Follow us:
Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • Dijangka 2.6 juta kenderaan sehari di lebuhraya utama sempena Tahun Baharu Cina; antara 24-28 Jan, 1-2 Feb

    Dijangka 2.6 juta kenderaan sehari di lebuhraya utama sempena Tahun Baharu Cina; antara 24-28 Jan, 1-2 Feb

    Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan aliran trafik meningkat di lebuhraya utama dari ibu kota menghala keluar ke utara, timur dan selatan negara berikutan cuti perayaan Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada 29 Januari 2025.

    “Pergerakan kenderaan keluar dari ibu kota sempena cuti panjang akan meningkat bermula pada 24 hingga 28 Januari 2025, manakala aliran trafik kembali ke ibu kota akan menunjukkan peningkatan pada 1 hingga 2 Februari 2025.

    “LLM menjangkakan trafik tertinggi sebanyak 2.6 juta kenderaan sehari akan menggunakan lebuhraya utama sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina ini. Daripada jumlah ini, sebanyak 2.2 juta kenderaan dijangka akan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan, 198,000 di Lebuhraya KL-Karak, 82,000 di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1, 48,000 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 dan 120,000 di Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE),” kata LLM menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

    Sebagai usaha mengurangkan kesesakan sepanjang tempoh tersebut, LLM telah mengambil langkah-langkah seperti memastikan tiada penutupan lorong oleh syarikat konsesi lebuhraya kecuali bagi kerja kecemasan bermula pada 23 Januari hingga 3 Februari 2025 dan pengaktifaan laluan smart lane di 25 lokasi hotspot kesesakan di Lebuhraya Utara Selatan

    Selain itu, pengurusan trafik di plaza tol dan persimpangan turut dilaksanakan bagi menambah baik aliran trafik seperti traffic channelization/segragation, pengaktifan laluan tidal serta penambahan kaunter bayaran tol menggunakan portable reader.

    LLM turut berkata, pelaksanaan tempoh larangan pemanduan kenderaan barangan sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2025 pada 27 hingga 28 Januari 2025 dan 1 hingga 2 Februari 2025 dijangka sedikit sebanyak akan membantu kepada aliran trafik yang lebih baik di lebuh raya utama negara.

    “Untuk meningkatkan keselesaan pengguna lebuhraya, kerja–kerja membaikpulih dan menaik taraf kemudahan/ fasiliti di 38 buah kawasan rehat dan rawat/hentian sebelah/plaza tol telah disiapkan pada tahun 2024. Pelaksanaan inisiatif ini masih diteruskan pada tahun 2025 dan terdapat fasiliti sementara yang telah disediakan bagi penggantian sementara kemudahan sedia ada yang ditutup.

    Dijangka 2.6 juta kenderaan sehari di lebuhraya utama sempena Tahun Baharu Cina; antara 24-28 Jan, 1-2 Feb

    “Pihak PLUS juga telah menyediakan kira-kira 50 tandas sementara dari jenis kabin yang lebih selesa berbanding tandas portable konvensional di Lebuhraya Utara Selatan untuk menampung keperluan pengguna semasa musim perayaan ini. Justeru, para pengguna adalah dinasihatkan untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak PLUS. Sekiranya keadaan di lokasi sesak, para pengguna digalakkan untuk meneruskan perjalanan dan singgah di kawasan rehat & rawat/hentian sebelah/plaza tol seterusnya,” tambah LLM lagi.

    Dalam masa yang sama, LLM turut menasihati para pengguna lebuhraya agar merancang perjalanan dengan merujuk kepada aplikasi MyPLUS-TTA oleh pihak PLUS Berhad bagi perjalanan di Lebuhraya Utara Selatan dan Cadangan Waktu Perjalanan atau Travel Time Advisory (TTA) oleh pihak AFA Prime bagi Lebuhraya KL-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1.

    Untuk mendapatkan maklumat keadaan trafik atau mendapatkan bantuan, pengguna lebuhraya boleh mengetahuinya melalui saluran media sosial rasmi LLM (Facebook, X dan TikTok), WhatsApp Channel LLM Info Trafik selain paparan CCTV di semua lebuhraya.

     
     
  • JPJ Kedah saman pemilik Honda City guna nombor pendaftaran kenderaan yang tertera nama sendiri

    JPJ Kedah saman pemilik Honda City guna nombor pendaftaran kenderaan yang tertera nama sendiri

    Seorang pemandu wanita dikenakan tindakan saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah hanya kerana memaparkan nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi dan kelihatan seperti perkataan, yang berupa namanya,

    “Pasukan Aman 1 dalam rondaan rutin penguatkuasaan di KM49.5 Lebuhraya Utara Selatan hala utara telah menahan sebuah motokar jenis Honda City yang memaparkan nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi dan kelihatan seperti perkataan. Pemandu wanita yang juga merupakan pemilik kenderaan tersebut mengakui bahawa nombor pendaftaran itu adalah hadiah daripada suaminya sempena nama dirinya,” kata JPJ Kedah menerusi perkongsian di dalam Facebook rasminya.

    Tambah JPJ, menurut Kaedah 6 (7) Kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran & Pelesenan) 1959, “jika mana-mana orang yang menggunakan kenderaan bermotor yang padanya nombor pendaftaran atau dalam hal kenderaan sewa atau teksi, plat pengenalan tidak dipamerkan mengikut kaedah ini atau jika dipamerkan dalam apa apa cara yang kabur, atau dibiarkan atau dibenarkan menjadi atau kekal tidak mudah untuk dilihat dengan jelas atau tidak ditunjukkan sebagaimana yang ditetapkan dalam kaedah ini maka ia didapati bersalah bagi suatu kesalahan” dan boleh dikompaun tidak lebih RM300.

    “Anggota penguatkuasa telah mengeluarkan notis JPJ (P) 22 dan notis arah periksa kenderaan di bawah seksyen 61(1) APJ 1987. JPJ Negeri Kedah menegaskan bahawa tindakan akan diambil terhadap mana mana individu yang didapati melanggar peraturan jalan raya, tanpa mengira alasan atau niat di sebalik kesalahan tersebut,” tambahnya.

    Janganlah perkara sebegini jadi ikut-ikutan memandangkan terang-terangan ia menyalahi undang-undang lalu lintas. Mana boleh buat ‘selamba’ tahap macam ni, lainlah kalau kenderaan itu ‘sekadar pameran di rumah, tak bergerak ke mana-mana’.

     
     
  • Kerajaan dijangka perkenalkan mekanisme khas tol percuma atau diskaun untuk B40 dan M40 – FOMCA

    Kerajaan dijangka perkenalkan mekanisme khas tol percuma atau diskaun untuk B40 dan M40 – FOMCA

    Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menjangkakan kerajaan akan memperkenalkan mekanisme khas bagi pemberian kadar tol percuma atau diskaun hanya kepada golongan berpendapatan rendah seperti B40 dan M40, melalui Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

    CEO FOMCA Dr T Saravanan, berkata itu antara jangkaan dilaksanakan kerajaan susulan tindakan menamatkan pemberian tol secara percuma sempena musim perayaan bermula tahun ini.

    Katanya, PADU yang dibangunkan sebagai repositori data nasional, boleh digunakan untuk memastikan hanya mereka yang benar-benar layak menerima manfaat.

    “Dengan pengumuman pendekatan yang lebih bersasar dalam pemberian tol percuma, terdapat beberapa jangkaan terhadap pelaksanaan langkah ini. Salah satunya ialah kerajaan mungkin memperkenalkan mekanisme khas yang memberikan tol percuma atau diskaun hanya kepada golongan berpendapatan rendah seperti B40 dan M40,” katanya seperti yang dilaporkan Berita Harian.

    Kerajaan dijangka perkenalkan mekanisme khas tol percuma atau diskaun untuk B40 dan M40 – FOMCA

    Jelasnya, keputusan kerajaan untuk tidak lagi menawarkan tol percuma sempena musim perayaan memberikan tiga isyarat penting kepada rakyat. Di mana isyarat pertama ialah langkah itu mencerminkan usaha kerajaan dalam menyesuaikan perbelanjaan fiskal, yang menunjukkan keutamaan terhadap pengurusan kewangan negara yang lebih mampan dan bertanggungjawab.

    “Ini juga menunjukkan kerajaan berusaha mengurangkan subsidi berskala besar yang boleh memberi tekanan kepada kewangan negara dalam jangka panjang. Kedua, keputusan ini menunjukkan keutamaan kerajaan untuk menyalurkan bantuan kepada keperluan yang lebih kritikal, seperti bantuan kepada golongan rentan dan pembangunan infrastruktur awam yang lebih berkesan.

    “Isyarat terakhir memberi gambaran bahawa kerajaan bertindak balas terhadap tekanan ekonomi semasa, termasuk peningkatan kos sara hidup dan cabaran ekonomi global, dengan mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati dalam mengurus kewangan negara. Ia juga memperlihatkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan bantuan yang diberikan benar-benar memberi impak kepada rakyat yang memerlukan, bukannya sekadar langkah populis yang membebankan kewangan negara dalam jangka masa panjang,” katanya kepada akhbar berkenaan.

    Menurut Saravanan, kerajaan boleh mempertimbangkan untuk memberikan diskaun tol pada waktu luar puncak bagi menggalakkan penyuraian trafik dan penggunaan lebuh raya yang lebih cekap, sekali gus mengurangkan kesesakan lalu lintas pada musim perayaan.

    Kerajaan dijangka perkenalkan mekanisme khas tol percuma atau diskaun untuk B40 dan M40 – FOMCA

    “Pendekatan lain yang dijangka adalah melalui pemberian insentif perjalanan secara digital, seperti baucar tol atau rebat yang boleh ditebus melalui aplikasi diiktiraf kerajaan dalam tempoh tertentu. Langkah ini diharapkan dapat memastikan manfaat diberikan kepada golongan yang benar-benar memerlukan, sekali gus mengelakkan pembaziran sumber negara dan meningkatkan kecekapan dalam pengurusan sistem lebuh raya negara.

    “Dari sudut penyelarasan subsidi, langkah ini boleh dianggap sebagai satu pendekatan yang baik kerana ia dapat membantu mengurangkan beban kewangan kerajaan dengan memastikan subsidi diberikan kepada golongan yang benar-benar layak,” katanya.

    Tambahnya, penggunaan sistem seperti PADU dalam menyasarkan penerima manfaat adalah satu langkah bijak kerana ia membolehkan penyaluran subsidi yang lebih tepat dan mengelakkan ketirisan bantuan kepada mereka yang tidak memerlukannya.

    Semalam, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerajaan mengambil keputusan untuk menamatkan pemberian tol percuma bersempena dengan musim perayaan seperti yang dilaksanakan sebelum ini. Di mana perkara itu sudah diputuskan pada mesyuarat kabinet tahun lalu.

     
     
  • Tol percuma tak selesaikan masalah kesesakan di lebuh raya ketika musim perayaan – Ahmad Zahid

    Tol percuma tak selesaikan masalah kesesakan di lebuh raya ketika musim perayaan – Ahmad Zahid

    Susulan pengumuman kerajaan untuk menghentikan pemberian tol percuma ketika musim perayaan semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa masalah kesesakan di lebuh raya tidak akan diselesaikan sekiranya pemberian berkenaan diteruskan.

    Menurutnya dalam laporan Sinar Harian, apa yang penting adalah pengguna jalan raya perlu mengubah sikap masing-masing dan merancang perjalanan apabila tiba musim perayaan.

    “Jumlah gantian dalam bentuk pampasan oleh kerajaan kepada pemegang konsesi tol itu melebihi RM35 juta sehari.

    “Walaupun ia tidak melibatkan pampasan tunai secara langsung tetapi konsensi itu terpaksa dipanjangkan dan ini tidak menyelesaikan masalah kesesakan di lebuh raya yang bertol,” katanya.

    Tambahnya lagi, keputusan menghentikan pemberian tol percuma itu merupakan keputusan Jemaah Menteri susulan saranan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

    Keputusan berkenaan disahkan oleh Alexander selepas majlis perasmian jajaran Seksyen 2 Lebuhraya WCE yang melibatkan laluan Persimpangan Bertingkat SKVE hingga Persimpangan Bertingkat KESAS semalam. Menurutnya kerajaan akan menggantikan pemberhentian tol percuma itu dengan pendekatan yang lebih bersasar.

    “Akan kita umumkan dalam masa terdekat (pendekatan lebih bersasar). Tahun lalu kerajaan memutuskan tahun 2024 adalah tahun terakhir pemberian tol percuma di musim perayaan. Ikut keputusan itu tiada (mengenai pemberian tol percuma) tetapi kalau ada, mungkin pertimbangan lain… akan dibincangkan. Kerajaan hendak selaraskan dengan subsidi yang lebih bersasar. Perincian akan dimaklumkan kemudian,” jelasnya.

     
     
  • MAA dan MARii tandatangan MoU untuk anjur pameran automotif secara berselang-seli setiap tahun

    MAA dan MARii tandatangan MoU untuk anjur pameran automotif secara berselang-seli setiap tahun

    Ketika taklimat media oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) berkaitan prestasi industri sepanjang 2024, persatuan itu turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama dengan Institut Automotif Robotik dan IoT (MARii) untuk bekerjasama dalam penganjuran pameran mobiliti dan kenderaan secara selang-seli secara tahunan bermula 2025 hingga 2028.

    Ini akan membolehkan pameran permotoran utama MAA — Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) — dan penganjuran pameran permotoran Malaysia Autoshow (MAS) tidak bertembung dalam tahun yang sama. Memandangkan KLIMS 2024 telah berlangsung, maka giliran MAS pula akan anjurkan pada tahun depan, dan berselang-seli selepas itu.

    Penganjuran dua tahun sekali bagi KLIMS adalah sesuatu yang penting. Kali terakhir KLIMS dianjurkan sebalum versi 2024 tahun lalu adalah enam tahun sebelum itu, pada 2018. Sebelum ini, MAS dianjurkan setiap tahun di MAEPS Serdang.

    MAA menjelaskan langkah ini adalah bertujuan memberikan lebih impak kepada industri untuk meneliti kemajuan teknologi terkini, dan dalam masa sama memperkemas serta mempercekap pengurusan sumber serta memberi masa yang lebih panjang untuk pemegang taruh dalam industri membuat persediaan.

    MAA dan MARii tandatangan MoU untuk anjur pameran automotif secara berselang-seli setiap tahun

    “Kerjasama ini mencerminkan perubahan penting bagi industri automotif Malaysia. Dengan memperkemas kekuatan MARii dan MAA, kami sedang memperkukuh pendekatan strategik untuk menganjurkan pameran automotif. Pendekatan selang-seli tahunan ini membolehkan kami untuk memberi tumpuan kepada inovasi dan sumber masing-masing, memastikan MAS dan KLIMS menjadi acara utama yang mempamerkan kepimpinan Malaysia di dalam kemajuan automotif, penyelarasan polisi serta pertumbuhan mampan,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Azrul Reza Aziz

    “Kami teruja untuk bekerjasama dengan MARii bagi membawakan sebuah pengalaman yang lebih dinamik untuk semua pemegang taruh industri. Kerjasama ini tidak hanya akan membantu pemain industri dengan tidak membebankan mereka terlibat dalam dua pameran setahun, tetapi juga untuk meningkatkan lingkungan serta kesan pameran berkenaan,” ujar Presiden MAA, Mohd Shamsor Mohd Zain.

    Jadi, bermula tahun depan, Malaysia akan menganjurkan pameran automotif setiap tahun.

     
     
  • JPJ laksana Operasi Khas Tahun Baharu Cina sehingga 9 Feb 2025 – fokus 9 kesalahan utama

    JPJ laksana Operasi Khas Tahun Baharu Cina sehingga 9 Feb 2025 – fokus 9 kesalahan utama

    Bagi meneruskan usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya di musim perayaan dengan strategi secara menyeluruh, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan Operasi Khas Tahun Baru Cina 2025 dan Kempen Keselamatan Jalan Raya – “Pandu Cermat, Sampai Selamat” sejak semalam (20 Jan) sehingga 9 Februari 2025.

    Menurut JPJ, Operasi Khas Tahun Baru Cina 2025 adalah bertujuan untuk memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang melanggar peraturan-peraturan atau undang-undang jalan raya yang berkuat kuasa.

    Melalui Operasi Khas ini, pihak JPJ akan memfokuskan kepada sembilan kesalahan utama mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya memandu melebihi had laju, tidak mematuhi isyarat lampu merah, memotong di garisan berkembar dan memaandu di lorong kecemasan.

    Selain itu, ia juga termasuk memotong barisan, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, tidak memakai tali pinggang/topi keledar, memandu kenderaan berat di lorong laju dan kenderaan berat yang membawa lebih muatan.

    Manakala menerusi Kempen Keselamatan Jalan Raya – “Pandu Cermat, Sampai Selamat”, JPJ melaksanakan pelbagai kaedah dan pendekatan advokasi keselamatan jalan raya melalui lebih daripada 30 program antaranya pameran, ceramah kesedaran, edaran kit keselamatan jalan raya dan program advokasi dengan kerjasama rakan strategik terutamanya pihak media.

    “Bersempena dengan Tahun Baharu Cina 2025, pihak JPJ memohon pengguna jalan raya untuk sentiasa mematuhi peraturan-peraturan jalan raya dan pengguna jalan raya perlu memastikan kenderaan masing-masing telah diselenggara dengan baik dan selamat serta rancang perjalanan ke destinasi yang dituju. Para pengguna jalan raya juga dinasihati agar mempunyai rehat yang cukup dan berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) jika keletihan.

    “Pihak JPJ sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara seterusnya bagi mencapai sasaran pengurangan statistik kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalan raya sekurang- kurangnya 50% menjelang tahun 2030,” kata JPJ menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

    Jika anda ada aduan berkaitan kesalahan lalu lintas sepanjang musim perayaan, sila laporkan melalui aplikasi MyJPJ pada laman menu e-Aduan@jpj atau melalui e-mel [email protected].

     
     
  • Nissan Magnite Move diperkenal di Afrika Selatan – varian Panel Van untuk SUV saiz Ativa, RM54k

    Nissan Magnite Move diperkenal di Afrika Selatan – varian Panel Van untuk SUV saiz Ativa, RM54k

    Nissan Magnite merupakan SUV sub-empat meter (lebih kurang saiz segmen-A di Malaysia) yang dijual di pasaran negara-negara ketiga seperti India dan Indonesia, bagi berhadapan dengan model-model seperti Renault Kiger, Honda WR-V serta kembar Perodua Ativa iaitu Daihatsu Rocky dan Toyota Raize. Dan untuk pasaran Afrika Selatan, Magnite kini ditawarkan dalam satu varian baharu digelar sebagai Magnite Move, iaitu versi Panel Van yang direka khas untuk tugas-tugas komersil.

    Menurut laporan Cars.co.za, Magnite Move ini merupakan model gantian yang ditawarkan Nissan selepas produksi trak pikap setengah tan NP200 (yang sebenarnya model rebadge dari Dacia Logan) dihentikan produksinya, sebelum model serba baharunya diperkenalkan selepas ini.

    Magnite Move ini hanya ditawarkan dengan enjin asas 1.0 liter tiga-silinder turbo menghasilkan 72 PS dan tork maksima 96 Nm, tanpa pilihan enjin 1.0 liter tiga-silinder turbo seperti yang ditawarkan pada Magnite biasa. Varian Panel Van ini juga hanya hadir dengan kotak gear manual lima-kelajuan tanpa pilihan transmisi CVT automatik.

    Nissan Magnite Move diperkenal di Afrika Selatan – varian Panel Van untuk SUV saiz Ativa, RM54k

    Dengan unit rangkaian kuasa ini, Magnite Move didakwa mampu untuk membawa beban dengan berat maksima 250 kg, serta mampu mencapai kelajuan maksima 150 km/j.

    Berbanding Magnite biasa, varian Move ini hanya diberikan dua tempat duduk di hadapan. Tiada tempat duduk di kabin belakang bagi membolehkan ia menawarkan ruang kargo seluas 690 liter. Untuk tujuan keselamatan dan praktikaliti, ia diberikan jaring bagi memisahkan kabin hadapan dan belakang, jaring pada tingkap pintu belakang, lantai belakang kemasan Hexa Grip serta cermin tingkap belakang berkenaan turut ditutup dengan warna badan.

    Antara perincian dalaman lain yang turut diberikan termasuk paparan instrumen digital TFT tujuh-inci, cermin tingkap berkuasa sepenuhnya, sistem pendingin hawa automatik, sistem audio dengan enam-pembesar suara, dan pelbagai lagi. Manakala pada sebelah luar, Magnite Move ini menerima lampu hadapan halogen, cermin sisi kawalan kuasa elektrik, rel bumbung yang mampu menampung beban sehingga 50kg, serta rim besi bersaiz 16-inci tanpa penutup plastik.

    Untuk keselamatan pula Magnite Move ini hanya dibekalkan dengan dua beg-udara, sistem brek ABS dan EBD, kawalan kestabilan elektronik, pemadam api yang diletakkan di bawah tempat duduk, serta penderia parkir belakang. Di Afrika Selatan, Magnite Move ini dijual pada harga 224,900 Rand atau sekitar RMRM54k.

     
     
  • Pelarasan semula duti eksais OMV ditangguh hingga Jan 2026 — harga kereta CKD boleh naik 10%-30%

    Pelarasan semula duti eksais OMV ditangguh hingga Jan 2026 — harga kereta CKD boleh naik 10%-30%

    Cakap-cakap tentang pelaksanaan Peraturan-Peraturan Eksais (Penentuan Nilai Barang-Barang yang Dikilangkan Secara Tempatan bagi Maksud Melevi Duti Eksais) 2019​​​​ yang sepatutnya berakhir pada 31 Disember 2024, bukanlah hal baru.

    Ia sepatutnya dilaksanakan sejak tahun 2020, tetapi telah beberapa kali ditangguhkan sehinggalah kini. Jika dilaksanakan, ia akan memberi kesan terhadap Nilai Pasaran Terbuka (OMV) bagi kenderaan pemasangan tempatan (CKD) — sebarang peningkatan pada OMV akan meningkatkan jumlah cukai sekaligus harga jualan kenderaan sehingga 30%.

    Dalam taklimat media bersama Persatuan Automotif Malaysia (MAA) berkaitan prestasi jualan kenderaan 2024 hari ini, Presidennya, Mohd Shamsor Mohd Zain memaklumkan bahawa setakat ini, Perkara 402 (Gazet Kastam PU A 402) akan mula dilaksanakan pada Januari 2026. Ini bermakna, sekali lagi, penangguhan selama setahun ke depan.

    “Kami sangat prihatin dengan perkara ini. Berdasarkan pemahaman kami setakat ini, 402 akan mula dilaksanakan pada Januari 2026. Sekiranya itu berlaku, akan berlaku juga kenaikan harga purata bagi kenderaan CKD antara 10%-30%,” jelasnya. “Bagi MAA, kami akan berbincang lebih lanjut dengan kerajaan sebelum tarikh akhir, serta mencari alternatif yang sesuai,” ujarnya lagi.

    Pelarasan semula duti eksais OMV ditangguh hingga Jan 2026 — harga kereta CKD boleh naik 10%-30%

    Kenaikan 10%-30% adalah tinggi, dan tak hanya pembeli kenderaan yang akan terkesan — ia akan memberi kesan yang besar terhadap keseluruhan industri automotif di Malaysia.

    “Sekiranya itu berlaku (penilaian semula OMV), akan ada banyak kesan buruk bagi tahun-tahun ke depan, dari segi jumlah jualan dan pengeluaran lebih rendah bagi kenderaan CKD. Ia juga akan memberik kesan kepada industri tempatan, terutamanya bagi pembekal. Akan ada banyak kesan sampingan yang kami risaukan. Kami akan terus berbincang dengan kerajaan dan berharap akan lebih difahami serta ada alternatif lain untuk perkara ini,” tambahnya.

    Berikut rentetan perkembangan berkaitan “Perkara 402” ini. Ia diwartakan/digazetkan pada hari terakhir 2019, dan bertujuan untuk mencari kaedah baru bagi mengira nilai pasaran terbuka (OMV) kenderaan CKD, yang akan mempengaruhi berapa banyak cukai yang perlu dibayar, dan sekaligus menaikkan harga jualannya. OMV didefinisikan sebagai nilai akhir pasaran kenderaan CKD yang keluar dari kilang, sebelum kerajaan mengenakan duti eksais terhadapnya.

    Ia terdiri daripada kos pek CKD, kos pengilangan dan komponen serta caj pemasangan serta pentadbiran. Kenderaan CBU pula menggunakan sistem berbeza — harganya berdasarkan kos, insurans dan pengangkutan (CIF) yang dikenakan duti eksais dan duti import.

    Pelarasan semula duti eksais OMV ditangguh hingga Jan 2026 — harga kereta CKD boleh naik 10%-30%

    Peraturan ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan itu menyatakan yang dalam mengira OMV, perlu juga dipertimbangkan tidak hanya keuntungan dan perbelanjanaan umum yang terlibat dalam pengeluaran sesebuah kenderaan, tetapi juga dalam jualannya.

    Klausa berkaitan “jualan” inilah yang menjadi masalah, kerana ia melibatkan juga bahagian lain seperti kejuruteraan, kerja pembangunan, kerja seni, kerja rekaan, merancang dan melakar, bayaran royalti serta yuran lesen (paten), tanda dagang, hak cipta. Ia umpama “kos kilang” yang digabung dengan “kos pejabat”.

    Peraturan ini sepatutnya dilaksanakan pada 2020, namun selepas 22 hari memasuki tempoh pandemik, MAA umumkan yang Kementerian Kewangan telah menangguhkan rancangan itu hingga 2021. Menjelang hujung 2020, ia sekali lagi ditangguhkan dan MAA merayu kepada kerajaan pada 2022 untuk meneruskan penangguhan itu — tempoh penangguhan dua tahun berjaya diperoleh, hingga 31 Disember 2024. Penangguhan terbaru, seperti yang disahkan hari ini, akan berlangsung hingga 31 Disember 2025.

    Walaupun ramai yang boleh berlapang dada buat sementara waktu, ketidakpastian ini menyukarkan perancangan, ramalan dan operasi syarikat automotif. Tanpa arah tuju yang jelas, pelaburan juga akan terbantut. Tiada siapa yang mahu melabur dalam pengeluaran tempatan dan kemudian teragak-agak mengharapkan agak menjelang Disember, nasib akan menyebelahi mereka. Inilah apa yang berlaku sebelumnya — penagguhan hanya diumumkan dua hari sebelum tahun 2021 berakhir!

    Pelarasan semula duti eksais OMV ditangguh hingga Jan 2026 — harga kereta CKD boleh naik 10%-30%

    Sekiranya harga kenderaan CKD naik sehingga 30%, mungkin syarikat kenderaan tidak lagi perlu memikirkan tentang pengeluaran tempatan dan hanya mengimport masuk model CBU sahaja — ini akan merugikan negara. Memang kerajaan akan mengutip lebih banyak cukai melalui OMV baru tersebut dalam jangka waktu singkat, tetapi dalam masa yang sama, harga yang tinggi juga akan memberi kesan kepada jumlah jualan, pengeluaran serta peluang pekerjaan kepada rakyat.

    Jadi, jalan mana ke depan? Itu perlu ditetapkan dengan jelas, dan bukan lagi dengan penangguhan berkali-kali saban tahun seperti sekarang.

     
     
  • Jualan kenderaan di Malaysia pada 2024 catat rekod 816,747 unit — ramalan 2025 turun 4.5% jadi 780k unit

    Jualan kenderaan di Malaysia pada 2024 catat rekod 816,747 unit — ramalan 2025 turun 4.5% jadi 780k unit

    Dari setahun ke setahun, angka jualan kenderaan baru di Malaysia semakin meningkat. Ini tidak terkecuali tahun 2024, yang merekodkan angka baru jumlah keseluruhan industri (TIV) yang lebih tinggi: Persatuan Automotif Malaysia (MAA) umumkan bahawa Malaysia telah memecahkan rekod angka 800,000 unit buat pertama kali — 816,747 unit atau bersamaan 2.1% peningkatan bagi 2024 berbanding 799,821 unit pada 2023.

    Pertumbuhan ini dipacu terutamanya oleh segmen kereta penumpang (+3.9% tahunan menjadi 747,180 unit). Kenderaan komersial bagaimanapun mencatatkan penurunan ketara sebanyak 13.8% menjadi 69,567 unit. MAA menjelaskan bahawa keadaan ekonomi domestik yang berdaya saing dengan pertumbuhan GDP 5.2% bagi tiga suku pertama tahun lalu (berbanding hanya 3.8% tahun sebelumnya), kadar dasar semalaman (OPR) kerajaan yang kekal 3% serta suasana sosio-politik yang stabil dan kadar pengangguran yang rendah 3.2% menjadi penyumbang kepada perkembangan tersebut.

    Faktor lain yang turut menyumbang kepada peningkatan bagi 2024 ialah jumlah tempahan tertangguh bagi segmen A (kereta Perodua), pengenalan model baru EV jenama China (pertambahan 45% bagi jualan kenderaan bateri-elektrik keseluurhan berbanding 2023) serta promosi akhir tahun yang agresif turut menjadi penyumbang.

    Jualan kenderaan di Malaysia pada 2024 catat rekod 816,747 unit — ramalan 2025 turun 4.5% jadi 780k unit

    “Peningkatan TIV yang membanggakan ini mampu dicapai antaranya disebabkan keadaan sosio-politik yang stabil serta beberapa langka yang diambil oleh kerajaan untuk menggalakkan lagi ekonomi mencapai kadar pertumbuhan GDP yang lebih tinggi. Semua yang dinyatakan itu merupakan faktor penting untuk industri automotif, kerana ia akan meningkatkan keyakinan awam untuk berbelanja dan membeli kenderaan,” jelas Presiden MAA, Mohd Shamsor Mohd Zain.

    Bagi jenama nasional dan bukan nasional, digabungkan angka jualan Proton dan Perodua, ia mencatatkan sebanyak 505,689 unit jualan pada 2024, membolehkan kedua-duanya menggabungkan perkongsian pasaran sebanyak 62% daripada TIV, serta 67.7% untuk kenderaan penumpang (481,300 unit; 66.9% bagi 2023). Bagi jenama-jenama bukan nasional pula, keseluruhannya menurun 2.3% kepada to 311,058 unit.

    Bagi kenderaan xEV (bateri-elektrik, hibrid dan plug-in hybrid) pula menyaksikan perkongsian pasarannya meningkat kepada 5.6% daripada 4.8% pada 2023. Jualan xEV pada 2024 melonjak 19% kepada 45,562 unit (14,766 unit BEV dan 30,796 unit hibrid, kedua-duanya meningkat). MAA menjangkakan tahun ini akan lebih banyak tahun ini memandangkan pengecualian cukai EV CBU akan berakhir Disember nanti. Harga diesel yang naik pada Jun 2024 pula telah memberi kesan penurunan sebanyak 16.4% terhadap segmen trak pikap, yang menyumbang kepada penurunan jualan kenderaan komersial.

    Jualan kenderaan di Malaysia pada 2024 catat rekod 816,747 unit — ramalan 2025 turun 4.5% jadi 780k unit

    Disember 2024 mencatat sejarah tersendiri dengan merekodkan jualan bulanan tertinggi setakat ini dengan 81,735 unit kenderaan dijual, mengatasi jualan Mac 2023 dengan 78,895 unit. Pegeluaran kenderaan juga meningkat 2% berbanding 2023 dengan 790,347 unit — juga merupakan rekod tertinggi setakat ini.

    Namun, bagi tahun 2025, ramalam TIV dijangka menurun sebanyak 4.5% kepada 780,000 unit. Antara faktor yang dijangka akan memberi kesan ini adalah ramalan pertumbuhan sederhana ekonomi global 3.3% oleh IMF, ramalan pertumbuhan GDP 4.5%-5.5% untuk Malaysia, peningkatan gaji minimum kepada RM1,700 bermula 1 Februari ini serta kenaikan gaji penjawat awam sebanyak 15%.

    Faktor lain yang turut memberi kesan adalah ketidakpastian perang perdagangan US-China serta pelaksanaan subsidi bersasar untuk petrol RON95 (yang turut dijangka akan menggalakkan penjualan EV tahun ini).

     
     
  • Perodua, UTM jalin kerjasama untuk bangunkan xEV

    Perodua, UTM jalin kerjasama untuk bangunkan xEV

    Perodua dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menandatangani satu perjanjian persefahaman (MoU) untuk membangunkan kenderaan elektrik generasi baru (xEV) Malaysia. Dalam perjanjian ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk bersama mendidik dan melatih bakal jurutera dalam membangunkan teknologi berkaitan xEV, perkongsian ilmu serta pendedahan kepada teknologi xEV untuk pakar akademik dan jurutera.

    Bidang yang terlibat dalam kerjasama ini antaranya termasuk akademik, penyelidikan dan pembangunan, pembangunan bakat serta latihan. Untuk tujuan ini juga, satu makmal satelit akan dibangunkan di kampus utama UTM di Skudai, Johor.

    “Kami teruja untuk meneroka masa hadapan di mana Malaysia dapat membangunkan teknologi xEV sendiri dan manfaatnya dikongsi bersama generasi baru. Dengan MoU ini, Perodua mengambil langkah ke hadapan daripada mandat asal sebagai pembawa pertukaran teknologi kepada menjadi satu entiti yang memacu pembangunan teknologi,” kata presiden dan CEO Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad.

    Timbalan naib canselor penyelidikan dan inovasi UTM, Prof Dr Rosli Md Illias pula berkata, “kolaborasi ini menunjukkan kepentingan merapatkan jurang antara golongan akademik dengan industri, seterusnya dapat memperkuatkan graduan dengan kemahiran serta pengetahuan.”

    Dalam masa terdekat ini juga Perodua telah menandatangani MoU dengan beberapa pihak lain seperti TM, Petronas, Gentari dan Malaysia Rail Link, sebagai persediaan untuk EV mereka sendiri yang dirancang diperkenalkan pada suku keempat tahun ini. Ia juga sudah ditunjukkan awal melalui model prototaip eMO-II Concept.

     
     
  • KTMB tawar perkhidmatan tren khas ‘Excursion’ Tahun Baharu Cina; KL-Butterworth-KL, 27-28 Jan 2025

    KTMB tawar perkhidmatan tren khas ‘Excursion’ Tahun Baharu Cina; KL-Butterworth-KL, 27-28 Jan 2025

    Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memperkenalkan perkhidmatan tren khas ‘Excursion’ Tahun Baharu Cina yang bakal beroperasi pada 27 dan 28 Januari ini. Di mana ia akan beroperasi dengan dua perjalanan khas pergi dan balik yang menghubungkan Stesen KL Sentral dan Stesen Butterworth.

    Menurut KTMB, tren khas ini akan melalui Tanjung Malim, Kampar, Batu Gajah, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping dan Bukit Mertajam, dengan sebanyak 792 tiket bakal ditawarkan, laporan Bernama.

    “Tiket-tiket mula dijual hari ini 21 Jan bermula 10 pagi, manakala tambang sehala bagi perjalanan ini serendah RM60 untuk tempat duduk kelas superior dan RM90 untuk tempat duduk kelas premier,” kata KTMB.

    Selain itu, para penumpang juga bakal menikmati pengalaman unik melalui kemudahan koc bufet dan koc chillax, yang disediakan bagi memastikan perjalanan lebih santai dan menyeronokkan.

    KTMB turut berkata, perkhidmatan tren khas yang diperkenalkan itu merupakan inisiatif KTMB melalui Kementerian Pengangkutan, bagi memenuhi keperluan perjalanan penumpang ke arah utara sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan cuti sekolah yang panjang.

     
     
  • Pemberian tol percuma untuk musim perayaan ditamatkan; diganti dengan kaedah bersasar – Menteri

    Pemberian tol percuma untuk musim perayaan ditamatkan; diganti dengan kaedah bersasar – Menteri

    Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengesahkan kerajaan mengambil keputusan untuk menamatkan pemberian tol percuma bersempena dengan musim perayaan seperti yang dilaksanakan sebelum ini.

    Jelasnya, perkara itu sudah diputuskan pada mesyuarat kabinet tahun lalu. Di mana Krismas 2024 menjadi musim perayaan terakhir dengan pemberian tol percuma itu.

    Ketika ditemui selepas majlis perasmian jajaran Seksyen 2 Lebuhraya WCE yang melibatkan laluan Persimpangan Bertingkat SKVE hingga Persimpangan Bertingkat KESAS pagi tadi, beliau berkata, kerajaan akan menggantikan pemberhentian tol percuma itu dengan pendekatan yang lebih bersasar.

    Pemberian tol percuma untuk musim perayaan ditamatkan; diganti dengan kaedah bersasar – Menteri

    “Akan kita umumkan dalam masa terdekat (pendekatan lebih bersasar). Tahun lalu kerajaan memutuskan tahun 2024 adalah tahun terakhir pemberian tol percuma di musim perayaan. Ikut keputusan itu tiada (mengenai pemberian tol percuma) tetapi kalau ada, mungkin pertimbangan lain… akan dibincangkan. Kerajaan hendak selaraskan dengan subsidi yang lebih bersasar. Perincian akan dimaklumkan kemudian,” jelasnya.

    Sebelum ini, kerajaan memaklumkan syarikat konsesi tidak menanggung sebarang implikasi kewangan berikutan pengecualian tol pada musim perayaan kerana kos pemberian tol percuma dibayar oleh kerajaan.

    Secara puratanya, kerajaan membayar kira-kira RM20 juta sehari kepada syarikat konsesi lebuh raya menerusi pelaksanaan tol percuma. Pada tahun lalu saja, kerajaan membayar RM80.07 juta sempena Aidilfitri, Deepavali RM42.31 juta; Tahun Baru Cina (RM41.21 juta) dan RM38 juta pada Krismas lalu, laporan Berita Harian.

     
     
  • Sime Denza cari pekerja bahagian jualan, teknikal di KL, P.Pinang – pelancaran Denza D9 semakin hampir?

    Sime Denza cari pekerja bahagian jualan, teknikal di KL, P.Pinang – pelancaran Denza D9 semakin hampir?

    Sime Motors tidak membuang masa menubuhkan cabang baru perniagaan kenderaan Denza mereka, dengan kini anak syarikatnya, Sime Denza dilihat sedang mencari pekerja di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

    Melalui muatan yang dinaikkan, syarikat itu dilihat sedang mencari penasihat jualan dan juruteknik di kedua-dua tempat, serta pentadbir jualan, penyambut tetamu, pegawai alat ganti dan pegawai jaminan di Pulau Pinang. Semua ini adalah untuk jenama Denza.

    Semua kekosongan ini perlu diisi cepat kerana pelancaran rasmi jenama Denza di Malaysia dirancang dibuat pada suku pertama tahun ini, dengan model pertamanya adalah Denza D9. Ia adalah sebuah MPV elektrik mewah pesaing Toyota Alphard/Vellfire dan Zeekr 009, boleh didapati dengan tetapan sehingga 374 PS (369 hp atau 275 kW), tork 470 Nm, pacuan empat roda dan jarak gerak 520 km.

     
     
  • Modenas Kriss 125 Fi dilancar di Malaysia – RM5,620

    Modenas Kriss 125 Fi dilancar di Malaysia – RM5,620

    Modenas menaik taraf model Kriss dengan pengenalan model baru Kriss 125 Fi, yang dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada harga RM5,620 tidak termasuk insurans. Ia tersedia dalam pilihan warna Glacier Emerald Green dan Graphite Grey, berserta jaminan selama dua tahun atau 20,000 km.

    Daripada namanya kita sudah mengetahui bahawa peningkatan utama adalah di bahagian enjin, yang kini menggunakan unit satu silinder penyejukan udara SOHC 124 cc dengan sistem suntikan bahan api, dipadankan bersama tranmsisi empat kelajuan, mampu menghasilkan kuasa 8.4 hp pada 8,000 rpm dan 8.5 Nm tork pada 6,000 rpm.

    Secara kasarnya Kriss 125 Fi ini nampak sama seperti Kriss 110 Fi yang dilancarkan tahun lepas, tetapi jika diperhatikan secara terperinci, semua panel badannya adalah berbeza. Ia juga dipertingkat dengan lampu siang serta lampu penunjuk arah LED.

    Ditawarkan sebagai pilihan motosikal mampu milik, Kriss 125 Fi ini datang dengan padanan brek cakera di hadapan dan dram di belakang, sementara rim 17 inci tanpa tiubnya dipegang oleh fork teleskopik di hadapan dan dua penyerap di belakang.

    Kelengkapan lain yang disediakan adalah termasuk tangki bahan api 4.2 liter, pemula enjin elektrik dan tendang, ruang simpanan bawah tempat duduk, dua soket pengecas USB serta meter dengan penunjuk kedudukan gear.

     
     
  • Mercedes-Benz Malaysia dan Malaysia Airlines tawar servis pemindahan terminal persendirian di KLIA 1

    Mercedes-Benz Malaysia dan Malaysia Airlines tawar servis pemindahan terminal persendirian di KLIA 1

    Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dan Malaysia Aviation Group (MAG) iaitu syarikat induk Malaysia Airlines hari ini telah mengumumkan kerjasama strategik bagi menawarkan servis pemindahan terminal persendirian mewah antara terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 ke bangunan-bangunan satelit sekitarnya.

    Perkhidmatan yang telahpun bermula 16 Januari lalu ini menggunakan dua model sedan mewah S Class terkini Mercedes-Benz iaitu S 580 e Plug-in Hybrid dan juga versi elektrik penuh (EV) Mercedes-Benz EQS 500 4MATIC. Servis ini akan ditawarkan untuk pelanggan-pelanggan yang layak dan bersedia untuk digunakan 24-jam setiap hari.

    Bukan hanya menawarkan perkhidmatan pengangkutan di lapangan terbang semata-mata, menerusi kerjasama ini juga ahli-ahli Enrich Platinum dan Gold akan menikmati ganjaran istimewa #MyMercedesRewards untuk model-model EV dan plug-in hybrid Mercedes-Benz terpilih bagi memberikan pengalaman pemilikan yang ekslusif. Sebagai tambahan, ahli yang membeli Mercedes-Benz baharu tahun ini berpeluang untuk menyertai percutian ke ke Jerman yang menawarkan pengalaman unik ke dalam dunia Mercedes-Benz.

    Mercedes-Benz Malaysia dan Malaysia Airlines tawar servis pemindahan terminal persendirian di KLIA 1

    Ahli kedua-dua Enrich Platinum dan Gold ini juga akan menikmati akses ke acara-acara eksklusif MBM dan juga Malaysia Airlines Enrich yang diatur. Malah bermula 1 Mac 2025, mana-mana pelanggan yang membeli kenderaan baharu dari Mercedes-Benz akan menikmati servis pemindahan terminal persendirian ini secara percuma selama setahun sekiranya terbang dengan Malaysia Airlines.

    “Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama Mercedes-Benz Malaysia dan Malaysia Airlines untuk menyampaikan pengalaman yang luar biasa. Pelanggan boleh menantikan tawaran istimewa, termasuk jemputan ke acara gaya hidup yang telah disusun atur secara eksklusif, insentif kenderaan khas dan perkhidmatan perjalanan yang lancar. Bersama-sama, tawaran ini menggabungkan kekuatan kedua-dua jenama untuk mencipta detik yang tidak dapat dilupakan,” kata kenyataan yang dikeluarkan.

    “Di Mercedes-Benz, misi kami adalah untuk mencipta pengalaman luar biasa—apa yang kami panggil Mercedes Moments—di mana teknologi termaju memenuhi keanggunan abadi untuk menjadikan setiap perjalanan tidak dapat dilupakan. Bekerjasama dengan Malaysia Aviation Group membolehkan kami meningkatkan pengalaman perjalanan mewah untuk pelanggan kami dan ahli Enrich, menetapkan tanda aras baharu dalam eksklusiviti dan kecanggihan,” kata CEO dan presiden MBM Amanda Zhang.

    “Kami berdedikasi untuk meningkatkan pengalaman perjalanan dengan meningkatkan standard perkhidmatan. Perkongsian kami dengan Mercedes-Benz Malaysia memastikan ahli Enrich dan penumpang elit menikmati keselesaan premium. Ini menyokong usaha kami untuk meningkatkan tawaran dalam penerbangan dan di darat, mengukuhkan perkhidmatan premium Malaysia Airlines. Selain itu, melalui keistimewaan eksklusif dan penglibatan yang dipilih susun, kami berusaha untuk meningkatkan pengalaman Enrich, memastikan perjalanan yang lancar dan bermanfaat selain daripada penerbangan. Kami kekal komited untuk memberikan perkhidmatan luar biasa yang mencerminkan Hospitaliti Malaysia,” kata CEO Servis Kesetiaan dan Perjalanan MAG, Philip See.

     
     
  • Lebuhraya WCE: Persimpangan SKVE-Persimpangan KESAS dibuka mulai 22 Jan – tol percuma sebulan

    Lebuhraya WCE: Persimpangan SKVE-Persimpangan KESAS dibuka mulai 22 Jan – tol percuma sebulan

    Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) hari ini menyaksikan pembukaan rasmi bagi Seksyen 2 projek berkenaan, yang melibatkan jajaran laluan dari menghubungkan Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) ke Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Shah Alam (KESAS) yang bakal dibuka secara rasminya mulai 12.01 tengahmalam ini, 22 Januari 2025 (Rabu).

    Bahagian lebuhraya yang dibuka ini melibatkan jajaran sepanjang 7.2 kilometer dan pengguna kini mempunyai laluan alternatif yang lebih mudah dari Banting menuju ke Shah Alam, Klang, Putrajaya, Kajang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan sebaliknya dengan sambungan terus ke Lebuhraya SKVE dan Lebuhraya KESAS.

    Pembukaan jajaran ini akan melengkapkan jajaran yang telah dibuka sebelum ini dari Persimpangan Bertingkat Banting ke Persimpangan Bertingkat SKVE yang telah dibuka pada 31 Ogos 2024 yang lalu. Pembukaan kedua-dua jajaran ini akan mempercepatkan perjalanan dari Shah Alam ke Banting atau KLIA berbanding menggunakan jalan sedia ada, sekali gus memberi impak positif kepada mobiliti penduduk dan aktiviti ekonomi di kawasan tersebut.

    Lebuhraya WCE: Persimpangan SKVE-Persimpangan KESAS dibuka mulai 22 Jan – tol percuma sebulan

    Dengan adanya jaringan perhubungan lebuhraya yang lebih baik ini dijangka menarik pelaburan ke kawasan perindustrian sedia ada seperti Pulau Indah, Telok Panglima Garang dan Bandar Botanik serta merangsang sektor industri dan komersial di sepanjang koridor ini. Selain daripada meningkatkan kelancaran pergerakan, Lebuhraya WCE turut menyediakan sambungan strategik ke Pelabuhan Klang yang bakal memanfaatkan sektor pengangkutan kargo.

    Menteri Kerja Raya (KKR) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang merasmikan jajaran lebuhraya ini turut mengumumkan pemberian kadar tol percuma kepada pengguna laluan ini yang diberikan selama sebulan.

    “Dengan ini, saya sukacitanya mengumumkan bahawa Seksyen 2, Lebuhraya WCE, dari Persimpangan Bertingkat SKVE ke Persimpangan Bertingkat SAE, akan dibuka kepada pengguna mulai Rabu, 22 Januari 2025, pada jam 12.01 tengah malam. Sebagai tanda penghargaan kepada pengguna yang memasuki Lebuhraya WCE dari Plaza Tol SAE ke Persimpangan Bertingkat SKVE (WCE) dan sebaliknya (di kedua-dua arah), mereka akan menikmati tol percuma selama sebulan bermula tengah malam ini.

    “Saya ingin mengingatkan pengguna yang menggunakan laluan dari Plaza Tol SAE menuju ke Plaza Tol Banting atau sebaliknya, bahawa pengecualian tol hanya akan diberikan sehingga Persimpangan Bertingkat SKVE (WCE). Kadar tol bagi jajaran sedia ada akan dikenakan seperti biasa mengikut kelas kenderaan masing-masing,” kata Nanta Linggi.

    Sambungnya lagi, “Dengan tambahan jajaran sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persimpangan Bertingkat SKVE dan Persimpangan Bertingkat SAE ini, saya difahamkan tempoh masa perjalanan antara Shah Alam dan Banting akan menjadi lebih pendek iaitu dari 1 jam kepada 25 minit sahaja, sekaligus menawarkan laluan alternatif yang amat diperlukan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan perumahan dan komersial sepanjang laluan sedia ada.”

    Dalam masa yang sama, beliau juga percaya pembukaan Seksyen 2 WCE ini juga akan membawa manfaat yang lebih besar, bukan hanya untuk menghubungkan Lebuhraya SKVE ke Lebuhraya KESAS sahaja. Malah, ia akan menjadi “jalan kehidupan” yang membuka peluang baharu kepada masyarakat di sepanjang koridor pantai barat ini. Sebagai contoh, kawasan seperti Banting, Telok Panglima Garang, Pulau Indah, dan Bandar Botanik akan menjadi lebih mudah diakses, menjadikannya destinasi yang lebih menarik untuk pelabur serta merangsang jaringan perhubungan pengangkutan awam di sekitarnya.

    “Hasilnya, akan terwujudlah peluang pekerjaan baharu, peluang perniagaan, dan melonjakkan kegiatan ekonomi penduduk tempatan. Lebuhraya ini akan membuktikan pencapaian sebahagian daripada perjalanan negara ke arah matlamat Malaysia MADANI – perjalanan ke arah kemajuan yang berakar pada nilai-nilai kemanusiaan, kualiti hidup yang lebih baik, dan kemampanan untuk generasi akan datang,” tambahnya.

    Pembukaan jajaran ini merupakan sebahagian daripada Lebuhraya WCE sepanjang 314.5 kilometer yang akan menghubungkan Banting di Selangor hingga ke Taiping di Perak. Dengan siapnya lebuhraya ini, WCE akan menjadi antara pemangkin utama dalam pembangunan dan pertumbuhan ekonomi, khususnya di sepanjang koridor barat Semenanjung Malaysia, meningkatkan aktiviti pelancongan domestik di samping di harap akan mengurangkan kesesakan di lebuh raya utama jajaran lembah kelang ke utara semenanjung.

     
     
  • PETRA komited pasang 10,000 stesen pengecas EV di seluruh negara menjelang hujung tahun ini – Fadillah

    PETRA komited pasang 10,000 stesen pengecas EV di seluruh negara menjelang hujung tahun ini – Fadillah

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengesahkan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) komited untuk memastikan 10,000 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) diwujudkan seluruh negara menjelang hujung tahun ini.

    Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi berkata penyediaan stesen pengecas itu perlu diwujudkan di semua kawasan bukan sahaja di kawasan bandar, tetapi juga meliputi kawasan luar bandar, laporan Berita Harian.

    Di samping itu, katanya, ia perlu bagi menggalakkan lebih ramai beralih kepada kenderaan mesra alam dalam usaha menangani perubahan iklim.

    PETRA komited pasang 10,000 stesen pengecas EV di seluruh negara menjelang hujung tahun ini – Fadillah

    “Kenderaan EV sebenarnya di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tetapi PETRA bertanggungjawab untuk meningkatkan stesen pengecas.

    “Kalau kita hendak menggalakkan (penggunaan kenderaan EV) mesti terlebih dahulu ada stesen pengecas untuk kemudahan orang ramai sebab kebanyakan kereta EV kapasitinya ialah setiap 300 kilometer (km) hingga 400km mesti kena cas semula, justeru peningkatan stesen pengecas itu memang salah satu agenda bersama di bawah MITI dan juga PETRA,” katanya.

    Sebelum ini, kerajaan menerusi MITI memang telah menyatakan sasaran pemasangan 10,000 pengecas EV terdiri daripada 1,500 DC dan 8,500 AC, menjelang akhir tahun 2025. Ini diutarakan pada tahun 2021 di bawah Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon (LCMB) 2021-2030.

     
     
  • Penghantaran Nissan Kicks e-Power akan bermula dalam beberapa minggu lagi – EV berenjin dari RM114k

    Penghantaran Nissan Kicks e-Power akan bermula dalam beberapa minggu lagi – EV berenjin dari RM114k

    Selepas melihat sebuah unit pandu uji di PJ minggu lalu, barulah kami sedar sebelum ini tidak pernah melihat lagi Nissan Kicks e-Power atas jalan raya. Ini kerana penghantaran untuk SUV segmen B dengan penggerak unik tersebut masih belum bermula.

    Itu bagaimanapun akan berubah kerana Edaran Tan Chong Motor mengeluarkan kenyataan bahawa penghantaran untuk model yang dilancarkan sewaktu KL International Motor Show (KLIMS) 2024 awal bulan lepas itu akan bermula dalam beberapa minggu akan datang.

    “Kami teruja untuk berkongsi bahawa Nissan Kicks e-Power bersedia untuk penghantaran dalam masa beberapa minggu lagi. Pasukan kami komited untuk mempercepatkan proses ini bagi memastikan pelanggan kami dapat menikmati teknologi e-Power secepat mungkin. Pencapaian ini menunjukkan janji Nissan untuk membawa kenderaan masa hadapan kepada rakyat Malaysia sambil menyampaikan servis serta nilai yang terbaik,” kata CEO ETCM, Khoo Cheng Pah.

    Istimewanya penggerak e-Power pada Kicks ini adalah ia menggunakan kuasa elektrik untuk menggerakkan roda, iaitu melalui motor elektrik 129 PS/280 Nm, tetapi dibantu oleh enjin tiga silinder 1.2L NA berkuasa 82 PS/103 Nm yang bertindak sebagai generator untuk bateri 2.06 kWh yang digunakan.

    Dilengkapi dengan tangki minyak 41 liter, sistem janaan e-Power ini dikatakan mampu memberi kadar penggunaan bahan api 21.7 km/l (NEDC) dan boleh jarak perjalanan sehingga 900 km dengan satu tangki penuh petrol.

    Nissan Kicks e-Power ditawarkan di Malaysia dalam dua varian iaitu VL dan VLT (terdapat pilihan warna dua-tona bumbung hitam), dengan masing-masing dijual dengan harga RM113,800 dan RM121,800 (RM125,800 untuk versi dua-tona). Sebagai pengenalan, ETCM menawarkan rebat pengenalan sebanyak RM5,000 bagi 500 pembeli terawal serta lanjutan dua-tahun bagi komponen elektrifikasinya (menjadikan 10-tahun/160,000 km).

     
     
  • BMW Group Malaysia teruskan rancangan dorong EV meskipun jualan menurun, CKD dalam perbincangan

    BMW Group Malaysia teruskan rancangan dorong EV meskipun jualan menurun, CKD dalam perbincangan

    Meskipun jualan kenderaan elektrik (EV) jenama di bawahnya menurun 25% pada tahun 2024 berbanding 2023, BMW Group Malaysia masih akan meneruskan rancangan dorongan EV mereka dan dalam perbincangan dengan kerajaan Malaysia untuk proses pemasangan EV dalam negara.

    “Kami sudah pasti akan fokus kepada EV dan teruskan (rancangan sedia ada), tetapi pergi ke arah keterbukaan teknologi kami, jadi apa yang pelanggan mahu, itu yang kami akan bekalkan, dan kami juga pastinya akan membawa EV baru ke dalam negara,” kata pengarah urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel.

    Beliau menambah bahawa syarikat melalui banyak peralihan tahun lepas, dengan MINI menyambut ketibaan model generasi baru dan banyak pengenalan model BMW baru seperti iX2, dan varian baru iX1 pada pertengahan tahun.

    Nagel memberitahu, permintaan untuk model mewah dan besar seperti i7 masih lagi “sangat bagus” dan “mula stabil” berbanding waktu di puncak semasa ia baru dilancarkan, dan kereta enjin pembakaran dalaman (ICE) masih akan menjadi penyumbang jualan utama. Malahan, model ICE mencatat 80% daripada jualan keseluruhan BMW Group Malaysia tahun lepas.

    Memandangkan syarikat ini masih mahu meneruskan rancangan dorongan EV, sukar untuk kita abaikan isu berkenaan pelepasan cukai kepada EV import (CBU) yang sepatutnya berakhir hujung tahun ini. Adakah BMW Group Malaysia mempunyai perancangan lain untuk melindungi model EV mereka?

    “Kami, sudah tentu, dalam hubungan yang rapat dengan kerajaan. Kami rasa ia penting memandangkan kami merupakan pelabur jangka masa panjang dalam negara ini dan pelaburan kami perlu memberi hasil, jadi kami juga sedang melihat apa hala tuju kerajaan dan mengadakan perbincangan yang berguna,” kata Nagel.

    “Bila kami sudah jelas dengan hala tuju bukan sahaja untuk tahun hadapan tetapi jangka masa panjang – kerana pelaburan untuk pemasangan tempatan memerlukan rancangan jangka masa panjang – kami juga akan melihat kepada peluang ini untuk mengetahui apa yang boleh dilakukan. Kami mungkin tidak akan memasang dalam negara semua model dengan semua penggerak; di mana kami percaya pasaran terbesar untuk penggerak tertentu, kami akan pilih yang itu,” tambah beliau.

     
     
  • Proton Saga MC3 2025 – ini rupa sebenarnya nanti?

    Proton Saga MC3 2025 – ini rupa sebenarnya nanti?

    Minggu lalu menerusi gambar yang dihantar oleh pembaca paultan.org, kami mengesan bahawa Proton kini sedang membangunkan satu lagi versi tingkat taraf Saga sedia ada. Gambar pertama yang kami terima hanya memaparkan imej sebelah belakang model tersebut yang nampak masih sama dengan model yang sedang dijual sekarang.

    Namun menerusi satu lagi gambar yang lebih jelas, walaupun dilindungi oleh pelekat penyamaran, Saga berkenaan dilihat mengenakan lampu dan juga dilengkapi hadapan baharu bersama kamera sistem bantuan pemanduan termaju pada cermin hadapannya. Berdasarkan imej tersebut, pakar manipulasi automotif tempatan Theophilus Chin cuba untuk membayangkan rupa sebenar Saga ini kelak.

    Pertama sekali pada gril depan – Theo memberikan gril dengan elemen pin krom dan ia melengkung ke dalam, bersama logo Proton dengan ‘sayap ala-Mercedes Benz’ seperti yang boleh kita lihat di celah-celah pelekat penyamaran unit prototaip tersebut. Selari dengan rekaan-rekaan terkini Proton, bahagian bawah gril tersebut juga diberi rekaan ethereal-bow.

    Kemudian beralih ke rekaan lampu hadapan di mana klusternya direkaan seakan dari rekaan Saga FLX. Namun pada bahagian dalam lampu itu diberikan tiga jalur lampu nyalaan siang LED pada bahagian ‘kening’ dan juga unit projektor untuk lampu utama.

    Manakala untuk bampar, Theo memberikan rekaan apron lebih lebar dan juga perumah lampu kabus berbentuk-T yang diilhamkan dari rekaan bampar ‘abang’ Saga iaitu sedan segmen-C Proton S70. Saga ini masih menggunakan rekaan rim sama seperti model sedia ada seperti dilihat pada unit-unit prototaip tempoh hari.

    Kemaskini kali ini menampilkan perubahan yang agak banyak, jadi ia menimbulkan satu lagi persoalan – adakah ini merupakan satu lagi facelift yang sememangnya akan digelar sebagai Saga MC3, atau ini adalah model generasi baharu yang menggunakan platform AMA?

    Sekiranya ini adalah model facelift, ia bukanlah model sekadar untuk ‘menghabiskan stok’ kerana melibatkan penukaran lampu dan gril baharu serta sistem ADAS, dan sudah tentu akan dijual dalam tempoh yang lama untuk ‘balik modal’. Dan ia juga sudah tentu sukar untuk dijual pada harga lebih murah dari model sedia ada dengan penambahan perincian-perincian tersebut, mustahil untuk dijual bersama model generasi baharu seperti Perodua Axia E MT dan Axia generasi kedua.

    Tetapi jika ini adalah benar-benar model generasi baharu, sudah tentu ia agak mengecewakan kerana masih menggunakan badan yang nampak sama seperti model generasi yang ada di bilik pameran sekarang.

    Selain dari aspek-aspek yang boleh dilihat dengan mata kasar ini, ada pelbagai persoalan lagi bermain di kepala, antaranya adalah berkenaan unit rangkaian kuasa. Proton sebelum ini telah pun menghentikan pembangunan enjin Campro, jadi adakah model ini akan menerima enjin dan kotak gear baharu yang dibekalkan oleh Geely untuk kekal relevan dalam pasaran, atau masih akan mengekalkan unit yang sama seperti model sekarang?

    Ada pula rasa macam mana? Ini Saga MC3 atau Saga generasi baru?