Follow us:
Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • Projek ETS Gemas-Segamat siap 95% setakat ini, dijangka boleh beroperasi awal Oktober 2024 – Loke

    Projek ETS Gemas-Segamat siap 95% setakat ini, dijangka boleh beroperasi awal Oktober 2024 – Loke

    Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengesahkan projek Landasan Berkembar Sistem Tren Elektrik (ETS) Gemas-Segamat kini telah 95% siap dan dijangka boleh digunakan sepenuhnya awal Oktober ini. Dengan operasi laluan tersebut, membolehkan perkhidmatan dihubungkan dari Padang Besar, Perlis terus ke Segamat, Johor.

    “Projek ini berjalan lancar dan kita pastikan dalam secepat mungkin ia dapat menyediakan perkhidmatan ETS kepada masyarakat hingga ke Segamat dahulu,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

    Tambah beliau, buat masa ini perkhidmatan ETS hanya ada di laluan Padang Besar ke Kuala Lumpur hingga ke Gemas.

    “Untuk selatan pula, ia kini hanya perlu diperlengkapkan. Saya harap sedikit masa lagi dapat melengkapkannya, maka perkhidmatan itu boleh diakses sepenuhnya pada tahun 2025,” katanya.

    Beliau berkata, mereka juga merancang untuk menambah jumlah gerabak ETS di laluan berkenaan namun ia tertakluk kepada permintaan khidmat pelanggan.

    “Sudah pasti (beberapa gerabak ETS) kita melihat itu mencukupi buat permulaan dan saya melihat potensi membawa penumpang ini adalah mod pengangkutan kini yang popular. Kita ada pelbagai perancangan antaranya berkait rapat sektor pelancongan termasuk di Segamat,” katanya.

     
     
  • Geely hasilkan enjin metanol yang lebih bersih dari petrol & diesel, dirancang dikembangkan ke Malaysia

    Geely hasilkan enjin metanol yang lebih bersih dari petrol & diesel, dirancang dikembangkan ke Malaysia

    Geely Emgrand Hybrid Methanol pasaran China

    Jika Toyota sedang membangunkan enjin berkuasa hidrogen untuk masa hadapan bagi menggantikan bahan api fosil, gergasi automotif China, Geely pula kini sedang menerajui pengeluaran kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman yang beroperasi dengan bahan api bio iaitu metanol.

    Bernama melaporkan bahawa Geely Holding Group buat masa sekarang merupakan pengeluar kenderaan metanol paling besar di dunia, dan ia mensasarkan Malaysia sebagai pasaran seterusnya bagi memasarkan kenderaan sedemikian, selepas China dan Eropah.

    Menurut Naib Presiden Geely Auto dan Presiden Geely New Energy Powertrain R&D Centre, Wang Ruiping, Geely bersedia untuk berbincang dengan Malaysia tentang projek itu dan menyedari negara sedang berusaha untuk meningkatkan penghasilan dan penggunaan bahan api hijau yang mampan.

    “Ada peluang yang berpotensi (untuk bekerjasama). Kita boleh berbincang mengenai butiran terperincinya,” katanya.

    Geely hasilkan enjin metanol yang lebih bersih dari petrol & diesel, dirancang dikembangkan ke Malaysia

    Geely Emgrand Hybrid Methanol pasaran China

    Laporan ini turut menyebut Geely telah memperkenalkan kira-kira 20 model metanol bagi kenderaan penumpang dan juga perdagangan di China dan Wang menyatakan bahawa sehingga kini terdapat lebih 30,000 kenderaan metanol Geely yang bergerak di atas jalan raya dengan gabungan perbatuan kira-kira 10 bilion kilometer. Buat masa sekarang Geely sedang menguji kenderaan berkuasa metanol di Denmark sebelum ia dipasarkan ke Eropah.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan Geely pada Januari lalu, syarikat itu menyatakan walaupun kenderaan elektrik penuh (EV) merupakan pilihan terbaik untuk alam sekitar dengan menawarkan emisi sifar kerana tiada asap ekzos dan menyumbang hanya satu pertiga tapak karbon berbanding enjin pembakaran dalaman, tahap ketersediaan infrastruktur untuk EV merentasi capaian universal mungkin mengambil masa beberapa dekad lagi.

    Jadi untuk memberikan solusi sementara bagi mencapainya, ‘bahan bakar hijau’ seperti metanol ini adalah diperlukan di mana Geely telah memulakan penyelidikan dan pembangunannya sejak 2005. Geely juga telah mengambil pendekatan holistik bagi mengambilkira keseluruhan ekosistem bahan api metanol ini, bermula dari produksi menggunakan kaedah boleh diguna semula bagi penggunaan aktif seluruh China.

    Metanol bukan sahaja lebih sudah dikendali dan disimpan berbanding hidrogen, menurut Geely metanol turut lebih bersih dari petrol dengan menghasilkan sulfur oksida 99% lebih rendah, 60% kurang nitrogen oksida dan 75% kurang bahan zarah.

    Geely hasilkan enjin metanol yang lebih bersih dari petrol & diesel, dirancang dikembangkan ke Malaysia

    Geely Emgrand Hybrid Methanol pasaran China

    Di China, Geely sudahpun melancarkan kembar Proton S70 iaitu Geely Emgrand dalam versi hibrid metanol pada Mei 2022, yang dijana oleh unit rangkaian kuasa hibrid NordThor Power Geely (sebelum ini dikenali sebagai Leishen Power).

    Sistem tersebut menggandingkan enjin 1.8 liter NA yang digerakkan oleh metanol, menghasilkan kuasa 130 hp dan tork maksima 175 Nm, bersama motor elektrik berkuasa 134 hp dan tork 320 Nm. Secara keseluruhan unit ini menghasilkan kuasa 264 hp dan tork maksima 495 Nm.

    Enjin dan motor elektrik tersebut dipadankan dengan kotak gear khas Dedicated Hybrid Transmission (DHT) tiga-kelajuan yang membolehkan kereta ini bergerak pada kelajuan rendah hanya menggunakan elektrik, membolehkan enjin berfungsi hanya sebagai generator mengecas bateri, dan memberikan pecutan ketika memotong dengan nisbah gear transmisi yang memberikan tork setinggi 4,920 Nm, dakwa Geely.

    Geely hasilkan enjin metanol yang lebih bersih dari petrol & diesel, dirancang dikembangkan ke Malaysia

    Trak Farizon M100

    Semua ini diterjemahkan kepada prestasi yang membolehkan Geely Emgrand hibrid metanol tersebut memecut dari 0-100 km/j dalam masa 8.8 saat, manakala penggunaan bahan apinya pula adalah pada kadar 9L/100 km dalam kitaran ujian WLTP dan memenuhi standard emisi tertinggi di sana iaitu China IV.

    Manakala untuk kenderaan perdagangan, Geely menawarkan trak berat menerusi jenama Farizon iaitu Farizon M100, yang merupakan trak berat produksi pertama di dunia yang menggunakan metanol sebagai bahan bakar, dilancarkan pada 2019. Enjin yang digunakan pada trak ini masih berkongsi komponen yang sama seperti trak diesel, tetapi menghasilkan pembakaran lebih bersih serta mematuhu standard emisi China IV, tidak memerlukan cecair ad-blue, dan didakwa boleh bertahan sehingga 1 juta km.

    Selain dari kerjasama dengan Proton, Geely kini turut terlibat dalam pembangunan Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV) di Tanjong Malim bersama pemilik Proton iaitu DRB-Hicom. AHTV disasarkan untuk menjadi hab bagi pengeluaran Next Generation Vehicles (NxGV) seperti yang digariskan di bawah Dasar Automotif Nasional 2020. Mungkin pembangunan terhadap teknologi metanol ini merupakan salah satu agenda dalam AHTV?

     
     
  • Proton X50 2024 catat 8,000 tempahan dalam sebulan dilancarkan; diskaun tunai RM7k menjelang Ogos

    Proton X50 2024 catat 8,000 tempahan dalam sebulan dilancarkan; diskaun tunai RM7k menjelang Ogos

    Pengeluar kereta nasional Proton mengumumkan bahawa SUV X50 2024 yang baru dilancarkan telah menerima sambutan yang menggalakkan, dengan mencatatkan jumlah tempahan sebanyak 8,000 dalam tempoh hanya sebulan sejak pelancarannya pada bulan Jun.

    Menurut Proton, permintaan yang positif ini jauh melebihi jangkaan pihaknya dan telah menetapkan piawaian baru untuk segmennya. Sejak pelancarannya pada tahun 2020, X50 telah menjadi SUV terlaris di Malaysia, dengan penjualan mencatatkan 115,262 unit sehingga Jun.

    Tambahnya, sebagai tindak balas kepada permintaan yang menggalakkan ini, Proton sedang meningkatkan
    pengeluaran untuk mempercepat jadual penghantaran kepada pelanggan yang berminat menjelang Ogos ini.
    Semua pelanggan yang layak mendapat promosi early bird yang berupa diskaun tunai RM7,000 dan sokongan tukar beli RM1,000/RM1,500 akan menerimanya dengan sewajarnya.

    “Kami sangat teruja untuk melihat nombor tempahan yang luar biasa pada bulan pertama sahaja. Ini telah
    menunjukkan daya tarikan kukuh Proton X50 2024. Ini mengesahkan komitmen kami untuk menyampaikan nilai dan kualiti yang cemerlang kepada pelanggan kami.

    “Kami memahami keterujaan dan jangkaan mengenai Proton X50 2024 dan kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan bahawa kami sedang melakukan segala yang mungkin untuk memenuhi jangkaan mereka,” kata Roslan Abdullah, CEO Proton Edar.

    Untuk X50 1.5 TGDi RC 2024 ini, tiada perubahan pada penjana kuasanya. Ia masih kekal menggunakan unit 1.5L turbo tiga-silinder petrol dengan output 177 PS dan 255 Nm tork dari 1,500 hingga 4,000 rpm, serta digandingkan dengan transmisi DCT tujuh-kelajuan dan membolehkan SUV ini dipecut dari 0-100 km/j dalam 7.9 saat.

    Dan buat pertama kalinya, ini merupakan versi pertama bagi X50 yang diberikan enjin pengeluaran tempatan (CKD) yang diproduksi di kilang Proton di Tanjung Malim, Perak. Sebelum ini, enjin X50 dibawa masuk dari China. Selain itu, X50 RC 2024 juga telah diberikan penambahbaikan dari segi Noise, Vibration, and Harshness (NVH), melibatkan lebih 20 poin NVH ditambahbaik untuk memberikan keselesaan yang lebih jitu. Dengan ini, bunyi enjin dan bunyi bising jalan dapat dikurangkan dengan kadar yang agak banyak.

    Berbanding X50 sebelum ini, bunyi enjin dan bunyi bising jalan telah ditebat dengan lebih baik. Bagaimana pun, untuk bunyi bising angin pula, ia masih kedengaran walau pun sedikit berkurangan bagi X50 RC 2024 ini.

    GALERI: Proton X50 RC Flagship 2024

    GALERI: Proton X50 RC Premium 2024

    GALERI: Proton X50 RC Executive 2024

     
     
  • JPJ terima 58 buah kenderaan baharu termasuk sejumlah Toyota Fortuner; belanja RM10.4 juta

    JPJ terima 58 buah kenderaan baharu termasuk sejumlah Toyota Fortuner; belanja RM10.4 juta

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menerima sebanyak 58 kenderaan baharu termasuk sejumlah besar Toyota Fortuner bagi menggantikan kenderaan-kenderaan sedia ada yang sudah berusia. Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Rospiagos bin Taha, Ketua Pengarah JPJ pada Khamis minggu lalu.

    Menurut JPJ, kesemua aset kenderaan penguatkuasa baharu ini adalah untuk kegunaan Ibu Pejabat dan JPJ Negeri, dan ia adalah suatu keperluan yang mendesak kepada JPJ kerana sehingga ke hari ini, JPJ masih lagi menggunakan kenderaan yang berusia 10 – 12 tahun.

    “Aset kenderaan penguatkuasa ini mampu menjadi pemangkin untuk mempertingkatkan keupayaan, produktiviti dan memperkasa kesiapsiagaan penguatkuasaan JPJ di seluruh negeri,” menurut JPJ dalam satu hantaran yang dibuat pada laman Facebook rasmi jabatan tersebut.

    Menurut JPJ lagi, penyerahan ini juga merupakan inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Program Cakna Madani Agensi Penguatkuasa pada tahun 2023 yang mengumumkan peruntukan sebanyak RM100 juta kepada agensi penguatkuasaan, manakala perolehan kenderaan penguatkuasa sebanyak 58 buah kenderaan ini merupakan sebahagian daripada peruntukan untuk JPJ yang telah diluluskan sebanyak RM10.4 juta.

     
     
  • Jambatan Pulau Pinang, Jambatan SAHMS tutup pada 28 Julai, 6.30 pagi-12 t/hari untuk acara berbasikal

    Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memaklumkan bahawa kedua-dua jambatan ikonik di Pulau Pinang akan ditutup secara berperingkat pada 28 Julai (Ahad ini) sempena dengan acara kayuhan berbasikal Penang Fellowship Ride 2024.

    Di mana Jambatan Pulau Pinang akan ditutup dari bahagian pulau hingga ke Butterworth mulai jam 6.30 pagi hingga 9 pagi. Manakala Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang/SAHMS) pula akan ditutup dari Batu Maung Ke Batu Kawan (menggunakan arah bertentangan) dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari.

    Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk merancang perjalanan termasuk menggunakan laluan alternatif sekiranya ingin ke lokasi yang terbabit atau sekitarnya sepanjang waktu penutupan. Sila ikuti arahan polis trafik dan petugas di lokasi, serta terus berhati-hati di dalam pemanduan.

     
     
  • EVx 2024: Menangi Apple Watch Series 9 jika beli kereta Carro Certified, potongan 40% Carro Care

    EVx 2024: Menangi Apple Watch Series 9 jika beli kereta Carro Certified, potongan 40% Carro Care

    Sebagai penaja bersama EVx 2024, Carro turut memberikan tawaran istimewa sepanjang acara ini berlangsung dari 20-12 Julai 2024 di Pusat Persidangan Setia City (SCCC).

    Barisan kenderaan Carro Certifed antara yang berada di sana untuk anda yang ingin mencari kenderaan terpakai dalam keadaan seperti baru. Semua unit kenderaan di bawah Carro Certified telah melalui pemeriksaan 160-poin dan datang dengan jaminan pulangan wang lima-hari serta jaminan 12-bulan untuk enjin dan kotak gear. Semua kereta berkenaan juga tidak diubah jarak perbatuannya, atau tidak pernah terlibat dengan sebarang kemalangan teruk, terbakar atau ada kerosakan akibat banjir.

    Lebih penting, semua harga kereta yang ditunjuk itu tidak datang dengan sebarang kos tersembunyi — maksudnya anda tidak akan dikenakan sebarang yuran memproses tambahan atau yuran pemeriksaan lain sekiranya ingin meneruskan pembelian kenderaan tersebut.

    EVx 2024: Menangi Apple Watch Series 9 jika beli kereta Carro Certified, potongan 40% Carro Care

    Dan ada lagi — beli mana-mana kereta Carro Certified di EVx dan anda akan berpeluang menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah menarik. Hadiahnya termasuklah enam baucar Lazada RM100, empat baucar Aeon RM100, empat kad petrol Petronas RM250 serta hadiah utama Apple Watch Series 9 bernilai RM1,899.

    Antara model kereta yang ada ialah Perodua Axia Standard G 2021, Perodua Myvi 1.5 AV 2020, Honda City 1.5 E 2021, Proton X50 1.5 TGDi Flagship 2021, Mercedes-Benz GLA250 2018, Mercedes-Benz GLC250 2019 dan Ford Ranger Wildtrak Bi-Turbo 2020.

    Selain itu, Carro Care juga ditawarkan dengan potongan 40% bagi kategori kereta seperti Perodua Myvi, Proton Iriz dan Kia Picanto yang kini dengan harga RM1,800 (harga biasa RM3,000); sedan seperti Proton Saga, Toyota Vios, Honda City dan Perodua Bezza dengan harga RM1,920 (harga biasa RM3,200); kategori seperti Honda Civic, Toyota Corolla Altis, Hyundai Elantra, Mercedes-Benz C-Class dan BMW 3 Series dengan harga RM2,040 (harga biasa RM3,400).

    EVx 2024: Menangi Apple Watch Series 9 jika beli kereta Carro Certified, potongan 40% Carro Care

    Untuk sedan lebih besar seperti Toyota Camry, Honda Accord, Nissan Teana, Mercedes-Benz E-Class dan BMW 5 Series, harga istimewa ialah RM2,160 (harga biasa RM3,600); sementara pakej untuk SUV kompak dan saiz sederhana, 4×4 dan limosin seperti Mercedes-Benz S-Clas dan BMW 7 Series ialah RM2,280 (harga biasa RM3,800); dan pakej untuk MPV dan SUV besar ialah RM2,500 (harga biasa RM4,000).

    Selain itu, terdapat banyak lagi jenama yang akan ikut serta dalam EVx 2024 seperti Mercedes-Benz, Hyundai, BMW, MINI, smart, BYD, Chery, Kia dan Lotus Cars. Pakar penyelesaian pengecasan Kineta juga akan ikut serta.

    Bagi yang menempah kereta baru di EVx, mereka akan menikmati baucar bernilai RM1,500 — baucar RM500 filem penapis haba daripada V-Kool, RM500 lagi daripada DodoMat dan RM500 yang terakhir untuk kerusi kulit kustom DK Schweizer. Semua baucar ini hanya akan diberikan di lokasi dan terhad kepada 100 tempahan kereta baru terawal sahaja.

    EVx 2024 berlangsung dari 20-21 Julai 2024. Masuk percuma.

     
     
  • EVx 2024: KINETA beri potongan harga hingga RM799 untuk pasang Wallbox Pulsar Max AC di rumah

    EVx 2024: KINETA beri potongan harga hingga RM799 untuk pasang Wallbox Pulsar Max AC di rumah

    Penyedia kelengkapan pengecasan KINETA turut membawakan tawaran istimewa sempena EVx 2024 yang sedang berlangsung dari 20-21 Julai 2024 ini di Pusat Persidangan Setia City (SCCC) dengan tajaan bersama Carro, Gentari, RHB dan JuiceUp dan TNB Electron.

    KINETA menawarkan Wallbox Pulsar Max dengan potongan harga sehingga RM799 jika anda membuat pembelian sepanjang acara ini berlangsung. Dua varian untuk Wallbox Pulsar Max ada ditawarkan — versi fasa tunggal 32A 7.4 kW dan versi tiga-fasa 32A 22 kW yang kedua-duanya menggunakan sambungan Type 2. Kedua-duanya dikawal melalui aplikasi mudah alih Wallbox melalui sambungan WiFi dan Bluetooth.

    Wallbos Pulsar Max memiliki penarafan IP55 bagi kalis debu dan air, serta menampilkan LED sebagai petunjuk kepada status pengecasannya. Ia datang dengan jaminan tiga-tahun, serta jaminan setahun bagi pemasangan sekiranya produk berkenaan dipasang dengan KINETA.

    EVx 2024: KINETA beri potongan harga hingga RM799 untuk pasang Wallbox Pulsar Max AC di rumah

    Selain itu ada juga promosi untuk pengecas Wallbox Commander 2, dengan versi tiga-fasa 22 kW yang mempunyai paparan 7.0-inci serta rekaan kompak. Ia juga kalis air dengan penarafan IP54 bagi kalis debu dan air, dan ditawarkan dalam warna hitam atau putih. Jaminan tiga-tahun turut diberikan. Pasang dengan KINETA dan anda akan menerima jaminan setahun untuk pemasangan.

    KINETA Portable Charger juga diberikan promosi eksklusif sepanjang EVx 2024. Peranti mudah alih 2.2 kW 10A ini datang dengan kabel Type 2 dan penarafan IP65 bagi kalis debu dan air. Ia juga lengkap dengan petunjuk LED untuk status pengecasannya serta pemilih mod melalui satu butang untuk kemudahan pengguna.

    Tidak ketinggalan, sebuah Porsche Taycan facelift turut dipamer di ruang legar KINETA untuk tatapan umum.

    EVx 2024: KINETA beri potongan harga hingga RM799 untuk pasang Wallbox Pulsar Max AC di rumah

    Selain itu, terdapat banyak lagi jenama yang akan ikut serta dalam EVx 2024 seperti Mercedes-Benz, Hyundai, BMW, MINI, smart, BYD, Chery, Kia dan Lotus Cars. Pakar penyelesaian pengecasan KINETA juga akan ikut serta.

    Bagi yang menempah kereta baru di EVx, mereka akan menikmati baucar bernilai RM1,500 — baucar RM500 filem penapis haba daripada V-Kool, RM500 lagi daripada DodoMat dan RM500 yang terakhir untuk kerusi kulit kustom DK Schweizer. Semua baucar ini hanya akan diberikan di lokasi dan terhad kepada 100 tempahan kereta baru terawal sahaja.

    EVx 2024 berlangsung dari 20-21 Julai 2024. Masuk percuma.

     
     
  • EVx 2024: V-Kool, DodoMat dan DK Schweizer beri baucar RM1,500 untuk setiap kereta ditempah

    EVx 2024: V-Kool, DodoMat dan DK Schweizer beri baucar RM1,500 untuk setiap kereta ditempah

    Sekarang ini sedang berlangsung Ekspo Kenderaan Elektrik (EVx) anjuran paultan.org, dan akan berterusan sehingga esok, 21 Julai 2024 di Pusat Persidangan Setia City (SCCC), dengan pintu dibuka seawal 9 pagi hingga 7 malam.

    Turut serta dalam acara ini selain jenama kenderaan dan penyedia kelengkapan mengecas yang membawa kereta elektrik dan kelengkapan berkaitannya adalah aksesori kereta termasuk V-Kool, DodoMat dan DK Schweizer.

    Setiap kereta yang ditempah semasa acara ini akan menerima baucar bernilai RM1,500 — baucar RM500 filem penapis haba daripada V-Kool, RM500 lagi daripada DodoMat dan RM500 yang terakhir untuk kerusi kulit kustom DK Schweizer. Semua baucar ini hanya akan diberikan di EVx pada 20-21 Julai ini dan terhad kepada 100 tempahan kereta baru terawal sahaja.

    Bukan setakat memberikan baucar, V-Kool dan DodoMat juga berada di tapak acara dengan ruang sendiri yang mempamerkan pilihan barangan mereka seperti penapis haba cermin dan alas kaki, dengan promosi tersendiri seperti diskaun sehingga RM700 bagi V-Kool.

    EVx 2024: V-Kool, DodoMat dan DK Schweizer beri baucar RM1,500 untuk setiap kereta ditempah

    Antara jenama yang bakal turut serta dalam EVx 2024 adalah Mercedes-Benz, BMW, MINI, smart, Hyundai, Kia, BYD, Chery, Lotus Cars dan MG. Pakar penyelesaian pengecasan Kineta serta pakar lapik kaki kenderaan Trapo juga akan terlibat.

    EVx 2024 akan menjadi tempat terbaik untuk anda mendekati segala aspek berkaitan EV dan memudahkan urusan anda untuk mengetahui lanjut tentangnya. Tidak ketinggalan, akan ada pratonton model EV terbaru serta sesi pandu uji, semuanya di satu lokasi.

    Anda juga berpeluang untuk mempelajari semua aspek berkaitan elektrifikasi melalui sesi perbincangan oleh pemain industri dan mengetahui pengalaman pemilikan dan penggunaan EV melalui sesi forum yang turut akan diadakan sepanjang acara berlangsung

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan pengecasan dan infrastrukturnya, EVx adalah tempat yang betul untuk mendapatkan jawapannya kerana ia akan turut disertai oleh pengendali kemudahan pengecasan serta agensi berkaitan yang lain. EVx juga ingin mendidik dan menyediakan platform bagi semua topik berkenaan, dan sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk beralih kepada EV, ini adalah sebuah acara yang tidak boleh dilepaskan. Jumpa di sana, masuk adalah percuma.

    GALERI: DodoMat di EVx 2024

    GALERI: V-Kool di EVx 2024

     
     
  • Lotus Eletre varian asas diperkenalkan semula di Malaysia – bermula RM598,800, 603 hp/710 Nm

    Lotus Eletre varian asas diperkenalkan semula di Malaysia – bermula RM598,800, 603 hp/710 Nm

    Selepas jualannya dihentikan pada September lalu, Lotus Cars Malaysia hari ini memperkenalkan semula varian asas untuk hyper SUV EV Lotus Eletre. Ia diumumkan dijual pada harga bermula RM598,800, atau RM20,000 lebih mahal berbanding versi yang dilancarkan pada April 2023.

    Varian asas Lotus Eletre ini masih menampilkan unit rangkaian kuasa yang sama seperti varian pertengahan iaitu Eletre S. Ia dibekalkan dengan dua motor elektrik masing-masing memacu gandar hadapan dan belakang bagi memberikan kebolehan AWD, dibekalkan dengan kuasa 603 hp dan tork maksima 710 Nm. Hasilnya, SUV ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam 4.5 saat sebelum mencapai kelajuan maksima 258 km/j.

    Kesemua varian menerima bateri 112 kWh, yang membolehkan Eletre dan Eletre S bergerak 600 km mengikut kitaran WLTP dengan satu cas penuh. Unit rangkaian kuasa ini berfungsi menerusi asas seni bina elektrikal 800-volt. Ini membolehkan pengecas pantas DC 350 kW, memenuhkan bateri dari 10-80% dalam masa 20 minit.

    Lotus Eletre varian asas diperkenalkan semula di Malaysia – bermula RM598,800, 603 hp/710 Nm

    Eletre dan Eletre S juga dilengkapi 5 mod pemanduan iaitu Range, Tour, Sport, Off-Road dan Individual, kurang mod Track seperti yang diberikan pada Eletre R.

    Sebagai model paling ‘mampu milik’, Eletre diberikan kelengkapan paling asas seperti set rim aloi 20-inci dengan rekaan aero lima jejari, dibalut dengan tayar Michelin Pilot EV. Namun pembeli ditawarkan dengan tingkat taraf rim aloi 22-inci bersama tayar Pirelli P Zero dan juga angkup brek dari empat omboh kepada enam-omboh, dengan bayaran tambahan sebanyak RM30,000.

    Selain itu, pembeli Eletre varian asas ini juga ditawarkan dengan penambahan opsyen kamera sisi dan spoiler belakang aktif yang datang dalam Optimisation Pack.

    Antara perincian standard yang dibekalkan pada Eletre asas ini termasuk skrin infotainmen OLED 15.1-inci dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay hubungan tanpa wayar, disambungkan kepada sistem bunyi 1,380 watt daripada KEF bersama 15 pembesar suara dan teknologi bunyi surround Uni-Q.

    Ia juga didatangkan standard dengan upholsteri kulit Nappa, paparan head-up, paparan instrumen digital dengan skrin nipis 12.6-inci, port USB-C hadapan dan belakang, pengecas tanpa wayar Qi, sistem kamera 360-darjah, dan juga pintu tailgate belakang berkuasa.

    Manakala untuk sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS), Eletre asas ini dibekalkan dengan cruise control adaptif pintar (ACC), sistem pemantauan pemandu, amaran pelanggaran belakang, amaran lintasan trafik belakang (RCTA), amaran lintasan trafik hadapan (FCTA), bantuan pengekalan lorong, amaran keluar lorong, sistem pemantauan titik buta, bantuan parkir serta kawalan casis dinamik pintar Lotus.

    Eletre turut ditawarkan dengan warna badań baharu iaitu Akoya White dan Cinnabar Red, bersama pilihan warna sedia ada yang lain termasuk Kaimu Grey, Solar Yellow, Natron Red, Galloway Green, Stellar Black dan Blossom Grey.

     
     
  • EVx 2024: Trapo Exosystem, beli filem penapis haba dan dapat coating percuma bernilai RM1,299

    EVx 2024: Trapo Exosystem, beli filem penapis haba dan dapat coating percuma bernilai RM1,299

    Ekspo Kenderaan Elektrik (EVx) anjuran paultan.org berlangsung hari ini dan esok, 20-21 Julai 2024 di Pusat Persidangan Setia City (SCCC) dengan tajaan bersama Carro, Gentari, RHB dan JuiceUp dan TNB Electron.

    Selain pameran EVx 2024 ini, pengunjung juga boleh menikmati tawaran eksklusif untuk pakej filem pelindung penapis haba — beli mana-mana produk Trapo Tint dan terima Trapo QuikShield Car Coating bernilai RM1,299 secara percuma! Trapo akan mempamerkan keseluruhan Exosystem — penyelesaian bagi luaran dan dalaman kenderaan — untuk memperkayakan lagi pengalaman pemilikan kenderaan.

    Trapo juga akan menawarkan pakej eksklusif untuk EV bagi perkhidmatan detailing. Trapo Hub di Bangsar terletak di Jalan Maarof, menyediakan perkhidmatannya untuk kawasan Lembah Klang, sementara Taman Daya Hub pula terletak di Jalan Sagu 21 di Johor Bahru untuk bahagian Selatan, dengan menawarkan khidmat auto detailing yang terperinci.

    EVx 2024: Trapo Exosystem, beli filem penapis haba dan dapat coating percuma bernilai RM1,299

    Promosi khusus sempena EVx 2024 adalah seperti berikut:

      Pakej Perlindungan Premium

    • Coating kereta Trapo QuickShield
    • Trapo PPF (Paint Protection Film untuk bahagian depan)
    • Coating tingkap Trapo Glassguard
    • Lapik kaki kereta Trapo Classic
    • Harga pakej — RM3,500 (harga biasa: RM4,343)
    • Pakej Pelindung dan Penapis Haba:

      Beli mana-mana filem penapis haba Trapo, terima lapisan pelindung (coating) kereta Trapo QuikShield bernilai RM1,299 secara percuma.

    EVx 2024: Trapo Exosystem, beli filem penapis haba dan dapat coating percuma bernilai RM1,299

    Selain itu, terdapat banyak lagi jenama yang akan ikut serta dalam EVx 2024 seperti Mercedes-Benz, Hyundai, BMW, MINI, smart, BYD, Chery, Kia dan Lotus Cars. Pakar penyelesaian pengecasan Kineta juga akan ikut serta.

    Bagi yang menempah kereta baru di EVx, mereka akan menikmati baucar bernilai RM1,500 — baucar RM500 filem penapis haba daripada V-Kool, RM500 lagi daripada DodoMat dan RM500 yang terakhir untuk kerusi kulit kustom DK Schweizer. Semua baucar ini hanya akan diberikan di lokasi dan terhad kepada 100 tempahan kereta baru terawal sahaja.

    EVx 2024 berlangsung dari 20-21 Julai 2024. Masuk percuma.

     
     
  • EVx 2024: Chery Omoda E5 diberi tawaran eksklusif, datang dengan fungsi cas mudah AutoCharge

    EVx 2024: Chery Omoda E5 diberi tawaran eksklusif, datang dengan fungsi cas mudah AutoCharge

    Hari ini dan esok (20 dan 21 Julai 2024) berlangsungnya acara Ekspo Kenderaan Elektrik (EVx) anjuran paultan.org di Pusat Persidangan Setia City (SCCC) dengan pelbagai jenama hadir membawa kenderaan elektrik (EV) terbaru mereka bukan sekadar untuk pameran, tetapi juga pandu uji.

    Antaranya adalah Chery, yang membawa beberapa unit Omoda E5. Ini sebenarnya adalah model elektrik bagi SUV Omoda 5, dipacu oleh motor elektrik hadapan yang menjana 204 PS (150 kW) dan 340 Nm, dengan tenaga datang daripada bateri 61 kWh lithium iron phosphate (LFP) dan mampu memberikan jarak gerak 430 km mengikut kitaran WLTP.

    EV ini boleh dicas menggunakan sumber AC maksimum sehingga 9.9 kW serta pengecas pantas DC sehingga 80 kW yang boleh mencapai tahap 30-80% dalam 28 minit. Ia juga boleh berfungsi sebagai “powerbank bergerak” untuk membolehkan pelbagai peralatan elektrik beroperasi menerusi sistem V2L 3.3 kW.

    Menjadikan E5 ini lebih unik, pemilik boleh menggunakan Autoharge untuk mengecas E5 ini, dan boleh disambungkan terus tanpa memerlukan sebarang aplikasi, telefon atau kad. Ini merupakan hasil dari kerjasama antara Chery dan pengendali JomCharge EV Connection (EVC), dan Omoda E5 menjadi EV pertama di Malaysia yang menerima fungsi tersebut

    EVx 2024: Chery Omoda E5 diberi tawaran eksklusif, datang dengan fungsi cas mudah AutoCharge

    Apa yang diperlukan hanyalah pengaktifan sekali sahaja dan selepas itu, boleh terus pasang pengecas tanpa perlu melalui langkah pembayaran melalui aplikasi atau kad. Terdapat lebih daripada 200 pengecas DC untuk dimanfaatkan untuk menjadikan pengecasannya lebih mudah.

    Melihat kepada aspek bantuan pemandu dan keselamatan, E5 dilengkapi dengan ADAS 2.5 yang terdiri daripada Front Collision Warning (FCW), Autonomous Emergency Braking (AEB), Adaptive Cruise Control (ACC), Lane Departure Warning (LDW), Multi Collision Brake (MCB) dan Traffic Jam Assistant (TJA).

    Ia juga diberikan Door Open Warning (DOW), Rear Cross Traffic Braking (RCTB), Integrated Cruise Assist (ICA), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Rear Collision Warning (RCW), Lane Change Assist (LCA), Lane Departure Prevention (LDP), Driving Monitoring System (DMS), Blind-spot Detection (BSD), Emergency Lane Keeping (ELK) dan Departure Reminder.

    Semasa acara EVx 2024 ini, Chery menyediakan pelbagai tawaran eksklusif untuk E5 dan ini akan diberikan sebagai tambahan kepada pemberian baucar bernilai RM1,500 — baucar RM500 filem penapis haba daripada V-Kool, RM500 lagi daripada DodoMat dan RM500 untuk kerusi kulit kustom DK Schweizer, yang diberikan kepada sesiapa yang menempah kereta baru. Semua baucar ini hanya akan diberikan di EVx pada 20-21 Julai ini dan terhad kepada 100 tempahan kereta baru terawal sahaja. Jadi, kena cepat!

     
     
  • EVx 2024: Kia mempertontonkan SUV EV9 dan EV6

    EVx 2024: Kia mempertontonkan SUV EV9 dan EV6

    Kia turut mengambil kesempatan mempamerkan dua model elektrik terbaharunya, EV9 dan juga EV6 dalam acara EVx 2024 yang sedang berlangsung di Setia Convention Centre, Setia Alam.

    Untuk model SUV elektrik EV9, SUV tiga-barisan tempat duduk ini dilancarkan di pasaran Malaysia pada 11 Jun lalu, dijana oleh bateri bervoltan tinggi 99.8 kWh, dan dilengkapi dua motor elektrik yang menyalurkan kuasa ke gandar hadapan dan belakang menerusi transmisi e-Shift. Satu cas penuh membolehkan EV9 mencapai jarak perjalanan hingga 505 km. Janaan kuasa keseluruhannya mencecah 380 hp dan 700 Nm tork.

    Manakala bagi EV6 pula, yang telah berada di pasaran Malaysia sejak Jun 2022, diberikan penjana kuasa yang menyaksikan gandingan dua motor elektrik untuk pacuan semua-roda yang mampu menghasilkan keseluruhan output mencecah 325 PS (321 hp atau 239 kW) dan tork 605 Nm. Ia memboleh EV6 dipecut dari 0-100 km/j dalam 5.2 saat dan kelajuan maksimum mampu dicapai hingga 183 km/j.

    Selain Kia, jenama automotif lain yang turut mengambil bahagian dalam acara ini termasuklah BMW, MINI, smart, Hyundai, Lotus, Mercedes-Benz dan Chery, selain Kineta dan Trapo.

    Menerusi acara EVx 2024 ini, banyak ganjaran menarik menanti anda yang menempah mana-mana model EV di sini. Ganjaran tersebut termasuk baucar bernilai RM1,500 yang merangkumi baucar RM500 untuk filem penapis haba (V-Kool), RM500 untuk alas lantai kereta (DodoMat) dan RM500 untuk kerusi kulit kustom (DK Schweizer). Kesemua baucar ini akan diberikan secara terus di EVx 2024 dan terhad untuk 100 tempahan pertama sahaja.

    Bukan itu sahaja, para pengunjung juga berpeluang memandu uji mana-mana model yang berkenaan di hati. Selain itu, anda juga akan dapat mempelajari semua tentang pelbagai aspek elektrifikasi melalui ceramah oleh pakar industri dan mengetahui bagaimana rasanya hidup dengan EV melalui forum perbincangan pemilikan yang diadakan dalam acara selama dua hari ini. Jika ada kelapangan, jangan lupa ke Setia Convention Centre, Setia Alam kerana EVx 2024 akan berlangsung sehingga esok (21 Julai) dari jam 9 pagi hingga 7 malam dan kemasukan adalah percuma!

     
     
  • EVx 2024: Cas EV lebih mudah dengan JuiceUp — tidak perlu aplikasi dan sistem bayaran berbeza

    EVx 2024: Cas EV lebih mudah dengan JuiceUp — tidak perlu aplikasi dan sistem bayaran berbeza

    Ekspo Kenderaan Elektrik (EVx) anjuran paultan.org berlangsung hari ini dan esok, 20-21 Julai 2024 di Pusat Persidangan Setia City (SCCC) dengan tajaan bersama Carro, Gentari, RHB dan JuiceUp dan TNB Electron.

    JuiceUp dengan kerjasama Visa mensasarkan untuk memudahkan lagi pengalaman pengecasan EV melalui cara menyediakan sistem bayaran terbuka bagi pengendali pengecasan EV yang berbeza. Ini melibatkan ekosistem menyeluruh yang terlibat, seperti rakan pembayaran, penyedia peranti serta pengendali stesen pengecasan.

    Platform ini dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof juga akan turun menyempurnakan acara yang juga merupakan Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) di EVx 2024 pada Sabtu, 20 Julai 2024.

    Selain daripada Visa, turut menjadi rakan niaga JuiceUp ialah penyedia peranti seperti TELD, SinExcel, Reactive Energy dan VSD Automation serta pengendali stesen pengecasan seperti TNB Electron, CUCUK, EVPower, Gading Kencana dan JusEV dan tidak ketinggalan, rakan rangkaian MyEvolution.

    EVx 2024: Cas EV lebih mudah dengan JuiceUp — tidak perlu aplikasi dan sistem bayaran berbeza

    Dengan JuiceUp, pengguna hanya perlu menggunakan kad untuk pembayaran, tanpa perlukan beberapa aplikasi berbeza atau kaedah bayaran berlainan untuk tujuan itu. Sama seperti mengisi minyak, mereka boleh menggunakan kad bank sedia ada untuk meneruskan transaksi — lebih mudah dan cekap.

    Dengan menawarkan kaedah pembayaran universal, pengguna EV hanya perlu sentuhkan kad mereka di terminal, sama seperti ketika mengisi minyak petrol atau diesel, mereka tidak perlu risau tentang apa aplikasi yang betul di setiap stesen pengecasan yang berbeza yang digunakan itu.

    Selepas kod QR diimbas, pengguna boleh meninjau progres pengecasan melalui Nimble, sebuah aplikasi web yang mesra pengguna yang dikuasakan oleh PAIDChain yang menyediakan kemaskini masa nyata dan capaian mudah kepada maklumat pengecasan. Selesai mengecas, e-resit dan e-invois akan diterima melalui integrasi dengan LHDN bagi membolehkan simpanan rekod yang mudah. Ketahui lebih lanjut tentang JuiceUp di sini.

    EVx 2024: Cas EV lebih mudah dengan JuiceUp — tidak perlu aplikasi dan sistem bayaran berbeza

    Selain itu, terdapat banyak lagi jenama yang akan ikut serta dalam EVx 2024 seperti Mercedes-Benz, Hyundai, BMW, MINI, smart, BYD, Chery, Kia dan Lotus Cars. Pakar penyelesaian pengecasan Kineta juga akan ikut serta.

    Bagi yang menempah kereta baru di EVx, mereka akan menikmati baucar bernilai RM1,500 — baucar RM500 filem penapis haba daripada V-Kool, RM500 lagi daripada DodoMat dan RM500 yang terakhir untuk kerusi kulit kustom DK Schweizer. Semua baucar ini hanya akan diberikan di lokasi dan terhad kepada 100 tempahan kereta baru terawal sahaja.

    EVx 2024 berlangsung dari 20-21 Julai 2024. Masuk percuma.

    JuiceUp

    Pelancaran JuiceUp di EVx 2024

     
     
  • EVx 2024: BYD Seal, Atto 3 dan Dolphin jadi tumpuan

    EVx 2024: BYD Seal, Atto 3 dan Dolphin jadi tumpuan

    Salah satu jenama automotif yang memeriahkan acara EVx tahun ini ialah BYD yang mengambil peluang mempamerkan tiga model EV terhangatnya iaitu Seal, Atto 3 dan Dolphin.

    Sejak diperkenalkan pada hujung 2022, ternyata BYD Atto 3 menjadi antara SUV EV yang terhangat di pasaran. Atto 3 yang telah meneerima versi kemaskini masih dilengkapi dengan motor elektrik tunggal memacu roda hadapan berkuasa 204 PS (150 kW) dan tork maksima 310 Nm, digerakkan oleh bateri Blade litium logam fosfat (LFP). Ini membolehkan SUV ini memecut dari 0-100 km/j dalam masa 7.9 saat, dan bergerak sejauh 410 km dalam kitaran NEDC atau 345 km dalam kitaran WLTP.

    Bagi BYD Dolphin pula, ia ditawarkan dengan dua varian dan kedua-duanya diberikan motor elektrik tunggal yang memacu roda hadapan. Model asas Dynamic Standard Range diberikan kuasa hingga 95 PS (94 hp atau 70 kW) dan tork 180 Nm. Ia membolehkan varian ini dipecut dari 0-100 km/j dalam masa 12.3 saat. Varian ini juga menggunakan bateri Blade lithium iron phosphate (LFP) yang dibangunkan oleh BYD sendiri, dengan kapasiti tenaga 44.9 kWh yang berkeupayaan memberikan jarak 410 km dengan standard NEDC.

    EVx 2024: BYD Seal, Atto 3 dan Dolphin jadi tumpuan

    Manakala BYD Seal pula menjadi model pertama yang dilengkapi teknologi CTB (sel pada badan) inovatif, yang menyepadukan Blade Battery ke dalam struktur kenderaan, memastikan kestabilan dan keselamatan dalam pelbagai keadaan.

    Varian Premium menggunakan tetapan motor tunggal yang memacu roda belakang, dengan kuasa 313 PS (308 hp atau 230 kW) dan 360 Nm, membolehkan ia memecut 0-100 km/j dalam masa 5.9 saat. Dengan menggunakan bateri lithium-iron phospate (LFP) Blade 82.5 kWh, ia boleh memberikan jarak gerak sehingga 650 km mengikut NEDC dan 570 km mengikut WLTP.

    Varian teratas bagi sedan EV ini adalah Performance AWD, yang datang dengan tetapan dua motor dan pacuan semua-roda, mampu menghasilkan kuasa keseluruhan 530 PS (523 hp atau 390 kW) dan tork 670 Nm, manakala pecutan 0-100 km/j dapat dilakukan dalam masa 3.8 saat. Ia menggunakan bateri 82.5 kWh sama seperti varian Premium RWD, tetapi jarak geraknya berkurang sedikit menjadi 580 km (NEDC) atau 520 km (WLTP).

    Selain Mercedes-Benz, jenama automotif lain yang turut mengambil bahagian dalam acara ini termasuklah BMW, MINI, smart, Hyundai, Kia, Lotus, Mercedes-Benz dan Chery, selain Kineta dan Trapo.

    Bagi yang menempah kereta baharu menerusi EVx 2024 ini, anda akan menerima baucar bernilai RM1,500 yang merangkumi baucar RM500 untuk filem penapis haba (V-Kool), RM500 untuk alas lantai kereta (DodoMat) dan RM500 untuk kerusi kulit kustom (DK Schweizer). Kesemua baucar ini akan diberikan secara terus di EVx 2024 dan terhad untuk 100 tempahan pertama sahaja.

    Menerusi acara EVx 2024 ini, anda juga berpeluang memandu uji mana-mana model yang berkenaan di hati. Selain itu, anda juga akan dapat mempelajari semua tentang pelbagai aspek elektrifikasi melalui ceramah oleh pakar industri dan mengetahui bagaimana rasanya hidup dengan EV melalui forum perbincangan pemilikan yang diadakan dalam acara selama dua hari ini. Jika ada kelapangan, jangan lupa ke Setia Convention Centre, Setia Alam kerana EVx 2024 akan berlangsung sehingga esok (21 Julai) dari jam 9 pagi hingga 7 malam dan kemasukan adalah percuma!

     
     
  • EVx 2024: Wheelcorp Premium bawa BMW i7, i5, iX2, iX, XM, serta MINI Cooper SE dan Countryman SE

    EVx 2024: Wheelcorp Premium bawa BMW i7, i5, iX2, iX, XM, serta MINI Cooper SE dan Countryman SE

    Ekspo Kenderaan Elektrik (EVx) anjuran paultan.org di Pusat Persidangan Setia City (SCCC) sudah pun bermula hari ini dan akan diteruskan sehingga esok dengan pintu dibuka dari 9 pagi hingga 7 malam. Masuk adalah percuma, jadi jika anda berminat dengan kenderaan elektrik, jangan ketinggalan untuk mengunjungi acara ini.

    Salah satu jenama yang menyertai EVx 2024 adalah BMW, dengan diwakili oleh Wheelcorp Premium, dan mereka menawarkan rebat sehingga RM100,000 untuk pembelian kenderaan. Sudah tentu, ini tertakluk kepada terma dan syarat.

    Beberapa model elektrik dibawa oleh Wheelcorp Premium ke acara ini, bersama dengan SUV bersaiz besar BMW XM plug-in hybrid. Paling mewah adalah i7, dalam versi i7 xDrive60 M Sport, yang mampu menghasilkan kuasa 544 PS/745 Nm melalui tetapan motor berkembar dan pacuan semua roda. Bateri lithium ion 101.7 kWh yang membekalkan tenaga kepada model ini boleh membawa ia untuk perjalanan sehingga 625 km mengikut standard WLTP.

    EVx 2024: Wheelcorp Premium bawa BMW i7, i5, iX2, iX, XM, serta MINI Cooper SE dan Countryman SE

    Menyertai i7 di tapak pameran Wheelcorp Premium adalah satu lagi sedan iaitu i5 (dilancarkan di Malaysia hujung tahun lalu), dijual dalam versi eDrive40. Varian ini datang dengan motor elektrik belakang berkuasa 313 PS/430 Nm, dan mendapat tenaga daripada bateri 83.9 kWh dan mampu memberikan jarak gerak sehingga 582 km.

    Turut dibawa oleh Wheelcorp Premium adalah model MINI elektrik, iaitu MINI Cooper SE, yang baru sahaja dilancarkan awal bulan ini, bersama MINI Countryman Cooper SE (dilancar Mei lalu).

    MINI Cooper SE dipacu oleh motor elektrik hadapan 218 PS/330 Nm, mampu melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa 6.7 saat dan laju maksimum 170 km/j. Bateri nickel manganese cobalt (NMC) 54.2 kWh yang digunakan pada model ini boleh memberikan jarak gerak sehingga 402 km mengikut kitaran WLTP.

    Sama seperti EVx yang dianjurkan sebelum ini, anda juga berpeluang untuk memandu uji model-model tertentu, dan ia dilakukan di bahagian luar dewan pameran. Masuk adalah percuma, jadi jangan lepas peluang berkunjung ke Ekspo Kenderaan Elektrik (EVx) 2024.

     
     
  • EVx 2024: Gentari tawar Reload Pin RM100 kredit pengecasan untuk pembelian Power Pass RM899

    EVx 2024: Gentari tawar Reload Pin RM100 kredit pengecasan untuk pembelian Power Pass RM899

    Ekspo Kenderaan Elektrik (EVx) anjuran paultan.org berlangsung hari ini dan esok, 20-21 Julai 2024 di Pusat Persidangan Setia City (SCCC) dengan tajaan bersama Carro, Gentari, RHB dan JuiceUp dan TNB Electron.

    Gentari selaku penaja bersama EVx 2024 kini memperkenalkan Gentari Go, sebuah platform berasaskan aplikasi mudah alih bersepadu berkaitan ekosistem produk berkaitan EV dan perkhidmatan daripada rangkaian terbesar stesen pengecasan EV berlesen di Malaysia.

    Tersedia untuk peranti Apple iOS dan Android, Gentari Go disasar untuk menawarkan kepada pelanggan sebuah pengalaman gaya hidup mapan yang bersepadu, menghimpunkan aspek tenaga hijau bagi keperluan domestik, pengecasan dan kenderaan EV. Selain untuk mengetahui stesen pengecasan, Gentari Go juga menyediakan fungsi platform bersepadu yang meliputi roaming rentas sempadan, sewa EV, penyelesaian pengecasan di rumah dan banyak lagi.

    EVx 2024: Gentari tawar Reload Pin RM100 kredit pengecasan untuk pembelian Power Pass RM899

    Gentari akan menawarkan pakej khusus untuk pengunjung EVx 2024: bermula dengan Reload Pin RM30 untuk pengguna pertama aplikasi mudah alih Gentari Go. Pelanggan yang memuat turun mendaftar boleh menebus RM30 tersebut untuk digunakan di stesen pengecasan awam Gentari di seluruh Malaysia, bagi kedua-dua AC dan DC.

    Selain itu, Power Pass RM899 dengan Reload Pin RM100 membawakan rebat RM100 dalam bentuk kredit pengecasan, dan anda akan menikmati potongan 50% bagi kadar pengecasan di semua stesen pengecas Gentari — AC dan DC — di seluruh Malaysia.

    Bergantung kepada kelayakan EV, anda mungkin akan menikmati ciri AutoCharge: pas ini sah untuk 12 bulan selepas diaktifkan, dan resit langganan anda boleh digunakan untuk tujuan pengurangan cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat. Ketahui lebih lanjut berkaitan Gentari Go di sini.

    EVx 2024: Gentari tawar Reload Pin RM100 kredit pengecasan untuk pembelian Power Pass RM899

    Selain itu, terdapat banyak lagi jenama yang akan ikut serta dalam EVx 2024 seperti Mercedes-Benz, Hyundai, BMW, MINI, smart, BYD, Chery, Kia dan Lotus Cars. Pakar penyelesaian pengecasan Kineta juga akan ikut serta.

    Bagi yang menempah kereta baru di EVx, mereka akan menikmati baucar bernilai RM1,500 — baucar RM500 filem penapis haba daripada V-Kool, RM500 lagi daripada DodoMat dan RM500 yang terakhir untuk kerusi kulit kustom DK Schweizer. Semua baucar ini hanya akan diberikan di lokasi dan terhad kepada 100 tempahan kereta baru terawal sahaja.

    EVx 2024 berlangsung dari 20-21 Julai 2024. Masuk percuma.

     
     
  • EVx 2024: Mercedes-Benz EQS500, EQE350+, EQB350 dan EQA250 dipamerkan di ruang Hap Seng Star

    EVx 2024: Mercedes-Benz EQS500, EQE350+, EQB350 dan EQA250 dipamerkan di ruang Hap Seng Star

    Electric Vehicle Expo (EVx) 2024 anjuran paultan.org sedang yang berlangsung hari ini dan esok (20-21 Julai) bertempat di Setia City Convention Centre (SCCC), Setia Alam. Pameran EV edisi ketiga ini mendapat kerjasama rakan penaja Carro, Gentari, RHB dan JuiceUp, menempatkan pelbagai model terkini EV termasuk kelengkapan pengecasannya. Mercedes-Benz antara jenama pengeluar kenderaan yang turut mengambil kesempatan mempamerkan model EV terkininya iaitu dari EQA hingga ke model flagship EQS.

    Bagi EQA 250 AMG Line, ia dijanakan oleh motor elektrik hadapan dengan 190 PS/375 Nm, yang membolehkannya dipecut dari 0-100 km/j dalam 8.9 saat. Motor elektrik ini dijanakan oleh bateri lithium-ion 66.5 kWh yang mampu memberikan jarak gerak hingga 496 km mengikut kitaran WLTP.

    Untuk EQB 350 pula, ia diberikan tujuh-tempat duduk dalam tiga barisan. Ia didatangkan dengan motor belakang ekstra untuk 292 PS/520 Nm dan 4Matic, membolehkannya dipecut dari 0-100 km/j dalam 6.2 saat. Bateri lithium-ion berkapasiti 66.5 kWh boleh membantunya mendapatkan jarak gerak hingga 423 km mengikut kitaran WLTP.

    Manakala bagi yang berminat dengan Mercedes-Benz EQS 500, ia turut dipamerkan di sini. Ditampilkan dengan penjana kuasa dwi-motor AWD 449 PS/828 Nm yang membolehkannya dipecut dari 0-100 km/j dalam 4.8 saat.

    EVx 2024: Mercedes-Benz EQS500, EQE350+, EQB350 dan EQA250 dipamerkan di ruang Hap Seng Star

    Satu lagi model yang turut dipamerkan ialah EQE 350+ yang merupakan varian paling asas bagi sedan EV keluaran Mercedes-Benz. Ia dilengkapi dengan hanya satu motor elektrik yang menghasilkan 292 PS (288 hp atau 215 kW) dan tork maksima 565 Nm, menerima bekalan kuasa elektrik dari bateri litium-ion 400-volt dengan kapasiti 90.56 kWj. Ini membolehkan ia bergerak sejauh 682 km dengan satu cas penuh dalam kitaran WLTP.

    Motor tunggal berkenaan diletakkan pada gandar belakang untuk memacu hanya roda belakang. Prestasi kedua-dua sedan EV ini juga serupa dengan pecutan 0-100 km/j dicapai dalam masa 6.4 saat, sebelum mencatatkan kelajuan maksima 210 km/j.

    Setiap pembelian EQS 500 di EVx 2024 ini juga datang dengan Agility Plus, yang merangkumi sehingga 12 bulan ansuran, tanpa sebarang caj; insurans kenderaan bernilai sehingga RM6,388; empat pakej servis percuma; MobilityPlus, program jaminan kereta gantian sekiranya Mercedes-Benz anda perlu diperbaiki; dan ICE on Demand, sebuah kemudahan jangka pendek untuk menggunakan kereta enjin biasa Mercedes-Benz sekiranya diinginkan. Promosi ini hanya sah sehingga 31 Julai 2024 (tertakluk kepada terma dan syarat).

    Manakala jika menempah EQE 350+ sama ada varian Electric Art Line atau AMG Linedi EVx 2024, anda juga bakal menerima pelan pembayaran semula Agility (4 kali Compact Service + MobilityPlus). Untuk tempahan EQA 250 dan EQB 350 pula, bakal menerima insurans motor percuma (sehingga RM3.3k untuk EQA, RM3.7k bagi EQB)

    EVx 2024: Mercedes-Benz EQS500, EQE350+, EQB350 dan EQA250 dipamerkan di ruang Hap Seng Star

    Selain itu, bagi setiap model yang dipamerkan di ruang Hap Seng Star di EVx 2024 ini, pembeliannya juga ditawarkan dengan pilihan sama ada wallbox Mercedes-Benz secara percuma termasuk pemasangannya atau pengecasan tanpa had selama 18-bulan juga percuma dari Gentari.

    Selain Mercedes-Benz, jenama automotif lain yang turut mengambil bahagian dalam acara ini termasuklah BMW, MINI, smart, Hyundai, Kia, Lotus, BYD dan Chery, selain Kineta dan Trapo.

    Bagi yang menempah kereta baharu menerusi EVx 2024 ini, anda akan menerima baucar bernilai RM1,500 yang merangkumi baucar RM500 untuk filem penapis haba (V-Kool), RM500 untuk alas lantai kereta (DodoMat) dan RM500 untuk kerusi kulit kustom (DK Schweizer). Kesemua baucar ini akan diberikan secara terus di EVx 2024 dan terhad untuk 100 tempahan pertama sahaja.

    Selain menjamu mata melihat barisan model EV terbaharu di pasaran, anda juga berpeluang memandu uji mana-mana model yang berkenaan di hati. Anda juga akan dapat mempelajari semua tentang pelbagai aspek elektrifikasi melalui ceramah oleh pakar industri dan mengetahui bagaimana rasanya hidup dengan EV melalui forum perbincangan pemilikan yang diadakan dalam acara selama dua hari ini. Jika ada kelapangan, jangan lupa ke Setia Convention Centre, kerana EVx 2024 akan berlangsung sehingga esok (21 Julai) dari jam 9 pagi hingga 7 malam dan kemasukan adalah percuma!

     
     
  • EVx 2024: Lotus Eletre pelbagai varian dipamerkan

    EVx 2024: Lotus Eletre pelbagai varian dipamerkan

    Hyper SUV EV, Lotus Eletre sudahpun berada dalam pasaran tempatan sejak April tahun lalu. Seperti pasaran lain, Malaysia menerima SUV ini dalam varian Eletre S dan Eletre R, dan terbaharu Lotus Cars Malaysia hari ini turut mengumumkan harga baharu bagi varian asas Eletre dengan harga lebih mampu milik berbanding dua varian lebih tinggi tersebut.

    Sekiranya anda mahu lihat model ini secara lebih dekat, keliga-tiga varian berkenaan kini sedang dipamerkan di Ekspo Kenderaan Elektrik (EVx) anjuran paultan.org, berlangsung di Pusat Persidangan Setia City (SCCC).

    Bagi model asas Eletre ini, ia dijual pada harga atas jalan tanpa insuran bermula RM598,800, dan penghantaran terawal untuk pelanggan yang sudah menempahnya akan bermula Oktober ini. Manakala untuk Eletre S dan Eletre R, ia masing-masing dijual pada harga RM698,000 dan RM838,000.

    Kesemua varian Eletre ini menerima dua motor elektrik yang diletakkan masing-masing pada gandar hadapan dan belakang, memberikan kebolehan pacuan semua roda. Motor-motor elektrik pada varian asas Eletre dan Eletre S dibekalkan dengan kuasa 605 hp dan tork maksima 710 Nm, membolehkan ia dipecut dari 0-100 km/j dalam 4.5 saat sebelum mencapai kelajuan maksima 258 km/j.

    Manakala varian paling berkuasa Eletre R pula dibekalkan dengan kuasa 905 hp dan tork maksima 985 Nm, membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam masa 2.92 saat dan mencatatkan kelajuan maksimum 265 km/j. Kesemua varian menerima bateri 112 kWh, yang membolehkan Eletre dan Eletre S bergerak 600 km mengikut kitaran WLTP dengan satu cas penuh, manakala Eletre R yang lebih berkuasa boleh mencapai jarak gerak sejauh 490 km.

    Unit rangkaian kuasa ini berfungsi menerusi asas seni bina elektrikal 800-volt. Ini membolehkan pengecas pantas DC 350 kW, memenuhkan bateri dari 10-80% dalam masa 20 minit.

    EVx 2024 berlangsung bermula hari ini, 20 Julai sehingga 21 Julai 2024 di buka dari 9 pagi hingga 7 malam setiap hari. Jadi nak tengok barisan model Lotus Eletre ini, datanglah ke SACC sekarang!

     
     
  • EVx 2024: Beli mana-mana EV Hyundai dan berpeluang menangi hadiah termasuk percutian 4H3M ke Korea

    EVx 2024: Beli mana-mana EV Hyundai dan berpeluang menangi hadiah termasuk percutian 4H3M ke Korea

    Ada pelbagai tawaran menarik menanti pengunjung Ekspo Kenderaan Elektrik (EVx) anjuran paultan.org hari ini dan esok bertempat di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Acara yang ditaja bersama oleh Carro, Gentari, RHB JuiceUp dan TNB Electron ini menghimpunkan pelbagai aspek berkaitan teknologi kenderaan elektrik daripada pelbagai jenama.

    Hyundai menjadi antara jenama yang terlibat, dengan mempamerkan dua model EV semasa keluarannya: Ioniq 5 dan juga Ioniq 6. Khas untuk pengunjung EVx 2024 yang membeli mana-mana model EV daripada Hyundai akan menerima Samsung Music Frame* serta satu daripada yang berikut:

    • Subsidi kadar faedah serendah 1.28%*
    • Pengecas wallbox 11 kW percuma*
    • Subsidi insurans*

    Seorang pembeli bertuah juga berpeluang untuk memenangi tiket kelas perniagaan untuk dua orang untuk percutian 4H3M ke Korea Selatan termasuk kunjungan ke Hyundai Motorstudio Goyang.*

    EVx 2024: Beli mana-mana EV Hyundai dan berpeluang menangi hadiah termasuk percutian 4H3M ke Korea

    Secara ringkas tentang Ioniq 6, ia tampil dengan reka bentuk retro-futuristik yang unik dengan bacaan rintangan angin serendah 0.21, sekaligus menjadikannya kenderaan produksi paling aerodinamik. Dengan bateri lithium-ion polymer dengan kapasiti tenaga 77.4 kWh, Ioniq 6 memberikan jarak sejauh 614 km WLTP dengan sekali cas — paling jauh yang ditawarkan oleh EV Hyundai ketika ini.

    Dengan binaan elektrikal 800V yang digunakan — bukan sesuatu yang lazim dalam kalangan EV yang dijual hari ini — baterinya menyokong pengecasan pantas DC dengan kapasiti maksimum yang banyak memerlukan 18 minit untuk penuh. Dengan pengecas yang serasi, pengecasan dari 10%-80% boleh dicapai dalam hanya 18 minit sahaja.

    Selain itu, ada banyak lagi jenama yang akan ikut serta dalam EVx 2024 seperti Mercedes-Benz, BMW, MINI, smart, BYD, Chery, Kia dan Lotus Cars. Pakar penyelesaian pengecasan Kineta juga akan ikut serta.

    EVx 2024: Beli mana-mana EV Hyundai dan berpeluang menangi hadiah termasuk percutian 4H3M ke Korea

    Bagi yang menempah kereta baru di EVx, mereka akan menikmati baucar bernilai RM1,500 — baucar RM500 filem penapis haba daripada V-Kool, RM500 lagi daripada DodoMat dan RM500 yang terakhir untuk kerusi kulit kustom DK Schweizer. Semua baucar ini hanya akan diberikan di EVx pada 20-21 Julai ini dan terhad kepada 100 tempahan kereta baru terawal sahaja.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan pengecasan dan infrastrukturnya, EVx adalah tempat yang betul untuk mendapatkan jawapannya kerana ia akan turut disertai oleh pengendali kemudahan pengecasan serta agensi berkaitan yang lain.

    EVx juga ingin mendidik dan menyediakan platform bagi semua topik berkenaan, dan sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk beralih kepada EV, ini adalah sebuah acara yang tidak boleh dilepaskan. Masuk percuma.

    *Selepas berjaya mendaftarkan kenderaan sebelum 15 Ogos 2024. Tertakluk kepada terma dan syarat.

     
     
  • EVx 2024: smart #1 Brabus diberi diskaun sehingga RM30k, smart #3 Premium, Brabus dipamer

    EVx 2024: smart #1 Brabus diberi diskaun sehingga RM30k, smart #3 Premium, Brabus dipamer

    Satu lagi jenama yang menyertai Ekspo Kenderaan Elektrik (EVx) anjuran paultan.org di Pusat Persidangan Setia City (SCCC) hujung minggu ini (20-21 Julai 2024) adalah smart, dengan diwakili oleh Hap Seng. Kedua-dua model yang sudah dilancarkan di Malaysia, iaitu smart #1 dan smart #3 ada dipamerkan di acara ini, sekaligus memudahkan anda untuk mendekatinya.

    Untuk pasaran tempatan, smart #3 yang merupakan sebuah SUV coupe elektrik ditawarkan dalam tiga varian iaitu model asas Pro berharga RM175,000, RM215,000 untuk Premium dan versi paling lengkap, Brabus pula dengan harga RM255,000. Semuanya adalah harga atas jalan tanpa insurans.

    Varian Pro dan Premium merupakan versi pacuan roda-belakang (RWD) dengan dilengkapi motor elektrik tunggal 272 PS (268 hp atau 200 kW), manakala versi Brabus dibekalkan dengan dua motor elektrik membolehkan ia memacu semua roda, dengan janaan kuasa penuh 428 PS (422 hp atau 315 kW) dan tork 543 Nm.

    Untuk varian Pro dan Premium, ia boleh dipecut dari 0-100 km/j dalam 5.8 saat dan kelajuan maksimum yang boleh dicapai cecah 180 km/j. Manakala bagi varian Brabus pula, pastinya ia lebih padu dengan mod Rocket Launch, hanya 3.7 saat bagi pecutan 0-100 km/j.

    EVx 2024: smart #1 Brabus diberi diskaun sehingga RM30k, smart #3 Premium, Brabus dipamer

    Varian Pro menggunakan bateri lithium iron phosphate (LFP) berkapasiti 49 kWh dan ia boleh memberikan jarak hingga 325 km dengan satu pengecasan tunggal. Manakala varian Premium dan Brabus dibekalkan bateri yang sama dengan kapasiti lebih besar 66 kWh — Premium mampu mencapai jarak gerak hingga 455 km tetapi Brabus hanya sekitar 415 km dengan satu pengecasan.

    Bagi pengecasannya, #3 boleh dicas menggunakan pengecas AC berkapasiti 22 kW dengan status pengecasan 10%-80% boleh dicapai dalam kurang dari tiga jam. Namun jika menggunakan pengecas pantas DC, Pro mampu menampung 130 kW sementara Premium dan Brabus pula dengan 150 kW, ia boleh mencapai status pengecasan 10%-80% di bawah 30 minit.

    Pembelian #3 di EVx 2024 akan membolehkan anda menerima pakej pelancaran eksklusif serta beberapa barang percuma seperti pengecas rumah smartCharge bernilai RM3,200 dengan jaminan dua-tahun, pakej aksesori enam barangan bernilai RM2,500, adapter vehicle-to-load (V2L) bernilai RM800 dengan jaminan dua-tahun serta pelan data internet lima-tahun/60 GB.

    Model ini juga diberikan jaminan empat-tahun/tanpa had perbatuan, jaminan dua-tahun/tanpa had perbatuan untuk alat ganti, jaminan lapan-tahun/200,000 km untuk bateri, jaminan lapan-tahun/150,000 km untuk komponen voltan tinggi serta bantuan tepi jalan 24/7.

    EVx 2024: smart #1 Brabus diberi diskaun sehingga RM30k, smart #3 Premium, Brabus dipamer

    smart #1 juga tidak ketinggalan diberikan promosi khas, dengan varian Brabus-nya diberikan potongan sehingga RM30,000. Sementara itu bagi varian asas pula, ia dijual pada harga bermula RM169,000. Tawaran ini sah sehingga 31 Julai 2024. Membuat tempahan kereta baru ketika acara ini juga akan membolehkan anda untuk menerima baucar bernilai RM1,500 secara percuma — RM500 bagi setiap jenama dari V-Kool, Dodomat dan DK Schweizer; namun ini hanya terhad bagi 100 tempahan EV terawal sahaja.

    Untuk kenderaan baru, terdapat banyak lagi jenama kenderaan EV yang akan ikut serta dalam EVx 2024, seperti Mercedes-Benz, BMW, MINI, smart, BYD, Hyundai, Chery, Kia, Lotus Cars dan MG. Pakar penyelesaian pengecasan Kineta serta pakar lapik kaki kenderaan Trapo juga akan ikut serta .

    Anda juga berpeluang untuk mempelajari semua aspek berkaitan elektrifikasi melalui sesi perbincangan oleh pemain industri dan mengetahui pengalaman pemilikan dan penggunaan EV melalui sesi forum yang turut akan diadakan sepanjang acara berlangsung.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan pengecasan dan infrastrukturnya, EVx adalah tempat yang betul untuk mendapatkan jawapannya kerana ia akan turut disertai oleh pengendali kemudahan pengecasan serta agensi berkaitan yang lain. EVx juga ingin mendidik dan menyediakan platform bagi semua topik berkenaan, dan sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk beralih kepada EV, ini adalah sebuah acara yang tidak boleh dilepaskan. Jumpa di sana, 20-21 Julai 2024. Masuk adalah percuma.