi mengelakkan kejadian seperti ini.

     
     
  • Toyota tawar pilihan pelindung catalytic converter untuk kereta baharu bagi model-model pasaran AS

    Toyota tawar pilihan pelindung <em>catalytic converter</em> untuk kereta baharu bagi model-model pasaran AS

    Unit penukar pemangkin atau catalytic converter merupakan komponen kenderaan yang kerap dicuri buat masa sekarang kerana ia mempunyai bahan logam bernilai seperti platinum, rhodium dan palladium. Komponen yang menjadi sebahagian dari sistem ekzos ini biasa sememangnya mudah dicuri dengan hanya mengeratnya kerana ia terletak di bawah badan kenderaan.

    Bagi mengurangkan risiko kecurian catalytic converter berkenaan, Toyota USA kini menawarkan opsyen pelindung catalytic converter kepada pelanggan yang membeli kereta Toyota dan Lexus baharu pada pasaran Amerika Syarikat.

    Pelindung berkenaan dibangunkan oleh MillerCat, yang sebelum ini menjual produk tersebut dalam pasaran aftermarket, dan turut menghasilkan komponen sama untuk digunakan pada model-model Honda.

    Pelindung ini diperbuat dari material aluminium gred 5052 dan logam tahan karat 304. Ia boleh dipasang terus secara plug & play tanpa sebarang ubahsuai termasuk tidak perlu menebuk lubang tambahan pada badan kereta, dan ia boleh dipasang dan dicabut dengan mudah menggunakan skru.

    Namun untuk memastikan pencuri sukar bagi membuka pelindung berkenaan, ia diberikan set skru tamper-proof istimewa dengan bunga unik yang hanya boleh dibuka dengan mata yang hanya dibekalkan kepada pemilik.

    Toyota tawar pilihan pelindung <em>catalytic converter</em> untuk kereta baharu bagi model-model pasaran AS

    Menurut laporan CarScoops, Prius generasi kelima yang baharu sahaja didedahkan bulan lalu menjadi model pertama diberikan opsyen untuk pelindung catalytic converter ini.

    Pelanggan yang berminat perlu membuat bayaran tambahan sebanyak US$140 (RM620) ketika menempah kereta baharu mereka dan komponen tersebut akan dipasang oleh pengedar rasmi Toyota dan Lexus.

    GALERI: Toyota Prius 2023

     
     
  • Honda CL300 didedah di China – scrambler 286 cc dengan rim 19 inci di hadapan, kuasa 25.7 hp

    Honda CL300 didedah di China – scrambler 286 cc dengan rim 19 inci di hadapan, kuasa 25.7 hp

    Honda telah memperkenalkan sebuah model baru yang membawa bentuk scrambler di pasaran China, menggunakan nama CL300. Ia sebenarnya menggunakan asas sama seperti Rebel 300, tetapi beberapa bahagian diubah untuk menjadikannya lebih sesuai dengan penggunaan yang lebih lasak.

    Pertamanya, rim dipertingkat dengan unit 19 inci di hadapan, dan 17 inci di belakang, sementara suspensi juga ditala kembali untuk menjadikan tingginya daripada tanah 165 mm dan tinggi tempat duduk 790 mm. Subframe juga ditukar, dan kini menempatkan tempat duduk one-piece jenis rata.

    Turut ditukar adalah tangki bahan api, dengan terdapat pelapik getah di bahagian tepi, dan melengkapkan penampilannya adalah ekzos jenis keluar tinggi di sebelah kanan sama seperti CL500. Semua lampu model ini menggunakan unit LED.

    Selain versi Standard, Honda juga menawarkan satu lagi versi Premium bagi CL300. Versi yang lebih tinggi ini datqng dengan kelengkapan tambahan seperti penghadang tangan, perumah lampu dengan penghadang angin pendek, papan nombor tepi dan penghadang lumpur hadapan jenis tinggi.

    Penggerak CL300 adalah enjin satu silinder DOHC 286 cc dengan sistem suntikan bahan api PGM-Fi, yang digabungkan bersama transmisi enam kelajuan dan klac jenis slip & assist, menghasilkan kuasa maksimum 25.7 hp. Brek cakera depan dan belakang motosikal ini turut dilengkapi dengan ABS.

     
     
  • Harga minyak 22-28 Dis – RON97 turun 20 sen

    Harga minyak 22-28 Dis – RON97 turun 20 sen

    Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan untuk minggu bertarikh 22 hingga 28 Disember 2022, harga runcit bagi petrol RON 97 turun sebanyak 20 sen, dari RM3.55 seliter, menjadi RM3.35 seliter. Ia merupakan penurunan harga buat tiga minggu berturut-turut bagi bulan ini.

    Untuk petrol RON 95 yang telah mencapai harga siling pula, ia masih dikekalkan pada paras RM2.05 seliter. Bagi diesel Euro B10/B20, harganya turut dikekalkan pada paras RM2.15 seliter, dan gred Euro 5 B7 pula berharga RM2.35 seliter.

    MoF turut berkata, kerajaan akan sentiasa memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

     
     
  • Dua sahabat dari Perlis hanya naik Perodua Kancil untuk jelajah sejauh 5,000 km menuju sempadan China

    Dua sahabat dari Perlis hanya naik Perodua Kancil untuk jelajah sejauh 5,000 km menuju sempadan China

    Sebelum ini anda mungkin pernah membaca kisah Along dan anaknya yang melakukan pengembaraan dunia menggunakan Perodua Kelisa milik mereka. Kini, tiba giliran Perodua Kancil pula membuat percubaan yang hampir sama: perjalanan sekitar 5,000 km ke sempadan China yang dilakukan oleh dua orang sahabat, Rushafizi Indrus, 41, dan Nor Azman Musa, 41.

    Mereka berdua akan terlibat di dalam perjalanan sempena Kembara Anak Perlis Ke Sempadan China 2022, yang telah bermula dua hari lalu dan bakal menelusuri dua negara ASEAN untuk ke sana, lapor Utusan Malaysia. Mereka memulakan perjalanan melalui pintu sempadan negara di Wang Kelian menuju Thailand dan Laos.

    Kepada yang berminat untuk mengikuti perkembangan perjalanan tersebut, mereka berdua ada kongsikan hantaran kemaskini dan juga gambar-gambar dari kembara berkenaan melalui laman Facebook Kami Mengembara.

    Pada 2015, Rushafizi pernah melakukan perjalanan ke Laos dengan menunggang motosikal berkuasa rendah. Dari situ, idea untuk memandu Kancil ke sana terbit, yang sedang dilakukan ketika ini. Menurut mereka, kembara ini adalah bertujuan untuk memberi inspirasi kepada anak muda bagi meningkatkan semangat dan jati diri dalam mendepani cabaran dalam hidup.

    “Kami juga mahu membuktikan bahawa dengan kenderaan lama seperti Perodua Kancil 660cc ini juga mampu sampai ke sempadan negara China,” katanya. Beliau yang juga merupakan seorang guru berkata, kos bagi perjalanan ini pula adalah daripada simpanan sendiri, dan disertai juga oleh beberapa tajaan daripada pihak lain.

    Dalam hantaran Facebook terkini, mereka berkongsi gambar dan pengalaman perjalanan pada hari pertama, dari Suratthani menuju Bangkok.

     
     
  • Jadual Cadangan Waktu Perjalanan 23 Dis-2 Jan di Lebuhraya PLUS sempena Krismas dan Tahun Baharu

    Jadual Cadangan Waktu Perjalanan 23 Dis-2 Jan di Lebuhraya PLUS sempena Krismas dan Tahun Baharu

    Bulan Disember ini memang ada beberapa cuti hujung minggu panjang, termasuklah sempena perayaan Krismas yang jatuh pada hari Ahad (25 Disember), manakala hujung minggu berikutnya juga bersambung dengan cuti sempena Tahun Baharu 2023. Pastinya, ramai di antara kita yang merancang untuk pulang ke kampung halaman atau pun bercuti ke mana-mana destinasi.

    Sehubungan itu, PLUS Berhad (PLUS) turut menjangkakan lonjakan trafik kepada dua juta kenderaan sehari, berbanding 1.8 juta sehari pada hari biasa, yang bakal melalui Lebuhraya Utara-Selatan bersempena dengan cuti Krismas dan Tahun Baharu untuk tempoh bermula 23 Disember 2022 hingga 2 Januari 2023.

    CEO PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata lebih daripada 1.8 juta kenderaan direkodkan secara konsisten berikutan bermulanya cuti sekolah.

    “Sejak kita memasuki fasa endemik, PLUS merekodkan jumlah trafik yang tinggi iaitu sebanyak 1.8 juta kenderaan sehari berbanding 1.6 juta kenderaan sehari pada tahun 2019, iaitu sebelum pandemik Covid-19. Berdasarkan corak perjalanan pelanggan dan data trafik ketika cuti perayaan dan cuti hujung tahun yang lalu, kami menjangkakan kira-kira dua juta kenderaan akan melalui rangkaian lebuh raya kami setiap hari.

    Jadual Cadangan Waktu Perjalanan 23 Dis-2 Jan di Lebuhraya PLUS sempena Krismas dan Tahun Baharu

    “Oleh itu, seperti musim perayaan yang lain, kami turut mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk rujukan para pengguna Lebuhraya PLUS sempena dengan cuti Krismas dan Tahun Baharu 2023. Pada masa yang sama, anda juga juga dinasihati agar bersedia untuk menempuh tempoh perjalanan yang lebih panjang disebabkan lonjakan trafik ini,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

    Menerusi TTA yang dikeluarkan untuk tempoh 23 Disember 2022 hingga 2 Januari 2023, pengguna Leburaya PLUS yang ingin memulakan perjalanan dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi lebih jauh seperti ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara) dan Johor dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya sebelum jam 10 pagi.

    Sementara itu, bagi mereka yang menuju ke lokasi yang lebih dekat atau ke negeri-negeri lain dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya di antara jam 12 tengah hari hingga 4 petang.

    Manakala bagi perjalanan menuju ke Lembah Klang untuk tarikh yang sama, pengguna yang datang dari arah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara), Johor dan negeri-negeri lain dinasihati mula memasuki Lebuhraya PLUS sebelum jam 10 pagi.

    Jadual Cadangan Waktu Perjalanan 23 Dis-2 Jan di Lebuhraya PLUS sempena Krismas dan Tahun Baharu

    Datuk Zakaria turut berkata PLUS juga telah mengeluarkan arahan pemberhentian kerja dan tiada penutupan lorong bermula 23 Disember hingga 26 Disember, dan di antara 30 Disember 2022 hingga 1 Januari 2023 untuk mengelakkan kesesakan di lebuh raya.

    “Walau bagaimanapun, penutupan lorong mungkin terpaksa diadakan bagi membolehkan kerja-kerja pengalihan kenderaan yang terlibat di dalam kemalangan, kerja pembersihan di lokasi kemalangan dan kerja-kerja pembaikan yang kritikal atas sebab keselamatan,” tambah beliau.

    Dalam masa yang sama, beliau turut menasihatkan pelanggan lebuh raya supaya mereka bersedia secara fizikal dan mental untuk perjalanan jauh, termasuklah lebih berhati-hati ketika memandu pada musim hujan.

    Jadual Cadangan Waktu Perjalanan 23 Dis-2 Jan di Lebuhraya PLUS sempena Krismas dan Tahun Baharu

    “Pastikan kenderaan anda dalam keadaan yang baik, anda mendapat rehat yang cukup, dan sediakan keperluan penting seperti air, susu tepung bayi, ubat-ubatan untuk orang tua dan makanan ringan di dalam kenderaan. Pemandu digalakkan untuk berhenti rehat di kawasan rehat & rawat (R&R) atau hentian sebelah dari masa ke masa sebelum menyambung semula perjalanan,” katanya.

    Pelanggan lebuh raya turut diingatkan supaya memastikan kad Touch ‘n Go atau e-wallet mereka mempunyai baki yang mencukupi bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

    “Pelanggan juga dinasihatkan supaya masuk dan keluar dari lebuh raya menggunakan mod pembayaran yang sama dan menghubungi talian PLUSLine 1800-88-0000, jika berlaku kecemasan dan mahu mendapatkan bantuan di lebuh raya,” katanya.

     
     
  • Yamaha FreeGo 125 Connected tiba di Indonesia – rekaan serba baru, sistem sambungan kepada telefon

    Yamaha FreeGo 125 Connected tiba di Indonesia – rekaan serba baru, sistem sambungan kepada telefon

    Pasaran Indonesia kini menerima sebuah lagi skuter baru oleh Yamaha, iaitu FreeGo 125 Connected. Jika melihat pada namanya, mungkin ramai yang menyangka skuter ini hanya diberikan naik taraf pada sistem sambungan – melalui nama Connected padanya – tetapi sebenarnya mempunyai pelbagai kelebihan lain.

    Panel badan serta rekaannya juga berbeza berbanding FreeGo 125 biasa yang dilancarkan pada tahun 2018, dan dilengkapi dengan lampu jenis LED serta lampu amaran kecemasan. Dua pilihan warna disediakan, iaitu putih dan hijau gelap, sementara rim pula berwarna emas dengan saiz 12 inci dan dibalut tayar masing-masing bersaiz 100/90 di hadapan dan 110/90 di belakang.

    Menggerakkan skuter ini adalah enjin satu silinder suntikan bahan api 125 cc dengan teknologi Blue Core dan dilengkapi sistem start/stop yang menggunakan Smart Motor Generator (SMG). Kuasa yang mampu dihasilkan adalah 9.4 hp pada 8,000 rpm dan 9.5 Nm tork pada 5,500 rpm.

    Meter digital dengan paparan yang berbeza berbanding FreeGo 125 biasa digunakan pada model baru ini, dan ia dilengkapi dengan sistem sambungan kepada telefon bimbit melalui bluetooth dan aplikasi Y-Connect. Melaluinya, pengguna boleh melihat pelbagai informasi tambahan seperti notifikasi panggilan/mesej dan tahap bateri telefon serta maklumat penggunaan bahan api, kedudukan terakhir motosikal serta pelbagai lagi di telefon.

    Selain poket di bahagian bawah pemegang untuk meletakkan barangan kecil, FreeGo 125 juga menyediakan pelbagai kemudahan lain untuk pengguna termasuk ruang simpanan 25 liter bawah tempat duduk, tempat mengisi minyak di hadapan (bawah pemegang), penyangkut barangan serta sistem kunci pintar. Tangki bahan api berkapasiti 4.2 liter.

    Padanan brek cakera di hadapan dan dram di belakang pada skuter ini tidak dilengkapi ABS, manakala suspensi pula terdiri daripada fork teleskopik di hadapan dan satu penyerap hentak di belakang. Di Indonesia, FreeGo 125 Connected dijual pada harga 23.2 juta Rupiah (RM6,609), iaitu 3.24 juta Rupiah (RM923) lebih tinggi berbanding FreeGo 125 asas.

     
     
  • Ora Good Cat di Malaysia — galeri penuh; 143 PS/210 Nm, jarak hingga 500 km, dua varian dari RM140k

    Ora Good Cat di Malaysia — galeri penuh; 143 PS/210 Nm, jarak hingga 500 km, dua varian dari RM140k

    Model EV Ora Good Cat oleh GWM kini dijual di Malaysia dalam dua varian: 400 Pro pada harga RM139,800 dan 500 Ultra pada harga RM169,800. Kereta ini diberi jaminan selama lima-tahun/150,000 km sementara baterinya dengan jaminan lapan-tahun/180,000 km. Ia juga didatangkan dengan pengecas mudah alih, pengecas di rumah dan lima slot servis (setiap 10,000 km) percuma.

    Selain harga, kedua-dua varian berkenaan dibezakan oleh kapasiti bateri yang digunakan, dan dengan itu jarak perjalanannya juga berbeza. 400 Pro dilengkapi oleh bateri 47.8 kWh lithium iron phosphate (LFP) yang mampu memberikan jarak perjalanan 400 km, manakala varian 500 Ultra pula menggunakan bateri dengan kapasiti 63.1 kWh dengan jarak perjalanan 500 km. Jarak yang dinyatakan ini adalah mengikut kitaran ujian NEDC. Ujian WLTP yang lebih dekat dengan penggunaan dunia nyata akan memberikan bacaan kurang 20% daripada itu.

    Ora Good Cat di Malaysia — galeri penuh; 143 PS/210 Nm, jarak hingga 500 km, dua varian dari RM140k

    Janaan kuasa yang dihasilkan antara keduanya pula adalah sama, iaitu 105 kW (143 PS) dan 210 Nm. Waktu pengecasan penuh bagaimanapun berbeza. Jika dengan pengecas biasa (AC, sehingga 6.6 kW), 400 Pro memerlukan masa hingga lapan jam untuk baterinya penuh, manakala 500 Ultra memerlukan 10 jam. Namun, dengan pengcesan pantas DC (sehingga 60 kW), tahap 0-80% bagi 400 Pro boleh dicapai dalam masa 46 minit (32 minit jika dari 30-80%), sementara bagi 500 Ultra pula ialah 60 minit dari 0-80% (40 minit jika dari 30-80%).

    Antara kelengkapan yang ada pada model ini ialah lampu utama LED pintar, lampu belakang LED dengan lampu kabus belakang, larasan lampu tinggi automatik, cermin sisi automatik pengilap cermin automatik dan bumbung panoramik. Rim bersaiz 18-inci dengan tayar 215/50.

    Ora Good Cat di Malaysia — galeri penuh; 143 PS/210 Nm, jarak hingga 500 km, dua varian dari RM140k

    Di dalam, selain menampilkan kemasan dua-tona warna, kedua-duanya dilengkapi dengan paparan kluster intrumen digital tujuh-inci dan skrin sentuh infotainmen 10.25-inci serta penukar gear elektronik. Pembesar suara bagi 400 Pro ada empat, manakala bagi varian paling tinggi ada enam kesemuanya. Ciri Apple CarPlay dan juga Android Auto juga tidak ketinggalan. Sistem pendingin dan pengudaraan dalam kabin juga dilengkapi dengan penapis udara PM 2.5. Kerusi pemandu juga ada ciri urutan, serta sistem memori.

    Ora Good Cat juga lengkap dengan sistem keselamatan aktif yang canggih. Antara yang perlu disebutkan adalah bantuan tiga mod untuk parkir, Wisdom Dodge System yang membolehkan pemandu mengekalkan jarak selamat daripada kenderaan besar, Cornering Brake Control, AEB dengan bantuan di persimbangan dan ketika mengikut perlahan, kawalan melayar adaptif dengan Intelligent Turning dan Traffic Jam Assist. Ia dilengkapi dengan 12 radar sonic dan enam kamera untuk tujuan ini.

     
     
  • Kemaskini cerun runtuh LPT2: KT ke Kuantan arah selatan dibuka, Dungun ke Ajil arah utara ditutup

    Kemaskini cerun runtuh LPT2: KT ke Kuantan arah selatan dibuka, Dungun ke Ajil arah utara ditutup

    Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn Bhd (LPT 2), pengendali lebuh raya bagi Lebuhraya LPT2 telah mengemaskini informasi mengenai insiden cerun runtuh yang berlaku di lebuhraya berkenaan pada Isnin (19 Disember) lalu.

    Menurut syarikat berkenana, lebuhraya tersebut kini kembali dbuka semula sepenuhnya bagi laluan Kuala Terengganu ke Kuantan, arah selatan. Walau bagaimana pun, kerja-kerja baik pulih dan pemantauan masih dijalannya di KM393.0 susulan banjir yang melanda kawasan tersebut, jadi diharap para pemandu memandu dengan lebih berhati-hati. Info grafik turut dikongsikan, yang memaparkan laluan kecemasan di kawasan berkenaan, iaitu di antara Ajil dan Bukit Besi masih ditutup.

    Jika anda memandu menuju ke arah utara iaitu dari arah Kuantan, laluan di antara Dungun dan Ajil masih ditutup untuk dibaikpulih. Ia ditutup dari jam 3 pagi pada 19 Disember lalu, dan bagi yang menuju ke utara, dikehendaki keluar dari LPT2 di Plaza Tol Dungun dan kemudian meneruskan perjalanan dengan menggunakan jalan lama (FT03 Marang) menghala ke Kuala Terengganu. Anda boleh kembali menggunakan LPT2 di Ajil.

    Apabila kembali ke LPT2, dimaklumkan banjir di KM415 telah pun surut, namun hanya lorong kecemasan yang masih ditutup. ALiran kontra di kawasan berkenaan telah pun dihentikan pada jam 2.30 pagi tadi. Turut dimaklumkan, tanjakan (ramp) di Ajil ke Kuantan juga telah dibuka semula sejak jam 8 pagi tadi.

     
     
  • 45 jalan di Terengganu ditutup akibat dilanda banjir

    45 jalan di Terengganu ditutup akibat dilanda banjir

    Sejumlah 45 jalan di sekitar Terengganu ditutup sejak semalam berikutan dilanda banjir besar. Setakat jam 8 pagi tadi, daerah Besut mencatatkan paling banyak jalan yang ditutup iaitu 16 jalan, termasuk Jalan Jertih-Kuala Besut di Kampung Cawat-Kampung Nail dan Kampung Nangka.

    Ia juga melibatkan Jalan Bulatan Che Salamah-Kampung Raja di Sekolah Kebangsaan Tembila, Kampung Tembila, Jalan Jertih-Keruak di Kampung Batu 13, Jalan Pelagat/Lata Tembakah di Kampung Padang, Jalan Bawah Jambatan Jertih, Jalan Tok Sabah/Gertak Seratus Kampung Tok Sabah.

    Selain itu, jalan lain di daerah berkenaan yang turut ditutup termasuklah Jalan Tok Dak/Air Putih/Batu Tumbuh di Kampung Lapan Kotak, Jalan Jawek/Tok Raja/Alur Lintah, Jalan Renek/Tembila, Jalan Bukit Kenak/Gong Terap, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nering/Nyor Tujuh, Jalan Kuala Kubang/Lata Belatang, Jalan Masuk Kolam Air Panas La dan Jalan Air Panas La/Felda Tenang, laporan Berita Harian.

    Di Hulu Terengganu pula, sebanyak 13 jalan ditutup kepada semua kenderaan iaitu Jalan Batu 24- Pengkalan Ajal di Kampung Pasir Pelata, Jalan Matang/Nibong/Kuala Telemong di Bukit Tadok, Jalan Kg Pueh-Tapah-Payang Kayu-Baung-Kuala Ping di Felcra Bukit Kepah, dan Kampung Pelam/Bukit Lawang.

    Jalan lain yang turut ditutup termasuk Jalan Bukit Perah/KampungJak/Kuala Kejir; Pangkalan Ajil-Kuala Berang di tempat pelupusan sampah dan Kampung Paya Besar, Jalan Simpang Gaung-Sungai Tong di Kampung Teris, Jalan Bukit Diman-Tersat di Kampung Pengkalan Aja dan Jalan Kuala Berang-Sekayu-Belukar Bukit-Felda Mengkawang.

    Manakala di Dungun, sebanyak 13 jalan ditutup iaitu Jalan Tepus-Kuala Jengal di Sungai Cemuak, sebelum jambatan besar Kampung Minda Talong dan berhampiran loji air Tepus, Jalan Kampung Wa-Jerangau selepas SK Kampung Wa.

    45 jalan di Terengganu ditutup akibat dilanda banjir

    Penutupan jalan akibat banjir turut melibatkan Jalan Tok Kah Jerangau berhampiran tapak sangkar ikan, Jalan Durian Mentangau di Jambatan Durian Mentangau, Jalan Padang Ping berhampiran tempat lumba kuda, Jalan Nerang Jerangau di simpang tiga kedai runcit selepas jambatan Jerangau, Jalan Besor Lama Rantau Panjang di simpang tiga Kampung Panjang ke Besor.

    Serta Jalan Che Lijah di Kampung Pulut dan selepas padang getah, Jalan Jerangau Sungai selepas ladang getah dan Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Kampung Nyior.

    Di Kemaman pula, sebanyak tiga jalan ditutup iaitu Jalan Cukai-Air Putih menghala jalan keluar Tol Cukai ke Pasir Gajah, Teladas-Air Putih di jambatan lama Teladas dan Pelatoh-Lubuk Lesong di Kampung Pelantoh.

    Manakala dua jalan ditutup di daerah Kuala Nerus membabitkan Jalan Tepoh-Wakaf Mesira di Kampung Tepoh dan Kuala Terenganu-Kota Bharu di tempat pelupusan sampah Sungai Ikan.

     
     
  • Wheelcorp Premium dan BMW Group Malaysia lancar pusat 4S baharu terletak di Bukit Tinggi, Klang

    Wheelcorp Premium dan BMW Group Malaysia lancar pusat 4S baharu terletak di Bukit Tinggi, Klang

    Wheelcorp Premium telah meraikan ulang tahun ke-10 sebagai pengedar BMW bertauliah di Malaysia dan baru-baru ini telah melancarkan pusat 4S baharu dengan kerjasama BMW Group Malaysia. Terletak di Bukit Tinggi, Klang, fasiliti baharu ini disasarkan untuk memberikan perkhidmatan buat pelanggan di sekitarnya termasuk Shah Alam, Setia Alam dan Kota Kemuning.

    Dengan keluasan 170,000 kaki persegi, Wheelcorp Premium Bukit Tinggi menawarkan pemilihan yang meluas untuk model kenderaan dari BMW dan MINI, serta kereta pra-pemilikan menerusi program BMW Premium Selection dan MINI Next.

    Ruang pameran mampu menempatkan sehingga sembilan unit BMW, empat MINI dan 25 unit kereta pra-pemilikan. Selain itu, pusat 4S ini turut menempatkan pengecas pantas DC yang boleh digunakan menerusi aplikasi ChargEV.

    Untuk perkhidmatan selepas jualan, fasiliti ini turut memiliki 20 petak penyelenggaraan, membolehkannya mengendalikan hampir 80 temujanji sehari, termasuk menyediakan khidmat fast-lane untuk pelanggan yang perkhidmatan baik pulih dan selenggara on-the-go.

    Selain itu, fasiliti ini turut menempatkan ruang NEXTGen Luxury, Ogawa Relaxation Zone serta kaunter mini Starbucks di salah satu ruang Isetta Bar. Pelanggan juga boleh menguruskan pembaharuan insurans, jual-beli kenderaan, membeli cenderahati rasmi dan sebagainya di seksyen yang didedikasikan di bilik pameran.

    “Pelanggan sentiasa berada di setiap langkah yang kami di BMW Group Malaysia lakukan dan sebagai peneraju segmen premium industri automotif Malaysia, kami sering melihat kawasan baharu yang berpotensi untuk mengembangkan perniagaan kami. Ini termasuklah Klang, Shah Alam, Kota Kemuning dan Setia Alam di Lembah Klang.

    Wheelcorp Premium dan BMW Group Malaysia lancar pusat 4S baharu terletak di Bukit Tinggi, Klang

    “Dalam tempoh lima tahun akan datang, kami melihat segmen premium dalam bidang ini mampu berkembang lebih 20% dan kami perlu menonjolkan jenama kami bagi memenuhi pertumbuhan ini,” kata Hans de Visser, pengarah urusan BMW Group Malaysia.

    Menurut Jayden Liew selaku pengarah pengurusan Wheelcorp Premium pula, “Sebagai salah satu pusat peruncitan dan perkhidmatan bebas terbesar untuk BMW Group Malaysia selama 10 tahun dan seterusnya, kami tetap komited untuk menjadikan pengalaman BMW dan MINI melangkaui pembelian pelanggan dengan menjadikan kepuasan mereka keutamaan nombor satu kami.”

    Wheelcorp Premium Bukit Tinggi terletak di Lot 142646, Jalan Remia 5/KS 07, Ambang Botanik, 41200 Klang Bandar Diraja, Selangor dan ia dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 7 malam pada setiap hari Isnin hingga Sabtu, dan dari 10 pagi hingga 6 petang pada Ahad.

     
     
  • Ducati Desert X 2022 tiba di Malaysia – harga dari RM113k, v-twin 937 cc, pilihan beberapa pakej aksesori

    Ducati Desert X 2022 tiba di Malaysia – harga dari RM113k, v-twin 937 cc, pilihan beberapa pakej aksesori

    Cukup satu tahun sejak ia diperkenalkan kali pertama kepada dunia, Ducati Desert X kini tiba di Malaysia pada harga RM112,900 tidak termasuk insurans. Walaupun baru dilancarkan secara rasmi, 20 unit motosikal ini sudah dijual dan kumpulan seterusnya akan tiba pada bulan Mac 2023.

    Desert X adalah sebuah motosikal jenis dual purpose yang dibuat oleh Ducati dengan konsep rekaan menggabungkan elemen moden serta inspirasi daripada jentera lumba rali tahun 80-an jenama itu. Penggeraknya merupakan enjin v-twin Testastretta 937 cc yang mampu menghasilkan 110 hp pada 9,250 rpm dan 92 Nm tork pada 6,500 rpm. Meskipun mempunyai persamaan dengan Multistrada V2, transmisi enam kelajuan pada Desert X ini telah diubah dengan nisbah gear satu dan dua yang lebih pendek.

    Kelebihan utama Desert X adalah prestasi tunggangan kedua-dua, atas jalan biasa dan offroad. Untuk itu, ia disediakan dengan enam mod tunggangan termasuk Sport, Touring, Urban, Wet, Enduro dan Rally. Untuk mod Enduro, kuasa dikurangkan supaya mudah dikawal atas jalan offroad sementara dalam mod Rally pula, kuasa penuh diberi, tetapi dengan campur tangan elektronik yang kurang, sekaligus memberikan kawalan penuh kepada penunggang.

    Tiada mod khas Custom pada motosikal ini, tetapi pada setiap enam mod yang disediakan, penunggang boleh mengubah tahap campur tangan sistem elektronik seperti Ducati Traction Control (DTC) dan Cornering ABS (ada tiga tahap dan boleh ditutup terus apabila dalam mod Enduro dan Rally). Desert X juga disediakan dengan Ducati Wheelie Control (DWC) dan Ducati Quick Shift (DQS) Up & Down.

    Informasi penting motosikal dipaparkan pada skrin TFT-LCD lima inci dan fungsi sambungan bluetooth kepada telefon pintar disediakan sebagai pilihan tambahan (harga dalam jangkaan RM2k-RM4k bagi pasaran Malaysia). Pengguna juga boleh memilih dua mod paparan pada unit instrumen ini.

    Saiz rim Desert X mengikut seperti jentera offroad dengan saiz 21 inci di hadapan dan 18 inci di belakang, dengan merupakan unit spoked dan dibalut tayar Pirelli Scorpion Rally STR. Brek adalah daripada Brembo, dengan tetapan cakera berkembar 320 mm serta angkup M50 di hadapan dan cakera 265 mm dan angkup dua piston di belakang.

    Ducati Desert X 2022 tiba di Malaysia – harga dari RM113k, v-twin 937 cc, pilihan beberapa pakej aksesori

    Suspensi pula menggunakan unit daripada Kayaba dan boleh dilaras sepenuhnya untuk pra beban, mampatan dan lantunan. Bahagian hadapan menggunakan fork USD dengan jarak gerak 230 mm manakala bahagian belakang menggunakan monoshock dengan jarak gerak 220 mm. Tinggi Desert X dari tanah adalah 250 mm manakala tinggi tempat duduknya adalah 875 mm dalam keadaan standard. Berat keseluruhan adalah 202 kg.

    Harga yang dinyatakan adalah untuk model dalam keadaan standard, tetapi pelanggan juga diberi pilihan empat pakej lain dengan harga antara RM3,570 hingga RM14,280. Antara aksesori yang diberi dalam pakej ini adalah seperti beg barangan, ekzos Termignoni, pelindung enjin, lampu dan radiator, tempat duduk Rally serta tangki bahan api lapan liter di belakang sebagai tambahan kepada tangki 21 liter standard di depan.

    GALERI: Ducati Desert X

     
     
  • Proton S50 sedang diuji — pengganti Preve bakal tiba?

    Proton S50 sedang diuji — pengganti Preve bakal tiba?

    Sekali lagi, model sedan Proton yang diberi nama S50 telah dilihat sedang diuji oleh seorang pembaca paultan.org. Sama seperti sebelum ini, unit berkenaan mengenakan pelekat samaran dan trade plate yang sama dengan unit yang juga pernah dilihat sebelum ini Ogos lalu, yang mengesahkan lagi identiti kereta yang dilihat kali ini.

    Walaupun masih diselindung, bahagian depan kereta ini boleh dilihat, dengan rekaan grilnya kelihatan. Asas kepada S50 ini ialah model Geely Emgrand, dan oleh kerana kedudukan penawarnnya berada di atas Persona dalam segmen B, S50 ini berkemungkinan besar adalah pengganti kepada model Preve.

    Dengan ukuran 4,638 mm panjang, 1,820 mm lebar dan 1,460 mm tinggi, S50 merupakan sebuah kereta yang lebih besar berbanding Preve, dengan 95 mm lebih panjang dan 34 mm lebih lebar. Jarak antara roda pula kekal sama dengan 2,650 mm.

    Proton S50 sedang diuji — pengganti Preve bakal tiba?

    Dari sudut penjanaan kuasa, Emgrand di China menggunakan enjin 1.5 liter NA empat-silinder petrol yang menghasilkan 114 PS dan 147 Nm tork, digandingkan dengan pilihan kotak gear manual lima-kelajuan atau CVT, dengan kuasa disalurkan ke roda depan. Di Filipina pula, janaan kuasanya sedikit berkurangan: hanya 102 PS dan 142 Nm.

    Ia menggunakan platfrom B-segment Modular Architecture (BMA) seperti Proton X50. Ini memberi petunjuk yang S50 juga mungkin akan menggunakan enjin 1.5 liter turbocas tiga-silinder yang sama, yang menjana sebanyak 177 PS dan 255 Nm tork dalam versi paling tinggi Flagship.

    Bagaimana agaknya S50 ini jika dibandingkan dengan model pesaing seperti Honda City/Civic atau Toyota Vios/Altis? Mampu memecahkan populariti model sedia ada itu atau sebaliknya? Kita lihat nanti.

     
     
  • Polis Pahang beri diskaun saman 50% di semua kaunter trafik daerah di negeri ini pada 21-29 Dis 2022

    Polis Pahang beri diskaun saman 50% di semua kaunter trafik daerah di negeri ini pada 21-29 Dis 2022

    Polis Pahang telah mengumumkan penawaran diskaun saman trafik sebanyak 50% bagi kesalahan terpilih bermula hari ini, 21 hingga 23 Disember 2022. Pembayaran saman berserta diskaun itu boleh dilakukan di mana-mana kaunter trafik di negeri ini, dari jam 8 pagi hingga 4 petenag.

    Walau bagaimana pun, pemberian diskaun saman ini tidak ditawarkan untuk kesalahan seperti saman lampu isyarat merah, saman menggunakan lorong kecemasan, saman memotong secara berbahaya, saman memotong di garisan kembar, saman Kemalangan, saman Non Compund (NC), saman bicara mahkamah, saman melibatkan lori, saman ubahsuai ekzos dan saman Ops Selamat tahun semasa.

     
     
  • Jalan Batang Kali-Genting Highlands ditutup selama setahun untuk kerja baik pulih cerun/jalan – KKR

    Jalan Batang Kali-Genting Highlands ditutup selama setahun untuk kerja baik pulih cerun/jalan – KKR

    Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Hulu Selangor ditutup serta merta selama setahun untuk kerja pembaikan cerun dan jalan di kawasan insiden tanah runtuh di situ yang berlaku pada Jumaat lalu.

    Ketua Setiausaha KKR, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman, memaklumkan, dalam tempoh penutupan jalan berkenaan, orang ramai diminta menggunakan laluan alternatif yang akan dikeluarkan bilik gerakan Jabatan Kerja Raya (JKR), laporan Berita Harian.

    Jelas beliau, pihaknya juga akan membuat kajian dengan lebih mendalam di tapak tragedi berhubung pembinaan cerun selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) berakhir.

    “Walaupun jalan itu OK, kita tidak berani buka sehingga cerun baharu dibuat yang akan mengambil tempoh kira-kira setahun,” katanya sambil menambah pembinaan jalan di kawasan itu tidak menyebabkan berlakunya runtuhan, sebaliknya insiden berkenaan disebabkan faktor semula jadi kerana adanya aliran air bawah tanah.

    “Ia juga tidak disebabkan pengairan secara haram dari tapak perkhemahan, namun pergerakan air yang kita tidak nampak dari mata kasar,” sambungnya.

    Setakat ini, kataya, KKR mengenal pasti 1,045 cerun yang berada di sepanjang jalan Persekutuan di Semenanjung dalam kategori berisiko tinggi untuk runtuh.

    “Tiada pembangunan dibenar dibangunkan di kawasan berisiko tinggi itu. Kita sudah ada garis panduan yang diluluskan melalui Mesyuarat Majlis Negara bagi kerajaan tempatan yang perlu diikuti pihak berwajib. Melalui garis panduan itu juga kita meletakkan kriteria iaitu kawasan merah tidak dibenarkan sebarang pembangunan,” katanya.

    Dalam insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya pada awal pagi Jumaat lalu, setakat ini mengorbankan 24 daripada keseluruhan 94 mangsa dengan 61 orang selamat dan sembilan masih hilang.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.17 (-0.04)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.00
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.91 (0.00)
EURO 5 B7 RM3.11 (0.00)
Last Updated Jul 31, 2025