Follow us:
Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • Chery buka empat bilik pameran baharu di Sabah dan Sarawak; dua pusat 3S, 1 dalam pusat membeli belah

    Chery buka empat bilik pameran baharu di Sabah dan Sarawak; dua pusat 3S, 1 dalam pusat membeli belah

    Chery Malaysia mengumumkan bahawa empat buah bilik pameran baharunya telah dibuka di Sabah dan Sarawak, di mana dua daripadanya adalah berstatus 3S. Menurut syarikat itu, pembukaan jaringan pengedaran baharu yang agresif ini menunjukkan komitmennya bagi menawarkan akses yang lebih luas dan perkhidmatan yang dipertingkatkan kepada pelanggannya yang semakin meningkat di Malaysia Timur.

    “Chery secara beransur-ansur mengembangkan penampilannya di Borneo dan kami berharap dapat meliputi lebih banyak lokasi di kedua-dua negeri. Kami tidak sabar-sabar untuk mengembangkan lagi rangkaian kami di seluruh Malaysia, memberikan lebih ramai rakyat Malaysia peluang untuk memiliki rangkaian kenderaan Chery,

    “Dengan cawangan baharu di Sabah dan Sarawak, kami yakin pelanggan Chery kami di rantau ini akan terus menerima yang terbaik dalam jualan, perkhidmatan dan sokongan selepas jualan,” kata Michael Chew, Naib Presiden Chery Malaysia.

    Tiga daripada bilik pameran berkenaan terletak di Sabah iaitu di Chery Sandakan, Chery Tawau dan Chery Imago Mall Kota Kinabalu, di mana ketiga-tiga dioperasikan oleh Universal Chery Sdn Bhd. Manakala satu lagi fasilti berkenaan terletak di Miri Sarawak dioperasikan oleh MP Advanced Automotive Sdn. Bhd.

    Chery Tawau merupakan pusat 3S dengan keluasan 682 meter persegi yang turut menawarkan alat ganti dan servis selepas jualan, serta menyediakan empat ruang servis. Fasiliti ini terletak di TB4005, Taman Berkeley, Batu 1, Jalan Apas, Tawau, Sabah.

    Bilik pameran Chery Tawau ini dibuka setiap hari dari pukul 8.30 pagi hingga 6 petang (Isnin hingga Jumaat), 8 pagi hingga 4 petang (Sabtu) dan 10 pagi hingga 3 petang (Ahad dan cuti am). Manakala pusat servis pula dibuka dari pukul 8 pagi hingga 5 petang (Isnin hingga Jumaat), 8 pagi hingga 3 petang (Sabtu), dan tutup pada hari Ahad dan cuti am.

    Chery Sandakan pula merupakan bilik pameran bertaraf 1S terletak di aras lantai, Lot No 1, Taman Wemin, Batu 5, Jalan Labuk, Sandakan, Sabah. Ia dibuka bermula pada 8 pagi hingga 6 petang (Isnin hingga Jumaat), 8 pagi hingga 4 petang (Sabtu) dan 10 pagi hingga 3 petang (Ahad dan cuti am).

    Manakala Chery Imago Mall merupakan bilik pameran ‘butik’ yang unik kerana terletak di dalam kompleks membeli belah. Terletak di Lot G-74-1 Aras Lantai Imago Mall Kota Kinabalu, bilik pameran ini berfungsi seperti bilik pameran lain seperti mempamerkan kereta, menyediakan pandu uji dan juga urusan jualan, tetapi dalam suasana berbeza.

    Chery buka empat bilik pameran baharu di Sabah dan Sarawak; dua pusat 3S, 1 dalam pusat membeli belah

    “Kami faham bahawa keluarga moden hari ini, sering menghabiskan hujung minggu mereka membeli-belah, menikmati aktiviti masa lapang, dan menghabiskan masa berkualiti bersama-sama. Dengan membawa bilik pameran kami ke Imago Mall, kami memudahkan anda meneroka kereta kami sambil menikmati segala yang ditawarkan oleh pusat membeli-belah itu,” kata Chew.

    Chery Imago Mall ini juga dibuka setiap hari, dari pukul 10 pagi hingga 8 malam (Isnin hingga Khamis) dan dari pukul 10 pagi hingga 9 malam (Jumaat hingga Ahad).

    Bagi Chery Miri pula ia adalah pusat 3S yang terletak di Lot 8363-8366, Aras lantai, Blok 1 Lambir Land District, Jalan Miri By Pass, Miri, Sarawak. Dengan keluasan 892 meter persegi, pusat ini turut dilengkapi dengan empat ruang servis.

    Chery buka empat bilik pameran baharu di Sabah dan Sarawak; dua pusat 3S, 1 dalam pusat membeli belah

    Bilik pameran Chery Miri ini dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 5 petang (Isnin hingga Sabtu) dan 9 pagi hingga 3 petang pada hari Ahad dan cuti am. Pusat servis pula dibuka bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang dari hari Isnin hingga Sabtu, dan ia ditutup pada hari Ahad dan cuti am.

    Dengan pembukaan jaringan pengedaran terbaharu ini, Chery Malaysia kini mempunyai empat bilik pameran dan dua pusat servis di Sabah, serta dua bilik pameran dan dua pusat servis di Sarawak yang beroperasi dengan outlet pembaikan badan dan cat untuk setiap negeri.

    Tahun lalu Chery Malaysia sudahpun memiliki 56 bilik pameran di seluruh Malaysia, dan jumlah berkenaan akan bertambah sehingga 65 outlet menjelang akhir tahun ini, kata syarikat itu dalam kenyataan yang dikeluarkan.

    GALERI: Chery Tawau

    GALERI: Chery Sandakan

    GALERI: Chery Imago Mall

    GALERI: Chery Miri

     
     
  • Modenas Ninja 500 dilancar di Malaysia – dua varian, enjin dua silinder selari 451 cc, harga dari RM28k

    Modenas Ninja 500 dilancar di Malaysia – dua varian, enjin dua silinder selari 451 cc, harga dari RM28k

    Modenas secara rasminya mengumumkan, Ninja 500 kini sudah berada di pasaran Malaysia dengan ditawarkan dalam dua varian iaitu Ninja 500 dan Ninja 500 SE. Harganya masing-masing adalah RM28,100 dan RM30,100 tidak termasuk insurans, dan didatangkan dengan jaminan selama dua tahun tanpa had batuan.

    Menggerakkan Ninja 500 adalah enjin baru dua silinder selari 451 cc DOHC, dipadankan bersama transmisi enam kelajuan dan mampu menghasilkan kuasa 45 hp pada 9,000 rpm dan tork 42.6 Nm pada 6,000 rpm. Berat keseluruhan motosikal adalah 171 kg dan ia datang dengan tangki bahan api 14 liter.

    Menurut Modenas, Ninja 500 ini menggunakan casis inspirasi daripada model 250 cc, menjadikan pengendaliannya serba mudah, sementara suspensi pula terdiri daripada fork teleskopik 41 mm di hadapan dan monoshock dengan pelarasan pra beban di belakang.

    Ia memegang rim 17 inci dengan tayar bersaiz 110/70 di hadapan dan 150/60 di belakang, manakala tugas membrek pula dilaksana tetapan cakera tunggal 310 mm dengan angkup dua piston di hadapan dan cakera 220 mm tunggal dengan angkup satu piston di belakang. Sistem ABS dual-channel diberikan secara standard.

    Bagi Ninja 500 biasa, ia ditawarkan hanya dalam satu warna iaitu hitam, sementara Ninja 500 SE datang dalam pilihan dua warna iaitu hijau dan hitam/merah. Menjadikan Ninja 500 SE lebih mahal adalah tambahan kelengkapan seperti pengecas USB Type-C, sistem kunci pintar serta skrin TFT yang boleh disambung kepada telefon.

    GALERI: Ninja 500 pasaran luar

     
     
  • Seorang wanita disaman gara-gara guna telefon bimbit sambil memandu dan hampir terlanggar anggota JPJ

    Seorang wanita disaman gara-gara guna telefon bimbit sambil memandu dan hampir terlanggar anggota JPJ

    Seorang anggota Unit Falcon Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang hampir dilanggar sewaktu cuba memberikan isyarat berhenti terhadap seorang pemandu wanita yang didapati menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu.

    Wanita berkenaan yang memandu MPV Nissan Livina X-Gear mungkin gelabah sampaikan nyaris telanggar anggota JPJ terbabit. Malah perbuatannya itu dirakam menerusi Enforcement Action Camera (EAC) yang dipakai oleh anggota JPJ tersebut. Bagaimana pun, tidak dipastikan bila insiden ini berlaku namun video tersebut baru dimuatnaik ke akaun Tik Tok falconjpjpenang semalam.

    Menerusi video tersebut, anggota JPJ itu bertindak pantas mengelak daripada dilanggar kereta yang dipandu wanita berkenaan sambil menyebut “hah hampir nak langgaq (langgar dalam loghat utara). Dan pemandu wanita itu seakan memandu dalam keadaan yang tidak tentu arah walau berjaya mengelakkan daripada terlanggar anggota JPJ tersebut sebelum memberhentikan kenderaannya di bahu jalan.

    Sebaik sahaja berhenti, pemandu wanita berkenaan sempat memohon maaf beberapa kali kepada anggota JPJ tersebut namun pembuatannya yang ternyata menyalahi peraturan lalu lintas lalu tetap disaman atas kesalahan memandu sambil menggunakan telefon bimbit.

    Untuk anda yang mungkin tidak tahu atau pun buat-buat tak tahu, kesalahan menggunakan telefon bimbit semasa memandu di bawah kaedah 17A, LN166/59 tersebut dikategorikan sebagai saman tidak boleh dikompaun dan kes perlu diselesaikan di mahkamah. Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan sehingga RM1,000 (minimum RM300) atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan. Sekiranya ia adalah sabitan kali kedua, hukuman denda sehingga RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

    @falconjpjpenang Antara risiko yang perlu dilalui anggota penguatkuasa…#jpjpulaupinang #jpjmalaysia #falconjpjpenang #falconjpjmalaysia #bikers #viral #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – FALCON JPJ PENANG

     
     
  • Pulau Pinang bakal ada 600 pengecas EV tahun ini

    Pulau Pinang bakal ada 600 pengecas EV tahun ini

    Pulau Pinang dijangka akan mempunyai 600 pengecas EV menjelang tahun ini, begitu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kerajaan Tempatan, Bandar dan Luar Bandar, Jason H’ng Mooi Lye ketika melancarkan kemudahan pengecasan di Gat Lebuh China, lapor Bernama.

    “Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah menjalankan kajian bagi lokasi kemudahan pengecasan EV di bahagian pulau, dan disebabkan ruang yang terhad, ruang parkir sedia ada akan digunakan untuk tujuan ini, termasuklah di kompleks letak kereta MBPP, serta parkir tepi jalan untuk memberi akses kepada orang ramai,” ujar beliau dengan menambah bahawa kawasan selenggaraan MBPP dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) masing-masing akan mempunyai 300 stesen pengecas EV.

    MBPP telah menjalankan proses Request for Proposal (RFP) bagi pemasangan pengecas EV, melibatkan 52 unit di 26 lokasi di bahagian pulau, termasuk di Persiaran Karpal Singh, Jalan Concordia, Precint 10, Lebuh Union, Gat Lebuh China dan Pasar Tanjung Bungah, jelasnya lagi.

    Pulau Pinang bakal ada 600 pengecas EV tahun ini

    Semua pengecas tersebut, yang dijangka akan beroperasi pada April, telah siap dipasang dan kini dalam proses disambungkan kepada bekalan elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). MBPP juga dalam proses untuk melaksanakan fasa kedua RFP bagi operasi 50 pengecas EV tambahan di 27 lokasi menjelang Disember.

    “Selain memasang pengecas EV di kawasan selenggaraan MBPP dan MBSP, pemaju pusat beli-belah dan kawasan komersial juga telah mengambil inisiatif untuk memasang pengecas EV susulan daripada corak peningkatan penggunaan EV,” tambahnya. Pulau Pinang ketika ini sudah mempunyai 261 pengecas EV yang disediakan oleh sektor swasta.

     
     
  • Proton Saga lawan arus di Link Kedua di Johor, hampir sebabkan kemalangan dengan beberapa kenderaan

    Proton Saga lawan arus di Link Kedua di Johor, hampir sebabkan kemalangan dengan beberapa kenderaan

    Seorang pemandu yang melalui Malaysia-Singapore Second Link (Link Kedua) semalam telah menyusahkan ramai pengguna lain kerana memandu melawan arah trafik dan hampir menyebabkan kemalangan beberapa kenderaan. Dalam satu video yang dikongsikan oleh akaun Facebook Roda Johor, kejadian berkenaan berlaku di laluan arah Selatan susur keluar Iskandar Puteri sekitar jam 2.40 petang semalam.

    Rakaman dashcam menunjukkan sebuah kereta berhadapan dengan sebuah lagi Proton Saga FL yang dipandu melawan arus trafik dan berada di lorong paling laju. Pemandu kereta tersebut, bersama pemandu Proton Exora di depan dan Proton Perdana di belakang, semuanya perlu mengelak Saga berkenaan dan nyaris terlibat dalam kemalangan disebabkan oleh Saga itu.

    Dan, ini bukanlah kali pertama kejadian seperti ini berlaku di Second Link. Pada 2023, sebuah lori dipandu salah arah di lebuhraya itu dan melanggar dua buah kenderaan lain dan menyebabkan kecederan ringan kepada yang terlibat. Pemandu lori tersebut didapati memandu dalam keadaan mabuk dan ditahan selepas kejadian itu.

    Bagaimana boleh ada pemandu yang melakukan perkara ini adalah sangat aneh untuk difikirkan. Ia perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab dan membahayakan nyawa orang lain. Apa sebenarnya yang telah terjadi dalam masyarakat kita hari ini sehingga hal-hal seperti ini makin kerap berlaku?

    Jika terlepas simpang, teruskan dahulu perjalanan. Jangan undur kenderaan, apatah lagi untuk memandu melawan arus trafik. Cari jalan lain di depan, dan itu hanya memakan masa beberapa minit sahaja masa anda berbanding untuk membahayakan orang lain dengan tindakan semberono seperti memandu melawan arus trafik.

    Menurut polis, memandu menentang arus adalah kesalahan serius terkait pemanduan merbahaya dan cuai. Mereka yang didakwa atas kesalahan ini boleh dihukun penjara tidak lebih lima tahun, dengan saman tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000. Pesalah juga boleh dibatalkan lesen memandu mereka, atau digantung daripada memandu selama lima tahun.

    Pernah terjadi sebelum ini, pemandu yang melawan arus merupakan mereka dari golongan rentan dan tua, yang menghidapi penyakit seperti dementia, yang membuatkan mereka melakukan tindakan itu. Namun, dalam kes Saga ini, belum tentu pemandunya berada dalam keadaan yang bagaimana, tetapi kejadian ini perlu diambil iktibar serius oleh semua dan perlu dihindari segera, atas alasan apa sekali pun.

     
     
  • Toyota Crown Estate 2025 dilancarkan di Jepun – 2.5L PHEV 306 PS dan hybrid 243 PS, bermula RM190k

    Toyota Crown Estate 2025 dilancarkan di Jepun – 2.5L PHEV 306 PS dan hybrid 243 PS, bermula RM190k

    Pada 2023, Toyota telah mendedahkan model generasi ke-15 untuk model Toyota Crown – apa yang mengejutkan, ia kini bukan lagi sekadar sedan besar seperti lazimnya, tetapi tampil dalam empat gaya badan iaitu Crossover, Sport, Sedan dan juga Estate. Tiga dari empat varian badan tersebut sudahpun mula dijual sebelum ini, dan sekarang tiba masa varian Estate iaitu Crown dalam versi wagon dilancarkan secara rasmi ke pasaran Jepun.

    Crown Estate ditawarkan dalam dua varian di sana iaitu Estate RS plug-in hybrid (PHEV) dijual pada harga bermula 8,100,000 yen (RM243,036), dan juga Estate Z hybrid dijual pada harga bermula 6,350,000 yen (RM190,544). Kedua-dua varian ini datang standard dengan sistem pacuan semua roda E-Four, dan menerima enjin petrol A25A-FXS 2.5 liter empat silinder NA.

    Untuk model RS PHEV, enjin petrol yang dibekalkan menghasilkan kuasa 177 PS dan tork maksima 219 Nm, digandingkan bersama motor elektrik berkuasa 182 PS dan tork 270 Nm. Ia turut dibantu dengan satu lagi motor elektrik pada gandar belakang untuk sistem E-Four berkuasa 54 PS/121 Nm, dan secara keseluruhan kuasa yang dibekalkan pada model ini adalah 306 PS.

    Toyota Crown Estate 2025 dilancarkan di Jepun – 2.5L PHEV 306 PS dan hybrid 243 PS, bermula RM190k

    Kuasa elektrik untuk motor-motor berkenaan dibekalkan oleh bateri lithium ion 51 Ah yang membolehkan ia bergerak dengan kuasa elektrik sepenuhnya sejauh 89 km dalam kitaran ujian WLTP. Bateri berkenaan boleh dicas semula dengan sistem AC, di mana cas penuh dapat dicapai dalam lima jam setengah dengan soket 200 V/16A, tiga jam setengah menggunakan soket 200 V/30A dan 33 jam menggunakan soket 200 V/6A. Ia juga boleh menggunakan pengecas pantas DC memebolehkan cas 0-80% dipenuhkan dalam masa 38 minit.

    Sementara varian Z hybrid pula, enjin petrol dalam sistem tersebut menghasilkan kuasa 190 PS dan tork 236 Nm, digandingkan dengan motor elektrik 120 PS/202 Nm, serta motor elektrik E-Four yang sama iaitu 54 PS/121 Nm. Kesemua ini menghasilkan kuasa keseluruhan 243 PS, dengan kuasa elektrik dibekalkan dari bateri litium ion 5 Ah.

    Untuk suspensi, Crown Estate yang diasaskan dari platform TNGA-K ini menerima sistem topang McPherson pada sebelah hadapan dan suspensi bebas jenis multilink di belakang. Ia juga diberikan set penyerap hentak adapatif (AVS) yang boleh dilaras dengan tiga pra tetapan iaitu Normal, Sport dan Rear Comfort, serta sistem stereng dinamik pada gandar belakang (DRS).

    Kedua-dua varian datang dengan rim aloi 21-inci dengan tayar 235/45R21, namun masing-masing menerima rekaan yang tersendiri dalam kemasan gelap.

    Toyota Crown Estate 2025 dilancarkan di Jepun – 2.5L PHEV 306 PS dan hybrid 243 PS, bermula RM190k

    Wagon ini dihasilkan dengan dimensi 4,930 mm panjang, 1,880 mm lebar, 1,625 mm tinggi dan jarak roda sejauh 2,850 mm. Dengan bateri hibrid diletakkan di bawah lantai, Toyota mendakwa ia tidak menggangu bahagian kargo kereta ini yang menyediakan ruang berkapasiti 470 liter, serta boleh dibesarkan lagi sehingga 1,470 liter dan menyediakan lantai rata sepanjang dua meter sekiranya tempat duduk belakang dilipat.

    Menurut Toyota lagi, bahagian kargo berkenaan menampilkan fabrik berkualiti tinggi dengan ‘tekstur yang menyenangkan’ bagi membolehkan pemilik menyimpan barang yang penting dengan selamat dan berasa selesa di ruangan tersebut. Bahagian kargo Crown Estate ini juga dilengkapi dengan tempat duduk dek yang boleh digunakan ketika berkhemah atau melakukakn aktiviti luaran yang lain.

    Crown Estate ini JDM ini ditawarkan dengan lima pilihan warna badan biasa dan lima pilihan warna badan dua-tona yang menampilkan bumbung hitam untuk varian RS PHEV termasuk warna khas untuk varian itu iaitu Grayish Blue. Manakala varian Z hybrid pula hadir dengan lima pilihan warna biasa dan empat warna dua-tona.

    Pada bahagian dalaman pula Crown Estate ini menerima skrin infotainmen bersaiz 12.3-inci, serta diberikan upholsteri kulit asli dalam kemasan hitam atau tan, termasuk balutan pada roda stereng dan tombol penukar gear.

    Antara perincian keselamatan yang diberikan pula termasuk pengelak pelanggaran dengan pengesan pejalan kaki dan penunggang basikal (siang dan malam), pengesan motosikal (siang sahaja) bersama radar gelombang-milimeter dan kamera monokular.

     
     
  • KTMB sediakan servis khas Lambaian Aidilfitri Pantai Timur 2025 — 28-29 Mac, 2&4 April; dari RM90 sehala

    KTMB sediakan servis khas Lambaian Aidilfitri Pantai Timur 2025 — 28-29 Mac, 2&4 April; dari RM90 sehala

    Sempena Raya Aidilfitri 2025 nanti, Keratapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan empat perkhidmatan edisi istimewa Ekspres Lambaian Aidilfitri bagi penumpang yang menuju Pantai Timur, lapor Bernama.

    Sejumlah 312 tiket tersedia bagi setiap perkhidmatan tersebut, menjadikan keseluruhan tiket yang ada ialah sebanyak 1,248 bagi musim ini, ujar Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd Rani Hisham Samsudin. Semua tiket ini juga membolehkan penumpang memilih gerabak tidur dan juga tempat duduk premier untuk lebih keselesaan.

    “Keretapi khas ini juga menampilkan gerabak buffet yang menghidangkan pelbagai hidangan, serta gerabak ‘chillax’ yang merupakan kawasan lounge eksklusif di mana pengunjung boleh menikmati perjalanan yang lebih selesa,” jelas beliau dalam wawancara bersama Bernama TV dalam program Apa Khabar Malaysia.

    Keretapi khas ini akan tersedia pada 28 Mac dan 2 April 2025, dan akan berlepas dari KL Sentral pada pukul 11 malam dan tiba di Tumpat, Kelantan pada 3.53 petang. Pada 29 Mac dan 4 April 2025 pula, keretapi ini akan berlepas dari Tumpat pada 10.45 malam dan tiba di KL Sentral pada 3.10 petang.

    Keretapi khas ini akan berhenti di 16 stesen: Bandar Tasik Selatan, Kajang, Seremban, Pulau Sebang, Gemas, Bahau, Mentakab, Jerantut, Kuala Lipis, Gua Musang, Dabong, Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Mas, Wakaf Bharu dan Tumpat.

    Tiket dijual dengan harga antara RM90 hingga RM95 sehala, dan boleh dibeli secara atas talian menerusi aplikasi mudah alih KTM Mobile (KITS) atau dari laman web rasmi Keratapi Tanah Melayu Berhad. Untuk pembelian di lokasi, ia boleh didapati di kiosk KTMB di stesen terpilih.

     
     
  • Toyota FT-Me diperkenal – kereta konsep kecil dengan panjang kurang 2.5 meter, panel solar di bumbung

    Toyota FT-Me diperkenal – kereta konsep kecil dengan panjang kurang 2.5 meter, panel solar di bumbung

    Dalam kawasan bandar di Eropah, kereta kecil seperti Citroen Ami, Microlino dan Fiat Topolino menjadi kegemaran kerana tempat letak kenderaan agak terhad dan kereta itu sendiri mempunyai saiz kompak yang memudahkan pergerakan.

    Melihat kepada keadaan itu, dan berharap dapat membantu pengguna kenderaan berhadapan cabaran di bandar, Toyota memperkenalkan FT-Me, yang setakat ini masih dalam fasa konsep. Ia boleh dinaiki dua orang dan mempunyai panjang tidak sampai 2.5 meter.

    Menurut Toyota, FT-Me yang dikuasakan oleh elektrik ini direka dengan inspirasi daripada sebuah helmet, memberi penekanan kepada kemampuan pengendalian dan hanya mengambil separuh saiz ruang parkir standard.

    Syarikat itu juga memberi fokus untuk menjadikan FT-Me mudah akses, dengan pemegang lesen permulaan juga boleh mengendalikannya, termasuk mereka yang berumur semuda 14 tahun di pasaran tertentu. Konsep pemandangan terbuka 360 darjah menjadikan mudah untuk pengguna melihat ke luar, sementara kawalan di tangan membantu mereka yang kurang kemampuan di bahagian kaki untuk mengendalikannya tanpa banyak ubah suai.

    FT-Me datang dengan ciri sambungan maju dan pilihan yang boleh disesuaikan dengan keperluan pengguna. Laporan Top Gear menyatakan, tempat duduk penumpang boleh dicabut untuk memberi ruang kepada barangan lain, manakala ruang simpanan di belakang mempunyai panjang 1.6 meter.

    Setakat ini perincian teknikal tidak banyak yang didedahkan, tetapi Toyota memberitahu, sistem pemacu FT-Me ini cuma menggunakan satu pertiga tenaga bagi setiap kilometer berbanding EV kapasiti tinggi lain. Bateri utama juga boleh dicas menggunakan panel solar atas bumbung, memberikan tambahan 20 ke 30 km setiap hari.

     
     
  • Honda HR-V 2025 dalam warna Stellar Diamond Pearl – ganti Lunar Silver Metallic, harga masih lagi sama

    Honda HR-V 2025 dalam warna Stellar Diamond Pearl – ganti  Lunar Silver Metallic, harga masih lagi sama

    Minggu lalu Honda Malaysia mula menawarkan warna baharu untuk SUV segmen-B Honda HR-V iaitu warna perak Stellar Diamond Pearl bagi menggantikan warna Lunar Silver Metallic sebelum ini. Dan kalau anda masih tidak sempat untuk melihat warna berkenaan depan mata di bilik pameran, ini dia kami sediakan satu galeri untuk anda belek.

    Warna ini boleh dipilih untuk semua varian HR-V di Malaysia, tanpa tambahan bayaran. Dan untuk unit yang kami rakam ini merupakan dari varian paling tinggi dan sporty iaitu 1.5L e:HEV RS.

    Secara keseluruhan, HR-V masih lagi tampil dengan lima pilihan warna termasuk Ignite Red Metallic, Ruse Black Metallic (menggantikan Crystal Black Pearl), Meteoroid Grey Metallic dan Platinum White Pearl (menggantikan Premium White Pearl, dengan tambahan bayaran RM800).

    Honda HR-V 2025 dalam warna Stellar Diamond Pearl – ganti  Lunar Silver Metallic, harga masih lagi sama

    Honda HR-V terus ditawarkan dalam empat varian dan tiga jenis enjin pada pasaran Malaysia. Varian paling asas 1.5 S menerima enjin 1.5 liter NA DOHC i-VTEC berkuasa 121 PS/145 Nm dijual pada harga RM115,900. Manakala varian 1.5L T E dan 1.5L T V pula dibekalkan dengan enjin 1.5 liter VTEC-Turbo berkuasa 181 PS/240 Nm, masing-masing dijual pada harga RM130,900 dan RM135,900.

    Manakala HR-V 1.5L e:HEV RS yang anda lihat ini pula menerima unit rangkaian kuasa yang merangkumi enjin 1.5L NA kitaran Atkinson yang bertindak secara primari sebagai generator untuk mengecas bateri, bersama motor elektrik yang memacu roda hadapan (pada situasi tertentu kedua-duanya akan memacu roda) menghasilkan kuasa keseluruhan 131 PS/253 Nm.

    HR-V 1.5L e:HEV RS ini dijual pada harga RM141,900 – kesemua harga yang disebutkan adalah harga atas jalan tanpa insuran.

    GALERI: Honda HR-V Turbo E

    GALERI: Honda HR-V Turbo V

    GALERI: Honda HR-V RS e:HEV

     
     
  • Geely Galaxy Starship 7 PHEV akan tiba di Australia tahun ini, mungkin lebih murah dari kembar EV EX5

    Geely Galaxy Starship 7 PHEV akan tiba di Australia tahun ini, mungkin lebih murah dari kembar EV EX5

    Nampaknya Geely mempunyai rancangan yang agak besar untuk pasaran Australia – Drive melaporkan bahawa jenama automotif China itu bakal melancarkan enam model kenderaan elektrik (EV) dan juga hibrid di pasaran berkenaan termasuk kembar Proton eMas 7 iaitu Geely EX5 yang telah diumumkan harganya baru-baru ini.

    Selepas EX5, ia akan disusuli versi plug-in hybrid (PHEV) SUV berkenaan yang dikenali sebagai Galaxy Starship 7 di China. Sama seperti EX5 yang dikenali sebagai Geely Galaxy E5 di pasaran negara asalnya, Galaxy Starship 7 turut bakal diberi nama lain untuk pasaran eksport – menurut ketua Geely Australia Lei Li, ia dijangka akan dikenali sebagai Starship 7 dan dilancarkan di Australia pada hujung tahun ini.

    Geely Galaxy Starship 7 ini dijual pada harga bermula 97,800 yuan (sekitar RM60k) di China, dan ia lebih murah berbanding Galaxy E5 yang dijual pada harga bermula 107,800 yuan (RM66k). Manakala di Australia EX5 dijual pada harga bermula AUD40,990 (RM115k), jadi boleh dijangkakan Starship 7 juga akan dijual lebih murah dan menjadi sebuah model PHEV dengan harga yang sangat kompetitif.

    Geely Galaxy E5 dan Galaxy Starship 7 berkongsi platform Global Intelligent New Energy Architecture (GEA) – dikenali sebagai platform Global Modular Architecture (GMA) oleh Proton – dengan saiz yang hampir sama. Model PHEV itu menampilkan dimensi panjang 4,740 mm, lebar 1,905 mm, tinggi 1,685 mm dan jarak roda sejauh 2,755 mm. Jadi berbanding kembar EVnya, Starship 7 adalah 125 mm lebih panjang, 4 mm lebih lebar, 15 mm lebih tinggi dan jarak roda 5 mm lebih jauh.

    Geely Galaxy Starship 7 PHEV akan tiba di Australia tahun ini, mungkin lebih murah dari kembar EV EX5

    Untuk unit rangkaian kuasa Starship 7 menerima sistem PHEV yang menggandingkan enjin 1.5 liter empat silinder berkuasa 111 PS dan tork maksima 136 Nm, bersama motor elektrik bagi menghasilkan kuasa keseluruhan 215 PS dan tork 262 Nm.

    Motor berkenaan menerima kuasa elektrik dari bateri litium logam fosfat (LFP) dalam dua pilihan kapasiti; 8.5 kWj untuk jarak gerak elektrik 55 km dan 19.09 kWj untuk jarak gerak elektrik 120 km (dalam kitaran CLTC).

    Dalam mod hibrid, satu tangki petrol membolehkan ia bergerak sejauh 1,420 km bergantung pada varian. Manakala untuk varian yang diberikan bateri 19.9 kWj, ia turut boleh dicas menggunakan pengecas pantas DC 36 kW membolehkan cas bateri dipenuhkan dari 30-80% dalam masa 20 minit.

    Starship 7 ini turut bakal dijelmakan oleh Proton sebagai eMas 7 dalam versi PHEV. Proton telahpun mengesahkan perkara tersebut, dan tidak mustahil ia turut akan dilancarkan tahun ini, diproduksi terus di kilang EV baharu Proton di Tanjung Malim yang dijangka akan mula beroperasi menjelang hujung tahun ini.

    GALERI: Geely Galaxy Starship 7

     
     
  • JPJ eBid: Siri PRR dan ANX bakal dibuka bidaan

    Bagi yang memerlukan untuk kenderaan baharu, siri nombor pendaftaran terkini dari Pulau Pinang dan Perak ini akan dibuka bidaan menerusi platform dalam talian, JPJ eBid.

    Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), siri nombor pendaftaran terkini dari Pulau Pinang, PRR bakal dibuka bidaan bermula 17 Mac. Bidaannya akan berakhir jam 10 malam pada 21 Mac. Keputusannya akan dikeluarkan sehari selepas bidaan ditutup iaitu pada 22 Mac 2025. Keseluruhan proses kini secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik (atau buruk) menerusi e-mel.

    Manakala siri nombor pendaftaran terkini Perak, ANX, bakal dibuka bidaan mulai 20 Mac. Tempoh bidaannya berlangsung selama lima hari dan akan ditutup pada 24 Mac, tepat jam 10 malam. Seperti biasa, keputusannya akan keluar pada keesokan harinya, 25 Mac 2025.

    Disebabkan sekarang ini banyak urusan yang boleh dibuat secara dalam talian, jadi kalau nak dapatkan nombor pendaftaran kenderaan terkini, anda boleh lakukan sendiri tanpa menggunakan khidmat pihak ketiga (termasuk runner), malah boleh menjimatkan kos serta masa. Anda boleh rujuk artikel kami sebelum ini berkenaan dengan JPJ eBid termasuk cara-cara yang diperlukan untuk membida nombor pendaftaran yang diingini.

     
     
  • Tren KTM ETS dilanjutkan ke Segamat mulai 15 Mac ini

    Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah mengumumkan bahawa perkhidmatan tren ETS akan dilanjutkan ke Stesen Segamat. Mulai 15 Mac ini, empat perkhidmatan akan dilanjutkan hingga ke stesen berkenaan untuk melengkapkan laluan bagi projek landasan berkembar elektrik (EDTP) Gemas-Johor Bahru.

    Menurut KTMB, ia juga merupakan laluan sedia ada iaitu sektor Butterworth – Gemas – Butterworth dan Padang Besar – Gemas – Padang Besar yang menghala ke bahagian selatan. Projek EDTP Gemas-JB ini melibatkan laluan sepanjang 192 km dan mempunyai 11 perhentian merentasi empat daerah besar di Johor, termasuk Segamat, Kluang dan Kulai sebelum tamat di JB Sentral. Projek ini dijangka akan siap sepenuhnya tahun ini.

    Dengan pengoperasian ke Stesen Segamat ini, para penumpang ETS kini boleh ke semua destinasi yang disenaraikan di bawah secara terus dengan kereta api. Tambang untuk perjalanan ke Butterworth ialah RM84 sehala, manakala perjalanan ke Padang Besar berharga RM101. Malah terdapat juga sambungan terus ke stesen KL Sentral di ibu negara dan bandar-bandar lain seperti Seremban, Ipoh dan Alor Setar.

    Tren KTM ETS dilanjutkan ke Segamat mulai 15 Mac ini

    Klik untuk besarkan

    “Penduduk Segamat kini boleh menaiki ETS untuk ke KL dan terus ke Padang Besar di Perlis. Dengan pelbagai fasiliti yang menarik dan moden, perkhidmatan ini bakal membawakan banyak manfaat untuk masyarakat setempat dan meningkatkan kesalinghubungan serta ekonomi tempatan.

    “Menjelang Hari raya Aidilfitri, pelanjutan perkhidmatan ETS ke Segamat memberi pilihan pengangkutan yang lebih selesa kepasa rakyat untuk pulang ke kampung halaman. KTMB juga menggesa orang ramai untuk membuat tempahan tiket secepat mungkin,” kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

    Dibuka pada Mei 2024, stesen KTM Segamat yang baharu ini dilengkapi dengan kemudahan lif, eskalator, CCTV, surau, parkir yang mampu memuatkan 97 kereta dan 49 motosikal. Stesen ini juga mesra OKU.

     
     
  • Geely EX5 2025 di Australia – kembar Proton eMas 7 dijual bermula RM114k, 218 PS, 2 varian, 430 km WLTP

    Geely EX5 2025 di Australia – kembar Proton eMas 7 dijual bermula RM114k, 218 PS, 2 varian, 430 km WLTP

    Geely telah pun mendedahkan harga untuk SUV EV Geely EX5 untuk pasaran Australia, di mana kembar bagi Proton eMas 7 itu (juga dikenali sebagai Geely Galaxy E5 di China) ditawarkan dalam dua varian iaitu Complete dan Inspire. Kedua-dua varian ini menampilkan unit rangkaian kuasa dan bateri yang sama, tetapi dengan prestasi dan jarak gerak yang berbeza.

    Model asas Complete dijual pada harga AUD40,990 (sekitar RM114k) tidak termasuk kos atas jalan, datang dengan perincian seperti rim aloi 18-inci, lampu hadapan LED dengan lampu tinggi automatik, penutup gril aktif, pengelap cermin automatik, paparan instrumen digital 10.2-inci, sistem infotainmen dengan skrin sesentuh 15.4-inci serta enam pembesar suara.

    Ia juga diberikan pengecas telefon pintar tanpa wayar 15W, tempat duduk hadapan larasan berkuasa dengan fungsi memori dan pemanas, pemantau tekanan angin tayar, dan juga Perkhidmatan Terhubung Geely yang memberikan servis-servis seperti kemaskini OTRA, pembantu arahan suara, striming media atas talian dan juga sistem telematik.

    Geely EX5 2025 di Australia – kembar Proton eMas 7 dijual bermula RM114k, 218 PS, 2 varian, 430 km WLTP

    Bagi varian tertinggi Inspire pula, ia dijual pada harga AUD44,990 (RM125k) dan datang dengan perincian seperti rim aloi 19-inci, bumbung suria panaromik dengan pelindung matahari berkuasa, paparan head-up 13.4-inci, fungsi aliran udara dan pengurut pada tempat duduk hadapan, perehat kaki kawalan kuasa untuk tempat duduk penumpang hadapan, sistem bunyi 1,000W dengan 16-pembesar suara serta lampu suasana kabin dengan 256 warna.

    Kedua-dua varian berkenaan diberikan kelengkapan keselamatan yang sama, ia termasuk cruise control adaptif, brek kecemasan automatik hadapan dan belakang, pemantau titik buta, pemantau status pemandu, bantuan pergerakan mengelak, bantuan kekal lorong, brek pelbagai pelanggaran, amaran pengesan penumpang, amaran keluar selamat, kamera pandangan sekeliling, pengenal tanda trafik dan tujuh-beg udara. Varian Inspire hanya ditambah dengan penderia parkir hadapan.

    Untuk unit rangkaian kuasa, kedua-duanya menerima motor elektrik tunggal berkuasa 218 PS (160 kW) dan tork 320 Nm yang hanya memacu roda hadapan. Ia digerakkan dengan bateri litium logam fosfat (LFP) berkapasiti 60.22 kWj. Walaupun menerima motor dan bateri yang sama, varian Complete boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa 6.9 saat dan jarak gerak 430 km (WLTP), sementara varian Inspire pula membuat pecutan sama dalam masa 7.1 saat dan jarak gerak hanya 410 km (WLTP).

    Geely EX5 2025 di Australia – kembar Proton eMas 7 dijual bermula RM114k, 218 PS, 2 varian, 430 km WLTP

    Perbezaan ini berkemungkinan disebabkan berat dari kelengkapan yang dipadankan di mana varian asas Complete yang lebih ringan membolehkan ia memecut lebih pantas dan mencapai jarak gerak lebih jauh berbanding Inspire yang lebih berat.

    Bateri pada SUV ini boleh menerima sistem cas AC maksima 11 kW dan juga sistem cas pantas DC 100 kW membolehkan cas dipenuhkan dari 30-80% dalam masa 20 minit. Ia juga diberikan sistem V2L untuk kegunaan peralatan elektrik lain dengan output 3.3 kW, serta sistem vehicle-to-vehicle (V2V) dengan output 6 kW.

    Lima warna badan ditawarkan pada pasaran Australia ini di mana warna Arctic White boleh dipilih tanpa tambahan kos, sementara pelanggan yang memilih warna Shadow Black, Volcanic Grey, Moonlit Silver dan Aquatic Green perlu menambah bayaran sebanyak AUD600 (RM1.7k).

    Geely EX5 ini diberikan waranti kenderaan selama tujuh-tahun tanpa had perbatuan dan waranti bateri selama lapan-tahun tanpa had perbantuan.

    Kelengkapan yang dibekalkan pada Geely EX5 di Australia ini adalah lebih kurang sama Proton eMas 7 di Malaysia di mana varian Prime dijual pada harga RM105,800 dan Premium berharga RM119,800. Namun varian asas Prime di sini menampilkan perincian yang sedikit rendah kerana dipadankan dengan bateri LFP hanya berkapasiti 49.52 kWj, menawarkan jarak gerak WLTP 345 km.

    EX5 di Australia juga diberikan satu beg-udara tambahan pada bahagian tengah hadapan, fungsi pengurut pada tempat duduk hadapan dan juga waranti kenderaan setahun lebih lama.

     
     
  • Harga minyak 13-19 Mac – petrol RON97 turun 10 sen seliter, diesel untuk Semenanjung turun 7 sen seliter

    Harga minyak 13-19 Mac – petrol RON97 turun 10 sen seliter, diesel untuk Semenanjung turun 7 sen seliter

    Bagi minggu bertarikh 13 hingga 19 Mac 2025, Kementerian Kewangan memutuskan untuk menurunkan harga bagi petrol RON 97 sebanyak 10 sen seliter, kini menjadi RM3.28 seliter. Manakala harga runcit bagi RON 95 yang telah mencapai harga siling masih dikekalkan pada paras RM2.05 seliter.

    Untuk diesel pula, harga runcit yang dijual di Semenanjung diturunkan sebanyak 7 sen seliter menjadi RM3.06 seliter. Walau bagaimana pun harga diesel untuk Sabah dan Sarawak masih dikekalkan pada RM2.15 seliter.

    Sebelum ini, Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata kriteria kelayakan subsidi RON95 serta kaedah pelaksanaannya akan diumumkan dalam tempoh terdekat. Menurut beliau, kementeriannya akan membentangkan hal-hal berkaitan kepada Kabinet dalam masa terdekat untuk mendapatkan kelulusan sebelum diumumkan kepada umum.

    Pengumuman ini juga akan meliputi peralihan kelayakan dari set sedia ada yang berasaskan pendapatan kasar, yang dikelaskan mengikut segmen B40, M40 dan T20, kepada berdasarkan pendapatan boleh dibelanjakan (disposable income).

     
     
  • Yamaha Gear Ultima Hybrid 125 dilancar di Indonesia

    Yamaha Gear Ultima Hybrid 125 dilancar di Indonesia

    Di negara jiran, Indonesia, Yamaha memperkenalkan sebuah skuter baru yang dinamakan sebagai Gear Ultima Hybrid 125. Ia datang dalam dua versi, iaitu Hybrid yang asas dan Hybrid S, dengan harga masing-masing 19.99 juta rupiah (RM5,391) dan 21.5 juta rupiah (RM5,799).

    Gear Ultima datang dengan rekaan serba baru yang berbeza berbanding Gear 125 dipanggil sebagai (Ego Gear di negara kita), dan rimnya dikecilkan menjadi 12 inci, dibalut tayar 110/70 di hadapan dan 110/70 di belakang. Lampu hadapan menggunakan unit LED.

    Penggerak yang digunakan pada Gear Ultima ini adalah sama seperti Grand Filano Hybrid, iaitu enjin satu silinder 125 cc Bluecore suntikan bahan api, SOHC, mampu menghasilkan kuasa 8.3 hp pada 6,500 rpm dan tork 10.6 Nm pada 4,500 rpm.

    Nama Hybrid itu digunakan kerana model ini datang dengan sistem Electric Power Assist Start, yang dapat memberikan bantuan sewaktu pecutan awal dan berguna terutamanya di kawasan berbukit. Bagi varian S, cirinya ditambah lagi dengan sistem Start & Stop, serta meter digital yang boleh disambung kepada telefon melalui aplikasi Y-Connect.

    Sebagai sebuah skuter, Gear Ultima menyediakan pelbagai kemudahan termasuk ruang simpanan bawah tempat duduk 18.6 liter, tangki bahan api 5.1 liter, cangkuk barangan, soket USB serta poket barangan di bawah pemegang. Berat keseluruhannya adalah 95 kg.

     
     
  • Toyota bZ4X facelift 2025 — SUV EV terima pengecas AC 22 kW, hingga 573 km jarak gerak, lebih kuasa

    Toyota bZ4X facelift 2025 — SUV EV terima pengecas AC 22 kW, hingga 573 km jarak gerak, lebih kuasa

    EV pasaran massa pertama Toyota, bZ4X pertama kali diperkenalkan pada 2022. Kini, ia diberikan kemaskini dan akan mula dijual di pasaran Eropah dalam tahun ini juga. Antara pembaharuan yang dilakukan menurut Toyota ialah pengecasan yang lebih pantas, lebih kuasa dan jarak perjalanan lebih jauh bagi SUV elektrik ini.

    Toyota bZ4X yang awal mempunyai bateri berkapasiti 71.4 kWh, tetapi kini ia hadir dengan dua pilihan — 57.7 kWh atau 73.1 kWh. Bateri yang lebih kecil adalah hanya untuk versi pacuan roda depan, sementara yang lebih besar boleh dipilih dalam versi pacuan roda depan FWD atau semua roda AWD. Toyota menyatakan jarak perjalanan yang boleh dicapai adalah 445 km bagi varian dengan bateri 57.7 kWh FWD, 573 km bagi 73.1 kWh FWD dan 520 km bagi 73.1 kWh AWD.

    eAxle bZ4X yang kompak, ringan dan cekap tenaga juga telah dipertingkat dengan pengenalan semiconductor silicon carbide (SIC). Ini membolehkan hantaran output kuasa yang lebih banyak, iaitu 167 hp (123 kW) bagi 57.7 kWh FWD, 224 hp (165 kW) bagi 73.1 kWh FWD dan 343 hp (252 kW) bagi 73.1 kWh AWD. Pecutan 0-100 km/j masing-masing adalah 8.6, 7.4 dan 5.1 saat.

    Toyota bZ4X facelift 2025 — SUV EV terima pengecas AC 22 kW, hingga 573 km jarak gerak, lebih kuasa

    Kapasiti menunda versi AWD pula telah dinaikkan dua kali ganda kepada 1,500 kg. Pengecas dalaman AC 22 kW pula akan disediakan untuk varian lebih tinggi, tetapi pengecasan DC maksimum kekal 150 kW.

    Untuk rekod, bZ4X sebelum ini dengan bateri 71.4 kWh menjana sebanyak 201 hp (150 kW) dalam tetapan RWD dan 215 hp (160 kW) untuk AWD. Untuk itu, perbezaan dengan model facelift terbaru ini adalah banyak, terutama untuk versi AWD. Jarak perjalanan model semasa ialah 500 km WLTP, atau 411 km bagi AWD. Input AC maksimum hanya 6.6 kW bagi model semasa, jadi adanya pengecas dalaman 22 kW juga adalah sesuatu yang penting.

    bZ4X yang dikemaskini ini juga dilengkapi dengan fungsi pra-penyejukan bateri sebagai ciri standard. Dengan ciri berkenaan, suhu optimum bagi pengecasan boleh dipastikan, membolehkan kuasa pengecasan yang lebih tinggi. Fungsi ini boleh diaktifkan secara manual atau automatik dengan panduan untuk pergi ke stesen pengecasan pantas.

    Toyota bZ4X facelift 2025 — SUV EV terima pengecas AC 22 kW, hingga 573 km jarak gerak, lebih kuasa

    Ada juga fungsi panduan arah dalam sistem tunjuk arah yang akan memilih secara automatik laluan yang membawa ke stesen pengecasan yang disyorkan serta mudah berdasarkan tahap semasa bateri dan baki jarak pemanduan yang tinggal. Fungsi ini sudah ada untuk bZ4X ketika ini untuk pengguna di Eropah.

    Untuk penampilan pula, rekaan luar dan dalam SUV ini diberi kemaskini juga. Bahagian depan paling ketara perbezaannya — ia kini menampilkan wajah yang sama digunakan untuk model Prius, Camry facelift dan CH-R+ EV, yang lebih tajam dan lebih aerodinamik.

    Bahagian belakang kekal sama, tetapi di dalam rekaan yang lebih bersih dan lapang diperkenalkan. Skrin infotainmen 14-inci lebih besar (sebelumnya 12.3-inci) dengan panel instrumen melintang yang lebih lebar. Kini, di bawah corong pendingin ada dua slot untuk pengecasan telefon tanpa wayar, menggantikan ruang untuk cawan sebelumnya.

    Toyota bZ4X facelift 2025 — SUV EV terima pengecas AC 22 kW, hingga 573 km jarak gerak, lebih kuasa

    Selebihnya, Toyota membuat kemaskini terhadap tetapan suspensi dan larasan terhadap badan kenderaan untuk menjadikannya lebih senyap dan kurangkan gegaran.

    Bagi bZ4X facelift ini, Toyota memberi jaminan bahawa bagi tempoh 10 tahun, ia akan mengekalkan tahap kesihatan bateri tidak kurang daripada 70%. Jaminan diberikan selama lapan-tahun atau 160,000 km, dan ada program penjagaan bateri untuk 10 tahun atau sejuta km yang melibatkan pemeriksaan tahunan kesihatan EV.

     
     
  • Lexus RZ EV 2025 didedahkan – kuasa sehingga 408 PS, ada tukaran gear 8AT dan bunyi enjin palsu

    Lexus RZ EV 2025  didedahkan – kuasa sehingga 408 PS, ada tukaran gear 8AT dan bunyi enjin palsu

    Selepas tiga tahun berada dalam pasaran, kini model elektrik penuh (EV) pertama keluaran divisi mewah Toyota, Lexus RZ diperkenalkan dalam versi kemaskini 2025. Dari segi rupa mungkin tidak banyak yang berubah, namun model yang disegarkan ini menerima unit rangkaian kuasa yang ditingkat taraf serta penambahan beberapa teknologi baharu.

    Bagi model 2025 ini, Lexus sudah tidak lagi menawarkan varian RZ 300e dan RZ 450e. Ia digantikan dengan varian RZ 350e dan RZ 500e, serta ditambah dengan satu lagi varian prestasi tinggi dengan lencana F Sport iaitu RZ 550e F Sport. Ketiga-tiga varian ini juga menerima bateri dengan sel lebih banyak, menjadikan kapasitinya kini adalah 77 kWj berbanding hanya 71.4 kWj sebelum ini.

    Varian asas RZ 350e diberikan motor elektrik tunggal berkuasa 227 PS (165 kW) dan tork 269 Nm yang hanya memacu roda hadapan, membolehkannya memecut dari 0-100 km/j dalam masa 7.5 saat serta jarak gerak sejauh 575 km dalam kitaran ujian WLTP.

    Lexus RZ EV 2025  didedahkan – kuasa sehingga 408 PS, ada tukaran gear 8AT dan bunyi enjin palsu

    Untuk RZ 500e pula, ia merupakan model AWD dengan diberikan satu lagi motor elektrik berkuasa 227 PS/269 Nm yang memacu gandar belakang, memberikan kuasa keseluruhan 381 PS (280 kW) memacu keempat-empat roda. Ini membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam masa 4.6 saat, tetapi dengan jarak gerak lebih pendek iaitu 500 km WLTP.

    Sebagai perbandingan, model varian asas RZ 300e sebelum ini hanya menghasilkan 204 PS/266 Nm membolehkan ia memecut dari 1-100 km/j dalam masa 8 saat, bersama jarak gerak 480 km WLTP, sementara varian RZ 450e pula menghasilkan 313 PS dengan dua motor elektrik, membolehkan pecutan sama dibuat dalam masa 5.3 saat dan jarak gerak 440 km WLTP.

    Manakala bagi Lexus RZ 550e F Sport pula, ia masih dibekalkan dengan motor elektrik hadapan dan belakang yang sama di mana masing-masing menghasilkan 227 PS/269 Nm, tetapi kuasa keseluruhan yang dicatatkan adalah 408 PS. Ini membolehkan ia memecut dari 0-100 kmj dalam masa 4.4 saat, bersama jarak gerak yang lebih pendek iaitu hanya 450 km WLTP.

    Lexus RZ EV 2025  didedahkan – kuasa sehingga 408 PS, ada tukaran gear 8AT dan bunyi enjin palsu

    Untuk mengecas, dengan sistem AC onboard SUV ini kini dapat menyokong sehingga 22 kW (sebelum ini hanya 11 kW), dan ia sudahpun diberikan fungsi pra-penyesuaian membolehkan masa mengecas 30 minit lebih pantas. Namun angka sebenar prestasi sistem pengecas AC dan DC Lexus RZ 2025 ini masih belum didedahkan.

    Bagi varian 550e F Sport, selain dari kuasa yang lebih besar, keseronokan memandu model ini turut ditambah menerusi fungsi Interactive Manual Drive, iaitu fungsi yang memberikan bunyi enjin dan tukaran gear palsu seperti memandu kereta dengan enjin pembakaran dalaman.

    Walau bagaimanapun ini bukanlah sistem dengan pedal klac dan tuil penukar gear H-Pattern seperti yang ditunjukkkan sedang dibangunkan oleh Lexus sebelum ini, sebaliknya ia memberikan rasa seakan kotak gear konvensional dengan lapan-gear maya yang boleh ditukar menerusi pedal penukar gear.

    Lexus RZ EV 2025  didedahkan – kuasa sehingga 408 PS, ada tukaran gear 8AT dan bunyi enjin palsu

    Sistem tersebut berfungsi seakan tukaran gear palsu pada Hyundai Ioniq 5 N, di mana pemandu akan merasai pecutan dan nyah pecut seiring dengan bunyi yang dihasilkan. Tork dari punca kuasa maya berkenaan akan dikira menerusi posisi pedal pendikit dan juga kelajuan kenderaan, kemudian digandakan dengan nisbah gear yang dipilih.

    Lexus turut memberikan bunyi seakan enjin sudah mencecah rev-limiter dan juga panduan tukaran gear pada paparan instrumen untuk pengalaman yang benar-benar seperti menggunakan enjin pembakaran dalaman dengan kotak gear 8AT.

    RZ 2025 ini juga merupakan model Lexus yang menggunakan sistem stereng steer-by-wire. Sistem ini menampilkan roda stereng yang tidak dihubungkan secara mekanikal kepada rak stereng, dan ia memberikan nisbah stereng bervariasi kawalan elektronik.

    Menurut Lexus, sistem ini beroperasi sekitar 200 darjah dari neutral sehingga putaran terakhir sama ada kiri atau kanan, membolehkan roda stereng berbentuk yok digunakan berbanding bulat biasa. Lexus turut mendakwa sistem stereng ini memberikan kelebihan dari semua segi, menampilkan pengendalian kelajuan rendah yang mudah, lincah dan lancar dalam laluan berliku, dan kestabilan tinggi pada kelajuan tinggi di lebuh raya.

    Lexus RZ EV 2025  didedahkan – kuasa sehingga 408 PS, ada tukaran gear 8AT dan bunyi enjin palsu

    Dan walaupun tiada sebarang hubungan fizikal dari roda stereng ke hab roda hadapan, pemandu masih akan dapat merasakan tindak balas menerusi sebuah motor istimewa yang mebuat tapisan terhadap “getaran yang tidak menyenangkan”.

    Lexus juga membuat kemaskini terhadap sistem pacuan semua roda Direct4 pada Lexus RZ 2025 ini, di mana agihan kuasa antara hadapan dan belakang kini dikawal antara 60:40 kepada 0:100 ketika mula memecut dari pegun dan pecutan garis lurus bagi menghentikan pitching. Manakala ketika sedang mengambil selekoh, nisbah agihan kuasa menjadi antara 80:20 dan 0:100 berdasarkan kelajuan kereta dan sudut putaran stereng bagi diselarikan dengan keadaan pemanduan.

    RZ baharu ini juga menerima struktur badan yang diperkuatkan dengan penambahbaikkan dibuat pada penyokong radiator dan penambahan pendakap-pendakap. Manakala talaan pada penyerap hentak dan spring dibuat bagi memberikan prestasi dinamik pemanduan lebih baik dan keselesaan.

    Lexus RZ EV 2025  didedahkan – kuasa sehingga 408 PS, ada tukaran gear 8AT dan bunyi enjin palsu

    Seperti yang disebut tadi, tiada perubahan besar dapat dilihat pada bahagian luaran Lexus RZ 2025. Hanya RZ 550e F Sport nampak berbeza dari varian lain kerana datang dengan perapi bawah bampar hadapan, pengalir udara pada sistem brek, spoiler hadapan dan belakang serta set rim 20-inci rekaan aero. Pembeli turut ditawarkan dengan warna badan Neutrino Grey yang digandingkan dengan serlahan-serlahan hitam.

    Untuk kabin, tidak banyak perubahan diberikan pada RZ 2025, di mana perkara yang benar-benar nampak berbeza adalah pada roda stereng. Namun banyak perkara sebenarnya telah dibuat untuk memberikan kadar NVH lebih baik pada kabin SUV ini antaranya penambahan penyenyap di bawah tempat duduk belakang, serta penambahan penebat pada kawasan seperti pelindung tonneau, kemasan pintu belakang dan juga bahagian kargo.

    Perubahan-perubahan lain yang dibuat termasuk upholsteri ultrasued yang diberikan grafik yang dihasilkan menerusi laser, lampu suasana yang diberikan kesan seperti bayang, serta fungsi anti silau pada bumbung panaromik bagi mengurangkan pantulan cahaya.

     
     
  • Toyota C-HR+ didedahkan di Eropah – diasaskan dari platform e-TNGA, sehingga 343 PS, jarak gerak 600 km

    Toyota C-HR+ didedahkan di Eropah – diasaskan dari platform e-TNGA, sehingga 343 PS, jarak gerak 600 km

    Toyota hari ini mendedahkan C-HR+ di Eropah, iaitu versi kenderaan elektrik penuh (EV) bagi SUV dengan bentuk badan coupe tersebut. Walaupun ia dilekat dengan emblem C-HR, model ‘+’ ini bukan sekadar varian baharu dengan unit rangkaian kuasa elektrik bagi C-HR generasi kedua yang diperkenalkan tahun lalu, tetapi ia merupakan model yang dihasilkan menerusi platform berbeza, dimensi berbeza dan juga pengayaan yang lain sepenuhnya.

    C-HR+ ini diasaskan dari platform e-TNGA iaitu platform yang dibangunkan khas untuk model-model EV seperti bZ4X. Model ini menampilkan panjang keseluruhan 4,520 mm, lebar 1,870 mm, tinggi 1,595 mm dan jarak roda sejauh 2,750 mm. Jadi berbanding C-HR dengan enjin pembakaran dalaman yang berada dalam segmen-B, model EV ini adalah 160 mm lebih panjang, 50 mm lebih lebar dan jarak roda 110 mm lebih jauh membolehkan ia bersaing dalam kelas segmen-C.

    Jika dilihat dari bahagian sisi, jelas kelihatan C-HR+ ini lebih panjang, terutamanya pada bahagian muncung. Bahagian pintu, terutamanya pada pintu belakang juga jauh berbeza di mana model EV ini diberikan pintu lebih panjang, bersentuh dengan ruang roda, bentuk tingkap suku lebih tajam serta pembuka pintu ‘disorok’ di atas seperti C-HR generasi pertama.

    Toyota C-HR+ didedahkan di Eropah – diasaskan dari platform e-TNGA, sehingga 343 PS, jarak gerak 600 km

    Pada bahagian muka, C-HR+ ini masih menggunakan rekaan signatur ‘jerung hammerhead‘ menampilkan jalur lampu LED berbentuk-C, tetapi rekaannya lebih tajam dan nipis. Bampar hadaoan juga direka lain sepenuhnya yang menampilkan gril yang jauh lebih kecil. Manakala di belakang, konsep rekaan lampu yang nipis dan tajam merentangi sepenuhnya pintu tailgate masih sama, tetapi jelas komponen-komponen yang digunakan adalah berlainan. Rekaan bampar belakang model EV ini juga lebih bersegi berbanding C-HR biasa.

    Tiga pilihan unit rangkaian kuasa ditawarkan untuk C-HR+ ini. Yang pertama adalah versi motor tunggal pacuan roda hadapan berkuasa 167 PS (123 kW) digandingkan dengan bateri 57.7 kWj. Varian ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 8.6 saat, serta jarak gerak sejauh 455 km dalam kitaran ujian WLTP.

    Pilihan kedua masih lagi dibekalkan dengan motor tunggal memacu roda hadapan, tetapi ia lebih berkuasa dengan bekalan 224 PS (165 kW) serta bateri lebih besar berkapasiti 77-kWj. Ini membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam masa 7.4 saat, dengan jarak gerak WLTP sejauh 600 km.

    Toyota C-HR+ didedahkan di Eropah – diasaskan dari platform e-TNGA, sehingga 343 PS, jarak gerak 600 km

    Manakala pilihan paling berkuasa menerima dua motor elekrik bagi memacu roda hadapan dan belakang (AWD) dengan kuasa keseluruhan 343 PS, membolehkan ia memecut dari pegun hingga 100 km/j dalam masa 5.2 saat. Versi ini masih diberikan bateri 77 kWj, jadi jarak geraknya adalah lebih rendah iaitu 535 km dalam kitaran ujian WLTP.

    Kabin CH-R+ ini juga nampaknya lebih menyerupai kabin bZ4X berbanding CH-R biasa. Ia menerima skrin utama lebih besar bersaiz 14-inci di tengah, manakala pemandu menerima paparan instrumen digital dengan skrin tanpa perumah yang diletak pada posisi tinggi. Roda stereng juga nampak sama seperti unit yang dipadankan pada bZ4X.

    Perbezaan jelas antara C-HR+ dengan bZ4X adalah pada bahagian konsol tengah, di mana suis putar pemilih gear diletak lebih ke belakang bagi memberikan ruang kepada dua pad penegcas tanpa wayar yang terletak di bawah liang pendingin hawa tengah. Ia turut menerima bumbung panaromik dan juga port USB serta panel kawalan penghawa dingin untuk kabin belakang.

    Toyota C-HR+ didedahkan di Eropah – diasaskan dari platform e-TNGA, sehingga 343 PS, jarak gerak 600 km

    Dengan dimensi lebih besar, Toyota turut menyatakan C-HR+ ini menampilkan ruang kepala lebih luas dengan jarak penumpang hadapan dan belakang adalah 900 meter. Ia juga memberikan ruang but yang agak besar untuk sebuah SUV iaitu 416 liter.

    Untuk keselamatan pula, kesemua varian C-HR+ dilengkapi dengan Toyota T-Mate, termasuk sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) Toyota Safety Sense yang menampilkan fungsi standard seperti pemantau titik buta, lampu tinggi adaptif, brek sokongan parkir. Manakala varian lebih tinggi akan menerima pemantau pandangan panaromik dan juga sistem Park Assist.

    Toyota C-HR+ ini akan dilancarkan di Eropah pada akhir tahun ini. Ia membolehkan Toyota menawarkan barisan model EV yang lebih luas bermula dengan SUV EV segmen-B Toyota Urban Cruiser (model rebadge dari Suzuki Vitara), dan juga bZ4X yang lebih besar dari C-HR+.

     
     
  • Beberapa jalan di KL ditutup berperingkat mulai jam 5 petang ini untuk perarakan perayaan Masi Magam

    Beberapa jalan di KL ditutup berperingkat mulai jam 5 petang ini untuk perarakan perayaan Masi Magam

    Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) KL telah memaklumkan beberapa jalan di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur akan ditutup secara berperingkat mulai jam 5 petang hari ini (12 Mac). Ia adalah sempena dengan perayaan Masi Magam yang melibatkan dua pedati yang akan berarak dari Kuil Sri Subramaniar Swamy di Batu Caves ke Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H.S Lee.

    Ketua JSPT KL Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata terdapat 17 laluan yang terlibat dengan penutupan secara berperingkat ini. “Laluan yang akan digunakan bagi perarakan itu bermula Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves – Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) – Jalan Sri Batu Caves – Jalan 46/10 – Jalan Sentul Pasar – Jalan Sentul – Jalan Tanah Lapang – Jalan Enam, Jalan Sentul.

    “Jalan Sultan Azlan Shah (Jalan Ipoh) – Jalan Tuanku Abdul Rahman – Jalan Dang Wangi – Jalan Ampang – Jalan Leboh Ampang – Jalan Tun Perak – Jalan Pudu – Jalan Tan Cheng Lock – Jalan Sultan – Jalan Tun H.S. Lee dan tamat di Kuil Sri Maha Mariamman Temple Dhevasthanam,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

    Tambah beliau, penutupan dan pembukaan jalan secara berperingkat akan dilakukan oleh pihaknya bagi memastikan kelancaran perjalanan perarakan berkenaan.

    “Orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan mematuhi arahan pihak polis yang bertugas. Kerjasama semua pihak amat dihargai bagi memastikan perarakan ini berlangsung dengan lancar dan selamat,” katanya.

    Beliau berkata, sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran.

     
     
  • Chery Omoda 5 facelift didedah sepenuhnya — bampar depan baru; ruang dalaman, enjin sama

    Chery Omoda 5 facelift didedah sepenuhnya — bampar depan baru; ruang dalaman, enjin sama

    Mula ditunjukkan sejak September tahun lalu, Chery Omoda 5 facelift kini didedahkan secara rasmi sepenuhnya — ia pertama sekali telah dilancarkan di Rusia, dan dijual di sana melalui jenama Omoda sebagai model C5.

    Seperti yang pernah dilihat sebelum ini, perubahan yang dilakukan menjadikan rekaannya kini lebih mirip kepada model Omoda E5 EV. Model petrolnya kini berkongsi rekaan lampu DRL bentuk panah yang tajam, yang disertai oleh palang hitam dengan lencana Omoda.

    Di bawahnya, bampar telah diberikan rekaan dan bentuk baru, dengan tambahan bentuk X serta gril baru — grilnya tidak lagi menempatkan perincian krom dan menggantikannya dengan kemasan warna badan, sama seperti model C9 yang lebih besar. Bahagian dalaman bagi lampu utama dwi-projektornya juga kini serba hitam.

    Chery Omoda 5 facelift didedah sepenuhnya — bampar depan baru; ruang dalaman, enjin sama

    Rim 18-inci yang digunakan juga diberi nafas baru, serta kemasan merah di bahagian bampar, cermin sisi, rocker panel, lampu belakang dan rim sebelum ini telah digugurkan dan digantikan dengan penyudah dalam warna hitam. Selebihnya, model facelift ini sama sahaja seperti versi sebelumnya.

    Ini bermakna ia masih didatangkan dengan lampu belakang berkelebaran penuh dengan lampu menegak, serta dua muncung ekzos hiasan. Bahkan di ruang dalaman juga semuanya dikekalkan — melibatkan rekaan corong pendingin, panel paparan skrin lebar dengan skrin 10.25-inci berkembar, kawalan pendingin melalui sentuhan, tombol pemilih gear dan kerusi ala bucket dengan perehat kepala bersepadu.

    Chery Omoda 5 facelift didedah sepenuhnya — bampar depan baru; ruang dalaman, enjin sama

    Pilihan enjin juga masih sama — dengan unit 1.5 liter turbocas empat-silinder petrol yang menjana sebanyak 147 PS/230 Nm yang digandingkan bersama CVT, serta unit enjin sama seperti Tiggo 7 Pro, 1.6 liter janaan 197 PS/290 Nm dengan transmisi klac-berkembar tujuh-kelajuan — sebagai varian GT, yang tidak dijual di Malaysia.

    Dengan usia Omoda 5 di sini yang sudah menghampiri dua tahun, boleh dijangkakan versi facelift ini akan tiba di sini dalam tempoh beberapa bulan lagi, menyertai Tiggo 4 Pro/Tiggo Cross yang juga sudah dilihat diuji di Malaysia. Namun, sama ada model yang dikemaskini ini akan dibawah di bawah payung Omoda & Jaecoo seperti yang sudah dilakukan di pasaran lain masih menjadi pertanyaan. Omoda C9 di Malaysia ketika ini dijual di bawah Jaecoo Malaysia.