Search in Bahasa Malaysia:

Proton X50 2025 - Executive vs Premium vs Flagship



Artikel Terkini

  • Honda Breeze PHEV 2021 muncul di Auto Shanghai

    Honda Breeze PHEV 2021 muncul di Auto Shanghai

    Pada 2019, GAC Honda iaitu syarikat kerjasama antara GAC Group dan Honda Motor Company telahpun mendedah Honda Breeze, SUV berasaskan Honda CR-V yang diberikan muka berlainan khas untuk pasaran China. Menerusi Auto Shanghai 2021 yang sedang berlangsung, Breeze kini diperkenalkan dalam versi plug-in hybrid (PHEV).

    Ini merupakan model PHEV pertama yang ditawarkan oleh GAC Honda, dan ia dihasilkan selepas CR-V juga ditawarkan dalam versi rangkaian kuasa berkenaan pada September tahun lalu. Honda Breeze PHEV ini bakal dijual secara rasmi di China bermula separa kedua 2021.

    Breeze PHEV ini menampilkan rupa yang hampir serupa dengan versi petrol dan hibrid biasa. Perincian yang membezakannya dari varian rangkaian kuasa lain adalah port pengecaj yang berada pada sebelah belakang kanan SUV ini, bersama kemasan kebiru-biruan pada logo Honda yang dilekatkan.

    Walau bagaimanapun, GAC Honda masih belum mendedahkan sebarang spesifikasi teknikal untuk Breeze PHEV ini. Namun syarikat berkenaan ada menyatakan bahawa ia masih menggunakan sistem Sport Hybrid i-MMD dengan tambahan fungsi pengecaj. Jadi, kemungkinan besar Breeze PHEV ini akan menggunakan sistem Sport Hybrid e+ yang sama seperti pada CR-V PHEV.

    Sistem tersebut terdiri dari sebuah motor elektrik berkuasa 184 PS dan tork maksima 315 Nm, digandingkan dengan enjin petrol 2.0 liter kitaran Atkinson empat-silinder berkuasa 145 PS dan tork maksima 175 Nm, bersama transmisi CVT bagi mengalirkan terus kuasa dari enjin ke roda pada kelajuan lebih tinggi.

    CR-V PHEV juga diberikan bateri lithium-ion 17 kWj yang membolehkan ia bergerak dengan hanya kuasa elektrik sejauh 85 km, serta penggunaan bahan api serendah 1.3 liter untuk setiap 100 km. Selain dari PHEV ini, Honda turut membawa satu lagi model dengan teknologi elektrifikasi ke Auto Shanghai 2021 iaitu Honda SUV e:prototype.

     
     
  • BMW M3 G80 dan M4 G82 dapat sistem M xDrive AWD – 510 PS dan 650 Nm; 0-100 km/j dalam hanya 3.5 saat

    BMW M3 G80 dan M4 G82 dapat sistem M xDrive AWD – 510 PS dan 650 Nm; 0-100 km/j dalam hanya 3.5 saat

    Susulan pengenalan BMW M3 G80 dan M4 G82 pada September lalu, pengeluar kereta Jerman ini telah memperkenalkan pula varian pacuan semua-roda untuk model prestasinya, yang pertama kali menerima sistem berkenaan. Disasarkan untuk memulakan jualan pada Julai ini, kedua-dua model berkenaan hanya didatangkan dengan spesifikasi Competition dengan kotak gear automatik.

    Di bawah bonetnya, ia dipadankan dengan unit S58 3.0 liter pengecas turbo enam-silinder sebaris dengan hamburan kuasa 510 PS (503 hp) pada 6,250 rpm dan tork 650 Nm dari 2,750 hingga 5,500 rpm. Ia dipadankan dengan transmisi automatik M Steptronic lapan-kelajuan dan sistem M xDrive, dan varian baharu ini hanya mengambil masa sekitar 3.5 saat untuk mencapai pecutan dari sifar ke 100 km/j, di mana ia 0.4 saat lebih pantas berbanding varian pacuan roda-belakang. Kelajuan maksimum kekal pada 250 km/j, atau 290 km/j dengan pilihan pakej M Driver.

    Sistem M xDrive menampilkan klac pelbagai-plat kawalan elektronik yang akan menyalurkan pengedaran tork antara kedua-dua gandar, dan ia memberikan kecekapan yang lebih padu untuk bahagian hadapan.

    Varian pacuan semua-roda ini lebih unik dengan driveshaft dan output shaft, termasuh pindahan kuasa yang memiliki unit kawalan dan disepadukan dengan pengehad wheel slip. Ia membolehkan sistem ini untuk mengimbangi perbezaan kelajuan putaran antara roda hadapan dan belakang dengan lebih cepat tanpa perlu melibatkan pengurusan Pusat Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC).

    Menyertai sistem M xDrive ini ialah Active M Differential, yang bertindak mengedarkan larasan sepenuhnya bagi tork antara roda belakang, dan keseluruhan larasan tersebut disambung ke sistem DSC kereta ini.

    Sama seperti model semasa M5 F9, pemandu juga bole melaras sistem pacuan semua-roda mengikut keperluan mereka, dengan tiga mod diberikan. Laeasan 4WD adalah untuk cengkaman maksimum, sementara ia turut mengekalkan pemisah kuasa untuk roda belakang pada setiap masa.

    Jika memilih 4WD Sport, ia akan melaras roda belakang untuk situasi pemanduan dinamik termasuk untuk drift terkawal. Jika anda lebih berani, boleh matikan sistem DSC sepenuhnya dan memilih mod 2WD, jadi hanya roda belakang yang akan memacu. Pilihan M Traction Control juga diberikan, jadi cengkaman lebih lancar dengan 10 fasa kawalan untuk larasan ini, sama seperti model pacuan roda-belakang.

    Mod ini juga adalah sebahagian daripada dua konfigurasi M1 dan M2, bersama dengan larasan untuk karateristik enjin, respon bagi peredam, karakteristik stereng, sistem brek dan lain-lain parameter.

    Lain-lain ciri unik yang ditampilkan untuk varian ini termasuklah gandar hadapan dengan dua sambungan topang gegelung, geometri gandar hadapan dan nisbah talaan stereng. Model pacuan semua-roda ini juga menerima sistem bekalan minyak enjin bespoke untuk mengendalikan prestasi dinamik yang lebih ekstreme.

    Larasan roda ditawarkan secara standard dengan aloi ringan M berukuran 19-inci yang hadpaan (dengan tayar 275/35) dan 20-inci di belakang (dengan tayar 285/30). Tayar khas untuk trek juga sama dimensi, turut ditawarkan secara pilihan.

    Dengan pengenalan M3 dan M4 yang dilengkapi M xDrive ini, barisan kedua-dua model berkenaan kini mencecah enam varian. Pilihan lain termasuklah model asas dengan transmisi manual enam-kelajuan dan 480 PS (437 hp) dan 550 Nm, bersama model pacuan roda-belakang dengan unit S58 yang lebih berkuasa dan kotak gear automatik (seperti yang kita dapat untuk pasaran tempatan). Versi convertible pula bakal melengkapkan lagi barisan model ini dalam tahun ini juga.

     
     
  • Honda SUV e:prototype didedah di Auto Shanghai – petunjuk model EV akan dilancar di China pada 2022

    Honda SUV e:prototype didedah di Auto Shanghai – petunjuk model EV akan dilancar di China pada 2022

    Pameran Auto Shanghai 2021 sedang berlangsung di China, dan Honda telah menggunakannya untuk memperkenalkan sebauh SUV baru, e:prototype, yang memberi petunjuk awal kepada sebuah model elektrik penuh yang akan dijual di negara itu pada tahun 2022. Menurut Honda, dalam masa lima tahun, mereka akan memperkenalkan 10 model EV di China dan ini adalah yang pertama.

    Sekali imbas, SUV ini nampak seperti evolusi daripada model SUV e:concept yang didedahkan pada tahun 2020 waktu Beijing Motor Show, tetapi ia kini kelihatan seperti sudah lebih bersedia untuk memasuki fasa produksi.

    Lampu memainkan peranan penting dalam penampilan sesebuah kenderaan, dan pada model ini, anda boleh melihat jalur LED nipis di bahagian hadapan hampir bersambung di tengah dan logo di bawahnya juga menyala. Di sebalik logo itu adalah panel yang boleh dibuka untuk tempat mengecas.

    Cermin sisi jenis nipis serta pembuka pintu jenis tenggelam mungkin tidak akan dibawa kepada model produksi, tetapi bagi pintu belakang, ia menggunakan pembuka yang berada di hujung cermin, seperti HR-V baru. Malah, kalau kita lihat secara keseluruhan juga SUV konsep ini mempunyai banyak aura seperti HR-V 2022.

    Perincian penggerak SUV ini masih belum diberitahu, tetapi Honda ada menyatakan ia akan mendapat sistem Honda Connect generasi ketiga, yang juga akan diperkenalkan kepada model Honda lain secara berperingkat bermula pertengahan tahun ini. Sistem kuasa AI ini boleh menyediakan pelbagai servis sambungan termasuk kepada kelengkapan pintar di rumah, beli-belah atas talian serta kunci pintar menggunakan telefon bimbit.

     
     
  • Mercedes EQB buat penampilan sulung — 288 hp, 419 km jarak, cas 100 kW DC 10%-80% dalam 30 minit

    Mercedes EQB buat penampilan sulung — 288 hp, 419 km jarak, cas 100 kW DC 10%-80% dalam 30 minit

    Mercedes-Benz secara rasminya telah memperkenalkan SUV elektrik sepenuhnya EQB. Model berkenaan menyertai model EQA dalam barisan EV kompak terbaru jenama itu, bersama juga EQC, MPV elektrik EQV dan model flagship EQS yang membuat penampilan hujung minggu lepas.

    Dilancarkan di China sebagai varian paling lengkap EQB 350 4Matic AMG Line dengan pacuan semua roda, EQB menyediakan output 288 hp, dengan kuasa dibekalkan oleh bateri berkapasiti 66.5 kWh untuk model pasaran Eropah, serta pilihan terhadap beberapa model lain dengan versi pacuan depan dan semua roda. Ini memberikan jarak perjalanan 419 km menurut kitaran ujial WLTP.

    Kecepanan EQB dibantu dengan bacaan drag coefficient 0.28, disumbangkan antaranya oleh pendekatan aerodinamik seperti sistem penyejukan tertutup sepenuhnya, bahagian apron bampar depan dan belakang, bahagian bawah badan yang tertutup hampir keseluruhannya, rekaan rim aero serta rekaan spoiler depan dan belakang.

    Model EQB elektrik sepenuhnya ini mempunyai dimensi ukuran 4,684 mm panjang, 1,834 mm lebar dan 1,667 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,829 mm; ini 50 mm lebih panjang dan 5 mm lebih tinggi berbanding GLB tujuh-tempat duduk, sementara lebar dan jarak antaranya sama.

    Mercedes EQB buat penampilan sulung — 288 hp, 419 km jarak, cas 100 kW DC 10%-80% dalam 30 minit

    Ruang dalaman bagi kenderaan lima-tempat duduk ini melibatkan 1,035 mm ruang kepala di barisan pertama dan 979 mm di barisan kedua dengan 87 mm ruang kaki untuk barisan kedua yang sama. Kapasiti ruang barangan ialah 495 liter hingga 1,710 liter bagi versi lima-tempat duduk, sementara 465 liter hingga 1,620 liter bagi versi tujuh-tempat duduk. Tempat duduk barisan kedua juga boleh dilaraskan 140 mm lagi, memberikan tambahan 190 liter untuk ruang barang.

    Kerusi barisan ketiga EQB — standard untuk pasaran China — menyediakan dua tempat duduk selesa untuk penumpang dengan tinggi maksimum 165 mm. Lima kerusi keselamatan kanak-kanak boleh dipasangkan dalam kabin SUV ini, termasuk satu di kerusi penumpang depan.

    Kadar pengecasannya sehingga 11 kW AC disediakan menggunakan outlet elektrik di rumah ataupun WallBox Mercedes-Benz, yang menjadikan tempoh mengecas lebih pendek. Jika ingin pengecas lebih pantas, stesen pengecas DC dengan kadar sehingga 100 kW boleh digunakan, membolehkan tenaga bateri naik dari 10% ke 80% dalam masa 30 minit. EQB bagi pasaran Eropah dan Amerika Syarikat menggunakan penyambung CCS pada panel sebelah kanan, sementara di China penyambung spesifik untuk pasaran itu di sebelah kiri.

    Kecekapannya dibantu oleh Eco Assist, yang membantu process pemulihan kuasa dengan menggabungkan data navigasi, pengesanan tanda trafik dan maklimat daripada sensor untuk menjangka keadaan jalan. Ada juga navigasi dengan Electric Intelligence sebagai standard, yang akan mengira laluan terpantas ke destinasi diingini, termasuk dengan maklumat sekiranya memerlukan hentian pengecasan.

    Mercedes EQB buat penampilan sulung — 288 hp, 419 km jarak, cas 100 kW DC 10%-80% dalam 30 minit

    Sistem berkenaan akan sentiasa mensimulasikan baki jarak kenderaan dan memaklumkan lebih awal sekiranya kenderaan perlu dicas ataupun faktor-faktor lain yang terlibat seperti keadaan permukaan jalan dan cuaca, serta keadaan trafik dan gaya pemanduan juga. Navigasi dengan sistem Electric Intelligence juga memastikan bateri berada dalam suhu optimal untuk dicas sebelum kenderaan tiba di hentian pengecas yang dirancang.

    Kelengkapan keselamatan pada EQB bantuan mengekalkan lorong dan bantuan brek sebagai standard, ciri brek ini juga membantu ciri brek kecemasan autonomous yang boleh berhenti dan mengesan kenderaan lain yang tidak bergerak serta dalam kelajuan bandar, mampu juga mengesan pejalan kaki yang sedang melintas.

    Pakej Bantuan Pemanduan pula turut menyertakan fungsi kilasan selekoh, koridor kecemasan, amaran keluar yang akan memaklumkan kenderaan lain atau pengayuh basikal serta pengesan pejalan kaki di lintasan zebra.

    Mercedes EQB buat penampilan sulung — 288 hp, 419 km jarak, cas 100 kW DC 10%-80% dalam 30 minit

    Untuk keselamatan, bateri pacuan bagi EQB ini terletak di dalam kerangka badan kenderaan sebagai sebahagian strukturnya juga. Bateri di seksyen depan EQB pula dilindungi daripada objek asing yang mungkin menembusinya.

    Mercedes-Benz EQB akan dikeluarkan dari dua kilang berbeza; kemudahan di Kecskemét di Hungary akan mengeluarkan SUV elektrik untuk pasaran global, manakala kilang usahasama dengan BBAC di Beijing akan mengeluarkan EQB untuk pasaran tempatan China.

    Bateri untuk kenderaan ini dibekalkan oleh anak syarikat Mercedes, Accumotive di Kamenz, Jerman serta kilang bateri di Jawor, Poland. EQB akan dijual di China tahun ini, sementara pasaran antarabangsa bermula hujung 2021.

     
     
  • Toyota bZ4X Concept – SUV elektrik bersaiz seperti RAV4, dibangunkan bersama Subaru, lancar 2022

    Toyota bZ4X Concept – SUV elektrik bersaiz seperti RAV4, dibangunkan bersama Subaru, lancar 2022

    Walaupun sedikit lambat memasuki pasaran kenderaan elektrik bateri, Toyota mempunyai perancangan untuk menyerang, dengan pengeluaran 15 model EV menjelang tahun 2025. Tujuh daripadanya akan terdiri daripada barisan model utama bZ, dan ini adalah yang pertama, iaitu bZ4X.

    Meskipun masih dalam fasa konsep, model sebenar bZ4X ini dibawa dan dipertonton di Auto Shanghai dengan menampakkan saiz SUV segmen C seperti RAV4. Ia dibangunkan dengan kerjasama Subaru, menggunakan platform modular e-TNGA dan jualan model produksi diberitahu bakal bermula agak awal, iaitu pertengahan tahun 2022.

    Rekaan bZ4X ini ternyata unik dengan pelbagai garis tajam dan lekuk, tetapi di bahagian dalamnya ada sesuatu yang lebih istimewa. Ia menggunakan stereng jenis yoke (tidak mempunyai sambungan di atas), disambung dengan sistem steer-by-wire dan dikatakan adalah yang pertama bagi kereta produksi (Tesla Model S juga menggunakan bentuk stereng seperti ini, tapi sistemnya mungkin adalah mekanikal).

    Melalui sistem stereng ini, Toyota memberitahu, pemandu tidak perlu menggerakkan tangan mereka di sekeliling roda stereng apabila mengambil selekoh, dan ia dapat membuang gangguan rasa akibat jalan yang tidak rata dan waktu membrek. Di belakang stereng ini terdapat panel instrumen yang diletakkan atas papan pemuka sementara di tengah terdapat skrin sesentuh untuk sistem infotainmen yang bersambung terus ke konsol tengah.

    Platform baru yang digunakan pada bZ4X ini membolehkan ia mempunyai jarak roda yang panjang, dan katanya boleh menyaingi ruang kaki kenderaan segmen D. Ia juga akan ditawarkan dengan sistem pacuan empat roda menggunakan motor elektrik di depan dan belakang, yang dikatakan oleh Toyota sebagai satu kelebihan hasil kerjasama dengan Subaru dan mampu memberikan “kemampuan offroad sebenar”.

    Setakat ini tiada perincian berkenaan mekanikal, prestasi atau barisan model yang akan ditawarkan tetapi Toyota kerap menyebut berkenaan kecekapan terbaik dalam kelasnya, barisan “sangat kompetitif” dan boleh dipercayai, serta prestasi bateri tahan lama termasuk dalam keadaan cuaca sejuk. Sistem pengecas solar pada kereta ini juga membantu menambah jarak geraknya.

     
     
  • MyBayar Saman akan ditambahbaik, lebih 814,622 pengguna berdaftar setakat 15 April 2021 – JSPT

    MyBayar Saman akan ditambahbaik, lebih 814,622  pengguna berdaftar setakat 15 April 2021 – JSPT

    Demi keberkesanan pembayaran saman secara dalam talian, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan menambah baik portal dan aplikasi MyBayar Saman.

    Menurut Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, sehingga 15 April 2021, seramai 814,622 pengguna berdaftar direkodkan sejak aplikasi itu diperkenalkan pada 25 Mac lalu, laporan Bernama.

    “Kita dalam proses kemas kini sistem, antaranya dengan memperkenalkan kutipan seperti pendaftaran daripada syarikat, warga asing dan had bayaran yang dikenakan terhadap individu,” katanya.

    Tambah beliau, PDRM merekodkan kutipan kompaun lebih RM89 juta daripada 803,739 saman yang dilunaskan orang ramai menerusi aplikasi MyBayar Saman selepas tawaran diskaun sehingga 50% menerusi pendaftaran portal dan aplikasi mudah alih itu tamat pada 15 April lalu.

    MyBayar Saman dilancarkan sempena dengan sambutan Hari Polis ke-214 oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador. PDRM berkata, masa kini, orang ramai lebih cenderung untuk membuat transaksi dalam talian, justeru aplikasi/portal ini dilihat mampu memudahkan lagi untuk mereka menyelesaikan saman trafik masing-masing. Tahun lalu sahaja, sebanyak 46.7% saman trafik dibayar menerusi e-pembayaran, berbanding sekitar 18.5% pada 2019. Untuk rekod, sejumlah 5.37 juta saman dikeluarkan sepanjang tempoh 2016 hingga 2020.

     
     
  • Ora Punk Cat – klon Volkswagen Beetle klasik berkuasa elektrik sepenuhnya dari Great Wall Motors

    Ora Punk Cat – klon Volkswagen Beetle klasik berkuasa elektrik sepenuhnya dari Great Wall Motors

    Ora, subjenama dari pengeluar automotif China, Great Wall Motors (GWM) sebelum ini telah pun memperkenalkan kereta elektrik sepenuhnya (EV) kompak yang comel digelar Ora Good Cat. Dan terkini, jenama berkenaan akan muncul dengan satu lagi EV kompak yang dihasilkan dengan rekaan berkonsep retro dan radikal, diberi nama Ora Punk Cat.

    Set gambar yang disiarkan ini sebenarnya hanyalah sebagai teaser, dan pendedahan sepenuhnya model berkenaan akan dibuat di Auto Shanghai 2021 yang bakal berlangsung minggu ini. Sekali tengok, tak susah kita nak tahu dari mana asal usul rekaan Ora Punk Cat ini. Dengan bentuk yang begitu ikonik, ia adalah pasti ‘diinspirasi’ dari Volkswagen Beetle klasik.

    Selain dari bentuk badannya yang seakan kumbang, Punk Cat juga hadir dengan lampu hadapan bulat dengan kemasan krom sekeliling, lampu belakang oval, bampar hadapan dan belakang dalam kemasan krom serta warna badan tiga-tona menambah lagi ‘perisa’ Volkswagen Beetle asli.

    Anda mungkin rasa Punk Cat ini tak cukup Beetle kerana menampilkan badan empat pintu, berbeza dengan kereta ikonik asli Jerman berkenaan tampil dengan badan dua pintu. Tapi tahukah anda pada tahun 1949 Beetle sebenarnya pernah dihasilkan sebagai model cabriolet empat-pintu untuk kegunaan polis dan bomba di Jerman?

    Ora Punk Cat – klon Volkswagen Beetle klasik berkuasa elektrik sepenuhnya dari Great Wall Motors

    Tema yang sama turut dibawa pada kabin Ora Punk Cat ini. Ia menampilkan tema warna yang sama dengan sebelah luar, seakan Beetle klasik yang menampilkan warna badan dalam kabin kerana tidak dibalut dengan fabrik upholsteri. Tambah menarik, Punk Cat juga diberikan roda stereng yang nampak sama dengan bentuk roda stereng VW Beetle klasik!

    Selain dari itu, kabin Punk Cat ini juga diberikan liang udara pendingin hawa bulat bersama rekaan turbin, paparan instrumen berbentuk bulat seperti Beetle asli tetapi hadir dalam bentuk digital, serta skrin infotainmen bersaiz besar pada bahagian tengah.

    Tempat duduk Punk Cat ini mungkin diberikan larasan elektrik berdasarkan suis-suis kawalan yang terletak pada sebelah sisi, tetapi ia turut diberikan rekaan retro menerusi jalur-jalur jahitan serta kemasan tiub berwarna merah disekelilingnya.

    Masih tiada sebarang perincian teknikal didedahkan untuk Punk Cat ini, namum boleh dijangka ia dihasilkan dengan asas yang sama seperti Good Cat. Bagi model berkenaan, ia menggunakan platform Lemon GWM, ditawarkan dengan pilihan tiga kapasiti bateri iaitu 47.8 kWj, 45.99 kWj dan 59.1 kWj.

    Kesemua versi bateri tersebut hadir dengan motor elektrik berkuasa 143 PS (141 hp atau 105 kW) dan tork maksima 210 Nm, yang diletakkan pada bahagian hadapan dan memacu roda hadapan. Bateri dengan kapasiti paling besar membolehkan kereta berkenaan bergerak dalam jarak 501 km berdasarkan ujian NEDC.

    Ia memerlukan masa lapan jam untuk mendapatkan caj penuh mengunakan pengecaj on-bord 6.6-kW. Manakala dengan pengecaj cepat DC, bateri tersebut dapat diisi dari 30-80% dalam masa hanya 30 minit.

    Nama Punk Cat ini dipilih menerusi undian dari dari orang ramai dan baru diumumkan semalam (18 April 2021). Undian yang dibuat secara atas talian berkenaan menyaksikan nama Punk Cat ini dipilih secara majoriti oleh warga net di China berbanding lima nama lain termasuk Spirit Cat, Noble Cat, Posh Cat, Royal Cat dan Bridge Cat.

     
     
  • Hyundai Sonata Bob G Edition tampil di ACE 2021 – dapat pengubahsuaian khas, harga masih sama

    Hyundai Sonata Bob G Edition tampil di ACE 2021 – dapat pengubahsuaian khas, harga masih sama

    Acara ACE 2021 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia Alam (SCCC) kini memasuki hari kedua, dan antara kereta pameran yang menimbulkan tanda tanya adalah Sonata Bob G Edition di kawasan Hyundai. Sama seperti Sonata SE yang didedahkan bulan lepas, model ini juga dijual kepada awam, tanpa sebarang kenaikan harga berbanding model biasa.

    Harganya adalah RM189,888, tidak termasuk insurans, termasuk dengan potongan cukai jualan (SST) 50% yang diberikan kerajaan sekarang. Bermakna, aksesori yang dikatakan bernilai RM15,000 pada model edisi khas ini, diberikan kepada anda secara percuma, kerana harganya sama sahaja dengan model standard. Seperti model lain Hyundai, Sonata Bob G Edition ini juga diberikan jaminan lima tahun atau 300,000 km.

    Kami sendiri tidak tahu siapa Bob G ini sebenarnya, tetapi nama tersebut diambil daripada pekerja Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) yang membuat spesifikasi model ini. Jika dibandingkan dengan satu lagi Sonata keluaran khas, iaitu SE, model Bob G Edition ini menggunakan warna White Cream, dengan jalur kelabu di atas bonet dan but belakang.

    Tambahan lain juga sedikit berbeza – spoiler hadapan lebih agresif dengan adanya sirip di tepi dan diwarnakan hitam berkilat. Bampar dan skirting tepi masih lagi sama, sementara rim pula menggunakan saiz 19 inci yang berwarna hitam. Jalur krom keliling tingkap juga ditukar dengan unit yang berwarna hitam.

    Bahagian mekanikal tidak berubah, di mana Sonata menggunakan enjin empat silinder NA 2.5 liter Smartstream G2.5 MPI bersama padanan transmisi automatik enam kelajuan untuk menghantar kuasa sehingga 180 PS dan 232 Nm tork kepada roda hadapan.

     
     
  • ACE 2021: VW beri rebat RM1k untuk semua model, ekstra RM4.5k untuk Arteon, RM3.5k bagi Tiguan

    ACE 2021: VW beri rebat RM1k untuk semua model, ekstra RM4.5k untuk Arteon, RM3.5k bagi Tiguan

    Eksklusif untuk ACE 2021, Volkswageb menyediakan promosi RM1,000 untuk semua modelnya. Bukan sekadar itu, ada rebat tambahan untuk Arteon 2.0 TSI R-Line iaitun sebanyakj RM4,500.

    Sementara itu, bagi semua varian Tiguan Allspace – 1.4 TSI Highline dan 2.0 TSI R-Line 4Motion pula menerima rebat tambahan sebanyak RM3,500. Manakala Passat 2.0 TSI Elegance diberi pilihan salah satu daripada dua hadiah tambahan, iaitu baucar percutian ke Pangkor Laut Resort berharga RM3,298 atau insurans percuma selama satu tahun. Passat 2.0 TSI R-Line pula ditawarkan dengan petrol percuma selama setahun. Kedua-dua varian Passat ini turut ditawarkan dengan rebat RM3,500.

    Tawaran ini tidak berakhir di situ sahaja kerana paultan.org akan memberikan baucar kombinasi bernilai RM2,550 kepada 200 pelanggan pertama yang menempah kenderaan baru. Ini termasuk baucar DK SCHWEIZER RM650 untuk balutan kulit dalam kenderaan, baucar filem penapis haba cermin RM500, baucar penapis udara Blueair RM500, baucar Dodomat RM300, baucar tempat duduk kanak-kanak Recaro RM300, baucar petrol BHP RM200 dan baucar Shopee RM100.

    Selain daripada itu, tempahan yang sudah disahkan juga melayakkan anda untuk menyertai cabutan bertuah yang memberi peluang memenangi hadiah termasuk telefon bimbit bernilai RM2,300 setiap satu dan pakej percutian bernilai RM10,000!

    Untuk yang berkunjung ke ACE 2021, sila patuhi SOP yang ditetapkan termasuk mengimbas suhu badan di pintu masuk, imbas kod QR dan mendaftar melalui aplikasi MySejahtera bagi tujuan memudahkan pengesanan kontak sekiranya perlu, pakai pelitup muka sepanjang masa, jaga penjarakan sosial dan juga gunakan cecair sanitasi tangan sekerapnya.

     
     
  • ACE 2021: Nissan beri pakej aksesori percuma bernilai RM5.5k untuk Almera, turut pamer Navara Pro-4X

    ACE 2021: Nissan beri pakej aksesori percuma bernilai RM5.5k untuk Almera, turut pamer Navara Pro-4X

    Jenama-jenama utama dari Jepun turut mengambil bahagian di dalam pameran ACE 2021 yang berlangsung pada 17 & 18 April bertempat di Pusat Persidangan Setia City. Ini termasuklah Nissan, yang mempromosikan beberap model terbaru keluarannya.

    Antara yang ditampilkan ialah model sedan Almera yang dilancarkan hujung tahun lalu. Ia satu-satunya sedan segmen B dalam kelasnya yang menggunakan enjin kapasiti kecil dengan turbo dan ciri brek kecemasan autonomous (AEB) sebagai ciri standard.

    Dijual pada harga dari RM79,906 hingga RM91,310, kini Nissan turut menawarkan sekali Pakej Aksesori Urban yang bernilai RM5,500 secara percuma. Ini termasuklah perakam video pemanduan dua-saluran, pelindung pemegang pintu, visor pintu, plat kaki, talam barangan, spoiler hitam di belakang dan filem penapis haba “ice cool”. Tidak ketinggalan membuat penampilan ialah trak pikapnya yang baru saja dilancarkan, Navara Pro-4X 2021.

    ACE 2021: Nissan beri pakej aksesori percuma bernilai RM5.5k untuk Almera, turut pamer Navara Pro-4X

    Jika membeli kenderaan ketika ACE 2021, anda berpeluang menikmati hadiah tambahan melibatkan baucar terkumpul bernilai RM2,550 keseluruhannya. Ini termasuk baucar DK SCHWEIZER RM650 untuk balutan kulit dalam kenderaan, baucar filem penapis haba cermin RM500, baucar penapis udara Blueair RM500, baucar Dodomat RM300, baucar tempat duduk kanak-kanak Recaro RM300, baucar petrol BHP RM200 dan baucar Shopee RM100.

    Tempahan yang sudah disahkan juga melayakkan anda untuk menyertai cabutan bertuah yang memberi peluang memenangi hadiah termasuk telefon bimbit bernilai RM2,300 setiap satu dan pakej percutian bernilai RM10,000!

    Acara ini juga berlangsung dengan tahap pematuhan SOP ketat sepenuhnya seperti yang digariskan oleh kerajaan. Jadi, anda tak perlu risau; sebaik sahaja tiba dilokasi, ikut saja arahan yang telah disediakan dan jaga jarak sosial masing-masing. Selamat membeli-belah.

    ACE 2021: Nissan beri pakej aksesori percuma bernilai RM5.5k untuk Almera, turut pamer Navara Pro-4X

     
     
  • ACE 2021: Ford Ranger Wildtrak jimat hingga RM7k, jaminan lima-tahun, baucar Petronas RM1,000

    ACE 2021: Ford Ranger Wildtrak jimat hingga  RM7k, jaminan lima-tahun, baucar Petronas RM1,000

    Untuk ACE 2021 yang berlangsung pada 17 & 18 April di Pusat Persidangan Setia City, Ford membawakan model Ranger dengan promosi penjimatan sehingga RM7,000 bagi Ranger Wildtrak 2020, dan sehingga RM8,000 untuk Ranger Raptor 2020.

    Pelanggan juga diberikan peluang memiliki Ranger secara lebih mudah dengan adanya pakej pembiayaan, insurans serta tawaran tukar-beli yang menarik. Jika termasuk dalam 100 pelanggan pertama yang membuat tempahan, anda akan menerima baucar minyak Petronas bernilai RM1,000.

    Bagi penggemar Ford Ranger, trak pikap berkenaan juga tersedia dengan jaminan pengeluar selama lima-tahun untuk kesenangan pemilik. Ini termasuk semua varian bagi Ranger, juga sah untuk versi Raptor X yang baru saja diperkenalkan.

    Raptor X hadir dengan warna True Red yang unik serta kelainan penggayaan yang khusus untuknya, seperti pelekat badan yang ditampilkan di bahagian sisi. Ia juga menerima beberapa kelengkapan tambahan berbanding Ranger biasa, termasuk kamera 360-darjah, perakam video digital (DVR) dua-saluran Kenwood serta pelapik kaki khusus.

    ACE 2021: Ford Ranger Wildtrak jimat hingga  RM7k, jaminan lima-tahun, baucar Petronas RM1,000

    Jika membeli kenderaan ketika ACE 2021, anda berpeluang menikmati hadiah tambahan melibatkan baucar terkumpul bernilai RM2,550 keseluruhannya. Ini termasuk baucar DK SCHWEIZER RM650 untuk balutan kulit dalam kenderaan, baucar filem penapis haba cermin RM500, baucar penapis udara Blueair RM500, baucar Dodomat RM300, baucar tempat duduk kanak-kanak Recaro RM300, baucar petrol BHP RM200 dan baucar Shopee RM100.

    Tempahan yang sudah disahkan juga melayakkan anda untuk menyertai cabutan bertuah yang memberi peluang memenangi hadiah termasuk telefon bimbit bernilai RM2,300 setiap satu dan pakej percutian bernilai RM10,000!

    Acara ini juga berlangsung dengan tahap pematuhan SOP ketat sepenuhnya seperti yang digariskan oleh kerajaan. Jadi, anda tak perlu risau; sebaik sahaja tiba dilokasi, ikut saja arahan yang telah disediakan dan jaga jarak sosial masing-masing. Selamat membeli-belah.

    ACE 2021: Ford Ranger Wildtrak jimat hingga  RM7k, jaminan lima-tahun, baucar Petronas RM1,000

     
     
  • ACE 2021: Proton beri tawaran rebat RM7k, pakej penyelenggaran percuma setahun untuk model terpilih

    ACE 2021: Proton beri tawaran rebat RM7k, pakej penyelenggaran percuma setahun untuk model terpilih

    Anda ada kelapangan pada hari ini atau esok? Jangan lepaskan peluang berkunjung ke Auto Car Expo atau secara ringkasnya disebut ACE 2021 telah pun membuka tirainya hari ini bertempat di Setia City Convention Centre, Setia Alam, Selangor. Acara ini dianjurkan oleh Driven Communications, yang juga merupakan pengendali bagi Paultan.org, dengan kerjasama Carsome.

    Proton juga tidak ketinggalan dalam menyertai ACE 2021, dengan diwakili oleh Wheelcorp Auto. Sebagai sebahagian daripada promosi Ramadan Proton, pelanggan akan menikmati sehingga RM7,000 bagi model-model terpilih Proton. Bukan itu sahaja, Proton juga memberikan pakej penyelenggaraan percuma selama setahun (termasuk kos buruh dan alat ganti) bagi semua modelnya, kecuali versi R3 Limited Edition dan Black Edition, serta X50 dan X70.

    Selain itu, kami juga turut memberikan baucar kombinasi bernilai RM2,550 kepada 200 pelanggan pertama yang menempah kenderaan baharu. Ini termasuk baucar DK SCHWEIZER RM650 untuk balutan kulit dalam kenderaan, baucar filem penapis haba cermin RM500, baucar penapis udara Blueair RM500, baucar Dodomat RM300, baucar tempat duduk kanak-kanak Recaro RM300, baucar petrol BHP RM200 dan baucar Shopee RM100.

    Bukan itu sahaja, tempahan yang sudah disahkan juga melayakkan anda untuk menyertai cabutan bertuah yang memberi peluang memenangi hadiah termasuk telefon bimbit bernilai RM2,300 setiap satu dan pakej percutian bernilai RM10,000!

    Untuk yang berkunjung ke ACE 2021, sila patuhi SOP yang ditetapkan termasuk mengimbas suhu badan di pintu masuk, imbas kod QR dan mendaftar melalui aplikasi MySejahtera bagi tujuan memudahkan pengesanan kontak sekiranya perlu, pakai pelitup muka sepanjang masa, jaga penjarakan sosial dan juga gunakan cecair sanitasi tangan sekerapnya.

     
     
  • ACE 2021: Mazda sediakan subsidi insurans RM1k, barisan kenderaan terpakai Anshin dari RM68,3000

    ACE 2021: Mazda sediakan subsidi insurans RM1k, barisan kenderaan terpakai Anshin dari RM68,3000

    Mazda tidak ketinggalan untuk memberikan tawaran istimewa kepada pelanggan sepanjang pameran ACE 2021 (17 dan 18 April) yang berlangsung di Pusat Persidangan Setia City. Setiap model Mazda yang dibeli akan menikmati sama ada subsidi insurans sebanyak RM1,000 daripada Berjaya Sompo Insurance (BSI) atau dash cam percuma bernilai RM1,350*. Promosi ini sebagai tambahan kepada rebat pengecualian SST, yang menyaksikan pengurangan harga sehingga RM8,090 bagi semua model yang ada.

    Mazda juga ada menawarkan kereta terpakai bermula dengan harga serendah RM68,300, menjadikan ia sebagai pilihan yang lebih mampu milik berbanding model baru lain. Keadaan kenderaan terpakai ini juga hampir seperti dan dinilai serta dijaga dengan baik. Kesemuanya mempunyai jarak batuan rendah dan bahagian dalamnya sangat bersih.

    Barisan kereta terpakai Anshin oleh Mazda telah melalui pemeriksaan 111 bahagian, mempunyai sejarah servis penuh dan ditawarkan bersama baki jaminan lima-tahun dan servis percuma. Mazda juga menjanjikan kenderaan ini tidak pernah terlibat dalam kemalangan besar, tiada kerosakan rangka dan tidak pernah ditenggelami banjir.

    ACE 2021: Mazda sediakan subsidi insurans RM1k, barisan kenderaan terpakai Anshin dari RM68,3000

    Jika membeli kenderaan ketika ACE 2021, anda berpeluang menikmati hadiah tambahan melibatkan baucar terkumpul bernilai RM2,550 keseluruhannya. Ini termasuk baucar DK SCHWEIZER RM650 untuk balutan kulit dalam kenderaan, baucar filem penapis haba cermin RM500, baucar penapis udara Blueair RM500, baucar Dodomat RM300, baucar tempat duduk kanak-kanak Recaro RM300, baucar petrol BHP RM200 dan baucar Shopee RM100.

    Tempahan yang sudah disahkan juga melayakkan anda untuk menyertai cabutan bertuah yang memberi peluang memenangi hadiah termasuk telefon bimbit bernilai RM2,300 setiap satu dan pakej percutian bernilai RM10,000!

    Acara ini juga berlangsung dengan tahap pematuhan SOP ketat sepenuhnya seperti yang digariskan oleh kerajaan. Jadi, anda tak perlu risau; sebaik sahaja tiba dilokasi, ikut saja arahan yang telah disediakan dan jaga jarak sosial masing-masing. Selamat membeli-belah.

    ACE 2021: Mazda sediakan subsidi insurans RM1k, barisan kenderaan terpakai Anshin dari RM68,3000

     
     
  • ACE 2021: Mitsubishi pamer Triton Athlete, pembeli akan menerima baucar terkumpul bernilai RM2,550

    ACE 2021: Mitsubishi pamer Triton Athlete, pembeli akan menerima baucar terkumpul bernilai RM2,550

    Mitsubishi menjadi antara jenama yang akan ikut serta dalam ekspo ACE 2021, berlangsung hari ini dan esok di Pusat Persidangan Setia City. Antara yang dipamerkan ialah model yang baru saja dilancarkan, Triton Athlete. Varian flagship tertinggi trak pikap Triton itu kini menggantikan varian Adventure X terdahulu dan menampilkan pakej penggayaan yang menawan sebagai daya tarikannya.

    Ini termasuklah kemasan hitam pada gril, cermin sisi, pemegang pintu, pemijak sisi dan rim 18-inci yang digunakan. Imej ini diserikan lagi dengan pelekat badan pada bahagian sisi. Ruang dalaman juga menerima sentuhan unik dengan jahitan benang oren pada stereng, tombol gear dan tuil brek tangan, serta tidak lupa pelapik pintu dengan pencahayaan.

    Triton Athlete datang dengan enjin 2.4 liter MIVEC turbodiesel dengan janaan 181 PS dan 430 Nm tork, digandingkan dengan transmisi automatik enam-kelajuan dan sistem Super Select 4WD-II dengan kawalan menuruni curam. Kelengkapan keselamatan juga mengkagumkan, dengan ciri seperti Forward Collision Mitigation (FCM), Blind Spot Warning with Lane Change Assist (BSW with LCA), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Ultrasonic Misacceleration Mitigation System (UMS), Auto High Beam (AHB) dan tujuh beg udara.

    ACE 2021: Mitsubishi pamer Triton Athlete, pembeli akan menerima baucar terkumpul bernilai RM2,550

    Jika membeli kenderaan ketika ACE 2021, anda berpeluang menikmati hadiah tambahan melibatkan baucar terkumpul bernilai RM2,550 keseluruhannya. Ini termasuk baucar DK SCHWEIZER RM650 untuk balutan kulit dalam kenderaan, baucar filem penapis haba cermin RM500, baucar penapis udara Blueair RM500, baucar Dodomat RM300, baucar tempat duduk kanak-kanak Recaro RM300, baucar petrol BHP RM200 dan baucar Shopee RM100.

    Tempahan yang sudah disahkan juga melayakkan anda untuk menyertai cabutan bertuah yang memberi peluang memenangi hadiah termasuk telefon bimbit bernilai RM2,300 setiap satu dan pakej percutian bernilai RM10,000!

    Acara ini juga berlangsung dengan tahap pematuhan SOP ketat sepenuhnya seperti yang digariskan oleh kerajaan. Jadi, anda tak perlu risau; sebaik sahaja tiba dilokasi, ikut saja arahan yang telah disediakan dan jaga jarak sosial masing-masing. Selamat membeli-belah.

    ACE 2021: Mitsubishi pamer Triton Athlete, pembeli akan menerima baucar terkumpul bernilai RM2,550

     
     
  • ACE 2021: Penjimatan sehingga RM7.7k untuk Toyota Vios dan Yaris, baucar tambahan RM2,550 dari kami

    ACE 2021: Penjimatan sehingga  RM7.7k untuk Toyota Vios dan Yaris, baucar tambahan RM2,550 dari kami

    ACE 2021 turut menerima penyertaan daripada Toyota dalam acara pameran dan jualan kereta yang sedang berlangsung selama dua hari di Setia City Convention Centre, Setia Alam.

    Menariknya, bagi yang menempah model Vios atau Yaris, Toyota turut menawarkan penjimatan hebat buat anda. Dengan rebat tunai serta aksesori percuma dan termasuk sekali pengecualian cukai SST diambil kira, promosi bagi Vios akan membolehkan anda menikmati penjimatan sebanyak RM7,716, sementara bagi Yaris pula RM7,692.

    Bukan itu sahaja, Paultan.org selaku penganjur akan turut memberikan baucar kombinasi bernilai RM2,550 kepada 200 pelanggan pertama yang menempah kenderaan baharu. Ini termasuk baucar DK SCHWEIZER RM650 untuk balutan kulit dalam kenderaan, baucar filem penapis haba cermin RM500, baucar penapis udara Blueair RM500, baucar Dodomat RM300, baucar tempat duduk kanak-kanak Recaro RM300, baucar petrol BHP RM200 dan baucar Shopee RM100.

    ACE 2021: Penjimatan sehingga  RM7.7k untuk Toyota Vios dan Yaris, baucar tambahan RM2,550 dari kami

    Selain itu, daripada itu, tempahan yang sudah disahkan juga melayakkan anda untuk menyertai cabutan bertuah yang memberi peluang memenangi hadiah termasuk telefon bimbit bernilai RM2,300 setiap satu dan pakej percutian bernilai RM10,000!

    Dan untuk anda yang berkunjung ke ACE 2021, jangan lupa untuk memakai pelitup muka sepanjang masa, gunakan cecair sanitasi tangan dan basuh tangan sekerap yang mungkin. Sebelum masuk ke dewan pameran, pastikan bacaan suhu badan diambil, hanya suhu badan di bawah 37.4ºC sahaja yang akan dibenarkan masuk. Anda juga perlu mengimbas kod QR dan mendaftar melalui aplikasi MySejahtera bagi tujuan memudahkan pengesanan kontak sekiranya perlu.

    Malahan kami mengenakan had hanya seramai 1,200 orang di dalam dewan pameran dalam satu-satu masa. Kami mengambil keputusan untuk mengurangkan lagi jumlah berkenaan — berbanding 1,700 orang yang dibenarkan oleh SCCC berpandu kepada 50% orang sebagai pematuhan SOP semasa yang ditetapkan kerajaan — bagi memastikan keselamatan semua. Sebaik memasuki dewan pameran, pengunjung diwajibkan mematuhi panduan jarak sosial selamat. Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dan warga emas berusia 60 tahun tidak akan dibenarkan masuk.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.18 (+0.02)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.13
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.90 (+0.02)
EURO 5 B7 RM3.10 (+0.02)
Last Updated Sep 11, 2025