Follow us:
Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • Harga minyak 24-30 Okt – Semuanya tiada perubahan

    Harga minyak 24-30 Okt – Semuanya tiada perubahan

    Bagi minggu bertarikh 24 hingga 30 Oktober 2024, Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa harga ketiga-tiga bahan api utama di Malaysia iaitu petrol RON97 dan RON95 serta diesel dikekalkan seperti minggu sebelum ini.

    Bermakna petrol RON 97 dikekalkan pada harga RM3.19 seliter. Manakala harga runcit bagi RON 95 yang telah mencapai harga siling masih dikekalkan pada paras RM2.05 seliter.

    Untuk diesel pula, harga runcit yang dijual di Semenanjung dikekalkan pada RM2.95 seliter. Begitu juga harga diesel untuk Sabah dan Sarawak masih dikekalkan pada RM2.15 seliter.

    Menerusi perbentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri merangkap menteri kewangan pertama Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengesahkan penyasaran subsidi bagi petrol RON95 akan diumumkan pada pertengahan tahun hadapan. Buat masa ini, tiada lagi tarikh ditetapkan, dan bagaimana ia akan dilaksanakan, namun Anwar memberitahu penyasaran subsidi ini hanya akan melibatkan golongan ‘mahakaya’ dan tidak akan menjejaskan 85% rakyat Malaysia.

     
     
  • Bank tarik kereta ada tunggakan bayaran, pemilik rosakkan kereta — apa cara terbaik hadapi situasi ini?

    Bank tarik kereta ada tunggakan bayaran, pemilik rosakkan kereta — apa cara terbaik hadapi situasi ini?

    Tular satu kejadian tarik kereta di media sosial, yang menyaksikan sekumpulan individu dirakam sedang merosakkan kenderaan yang ingin ditarik. Dalam hantaran di Facebook yang dikongsikan oleh akaun Rasis Jalil, difahamkan kemungkinan itu melibatkan kes sambung bayar dari pemilik asal — ansuran dibayar kepada pemilik asal, namun pemilik asal tidak menjelaskan bayaran berkenaan kepada bank, dan bank kemudiannya menghantar wakil untuk menarik kereta berkenaan.

    Jika situasi itu benar, maka ini adalah contoh nyata yang terbaru tentang risiko membeli kereta secara sambung bayar. Ia akan mengheret pembeli ke dalam situasi yang merugikan. Perbuatan sambung bayar kenderaan ini memang salah, dan pembeli dari awal lagi akan berada dalam keadaan tiada sebarang jaminan ke atas pemilikan kenderaan tersebut. Jadi, jangan pernah terfikir untuk membeli kereta secara sambung bayar, tidak kisahlah dari adik-beradik atau rakan-rakan. Kalau mahu, lakukan dengan cara yang betul — pindah milik kenderaan.

    Membeli dengan cara sambung bayar, pembeli tidak pernah mempunyai bukti untuk menyatakan yang kereta terbabit milik mereka. Ada banyak kes sama berlaku seperti itu: walaupun jadual pembayaran pembeli sangat elok kepada pemilik asal, atau bahkan sehingga langsai semua jumlah yang dipersetujui, kereta tersebut masih lagi bukan di bawah nama pembeli.

    Dan ada kes, setelah selesai bayar jumlah ansuran bank, pemilik asal mengambil semula kenderaan mereka — di atas kertas, memang pemilik asal masih lagi pemilik yang sah, dan pembeli tidak berada dalam keadaan yang menyebelahi mereka untuk membuat tuntutan. Jadi, jangan meletakkan diri anda dalam keadaan ini. Untuk berhadapan dan mengalami intimidasi sepanjang proses tarik kereta juga boleh jadi satu pengalaman yang membawa trauma kepada sesetengah orang.

    Namun, ada lagi satu sisi lain juga yang boleh dipelajari dari kes ini. Jika bank menarik semula kenderaan yang ada tunggakan bayaran, jangan rosakan kenderaan terbabit. Walaupun dalam kes di atas pembeli mungkin marah dan dengan sengaja ingin merosakan kenderaan kerana sakit hati serta ingin membalas perbuatan pemilik asal, dalam keadaan apa pun jangan rosakan kenderaan tersebut kerana ia boleh menjadi satu kes lain, vandalisme atau merosakan harta benda misalnya — dan kesalahan itu boleh didakwa.

    Bank tarik kereta ada tunggakan bayaran, pemilik rosakkan kereta — apa cara terbaik hadapi situasi ini?

    Seorang lagi pengguna Facebook, Azizul Azli Ahmad berkongsi pandangan yang lebih lanjut tentang bagaimana untuk berhadapan dengan situasi tarik kereta, terutama sekali jika kita sendiri adalah pemilik kenderaan tersebut.

    Secara ringkas, Azizul menyarankan agar pemilik yang berdepan situasi seperti itu agar kekal rasional dan mengambil langkah yang diplomatik. Hutang memang perlu dibayar, dan untungnya berususan dengan bank, semua itu boleh dibincangkan semula — mungkin dengan penalti ke atas kegagalan kita yang gagal melangsaikan ansuran bulanan. Selalu ada jalan yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah itu.

    Berkaitan merosakkan kenderaan, Azizul turut menyatakan itu adalah satu tindakan yang sama sekali tidak perlu dilakukan. Tulisnya: “8. Jangan rosakkan kenderaan: hutang kenderaan masih atas nama kita, merosakkan kenderaan hanya akan mengurangkan nilai kenderaan. Semakin rendah nilai, semakin besar hutang kita.”

    Perkara terbaik untuk dilakukan dalam situasi ini adalah pertama sekali bertenang terlebih dahulu, dan kemudian menghubungi bank untuk mencari penyelesaian yang wajar. Paling penting, jangan beli kereta dengan cara sambung bayar!

     
     
  • MITI kekalkan sasaran bina 10,000 pengecas EV menjelang 2025, kini berada pada tahap 32%

    MITI kekalkan sasaran bina 10,000 pengecas EV menjelang 2025, kini berada pada tahap 32%

    Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri menegaskan bahawa ia akan terus mengekalkan sasaran untuk menyiapkan 10,000 pengecas EV di Malaysia menjelang tahun 2025. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Parlimen hari ini ketika menjawab soalan dari Ahli Parlimen Tampin Mohd Isam Mohd Isa.

    Sasaran ini telahpun diumumkan pada 2021 dalam Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030 (LCMB). Menurut Zafrul, sehingga 20 September 2024 sebanyak 813 pengecas DC dan 2,358 pengecas AC telah di pasang di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan 3,171 pengecas sudah sedia untuk digunakan berbanding hanya 2,020 unit pada Mac lalu.

    Berdasarkan jumlah BEV yang telah didaftarkan di Malaysia buat masa sekarang, setiap satu pengecas yang dipasang adalah untuk sembilan unit EV. Dijangkakan sasaran untuk melengkapkan 1,500 pengecas DC dan 8,500 pengecas AC di seluruh negara akan dapat dicapai pada akhir 2025.


    Video bermula pada 1:13:40

    Tengku Zafrul turut menyatakan untuk menyelesaikan masalah lokasi pengecas EV yang tidak seimbang antara kawasan bandar dan pedalaman, kerajaan kini sedang berbincang dengan pihak berkuasa tempatan, pemegang konsesi lebuhraya, pasaraya hyper, serta persatuan pusat membeli-belah dan hotel bagi menerangkan kepentingan pasaran EV dan perlu pengecas EV awam.

    Beliau turut mendedahkan bahawa sebanyak 4,984 permohonan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik telahpun diluluskan.

     
     
  • Jaecoo J7 PHEV di Malaysia — bateri 18.3 kWh 2WD, jarak 1,300 km, harga anggaran RM170k-RM180k

    Jaecoo J7 PHEV di Malaysia — bateri 18.3 kWh 2WD, jarak 1,300 km, harga anggaran RM170k-RM180k

    Jaecoo Malaysia hari ini mempamerkan model Jaecoo J7 PHEV (plug-in hybrid) untuk pasaran tempatan. Dua varian akan ditawarkan pada masa akan datang, dengan tumpuan utama dan penawaran awal melibatkan versi pacuan 2WD, dan setelah itu versi 4WD. Harga anggaran juga sudah didedahkan — RM170,000 hingga RM180,000. Model ini dijangka dilancarkan secara rasmi di sini sebelum hujung tahun.

    Dari segi dimensi, Jaecoo J7 PHEV ini mempunyai ukuran 4,500 mm panjang, 1,865 mm lebar, 1,670 mm tinggi dengan jarak roda 2,672 mm. Kedalaman air yang mampu diredah pula ialah 450 mm. Rekaan luarannya menggunakan lampu LED depan dan belakang, lengkap dengan DRL LED. Ada juga lampu kabus depan dan belakang, serta landasan bumbung. Pintu ruang kargo dibelakang juga dengan kendalian kuasa elektrik.

    Di dalam, larasan sterengnya manual untuk atas-bawah dan jauh-dekat. Kerusi pula dibalut dengan material kulit buatan dengan kerusi depan lengkap dengan ciri liang dan pemanas. Untuk kerusi pemandu, ia boleh dilaras enam-arah, manakala untuk penumpang hanya larasan empat-arah. Tidak ketinggalan ialah ciri sunroof.

    Jaecoo J7 PHEV di Malaysia — bateri 18.3 kWh 2WD, jarak 1,300 km, harga anggaran RM170k-RM180k

    Di tengah papan pemuka ada terletak skrin sentuh 14.8-inci untuk sistem infotainmen, sementara untuk kluster instrumen ada paparan bersaiz 10.25-inci. Slot USB ada empat disediakan dalam kabin, dan satu pengecas telefon tanpa wayar di depan. Sistem audio pula daripada jenama Sony dengan lapan pembesar suara, serta ada juga perakam video digital (DVR).

    Jaecoo J7 PHEV ini, yang pertama kali diumumkan untuk pasaran Malaysia pada Mei lalu digerakkan oleh enjin petrol 1.5 TGDi yang dipadankan bersama transmisi hibrid DHT dan motor elektrik pada gandar roda hadapan. Tetapan ini menghasilkan output kuasa keseluruhan sebanyak 347 PS dan tork maksimum 525 Nm.

    Bagi model 2WD, ia menggunakan bateri berkapasiti 18.3 kWh. Untuk kapasiti pengecasan pula, yang dikongsikan ketika ini ialah untuk pengecasan pantas DC, ia mampu menampung sehingga 40 kW, sementara untuk pengecasan AC dengan 6.6 kW. Fungsi V2L pula menyediakan kapasiti 3.3 kW.

    Jaecoo J7 PHEV di Malaysia — bateri 18.3 kWh 2WD, jarak 1,300 km, harga anggaran RM170k-RM180k

    Model J7 PHEV ini didakwa dapat memberi jarak perjalanan elektrik sepenuhnya sehingga 106 km kitaran NEDC, sementara dengan fungsi hibrid penuh, ia boleh memberi catatan penggunaan bahan api serendah 5.99 l/100 km. Dari segi prestasi, ia mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 8.5 saat. Menurut Jaecoo, dengan bateri penuh dan tangki bahan api 60 liter, J7 PHEV boleh bergerak sehingga 1,300 km.

    Untuk pemanduan, ia datang juga datang dengan tiga mod: Economy, Standard dan Sport. Untuk ruang barangan pula, minimum ia boleh memuatkan 500 liter kapasiti barangan, dan jika direbahkan kerusi barisan kedua, ruang yang tersedia ialah 1,265 liter.

    Bagi aspek keselamatan, model 2WD ini akan dilengkapi antara lain dengan lapan beg udara, sistem peninjau tekanan tayar dan juga brek parkir elektronik dengan Auto Hold. Tidak ketinggalan ialah sistem ADAS yang terdiri daripada 20 fungsi berbeza termasuk Adaptive Cruise Control, Integrated Cruise Assist, AEB, Intelligent Evasion System, Emergency Lane Keeping Assist dan Rear Cross Traffic Braking.

    Untuk pasaaran Malaysia, tiga warna luaran akan ditawarkan sebagai pilihan — Carbon Crystal Black, Khaki White dan Moonlight Silver dengan bumbung hitam. Semua warna ini pula dipadankan dengan warna ruang dalaman berwarna hitam. Sama seperti model petrolnya, model PHEV ini juga akan dipasang CKD di kilang Chery di Shah Alam.

     
     
  • Triumph Tiger Sport 800 didedah – model touring dengan enjin tiga silinder serba baru, suspensi Showa

    Triumph Tiger Sport 800 didedah – model touring dengan enjin tiga silinder serba baru,  suspensi Showa

    Sekali imbas, model baru yang anda nampak di dalam gambar ini mungkin nampak sama sahaja seperti Tiger Sport 660 yang sudah sedia dalam pasaran, tetapi sebenarnya ia adalah Tiger Sport 800 baru, yang didedahkan oleh Triumph sebagai sebuah motosikal dengan prestasi lebih tinggi serta enjin serba baru.

    Perincian bagaimana enjin itu dipanggil sebagai enjin serba baru tidak dijelaskan dalam siaran akhbar Triumph, tetapi ia adalah unit tiga silinder berkapasiti 798 cc yang mampu menghasilkan 115 PS pada 10,750 rpm dan tork 84 Nm pada 8,500 rpm.

    Menyampaikan kuasa ini kepada roda belakang adalah transmisi enam kelajuan, yang didatangkan terus dengan Triumph Shift Assist (quickshifter) serta klac jenis slip & assist.

    Selain enjin yang lebih berkuasa berbanding Tiger Sport 660, kelengkapan lain Tiger Sport 800 turut dipertingkat termasuk suspensi, yang menggunakan unit Showa boleh laras dengan fork USD SFF 41 mm di hadapan dan monoshock dengan tombol pra beban di belakang. Jarak gerak kedua-duanya adalah 150 mm.

    Pada bahagian brek pula, Tiger Sport 800 mendapat tetapan cakera 310 mm berkembar dengan angkup empat piston di hadapan, dan cakera 255 mm tunggal dengan angkup satu piston di belakang. Ia melekap pada rim 17 inci yang dibalut masing-masing tayar 120/70 di hadapan dan 180/55 di belakang.

    Triumph Tiger Sport 800 didedah – model touring dengan enjin tiga silinder serba baru,  suspensi Showa

    Pada bahagian elektronik, motosikal ini menyediakan tiga mod tunggangan iaitu Sport, Road dan Rain, sementara informasi penting pula dipaparkan pada skrin gabungan digital LCD dan TFT – juga diberikan secara standard dengan sistem sambungan kepada telefon untuk memaparkan navigasi, notifikasi serta pemain muzik.

    Kelengkapan lain yang disediakan adalah termasuk Cornering ABS, tangki bahan api 18.6 liter, cruise control serta penghadang angin hadapan boleh laras secara manual. Berat keseluruhan Tiger Sport 800 adalah 214 kg dan tinggi tempat duduknya dalam keadaan standard adalah 835 mm.

     
     
  • Geely Galaxy Starship 7 – akan ada versi Proton eMas 7 PHEV, enjin 1.5L T 4-silinder, jarak gerak EV 150 km

    Geely Galaxy Starship 7 – akan ada versi Proton eMas 7 PHEV, enjin 1.5L T 4-silinder, jarak gerak EV 150 km

    Nampaknya kembar Proton eMas 7 iaitu Geely Galaxy E5 bukan hanya akan dijual dalam versi elektrik penuh (EV), ia juga bakal tampil dengan versi yang dibekalkan enjin pembakaran dalaman bersama sistem hibrid plug-in (PHEV) tidak lama lagi.

    Perkara ini terdedah apabila maklumat model baharu tersebut sudahpun disiarkan di dalam laman web rasmi Kementerian Industri dan Teknologi Informasi (MIIT) China, dan model berkenaan diberi nama sebagai Geely Galaxy Starship 7, sama seperti model konsep yang didedahkan di Beijing awal tahun ini. Malah Geely sendiri baru sahaja menaikkan beberapa imej awalan di laman Weibo mereka.

    Bentuk badan asas antara E5 dan juga Starship 7 ini nampak sama, tetapi ia dibezakan oleh beberapa perincian. Yang paling jelas adalah pada bahagian muka di mana model PHEV ini diberikan lampu hadapan dan grafik LED berbeza bersama bar LED yang merentangi sepenuhnya bahagian hadapan, serta bampar yang berlainan.

    Pada bahagian sisi, selain dari rekaan rim aloi yang berbeza, Starship 7 ini juga nampaknya menerima pembuka pintu konvensional berbanding pembuka pintu tenggelam pada E5. Di belakang, kluster lampu masih lagi nampak sama tetapi grafik LED di dalamnya yang jelas berbeza.

    Geely Galaxy Starship 7 – akan ada versi Proton eMas 7 PHEV, enjin 1.5L T 4-silinder, jarak gerak EV 150 km

    Satu lagi perbezaan adalah kedudukan perumah nombor plat pendaftaran pada E5 yang berada pada bahagian bampar telah di alih ke atas iaitu pada pintu tailgate untuk Starship 7 ini.

    Model PHEV ini menampilkan dimensi panjang keseluruhan 4,740 mm, lebar 1,905 mm, tinggi 1,685 mm dan juga jarak roda sejauh 2,755 mm. Jadi berbanding E5, saiz untuk Starship 7 ini sebenarnya sedikit berbeza kerana ia 125 mm lebih panjang, 4 mm lebih lebar, 15 mm lebih tinggi dan jarak rodanya juga adalah 5 mm lebih jauh.

    Tiada sebarang spesifikasi teknikal didedahkan oleh Geely buat masa sekarang, dan hanya menyatakan bahawa ia akan menerima unit rangkaian kuasa generasi baharu yang dikenali sebagai ‘Thor’. Namun laporan CarNewsChina menyebut bahawa Starship 7 ini bakal menerima enjin 1.5 liter empat-silinder turbo yang menghasilkan kuasa 111 PS, bersama motor elektrik yang belum diketahui jumlah kuasanya.

    Geely Galaxy Starship 7 – akan ada versi Proton eMas 7 PHEV, enjin 1.5L T 4-silinder, jarak gerak EV 150 km

    Motor elektrik tersebut akan menerima kuasa dari pek bateri dengan pilihan kapasiti 19.09 kWj dan juga 28.94 kWj yang dibekalkan oleh Svolt, iaitu syarikat subsidiari GWM. Ini membolehkan SUV PHEV tersebut bergerak dengan kuasa elektrik sepenuhnya dalam jarak masing-masing 101 km dan 150 km.

    Secara keseluruhan, Geely menyatakan bahawa unit rangkaian kuasa PHEV Thor pada Starship 7 ini boleh bergerak sejauh 2,000 km dengan hanya satu tangki bahan api, sama seperti yang didakwa ketika mendedahkan versi konsepnya sebelum ini.

    Beberapa imej awalan sebelah dalam Starship 7 ini juga telah didedahkan, menyaksikan sebahagian besar rekaan masih dikongsi bersama E5. Antaranya roda stereng rata di atas dan bawah, paparan instrumental digital dengan skrin 10.25-inci dan skrin tengah untuk infotainmen bersaiz 15.4-inci.

    Geely Galaxy Starship 7 – akan ada versi Proton eMas 7 PHEV, enjin 1.5L T 4-silinder, jarak gerak EV 150 km

    Apa yang berbeza adalah liang penghembus pendingin hawa dialihkan lebih ke bawah dan ia merentasi sepenuhnya papan pemuka tersebut. Terowong tengah juga sedikit berlainan kerana ia menampilkan dua pad pengecas telefon pintar tanpa wayar, dan ia berada sekali dengan panel suis fizikal kawalan penghawa dingin dan juga suis putar penukar gear.

    Sama seperti Galaxy E5, Galaxy Starship 7 ini juga dijangka akan dihasilkan dalam versi Proton untuk dijual di Malaysia kerana Proton dikesan sudahpun memfailkan tanda dagangan eMas 7 PHEV. Malah dalam perancangan yang diumumkan Proton pada Mei lalu, model PHEV pertamanya dijangka akan diperkenalkan pada tahun hadapan.

    Ini bukan sahaja akan memberikan pilihan enjin petrol untuk pelanggan yang berminat dengan eMas 7 tetapi masih tidak boleh menerima teknologi EV, malah Proton akhirnya turut menerima unit rangkaian kuasa baharu yang menampilkan enjin 1.5 liter empat-silinder Geely.

     
     
  • Kawasan R&R di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama di Kuala Lipis dijangka siap pada Ogos 2025 – KKR

    Kawasan R&R di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama di Kuala Lipis dijangka siap pada Ogos 2025 – KKR

    Berkenaan dengan perkembangan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU), Timbalan Menteri Kerja, Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pembinaan hentian Rehat dan Rawat (R&R) di jajaran lebuhraya terbabit yang membabitkan laluan Seksyen 4A: Kampung Relong ke Ladang Jerkoh, Kuala Lipis dijangka siap pada Ogos tahun depan.

    Jelasnya, kerja-kerja pembinaan hentian R&R itu dijangka bermula pada Mac 2025 atau lebih awal, laporan Bernama.

    “Sekarang ini baru dibina platform dan jalan untuk menuju ke platform itu belum dibina, dijangka pembinaannya tidak lama lagi,” katanya pada sesi Kamar Khas Dewan Rakyat hari ini.

    Beliau menjawab usul dikemukakan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) mengenai jumlah hentian R&R yang akan dibina di Pahang dan Kelantan.

    Manakala bagi Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai (KBKK), Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata pembinaan hentian R&R di jajaran lebuhraya itu di Seksyen Bukit Tiu ke Kampung Berangan Mek Nab dijangka siap pada Januari 2026.

    Kawasan R&R di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama di Kuala Lipis dijangka siap pada Ogos 2025 – KKR

    “Bagi Kelantan, ini merupakan tambahan kepada R&R yang sedia ada di Gua Musang Utara dan Gua Musang Selatan.

    “Kedua-dua hentian R&R itu akan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti kawasan rehat, tandas, surau, gerai jualan, kawasan permainan kanak-kanak, rumah sampah dan tempat parkir yang mampu meningkatkan tahap keselesaan serta keselamatan pengguna jalan raya,” katanya.

    Tambah beliau, kajian awal mendapati pembinaan dua hentian R&R baharu di sepanjang jajaran itu mencukupi untuk menampung keperluan pengguna jalan raya dengan mengambil kira jumlah trafik, pola perjalanan pengguna terutama ketika musim perayaan dan jarak antara kemudahan sedia ada.

    “Selain R&R yang dinyatakan, LTU dan KBKK juga mempunyai susur keluar dan masuk melibatkan bandar utama di Pahang dan Kelantan. Pengguna mempunyai pilihan untuk rehat dan rawat di sepanjang laluan FT08 sedia ada khususnya ketika waktu puncak dan musim perayaan utama, secara tidak langsung dapat meningkatkan sosioekonomi setempat,” katanya.

    Sementara itu, Ahmad berkata status kemajuan keseluruhan projek LTU telah mencapai 66%, manakala pembinaan KBKK 49%.

     
     
  • Program MyLesen – 32,974 layak dan ambil bahagian

    Program MyLesen – 32,974 layak dan ambil bahagian

    Secara keseluruhannya 32,974 individu layak dan telah mengambil bahagian dalam program MyLesen sehingga 14 September 2024 – lapor New Straits Times. Daripada jumlah itu pula, menteri pengangkutan, Anthony Loke memberitahu, 1,730 individu sudah melengkapkan program tersebut.

    Tambah Loke, baki 31,244 individu lagi kini sedang menjalani latihan dan berada dalam fasa ujian, yang berjalan dari bulan Julai hingga November tahun ini.

    Program MyLesen diperkenal ke seluruh negara pada Mei 2023, untuk membantu golongan B40 mendapatkan lesen B2 untuk motosikal berkapasiti bawah 250 cc, PSV untuk e-hailing dan GDL untuk lori.

    Ia adalah sebahagian daripada inisiatif menteri pengangkutan yang dibentangkan semasa Bajet 2023 dan dengannya, ia diharap dapat meningkatkan status sosio-ekonomi dan pendapatan dengan membantu golongan tesebut mendapatkan kerja yang sesuai.

     
     
  • Lebuhraya Kesas bertentangan Proton COE kini dibuka lorong tambahan ke-empat – arah Subang-KL

    Lebuhraya Kesas bertentangan Proton COE kini dibuka lorong tambahan ke-empat – arah Subang-KL

    Untuk pengguna Lebuhraya Kesas, ini ada berita baik buat anda. Amanat Lebuhraya Rakyat telah mengumumkan lorong tambahan telah dibuka di lebuhraya terbabit, iaitu dari KM33.65 ke KM35, arah timur menuju Subang-Kuala Lumpur.

    Lorong terbabit adalah bertentangan dengan Pusat Kecemerlangan (COE) Proton, iaitu sebaris dengan tiga stesen minyak berdekatannya, menjadikannya sejumlah empat lorong sehala di laluan terbabit.

    Dengan pembukaan tambahan ini, diharap ia dapat membantu mengurangkan kesesakan trafik di laluan berkenaan terutamanya pada waktu puncak.

     
     
  • Malaysia boleh kutip RM100j daripada VEP pada 2024

    Malaysia boleh kutip RM100j daripada VEP pada 2024

    Hasil kutipan daripada permit masuk kenderaan (VEP) yang dikeluarkan kepada kenderaan berdaftar Singapura yang memasuki Malaysia dijangka melebihi RM100 juta tahun ini, laporan The Star.

    Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, jumlah kutipan daripada pengeluaran VEP tahun lepas berjumlah RM91 juta. “Dengan jangkaan peningkatan kenderaan dari Singapura yang memasuki Johor tahun ini, saya menganggarkan kutipan akan melepasi RM100 juta,” kata Loke.

    Sementara itu, perbincangan akan diadakan dengan Kementerian Kewangan (MoF) mengenai cara menambah baik pengangkutan awam di Johor dengan hasil yang dijana daripada VEP, kata Loke sambil menambah bahawa hasil yang dikutip disalurkan ke dalam dana yang digabungkan.

    Malaysia boleh kutip RM100j daripada VEP pada 2024

    “Daripada RM20 yang dikutip daripada setiap VEP, RM5 dikembalikan kepada kerajaan Johor. Kami akan berunding dengan MoF untuk kutipan VEP disalurkan bagi tujuan pengangkutan awam di Johor,” katanya, dan hasil itu boleh digunakan untuk membiayai lebih banyak laluan bas di Johor apabila Sistem Transit Rapid (RTS) Link menghubungkan Johor Bahru dan Singapura sudah lengkap.

    Pada Mei tahun ini, Loke mengumumkan bahawa kenderaan berdaftar Singapura yang memasuki Malaysia dikehendaki memiliki permit masuk kenderaan VEP mulai 1 Oktober. Pembinaan RTS Johor Bahru-Singapura telah mencapai 83% siap setakai Julai, dan ia sedang berjalan. Landasan itu dijangka bakal memulakan operasi pada 1 Januari 2027, kata Loke pada bulan lepas.

     
     
  • Proton sudah hasilkan 3.85 juta unit sedan bermula dengan Saga pada Julai 1985 hingga S70 2024

    Proton sudah hasilkan 3.85 juta unit sedan bermula dengan Saga pada Julai 1985 hingga S70 2024

    Walaupun trend pemilikan kenderaan kini memperlihatkan segmen SUV sedang semakin popular, untuk Proton tidak dinafikan bahawa sedan masih lagi merupakan pilihan yang penting buat rakyat Malaysia. Jenama automotif nasional itu mengumumkan bahawa sejak kewujudannya pada 1985, sehingga kini ia sudahpun memproduksi sebanyak 3.85 juta unit model-model sedan.

    Ia sudah tentu bermula dengan produk pertamanya yang dilancarkan pada 1 September 1985 iaitu Proton Saga. Legasi berkenaan kemudian diikuti dengan pengenalan Proton Wira, Waja, Persona, Inspira, Preve dan juga model dalam kelas lebih tinggi iaitu Perdana.

    Model-model Proton juga pernah diterima dengan baik pada pasaran eksport satu ketika dahulu, di mana model seperti Saga, Wira dan Waja pernah dijadikan sebagai kereta peronda polis di Humberside County, United Kingdom.

    Buat masa sekarang Saga masih lagi utuh berada dalam bilik pameran Proton menjangkau sebanyak tiga generasi. Sejak unit pertamanya siap di kilang Proton Shah Alam pada Julai 1985 sehingga Mei 2024, produksi model berkenaan sudahpun mencapai 2 juta unit.

    Sedan segmen-B Proton Persona turut masih ditawarkan, dan terbaharu Proton turut telah melancarkan pengganti Preve dalam saingan sedan segmen-C iaitu Proton S70 pada akhir tahun lalu. Menurut Proton untuk sembilan bulan pertama tahun ini sebanyak 14,877 unit S70 telah terjual dan masih kekal sebagai sedan segmen-C terlaris di Malaysia.

    “Di Proton, kami sangat berbangga dengan hubungan erat kami dengan keluarga Malaysia, yang bermula sejak tahun 1980-an. Sedan kami, dari Saga yang ikonik hingga S70 yang inovatif, bukan sahaja berfungsi sebagai kereta pertama yang boleh diharap tetapi juga telah menjadi warisan keluarga yang dihargai, mencipta kenangan yang abadi merentasi generasi. Dengan lebih 3.85 juta unit terjual, kami terus komited untuk memberikan kualiti, keselamatan, dan inovasi, memastikan setiap kenderaan mencerminkan dedikasi kami terhadap keperluan pelanggan yang semakin berkembang,” kata CEO Proton Edar, Roslan Abdullah.

     
     
  • Pusat 3S GAC dan Aion dibuka di Glenmarie, ICE/EV

    Pusat 3S GAC dan Aion dibuka di Glenmarie, ICE/EV

    WTC Automotif (WTCA) secara rasminya telah melancarkan pusat 3S GAC dan Aion di Glenmarie, Shah Alam. Dikendalikan oleh WariTan Automobile, pusat 3S ini terletak di lokasi strategik yang menjadi hab automotif di Lembah Klang.

    Mengendalikan kedua-dua jenama EV Aion dan juga GAC Motor, ia merupakan fasiliti GAC terbesar di Malaysia setakat ini. Dengan bilik pameran GAC Motor berkeluasan 456 kaki persegi yang mampu mempamerkan tiga model kenderaannya, sementara bilik pameran Aion pula sebesar 644 kaki persegi yang boleh mempamerkan enam model kenderaan beserta dengan ruang menunggu untuk para pelanggan.

    Manakala pusat servisnya yang mengendalikan kedua-dua jenama berkenaan berkeluasan 10,878 kaki persegi dan dilengkapi 10 petak penyelenggaran, dikendalikan oleh tujuh juruteknik bertauliah. Ia juga mempunyai ‘premier lounge’ dengan kemudahan ruang kerja, sudut permainan kanak-kanak dan sudut minuman serta cenderahati.

    “Pembukaan pusat 3S GAC dan Aion Glenmarie, bersama dengan pusat 3S sedia ada, berfungsi sebagai asas kepada rangkaian kami. Kami mengalu-alukan semua pelanggan untuk melawat dan merasai layanan GAC Motor. Pelanggan digalakkan untuk memandu uji dan mengalami keunggulan produk dan perkhidmatan kami,” kata Tan Keng Meng, Ketua Pegawai Eksekutif Warisan TC Holdings, syarikat induk WTCA.

    Kedua-dua bilik pameran GAC dan Aion dibuka tujuh hari seminggu, dari jam 9 pagi hingga 7 malam pada hari biasa, 9 pagi hingga 6 petang pada Sabtu dan 9 pagi hingga 5 petang pada Ahad dan cuti umum. Manakala pusat servis pula dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang dari Isnin hingga Sabtu.

    GAC baru-baru ini melancarkan varian Standard bagi SUV segmen-B GS3 Emzoom, dengan Eksklusif diperkenalkan semula sebagai model CKD. Bersama-sama dengan Premium-R sebagai varian tertinggi, Emzoom diberikan enjin 1.5T 177 PS/270 Nm dan berharga dari RM103,800 hingga RM126,800.

    Manakala Aion pula merupakan jenama EV bagi GAC dan menawarkan model tunggal MPV lima-tempat duduk Y Plus, dengan jarak gerak 430 km mengikut kitaran WLTP, berharga antara RM119,800 hingga RM135,800. Kereta berwarna jingga yang anda lihat menerusi foto di atas merupakan Hyptec HT, yang sedang dipertontonkan di bilik pameran ini.

     
     
  • Subaru Crosstrek S:HEV guna gabungan enjin boxer 2.5L NA dengan sistem hibrid, motor elektrik Toyota

    Subaru Crosstrek S:HEV guna gabungan enjin boxer 2.5L NA dengan sistem hibrid, motor elektrik Toyota

    Subaru Crosstrek generasi ketiga, atau lebih dikenali di kalangan kita sebagai XV, kini ditawarkan dalam versi hibrid di Jepun. Ia mungkin kedengaran pelik kerana sebelum ini memang sudah ada versi e-Boxer yang dijual di beberapa pasaran termasuklah Singapura.

    Tapi, itu adalah versi hibrid ringkas, sementara Crosstrek S:HEV ini pula menggunakan sistem series-parallel sebenar seperti Toyota Prius. Malahan, keseluruhan tetapan “Strong Hybrid” itu sebenarnya diambil terus daripada Toyota, dan kemudiannya digabungkan dengan enjin boxer serta sistem pacuan semua roda symmetrical Subaru.

    Enjin boxer NA yang digunakan juga adalah lebih besar, iaitu berkapasiti 2.5 liter, mampu menghasilkan 160 PS pada 5,600 rpm dan tork 209 Nm dari 4,000 rpm. Ia kemudiannya dipadankan bersama dua motor elektrik, dengan satu digunakan untuk mengecas bateri lithium ion 1.1 kWh dan satu lagi memberi pacuan sehingga 88 PS dan 270 Nm.

    Kesemua motor elektrik, transmisi eCVT, gear differential hadapan dan penyambung kawalan elektronik digabungkan dalam satu transaxle dan menyampaikan kedua-dua kuasa enjin dan motor elektrik kepada keempat-empat tayar. Penggunaan sistem pacuan mekanikal juga menjadikan Crosstrek S:HEV ini berbeza berbanding model hibrid Toyota yang menggunakan sistem E-Four.

    Crosstrek S:HEV hanya akan mula dijual Disember ini dan Subaru masih belum mendedahkan catatan penggunaan bahan apinya. Apa yang diberitahu, ia mampu memberi jarak gerak sehingga 1,000 km mengikut kitaran WLTP dan tangki bahan api 63 liter.

    Untuk membezakan model S:HEV ini, Subaru telah memasangkan ia dengan rim 18 inci rekaan seperti Shuriken, dan pada varian yang tinggi, ia mendapat panel instrumen digital 12.3 inci. Varian EX pula menerima sistem EyeSight X yang dipertingkat.

     
     
  • Renault 4 E-Tech Electric diperkenal – crossover elektrik dengan kuasa sehingga 150 PS/245 Nm

    Renault 4 E-Tech Electric diperkenal – crossover elektrik dengan kuasa sehingga 150 PS/245 Nm

    Nama Renault 4 yang digunakan pada model tahun 60-an hingga 90-an kini kembali semula ke pasaran, tetapi sebagai sebuah crossover elektrik yang dipanggil sebagai Renault 4 E-Tech Electric. Ia menyertai Renault 5 EV sebagai model kedua yang kembali menggunakan nama model lama daripada Renault.

    Secara luarannya, Renault 4 baru ini berukuran 4,140 mm panjang, 1,800 mm lebar, 1,570 mm tinggi, dengan jarak roda 2,620 mm. Menurut Renault, kenderaan ini mencatat berat bermula 1,410 kg dan mampu menarik sehingga 750 kg.

    Ia dibina atas platform AmpR yang juga digunakan untuk Renault 5 E-Tech Electric, tetapi diletakkan atas padanya dalam pilihan model kerana Renault 5 adalah lebih kecil. Renault memberitahu, perbezaan antara Renault 4 dan Renault 5 ini boleh dianggap seperti Captur dan Clio.

    Renault 4 E-Tech Electric diperkenal – crossover elektrik dengan kuasa sehingga 150 PS/245 Nm

    Rekaan yang diguna pada Renault 4 ini sudah tentu menggunakan inspirasi daripada model asal, dengan antara persamaan yang boleh dilihat adalah lampu bulat di hadapan, lampu belakang berbentuk petak menegak serta bukaan pintu but yang rendah supaya mudah memasukkan barang. Kapasiti ruang barangan yang disediakan adalah 35 liter.

    Penggerak Renault 4 E-Tech Electric ini datang dalam dua versi – Urban Range dengan motor 122 PS/225 Nm, bateri lithium ion 40 kWh dan jarak gerak lebih 300 km, dan Comfort Range yang menggunakan motor 150 PS/245 Nm, bateri lithium-ion 52 kWh dan jarak gerak sehingga 400 km (WLTP).

    Untuk versi 150 PS, Renault 4 E-Tech Electric ini boleh memecut 0-100 km/j dalam masa 8.5 saat dan mencapai laju maksimum 150 km/j. Kedua-duanya boleh dicas menggunakan sumber AC sehingga 11 kW, yang akan menaikkan bateri 15-100% dalam masa empat jam 30 minit, sementara untuk menggunakan sumber DC, versi 122 PS boleh menerima sehingga 80 kW dan versi 150 PS boleh menerima sehingga 100 kW – 15-80% dalam masa 30 minit.

    Bahagian dalam Renault 4 E-Tech Electric ini kebanyakannya nampak sama dengan Renault 5 EV, dengan terdapat panel instrumen digital antara tujuh inci ke 10.1 inci (bergantung kepada varian), serta skrin infotainmen 10 inci di tengah, dengan sistem OpenR Link berserta fungsi Google.

    Terdapat pelbagai sistem bantuan pemandu pada kenderaan ini, termasuk Driver Attention Alert, Rear Automatic Emergency Braking, Front and Rear Detection dengan Emergency Lane Keeping Assist, serta My Safety Switch yang membenarkan pemandu untuk membuat tetapan sendiri bagi lima fungsi ADAS yang disediakan.

    Renault 4 E-Tech Electric akan dikeluarkan di Maubeuge, Perancis dan dijangka akan dilancar untuk pasaran pada tahun hadapan.

     
     
  • ACE 2024: Terokai MPV elektrik BYD M6 tujuh-tempat duduk dari dekat — dua varian, harga dari RM109,800

    ACE 2024: Terokai MPV elektrik BYD M6 tujuh-tempat duduk dari dekat — dua varian, harga dari RM109,800

    Hujung minggu ini bakal berlangsung acara Auto Car Expo (ACE) 2024 anjuran paultan.org dengan tajaan bersama Carro, pada 26-27 Oktober di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Pelbagai jenama, model dan tawaran istimewa menanti pengunjung, dan masuk adalah percuma.

    BYD juga akan mempamerkan barisan EV keluarannya, termasuk MPV EV tujuh-tempat duduk yang baru saja dilancarkan, M6. Pengunjung boleh mendekati BYD M6 Standard, yang dijual dengan harga RM109,800 dan M6 Extended dengan harga RM123,800 di acara ini.

    Bagi varian Standard, M6 dilengkapi dengan bateri lithium iron phosphate (LFP) Blade 55.4 kWh yang memberikan jarak NEDC sejauh 420 km, dengan motor yang menjana sebanyak 163 PS dan 310 Nm dan boleh mencapai pecutan 0-100 km/j dalam masa 10.1 saat. Untuk lebih kuasa dan jarak, varian Extended menyediakan kapasiti bateri yang lebih besar, 71.8 kWh dengan jarak 530 km, manakala janaan kuasa ialah 204 PS dan 310 Nm membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 8.6 saat. Nilai yang diberikan oleh MPV ini cukup menarik.

    Jenama lain yang akan berada di ACE 2024 termasuklah Toyota, Mitsubishi, Perodua, Volkswagen, Proton, Ford serta smart dan eMas yang diuruskan oleh Pro-Net.

    ACE 2024: Terokai MPV elektrik BYD M6 tujuh-tempat duduk dari dekat — dua varian, harga dari RM109,800

    Selain itu, BMW/MINI (menerusi Auto Bavaria) dan Volvo (menerusi Sime Darby Swedish Auto) juga akan terlibat, serta beberapa jenama lagi di bawah kendalian EON yang turut akan mewakili jenama smart dan Audi, serta Cycle & Carriage dengan jenama Peugeot dan Leapmotor. Untuk motosikal, akan ada jenama BMW Motorrad, serta tidak lupa Trapo yang pelbagai produk melalui Exosystem-nya.

    Pengunjung ACE 2024 turut berpeluang memandu uji barisan kenderaan dari pelbagai jenama yang menyertai acara tersebut. Dan, tidak hanya kenderaan baru yang akan dipamerkan: kenderaan terpakai juga akan dibawa — dengan pelbagai tawaran menarik untuk dinikmati oleh pelanggan, yang tidak ditawarkan di tempat lain.

    Tidak ketinggalan, 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan mana-mana kereta baru akan menerima baucar gabungan bernilai RM2,500, yang terdiri daripada RM500 baucar filem penapis haba/coating V-Kool, RM500 baucar Dodomat, RM500 baucar penapis udara Blueair, RM500 baucar untuk balutan kulit kustom DK Schweizer serta RM500 baucar dari Kuzig Glanz untuk filem pelindung cat badan kenderaan.

    Akan ada banyak lagi promosi yang akan diumumkan sempena ACE 2024. Jadi terus perhatikan ruangan ini untuk maklumat lanjut. Tandakan kalender — 26-27 Oktober 2024 — dan jumpa nanti di SCCC. Masuk adalah percuma!

     
     
  • ACE 2024: Proton S70 jimat RM3,000 dengan rebat tunai serta diberi Aerokit percuma bernilai RM3,130

    ACE 2024: Proton S70 jimat RM3,000 dengan rebat tunai serta diberi Aerokit percuma bernilai RM3,130

    Jika ingin mencari kereta dengan tawaran menarik, jangan lupa berkunjunglah ke acara Auto Car Expo (ACE) 2024 anjuran paultan.org dengan tajaan bersama Carro hujung minggu ini, 26-27 Oktober di Pusat Persidangan Setia City (SCCC).

    Proton juga akan berada di sana mempamerkan barisan model sedia ada dengan tawaran istimewa sempena Proton Vaganza Hujung Tahun. Bagi Proton S70, pengunjung akan diberi penjimatan RM3,000 melalui rebat tunai dan akan menerima Aerokit bernilai RM3,130 percuma!

    Selain itu, jika anda memandu uji, membuat tempahan dan mendaftarkan kereta baru Proton, anda juga turut berpeluang memenangi cabutan bertuah bulanan dan juga peluang untuk memenangi hadiah utama berupa sebuah Proton S70.

    Jenama lain yang akan berada di ACE 2024 termasuklah Toyota, Mitsubishi, Perodua, Volkswagen, BYD, Ford serta smart dan eMas yang diuruskan oleh Pro-Net.

    ACE 2024: Proton S70 jimat RM3,000 dengan rebat tunai serta diberi Aerokit percuma bernilai RM3,130

    Selain itu, BMW/MINI (menerusi Auto Bavaria) dan Volvo (menerusi Sime Darby Swedish Auto) juga akan terlibat, serta beberapa jenama lagi di bawah kendalian EON yang turut akan mewakili jenama smart dan Audi, serta Cycle & Carriage dengan jenama Peugeot dan Leapmotor. Untuk motosikal, akan ada jenama BMW Motorrad, serta tidak lupa Trapo yang pelbagai produk melalui Exosystem-nya.

    Pengunjung ACE 2024 turut berpeluang memandu uji barisan kenderaan dari pelbagai jenama yang menyertai acara tersebut. Dan, tidak hanya kenderaan baru yang akan dipamerkan: kenderaan terpakai juga akan dibawa — dengan pelbagai tawaran menarik untuk dinikmati oleh pelanggan, yang tidak ditawarkan di tempat lain.

    Tidak ketinggalan, 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan mana-mana kereta baru akan menerima baucar gabungan bernilai RM2,500, yang terdiri daripada RM500 baucar filem penapis haba/coating V-Kool, RM500 baucar Dodomat, RM500 baucar penapis udara Blueair, RM500 baucar untuk balutan kulit kustom DK Schweizer serta RM500 baucar dari Kuzig Glanz untuk filem pelindung cat badan kenderaan.

    Akan ada banyak lagi promosi yang akan diumumkan sempena ACE 2024. Jadi terus perhatikan ruangan ini untuk maklumat lanjut. Tandakan kalender — 26-27 Oktober 2024 — dan jumpa nanti di SCCC. Masuk adalah percuma!

     
     
  • ACE 2024: Dekati Mitsubishi Triton serba baru hujung minggu ini — dari RM102k, di SCCC pada 26-27 Okt

    ACE 2024: Dekati Mitsubishi Triton serba baru hujung minggu ini — dari RM102k, di SCCC pada 26-27 Okt

    Acara Auto Car Expo (ACE) 2024 anjuran paultan.org dengan penaja bersama Carro dan Emit Solar oleh Time Energy akan berlangsung hujung minggu ini, 26-27 Oktober 2024 bertempat di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Ada pelbagai tawaran istimewa melibatkan pelbagai jenama akan tersedia untuk pengunjung.

    Mitsubishi juga akan mempamerkan trak pikap Triton generasi keenam yang baru saja dilancarkan bulan ini. Model ini ditawarkan dalam lima varian Triton Single Cab (RM101,980), Triton MT (RM114,980), Triton AT GL (RM116,980), Triton AT Premium (RM145,980) dan Triton Athlete (RM165,980) — semua harga atas jalan di Semenanjung, belum termasuk insurans. Triton Single Cab merupakan penawaran terbaru yang pertama kali oleh Mitsubishi untuk trak pikap ini di Malaysia.

    Ia juga tampil dengan saiz yang lebih besar daripada model sebelumnya. Bagi versi double-cab, ia mempunyai ukuran dimensi seperti berikut: 5,360 mm panjang, 1,930 mm lebar dan 1,815 mm tinggi — ini 55 mm lebih panjang, 115 mm lebih lebar dan 35 mm lebih tinggi.

    Jarak rodanya pula ialah 3,130 mm — 130 mm lebih panjang berbanding model kelima sebelum ini. Dan, bagi Triton Single Cab terbaru ini pula, ia mempunyai ruang kargo belakang yang paling besar dalam segmennya — 2,340 mm panjang dan 1,580 mm lebar.

    Selain itu, Triton 2024 juga dilengkapi dengan enjin baru, unit Hyperpower 4N16 2.4 liter yang diberikan talaan berbeza untuk kelima-lima varian yang ada ini, bergantung kepada penggunaannya yang dihasratkan.

    Versi output paling tinggi diberikan kepada Triton Athlete yang hadir dengan enjin 2.4 liter dan sistem turbocas dua peringkat yang menjana sebanyak 204 PS kuasa dan 470 Nm pada takat rpm yang lebih rendah, sekaligus memberikan keseimbangan antara prestasi dan kecekapan.

    ACE 2024: Dekati Mitsubishi Triton serba baru hujung minggu ini — dari RM102k, di SCCC pada 26-27 Okt

    Jenama lain yang akan berada di ACE 2024 termasuklah Toyota, Proton, Perodua, Volkswagen, BYD, Ford serta smart dan eMas yang diuruskan oleh Pro-Net.

    Selain itu, BMW/MINI (menerusi Auto Bavaria) dan Volvo (menerusi Sime Darby Swedish Auto) juga akan terlibat, serta beberapa jenama lagi di bawah kendalian EON yang turut akan mewakili jenama smart dan Audi, serta Cycle & Carriage dengan jenama Peugeot dan Leapmotor. Untuk motosikal, akan ada jenama BMW Motorrad, serta tidak lupa Trapo yang pelbagai produk melalui Exosystem-nya.

    Pengunjung ACE 2024 turut berpeluang memandu uji barisan kenderaan dari pelbagai jenama yang menyertai acara tersebut. Dan, tidak hanya kenderaan baru yang akan dipamerkan: kenderaan terpakai juga akan dibawa — dengan pelbagai tawaran menarik untuk dinikmati oleh pelanggan, yang tidak ditawarkan di tempat lain.

    Tidak ketinggalan, 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan mana-mana kereta baru akan menerima baucar gabungan bernilai RM2,500, yang terdiri daripada RM500 baucar filem penapis haba/coating V-Kool, RM500 baucar Dodomat, RM500 baucar penapis udara Blueair, RM500 baucar untuk balutan kulit kustom DK Schweizer serta RM500 baucar dari Kuzig Glanz untuk filem pelindung cat badan kenderaan.

    Akan ada banyak lagi promosi yang akan diumumkan sempena ACE 2024. Jadi terus perhatikan ruangan ini untuk maklumat lanjut. Tandakan kalender — 26-27 Oktober 2024 — dan jumpa nanti di SCCC. Masuk adalah percuma!

     
     
  • MITI bantu Perodua bangunkan EV pertama Malaysia bawah RM100k, siap hujung 2025 — Tengku Zafrul

    MITI bantu Perodua bangunkan EV pertama Malaysia bawah RM100k, siap hujung 2025 — Tengku Zafrul

    Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) memaklumkan akan membantu Perodua untuk mencapai matlamat syarikat itu menghasilkan kereta elektrik Malaysia yang pertama dengan harga di bawah RM100,000 menjelang penghujung 2025. Menurut Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, sebab kenapa kerajaa mahu membantu Perodua adalah kerana ingin menjadikan EV mampu milik, lapor The Edge.

    Belia menjelaskan, kementerian yakin yang pengeluar kereta nasional itu mampu mencapai sasaran untuk mengeluarkan EV secara umum tahun depan, sebelum berakhirnya tempoh pengecualian cukai EV yang diberikan sekarang. “Perodua telah terlibat dalam perbincangan bersama MITI, dan kami yakin dengan perancangan mereka untuk mencapai sasaran pada 2025,” ujarnya.

    Bagaimanapun tiada makluman berkaitan sejauh mana berkembangan projek berkenaan sudah berlangsung setakat ini. Sangat sedikit yang diketahui ketika ini tentang program elektrifikasi Peordua melainkan apa yang pernah dikongsi melalui model skala Electric Motion Online (EMO) dan prototaip konsep emo-1 yang ditunjuk pada Mei lalu.

    MITI bantu Perodua bangunkan EV pertama Malaysia bawah RM100k, siap hujung 2025 — Tengku Zafrul

    emo-1 merupakan sebuah kereta konsep yang menggunakan Myvi D51A sebagai kenderaan tumpangannya. Kereta ini dikuasakan oleh sebuah permanent magnet synchronous motor tiga-fasa yang menawarkan 68 PS (kadar 50 kW, dengan puncaknya pada 120 kW) dan 220 Nm (angka 315 Nm dipaparkan di skrin pameran), membolehkan Myvi ini mencapai 100 km/j dalam masa antara tujuh ke sembilan saat.

    Motor berkenaan mendapatkan kuasanya daripada bateri lithium-ion NMC dengan kapasiti 55.7 kWh (paparan di panel menunjukkan 56.7 kWh), dan menurut Perodua dapat memberikan jarak perjalanan 350 km (dipaparkan di skrin 400 km) dengan satu cas penuh. Ia mengambil masa lima jam untuk dicas sepenuhnya melalui pengecas AC 11 kW, manakala pengecas DC 50 kW memerlukan hanya satu jam lebih.

    Spesifikasi model prototaip ini berbeza daripda kajian EV yang didedahkan tahun lalu, dengan motor elektriknya dikatakan menjana sebanyak 95 PS dan 121 Nm. Pecutan 0-100 km/j pula dalam masa 10 saat, dengan pecutan maksimum 160 km/j. Model prototaip terbaru ini pula didakwa akan memberikan kelajuan maksimum 150 km/j.

     
     
  • MG5 yang diuji oleh Australasian NCAP berbeza dengan unit pasaran Malaysia – MG Malaysia

    MG5 yang diuji oleh Australasian NCAP berbeza dengan unit pasaran Malaysia – MG Malaysia

    Sedan segmen-B dari MG iaitu MG5 baru sahaja dilancarkan pada pasaran Malaysia pada awal bulan ini. Namun yang menjadi keresahan sebahagian pengguna di Malaysia adalah keputusan sifar bintang yang diperolehi oleh model ini selepas diuji oleh Program Penilaian Kereta Baharu Australasian (ANCAP) pada 2023.

    Tampil memberi penjelasan berkenaan isu ini, ketua pemasaran SAIC Motor Malaysia Phang Rick Kee menegaskan bahawa unit yang diuji oleh ANCAP berkenaan adalah berbeza dengan model pasaran Malaysia. Menurutnya ketika sesi pandu uji media MG5 yang berlangsung hari ini, Australia menerima MG5 yang dipasang terus (CBU) dari China, dengan varian asas datang tanpa pre-tensioner pada tali pinggang keledar.

    Manakala bagi model pasaran Malaysia, ia diimport dari Thailand dan Rick mengesahkan bahawa ia sudahpun diberikan pre-tensioner untuk kesemua tali pinggang keledar berkenaan.

    MG5 yang diuji oleh Australasian NCAP berbeza dengan unit pasaran Malaysia – MG Malaysia

    Model pasaran Malaysia ini juga diberikan enam beg udara serta pakej MG Pilot yang menampilkan fungsi pemantau titik buta, amaran lintasan trafik belakang, amaran keluar lorong, bantuan tukar lorong dan amaran pelanggaran belakang. Namun sistem brek kecemasan automatik (AEB) tidak disertakan.

    MG5 ditawarkan hanya dalam satu varian di Malaysia, dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM93,900 tidak termasuk insurans. Walaubagaimanapun sebagai pengenalan, ia ditawarkan dengan rebat sebanyak RM7,000, menjadikan harganya cuma RM86,900.

    MG5 yang diuji oleh Australasian NCAP berbeza dengan unit pasaran Malaysia – MG Malaysia

    Model ini didakwa sebagai sedan segmen-B paling besar dalam kelasnya, menampilkan dimensi panjang 4,675 mm dan lebar 1,842 mm, (3 mm lebih pendek dan 40 mm lebih lebar berbanding Civic), manakala jarak rodanya pula adalah 2,680 mm, hampir dengan jarak roda Toyota Corolla (2,700 mm) dan Civic (2,735 mm).

    Sama seperti pasaran Indonesia dan Thailand, MG5 pasaran tempatan ini dijana oleh enjin 1.5 liter empat-silinder DOHC NA berkuasa 114 PS pada takat 6,000 rpm dan tork maksima 150 Nm pada takat 4,500 rpm, digandingkan bersama kotak gear i-CVT automatik menampilkan lapan-kelajuan maya.

     
     
  • JAC T9 EV dipertonton di Malaysia – dua motor, bateri 88 kWh, jarak gerak hingga 340 km, bawah RM200k

    JAC T9 EV dipertonton di Malaysia – dua motor, bateri 88 kWh, jarak gerak hingga 340 km, bawah RM200k

    Selain versi diesel, JAC juga telah mempertontonkan trak pikap T9 versi elektrik (EV) di majlis pelancaran rasmi jenamanya di Malaysia. Sama dengan versi diesel, T9 EV juga diimport terus dari China (CBU) dan akan dijual pada harga bawah RM200,000 bagi 100 tempahan pertama yang diterima sebelum 31 Disember 2024.

    Saiz T9 EV ini juga sama seperti T9 biasa, dengan catatan panjang 5,330 mm, lebar 1,965 mm, tinggi 1,920 mm dan jarak roda 3,110 mm. Begitu juga dengan ruang kargonya, yang mencatat panjang 1,520 mm, lebar 1,590 mm dan tinggi 470 mm.

    Secara visual, T9 EV ini dapat dikenali melalui lencana JAC biru yang terdapat pada gril hadapannya, sementara penggerak pula terdiri daripada tetapan dua motor elektrik dengan yang di hadapan berkuasa 70 kW (95 PS), dan yang di belakang 160 kW (218 PS). Gabungan dua motor ini mampu menghasilkan tork keseluruhan 516 Nm dan boleh membawa ia memecut 0-100 km/j dalam masa 8.4 saat dan mencapai laju maksimum 140 km/j.

    JAC T9 EV dipertonton di Malaysia – dua motor, bateri 88 kWh, jarak gerak hingga 340 km, bawah RM200k

    Tenaga yang menggerakkan motor ini datang daripada bateri LFP 88 kWh, yang boleh menyediakan jarak gerak sehingga 340 km mengikut ujian WLTP. Ia boleh dicas menggunakan sumber DC sehingga 88 kW melalui sambungan CCS2 dan boleh naik 30-80% dalam masa 35 minit. Apabila dicas menggunakan sumber AC dengan sambungan Type 2 sehingga 11 kW pula baterinya akan naik 15-100% dalam masa enam jam 50 minit.

    Kelengkapan yang diberikan pada versi EV ini kebanyakannya adalah sama dengan versi diesel, termasuk rim 18 inci dengan tayar 265/60R18, brek cakera hadapan dan belakang, sports bar, pemijak tepi serta cangkuk penarik di bampar hadapan.

    Namun anda akan melihat T9 EV ini tidak mempunyai pengesan jarak hadapan serta rel bumbung. Pada unit pameran ini, apabila bonet hadapannya dibuka, terus akan nampak gandar hadapannya, tetapi maklumat yang kami terima, unit yang dijual kepada pelanggan nanti akan diperkemas dan mempunyai ruang simpanan di dalamnya.

    Bahagian dalam juga sama sahaja dengan versi diesel, menampilkan panel instrumen digital tujuh inci di hadapan pemandu, bersama skrin sesentuh 10.4 inci untuk infotainmen, boleh disambung dengan Apple CarPlay dan Android Auto. Turut disediakan adalah pengecas tanpa wayar serta konsol tengah dengan fungsi penyejuk.

    Tempat duduk bagaimanapun hanya menyediakan fungsi pelarasan elektronik pada bahagian pemandu sahaja, sementara tombol pemilih gear transmisi dan 4WD diganti dengan tombol tunggal.

    Sama seperti T9 diesel, T9 EV juga mendapat pakej ADAS yang termasuk Lane Departure Warning, Lane Keep Assist, Integrated Cruise Assist, Emergency Lane Keeping, Blind Spot Detection, Driver Monitoring dan Autonomous Emergency Braking (depan dan belakang). Ciri keselamatan yang diberi pula terdiri daripada tujuh beg udara, sama seperti versi diesel dan menerima penarafan Australasian NCAP (ANCAP) lima bintang.

    Warna luaran yang ditawarkan untuk T9 EV ini ada lima, sementara warna balutan kulit dalam pula disediakan dalam pilihan warna hitam atau coklat. JAC T9 EV datang dengan jaminan enam tahun atau 200,000 km. Pelancaran rasminya dijangka berlaku pada Januari tahun hadapan.