Follow us:
Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • Proton jalin kerjasama dengan Continental Malaysia, sediakan servis tukar tayar; dari RM211 untuk Saga

    Proton jalin kerjasama dengan Continental Malaysia, sediakan servis tukar tayar; dari RM211 untuk Saga

    Proton telah umumkan kerjasama strategik dengan Continental Malaysia untuk memperkenalkan perkhidmatan tayar bersepadu di pusat servis Proton yang terpilih di seluruh negara, yang akan menyediakan jualan, pemasangan dan sokongan lepas jualan bagi tayar oleh Continental Malaysia.

    Proton mensasarkan untuk mempunyai 60 cawagan di seluruh negara yang menyediakan perkhidmatan tayar kepada pelanggan Proton untuk semua model, dengan pelaksanaan penuh di semua rangkaian akan bermula pada suku kedua 2026. Pelanggan Proton kini boleh membeli tayar dan pemasangannya boleh dilakukan ketika temujanji servis berjadual seperti biasa, dengan harga bermula RM211 untuk sebiji tayar Proton Saga.

    Turut disertakan dalam perkhidmatan tayar ini ialah Total Confidence Plan (TCP) oleh Continental, yang merupakan jaminan setahun terhadap kerosakan penggunaan, dengan menawarkan tayar ganti sekiranya berlaku keadaan yang tidak diinginkan, jelas Proton. Selain itu, fleksibeliti bayaran yang lebih meluas juga ditawarkan melalui kemudahan pembiayaan Pinjaman Langsung yang memberikan pilihan kepada pelanggan untuk membayar tayar yang dibeli itu secara ansuran.

    “Dengan tumpuan utama Proton sejak beberapa tahun lalu terhadap prestasi jualan dan pelancaran model baru, kami juga banyak melabur dalam perkhidmatan lepas jualan untuk mempertingkatkan pengalaman pelanggan di semua pusat servis kami. Dengan memperkenalkan perkhidmatan menukar tayar ini, ia adalah langkah seterusnya dalam usaha untuk mengubah pusat 3S/4S kami menjadi pusat sehenti lengkap,” jelas CEO Proton Edar, Roslan Abdullah.

     
     
  • Bukanlah sebuah kereta kalau ia tak seronok, kata Presiden dan CEO Toyota Koji Sato

    Bukanlah sebuah kereta kalau ia tak seronok, kata Presiden dan CEO Toyota Koji Sato

    Sejak Toyota diambil alih oleh cucu pengasasnya Kiichiro Toyoda iaitu Akio Toyoda sebagai CEO, imej jenama itu sedikit demi sedikit berubah dari menghasilkan kereta-kereta keluarga yang bosan kepada model-model yang seronok dipandu.

    Ini kerana Akio merupakan seorang ‘kaki kereta’ sebenar dan juga pelumba, serta banyak mengambil bahagian dalam pelbagai pembangunan model-model baharu Toyota. Namun beliau telahpun meletakkan jawatan sebagai Presiden dan CEO pada April 2023 dan kini kekal sebagai Pengerusi, dan jawatan berkenaan telah digantikan oleh Koji Sato.

    Dan nampaknya Akio telah menyerahkan tugasnya kepada orang yang betul. Dalam laporan oleh Toyota Times, Sato dengan tegas berpendapat bahawa sesebuah kereta itu perlulah seronok. “Sesebuah kereta itu bukanlah kereta kalau ia tidak seronok, sebab itulah mengapa kami tak benarkan kereta kami untuk jadi komoditi,” katanya.

    “Kami tak boleh lagi jual kereta dengan hanya diberikan kemaskini model, penggunaan bahan api yang sedikit lebih baik, atau dengan rekaan baharu. Ia bergantung pada minat anda untuk menghasilkan produk yang menawan hati orang ramai. Sudah tentu kereta sport perlulah bergaya, tetapi sekiranya keterujaan yang sama tidak dapat diterapkan pada kereta-kereta jenis lain, anda tidak akan dapat menawan pelanggan,” tambah Sato.

    “Inilah Toyota yang saya mahukan, dan saya akan terus usahakan pada tahun ini,” tegasnya lagi yang mahukan setiap pasukan projek Toyota memiliki pemikiran yang sama.

    Sebelum dinaikkan pangkat sebagai Presiden dan CEO Toyota, Koji Sato terlebih dahulu menggalas tugas sebagai Ketua Pegawai Penjenamaan Toyota, Presiden Lexus International Co dan juga Gazoo Racing Company. Sama seperti Akio Toyoda, Koji Sato juga seorang pelumba di mana beliau pernah menyertai perlumbaan Nürburgring 24 Jam dengan memandu Lexus LFA, dan baru-baru ini memandu Toyota Corolla dengan enjin yang dijana bahan api hidrogen untuk pasukan Rookie Racing di Jepun.

     
     
  • JPJ perkenal rekaan baharu kad lesen memandu Malaysia, tapi untuk yang memandu di luar negara

    JPJ perkenal rekaan baharu kad lesen memandu Malaysia, tapi untuk yang memandu di luar negara

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan rekaan terbaharu Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan. Kad LMM terkini itu diedarkan secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini, 21 Mei 2025, laporan The Star.

    Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, rekaan LMM versi terkini berupaya mencegah unsur-unsur pengubahsuaian dan pemalsuan kad, serta mempunyai daya tahan penggunaan untuk tempoh maksimum 10 tahun. “Bagi aspek rekaannya, pada bahagian hadapan kad baharu ini menampilkan imej berlatarbelakangkan Bangunan Sultan Abdul Samad bersama motif abstrak gelombang di bahagian hadapan serta Istana Negara dan motif abstrak flora di bahagian belakang,” katanya.

    Tambah beliau, pengeluaran kad LLM baharu ini dilakukan secara berperingkat di cawangan-cawangan JPJ tertentu bagi memberi masa kepada tempoh peralihan daripada sistem kad versi sebelumnya kepada versi terkini.

    Walau bagaimana pun, selaras dengan pertukaran kepada lesen memandu digital, kad LMM versi baharu ini tidak akan tersedia kepada sesiapa sahaja. Seperti yang berlaku dengan versi sedia ada, salinan fizikal kad LMM baharu akan dihadkan kepada dua jenis pemohon, iaitu warganegara Malaysia yang melancong ke luar negara dan akan memandu di negara asing, dan bukan warganegara.

    JPJ perkenal rekaan baharu kad lesen memandu Malaysia, tapi untuk yang memandu di luar negara

    Aedy Fadly berkata, orang ramai yang memperbaharui lesen seperti kebiasaan hanya akan mendapat versi digital lesen melalui aplikasi MyJPJ.

    “Jika anda memperbaharui seperti biasa, anda akan mendapat lesen digital melalui MyJPJ. Tetapi jika pemohon pergi ke luar negara, mereka boleh meminta lesen memandu versi fizikal,” katanya. Difahamkan bahawa bukti perjalanan untuk ke luar negara itu (seperti tiket penerbangan dan lain-lain) adalah salah satu syarat untuk mendapatkan kad LMM fizikal.

    “Kita tahu tidak semua negara menerima lesen digital kecuali Singapura yang menerimanya, tetapi ada negara lain yang tidak. Pelancong perlu membawa lesen fizikal bersama permit memandu antarabangsa (IDP), yang boleh dimohon di JPJ. Setiap negara mempunyai peraturan yang berbeza,” tambahnya.

     
     
  • Harga minyak 22-28 Mei – diesel untuk semenanjung dan RON97 masing-masing dinaikkan 3 sen seliter

    Harga minyak 22-28 Mei – diesel untuk semenanjung dan RON97 masing-masing dinaikkan 3 sen seliter

    Kementerian Kewangan mengumumkan bagi minggu bertarikh 22 hingga 28 Mei 2025, harga runcit bagi petrol RON 97 dinaikkan sebanyak 3 sen seliter, menjadi RM3.10 seliter berbanding RM3.07 seliter pada minggu sebelumnya.

    Walau bagaimana pun, harga runcit bagi RON 95 yang telah mencapai harga siling masih dikekalkan pada paras RM2.05 seliter.

    Bukan itu sahaja, harga runcit bagi diesel yang dijual di Semenanjung Malaysia juga dinaikkan sebanyak 3 sen seliter iaitu kini RM2.80 seliter berbanding RM2.77 seliter pada minggu sebelumnya. Manakala harga diesel untuk Sabah dan Sarawak masih dikekalkan pada RM2.15 seliter.

    Kelmarin, Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, kementeriannya telah menyerahkan sepenuh tanggungjawab bagi pelaksanaan subsidi bersasar petrol RON95 kepada Kementerian Kewangan (MoF).

    “Kini, kami menunggu tindakan selanjutnya daripada Kementerian Kewangan yang akan mengurus keseluruhan proses subsidi RON95 selepas ini. Kita tunggu pengumuman rasmi daripada mereka,” katanya.

    Mac lalu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilaporkan berkata, kerajaan akan mengumumkan mekanisme lengkap bagi pelaksanaan subsidi bersasar petrol RON95 kepada rakyat selepas separuh pertama tahun ini.

    Di mana mekanisme tersebut menggunakan sistem pengenalan diri MyKad dan dua kadar harga. Katanya, pembangunan mekanisme pelaksanaan langkah yang disasarkan dapat mengukuhkan kewangan negara sedang diperhalusi dengan kerajaan tidak mahu mengumumkan sesuatu pelaksanaan dasar secara terburu-buru.

     
     
  • Nissan Micra 2026 didedah sepenuhnya – EV sama asas dengan Renault 5 E-Tech, 150 PS, 408 km

    Nissan Micra 2026 didedah sepenuhnya – EV sama asas dengan Renault 5 E-Tech, 150 PS, 408 km

    Selepas bahagian luarnya ditunjuk Mac lalu, Nissan Micra generasi keenam kini didedahkan sepenuhnya, dan dikatakan bakal dijual di Eropah hujung tahun ini. Ia sekarang adalah sebuah EV, dan dibina atas platform CMF-B EV (kini dipanggil sebagai AmpR Small) sama seperti Renault 5 E-Tech.

    Pakej penggerak juga adalah sama, bermula dengan bateri 40 kWh dan motor elektrik hadapan 122 PS (121 hp atau 90 kW) dan tork 225 Nm sebagai permulaan. Turut disediakan adalah sistem e-Pedal, yang membolehkan pemanduan satu pedal sahaja, kawalan penjanaan semula kuasa brek menggunakan pedal belakang stereng serta beberapa mod pemanduan.

    Penggerak yang lebih berkuasa menggunakan bateri berkapasiti 52 kWh, bersama motor elektrik 150 PS (148 hp atau 110 kW) dan tork 245 Nm. Mengikut standard WLTP, varian 40 kWh boleh memberikan jarak gerak sehingga 310 km manakala 52 kWh mencapai 408 km.

    Nissan Micra 2026 didedah sepenuhnya – EV sama asas dengan Renault 5 E-Tech, 150 PS, 408 km

    Micra EV ini boleh menerima pengecas pantas DC pada kadar maksimum 100 kW (52 kWh) atau 80 kW (40 kWh), dengan tahap 15-80% dapat dicapai dalam masa 30 minit. Turut disediakan adalah sistem vehicle-to-load (V2L) untuk membekalkan kuasa kepada perkakasan luar.

    Nissan memberitahu, Micra mencatat ukuran panjang tidak sampai empat meter, lebar 1.8 meter dan jarak roda sekitar 2.54 meter. Ini adalah sama seperti kembarnya daripada jenama Renault dan bentuk beberapa bahagian luar juga adalah sama termasuk garis bumbung, cermin sisi, c-pillar dan pembuka pintu belakang. Walaubagaimanapun, muka hadapan serta bahagian belakangnya diubah bagi memberikan keunikan.

    Masuk pula ke dalam, Micra menggunakan reka bentuk papan pemuka yang lebih memberi fokus kepada pemandu, dengan bahagian tengahnya, termasuk skrin sesentuh 10.1 inci dihalakan kepada individu di belakang stereng. Panel instrumen juga kelihatan seperti unit digital 10.1 inci.

    Perincian lain adalah seperti tombol pemilih mod pemanduan di stereng, butang pemula di antara dua skrin serta tuil pemilih gear yang terletak tinggi. Turut disediakan adalah soket pengecas USB-C, pengecas tanpa wayar, lampu suasana, sistem infotainmen NissanConnect dengan Google binaan dalaman, sambungan Android Auto dan Apple CarPlay serta pakej ADAS Nissan ProPilot.

     
     
  • KPDN rangka cadangan sertakan peruntukan khusus ‘lemon law’ dalam Akta Perlindungan Pelanggan 1999

    KPDN rangka cadangan sertakan peruntukan khusus ‘lemon law’ dalam Akta Perlindungan Pelanggan 1999

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan pihaknya telah merangka kertas kabinet yang mencadangkan pindaan terhadap Akta Perlindungan Pengguna 1999 untuk menyertakan peruntukan berkaitan lemon law, yang akan melindungi hak pengguna bagi pembelian berkaitan automotif.

    Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh, kertas berkenaan akan diserahkan untuk kelulusan dasar di peringkat kabinet sebelum pindaan terhada akta berkenaan dilaksanakan. Beliau menambah, kementerian ketika ini sedang mendapatkan maklum balas daripada kementerian dan agensi lain yang berkaitan, termasuk kewangan, ekonomi dah pengangkutan, peguam negara serta Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

    Beliau menjelaskan kertas berkenaan adalah susulan selesainya kajian perundangan selama enam bulan yang meneliti keperluan lemon law, yang telah dijalankan dari Jun hingga November tahun lalu.

    “Berdasarkan dapatan daripada kajian berkenaan, kementerian menyimpulkan bahawa ada keperluan untuk mewujudkan kerangka perundangan yang khusus seperti lemon law, untuk mengatasi masalah dan keterhadan berkaitan perlindungan pelanggan dalam industri automotif,” jelasnya kepada New Straits Times.

    KPDN rangka cadangan sertakan peruntukan khusus ‘lemon law’ dalam Akta Perlindungan Pelanggan 1999

    Ujar beliau lagi, memandangkan Akta Perlindungan Pelanggan telah menyediakan kaedah untuk tawaran dan penyelesaian pertikaian yang selari dengan prinsip teras lemon law, kementerian berpandangan adalah lebih baik bagi prinsip perundangan ini disertakan ke dalam pindaan akta tersebut. “Menyertakan semua itu melalui pindaan ke atas akta adalah pendekatan paling praktikal dan berkesan,” tambahnya.

    “Ini akan memperkukuhkan peruntukan sedia ada dan mewujudkan peraturan baru yang akan menggariskan prosedur atau kaedah yang lebih terperinci bagi penyelesaian pertikaian, terutama bagi tuntutan pampasan melibatkan kenderaan baru,” jelasnya.

    Lemon law adalah satu bentuk perlindungan pelanggan, dan telah banyak gesaan untuk melaksanakannya di sini, sejak dahulu. Ringkasnya, ia mewajibkan kenderaan yang masih dalam tempoh jaminan yang didapati ada masalah atau tidak selamat agar diperbaiki sepenuhnya oleh pengeluar. Sekiranya kenderaan terbabit tidak boleh dibaik pulih selepas beberapa kali percubaan, pembeli boleh ditawarkan pulangan wang atau ganti kenderaan.

    Skop perlindungan yang terkandung dalam lemon law adalah berbeza bergantung cara ia dilaksanakan, tetapi secara umumnya ia akan meliputi kerosakan yang memberi kesan ketara kepada fungsi atau keselamatan kenderaan. Negara seperti Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Singapura dan Filipina telah melaksanakan bentuk-bentuk tertentu lemon law ini.

     
     
  • Kenderaan kecil dinasihati elak guna L/raya Timur Barat waktu malam-kurangkan risiko diserang haiwan

    Kenderaan kecil dinasihati elak guna L/raya Timur Barat waktu malam-kurangkan risiko diserang haiwan

    Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak Yusoff Shariff menasihati pengguna jalan raya khususnya yang memandu kenderaan kecil termasuk penunggang motosikal agar mengelak menggunakan Lebuhraya Timur-Barat (Gerik-Jeli)pada waktu malam. Ia adalah bagi meminimumkan risiko kebarangkalian berlaku serangan haiwan liar terutama gajah di sepanjang laluan itu, laporan Harian Metro.

    “Kebanyakan serangan gajah dilaporkan berlaku pada lewat senja hingga awal pagi kerana tempoh tersebut adalah rutin kawanan gajah merayau mencari makan. Jadi, apabila ada pengguna yang melalui laluan terbabit pada waktu ini, adakalanya pertembungan tak boleh dielakkan. Ini antara punca serangan berlaku. Kalau boleh guna laluan berkenaan pada waktu siang, iaitu ketika banyak haiwan berehat,” katanya.

    Kelmarin, seorang lelaki berdepan detik cemas apabila keretanya diserang sekumpulan gajah ketika memandu di laluan Banding–Gerik berhampiran kawasan Sungai Lebey. Kejadian yang berlaku pada jam 8.15 malam itu dikatakan berpunca daripada kenderaan di belakang membunyikan hon menyebabkan tiga ekor gajah tersebut bertindak agresif.

    Kenderaan kecil dinasihati elak guna L/raya Timur Barat waktu malam-kurangkan risiko diserang haiwan

    Dalam sama yang sama, Yusoff turut meminta agar pengguna lalun terbabit supaya tidak melakukan provokasi selain mematuhi tanda arahan yang dipasang sepanjang menggunakan laluan tersebut.

    “Pihak kami juga minta supaya jangan bunyikan hon, jangan guna lampu tinggi, jangan keluar ambil gambar atau cuba bagi makan. Tindakan ini amat berisiko dan boleh mengancam nyawa pengguna jalan raya.

    “Sentiasa berwaspada dan patuhi setiap arahan papan tanda yang telah dipasang sepanjang laluan. Ini kerana Lebuhraya Timur-Barat merupakan laluan aktif bagi kebanyakan haiwan liar dan kebanyakannya dalam kategori pemangsa serta mampu mengancam nyawa,” katanya.

     
     
  • Bayar deposit Carro dengan SPayLater, dapatkan diskaun RM200 – ansuran sehingga 12 bulan!

    Bayar deposit Carro dengan SPayLater, dapatkan diskaun RM200 – ansuran sehingga 12 bulan!

    Anda kini boleh menikmati diskaun tambahan RM200 di atas semua tawaran hebat yang lain jika anda membayar bayaran deposit kereta Carro Certified anda menggunakan SPayLater!

    Perkhidmatan SPayLater Shopee membolehkan anda mendapat kredit segera sehingga RM10,000, tertakluk kepada rekod kredit. Anda boleh membayar secara ansuran sehingga 12 bulan dan malah menikmati bayaran pemprosesan 0% jika anda memilih untuk membayar sekaligus pada bulan berikutnya.

    Untuk tempoh bayaran balik lain iaitu 3 bulan, 6 bulan atau 12 bulan, bayaran akan mengikut pengiraan bayaran pemprosesan SPayLater – 1.5% sebulan.

    Promo potongan RM200 ini terhad kepada 50 pelanggan pertama setiap bulan dan akan berakhir pada 30 Jun 2025, jadi cepat-cepat tempah kereta Carro Certified kegemaran anda!

     

    Comments are Disabled | Leave a comment?

     
  • Toyota RAV4 2026 didedah — 3 gaya; Core, Adventure dan GR Sport, versi PHEV tawar jarak EV 150 km

    Toyota RAV4 2026 didedah — 3 gaya; Core, Adventure dan GR Sport, versi PHEV tawar jarak EV 150 km

    Toyota RAV4 Core 2026

    Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, hari ini secara rasmi Toyota mendedahkan model generasi baharu untuk SUV Toyota RAV4 yang bakal menggantikan model generasi kelima sedia ada yang sudah berada tujuh tahun dalam pasaran. Versi generasi keenam ini masih lagi diasaskan dari platform Toyota New Global Architecture (TNGA), dan ditawarkan dalam versi petrol penuh, hibrid dan juga plug-in hybrid (PHEV).

    Model generasi baharu ini menerima muka signatur ‘jerung Hammerhead’ terkini Toyota yang menampilkan lampu utama berbentuk-C. Manakala bentuk sisinya pula masih mengekalkan konsep dari generasi sedia ada yang menampilkan garis-garis bersegi, dan ruang roda yang berotot. Dan di belakang ia diberikan lampu lebih nipis, bersambung dengan bar yang merentangi sepenuhnya pintu tailgate.

    Namun RAV4 2026 ini datang dalam tiga penggayaan berbeza iaitu versi Core yang menerima rupa yang sesuai untuk kegunaan urban dengan gril sarang lebah seakan Corolla Cross facelift, versi Adventure yang menampilkan rupa lebih lasak dengan gril seperti Land Cruiser Prado dan bampar lebih bersegi, serta GR Sport yang tampil dengan rekaan diinspirasikan dunia sukan permotoran, dengan gril hadapan menyerupai gril pada GR Corolla.

    Toyota RAV4 GR Sport 2026 (kiri) dan RAV4 Adventure 2026

    Bagi RAV4 Core, ia menampilkan dimensi panjang 4,600 mm, lebar 1,855 mm, tinggi 1,680 mm dan jarak roda sejauh 2,690 mm. Jadi model generasi baharu ini sebenarnya menampilkan saiz dan jarak roda yang sama sepenuhnya dengan model generasi sedia ada, kecuali ia 5 mm lebih rendah. Manakala bagi varian Adventure dan GR Sport pula ia adalah sedikit lebih lebar iaitu 1,880 mm.

    Untuk unit rangkaian kuasa, buat masa sekarang hanya sedikit perician bagi model pasaran Amerika Syarikat didedahkan. Di sana model petrol penuh menerima enjin 2.5 liter empat silinder NA dengan pilihan versi pacuan roda hadapan atau roda belakang.

    Kemudian untuk varian hibrid, versi pacuan roda hadapan menerima kuasa 226 hp manakala versi hybrid AWD pula dibekalkan 236 hp. Bagi versi PHEV pula ia disertakan dengan sistem AWD dan kuasa keseluruhan 320 hp.

    Sistem PHEV berkenaan juga didakwa ia boleh bergerak dengan kuasa elektrik sepenuhnya sejauh 150 km. Bateri sistem PHEV ini boleh dicas semula dengan menerima sistem AC 11 kW, dan juga sistem pengecas pantas DC yang didakwa boleh memenuhkan bateri dari kadar 10-80% dalam masa sekitar 30 minit.

    Toyota RAV4 2026 didedah — 3 gaya; Core, Adventure dan GR Sport, versi PHEV tawar jarak EV 150 km

    RAV4 ini juga merupakan model pertama Toyota yang menerima Arene, iaitu platform pembangunan perisian yang dihasilkan oleh Woven by Toyota. Jenama itu menyatakan ini adalah langkah pertama bagi menjadikan model tersebut sebagai sebuah kenderaan diperhalusi oleh perisian.

    Model generasi baharu ini juga adalah yang pertama menerima sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) Toyota Safety Sense 4.0 (TSS 4.0) terbaharu. Antara fungsi yang diberikan pada TSS 4.0 tersebut termasuk Emergency Driving Stop Function (EDSS) yang membantu pemandu memberhentikan kederaan sekiranya terjadi perkara seperti pemandu yang tiba-tiba sakit dan sebagainya.

    Pada sebelah dalam, papan pemuka SUV ini tidak lagi kelihatan bosan seperti model generasi sebelumnya. Toyota memberikan rekaan yang diinspirasikan dari rekaan papan pemuka Land Cruiser Prado yang berkotak, futuristik dan nampak lasak pada RAV4 2026 ini.

    Ia juga menerima paparan ‘skrin sebenar’ bersaiz 12.3-inci untuk instrumen digital berbentuk segi-empat tanpa perumah, dan juga skrin infotainmen bersaiz 12.90-inci yang diletakkan secara berdiri sendiri di tengah. Roda stereng juga direka selari dengan papan pemuka dengan rekaan susunan suis serta perumah beg udara berbentuk petak, manakala pada varian lebih tinggi ia turut diberikan paparan head-up.

    Toyota RAV4 2026 didedah — 3 gaya; Core, Adventure dan GR Sport, versi PHEV tawar jarak EV 150 km

    Untuk sistem bunyi pula, Toyota memberikan pilihan sistem audio sama ada dengan enam- atau sembilan pembesar suara. Turut ditunjukkan adalah bahagian konsol tengah SUV ini yang menampilkan tombol gear bersaiz kecik diletakkan berhampiran dengan pemegang cawan. Perehat tangan pada bahagian konsol ini juga boleh diterbalikkan untuk dijadikan sebagai tray.

    Bahagian kargo RAV4 baharu ini memberikan ruang simpanan berkapasiti 749 liter dengan semua tempat duduk dinaikkan, sedikit lebih besar dari model sebelumnya yang menawarkan kapasiti 733 liter. Untuk mengangkat barang lebih banyak atau lebih besar, tempat duduk baris kedua dan ketiga SUV ini turut boleh diturunkan dan memberikan lantai yang rata.

    Toyota RAV4 generasi keenam ini akan mula dijual di pasaran Jepun dan Amerika Syarikat bermula lewat tahun ini. Ia kemudiannya akan tiba ke pasaran global melibatkan lebih 180 negara. Kita di Malaysia juga lazimnya mendapat Toyota RAV4 ini, di mana model sedia ada dilancarkan di sini sejak Jun 2020, ditawarkan dengan enjin petrol penuh 2.0 liter dan 2.5 liter.

    GALERI: Toyota RAV4 Core 2026

    GALERI: Toyota RAV4 Adventure 2026

    GALERI: Toyota RAV4 GR Sport 2026

     
     
  • Jaecoo J7 – servis percuma lima tahun atau kadar faedah 0.8% – PHEV jaminan 10 tahun atau 1 juta km

    Andai kata anda sedang mempertimbangkan Jaecoo J7 untuk kereta baru, ini mungkin adalah masanya. Bagi bulan Mei 2025, Omoda Jaecoo menawarkan servis percuma atau kadar faedah 0.8% setahun bagi SUV ini. Anda boleh pilih salah satu daripada tawaran ini dan ia tersedia untuk kedua-dua model 2WD yang berharga RM138,800 dan AWD RM148,800.

    Kedua-duanya dipacu oleh enjin enjin 1.6 liter empat silinder turbo berkuasa 197 PS dan tork maksima 290 Nm, digandingkan dengan kotak gear klac berkembar automatik tujuh kelajuan. Model pacuan roda hadapan yang lebih ringan mencatatkan masa pecutan 0-100 km/j lebih pantas iaitu 9.2 saat, manakala model AWD mencatat 9.9 saat.

    Perincian lain antara dua varian ini adalah sama, dengan di sebelah luar Jaecoo J7 menerima lampu hadapan LED automatik, lampu nyalaan siang dan lampu belakang LED, lampu selamat datang, spoiler bumbung belakang, rel bumbung dan juga set rim aloi 19-inci Aurora Design.

    Di sebelah dalam, J7 diberikan skrin tengah 14.8-inci untuk sistem infotainmen yang di letak secara menegak, serta skrin paparan instrumen digital LCD 10.25-inci tanpa perumah untuk pemandu bersama paparan head-up. Sistem infotaimen tersebut diberikan sistem navigasi bina dalam bersama fungsi arahan suara, sokongan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar.

    Turut diberikan adalah sistem pendingin hawa dua zon dengan sistem penyegar Udara N95, tailgate belakang bantuan kuasa, cermin privasi belakang, sistem kunci pintar bersama penghidup enjin kawalan jauh, cermin hadapan akustik dan cermin penebat haba, cermin pandang belakang auto-malap, lampu suasana kabin 64-warna mengikut irama, perehat tangan tengah hadapan dengan kotak penyejuk di dalamnya dan bumbung suria panaromik.

    Selain versi enjin petrol ini, J7 juga hadir sebagai sebuah PHEV, dilancarkan Februari lalu di Malaysia, di mana ia dipacu oleh padanan enjin petrol 1.5 Turbo GDi berkuasa 143 PS/215 Nm, transmisi khusus hibrid (DHT) satu kelajuan, dan motor elektrik berkuasa 204 PS dan 310 Nm pada gandar roda hadapan. Secara keseluruhan, pakej Super Hybrid System (SHS) ini menghasilkan 347 PS dan tork maksima 525 Nm.

    Jaecoo J7 – servis percuma lima tahun atau kadar faedah 0.8% – PHEV jaminan 10 tahun atau 1 juta km

    Ini adalah jauh lebih tinggi berbanding 194 hp/290 Nm yang dihasilkan oleh J7 biasa, dan kecekapan penggunaan bahan api juga menjadi satu lagi kelebihan model PHEV. Menurut Jaecoo, ia boleh mencatat penggunaan petrol 4.77 l/100 km apabila bateri sudah habis.

    Hanya ada satu varian sahaja untuk J7 PHEV ini, dijual pada harga RM158,800 bersama jaminan kilang tujuh tahun atau 150,000 km, dan jaminan lapan tahun atau 160,000 untuk bateri PHEV, motor serta unit pengawalnya.

    Bagi bulan Mei 2025, Omoda Jaecoo menawarkan tambahan jaminan, menjadikannya sehingga 10 tahun atau satu juta kilometer bagi bateri dan enjin J7 PHEV ini, dan anda boleh menambah hanya RM3,000 untuk tambahan servis dan penyelenggaraan lima tahun. Promosi berakhir 31 Mei.

     
     
  • Bos BMW tegaskan kini mustahil untuk beralih ke EV sepenuhnya, halatuju pelbagai teknologi lebih realistik

    Bos BMW tegaskan kini mustahil untuk beralih ke EV sepenuhnya, halatuju pelbagai teknologi lebih realistik

    BMW antara pengeluar automotif dari Eropah yang menghasilkan model-model EV yang agak laris dalam pasaran. Namun jenama premium dari Jerman itu tidak pernah menetapkan satu masa untuk beralih sepenuhnya ke teknologi tersebut dan percaya bahawa EV bukanlah satu-satunya jalan penyelesaian untuk mengekang pencemaran karbon. Dan nampaknya BMW tidak tersilap halatuju kerana beberapa pengeluar automotif dari Eropah sudah mula mengubah cita-cita mereka dengan melambatkan lagi peralihan 100% tersebut.

    Dan ketika berlangsungnya mesyurat agung tahunan BMW yang ke-105, pengerusi lembaga pengurusan BMW Oliver Zipse menegaskan sekali lagi bahawa syarikat itu kini dalam laluan yang betul dalam menawarkan model-model dikuasakan oleh bahan api petrol, diesel, dan hibrid disamping penawaran model-model EV termasuk bagi model-model Neue Klasse akan datang.

    Selain itu BMW juga menumpukan perhatian terhadap kenderaan berkuasa hidrogen, dengan model pertama dijangka akan dilancarkan pada 2028, di bina dengan kerjasama Toyota.

    “Sementara pengeluar lain membalikkan semula haluan atau menyesuaikan strategi mereka, kami berada di landasan yang betul. Malah pembuat dasar mula muncul: kerajaan persekutuan Jerman yang baharu menyokong pendekatan luas terhadap teknologi, manakala Suruhanjaya Eropah berusaha untuk menjadikan Eropah lebih berdaya saing. ‘Perjanjian Perindustrian Hijau’ akhirnya mempertimbangkan perlindungan iklim dan ekonomi seiring. Itu adalah perkara yang baik, “kata Zipse.

    “Kami mengambil serius matlamat politik yang bercita-cita tinggi tetapi kami tidak percaya pada peraturan berat sebelah teknikal yang mengehadkan bekalan. Prinsip yang sama terpakai kepada ekonomi kitaran. Di sini juga, hanya pendekatan yang komprehensif dapat membolehkan dan merangsang pelaburan. Kerana, dengan hanya satu teknologi, e-mobiliti membawa ke jalan buntu – yang kini jelas. Perbezaannya terlalu besar, walaupun hanya dalam Eropah” tambah beliau.

    Bos BMW tegaskan kini mustahil untuk beralih ke EV sepenuhnya, halatuju pelbagai teknologi lebih realistik

    Perbezaan yang dimaksudkan oleh Zipse adalah keperluan pengguna dan juga keadaan setempat di mana BMW berada. Contohnya di Belgium yang menawarkan insentif, menyaksikan kenderaan-kenderaan elektrik dan hibrid menjadi kereta-kereta baharu yang popular dalam masa singkat, mencapai bahagian pasaran lebih dari 60% pada 2024. Ia berbeza dengan Itali di mana model-model EV hanya terjual 4% dari jumlah jualan kereta baru tahun lalu.

    “Adakah itu salah produk? Sudah tentu tidak. Adakah kerana pelanggan? Sudah tentu tidak. Persoalan yang paling penting ialah: bagaimana kita boleh mengurangkan CO2 dengan berkesan? Sudah tentu bukan dengan berfikir secara hitam dan putih. Menyokong satu penyelesaian tidak semestinya bererti menentang yang lain. Pendekatan kami membuktikan kali ini dan sekali lagi – dan kekal berkesan. Kita semua perlu menggunakan lebih banyak peluang, dibimbing oleh strategi untuk masuk, bukan keluar” jelasnya.

    “Matlamat politik mesti mencerminkan realiti pasaran – dan juga berdaya maju untuk perniagaan. Pelaburan global sudah pun melihat ke hadapan untuk 2030, dan terutamanya 2035. Itulah sebabnya kajian semula sasaran EU yang akan datang akan menjadi sangat penting untuk membuat keputusan. Ini adalah peluang kami untuk memperbaiki sistem. Eropah memerlukan industri automotif dan pembekal yang berprestasi tinggi. Kami berjuang untuk ini dan menolak perkembangan negatif,” kata Zipse lagi.

    Model-model dengan teknologi elektrifikasi BMW Group dilihat meyakinkan pada 2024 dengan peningkatan sebanyak 4.8% bagi mencapai angka 593,150 unit, dan momentum tersebut masih dibawa pada suku pertama tahun ini. Untuk empat bulan pertama 2025, BMW Group telah menjual sebanyak 157,487 unit model-model yang menerima teknologi elektrifikasi, atau 28.5% lebih banyak dari tempoh sama tahun lepas.

     
     
  • Chery perluas vendor tempatan – jalinkan kerjasama antara pembekal komponen China dan Malaysia

    Chery perluas vendor tempatan – jalinkan kerjasama antara pembekal komponen China dan Malaysia

    Chery Corporate Malaysia telah pun melancarkan program Sinergi Rantaian Pembekal Premier Chery dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), yang menyaksikan empat Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani antara pembekal-pembekal komponen dari China dengan vendor-vendor tempatan yang membekalkan komponen di Malaysia.

    Empat MoU berkenaan ditandatangani antara Wuhu Atech Automotive Electronics Co., Ltd dengan Multi-Code Electronics Industries (M) Bhd, Cheling Smart Mobility Technology (Wuhu) Co., Ltd dengan Multi-Code Electronics Industries (M) Bhd, Zhejiang Wanliyang Co., Ltd dengan Chery Corporate Malaysia Sdn Bhd, serta Wuhu Qida Power Battery Systems Co., Ltd dengan Chery Corporate Malaysia Sdn Bhd.

    Menurut Chery Malaysia kerjasama ini difokuskan untuk membekalkan komponen automotif, peralihan teknologi dan juga pelaburan bersama. Manakala dengan pelancaran program Sinergi Rantaian Pembekal Premier ini akan memberikan platform bagi membolehkan kerjasama antara 12 pembekal teknologi Chery dari China dan juga 23 pembekal di Malaysia.

    Bagi MIDA pula, program ini disasarkan untuk membuka peluang yang saling menguntungkan untuk memacu pertumbuhan dan inovasi, dalam menyokong matlamat Dasar Automotif Negara 2020 (NAP 2020) untuk mempromosikan pembangunan vendor tempatan, menyokong kenderaan generasi akan datang dan menggabungkan amalan Industri 4.0, kata CEO MIDA Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid.

    Chery perluas vendor tempatan – jalinkan kerjasama antara pembekal komponen China dan Malaysia

    “Dengan memupuk hubungan penting ini, kami membayangkan masa depan yang kaya dengan pemindahan teknologi, rantaian bekalan yang diperkemas dan keupayaan perindustrian yang dipertingkatkan, akhirnya memberi manfaat kepada kedua-dua Malaysia dan Chery,” tambah beliau.

    “Kerjasama ini mencerminkan komitmen Chery untuk memperjuangkan lokalisasi dan memperkukuh ekosistem rantaian bekalan kami di Malaysia. Sebagai sebahagian daripada strategi Chery yang lebih luas untuk menguatkan asas kami dalam pasaran ini dan menerajui kemajuan industri automotif yang moden dan inklusif, kami berbangga untuk bekerjasama dengan pembekal tempatan untuk memupuk pertumbuhan mampan dan daya tahan,” kata naib presiden eksekutif Chery Corporate Malaysia Leo Chen pula.

    Februari lalu mengadakan majlis pecah tanah untuk pembinaan Chery Smart Auto Industrial Park, yang terletak di Beringin High-Tech Auto Valley di Hulu Selangor yang dibangunkan oleh Legenda Beringin Holding. Projek yang dijangka siap dalam masa lima tahun ini bakal menyediakan kemudahan di atas tapak berkeluasa 200 ekar untuk menghasilkan 100,000 kenderaan setahun, dengan ruang untuk dipertingkat kepada 300,000 unit kenderaan setahun.

     
     
  • MBSA tiada kuasa alih dan sita kenderaan terbiar di kawasan persendirian dan perumahan berstrata

    MBSA tiada kuasa alih dan sita kenderaan terbiar di kawasan persendirian dan perumahan berstrata

    Apabila ada ada individu yang selamba membiarkan kenderaan usang dan rosak terbiar serta tersadai di tempat awam termasuk kawasan parkir kawasab perumahan, ia bukan sahaja menyakitkan pandangan mata bahkan menyusahkan orang lain yang mungkin perlukan petak parkir tersebut.

    Ini juga banyak yang terjadi di kawasan perumahan termasuk di sekitar Shah Alam sendiri terutamanya di kawasan pangsapuri. Menurut Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pihaknya mempunyai kuasa mengalihkan dan menyita kenderaan terbiar yang berada di kawasan awam namun ia tidak termasuk sempadan kawasan persendirian atau pemajuan berstrata seperti pangsapuri, laporan Harian Metro.

    Berdasarkan Seksyen 46 (1) (e) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, adalah menjadi suatu kesalahan jika mana-mana pihak meletakkan, membiarkan, atau menyebabkan sesuatu halangan di atas jalan, laluan awam atau tempat awam, termasuk kenderaan buruk, terbiar dan terbengkalai.

    Bagaimanapun bagi kawasan pemajuan berstrata, Badan Pengurusan Bersama (JMB) adalah badan yang mempunyai kuasa menjalankan kerja mengalih serta menyita kenderaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan MBSA.

    Menurut Pengarah Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Mohd Fauzi Aziz Maamor, kuasa JMB untuk menguatkuasakan SOP dan undang-undang dalaman di dalam sempadan penyenggaraan badan itu tertakluk di bawah peruntukan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).

    “MBSA ada menerima aduan dan laporan daripada penduduk mengenai isu ini. Aduan diterima melalui sistem i-Adu MBSA, SISPAA, panggilan telefon, serta aduan secara fizikal melalui pejabat Ahli Majlis kawasan. MBSA sangat memandang serius isu ini dan sentiasa cuba mengambil tindakan agar dapat diatasi segera namun solusi kepada isu kenderaan buruk, lama dan rosak di petak parkir dalam kawasan pangsapuri perlu ada engagement antara JMB, persatuan penduduk pangsapuri dan penguatkuasa pihak MBSA.

    MBSA tiada kuasa alih dan sita kenderaan terbiar di kawasan persendirian dan perumahan berstrata

    “Tidak dinafikan perkara ini berkait sikap pemilik kenderaan itu sendiri. Setiap penduduk perlu ambil maklum bahawa petak parkir sepatutnya digunakan penduduk yang tinggal di pangsapuri itu (bukan untuk diletakkan kereta rosak buruk),” katanya.

    Jelasnya, MBSA melalui Jabatan Penguatkuasaan akan mengeluarkan notis peringatan kepada pemilik kenderaan buruk dan terbiar supaya mengalihkan kenderaan dalam tempoh tujuh hingga 14 hari. Walau bagaimana pun, sekiranya tiada tindakan diambil daripada pemilik, kenderaan tersebut akan ditunda dan disimpan di dalam Depoh Simpanan Kenderaan MBSA yang terletak di Seksyen 31 atau di Seksyen U16.

    “Untuk kenderaan benar-benar rosak dan langsung tidak berfungsi, ia boleh ditunda jika sudah dipersetujui oleh pemilik dan pihak JMB namun situasi agak rumit sekiranya pemilik sudah meninggal dunia, gagal dikesan atau sudah berpindah.

    “Antara proses perlu dilakukan adalah mencari waris untuk mendapatkan persetujuan menunda kenderaan itu. Manakala kos menunda kenderaan mencecah RM300 sebuah, perlu ditanggung sama ada oleh pengurusan JMB atau pemilik kenderaan ,” katanya lagi.

    Tambahnya lagi, perkara itu juga sudah diterangkan kepada persatuan penduduk dan masih boleh dibincangkan bagi mencapai kesepakatan baik dengan semua pihak.

    “Namun, ruang di depoh MBSA adalah terhad untuk kenderaan dikenakan tindakan atas kesalahan menghalang lalu lintas di kawasan pentadbiran MBSA,” katanya yang memaklumkan langkah lain boleh diambil bagi menyelesai masalah itu termasuk penambahbaikan dasar tempat letak kereta berkaitan pengurusan parkir di pangsapuri kos rendah.

     
     
  • K’jaan perlu bertegas terhadap kereta persendirian guna lampu strob, termasuk kedai aksesori terlibat

    K’jaan perlu bertegas terhadap kereta persendirian guna lampu strob, termasuk kedai aksesori terlibat

    Tahukah anda, penggunaan lampu strob (strobe light atau beacon light) oleh kenderaan persendirian yang tiada kaitan dengan penguatkuasaan adalah menyalahi undang-undang lalu lintas.

    Tetapi masih ada lagi pemandu kenderaan persendirian yang berdegil dan masih menggunakan lampu strob, seakan kebal dengan undang-undang. Perkara ini turut mendapat perhatian Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).

    Menurut CEO Fomca, Dr T Saravanan penggunaan lampu strob oleh kenderaan persendirian ini boleh mengundang kekeliruan dalam kalangan pengguna jalan raya dan berisiko menyebabkan kemalangan, laporan Harian Metro.

    Katanya, Fomca memandang serius isu penyalahgunaan lampu jenis itu yang berwarna biru oleh kenderaan persendirian terutama kenderaan mewah.

    K’jaan perlu bertegas terhadap kereta persendirian guna lampu strob, termasuk kedai aksesori terlibat

    “Apabila pemilik kenderaan persendirian yang tidak mempunyai kebenaran rasmi memasang aksesori ini, ia menimbulkan kekeliruan yang nyata di jalan raya. Pengguna jalan raya lain menyangka mereka sedang didatangi kenderaan penguatkuasaan, mungkin akan menukar lorong atau membrek secara mengejut bagi memberi laluan. Ini sekali gus mencetus situasi berbahaya yang boleh mengakibatkan kemalangan,” katanya.

    Tambah beliau, lebih membimbangkan lagi apabila terdapat pemilik kenderaan yang menyalahgunakan lampu demikian untuk menunjukkan kuasa palsu seperti memotong barisan dalam kesesakan lalu lintas, memberi isyarat palsu untuk laluan kecemasan atau menakut-nakutkan pemandu lain agar memberi laluan.

    “Ini bukan sahaja menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan pengguna jalan raya lain, malah menodai imej dan fungsi kenderaan penguatkuasaan sebenar. Kepercayaan masyarakat terhadap kenderaan rasmi akan terjejas.

    K’jaan perlu bertegas terhadap kereta persendirian guna lampu strob, termasuk kedai aksesori terlibat

    “Fomca ingin menegaskan bahawa semua ini berpunca daripada segelintir individu yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan aksesori ini tanpa memikirkan kesannya kepada keselamatan orang ramai. Ia mencetus banyak kekacauan dan menyusahkan pengguna jalan raya secara keseluruhan,” katanya.

    Justeru itu, beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas kepada pemilik kenderaan yang memasang strobe light tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    “Ini bukan sekadar kesalahan kecil melibatkan aksesori kenderaan, tetapi satu bentuk pelanggaran undang-undang yang secara langsung memberi impak terhadap keselamatan awam. Fomca mencadangkan agar pemilik kenderaan yang bersalah bukan sahaja didenda, tetapi juga dikenakan tindakan konfiskasi (penyitaan) kenderaan serta penggantungan atau pembatalan lesen memandu mereka,” katanya.

    Dalam pada itu, Saravanan turut menggesa kerajaan agar menjalankan operasi bersepadu secara berkala bersama JPJ, PDRM dan PUSPAKOM untuk menyemak kenderaan yang telah diubah suai tanpa kelulusan.

    “Pemeriksaan perlu diperluaskan ke bengkel aksesori kenderaan yang menjual atau memasang lampu strob biru tanpa perakuan sah. Sekiranya mereka terlibat, lesen perniagaan mereka harus dikenakan tindakan. Selain itu, pendidikan kepada orang awam juga perlu dilaksanakan secara agresif agar masyarakat lebih peka terhadap undang-undang serta risiko penyalahgunaan aksesori tertentu di jalan raya.

    “Dalam hal keselamatan pengguna jalan raya, tiada kompromi harus diberikan kepada mereka yang sengaja melanggar undang-undang,” katanya.

    Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman pernah memaklumkan bahawa pemandu boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan 138, Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 170/59 iaitu ubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM2,000 atau penjara tidak melebehi enam bulan.

    Menurut Kaedah 9, Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 hanya kenderaan dalan tugas kecemasan seperti kenderaan polis, bomba, ambulans dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sahaja dibenarkan mendapat hak laluan mengatasi kenderaan lain dengan cara membunyikan siren tertentu, loceng atau hon dua nada.

     
     
  • JPJ eBid: Siri BSJ dan SJL dibuka bidaan

    Kenderaan yang anda tempah bakal diperoleh tidak lama lagi, pasti anda teruja tercari-cari plat nombor pendaftaran yang sesuai kan. Ini ada dua pilihan siri yang baru diumumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Seperti biasa, bidaan dilakukan menerusi platform dalam talian, JPJ eBid.

    Masih sempat lagi jika anda inginkan siri plat nombor terkini dari Selangor, BSJ, yang telah dibuka bidaan sejak 17 Mei 2025. Diberikan tempoh bidaan selama lima hari dan ia akan berakhir hari ini, 21 Mei, jam 10 malam. Keputusannya akan dikeluarkan esok, 22 Mei 2025. Keseluruhan proses adalah secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik dan buruk juga menerusi e-mel.

    Manakala bagi siri nombor pendaftaran terkini dari Sabah pula, SJL, bidaannya pula bakal dibuka mulai esok, 22 Mei dan akan berakhir jam 10 malam pada 26 Mei. Keputusannya akan dikeluarkan sehari selepas bidaan ditutup iaitu pada 27 Mei 2025.

    Jadi, jika anda mengingini mana-mana siri yang ditawarkan ini, anda boleh membidanya menerusi JPJ eBid tanpa perlu menggunakan khidmat pihak ketiga (termasuk runner), malah boleh menjimatkan kos serta masa.

     
     
  • Geely Galaxy M8 terdedah – Starship versi produksi, SUV PHEV, bakal diambil sebagai model Proton?

    Geely Galaxy M8 terdedah – Starship versi produksi, SUV PHEV, bakal diambil sebagai model Proton?

    Versi produksi bagi model konsep Geely Galaxy Starship kini terdedah lebih awal sebelum pelancaran rasminya 22 Mei nanti, ditemui di Milan tanpa sebarang pelekat samaran. SUV plug-in hybrid enam tempat duduk ini bagaimanapun tidak akan menggunakan nama Starship, dan hanya akan dipanggil sebagai Galaxy M8.

    Melalui gambar yang dimuat naik oleh Autohome ini, kita boleh melihat hampir semua tanda rekaan utama adalah sama dengan model konsep Starship, termasuklah jalur lampu penuh di hadapan dan belakang, bersepadu dengan lampu utama di bahagian penjuru, muka hadapan bersih tanpa banyak hiasan, kemasan krom di bahagian tepi dan c-pillar yang lebih menegak.

    Perubahan yang dibuat hanya sikit, termasuk cermin sisi, pemegang pintu yang lebih konvensional serta kemasan dengan lubang ekzos hiasan di belakang. Memandangkan kenderaan Zeekr dan Lynk & Co terletak lebih tinggi berbanding yang menggunakan jenama Geely, kita boleh menjangkakan kuasa M8 tidak melebihi Zeekr 9X dan Lynk & Co 900, iaitu bawah 800 PS.

    Geely Galaxy M8 terdedah – Starship versi produksi, SUV PHEV, bakal diambil sebagai model Proton?

    Ia mungkin akan menggunakan penggerak yang sama seperti barisan model Star lain, termasuk sistem EM-i yang menggabungkan enjin empat silinder 1.5 liter NA 111 PS/136 Nm dengan E-DHT dan motor elektrik 218 PS (160 kW) dan 262 Nm. Semasa model konsep Starship didedahkan tahun lepas, Geely memberitahu, dengan bateri dan tangki bahan api yang bersesuaian, ia boleh memberikan jarak gerak sehingga 2,000 km.

    Turut boleh dijangka adalah penggunakan tetapan EM-P yang terdiri daripada enjin turbo 163 PS/255 Nm dan DHT tiga kelajuan (3DHT Evo), yang boleh menghasilkan kuasa keseluruhan 381 PS dan 605 Nm. Sistem ini kemudiannya boleh ditambah dengan satu lagi motor 212 PS di belakang, menjadikan kuasa keseluruhannya 593 PS.

    Kemunculan model ini Eropah memberi petunjuk ia mungkin akan dijadikan sebagai sebuah model global. Ini seterusnya menimbulkan persoalan, adakah ia juga akan menyertai barisan model eMas oleh Proton? Jika ya, ia akan menjadi model Proton paling mahal, melepasi harga X90.

     
     
  • Rapid KL lanjut operasi rel untuk waktu puncak pagi/petang sempena ASEAN 2025 – 23-27 Mei

    Rapid KL lanjut operasi rel untuk waktu puncak pagi/petang sempena ASEAN 2025 – 23-27 Mei

    Rapid KL selaku pengendali perkhidmatan rel dan bas di Lembah Klang telah mengumumkan akan melanjutkan tempoh operasi tren pada waktu puncak pagi dan petang bermula 23 hingga 27 Mei 2025. Ia adalah sempena dengan sidang kemuncak ASEAN yang ke-46 (ASEAN 2025) yang bakal berlangsung di sekitar ibu kota Kuala Lumpur dan Putrajaya.

    Menurut Rapid KL, waktu puncak pada hari bekerja sepanjang tarikh tersebut akan ditambah satu jam pada sebelah pagi dan petang. Jika hari biasa, waktu puncak pagi adalah antara 7 pagi hingga 9 pagi, namun sempena Sidang ASEAN 2025, waktunya adalah dari 6.30 pagi hingga 10 pagi. Manakala untuk waktu puncak petang, sempena ASEAN 2025, ia akan berlangsung dari 4.30 petang hingga 8 malam, berbanding 5 petang hingga 7.30 malam pada hari biasa.

    Bukan itu sahaja, kekerapan operasi tren pada hari Sabtu dan Ahad turut dipertingkatkan bagi menampung bilangan penumpang yang dijangka bertambah pada minggu ini. Jadual kekerapan tren pada 24 dan 25 Mei 2025 adalah seperti di bawah:

    Rapid KL lanjut operasi rel untuk waktu puncak pagi/petang sempena ASEAN 2025 – 23-27 Mei

    Dalam masa yang sama, Rapid KL memaklumkan pihaknya akan mempertingkatkan pemantauan dan kawalan operasi bagi memastikan kelancaran perkhidmatan pengangkutan awam sepanjang tempoh persidangan. Selain itu, Rapid KL juga bersedia menambah bilangan tren sekiranya berlaku peningkatan jumlah penumpang atau keperluan operasi semasa.

    Tambahnya, seramai 400 kakitangan tambahan turut ditempatkan di stesen-stesen rel terpilih bagi membantu melancarkan pergerakan penumpang dan delegasi ASEAN yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

    Turut memaklumkan, bagi operasi perkhidmatan bas dan Rapid KL On-Demand, beberapa laluan dijangka mengalami kelewatan jadual perjalanan susulan penutupan jalan secara berperingkat oleh pihak berkuasa sepanjang tempoh tersebut.

    Antara laluan yang terlibat ialah:

    • Laluan 402 (LRT Titiwangsa – LRT Maluri)
    • Laluan 302 (LRT Titiwangsa – KLCC)
    • Laluan 300 (Hab Pandan Indah – Lebuh Ampang)
    • Laluan 303 (Taman Mulia Jaya – Lebuh Ampang)
    • Rapid KL On-Demand (Zon Titiwangsa – Chow Kit)

    “Pengguna bas yang ingin menuju ke KLCC dan kawasan sekitarnya disaran untuk menggunakan perkhidmatan rel bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Antara stesen rel yang boleh digunakan termasuk Stesen KLCC (Laluan Kelana Jaya), Stesen Persiaran KLCC (Laluan Putrajaya), Stesen Raja Chulan (Monorel KL), Stesen Conlay (Laluan Putrajaya) dan Stesen Bukit Bintang (Laluan Kajang dan Monorel KL).

    “Rapid KL menyarankan penumpang agar merancang perjalanan lebih awal, memantau notifikasi terkini melalui media sosial rasmi Rapid KL atau memuat turut aplikasi PULSE, serta mempertimbangkan penggunaan alternatif seperti perkhidmatan rel bagi mengelakkan sebarang kesulitan,” kata kenyataan yang dikeluarkan.

    Warga kota diseru untuk memanfaatkan sepenuhnya penggunaan pengangkutan awam bagi memudahkan pergerakan ke kawasan tumpuan, dan menyumbang kepada kelancaran trafik sepanjang tempoh persidangan dan acara berskala besar yang berlangsung di ibu negara.

     
     
  • ‘Axia Merah’ bawa muatan lebih sudah ditahan, pemandu 59-tahun ada masalah mental – Polis

    Semalam tular satu video yang memaparkan sebuah Perodua Axia berwarna merah membawa beban muatan berlebihan dan kemudian menyebabkan kesesakan jalan raya kerana barangan yang dibawa bertaburan di atas jalan raya, dipercayai berlaku di Jalan Dengkil-Banting.

    Susulan dari kejadian itu pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bertindak mengesan kereta berkenaan dan pemandu tersebut disahkan sudahpun ditahan.

    Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman dalam laporan Kosmo, ‘Axia Merah’ tersebut dipandu oleh seorang lelaki berusia 59 tahun yang pernah terbabit kemalangan beberapa tahun lalu dan mengalami cedera di kepala dan dipercayai mengalami masalah jiwa.

    “Kami bertindak mengesan kereta itu susulan satu video tular berdurasi 13 saat yang dimuat naik di laman Facebook oleh pemilik akaun ‘Sepang Viral’.

    “Kereta jenis Perodua Axia dipandu lelaki itu telah ditahan mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tujuan pemeriksaan dan tindakan lanjut,” katanya.

    Norhizam kemudiannya turut menegsahkan bahawa pemandu kenderaan tersebut mempunyai lesen memandu yang sah, manakala kenderaan itu pula mempunyai dokumen perjalanan lengkap. Beliau turut menyatakan bahawa pihaknya sedang menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kes itu dan menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.

     
     
  • Volvo XC70 2026 – rekaan luaran terdedah di China; model generasi baru dengan enjin dan sistem PHEV

    Volvo XC70 2026 – rekaan luaran terdedah di China; model generasi baru dengan enjin dan sistem PHEV

    Awal bulan ini Volvo ada mendedahkan model terbaharunya iaitu XC70, namun masih dalam bentuk teaser di mana sebahgian rupa model berkenaan masih lagi belum jelas. Namun di China, portal automotif Autohome telahpun menyiarkan imej yang jelas untuk rupa luaran XC70 berkenaan, sebelum ia dilancarkan disana secara rasmi September nanti.

    Tidak seperti model-model XC70 generasi sebelumnya di mana ia adalah wagon V70 ‘cross country’ diasaskan dari sedan S60 kemudian menerima tayar lebih besar dan suspensi lebih tinggi bersama panel-panel pelindung badan, XC70 generasi baharu ini dihasilkan lebih tersendiri tanpa asas dari model Volvo yang lain.

    Ia juga adalah model generasi baharu pertama Volvo yang menerima semula enjin pembakaran dalaman selepas jenama Sweden berkenaan mengumumkan bahawa peralihan untuk menjadi jenama elektrik sepenuhnya dilanjut lebih dari 2030. Walau bagaimanapun, ia bukanlah model yang dijana oleh petrol sepenuhnya kerana XC70 diberikan unit rangkaian kuasa plug-in hybrid (PHEV).

    Namun dari segi rekaan, XC70 ini lebih menyerupai model-model elektrik penuh (EV) terkini Volvo dengan menampilkan muka yang diberikan lampu nyalaan siang ‘Tukul Thor’ dan juga logo ‘Iron Mark’ Volvo tanpa gril di belakangnya. Dengan enjin pembakaran dalaman yang diberikan, XC70 ini masih menerima gril bampar yang besar, tetapi masih menampilkan penutup gril aktif.

    Volvo XC70 2026 – rekaan luaran terdedah di China; model generasi baru dengan enjin dan sistem PHEV

    XC70 ini masih menampilkan rekaan muncung yang panjang yang masih memberikan ‘aura’ sebuah wagon, tetapi dengan badan yang lebih tinggi menyerupai sebuah SUV sebenar. Pengaruh rekaan dari SUV EV EX90 juga boleh dilihat dari tepi, terutamanya pada cermin tingkap belakang dengan garis bawah ternaik ke atas.

    Manakala lampu belakang menerima rekaan seakan dari model C40 dengan lampu utama direka dengan grafik LED berbentuk-C, bersambung dengan lampu pada bingkai sisi cermin belakang serta sedikit pada pintu tailgate belakang. Volvo XC70 ini dipadankan dengan set rim aloi berdiameter 21-inci dengan tayar 255/40R21.

    Ada juga gambar intipan bahagian dalaman XC70 generasi baharu ini, namun ia masih disorokkan dan sukar untuk dilihat dengan jelas. Cuma yang pasti model ini akan menampilkan skrin tengah besar yang diletakkan secara lanskap dan bukan potret.

    Masih belum ada perincian berkenaan spesifikasi teknikal diumumkan untuk XC70 ini. Namun menurut Volvo sebelum ini XC70 merupakan model pertama yang diasaskan dari platform Scalable Modular Architecture (SMA) serta diberikan sistem PHEV dengan penambah jarak (RE-PHEV) bagi memberikan jarak gerak elektrik sepenuhnya sejauh 200 km.

    Namun ada khabar angin menyatakan XC70 ini merupakan satu lagi model Volvo yang berkongsi asas sama dengan model Geely seperti MPV Volvo EM90 yang merupakan model rebadge dari Zeekr 009. Manakala XC70 ini dikatakan diasaskan dari Lynk & Co 08, yang digerakkan oleh unit rangkaian kuasa EM-P.

    Sistem hibrid yang fokus terhadap prestasi tersebut menampilkan enjin 1.5 liter empat silinder turbo berkuasa 163 PS dan tork 255 Nm, digandingkan dengan kotak gear khas hibrid tiga kelajuan (3DHT Evo) yang diintegrasikan bersama motor elektrik berkuasa 218 PS dan tork maksima 350 Nm.

    Secara keseleruhan sistem berkenaan menghasilkan kuasa 381 PS dan tork maksima 615 Nm memacu roda hadapan. Ada juga varian pacuan semua roda dengan tambahan satu lagi motor elektrik pada gandar belakang berkuasa 212 PS/290 Nm, menjadikan kuasa keseluruhannya adalah 593 PS dan tork maksima 905 Nm.

    Dua jenis bateri dengan kapasiti berbeza ditawarkan pada Lynk & Co 08 berkenaan iaitu bateri litium logam fosfat (LFP) berkapasiti 21.2 kWj yang memberikan jarak gerak elektrik CLTC 120 km, dan juga bateri nikel mangan kobalt (NMC) berkapasiti 39.6 kWj bagi memberikan jarak gerak elektrik sehingga 245 km (220 km untuk model AWD).

    Walau bagaimanapun, Volvo XC70 ini berkemungkinan hanya akan dijual pada pasaran China, sama seperti EM90.

     
     
  • PANDU UJI: Hyundai Santa Fe Turbo Hybrid 2024 — 1.6L cekap capai lebih 1,200 km; SUV paling jimat kini?

    PANDU UJI: Hyundai Santa Fe Turbo Hybrid 2024 — 1.6L cekap capai lebih 1,200 km; SUV paling jimat kini?

    Menuju suku keempat hujung tahun lalu, ketika perhatian pasaran di Malaysia lebih tertumpu kepada barisan model kenderaan dari China yang secara bertali-arus rancak diperkenalkan di sini, ada sebuah SUV dari jenama pengeluar Korea Selatan yang tanpa banyak bunyi, dilancarkan di sini — Hyundai Santa Fe facelift 2024.

    Hyundai Santa Fe tentulah bukan model yang terlalu asing untuk pasaran Malaysia. Ia sudah berada dalam pasaran di sini sejak kira-kira 20 tahun lalu, dan versi terkini yang dimaksudkan ialah model facelift bagi generasi keempatnya (di pentas global, model generasi kelima Santa Fe sudah membuat penampilan di Beijing pada 2024).

    Apa yang menarik tentang pengenalan Sante Fe kali ini ialah buat pertama kalinya ia dihadirkan juga dalam varian hibrid untuk pasaran Malaysia. Ketika ini, ada tiga varian dengan dua sistem janaan kuasa yang ditawarkan bagi model facelift generasi keempat ini: 1.6L Turbo Hybrid Plus (RM195,888), 2.2L Diesel Max (RM209,888) dan 1.6L Turbo Hybrid Max (RM215,888).

    Baca selanjutnya di sini