Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • Nissan Serena e-Power 2024 masuk pasaran Indonesia – versi hibrid 163 PS, 315 Nm, harga dari RM183k

    Nissan Serena e-Power 2024 masuk pasaran Indonesia – versi hibrid 163 PS, 315 Nm, harga dari RM183k

    Sementara kita masih menunggu pelancaran Nissan Serena C28 terbaru di Malaysia, pasaran Indonesia baru sahaja menerimanya, dengan MPV generasi keenam itu dilancarkan dalam versi tujuh tempat duduk dan varian enjin hibrid e-Power.

    Bagaimanapun, harganya di sana tidaklah murah, iaitu 6.35 juta rupiah (RM183,300), bersamaan 74.2 juta rupiah (RM21,400) lebih mahal berbanding model petrol sebelumnya. Untuk mendapatkan warna dua tona, pembeli perlu menambah 4.5 juta rupiah (RM1,300) lagi.

    Model yang dijual di Indonesia ini menggunakan enjin petrol tiga silinder NA 1.4 liter 98 PS/123 Nm untuk mengecas bateri dan memberi kuasa kepada motor elektrik hadapan yang mampu menghasilkan 163 PS dan 315 Nm tork. Enjin pembakaran dalaman itu tidak mempunyai sebarang sambungan kepada roda dan pacuan semuanya datang daripada motor elektrik.

    Nissan Serena e-Power 2024 masuk pasaran Indonesia – versi hibrid 163 PS, 315 Nm, harga dari RM183k

    Dengan ukuran panjang 4,765 mm, lebar 1,715 mm dan tinggi 1,885 mm, Serena C28 adalah lebih pendek dan kurus, berbanding model C27 sebelumnya, tetapi jarak roda 2,870 mm yang dicatat adalah 10 mm lebih panjang.

    Saiz ini sebenarnya tidak berbeza banyak, tetapi untuk penampilan, Serena baru nampak lebih moden dengan lampu LED yang lebih ringkas dan kemas di hadapan dan belakang, sementara corak V besar untuk gril masih dikekalkan. Model yang tiba di Indonesia ini juga adalah daripada versi Highway Star, yang bermakna ia mendapat kit badan lebih sporty serta rim 16 inci.

    Peningkatan teknologi dibuat pada bahagian dalam, dengan sekarang ia menggunakan skrin 12.3 inci untuk panel instrumen dan juga paparan infotainmen di bahagian atas papan pemuka, sementara pada konsol tengah terdapat satu lagi panel seakan skrin untuk kawalan fungsi seperti pendingin hawa, pemilih gear serta panel mengecas Qi tanpa wayar.

    Sama seperti model sebelumnya, model tujuh tempat duduk mempunyai aturan 2-2-3, dengan baris kedua menggunakan kerusi kapten yang boleh dilungsur dan boleh sandar, sementara baris ketiga menggunakan tempat duduk yang boleh dilipat ke tepi. Barangan standard yang diberi antaranya adalah sistem tanpa kunci, pintu gelungsur kawalan kuasa, sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, pengecas USB-C, kamera 360 darjah, penghadang cahaya untuk tingkap dan enam pembesar suara.

    Daripada aspek keselamatan, Serena baru ini datang dengan sistem ProPilot, yang memberikan Autonomous Emergency Braking, Adaptive Cruise Control, Lane Centring Assist, Blind Spot Monitoring, Rear Cross Traffic Alert, lampu tinggi automatik, enam beg udara dan pengawal stabiliti.

    Nissan Serena baru ini sudah pernah dilihat atas jalan raya, namun ia masih belum dilancarkan secara rasmi. Kami menjangkakan ia adalah model baru seterusnya yang akan dilancarkan oleh Nissan, tetapi sekarang semuanya masih senyap.

     
     
  • Huawei Aito M9 di GIIAS 2024 – BEV yang bakal dijual dengan lencana Seres di Indonesia tahun hadapan

    Huawei Aito M9 di GIIAS 2024 – BEV yang bakal dijual dengan lencana Seres di Indonesia tahun hadapan

    Seperti yang dijangka, jenama dari China memang akan ‘membanjiri’ Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) tahun ini, salah satunya ialah Seres, yang menampilkan salah satu modelnya, Aito M9.

    SUV mewah besar ini masih belum dijual di negara berkenaan, tetapi telah dibawa sebagai model konsep untuk memberikan gambaran awal kepada pengguna di sana. Walau bagaimana pun, Sokonindo Automobile, kerjasama antara Sokon Group dan Kaisar Motorindo Industri, beberapa bulan lalu telah merancang untuk memperkenalkan M9 bersama M7 di sana pada tahun hadapan.

    Apabila tiba, ia tidak akan dipasarkan sebagai Aito (jenama kerjasaman antara Huawei dan Seres), sebaliknya akan dikenali sebagai Seres M9. Jangan keliru kerana Huawei Aito M9 dan Seres M9 adalah kereta yang sama.

    Untuk pasaran domestik, M9 ditawarkan sebagai EV sepenuhnya atau pun range-extender EV (REEV), dengan dua varian bagi setiap satunya. Model contoh yang dipamerkan di GIIAS ini adalah versi range-extender, dan difahamkan BEV juga akan dijual di sana.

    REEV (atau EREV, extended range electric vehicle, seperti yang digelar syarikat ini) menampilkan enjin 1.5 liter empat-silinder petrol yang bertindak sebagai generator bagi bateri lithium sama ada berkapasiti 42 kWh atau 52 kWh. Bateri berkenaan akan menjana dua motor elektrik iaitu unit 224 PS (221 hp atau 165 kW) dan 315 Nm di hadapan dan 272 PS (268 hp atau 200 kW) dan 360 Nm di belakang.

    Angka prestasi bagi model ini termasuk pecutan 0-100 km/j dalam 4.9 saat dan kelajuan tertinggi cecah 200 km/j, dan untuk keupayaan operasinya pula, didakwa REEV ini mampu menawarkan sehingga 1,210 km (bateri 42 kWh) atau 1,239 km (bateri 52 kWh) bagi pengecasan tunggal mengikut kitaran WLTC. Namun tanpa bergantung dengan lanjutan jarak, jarak pemanduan elektrik sepenuhnya mencecah 190 km (bateri 42 kWh) atau 233 kn (bateri 52 kWh) juga ikut kitaran WLTC.

    Bagi pengecasannya, ia mengambil masa sekitar lima jam (7 kW) atau tiga jam (11 kW) untuk bateri dengan jarak lanjutan, bagi mencapai status pengecasan 20-90% menerusi pengecas AC. Manakala jika menggunakan pengecas pantas DC, hanya mengambil masa sekitar 30 minit untuk tahap pengecasan 20-80%, tetapi angka kapasiti pengecas tidak diberikan.

    Manakala bagi BEV, ia menampilkan dwi-motor, larasan pacuan semua-roda, namun kuasa dari motor elektrik adalah berbeza. Unit motor di hadapan dengan kuasa 218 PS (215 hp atau 160 kW) dan 277 Nm, manakala unti di belakang memberikan 313 PS (308 hp atau 230 kW) dan 396 Nm. Kelajuan tertinggi sama dengan versi lanjutan jarak, tetapi masa pecutan lebih rendah iaitu pada 4.3 saat.

    Bateri ternary lithium 100 kWh mampu memberikan jarak hingga 630 km dengan pengecasan tunggal mengikut kitaran CLTC. Ia mengambil masa sekitar 11.7 jam (7 kW) dan 7.5 jam (11 kW) untuk mendapatkan status pengecasan 20-90% dengan pengecas AC. Manakala dengan pengecas pantas, untuk mencapai tahap pengecasan 30-80% hanya mengambil masa 15 minit sahaja.

    Tiada perincian teknikal lain yang diberikan, namun antara ciri kelengkapan yang ditampilkan termasuklah bumbung kaca panoramik, pintu bukaan-lembut, kluster instrumen digital 12.3-inci, skrin sesentuh infotainmen sentral 15.6-inci dan skrin sesentuh 16-inci untuk penumpang hadapan. Selain itu, skrin 32-inci dan actual laser projector diberikan untuk tempat duduk penumpang belakang.

     
     
  • EVx 2024: Trapo Exosystem akan dipamer di SCCC hujung minggu ini, dengan promosi eksklusif

    EVx 2024: Trapo Exosystem akan dipamer di SCCC hujung minggu ini, dengan promosi eksklusif

    Esok bakal bermulanya Ekspo Kenderaan Elektrik (EVx) anjuran paultan.org, dari 20-21 Julai 2024 (9 pagi-7 malam setiap hari) bertempat di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Di taja bersama oleh Carro, Gentari, RHB dan JuiceUp dan TNB Electron, EVx 2024 bakal menghimpunkan pelbagai aspek berkaitan teknologi kenderaan elektrik daripada pelbagai jenama di satu lokasi.

    Selain pameran EV, pengunjung juga boleh menikmati tawaran eksklusif untuk pakej filem pelindung penapis haba — beli mana-mana produk Trapo Tint dan terima Trapo QuikShield Car Coating bernilai RM1,299 secara percuma! Trapo akan mempamerkan keseluruhan Exosystem — penyelesaian bagi luaran dan dalaman kenderaan — untuk memperkayakan lagi pengalaman pemilikan kenderaan.

    Trapo juga akan menawarkan pakej eksklusif untuk EV bagi perkhidmatan detailing. Trapo Hub di Bangsar terletak di Jalan Maarof, menyediakan perkhidmatannya untuk kawasan Lembah Klang, sementara Taman Daya Hub pula terletak di Jalan Sagu 21 di Johor Bahru untuk bahagian Selatan, dengan menawarkan khidmat auto detailing yang terperinci.

    EVx 2024: Trapo Exosystem akan dipamer di SCCC hujung minggu ini, dengan promosi eksklusif

    Selain itu, ada banyak lagi jenama yang akan ikut serta dalam EVx 2024 seperti Mercedes-Benz, Hyundai, BMW, MINI, smart, BYD, Chery, Kia, Lotus Cars dan MG. Pakar penyelesaian pengecasan Kineta juga akan ikut serta.

    Bagi yang menempah kereta baru di EVx, mereka akan menikmati baucar bernilai RM1,500 — baucar RM500 filem penapis haba daripada V-Kool, RM500 lagi daripada DodoMat dan RM500 yang terakhir untuk kerusi kulit kustom DK Schweizer. Semua baucar ini hanya akan diberikan di EVx pada 20-21 Julai ini dan terhad kepada 100 tempahan kereta baru terawal sahaja. Jadi, kena cepat!

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan pengecasan dan infrastrukturnya, EVx adalah tempat yang betul untuk mendapatkan jawapannya kerana ia akan turut disertai oleh pengendali kemudahan pengecasan serta agensi berkaitan yang lain.

    EVx juga ingin mendidik dan menyediakan platform bagi semua topik berkenaan, dan sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk beralih kepada EV, ini adalah sebuah acara yang tidak boleh dilepaskan. Masuk percuma.

     
     
  • Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Fadillah Yusof akan hadiri EVx 2024 di Setia Alam, lancarkan JuiceUp

    Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Fadillah Yusof akan hadiri EVx 2024 di Setia Alam, lancarkan JuiceUp

    Ekspo Kenderaan Elektrik (EVx) anjuran paultan.org akan berlangsung hujung minggu ini, 20-21 Julai 2024 (9 pagi-7 malam setiap hari) bertempat di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Di taja bersama oleh Carro, Gentari, RHB dan JuiceUp, EVx 2024 bakal menghimpunkan pelbagai aspek berkaitan teknologi kenderaan elektrik daripada pelbagai jenama di bawah satu bumbung.

    Pada Sabtu, 20 Julai 2024, Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof juga akan turun menyempurnakan acara. Beliau yang juga merupakan Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) akan melancarkan booth JuiceUp pada jam 3 petang.

    EVx 2024 yang merupakan pameran berkaitan teknologi EV terbesar di Malaysia kini kembali bagi penganjuran kali ketiga dan bakal menjadi lebih besar dan menyeluruh setakat ini. Acara ini juga melibatkan penaja bersama dari Carro, Gentari, RHB, JuiceUp dan TNB Electron.

    Selain itu, ada banyak lagi jenama yang akan ikut serta dalam EVx 2024 seperti Mercedes-Benz, Hyundai, BMW, MINI, smart, BYD, Chery, Kia, Lotus Cars dan MG. Pakar penyelesaian pengecasan Kineta serta pakar lapik kaki kenderaan Trapo juga akan ikut serta.

    Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Fadillah Yusof akan hadiri EVx 2024 di Setia Alam, lancarkan JuiceUp

    Bagi yang menempah kereta baru di EVx, mereka akan menikmati baucar bernilai RM1,500 — baucar RM500 filem penapis haba daripada V-Kool, RM500 lagi daripada DodoMat dan RM500 yang terakhir untuk kerusi kulit kustom DK Schweizer. Semua baucar ini hanya akan diberikan di EVx pada 20-21 Julai ini dan terhad kepada 100 tempahan kereta baru terawal sahaja. Jadi, kena cepat!

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan pengecasan dan infrastrukturnya, EVx adalah tempat yang betul untuk mendapatkan jawapannya kerana ia akan turut disertai oleh pengendali kemudahan pengecasan serta agensi berkaitan yang lain.

    EVx juga ingin mendidik dan menyediakan platform bagi semua topik berkenaan, dan sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk beralih kepada EV, ini adalah sebuah acara yang tidak boleh dilepaskan. Masuk percuma.

     
     
  • EVx 2024: Beli Mercedes-Benz EQS500, dapat wallbox percuma atau kredit pengecasan tanpa had 18 bulan

    EVx 2024: Beli Mercedes-Benz EQS500, dapat wallbox percuma atau kredit pengecasan tanpa had 18 bulan

    Ekspo Kenderaan Elektrik (EVx) anjuran paultan.org akan berlangsung hujung minggu ini, 20-21 Julai 2024 (9 pagi-7 malam setiap hari) bertempat di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Di taja bersama oleh Carro, Gentari, RHB dan JuiceUp, EVx 2024 bakal menghimpunkan pelbagai aspek berkaitan teknologi kenderaan elektrik daripada pelbagai jenama di bawah satu bumbung.

    Mercedes-Benz juga akan membawakan barisan EV keluarannya untuk dipamerkan di acara ini, antaranya ialah EQS500. Beli model berkenaan di EVx 2024 hujung minggu ini dan anda boleh memilih untuk menerima pengecas wallbox di rumah secara percuma atau kredit pengecasan tanpa had selama 18 bulan oleh Gentari.

    Setiap pembelian EQS 500 di EVx 2024 ini juga datang dengan Agility Plus, yang merangkumi sehingga 12 bulan ansuran, tanpa sebarang caj; insurans kenderaan bernilai sehingga RM6,388; empat pakej servis percuma; MobilityPlus, program jaminan kereta gantian sekiranya Mercedes-Benz anda perlu diperbaiki; dan ICE on Demand, sebuah kemudahan jangka pendek untuk menggunakan kereta enjin biasa Mercedes-Benz sekiranya diinginkan.

    Promosi ini hanya sah sehingga 31 Julai 2024 (tertakluk kepada terma dan syarat). Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mempertimbangkan pemilikan EV dengan model Mercedes-Benz EQS 500 ini, yang mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 4.8 saat dan dipacu oleh dua motor AWD dengan janaan 449 PS/828 Nm.

    EVx 2024: Beli Mercedes-Benz EQS500, dapat wallbox percuma atau kredit pengecasan tanpa had 18 bulan

    Selain Mercedes-Benz, antara jenama yang akan ikut serta dalam EVx 2024 ialah Hyundai, BMW, MINI, smart, BYD, Chery, Kia, Lotus Cars dan MG. Pakar penyelesaian pengecasan Kineta serta pakar lapik kaki kenderaan Trapo juga akan ikut serta.

    Tempah kereta baru anda di EVx dan nikmati baucar bernilai RM1,500 — baucar RM500 filem penapis haba daripada V-Kool, RM500 lagi daripada DodoMat dan RM500 yang terakhir untuk kerusi kulit kustom DK Schweizer. Semua baucar ini hanya akan diberikan di EVx pada 20-21 Julai ini dan terhad kepada 100 tempahan kereta baru terawal sahaja. Jadi, kena cepat!

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan pengecasan dan infrastrukturnya, EVx adalah tempat yang betul untuk mendapatkan jawapannya kerana ia akan turut disertai oleh pengendali kemudahan pengecasan serta agensi berkaitan yang lain. EVx juga ingin mendidik dan menyediakan platform bagi semua topik berkenaan, dan sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk beralih kepada EV, ini adalah sebuah acara yang tidak boleh dilepaskan.

     
     
  • EVx 2024: Terokai gaya dan prestasi BMW iX2 — jarak hingga 449 km, AWD dengan janaan 313 PS, 494 Nm

    EVx 2024: Terokai gaya dan prestasi BMW iX2 — jarak hingga 449 km, AWD dengan janaan 313 PS, 494 Nm

    Esok akan bermula Ekspo Kenderaan Elektrik (EVx) anjuran paultan.org, dari 20-21 Julai 2024 (9 pagi-7 malam setiap hari) bertempat di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Di taja bersama oleh Carro, Gentari, RHB dan JuiceUp, EVx 2024 bakal menghimpunkan pelbagai aspek berkaitan teknologi kenderaan elektrik daripada pelbagai jenama di bawah satu bumbung.

    BMW antara jenama yang akan menyertai pameran ini, diwakili oleh Wheelcorp Premium, dengan satu daripada model yang akan dipamer ialah BMW iX2. Baru saja dilancarkan, iX2 ialah sebuah SUV bergaya dengan pacuan semua roda xDrive30 yang memberikan jarak 449 km mengikut kitaran WLTP.

    Ia dilengkapi dengan bateri lithium-ion 66.5 kWh dengan kapasiti maksimum untuk pengecasan DC 130 kW dan hanya memerlukan 29 minit untuk mencapai dari 10%-80%. Dengan tetapan dua motor yang ada, SUV ini menjana 313 PS (308 hp atau 230 kW) dan 494 Nm dengan fungsi ‘temporary boost’ diaktifkan. Pecutan 0-100 km/j pula hanya memerlukan 5.6 saat dengan laju maksimum 180 km/j.

    Prestasi ini juga dilengkapi dengan penampilan sporty dengan pakej M Sport yang datang standard. Ini melibatkan pakej Shadowline hitam berkilat, gril depan Iconic Glow serta rim 20-inci M jejari V Style 873 M Bicolour yang melengkapinya.

    iX2 ini juga lengkap dengan suspensi adaptif M, lampu LED adaptif dan sistem bunyi Harman Kardon 12-pembesar suara. Di dalam tersedia sistem Live Cockpit Professional yang meliputi kluster instrumen digital 10.25-inci dan skrin sentuh 10.7-inci yang dikuasakan oleh BMW Operating System 9 yang menyediakan perkhidmatan ConnectedDrive serta sokongan Android Auto dan Apple CarPlay.

    EVx 2024: Terokai gaya dan prestasi BMW iX2 — jarak hingga 449 km, AWD dengan janaan 313 PS, 494 Nm

    Selain BMW, antara jenama yang akan ikut serta dalam EVx 2024 ialah Mercedes-Benz, Hyundai, MINI, smart, BYD, Chery, Kia, Lotus Cars dan MG. Pakar penyelesaian pengecasan Kineta serta pakar lapik kaki kenderaan Trapo juga akan ikut serta .

    Dan, jika berminat untuk menjadi pemilik EV terbaru, ada tawaran menarik menanti. Tempah kereta baru anda di EVx dan nikmati baucar bernilai RM1,500 — baucar RM500 filem penapis haba daripada V-Kool, RM500 lagi daripada DodoMat dan RM500 yang terakhir untuk kerusi kulit kustom DK Schweizer. Semua baucar ini hanya akan diberikan di EVx pada 20-21 Julai ini dan terhad kepada 100 tempahan kereta baru terawal sahaja. Jadi, kena cepat!

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan pengecasan dan infrastrukturnya, EVx adalah tempat yang betul untuk mendapatkan jawapannya kerana ia akan turut disertai oleh pengendali kemudahan pengecasan serta agensi berkaitan yang lain. EVx juga ingin mendidik dan menyediakan platform bagi semua topik berkenaan, dan sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk beralih kepada EV, ini adalah sebuah acara yang tidak boleh dilepaskan.

     
     
  • EVx 2024: Alami kemewahan dan prestasi Lotus Eletre S — 612 PS, 0-100 km/j dalam 4.5 saat, 600 km jarak EV

    EVx 2024: Alami kemewahan dan prestasi Lotus Eletre S — 612 PS, 0-100 km/j dalam 4.5 saat, 600 km jarak EV

    Esok bakal bermulanya Ekspo Kenderaan Elektrik (EVx) anjuran paultan.org, berlangsung dari 20-21 Julai 2024 (9 pagi-7 malam setiap hari) bertempat di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Di taja bersama oleh Carro, Gentari, RHB dan JuiceUp, EVx 2024 menghimpunkan pelbagai aspek berkaitan teknologi kenderaan elektrik daripada pelbagai jenama di bawah satu bumbung.

    Lotus Cars Malaysia juga turut akan berada di EVx 2024, dan akan mempamerkan model elektrik pertama keluaran jenama itu, Eletre. Ia merupakan sebuah SUV yang bukan sahaja praktikal untuk kegunaan harian, tetapi turut memberikan prestasi yang dijangkakan daripada Lotus.

    Walaupun bagi varian spesifikasi pertengahan Eletre S, ciri dua motor dan pacuan semua rodanya tetap menjana 612 PS (603 hp atau 450 kW) dan 710 Nm tork, dan mampu memecut 0-100 km/j dalam masa hanya 4.5 saat untuk mencapai laju maksimum 285 km/j. Ini angka yang biasanya diberikan oleh kereta sport.

    Bateri 112 kWh Eletre S pula memberikan jarak pemanduan sehingga 600 km mengikut kitaran WLTP. Binaan elektrikal 800V yang ada padanya pula membolehkan pengecasan dalam masa yang singkat: pengecasan DC sehingga 350 kW akan membolehkan pengecasan 10%-80% dalam masa hanya 20 minit.

    EVx 2024: Alami kemewahan dan prestasi Lotus Eletre S — 612 PS, 0-100 km/j dalam 4.5 saat, 600 km jarak EV

    Selain Lotus Cars, antara jenama yang akan ikut serta dalam EVx 2024 ialah Mercedes-Benz, BMW, MINI, smart, BYD, Chery, Kia, Hyundai dan MG. Pakar penyelesaian pengecasan Kineta serta pakar lapik kaki kenderaan Trapo juga akan ikut serta .

    Dan, jika berminat untuk menjadi pemilik EV terbaru, ada tawaran menarik menanti. Tempah kereta baru anda di EVx dan nikmati baucar bernilai RM1,500 — baucar RM500 filem penapis haba daripada V-Kool, RM500 lagi daripada DodoMat dan RM500 yang terakhir untuk kerusi kulit kustom DK Schweizer. Semua baucar ini hanya akan diberikan di EVx pada 20-21 Julai ini dan terhad kepada 100 tempahan kereta baru terawal sahaja. Jadi, kena cepat!

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan pengecasan dan infrastrukturnya, EVx adalah tempat yang betul untuk mendapatkan jawapannya kerana ia akan turut disertai oleh pengendali kemudahan pengecasan serta agensi berkaitan yang lain. EVx juga ingin mendidik dan menyediakan platform bagi semua topik berkenaan, dan sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk beralih kepada EV, ini adalah sebuah acara yang tidak boleh dilepaskan.

     
     
  • JPJ eBid: Siri JXG dan BSA dibuka untuk bidaan

    Untuk yang mencari-cari plat nombor pendaftaran untuk kenderaan baharu, ini ada lagi dua pilihan siri yang baru diumumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Seperti biasa, bidaan dilakukan menerusi platform dalam talian, JPJ eBid.

    Siri plat nombor terkini dari Johor, JXG, dibuka bidaan sejak semalam, 18 Julai 2024. Diberikan tempoh bidaan selama lima hari dan ia akan berakhir jam 10 malam pada 22 Julai ini. Keputusannya akan dikeluarkan pada keesokan harinya, 23 Julai 2024. Keseluruhan proses adalah secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik dan buruk juga menerusi e-mel.

    Manakala bagi siri nombor pendaftaran terkini dari Selangor pula, BSA, bidaannya pula bakal dibuka mulai esok, 20 Julai dan akan berakhir jam 10 malam pada 24 Julai. Keputusannya akan dikeluarkan sehari selepas bidaan ditutup iaitu pada 25 Julai 2024.

    Sekarang ni lebih mudah mendapatkan siri plat nombor yang diingini tanpa menggunakan khidmat pihak ketiga (termasuk runner), malah boleh menjimatkan kos serta masa. Anda boleh rujuk artikel kami sebelum ini berkenaan dengan JPJ eBid termasuk cara-cara yang diperlukan untuk membida nombor pendaftaran yang diingini.

     
     
  • EVx 2024: Dekati Hyundai Ioniq 6 dengan jarak EV 614 km, cas dalam 18 minit — tawaran eksklusif menanti

    EVx 2024: Dekati Hyundai Ioniq 6 dengan jarak EV 614 km, cas dalam 18 minit — tawaran eksklusif menanti

    Ekspo Kenderaan Elektrik (EVx) anjuran paultan.org akan berlangsung hujung minggu ini, 20-21 Julai 2024 (9 pagi-7 malam setiap hari) bertempat di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Di taja bersama oleh Carro, Gentari, RHB dan JuiceUp, EVx 2024 bakal menghimpunkan pelbagai aspek berkaitan teknologi kenderaan elektrik daripada pelbagai jenama di bawah satu bumbung.

    Antara jenama pengeluar kenderaan yang akan turut serta ialah Hyundai, yang antara lain akan mempamerkan model Hyundai Ioniq 6 — yang sudah merangkul tiga anugerah utama: World Car of the Year, World Electric Vehicle of the Year serta World Car Design of the Year. Tidak lupa, model Hyundai Ioniq 5 juga akan ada.

    Ioniq 6 tampil dengan reka bentuk retro-futuristik yang unik dengan bacaan rintangan angin serendah 0.21, sekaligus menjadikannya kenderaan produksi paling aerodinamik. Dengan bateri lithium-ion polymer dengan kapasiti tenaga 77.4 kWh, Ioniq 6 memberikan jarak sejauh 614 km WLTP dengan sekali cas — paling jauh yang ditawarkan oleh EV Hyundai ketika ini.

    Dengan binaan elektrikal 800V yang digunakan — bukan sesuatu yang lazim dalam kalangan EV yang dijual hari ini — baterinya menyokong pengecasan pantas DC dengan kapasiti maksimum yang banyak memerlukan 18 minit untuk penuh. Dengan pengecas yang serasi, pengecasan dari 10%-80% boleh dicapai dalam hanya 18 minit sahaja.

    EVx 2024: Dekati Hyundai Ioniq 6 dengan jarak EV 614 km, cas dalam 18 minit — tawaran eksklusif menanti

    Ioniq 6 juga hadir dengan fungsi vehicle-to-load (V2L) yang boleh membekalkan 3.6 kW kuasa melalui soket tiga-pin di bawah tempat duduk belakang dan satu port pengecas di luar.

    Selain Hyundai, antara jenama yang akan ikut serta dalam EVx 2024 ialah Mercedes-Benz, BMW, MINI, smart, BYD, Chery, Kia, Lotus Cars dan MG. Pakar penyelesaian pengecasan Kineta serta pakar lapik kaki kenderaan Trapo juga akan ikut serta .

    Dan, jika berminat untuk menjadi pemilik EV terbaru, ada tawaran menarik menanti. Tempah kereta baru anda di EVx dan nikmati baucar bernilai RM1,500 — baucar RM500 filem penapis haba daripada V-Kool, RM500 lagi daripada DodoMat dan RM500 yang terakhir untuk kerusi kulit kustom DK Schweizer. Semua baucar ini hanya akan diberikan di EVx pada 20-21 Julai ini dan terhad kepada 100 tempahan kereta baru terawal sahaja. Jadi, kena cepat!

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan pengecasan dan infrastrukturnya, EVx adalah tempat yang betul untuk mendapatkan jawapannya kerana ia akan turut disertai oleh pengendali kemudahan pengecasan serta agensi berkaitan yang lain. EVx juga ingin mendidik dan menyediakan platform bagi semua topik berkenaan, dan sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk beralih kepada EV, ini adalah sebuah acara yang tidak boleh dilepaskan.

     
     
  • Lexus LBX Morizo RR dilancar di Jepun – enjin 1.6L 3-silinder dari GR Yaris, 304 PS/400 Nm, hanya 100-unit

    Lexus LBX Morizo RR dilancar di Jepun – enjin 1.6L 3-silinder dari GR Yaris, 304 PS/400 Nm, hanya 100-unit

    Januari lalu sempena berlangsungnya Tokyo Auto Salon 2024, Lexus ada mendedahkan model konsep yang diasaskan dari SUV paling kompaknya iaitu LBX, dikenali sebagai Lexus LBX Morizo RR Concept. “Morizo” merupakan nama samaran yang digunakan oleh pengerusi Toyota, Akio Toyoda ketika berlumba secara ‘sembunyi-sembunyi’ satu ketika dahulu, dan model konsep ini sebenarnya dibina khas untuknya di mana ia disumbat dengan enjin yang diambil terus dari hot-hatch, GR Yaris.

    Hari ini Lexus mengumumkan bahawa versi produksi LBX Morizo RR berkenaan dilancarkan secara rasmi, namun ia hanya untuk pasaran Jepun dan dihasilkan hanya 100 unit! Tempahannya juga dibuka mulai hari ini sehingga 31 Julai nanti, namun 100 pembeli yang layak hanya ditentukan dalam satu cabutan loteri yang akan dibuat, dan pemenangnya akan diumum menerusi jaringan pengedar Lexus di sana.

    Secara asasnya Lexus LBX merupakan kembar kepada SUV segmen-B Toyota Yaris Cross pasaran Jepun dan Eropah (berlainan dengan Yaris Cross pasaran ASEAN yang menggunakan platform DNGA) yang dibina berdasarkan platform TNGA-B, dan 100 unit LBX Morizo RR ini akan dihasilkan secara “Bespoke Build”. Jadi sudah tentu ia tidak ada masalah untuk dipadankan dengan unit rangkaian kuasa yang diambil terus dari Toyota GR Yaris.

    Lexus LBX Morizo RR dilancar di Jepun – enjin 1.6L 3-silinder dari GR Yaris, 304 PS/400 Nm, hanya 100-unit

    2024.05.23

    Enjin G16E-GTS 1.6 liter tiga silinder turbo itu turut mengekalkan talaan kuasa yang sama dengan menghasilkan 304 PS pada takat 6,500 rpm dan tork maksima 400 Nm bermula 3,250 hingga 4,600 rpm. Seperti model konsepnya, enjin tersebut dipadankan dengan kotak gear enam-kelajuan manual i-MT juga dari GR Yaris untuk versi produksi ini.

    Namun ada berita baik untuk mereka yang tidak gemarkan pemanduan dengan tiga padel, kerana versi produksi ini turut ditawarkan dengan pilihan kotak gear automatik. Ia menggunakan kotak gear prestasi tinggi Direct Shift AT lapan-kelajuan yang dibina oleh Gazoo Racing, yang juga diambil dari GR Yaris facelift.

    Kuasa turut disampaikan ke keempat-empat roda SUV kompak ini menerusi sistem pacuan semua roda kawalan elektronik, membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam masa 5.2 saat, juga sama seperti rekod yang dicatatkan oleh GR Yaris.

    Lexus LBX Morizo RR dilancar di Jepun – enjin 1.6L 3-silinder dari GR Yaris, 304 PS/400 Nm, hanya 100-unit

    Sudah tentu casis LBX ini juga menerima tingkat taraf bagi menerima sistem rangkaian kuasa yang lebih liar ini. Untuk itu Lexus buat pertama kali memperkenalkan rekaan Response-Enhancing Damping Structure (REDS) menerusi LBX Morizo RR ini yang dipadankan pada lengan bawah suspensi hadapan.

    Manakala bagi mengekalkan SUV ini terus dengan DNA Lexus, pelbagai usaha bagi menebat bunyi dibuat pada kerangka dan badan kereta ini bagi memastikan ia kekal senyap dan kurang bergetar walaupun dipandu dengan agresif.

    LBX Morizo RR ini juga tampil dengan rupa lurarna jauh lebih garang. Ia dihasilkan menerusi pemadanan bampar hadapan dan belakang dengan apron lebih agresif, perapi ruang roda dalam kemasan warna badan bersama pemadanan rim aloi forged 19-inci. Turut dapat dilihat brek yang diberikan juga lebih besar.

    Pada bahagian dalaman, model ini diberikan perincian standard seperti tempt duduk sport dan juga set pedal aluminium. Dan sebagai model yang dihasilkan secara “Bespoke Model”, pembeli boleh memilih sendiri warna angkup brek, warna tali pinggang keledar dan juga padanan warna, material serta serlahan benang jahitan untuk upholsteri dalaman SUV ini.

    Lexus LBX Morizo RR 2024 ini dijual pada harga bermula 7,200,000 yen atau sekitar RM215k. Ini hanyalah harga asas, belum lagi termasuk perincian-perincian custom yang ditawarkan untuk pelanggan

     
     
  • EVx 2024: Cas EV dengan JuiceUp — bayar di stesen pengecas mana pun dengan menggunakan kad

    EVx 2024: Cas EV dengan JuiceUp — bayar di stesen pengecas mana pun dengan menggunakan kad

    Ekspo Kenderaan Elektrik (EVx) anjuran paultan.org akan berlangsung hujung minggu ini, pada 20-21 Julai 2024 (9 pagi-7 malam setiap hari) bertempat di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Di taja bersama oleh Carro, Gentari, RHB dan JuiceUp, EVx 2024 bakal menghimpunkan pelbagai aspek berkaitan teknologi kenderaan elektrik daripada pelbagai jenama di bawah satu bumbung.

    JuiceUp merupakan syarikat perisian sebagai servis dan pembayaran (SaaS) yang diwujudkan daripada PAIDChain, yang merupakan pelopor dalam industri pembayaran. JuiceUp juga bekerjasama dengan Visa untuk mempermudahkan lagi pengalaman EV bagi pengguna.

    Caranya adalah dengan tidak memerlukan pengguna EV untuk memuat turun beberapa aplikasi bagi pengendali pengecasan yang berbeza. Penyelesaian JuiceUp juga membolehkan penggunaan kad fizikal untuk membuat bayaran bagi pengecasan kenderaan.

    Dengan menawarkan kaedah pembayaran universal, pengguna EV hanya perlu sentuhkan kad mereka di terminal, sama seperti ketika mengisi minyak petrol atau diesel, mereka tidak perlu risau tentang apa aplikasi yang betul di setiap stesen pengecasan yang berbeza yang digunakan itu.

    Selepas kod QR diimbas, pengguna boleh meninjau progres pengecasan melalui Nimble, sebuah aplikasi web yang mesra pengguna yang dikuasakan oleh PAIDChain yang menyediakan kemaskini masa nyata dan capaian mudah kepada maklumat pengecasan.

    EVx 2024: Cas EV dengan JuiceUp — bayar di stesen pengecas mana pun dengan menggunakan kad

    Selesai mengecas, e-resit dan e-invois akan diterima melalui integrasi dengan LHDN bagi membolehkan simpanan rekod yang mudah. Ketahui lebih lanjut tentang JuiceUp di sini.

    Selain itu, antara jenama yang akan ikut serta dalam EVx 2024 ialah Mercedes-Benz, BMW, MINI, smart, BYD, Hyundai, Chery, Kia, Lotus Cars dan MG. Pakar penyelesaian pengecasan Kineta serta pakar lapik kaki kenderaan Trapo juga akan ikut serta .

    Dan, jika berminat untuk menjadi pemilik EV terbaru, ada tawaran menarik menanti. Tempah kereta baru anda di EVx dan nikmati baucar bernilai RM1,500 — baucar RM500 filem penapis haba daripada V-Kool, RM500 lagi daripada DodoMat dan RM500 yang terakhir untuk kerusi kulit kustom DK Schweizer. Semua baucar ini hanya akan diberikan di EVx pada 20-21 Julai ini dan terhad kepada 100 tempahan kereta baru terawal sahaja. Jadi, kena cepat!

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan pengecasan dan infrastrukturnya, EVx adalah tempat yang betul untuk mendapatkan jawapannya kerana ia akan turut disertai oleh pengendali kemudahan pengecasan serta agensi berkaitan yang lain. EVx juga ingin mendidik dan menyediakan platform bagi semua topik berkenaan, dan sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk beralih kepada EV, ini adalah sebuah acara yang tidak boleh dilepaskan.

     
     
  • Wuling Binguo EV Special Edition sambut ulang tahun ketujuh di Indonesia, hanya dikeluarkan 1,000 unit

    Wuling Binguo EV Special Edition sambut ulang tahun ketujuh di Indonesia, hanya dikeluarkan 1,000 unit

    Demi menjadikan sambutan ulang tahunnya yang ke tujuh di Indonesia lebih bermakna, Wuling telah memperkenalkan Binguo EV keluaran khas terhad 1,000 unit. Maklumat berkenaannya adalah terhad, tetapi mengikut laporan media tempatan, model ini menggunakan asas daripada varian Premium Range, dan diberikan sentuhan istimewa seperti grafik batik, penutup rim berwarna serta pelekat khas di bahagian belakang.

    Wuling turut mendedahkan bahawa pengeluaran mereka di negara itu sudah melebihi 146,000 unit dan kini terdapat rangkaian 150 pengedar di Indonesia. Berkenaan EV, Wuling memberitahu sekarang mereka menguasai 52 perkongsian pasaran, bagi separuh pertama tahun 2023, dengan jualan melebihi 2,000 unit. Sementara itu, eksport keluar dari Indonesia kini sudah mencecah 5,500 unit, kepada 14 negara.

    Binguo EV dilancarkan di Indonesia Disember tahun lalu, dan menjelang 1 Januari 2024 harganya dilaraskan semula menjadi 317 juta rupiah (RM92k) untuk varian asas Long Range. Varian ini dilengkapi bateri lithium iron phosphate (LFP) 31.9 kWh, mampu memberi jarak gerak 333 km, berkemungkinan mengikut standard NEDC. Varian Long Range dengan penggerak sama tetapi senarai kelengkapan lebih tinggi dijual pada harga 326 juta rupiah (RM94k).

    Varian paling tinggi adalah Premium Range, yang dijual pada harga 372 juta rupiah (RM107k) mendapat bateri LFP 37.9 kWh dan memberi jarak gerak 410 km. Semua varian menggunakan motor elektrik hadapan berkuasa 68 PS (67 hp atau 50 kW) dan tork 150 Nm.

    Untuk pengecasan, Bingo EV boleh dicas menggunakan sumber AC pada kadar maksimum 3.3 km, dan memerlukan masa 9.5 jam untuk penuh. Apabila menggunakan pengecas pantas DC (kadar maksimum tidak diberitahu), bateri boleh naik dari 30 ke 80% dalam masa cuma 35 minit.

    Berkenaan kelengkapan, Bingo EV datang dengan rim 15 inci, lampu utama dan lampu belakang LED, tempat duduk balutan kulit sintetik, dua skrin 10.25 inci, tempat duduk pemandu larasan kuasa, dua beg udara, ABS, EBD, brek parkir elektronik, ESC, kamera undur, sistem pemerhati tekanan angin tayar, sistem tanpa kunci, cruise control dan pendingin hawa automatik.

     
     
  • Polis beri 50% diskaun saman trafik pada 21 Julai sempena pelancaran Bulan Kebangsaan di Cyberjaya

    Polis beri 50% diskaun saman trafik pada 21 Julai sempena pelancaran Bulan Kebangsaan di Cyberjaya

    Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bakal menawarkan diskaun saman trafik sebanyak 50% pada 21 Julai 2024. Ia adalah sempena majlis pelancaran Bulan Kebangsaan yang akan berlangsung di Cyber Event Hall, Cyberjaya. Di mana kaunter saman trafik berkenaan dibuka dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang.

    Seperti amalan sebelum ini, pemberian diskaun saman ini tidak ditawarkan untuk kesalahan seperti saman lampu isyarat merah, saman menggunakan lorong kecemasan, saman memotong secara berbahaya dan saman memotong di garisan kembar

    Ini termasuk juga dengan saman Kemalangan, saman Non Compund (NC), saman bicara mahkamah, saman melibatkan lori, saman ubahsuai ekzos dan saman Ops Selamat tahun semasa.

    Jadi, jika anda berada di Cyberjaya atau kawasan sekitarnya pada tarikh berkenaan, jangan lupa ambil peluang ini untuk mendapatkan kadar diskaun bagi saman trafik terpilih. Sila lunaskan tunggakan saman yang ada bagi mengelakkan nama disenarai hitam atau disekat untuk pembaharuan cukai jalan atau lesen memandu.

     
     
  • EVx 2024: Muat turun Gentari Go dan nikmati reload pin RM30 — rangkaian pengecas EV terbesar di M’sia

    EVx 2024: Muat turun Gentari Go dan nikmati <em>reload pin</em> RM30 — rangkaian pengecas EV terbesar di M’sia

    Ekspo Kenderaan Elektrik (EVx) anjuran paultan.org akan berlangsung hujung minggu ini, pada 20-21 Julai 2024 (9 pagi-7 malam setiap hari) bertempat di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Di taja bersama oleh Carro, Gentari, RHB dan JuiceUp, EVx 2024 bakal menghimpunkan pelbagai aspek berkaitan teknologi kenderaan elektrik daripada pelbagai jenama di bawah satu bumbung.

    Gentari selaku penaja bersama akan hadir di pameran ini bersama Gentari Go, sebuah platform berasaskan aplikasi mudah alih bersepadu berkaitan ekosistem produk berkaitan EV dan perkhidmatan daripada rangkaian terbesar stesen pengecasan EV berlesen di Malaysia.

    Tersedia untuk peranti Apple iOS dan Android, Gentari Go disasar untuk menawarkan kepada pelanggan sebuah pengalaman gaya hidup mapan yang bersepadu, menghimpunkan aspek tenaga hijau bagi keperluan domestik, pengecasan dan kenderaan EV. Selain untuk mengetahui stesen pengecasan, Gentari Go juga menyediakan fungsi platform bersepadu yang meliputi roaming rentas sempadan, sewa EV, penyelesaian pengecasan di rumah dan banyak lagi.

    Gentari akan menawarkan pakej khusus untuk pengunjung EVx 2024: bermula dengan Reload Pin RM30 untuk pengguna pertama aplikasi mudah alih Gentari Go. Pelanggan yang memuat turun mendaftar boleh menebus RM30 tersebut untuk digunakan di stesen pengecasan awam Gentari di seluruh Malaysia, bagi kedua-dua AC dan DC.

    Selain itu, Power Pass RM899 dengan Reload Pin RM100 membawakan rebat RM100 dalam bentuk kredit pengecasan, dan anda akan menikmati potongan 50% bagi kadar pengecasan di semua stesen pengecas Gentari — AC dan DC — di seluruh Malaysia. Bergantung kepada kelayakan EV, anda mungkin akan menikmati ciri AutoCharge: pas ini sah untuk 12 bulan selepas diaktifkan, dan resit langganan anda boleh digunakan untuk tujuan pengurangan cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat. Ketahui lebih lanjut berkaitan Gentari Go di sini.

    EVx 2024: Muat turun Gentari Go dan nikmati <em>reload pin</em> RM30 — rangkaian pengecas EV terbesar di M’sia

    Selain itu, antara jenama yang akan ikut serta dalam EVx 2024 ialah Mercedes-Benz, BMW, MINI, smart, BYD, Hyundai, Chery, Kia, Lotus Cars dan MG. Pakar penyelesaian pengecasan Kineta serta pakar lapik kaki kenderaan Trapo juga akan ikut serta .

    Dan, jika berminat untuk menjadi pemilik EV terbaru, ada tawaran menarik menanti. Tempah kereta baru anda di EVx dan nikmati baucar bernilai RM1,500 — baucar RM500 filem penapis haba daripada V-Kool, RM500 lagi daripada DodoMat dan RM500 yang terakhir untuk kerusi kulit kustom DK Schweizer. Semua baucar ini hanya akan diberikan di EVx pada 20-21 Julai ini dan terhad kepada 100 tempahan kereta baru terawal sahaja. Jadi, kena cepat!

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan pengecasan dan infrastrukturnya, EVx adalah tempat yang betul untuk mendapatkan jawapannya kerana ia akan turut disertai oleh pengendali kemudahan pengecasan serta agensi berkaitan yang lain. EVx juga ingin mendidik dan menyediakan platform bagi semua topik berkenaan, dan sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk beralih kepada EV, ini adalah sebuah acara yang tidak boleh dilepaskan.

     
     
  • BYD M6 2024 di Indonesia – facelift e6, hingga 204 PS, 310 Nm, jarak gerak 530 km; dari RM110k-RM124k

    BYD M6 2024 di Indonesia – facelift e6, hingga 204 PS, 310 Nm, jarak gerak 530 km; dari RM110k-RM124k

    BYD mengambil kesempatan sempena penganjuran Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) dengan mempertontonkan M6. MPV elektrik ini nampak agak familiar kerana ia adalah versi rebadge MPV e6, tetapi kini tampil lebih sofistikated dan lebih padu.

    Ditawarkan pada harga dari 379,000,000 rupiah (RM109,500) untuk model standard tujuh-tempat duduk, meningkat kepada 419,000,000 rupiah (RM121,000) bagi varian Superior. Untuk Superior dengan pilihan enam-tempat duduk (termasuk kerusi kapten untuk barisan kedua), ia berharga 429,000,000 rupiah (RM123,900).

    M6 2024 ini dikatakan lebih padu berbanding e6, dengan model asasnya diberikan motor hadapan tunggal yang mampu menghasilkan kuasa 163 PS (120 kW) berbanding 95 PS (70 kW) pada e6, manakala tork pula dari 180 Nm menjadi 310 Nm. Untuk Superior pula, ia menerima motor yang sama dengan Atto 3, menghasilkan 204 PS (150 kW). M6 ini juga boleh dipecut dari 0-100 km/j masing-masing dalam 10.1 saat dan 8.6 saat.

    BYD M6 2024 di Indonesia – facelift e6, hingga 204 PS, 310 Nm, jarak gerak 530 km; dari RM110k-RM124k

    Semua model menerima bateri Blade lithium iron phosphate (LFP). Bagi model standard, ia diberikan bateri berkapasiti 55.4 kWh yang mampu memberikan jarak hingga 420 km, sementara Superior pula dengan kapasiti yang lebih besar iaitu 71.8 kWh yang didakwa mampu memberikan jarak gerak hingga 530 km dalam pengecasan tunggal. M6 boleh dicas menggunakan pengecas pantas DC 89 kWh atau 115 kW untuk Superior yang mengambil masa sekitar 40 minit untuk status pengecasan dari 10-80%. Sementara itu, pengecas AC terhad pada 7 kW.

    Bagi aspek rekaan, M6 nampak lebih moden, di mana bahagia hadapannya mengadaptasikan wajah korporat terkini BYD, dengan palang perak lebar sepenuhnya (perumah bagi perkataan BYD) disambung dengan lampu utama LED pelbagai-projektor. Bampar berbentuk-sayap pula dihiasi corong pengambilan udara yang nipis dan krom “gading”.

    Bahagian belakangnya juga diberikan perubahan gayanya, termasuk lampu lebar sepenuhnya yang disepadukan dengan jaluran krom nipis serta lambang BYD berbanding “Build Your Dreams” pada model lama. Penampilannya juga lebih bergaya dengan satu lagi jaluran krom di sekitar perimeter bawah, dan roda aloi jejari-Y 17-inci diberikan secara standard.

    BYD M6 2024 di Indonesia – facelift e6, hingga 204 PS, 310 Nm, jarak gerak 530 km; dari RM110k-RM124k

    Di dalamnya, perubahan yang dilakukan tidak begitu banyak. Papan pemuka melintang, meter analog (dengan paparan pelbagai-info lima-inci) dan perkataan “Build Your Dreams” (dengan huruf yang lebih model) dikekalkan, tetapi kini dengan kemasan efek kayuan dan konsol tengah yang direka semula dengan pemilih gear yang sedikit besar berbanding tombol rotary. Paling penting, skrin tengah boleh pusing kini dengan larasan kuasa dan saiznya dipertingkatkan dari 10.1-inci ke 12.8-inci, sama saiz seperti Dolphin. Apple CarPlay pula didatangkan secara standard.

    Kit kelengkapan standard yang lain termasuklah kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin, kad kunci NFC, pendingin hawa automatik, cermin pandang belakang auto-kelam, kawalan kelajuan, upholstery kulit palsu, fungsi vehicle-to-load (V2L), sistem kamera 360-darjah dan enam-pembesar suara. Varian Superior pula ditambahkan dengan rel bumbung, bumbung kaca panoramik, tempat duduk berventilasi boleh laras, pengecas tanpa wayar Qi dan tailgate larasan kuasa.

    Bagi aspek keselamatan, M6 didatangkan dengan enam beg udara, kawalan kestabilan dan amaran membuka pintu. Walau bagaimana pun, hanya Superior menerima bantuan pemandu termaju seperti brek kecemasan autonomous, kawalan kelajuan adaptif, bantuan pemusatan lorong, pemantauan titik buta dan lampu tinggi automatik.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.13 (-0.04)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.10
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.90 (-0.04)
EURO 5 B7 RM3.10 (-0.04)
Last Updated Aug 14, 2025